Anda di halaman 1dari 10

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

KAMPUS UITM SHAH ALAM

FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA

PRINSIP-PRINSIP TERJEMAHAN (BBM 422)

TUGASAN INDIVIDU 2

(TERJEMAH & ANALISIS)

NAMA: MIRZA AIMAN BIN MAHADZIR

NO. KAD MATRIKS: 2019496546

KELAS: MC244 1A / MC – BBM422J

NAMA PENSYARAH: NOR DIYANA BINTI SAUPI

TARIKH HANTAR: 11 NOVEMBER 2019

PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI MASSA


(KEPUJIAN) PERIKLANAN
Asal usul Huiguan

Huiguan boleh diterjemahkan secara langsung sebagai “persatuan klan”. Pertalian


tempat asal dan klan ialah ciri-ciri utama yang mengenal pasti bentuk huiguan orang
Cina di seberang laut. Sebenarnya, huiguan Cina seberang laut mempunyai latar
belakang berabad-abad lamanya di negara China. Di China, setiap wilayah dan daerah
mempunyai dialek, adat sosial tempatan dan kepercayaan agama yang berbeza.
Pertubuhan huiguan telah wujud di Peking seawal abad ke-15. Menjelang akhir abad
ke-16, huiguan juga mula muncul di bandar-bandar utama China, yang ditubuhkan oleh
pedagang atau tukang yang berasal dari kawasan yang sama di China. Matlamatnya
untuk melindungi kepentingan ekonomi kumpulan dan melaksanakan kebajikan dan
fungsi sosial tertentu untuk anggotanya yang jauh dari kampung halaman. Salah satu
fungsi utamanya sebagai tempat yang membekalkan makanan, tempat tinggal
sementara dan bantuan kepada pedagang, pegawai dan penduduk dari tempat dan
dialek yang sama. Huiguan juga sentiasa digunakan sebagai tempat tinggal sementara
kepada calon-calon peperiksaan yang sama dialek atau tempat, yang datang ke bandar
untuk menyertai ujian perkhidmatan awam bagi kemasukan birokrasi kerajaan.

Ketika berlakunya peningkatan bilangan orang Cina di Tanah Melayu pada abad
ke-19, persaingan antara orang Cina telah merangsang pengimportan budaya
penubuhan huiguan yang mewakili daerah atau wilayah berbeza ke Tanah Melayu.
Memandangkan orang Cina mempunyai kesetiaan terhadap klan dan tempat asal yang
kuat, maka mereka biasanya mencari orang dari klan dan kawasan yang sama semasa
mereka di seberang laut supaya mendapat bantuan dan keselesaan bersama. Oleh
yang demikian, penubuhan huiguan dapat memudahkan mereka mengumpul orang
Cina yang sama klan, kawasan dan dialek. Huiguan di Tanah Melayu ditubuhkan
berdasarkan dialek, tempat asal, suku dan pekerjaan. Antaranya, jenis huiguan
berdasarkan dialek dan wilayah merupakan pertubuhan paling umum dan banyak di
Tanah Melayu. Bilangan orang Cina yang berasal di kampong yang sama biasanya
amat terhad, ia tidak cukup untuk menubuhkan suatu organisasi yang kukuh,
berpengaruh dan berkesan. Oleh itu, kumpulan dialek dan wilayah yang sama menjadi
kriteria umum yang logik untuk menubuhkan suatu huiguan. Pemimpin huiguan
lazimnya terdiri daripada kelas pedagang kerana mereka mempunyai pengaruh yang
kuat dalam kegiatan sosioekonomi.
Origin of Huiguan

Huiguan can specifically be described as a "clan union". The main characteristic that
identifies the constitution of the overseas Chinese’s huiguan is relation of origin and
clan. In fact, overseas Chinese’s huiguan has history in China for centuries. In China,
each region and district has a different dialect, local social customs and religious beliefs.
Huiguan was established in the 15th century in Peking, or now known as Beijing, the
capital of China. As early as the 15th century, the huiguan organization existed in
Beijing. Huiguan also began to appear in major Chinese cities by the end of the 16th
century, established by merchants or blacksmiths from the same area of China. The
goal is to protect the economic interests of the community and carry out certain social
welfare and social functions for its members who are far from home. Huiguan is also
used as a temporary residence for candidates of the same dialect or area who come to
the city to take part in the government bureaucratic entry test for civil service.

When the number of Chinese people in Malaya grew in the 19th century, rivalry
between Chinese culture stimulated the establishment of Huiguan imports representing
different provinces or territories to Malaya. As the Chinese have a strong loyalty to the
clans and strongholds, they often seek out for mutual help and comfort people from the
same clan and area as they are on overseas. Therefore, the establishment of the
huiguan can facilitate the gathering of Chinese of the same clan, region and dialect.
Huiguan was established in Malaya based on a few criteria which are, dialect, place of
origin, ethnicity, and employment. Among all those criteria, huiguan that based on
dialect and territory is the most common organizations in Malaya. The number of
Chinese people in the same village is very limited, it is not enough to establish a strong,
influential and effective organization. Thus, the same dialect and territory group is the
logical general criteria for establishing a huiguan. Generally, huiguan leaders are a
group of traders because they have a strong influence on socio-economic activities.
a) Pengenalan.
Penterjemahan merupakan proses atau aktiviti yang sangat penting pada era ini
apabila wujudnya had bahasa dalam usaha untuk menjana ilmu. Dengan adanya
ilmu terjemahan, pemindahan makna dapat dilakukan dengan lancer terutamanya
dari segi bahasa. Bidang terjemahan menitikberatkan kebolehan seseorang
penterjemah dalam menganalisis teks dan bahasa sumber, cara penyampaian serta
pemilihan frasa atau perkataan.

Perkataan terjemahan itu sendiri datang dari Bahasa Arab yang berasal daripada
perkataan ‘tarjama’ yang membawa maksud tafsiran seperti mana yang terdapat di
dalam kamus Al-Khalil (2006). Selain itu, terjemahan turut mempunyai beberapa
maksud atau makna. Al-Fayumiyy (1987) di dalam kitab Al-Misbah Al-Munir,
menyatakan bahawa terjemahan bermaksud penerangan dan penjelasan. Di
samping itu, Al-Razi (1986) ada menyebut di dalam Muhtar Al-Sihah bahawa
perkataan ‘tarjama’ membawa maksud tafsiran dengan menggunakan bahasa
kedua.

Pada asasnya, terjemahan dilihat atau didefinisikan sebagai aktiviti yang


berkaitan dengan pemindahan verbal dari satu bahasa ke bahasa yang lain ataupun
merujuk kepada pertukaran perkataan yang mempunyai maksud atau makna yang
sama dengan perkataan yang asal. Nida (1969) menyatakan bahawa “terjemahan
merupakan penyalinan semula ke dalam bahasa penerima maklumat daripada
bahasa asal dalam bentuk persamaan yang terdekat dan bersahaja, pertama dari
segi makna dan kedua dari segi gayanya.”

Menurut Kamus Dewan (2007:1670) mendefinisikan terjemahan sebagai


“…pindahan (karangan dll) daripada suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain, alihan
bahasa…”, manakala Catford (1996:1) pula berkata, aktiviti penterjemah merupakan
kegiatan yang dilakukan pada bahasa, iaitu satu aktiviti menggantikan teks dalam
satu bahasa kepada satu teks dalam bahasa yang lain. Asmah Hj. Omar dalam
Mohd. Taib Osman (1985) berkata; “…language is an index to culture. This means
that language reflects the culture of its speakers – the way of life they lead as well
their physical and social enviroment…”. Hal ini bermaksud selain pemindahan
bahasa, konteks kebudayaan yang tersirat dalam teks asal haruslah disampaikan
dalam teks terjemahan.
Newmark (1981) pula menyatakan “penterjemahan merupakan satu kesenian
yang mengandungi usaha untuk menggantikan mesej dan/atau pernyataan bertulis
dalam sesuatu bahasa dengan mesej dan pernyataan yang sama dalam bahasa
lain.” Penterjemahan disini dapat dilihat sebagai proses pemindahan maksud dan
maklumat melalui pertukaran perkataan, pengubahsuaian susunan atau corak ayat
daripada bahasa sumber kepada bahasa penerima maklumat dengan
menitikberatkan beberapa aspek penting terjemhan agar makna dan gaya teks asal
mampu dikekalkan dengan sempurna.
b) Sinopsis Teks

Teks terjemahan untuk tugasan individu 2 ini merupakan petikan daripada jurnal
yang diambil daripada laman sesawang rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak, http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1783 .
Jurnal ini bertajuk ‘Kepentingan Huiguan (Persatuan Cina) Terhadap Orang Cina
Bentong Semasa Zaman Kolonial British’. Namun pilihan kandungan yang dipilih
oleh penterjemah ialah ‘Asal Usul Huiguan’, dan jika diterjemahkan kepada Bahasa
Inggeris ialah ‘Origin of Huiguan’.

Secara keseluruhan, artikel tersebut membincangkan tentang kepentingan dan


peranan huiguan dalam komuniti Cina semasa pentadbiran British. Artikel ini
berfokus kepada huiguan yang ditubuhkan sebelum tahun 1957 dan peranan
huiguan tersebut terhadap orang Cina Bentong. Jika dilihat dalam sejarah Tanah
Melayu, Bentong hanya merupakan perkampungan Melayu di mana penduduknya
tidak ramai, namun disebabkan Bentong kaya dengan hasil bijih timah, kerajaan
British pada masa itu hendak membangunkan kawasan itu untuk memperoleh bijih
timahnya. British telah menandatangani satu kontrak dengan pelabur Cina yang
terkenal di Selangor, iaitu Loke Yew supaya beliau membangunkan perlombongan
bijih timah serta membina jalan raya dan bandar di Bentong pada tahun 1897. Projek
pembangunan tersebut telah menarik ramai orang Cina datang ke Bentong untuk
menjadi buruh, pelombong dan pedagang secara tidak langsung menjadikan
Bentong bandar tumpuan orang Cina.

Populasi orang Cina yang semakin meningkat telah merangsang pembentukan


huiguan Cina di Bentong. Penubuhan huiguan membolehkan orang Cina
mengumpulkan mereka yang sama dialek, tempat dan keturunan supaya
membekalkan bantuan dan keselesaan bersama, menjaga keselamatan dan juga
menyatupadukan mereka demi menentang pembulian daripada suku kaum lain.
Huiguan telah memainkan beberapa peranan penting seperti melindungi
kepentingan ekonomi kumpulan, menjaga kebajikan dan komuniti orang Cina,
mengekalkan dan menegaskan adat resam dan memberi bantuan sesame sendiri.

Secara keseluruhannya, orang Cina Bentong bergantung kepada huiguan untuk


memenuhi keperluan mereka dari segi sosial, budaya, kepercayaan dan kebajikan.
Bantuan dan kebajikan huiguan merupakan sokongan material dan rohani kepada
orang Cina untuk terus mencari rezeki di Bentong. Walaupun Huiguan-huiguan lain
yang saiznya lebih kecil kurang dapat membekalkan kebajikan, tetapi pertubuhan ini
juga berfungsi penting dalam tradisi, kepercayaan, budaya dan rekreasi suku kaum
Cina.
c) Analisis Terjemahan

Dalam analisis artikel ini akan melihat kepada aspek penggunaan kaedah
terjemah yang dicadang oleh J.P Vinay dan J Darbelnet (1958), dibahagi kepada
dua kaedah iaitu;

 Kaedah terjemahan lama (Formal); Kaedah Pinjaman (Borrowing), Kaedah


Peniruan (Loan/ Calque) dan Kaedah Penggantian/ Harfiah (Literal).
 Kaedah terjemahan dinamik ataupun Kaedah Tidak Langsung; Kaedah
Transposisi (Transposition), Kaedah Modulasi (Modulation), Kaedah
Persamaan (Equivalence) dan Kaedah Penyesuaian (Adaptation)

Namun untuk terjemahan artikel ini, hanya beberapa kaedah sahaja yang
dipilih oleh penterjemah seperti Kaedah Pinjaman, Kaedah Peniruan, Kaedah
Penggantian atau Harfiah dan Kaedah Modulasi. Kaedah terjemahan lama atau
dikenali sebagai kaedah formal yang terlibat dalam proses menterjemah artikel ini
ialah Kaedah Peniruan dan Kaedah Penggantian atau Harfiah manakala kaedah
terjemahan dinamik atau baharu yang terlibat ialah Kaedah Persamaan. Di
samping itu, penterjemah turut menggunakan Prosedur Terjemahan yang
diperkenalkan oleh Newmark dimana maklumat selebihnya akan diterangkan di
dalam analisis ini.

Kaedah pertama yang dipilih ialah Kaedah Pinjaman. Kaedah Pinjaman


berlaku hasil daripada pertembungan atau kontak bahasa. Bloomfield (1933:44)
dalam Norizah Ardi et. Al., (2008) meyatakan peminjaman dapat dibahagikan
kepada tiga pinjaman iaitu peminjaman budaya, peminjaman intim dan
peminjaman dialek.

Kaedah Pinjaman selalunya berlaku apabila persamaan atau padanan antara


sesuatu unsur dalam bahasa sasaran dari segi teknik, konsep dan peristilahan
tidak wujud. Unsur-unsur ini akan dipinjam dari bahasa sumber tanpa mengalami
sebarang bentuk perubahan. Dalam teks terjemahan ini, pinjaman hanya
dilakukan untuk merujuk kepada persatuan bangsa Cina, Huiguan. Penggunaan
perkataan Huiguan jelas ditunjukkan terjemahan pinjaman kerana merujuk
kepada sebuah persatuan atau klan dalam bangsa Cina yang tiada mempunyai
padanan dalam bahasa Melayuatau Inggeris. Contohnya adalah seperti berikut:

Teks Sumber : Huiguan boleh diterjemahkan secara langsung sebagai


“persatuan klan”.

Terjemahan : Huiguan can specifically be described as a "clan union".


Teks terjemahan ini turut menggunakan Kaedah Peniruan. Peniruan berlaku
apabila terdapat pinjaman istilah ke dalam bahasa sasaran, namun hanya istilah
sahaja yang diterjemah. Terdapat dua jenis peniruan iaitu Peniruan Penyampaian
dan Peniruan Struktur. Untuk terjemahan teks ini, penterjemah hanya
menggunakan Peniruan Penyampaian di mana kaedah ini meniru cara
penyampaian sesuatu konsep melalui pemindahan bahasa tanpa mengubah
struktur bahasa sasaran. Sebagai contoh:

Teks Sumber: melaksanakan kebajikan dan fungsi sosial tertentu

Teks Sasaran: carry out certain social welfare and social functions

Berdasarkan contoh di atas, teks sumber ‘fungsi sosial’ telah diterjemahkan


ke bahasa sasaran menjadi ‘social functions’. Proses ini telah dikenal pasti
sebagai Kaedah Peniruan kerana frasa ‘social functions’ telah ditiru daripada
bahasa sumber iaitu ‘fungsi sosial’ tanpa mengubah struktur yang terdapat dalam
bahasa sasaran.

Kaedah berikutnya ialah kaedah yang sering digunakan penterjemah dalam


proses terjemahan termasuklah petikan jurnal terjemahan ini iaitu Kaedah
Penggantian atau Harfiah. Kaedah ini merupakan kaedah yang ideal dalam
proses pemindahan warta sama ada pada peringkat perkataan mahupun ayat.
Menurut Molina dan Hurtado Albir (2002);

“Teknik penerjemahan harfiah adalah mengalihkan sebuah ekspresi kata demi


kata tetapi strukturnya sudah mengikuti aturan dalam bahasa sasaran.”.

Hal ini bermakna, penterjemah harus menterjemahsetiap perkataan dan


menggantikannya dengan persamaan tanpa mengubah struktur atau susunan
ayat secara ketara.

Kaedah ini diaplikasikan di dalam petikan jurnal terjemahan ini dengan


mengganti perkataan atau istilah dalam ayat tanpa membuat sebarang
perubahan yang ketara pada struktur dan susunan ayat. Dengan ini, setiap
perkataan dalam bahasa sumber dapat diterjemahkan dengan persamaannya
dalam bahasa sasaran. Kaedah ini selalunya digunakan apabila menterjemah
ayat yang mudah. Misalnya:

Teks Sumber: Di China, setiap wilayah dan daerah mempunyai dialek, adat
sosial tempatan dan kepercayaan agama yang berbeza.

Teks Sasaran: In China, each region and district has a different dialect, local
social customs and religious beliefs.
Teks Sumber: Ketika berlakunya peningkatan bilangan orang Cina di Tanah
Melayu pada abad ke-19.

Teks Sasaran: When the number of Chinese people in Malaya grew in the
19th century.

Teks Sumber: Bilangan orang Cina yang berasal di kampong yang sama
biasanya amat terhad…

Teks Sasaran: The number of Chinese people in the same village is very
limited…

Berdasarkan terjemahan di atas, perkataan “bilangan” diterjemahkan


menggunakan kaedah penggantian kepada “number” dalam bahasa Inggeris.
Secara asasnya, terjemahan gantian menggantikan padanan sesuatu perkataan
dalam bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran. Kaedah ini adalah asas kepada
penterjemahan yang digunakan oleh penterjemah kerana penterjemahan ini
mementingkan penyampaian makna tanpa menukar struktur ayat yang sedia
ada. Namun begitu, tidak semua perkataan yang dapat diterjemahkan
menggunakan kaedah ini kerana tidak semua perkataan atau frasa dalam
bahasa sumber mempunyai maksud yang sama dalam bahasa sasaran.

Kaedah yang terakhir ialah kaedah Persamaan (Equivalence). Nida (1969)


dalam karyanya The Theory and Practice of Translation, persamaan yang perlu
dilakukan oleh seseorang penterjemah ialah persamaan yang paling hampir &
persamaan yang paling lazim (closest and natural equavalent). Kaedah ini
bergantung sepenuhnya kepada konteks/ norma gaya dan budaya. Contoh
terjemahan persamaan ialah:

Teks Sumber: datang ke bandar untuk menyertai ujian perkhidmatan awam


bagi kemasukan birokrasi kerajaan.

Teks Sasaran: …come to the city to take part in the government bureaucratic
entry test for civil service.

Teks Sumber: Pemimpin huiguan lazimnya terdiri daripada kelas pedagang

Teks Sasaran: Generally, huiguan leaders are a group of traders

Persamaan perkataan bandar dalam teks sumber mampu disesuaikan


maksudnya dengan perkataan city dalam teks sasaran, selain itu perkataan
pedagang juga mampu disesuaikan dengan perkataan traders yang mempunyai
fungsi dan ciri-ciri yang sama dalam bahasa sasaran.
Kaedah-kaedah yang digunakan dalam aktiviti terjemahan biasanya melibatkan
keseluruhan teks, manakala prosedur terjemahandigunakan untuk ayat ataupun
melibatkan penggunaan unit yang kecil dalam bahasa. Prosedur terjemahan Newmark
yang digunakan oleh penterjemah ini bergantung kepada konteks.

Anda mungkin juga menyukai