ASKA Manual PDF
ASKA Manual PDF
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
En. Sukimin Juki, GB SK Desa Pinggiran Putra (Selangor) telah menyediakan satu fail
menggunakan Google Sheet bagi menjana Kalender Akademik 2019. Bahan ini telah
dikongsikan bersama dengan MGB Sabah pada 9 November 2018 di Platinum Hotel, Kota
Kinabalu. Beliau telah menyediakan fail khusus untuk negeri Sabah dengan mengambil kira
cuti‐cuti perayaan negeri Sabah. Panduan ini adalah untuk memudahkan pihak sekolah
menyediakan Kalender Akademik bagi tahun 2019.
Keterangan lanjut berkaitan bahan tersebut dan perkara‐perkara yang berkaitan boleh
dirujuk di https://mgbselangor.blogspot.com/ ruang LANGKAH DEMI LANGKAH KSSR 2018.
Terima kasih kepada En. Sukimin Juki atas perkongsian yang amat bermakna ini.
PERSEDIAAN AWAL
Sebelum menggunakan fail tersebut, sila pastikan anda perlu:
i. Mempunyai laluan internet.
ii. Log masuk ke dalam Google akaun anda untuk membuat salinan fail.
iii. Mempunyai akses menggunakan aplikasi Google Sheet.
iv. Boleh mengakses Google Drive untuk membuka salinan fail yang akan disimpan.
v. Sila baca semua keterangan yang ada pada setiap lembaran (5 lembaran);
1‐Info Asas
2x‐Kalender Akademik 2019 (sila abaikan)
2‐Kalender Akademik 2019
3‐Aktiviti Koku Mingguan 2019
4‐Cetak Kalender Akademik 2019
Senarai Mata Pelajaran 2019
vi. Beri perhatian kepada ruang yang berwarna kuning, klik butang untuk membuat
pilihan.
1/4
Panduan ASKA ‐ Kalender Akademik
vii. Anda juga boleh membuat catatan pada ruang yang berwarna putih khasnya pada
kolum Cuti Sekolah & Umum, Sabtu Tidak Bekerja, Aktiviti Sabtu / Ahad.
PANDUAN PENGGUNAAN
1. Sila buka pautan berikut:
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1AFUQ61fIjGMZoFsqFTaUPhMtu3Adwodry
OatV8_yLpo/edit?usp=sharing
2. Anda akan mendapat paparan berikut dan
Menandakan anda telah log masuk ke
dalam akaun Google anda (abjad/ikon ikut
tetapan anda).
Jika ada butang “SIGN IN” sila log masuk.
3. Sila klik File, pilih “MAKE A COPY” dan simpan
Nama fail asal
Pilihan menu ini hanya aktif jika anda
log masuk akaun Google.
1. Sila namakan salinan fail tersebut
mengikut keperluan anda.
2. Salinan fail akan disimpan dalam
Google Drive.
3. Klik “OK”
2/4
Panduan ASKA ‐ Kalender Akademik
4. Setelah salinan fail berjaya disimpan, sila lengkapkan lembaran 1‐Info Asas.
Nama fail baharu
6. Setelah selesai lembaran 1‐Info Asas, klik lembaran 2‐Kalender Akademik 2019.
Anda boleh melengkapkan
ruangan berikut mengikut
keperluan sekolah anda
Nota:
CP ‐ Cuti Perayaan
CF ‐ Cuti Ganti (Cuti bagi Perayaan / Sambutan yang jatuh pada hari
Ahad)
Buat RPT ‐ Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) perlu disediakan mengikut
Minggu Persekolahan
Buat RPT PdP x/xx ‐ Rancangan Pengajaran Harian (RPH) disediakan mengikut Minggu
Akademik seperti yang di rancangan dalam RPT sesi 2019
3/4
Panduan ASKA ‐ Kalender Akademik
7. Setelah selesai lembaran 2‐Kalender Akademik 2019, sila klik lembaran 3‐Aktiviti Koku
Mingguan 2019.
Anda boleh memilih untuk
menetapkan aktiviti
kokurikulum
8. Setelah selesai lembaran 3‐Aktiviti Koku Mingguan 2019, sila klik lembaran 4‐Cetak
Kalender Akademik 2019. Lembaran ini merupakan hasil janaan Kalender Akademik
2019 untuk sekolah anda.
Sila cetak untuk edaran
dan tindakan lanjut.
Klik “X” untuk tutup /
keluar daripada fail
lembaran. Fail akan di
simpan secara automatik.
Klik “>” untuk melihat
lembaran Senarai Mata
Pelajaran 2019
9. Anda boleh membuka/akses fail ini semula melalui Google Drive akaun anda untuk
sebarang keperluan di masa akan datang.
10. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Panduan ini disediakan oleh;
SAZAHLIE SAPAR,
Guru Besar,
SK. Sipinong, Sandakan
4/4