Anda di halaman 1dari 5

LATAR BELAKANG RUMAH PANJANG DI SARAWAK

rumah panjang merupakan sejenis bangunan kediaman yang terdiri


daripada satu bilik yang panjang. Rumah ini didiami oleh suku kaum
Iban, Bidayuh, Kayan, dan Kenyah. Rumah panjang simbol utama
kehidupan bermasyarakat di Sarawak. Rumah Panjang didirikan
untuk mempererat persaudaraan sebagai simbol kekeluargaan
dimana mereka saling bergotong royong antara keluarga satu
dengan lainnya. Terdapat lebih 4500 buah rumah panjang di
Sarawak. Rumah kaum ini dibina di dalam kelompok yang mungkin
mengandungi 100 keluarga didalam ruang berasingan yang dibina di
bawah satu bumbung panjang. Pengalaman rumah panjang yang
sebenar bermula dengan perjalanan ke hulu sungai. Rumah panjang
sedikit berbeza antara sesuatu kaum tetapi berkongsi ciri-ciri asas
yang sama. Hidup bersama jauh lebih baik bagi suku Dayak karena
merupakan tujuan dari bangunan Rumah Panjang agar dapat
bertukar pikiran serta menyampaikan aspirasinya.

FUNGSI RUMAH PANJANG


Pada umumnya, rumah panjang digunakan untuk tempat tinggal
beberapa keluarga.[4] Akan tetapi, rumah panjang tidak hanya
digunakan sebagai tempat tinggal saja.[4] Rumah panjang dibangun
tinggi karena berfungsi untuk menghindari serangan binatang
buas.[2] Tinggi rumah panjang juga berperan untuk menjaga
keselamatan keluarga dari serangan suku-suku lain dalam
masyarakat Dayak.[2] Rumah panjang juga seringkali digunakan
untuk kegiatan-kegiatan masyarakat seperti rapat atau pertemuan-
pertemuan.[4] Tidak hanya pertemuan-pertemuan masyarakat,
rumah panjang juga dipakai untuk upacara-upacara adat atau ritus-
ritus yang ada dalam masyarakat Dayak.[4] Oleh Karena itu, rumah
panjang bukan hanya milik pribadi tetapi juga milik masyarakat
Dayak.[4]

KESIMPULAN
Kepentingan kajian ini adalah untuk mengekalkan seni bina rumah
panjang dahulu untuk dilihat oleh generasi akan datang. Sekiranya
seni bina ini tidak dikekalkan pada masa akan datang ia hanya akan
menjadi kenangan sahaja. Oleh itu, seni bina rumah panjang ini
perlu dikekalkan supaya generasi akan datang akan terus membina
rumah mereka mengikut asal seni bina kaum mereka sendiri.
KEPENTINGAN
Kepentingan rumah panjang kepada masyarakat iban adalah ber
peranan sebagai tempat untuk mewujudkan kemesraan keluarga
dalam rumah panjang. Sumbangannya adalah kaum Iban dapat
makan dan membincangkan masalah mereka bersama-sama anggota
keluarga di situ. Kepentingan yang seterusnya adalah memberikan
perlindungan kepada penghuninya. Rumah panjang ini sebenarnya
melindungi penghuninya daripada hujan dan panas dan memainkan
peranannya dengan melindungi barang dan keperluan dan harta
benda kaum Iban. Selain itu, rumah ini juga melindungi penghuninya
daripada ancaman bahaya supaya penghuninya hidup dengan selesa
di dalamnya. Ini kerana terdapat pelbagai ruang dalam rumah
berfungsi untuk penghuninya beristirehat dan berinterasi sesama
anggota keluarga[iii].
Di samping itu, penulis cuba untuk meninjau sejauhmana masyarakat
masih mendiami rumah panjang atau tidak. Berdasarkan apa yang
telah dikaji, kebanyakan masyarakat Iban di Sarawak masih tinggal di
rumah panjang. Bila orang Iban ini mendirikan rumah panjang,
bererti mereka sedang mewujudkan sebuah perkampungan ataupun
lebih tepat lagi sebuah negeri[iv]. Walaupun banyak kaum Iban yang
bekerja di bandar tetapi semasa waktu perayaan Hari Gawai Dayak
atau berlaku kematian saudara mara di rumah panjang, mereka pasti
akan datang untuk pulang bertemu keluarga mereka di kampung.
Seterusnya, sejauhmanakah rumah panjang mencerminkan
kepakaran masyarakat Iban dalam membuat binaan rumah panjang.
Berdasarkan struktur rumah yang telah dibina seperti bilek, sadau,
dapur, tempuan, ruai dan tanju telah melambangkan betapa
pentingnya kepakaran mereka dalam membina bahagian ini. Setiap
bahagian rumah panjang ini perlulah ada fungsi kepada mereka.
Oleh itu, kepakaran dalam membina rumah panjang ini perlulah
tinggi. Tambahan pula, rumah panjang sukar untuk dibina kerana
meme
LANGKAH LANGKAH MENJAGA KEUNIKAN
Beberapa langkah telah diambil untuk mengekalkan seni bina rumah
panjang dahulu untuk dilihat oleh generasi akan datang. Sekarang
beberapa bahagianrumah panjang ini telah berubah kerana bahan-
bahan binaan baru seperti simen, jubin dan sebagainya dipercayai
lebih mudah didapati dan tahan lama berbanding dengan kayu
terbelian. Lagipun kayu terbelian sukar untuk dicari di hutan. Kos
untuk membeli kayu terbelian ini agak mahal berbanding batuan dan
simen.
Sekiranya seni bina ini tidak dikekalkan pada masa akan datang ia
hanya akan menjadi kenangan sahaja. Oleh itu, seni bina rumah
panjang ini perlu dikekalkan supaya generasi akan datang akan terus
membina rumah mereka mengikut asal seni bina kaum mereka
sendiri.

Sekarang, ciri-ciri rumah panjang berubah seiring dengan peredaran


masa yang membawa bersama pemodenan dan kemajuan. Tiang
rumah pula masih menggunakan kayu terbelian. Ada juga rumah
panjang sekarang menggunakan tiang yang dibuat daripada simen.
Dinding atau silingnya akan dilapis dengan kayu lapis. Lantai rumah
juga ada yang dibubuh jubin yang cantik sekarang. Selain itu, tangga
rumah panjang sekarang juga telah berubah. Hal ini kerana, bahan
untuk membuat tangga sudah berubah dan ada tangga yang
menggunakan kayu terbelian dan simen.

Walaupun pembinaannya berubah dari segi bahan buatannya, ciri-


ciri keunikan rumah panjang tetap dikekalkan supaya seni bina
terdahulu tidak ditinggalkan. Hal ini kerana seni bina dahulu boleh
digunakan untuk menarik perhatian pelancong melihat ciri-ciri rumah
panjang lama. Tambahan pula, seni bina rumah panjang Iban jarang
sekali dapat dilihat oleh pelancong di luar negara.

Anda mungkin juga menyukai