Anda di halaman 1dari 1

NILAI TERAS: KEGEMBIRAAN

4.2. KESEDERHANAAN

KESEDERHANAAN CERMINAN KEMULIAAN

Penerangan nilai: Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan
sama ada dalam pemikiran,pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri
dan orang lain

1. Semua agama menyeru penganutnya mengamalkan nilai kesederhanaan dalam hidup kerana:
a) pemikiran, pertuturan dan perlakuan yang sederhana dapat
menjamin keperibadian yang mulia dalam masyarakat
b) dapat mengangkat martabat keluarga,sekolah,masyarakat dan Negara

2. Ciri-ciri kesederhanaan yang terdapat dalam pelbagai agama ialah:


a) pertuturan-bercakap dengan sopan, tidak menyinggung perasaan orang lain
b) pemikiran-mengambil pertimbangan yang tidak keterlaluan sehingga menjejaskan orang lain
c) perlakuan-merancang perbelanjaan supaya tidak boros,berbelanja mengikut kemampuan,
berpakaian sesuai dengan adat dan norma masyarakat

3. Kebaikan mengamalkan nilai kesederhanaan ialah:


a) melahirkan individu yang sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat terutama ketika
berbelanja,menggunakan elektrik dan air serta menabung untuk masa depan
b) pertuturan dan perlakuan yang terkawal dapat melahirkan individu yang sentiasa menjaga
nama baik diri dan martabat keluarga,masyarakat,sekolah dan mengharumkan nama
Negara di peringkat antarabangsa
C) boleh mengawal emosi dan mewujudkan hubungan yang mesra

Anda mungkin juga menyukai