Anda di halaman 1dari 16

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/321049902

TAHAP LITERASI KEWANGAN DI KALANGAN MAHASISWA

Conference Paper · November 2017

CITATIONS READS

0 8,964

2 authors, including:

Anuar Ahmad
Universiti Kebangsaan Malaysia
31 PUBLICATIONS   28 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Multi Diversity View project

History Teaching View project

All content following this page was uploaded by Anuar Ahmad on 14 November 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

TAHAP LITERASI KEWANGAN DI KALANGAN MAHASISWA

Yasmin Huzaimah Binti Aladdin, Anuar Ahmad


Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian awal ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana tahapliterasi kewangan di
kalangan mahasiswa.Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan
jantina dan tahap literasi mahasiswa serta untuk melihat hubungan di antara tahap
pendidikan dan tahap literasi kewangan.Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan
instrumen soal selidik untuk mendapatkan maklumat.Responden kajian adalah terdiri
daripada 100 orang pelajar universiti.Tahap literasi kewangan terbahagi kepada
simpanan, hutang, pelaburan dan juga perbelanjaan. Hasil dapatan menunjukkan tahap
literasi adalah pada tahap yang sederhana di mana mahasiswa paling kurang
pengetahuan tentang hutang.Selain itu, kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat
perbezaan tahap literasi kewangan di antara lelaki dan perempuan.Tahap pendidikan
juga tidak menunjukkan perhubungan dengan tahap literasi kewangan.Oleh itu, untuk
mengelakkan mahasiswa daripada gagal menguruskan kewangan peribadi, mahasiswa
seharusnya diberi pendedahan berkaitan cara menguruskan kewangan agar mereka tidak
mudah tertipu mahupun terjebak dengan mana-mana aktiviti yang menjanjikan
pulangan wang yang lumayan.Ilmu mengenai kewangan seharusnya diterapkan secara
informal sejak dari bangku sekolah rendah lagi.

Kata kunci : literasi kewangan, simpanan, hutang, pelaburan, perbelanjaan

ABSTRACT

This preliminary study aims to assess the extent level of financial literacy among
students. In addition, this study also examined the differences of gender and literacy
level of students and the relationship between level of education and the level of
financial literacy. This survey used questionnaires to obtain information. The
respondents consisted of 100 students from university. The levels of financial literacy
are divided into savings, loans, investments and expenses. The results showed that the
level of literacy is at a moderate level at which most students have little knowledge of
debt. In addition, the study found that there were differences in the level of financial
literacy among men and women. The level of education also showed no relationship
with the level of financial literacy. Therefore, to prevent students from failing to
manage personal finances, students should be given exposure on how to manage their
finances so that they are not easily trapped by any of the activities that promise a lot of
money. Studies on finance should be applied informally since primary school.

Key words: financial literacy, savings, loans, investments, expenses

PENGENALAN
Pengetahuan mengenai pengurusan kewangan adalah sangat penting pada era
globalisasi ini kerana hampir setiap urusan yang dilakukan melibatkan pengurusan
kewangan. Menurut Aisyah Abdul Rahman&WajeehaZulkifli (2016), wang merupakan

Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017 2373


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

aset yang terpenting bagi memenuhi kehendak dan keperluan terutama kepada
mahasiswa dalam menghadapi ekonomi yang semakin mencabar. Mahasiswa
seharusnya mempunyai tahap literasi kewangan yang tinggi selaras dengan perubahan
ekonomi yang semakin meningkat dari hari ke sehari.
Menurut Mohammad Fazli (2011) bagi kebanyakan mahasiswa pada tahun pertama
berada di universiti, ini merupakan waktu peralihan yang sangat kritikal di mana
pengawasan ibu bapa mengenai kewangan telah bertukar kepada tanggungjawab
sepenuhnyamahasiswa itu sendiri.Pada peringkat ini, mahasiswa memegang kuasa
autonomi dalam mengurus kewangan peribadi mereka.Apabila berada di universiti,
mahasiswa terpaksa berhadapan dengan tanggungjawab seperti merancang
perbelanjaan, menyediakan belanjawan, simpanan dan sebagainya.Di sinilah pentingnya
literasi kewangan di kalangan mahasiswa agar mereka mampu mengurus kewangan
peribadi.
Ini kerana, krisis kewangan akan berlaku sekiranya mahasiswa gagal untuk merancang
kewangan dengan bijaksana. Tambahan pula, kemudahan kewangan yang ditawarkan
pada masa kini sangat banyak seperti kemudahan pinjaman serta pelaburan yang
memerlukan mahasiswamempunyai pengetahuan berkaitan kewangan agar
kesejahteraan hidup lebih terjamin.
Selain itu, literasi kewangan penting untuk mengelakkan mahasiswa menanggung
bebanan hutang yang melampau.Menurut Ong (2014) dalam Nuraliani et al (2015),
semakin ramai belia yang muflis disebabkan menanggung bebanan hutang yang amat
serius. Kurangnya pengetahuan dalam menguruskan kewangan peribadi merupakan
salah satu penyebab muflis di usia yang muda.

PERNYATAAN MASALAH
Mahasiswa merupakan golongan yang akan menjadi pemimpin pada masa
hadapan. Golongan ini seharusnya didedahkan kepada pelbagai ilmu pengetahuan
terutama mengenai pengurusan kewangan kerana golongan yang banyak diisytiharkan
muflis terdiri daripada kaum muda.Merujuk kepada dapatan Jabatan Insolvensi
Malaysia, seramai 134,550 individu diisytiharkan muflis sepanjang tahun 2007 sehingga
Jun 2014. Jika dilihat kepada punca muflis pula, antara tahun 2007 hingga 2013,
mendapati hutang disebabkan oleh sewa beli kenderaan mencatatkan sebanyak 30,452
kes, diikuti pinjaman perumahan 20,529 kes, pinjaman peribadi sebanyak 18,053 kes

2374 Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

dan pinjaman perniagaan sebanyak 14,431 kes. Masalah seperti ini timbul kerana
mereka gagal menguruskan kewangan peribadi selain tidak mempunyai pengetahuan
yang mendalam mengenai literasi kewangan.
Selain itu juga, tahap literasi kewangan yang tinggi sangat penting untuk menjamin
kesejahteraan hidup. Individu yang mempunyai krisis kewangan cenderung untuk
menghadapi tekanan hidup di mana salah satu punca stress adalah masalah kewangan
yang dihadapi ( Ferliset al, 2009; Abouseria, 1994). Keadaan seperti ini akan
menimbulkan kecelaruan dalam hidup yang boleh mengakibatkan sakit mental jika tidak
ditangani dengan bijak. Dahlia et al (2009) menyatakan bahawa ramai pelajar tidak
mengetahui cara menguruskan kewangan dengan betul. Ini kerana, sekiranya mereka
mempunyai wang, pelajar tersebut akan membelanjakan wang tersebut secara
sewenang-wenangnya kerana kurangnya kefahaman mengenai literasi kewangan di
kalangan mereka.
Selain itu, dapatan Chen & Volpe (1998) menujukkan bahawa tahap literasi yang
rendah adalah berumur sekitar 18 hingga 22 tahun di mana rata-rata usia ini merupakan
pelajar universiti mahupun kolej. Ini menunjukkan bahawa tahap literasi kewangan
mahasiswa adalah pada tahap yang membimbangkan.Hasil dapatan Farah & Reza
(2015) juga mendapati tahap literasi kewangan mahasiswa jurusan ekonomi adalah pada
tahap yang rendah.Walaupun belajar di dalam jurusan ekonomi, mahasiswa tersebut
tidak mempunyai literasi kewangan yang tinggi.
Oleh itu, diharap kajian ini dapat mengenal pasti tahap literasi kewangan mahasiswa di
Malaysia.Seterusnya tumpuan boleh dilakukan untuk memberi pendidikan kewangan
kepada pelajar.

KAJIAN LITERATUR
3.1 LITERASI KEWANGAN
Literasi kewangan ditakrifkan sebagai kebolehan untuk menguruskan sesuatu
yang berkaitan dengan wang.Menurut Garman &Gappinger (2008) dalam Noor
AzizahShaari et al (2013) literasi kewangan ditakrifkan sebagai pengetahuan, prinsip,
konsep dan alat-alat teknologi asas yang membolehkan seseorang itu menjadi bijak
berkenaan kewangan. Literasi kewangan juga ditakrifkan sebagai satu sains dan seni
dalam mengendalikan wang dan perlu dimiliki oleh individu atau organisasi (Noraihanet
l 2013).Menurut Huriyatul& Yogi (2016), literasi kewangan merupakan antara salah

Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017 2375


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

satu daripada sepuluh kecerdasan yang harus dimiliki. Kim (2001) membuat kesimpulan
bahawa literasi kewangan adalah pengetahuan yang paling asas berkaitan
kewanganyang diperlukan oleh individu untuk bertingkah laku dalam
masyarakatkontemporari.Servon&Kaestner (2008) memberikan definisi literasi
kewangan adalah merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memahami dan
menggunakan konsep kewangan.Jump$tar Coalition (2007) pula mentakrifkan literasi
kewangan sebagai keupayaan untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk
menguruskan sumber kewangan dengan berkesan agar sumber kewangan terjamin
seumur hidup.
Dapatan kajian Nor SyahidahNorazam&Norasmah Othman (2017) mendapati literasi
kewangan bagi pelajar kolej dan universiti sekitarBangi adalah pada tahap yang
tinggi.Dapatan kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara kualiti
pendidikan pengurusan kewangan dengan tahap literasi kewangan.Ini bermaksud
bahawa dengan pendidikan yang sewajarnya, tahap literasi kewangan di kalangan
mahasiswa mampu di tingkatkan.
Selain itu juga, hasil kajian Zuriana&Rosniyati (2012), mendapati bahawa pendedahan
kepada pelajar berkaitan pengurusan kewangan peribadi membantu pelajar menjadi
individu yang berkebolehan dan berkeyakinan untuk mengurus dan merancang
kewangan mereka.Dengan ilmu yang ada, perancangan mengenai kewangan dapat
dilakukan dengan lebih berhemah.
Selain itu juga, dapatan kajian Chen &Valpe (2002) mendapati pendidikan dan
pengalaman memberikan impak atau kesan yang besar ke atas literasi
kewangan.Dengan pendidikan yang betul, literasi kewangan dapat ditingkatkan di
kalangan pelajar.Dapatan mereka juga mendapati bahawa pelajar perempuan
mempunyai pengetahuan yang kurang berbanding pelajar lelaki sekiranya berkaitan
dengan kewangan peribadi.Ini selari dengan dapatan Lusardi (2008) di mana literasi
kewangan di kalangan wanita lebih rendah berbanding lelaki.Namun begitu, ini
bertentangan dengan dapatan kajian Nurul et al (2013) di mana hasil kajian mereka
mendapati bahawa mahasiswa wanita mempunyai tahap literasi yang lebih tinggi
berbanding lelaki.

2376 Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

3.2 SIMPANAN
Simpanan merupakan aset yang sangat penting bagi setiap individu.Simpanan
boleh digunakan semasa kecemasan ataupun untuk kegunaan di hari tua selepas
persaraan.Hasil kajian Mahzan&Tarbian (2013) mendapati pengetahuan kewangan
mempunyai hubungan yang signifikan dengan kadar simpanan. Individu yang
mempunyai tahap kewangan yang tinggi akan mempunyai simpanan yang tetap. Ini
kerana mereka mempunyai pengetahuan dalam menguruskan kewangan peribadi
mereka.
Namun perkara sebaliknya pula akan berlaku. Ini dibuktikan dengan hasil dapatan
Delafrooz&Laily (2011) mendapati bahawa individu yang tiada kemahiran
menguruskan kewangan akan mempunyai risiko untuk tiada peruntukkan pendapatan
bagi tujuan simpanan. Gagal menguruskan kewangan peribadi akan menyebabkan
perbelanjaan melebihi pendapatan. Oleh itu, agak sukar untuk memperuntukkan wang
bagi tujuan simpanan.Mereka menggunakan wang tanpa memikirkan keperluan di
kemudian hari.
MenurutNurul&Husniya (2010), apabila individu menggunakan wang simpanan untuk
menampung perbelanjaan seharian, ianya menunjukkan bahawa individu tersebut
mempunyai masalah kewangan yang perlu diselesaikan. Kajian Lusardi (2008)
mendapati bahawa tahap literasi kewangan yang rendah menjejaskan keupayaan untuk
membuat simpanan.Selain itu majoriti mahasiswa menyatakan bahawa simpanan adalah
lebihan pendapatan setelah ditolak perbelanjaan.Kefahaman ini adalah kurang tepat
kerana simpanan seharusnya dilakukan terlebih dahulu sebelum berbelanja.

3.3 HUTANG
Hutang didefinisikan sebagai al-qardatau pinjaman di mana seseorang perlu
membayar atau memulangkan kembali barangan yang dipinjam.Dari segi istilah pula,
hutang merupakan satu akad yang memindahkan hak milik kepada seseorang.Hutang
merupakan sesuatu yang wajib untuk dilunaskan, dibayar atau di selesaikan.Di dalam
Islam turut menekankan kewajipan untuk membayar hutang.Setiap umat Islam yang
berhutang hendaklah membayar kembali segala hutang yang telah dibuat.Islam sangat
menekankan pembayaran semula hutang sehinggakan waris dikehendaki untuk
membayar hutang sekiranya individu tersebut telah meninggal dunia.

Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017 2377


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

Menurut Abdul Basit et al (2014), kadar hutang pada masa kini sangat membimbangkan
di mana lebih kurang 47% golongan muda mempunyai kadar hutang yang serius. Rata-
rata individu mempunyai hutang atau membuat pinjaman untuk tujuan menaik taraf
hidup supaya lebih selesa.Ini dikukuhkan lagi dengan hasil dapatan daripada kajian Nur
Aisyatul et al (2015), hutang yang paling banyak digunakan adalah untuk membeli
kenderaan.Tambahan lagi, pembelian kenderaan tanpa perlu deposit menarik minat
mahasiswa untuk cenderung membeli kenderaan.Rendahnya tahap literasi kewangan
menyebabkan kurangnya kefahaman mengenai pembelian kereta tanpa deposit.
Menurut Nik MohdZaim et al (2012), golongan yang sering dikaitkan dengan gejala
hutang adalah daripada keluarga yang miskin. Namun begitu, dalam dunia serba moden
ini bukan hanya golongan miskin yang terlibat dengan hutang tetapi di dapati juga
golongan kaya dan sederhana semakin banyak menanggung bebanan hutang. Ini
menjelaskan bahawa hutang telah menjadi budaya hidup masyarakat sekarang.
Haryani et al (2015) menyatakan bahawa peningkatan hutang isi rumah boleh
memberikan impak yang sangat besar antaranya kadarpengangguran dan kehilangan
pendapatan akan meningkat sekiranya terdapat hutang isi rumah yang tinggi disertai
dengan krisis kewangan. Selain itu juga, hutang yang tinggi mendedahkan isi rumah
kepada risiko turun naik dalam ekonomi.

3.4 PELABURAN
Menurut Piawaian Perakuan Kerajaan Malaysia (2013), pelaburan didefinisikan
sebagai pegangan dalam ekuiti dan instrument kewangan. Pelaburan di klasifikasi kan
kepada dua iaitu pelaburan kumpulan wang amanah dan juga pelaburan am. Selain itu,
pelaburan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu sekuriti kerajaan luar negeri, sekuriti
kerajaan Malaysia, saham, deposit luar negeri, deposit dalam negeri dan juga pelaburan
lain.
Pelaburan membawa maksud pembelian dan penjualan aset dan instrument kewangan
selain daripada wang tunai.(Piawaian Perakuan Kerajaan Malaysia 2004).Pelaburan
adalah satu pengorbanan ke atas penggunaan modal sekarang bagi mendapat
keuntungan yang diterima pada masa hadapan seperti keuntungan modal. Pelaburan
juga boleh dikatakan sebagai kos lepas bagi penggunaan modal pada masa sekarang
untuk faedah akan datang.

2378 Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

Secara ringkasnya, pelaburan adalah pertukaran wang kepada aset agar pelabur
mendapat pulangan yang lebih banyak.Kadar pulangan bagi pelaburan pula adalah tidak
tetap dan terjamin. Dengan kata lain, pelaburan mempunyai risiko yang perlu
ditanggung dan tidak semestinya akan mendatangkan keuntungan kepada pelabur.

3.5 PERBELANJAAN
Banyak kajian lepas yang berkaitan dengan corak perbelanjaan individu seperti
mahasiswa mahupun golongan-golongan profesional. Menurut Jariah (1982) dalam
Fidlizan Muhammad et al (2015), kajian berkaitan pengurusan kewangan terhadap
perbelanjaan isi rumah mendapati bahawa kaum Cina mempunyai pendapatan,
perbelanjaan dan simpanan yang lebih banyak berbanding kaum yang lain.
Rosle et al (2013) dalam Fidlizan Muhammad et al (2015)pula menjalankan kajian
berkaitan pengetahuan kewangan dan perbelanjaan.Kajian mereka mendapati bahawa
individu yang mempunyai pengetahuan kewangan lebih cenderung untuk menyediakan
diri dengan pelbagai pelan kewangan.Ini kerana pelan kewangan adalah sangat penting
untuk kegunaan pada masa hadapan.
Dapatan kajian Dahlia et al (2009) mendapati mahasiswa di sebuah universiti awam
menunjukkan perbelanjaan mereka secara majoritinya tidak dirancang dengan baik.Hal
ini terjadi disebabkan pelajar tersebut mempunyai tanggapan bahawa wang mudah
diperoleh kerana dibiayai oleh ibu bapa, pinjaman pelajaran serta biasiswa.Corak
perbelanjaan seperti itu jelas menunjukkan kurangnya literasi kewangan di kalangan
mahasiswa.
Selain itu, hasil kajian Azwadi Ali et al (2013) mendapati kesejahteraan hidup akan
meningkat apabila mempunyai pengetahuan kewangan melalui gaya perbelanjaan yang
lebih efisien. Perbelanjaan yang dikawal tanpa meningkatkan jumlah hutang mampu
untuk mengelakkan tekanan di dalam kehidupan.

Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017 2379


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

KERANGKA KAJIAN

Jantina
 Lelaki
 Perempuan Literasi Kewangan
 Simpanan
 Hutang
Tahap pendidikan  Pelaburan
 Ijazah Sarjana Muda  Perbelanjaan
 Sarjana

Pemboleh ubah tidak Pemboleh ubah


bersandar bersandar

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti tahap literasi kewangan di kalangan mahasiswa.
2. Mengenal pasti perbezaan tahap literasi kewangan berdasarkan jantina.
3. Mengenal pasti hubungan di antara literasi kewangan dengan tahap pendidikan.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap literasi kewangan di kalangan mahasiswa?
2. Adakah terdapat perbezaan di antara tahap literasi kewangan dan jantina?
3. Adakah terdapat hubungan di antara tahap literasi kewangan dengan tahap
pendidikan?
HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis null adalah seperti berikut:
1. Tidak terdapat perbezaan tahap literasi kewangan di kalangan mahasiswa.
2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap literasi kewangan dan
jantina.
3. Tidak terdapat hubungan yang signifikan terhadap tahap literasi
kewangandengantahap pendidikan.

2380 Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian kuantitatif yang berbentuk
tinjauan.Selain itu, Noraini(2013) menyatakan bahawa kajian tinjauan adalah kaedah
penyelidikan yang melibatkan pungutan data dari populasi.
Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang telah diubah suai daripada beberapa
kajian oleh pengkaji-pengkaji yang lepas.Data kajian ini diperoleh sepenuhnya dari soal
selidik yang ditadbir sendiri oleh pengkaji.Soal selidik yang telah disediakan merupakan
soal selidik jenis tertutup di mana responden hanya memilih jawapan yang ditentukan
sahaja.Soal selidik yang digunakan oleh pengkaji adalah soalan tertutup dichotomous
iaitu soal selidik yang mempunyai dua skala sahaja iaitu benar atau salah.Soal selidik ini
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A terdiri
daripada demografi responden manakala bahagian B adalah berskala dichotomous yang
merangkumi soalan berkaitan tahap pengetahuan mengenai simpanan, hutang, pelaburan
dan juga perbelanjaan.
Bagi pensampelan pula, pengkaji telah memilih responden daripada mahasiswa di
universiti yang sedang melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda dan juga
sarjana.Responden yang dipilih adalah secara pensampelan secara rawak
mudah.Menurut Noraini (2013), dalam pensampelan rawak mudah setiap ahli populasi
mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai sampel.
Dapatan data yang telah diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Analisis deskriptif digunakan untuk
mengkaji tahap literasi kewangan di kalangan mahasiswa.Ujian Mann-Whitney
digunakan untuk mengenal pasti perbezaan tahap literasi berdasarkan gender.Selain itu,
Spearman’s Rho dijalankan untuk mengkaji hubungan di antara tahap literasi dengan
tahap pendidikan.

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN


Kesahan ditingkatkan dengan merujuk kepada pakar untuk menyemak item soal
selidik.Setelah disemak oleh pakar, di dapati item bagi soal selidik adalah mudah
difahami dan meliputi objektif kajian yang dijalankan.Selain itu juga, kajian rintis
dilakukan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen.Kuder-
Richarson digunakan untuk item dichotomous dan dalam kajian ini ialah .73.

Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017 2381


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


DEMOGRAFI
Daripada 150 soal selidik yang diedarkan, hanya 100 soal selidik yang lengkap
dan boleh di analisis.Berdasarkan soal selidik, demografi responden telah di
analisis.Jumlah responden perempuan adalah 53 orang manakala lelaki adalah 47 orang.
Menurut Rugayah et al (2015), keadaan ini berlaku kerana memang dijangka kerana
jumlah keseluruhan pelajar wanita yang memasuki universiti lebih ramai berbanding
pelajar lelaki. Oleh itu, nisbah di antara pelajar lelaki dan perempuan tidak
seimbang.Selain itu, pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam ijazah sarjana
muda dan sarjana adalah masing-masing seramai 50.
Jadual 1 : Latar belakang responden berdasarkan jantina
Jantina Kekerapan Peratusan
Lelaki 47 47 %
Perempuan 53 53 %
Jumlah 100 100%

Jadual 2: Latar belakang responden berdasarkan taraf pendidikan


Taraf Pendidikan Kekerapan Peratusan
Sarjana Muda 50 50 %
Sarjana 50 50 %
Jumlah 100 100 %

TAHAP LITERASI
Bagi item mengenai simpanan, penyataan simpanan pada setiap bulan adalah
penting untuk masa kecemasan mencatatkan skor yang paling tinggi iaitu kesemua
respondenberjaya menjawab soalan ini dengan betul.Manakala penyataan simpanan
adalah lebihan pendapatan setelah di tolak menunjukkan bilangan betul yang paling
sedikit iaitu hanya 30 orang. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa responden
memahami kegunaan dan fungsi utama simpanan dilakukan, tetapi kurang mengetahui
cara menyimpan yang betul. Ini dikukuhkan lagi dengan dapatan kajian oleh Nurul et al
(2013) di mana simpanan seseorang individu dipengaruhi oleh literasi kewangan
mereka.Individu yang mempunyai tahap literasi kewangan yang tinggi akan mempunyai
simpanan yang boleh digunakan untuk masa hadapan. Simpanan yang dilakukan tidak
semestinya bernilai tinggi namun harus tetap dan konsisten pada setiap bulan.
Bagi item hutang pula, penyataan pemaju / penjual boleh menamatkan perjanjian jual
dan beli sekiranya pembeli gagal mendapatkan pinjaman perumahan dalam tempoh

2382 Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

yang ditetapkan mencatatkan bilangan betul yang tertinggi iaitu 82.Penyataan yang
paling sedikit dapat dijawab dengan betul iaitu 43 ialah penyataan pemilikan kad kredit
meningkatkan kuasa beli seseorang dan penyataan seseorang boleh berbelanja melebihi
20% pendapatan bersih untuk membayar ansuran bulanan.Pada asasnya pemilikan kad
kredit mengurangkan kuasa beli seseorang.Namun begitu ramai yang menganggap
sebaliknya.Dapatan kajian ini menunjukkan kurang daripada separuh responden
mempunyai pemahaman mengenai pemilikan kad kredit.Tambahan lagi, pemilik kad
kredit mudah tertipu dengan cas bayaran yang tersembunyi.
Bagi item pelaburan pula, stok adalah pelaburan berisiko tinggi yang menghasilkan
pulangan yang tinggi mencatatkan peratusan yang paling tinggi bagi konstruk pelaburan
iaitu sebanyak 76% menjawab dengan betul.Bagi penyataan semua jenis pelaburan
sama ada saham amanah, stok atau bon berpulangan tinggi mempunyai risiko kerugian
mencatatkan jumlah betul yang paling sedikit iaitu 62. Bhushan (2014) menyatakan
bahawa individu yang mempunyai tahap literasi yang rendah lebih berminat untuk
melabur di dalam pelaburan yang tradisional dan kurang pengetahuan berkaitan
pelaburan yang lebih berisiko.Pelaburan tradisional lebih mudah untuk difahami
berbanding saham, stok atau bon.Oleh itu, dengan pengetahuan yang sewajarnya,
mahasiswa boleh membuat pelaburan yang bersesuaian dengan status kewangan
mereka.
Bagi item perbelanjaan pula, kesemua responden menjawab dengan betul bagi
penyataan perbelanjaan melebihi perancangan mendatangkan masalah.Kepentingan
merancang sebelum berbelanja sangat penting agar perbelanjaan yang dibuat tidak
melebihi pendapatan yang ada.90 responden menjawab dengan betul bagi penyataan
meneliti harga barang sebelum membeli mampu untuk mengurangkan kos
perbelanjaan.Majoritinya mereka mengetahui bahawa perbelanjaan seharusnya
dirancang terlebih dahulu.Belanjawan pada setiap bulan harus dibuat untuk melihat
aliran keluar dan masuk wang.Dengan itu, perbelanjaan yang menjurus kepada
kehendak dan bukannya keperluan dapat dikurangkan seterusnya dapat mengelakkan
perbelanjaan melebihi perancangan yang telah dibuat.
Untuk melihat tahap literasi kewangan di kalangan mahasiswa, pengkaji merujuk
kepada Chen & Volpe (1998) yang mengkategorikan tahap literasi kewangan kepada
tiga peringkat iaitu kurang 60 % adalah pada tahap yang rendah, 60 % - 79 % adalah
pada tahap sederhana dan lebih 80 % adalah pada tahap yang tinggi. Menurut mereka

Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017 2383


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

lagi, peratusan ini dikira berdasarkan jumlah jawapan yang betul di jawab oleh
responden.
Setelah analisis dijalankan, dapat dirumuskan bahawa tahap literasidi kalangan
mahasiswa adalah pada tahap yang sederhana iaitu 72.75.Konstruk hutang menunjukkan
literasi yang paling rendah iaitu min 59.2.Oleh itu, pendidikan berkaitan hutang
seharusnya diberikan penekanan agar tahap literasi dapat ditingkatkan.
Selain itu, hasil dapatan juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan tahap literasi kewangan berdasarkan jantina.Ini bermakna, jantina tidak
memainkan peranan terhadap tahap literasi kewangan. Hasil kajian ini selari dengan
dapatan Aisyah&Wajeeha, (2016 ;Dahlie et al, 2009). Ini mungkin disebabkan
kebanyakan negara termasuk Malaysia tidak lagi mengamalkan diskriminasi gender
kerana setiap individu tidak mengira jantina, warna kulit serta asal usul berhak untuk
mendapatkan pendidikan.
Dapatan regresi pula menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara
tahap pendidikan dengan tahap literasi kewangan. Hasil dapatan ini memberikan
gambaran bahawa tahap pendidikan tidak menentukan tahap literasi seseorang
itu.Dapatan ini tidak selari dengan dapatanNorsyahidah&Norasmah (2017) di mana
hasil dapatan mereka menunjukkan terdapat hubungan di antara kualiti pendidikan
pengurusan kewangan dengan tahap literasi.Ini mungkin berbeza dengan hasil dapatan
kajian tersebut kerana responden tidak mempunyai latar belakang di dalam jurusan
ekonomi.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati bahawa tahap literasi mahasiswa
secara puratanya adalah pada tahap yang sederhana dan paling kurang mengetahui
mengenai hutang.Untuk meningkatkan tahap literasi di kalangan mahasiswa, seharusnya
tumpuan lebih diberikan kepada pengetahuan mengenai hutang.Ini bertujuan supaya
mahasiswa dibekalkan dengan pengetahuan yang secukupnya agar mereka mampu
merancang kewangan dengan lebih bijak.Selain itu juga, pendedahan mengenai
kewangan seharusnya diberikan dari peringkat yang lebih rendah.Ilmu mengenai
kewangan seharusnya diterapkan sejak dari bangku sekolah lagi dan bukan hanya
difokuskan pada tahap pengajian tinggi sahaja.Pendidikan mengenai literasi kewangan
seharusnya diberikan kepada semua pelajar dan tidak hanya menumpukan kepada

2384 Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

pelajar jurusan ekonomi dan perniagaan sahaja.Oleh itu, apabila mahasiswa menginjak
ke fasa di mana mereka perlu menguruskan kewangan peribadi, mereka telah
dibekalkan dengan ilmu, pengetahuan serta pengalaman yang secukupnya.Justeru
masalah bebanan hutang serta muflis dapat dikurangkan dan kesejahteraan hidup dapat
ditingkatkan.

RUJUKAN

Abdul Basit, Tamat Samardi&Norlida. 2014. Hutang dan Golongan Muda di Malaysia :
Satu Kajian Kes. Prosiding PERKEM ke-9, 833-844
Abouserie, R. (1994). Sources and levels of stress in relation to locus of control and
self-esteemin university students. Educational Psychology, 14(3), 323-331.
Aisyah Abdul-Rahman &WajeehaZulkifly. 2016. Faktor Penentu Pengurusan
Kewangan : Kes Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (Determinants of
Financial Management : The Case of Universiti Kebangsaan Malaysia Students.
Jurnal Personalia Pelajar,19(2), 85-94.
Azwadi Ali, Mohd SA Rahman, Alif Bakar (2013) Financial Literacy and Satisfaction
in Malaysia: APilot Study. International Journal of Trade, Economics and
Finance, 4(5), 319-324.
Beal, D. J., &Delpachitra, S. B. (2003). Financial literacy among Australian university
students. Economic Papers, 22(1), 15.
Bushan P. 2014. Relationship between Financial Literacy and InvestmenrBehavior of
Salaried Individuals.Journal Management & Social Sciences Research (JBM &
SSR), 3(5) , 82-87
Chen, H. & R. P. Volpe. 2002. Gender Differences in Personal Financial Literacy
among College Students.Financial Services Review,11, 289-307.
Chen, H., & Volpe, R. P. (1998). An analysis of Personel Financial Literacy Among
College Students. Finan-cial Services Review, 7(1), 107–128.
Dahlia Ibrahim, Rabitah Harun, Zuraidah Mohamed Isa (2009) A Study on Financial
Literacy of Malaysian Degree Students. Canadian Academy of Oriental and
Occidental Culture, 5(4), 51-59.
Delafrooz N &Laily P (2011) Determinants of Saving Behavior and Financial Problem
amongEmployees in Malaysia. Australian Journal of Basic and Applied Sciences
5(7), 222-228.
De Vaus, D.A. 1996.Surveys in Social Research.United State of America: UCL Press
Farah Margarehta& Reza AriefPambudhi. 2015. Tingkat Literasi Keuangan pada
Mahasiswa S-1 Fakulti Ekonomi, 11(1), 76-85
Ferlis B. Buller @ Bahari, Balan Rathakrishnan&Rosnah Ismail. 2009. Sumber stress,
strategi daya tindak dan stress yang di alami pelajar universiti. Jurnal
Kemanusiaan,13, 46-62
Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, MohdYahyaMohdHussin& Fatimah Salwa
Abdul Hadi. 2015. Kehidupan kelas menengah Malaysia : Satu kajian kes
mengenai corak perbelanjaan guru dalam pemilikan aset dan pelaburan kewangan.
Malaysian Journal of Society and Space, 11(11) , 1-13
Haryani Abdul Hamid, Tamat Sarmidi& Abu Hassan ShaariMd Nor. 2015. Hutang Isi
Rumah dan Upah Benar. Prosiding PERKEM 10, 547- 55

Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017 2385


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

Huriyatul Akmal & Yogi Eka Saputra. 2016. Analisis Tingkat Literasi Keuangan. Jebi
Jurnal Ekonomi dan Bisnis Islam. 1 (2) :
Jabatan Insolvensi Negara statistik muflis (2014). Dimuat turun daripada
http://www.insolvensi.gov.my/ms/Jump$tart Coalition. 2007. National Standards
in K-12 Personal Finance Education.
Kim, Jinhee. 2001. Financial Knowledge and Subjective and Objective Financial Well-
being.Consumer Interests Annual, 47, 1–3.
Lusardi A. 2008. Household Saving Behavior : The Role of Financial Literacy,
Information and Financial Education Programs.
Mahdzan NS, Tabiani S (2013) The Impact of Financial Literacy on Individual Saving:
An ExplanatoryStudy in Malaysian Context.Transformations in Business &
Economics, 12(1), 41-44.
Malaysia. 2004. Piawaian Perakuan Kerajaan Pelaburan. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasioanal Malaysia Berhad.
Malaysia. 2013. Piawaian Perakuan Kerajaan Pelaburan. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasioanal Malaysia Berhad.
MohdZaim Bin Ab Rahim, IshakHjSulaiman&MunirahAbdRazzak 2012. Kesempitan
Hidup Penghutang : Analisis Ayat 208 Surah Al Baqarah. Proceeding : The 2nd
Annual International Qur’anic Conference 2012
Nik MohdZaimAb Rahim, IshakSuliaman&MunirahAbdRazzak. 2012. Kesempitan
Hidup Penghutang : Analisis Ayat 280 Surah Al-Baqarah. Proceeding : The 2nd
Annual International Qur’anic Conference 2012 . 114-126
Noor AzizahShaari, Nurfadhilah Abu Hasan, Ramesh Kumar Moona Haji Mohamed,
Mior Ahmad JafriMdSabri. 2013. Financial Literacy : A Study Among The
University Students.Interdisciplinary Journal of Contemporary Research In
Business, 5(2), 279-299
Nor Syahidah&Norasmah. 2017. Kualiti Pendidikan Pengurusan Kewangan dengan
Tahap Literasi Kewangan. Journal of Global Business and Social
Entrepreneurship, 1(1) , 183-19
NorainiIdris (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Shah Alam: McGraw Hill
Education
Nur AisyatulRadiahAlidaniah, Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Noor, Mohammed Rezki
Moi.Hutang isi rumah mengikut kaum di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Malaysian Journal of Society and Space, 11(11), 110-119
Nuraini Abdullah &MohamadFazliSabri. 2016. Faktor Peramal Pengurusan Hutang
dalam
Kalangan Pekerja Muda. International Journal of Education and Training (InjET), 2(2) ,
1-19
NuraulianiJamlusRafdi, Noor Aimi Mohammad Puad, Wan Shahdila Shah Sahar,
Fadilah Mat Nor& Wan Shazlina Shah Shahar. 2015. Faktor-faktor Muflis di
Kalangan Belia. Proceeding of the 2nd International Conference on Management
and Muamalah. 16-17 November:
NurulFardiniZakaria&HusniyahAbd Rahman. 2010. Perbandingan Literasi Kewangan
Siswa Berdasarkan Gender.Jurnal Pengguna Malaysia, 15 , 50-64
Nor Syahidah&Norasmah. 2017. Kualiti Pendidikan Pengurusan Kewangan dengan
Tahap Literasi Kewangan. Journal of Global Business and Social
Entrepreneurship, 1(1) , 183-19

2386 Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017


International Conference on Global Education V
“Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity”

NoraihanMamatZambi, HasmidaMohamad Hassan &Syaiful Bahari Jaafar. 2013.


Hubungan antara Amalan Pengurusan Kewangan Pelajar dan Kursus PA305
:Technical And Education Colloqium , 25-31
Pengurusan Kewangan Peribadi – Satu Kajian kes di Politeknik Tuanku Sultanah
Bahiyah. Technical and Education Colloquium.
RubayahYakob, HawatiJanor& Nur Ain Khamis. 2015. Tahap Literasi Kewangan
dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam : Kajian di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 18(1) , 97-116
Servon, Lisa. J. and Kaestner. R. 2008. Consumer Financial Literacy and the Impact of
Online Banking on the Financial Behavior of Lower-Income Bank Customers. Journal
of Consumer Affairs, 42 (Summer): 271–305.
Shaari, N. A., Hasan, N. A., Mohamed, R. K. M. H., &Sabri, M. A. J. M. (2013).
Financial literacy: A study among the university student. Interdisci-plinary
Journal of Contemporary Research in Business, 5(2), 279–299.
Zuriana binti Mohamed dan Rosniyati binti AbdRazak. (2012). “Kajian Persepsi Pelajar
terhadap Impak Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi Jabatan Perdagangan.
PoliteknikPortDickson.

Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017 2387

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai