Anda di halaman 1dari 3

Bahagian tingkat atas rumah panjang di kenali sebagai sadau.

Bahagian ini menganjur dari bilek


sehingga ke ruai. Tujuan sadau dibina oleh kaum Iban dahulu adalah sebagai tempat tidur untuk
anak umbong (dara pingitan) dan juga sebagai tempat kaum Iban menenun pua kumbu. Tangga
digunakan untuk naik ke bahagian ini. Dalam adat Iban, sadau adalah bahagian bilik yang tidak boleh
dinaiki sesuka hati tanpa kebenaran keluarga itu sendiri. Sekarang bahagian ini masih dikekalkan
sebagai tempat tidur ahli keluarga setiap bilik di rumah panjang.

Tempuan salah satu bahagian yang penting dalam rumah panjang. Tempuan dalam rumah panjang
dibina kaum Iban telah dibahagi kepada dua jenis, iaitu tempuan ruai dan tempuan bilek. Kedua-
duanya dipisahkan sebuah dinding yang dinamakan sebagai dinding ukoi. Tujuan tempuan ruai
dibina adalah sebagai tempat lalu lalang di dalam rumah panjang. Dahulu bahagian ini sebagai
tempat menambat ayam sabung dan melonggokan kayu api. Manakala bahagian tempuan bilek
lebih berfungsi sebagai tempat meletakkan alas kaki dan rak kasut serta selipar milik setiap ahli
keluarga rumah panjang.

Ruai adalah bahagian luar bilek. Dari segi fungsi dan sebab bahagian ini dibina sebagai tempat lalu
lalang penghuni rumah panjang cuma bezanya dengan tempuan ruai adalah saiznya lebih luas. Di
ruai ini jelas sekali fungsi dan kepentingannya kepada penghuni rumah panjang iaitu sebagai tempat
penghuni rumah panjang untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka di dalam rumah
panjang. Pada waktu malam selepas makan penghuni rumah panjang lebih suka berkumpul di ruai
untuk bercerita tentang aktiviti yang mereka lakukan pada hari itu.

Dalam rumah panjang Iban sekarang, tanju terbahagi kepada dua jenis iaitu tanju ruai dan tanju
bilek. Di bahagian tanju ini selalunya diletakkan tong air untuk menadah air hujan, ampaian pakaian
dan kadang-kadang tempat sangkar ayam atau binatang peliharaan seperti burung dan sebagainya.
Tanju juga selalu menjadi tempat untuk kaum Iban menjalankan upacara ritual mereka. Jelaslah
bahawa kemahiran kaum Iban dalam membuat rumah menunjukkan kaum ini memang pakar.
Fungsi-fungsi struktur rumah ini melambangkan setiap bahagian dalam rumah ini memang penting
terhadap masyarakatnya. Setiap bahagian struktur rumah dibuat dengan menggunakan kayu belian
pada masa dahulu. Sekarang bahagian ini telah berubah kerana bahan-bahan binaan baru seperti
simen, jubin dan sebagainya dipercayai lebih mudah didapati berbanding dengan kayu terbelian.
Lagipun kayu terbelian sukar untuk dicari di hutan.

Kepentingan kajian ini adalah untuk mengekalkan seni bina rumah panjang dahulu untuk dilihat oleh
generasi akan datang. Sekiranya seni bina ini tidak dikekalkan pada masa akan datang ia hanya akan
menjadi kenangan sahaja. Oleh itu, seni bina rumah panjang ini perlu dikekalkan supaya generasi
akan datang akan terus membina rumah mereka mengikut asal seni bina kaum mereka sendiri.

Kajian ini juga penting untuk mengekalkan ciri-ciri seni bina rumah panjang supaya seni bina
terdahulu tidak ditinggalkan. Hal ini kerana seni bina dahulu boleh digunakan untuk menarik
perhatian pelancong melihat ciri-ciri rumah panjang lama. Tambahan pula, seni bina rumah panjang
Iban jarang sekali dapat dilihat oleh pelancong di luar negara.

Selain itu, kajian ini turut penting untuk mengekalkan kaum Iban terus tinggal di rumah tinggalan
nenek moyang terdahulu iaitu rumah panjang. Tujuannya adalah supaya kaum Iban nanti mahu
terus tinggal di rumah panjang walaupun terdapat pelbagai corak seni bina rumah lain yang cuba
untuk menggantikan seni bina rumah panjang. Rumah panjang ini sebenarnya melambangkan
kerjasama dan perpaduan dalam kalangan kaum Iban. Perkara utama yang dibincangkan dalam skop
kajian ini ialah cara pembinaan dan fungsi struktur rumah dahulu dan sekarang. Cara pembinaan
rumah panjang adalah berdasarkan kepercayaan kaum Iban tersendiri. Dalam membuat rumah
perlulah mengikut adat berumah yang telah ditetapkan oleh tuai rumah panjang itu sendiri. Apabila
sesebuah rumah panjang hendak dibina atau dibina semula, ia mestilah mendapat persetujuan
ramai[v]. Menurut kepercayaan Iban, dalam mendirikan rumah panjang, ia patut menghadap ke
arah matahari terbit.

Walau bagaimanapun, kedudukannya bukanlah secara menegak menghadap matahari. Ia harus


didirikan agak serong sedikit kerana dipercayai kedudukan yang menegak menghadap matahari
boleh menyebabkan rumah menjadi panas. Selepas itu, barulah rumah mula dibina oleh kaum Iban.
Selain itu, rumah yang dibina haruslah mengikut adat berumah supaya proses pembinaan dapat
dijalankan dengan baik. Skop kajian ini juga turut merangkumi fungsi struktur rumah panjang dahulu
dan sekarang. Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang telah dibuat dapat diperhatikan bahawa
orang Iban di rumah panjang Tinggang adalah kaum yang rajin dan berdikari. Setiap struktur rumah
panjang yang dibina sendiri melambangkan betapa kaum ini mahir dalam membuat rumah.
Perubahan aktiviti orang Iban serta juga pendedahan mereka terhadap pemodenan telah menjadi
faktor adanya perubahan dari segi bahan binaan serta fungsi bahagian-bahagian rumah ini sekarang.
Selain itu, perubahan yang berlaku dalam hidup orang Iban sekarang banyak membezakan hidup
mereka dahulu. Pengekalan adat dalam rumah panjang akan menyebabkan hidup orang Iban dalam
keadaan lantang (senang) selalu. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, setiap bahagian dalam bilik
rumah panjang Iban merupakan hak dan tanggungjawab keluarga bilik yang mendiaminya.
Bahagian-bahagian bilik ini haruslah dijaga dan diperbaiki selalu sekiranya rosak, khasnya bahagian
luar, iaitu tempuan ruai, ruai dan tanju ruai. Sekiranya terdapat sesiapa yang tercedera akibat
kerosakan bahagian-bahagian ini, tuan bilik berkenaan boleh didenda sebanyak RM8[vi]. Bahagian
lain seperti bilek, sadau, dapur, tempuan dan ruai juga perlu dijaga dengan baik dan sentiasa bersih
supaya rumah panjang sentiasa kelihatan bersih selalu.

Anda mungkin juga menyukai