Anda di halaman 1dari 2

1) Apakah tujuan kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu membina Rumah Panjang?

(2m)

Antara tujuan kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu membina rumah panjang adalah untuk
tujuan keselamatan dan pertahanan. Selain itu, rumah panjang dibina untuk mewujudkan
kerjasama dalam kalangan penduduk di rumah panjang.

2) Apakah bahan pembuatan yang digunakan untuk membina Rumah Tinggi? (2m)

Antara bahan pembuatan yang digunakan untuk membina Rumah Tinggi ialah kayu keras.
Selain itu, bulat seperti belian juga menjadi bahan utama dalam pembuatan rumah ini.

3) Nyatakan fungsi pembinaan Rumah Baruk dari Sarawak. (5m)

Antara fungsi pembinaan Rumah Baruk dari Sarawak adalah menjadi rempat menyimpan
tengkorok. Selain itu, dapat menyimpan senjata juga merupakan salah satu fungsi
pembinaan Rumah Baruk dari Sarawak. Seterusnya, pembinaan Rumah Baruk dari Sarawak
berfungsi sebagai pusat ritual. Selanjutnya, mesyuarat juga merupakan salah satu fungsi
pembinaan Rumah Baruk dari Sarawak. Di samping itu, pembinaan Rumah Baruk dari
Sarawak juga berfungsi sebagai majlis sosial yang lain.

4) Nyatakan fungsi pembinaan rumah panjang kaum Rungus dan Murat. (6m)

Antara fungsi pembinaan rumah panjang kaum Rungus adalah untuk menjadi kediaman
dan kubu pertahanan daripada serangan musuh. Selain itu, kaurm Rungus membina rumah
ini untuk mewujudkan semangat bekerjasama. Seterusnya, salah satu fungsi pembinaan
rumah panjang kaum Rungus adalah untuk melindungi ahli-ahlinya.

Antara fungsi pembinaan rumah panjang kaum Murat adalah atas faktor keselamatan dan
pertahanan. Keunikan rumah panjang ini boleh dilihat di tepi rumah dn terdapat ruang
memanjang yang memisahkan bilik-bilik keluarga. Di bahagian tengah pula, terdapat tempat
pertemuan dan lantai untuk tarian atau lansaran.

5) Jelaskan pengajaran yang akan dipelajari oleh generasi yang akan datang berkaitan tajuk
ini. (8m)

Antara pengajaran yang akan dipelajari oleh generasi yang akan datang berkaitan tajuk ini
adalah kebijaksanaan dalam memanfaatkan sumber alam sekitar. Masyarakat Sarawak dan
Sabah telah menggunakan sumber alam sekitar dalam pembinaan seni bina rumah mereka
dan berjaya memastikan kestabilan seni bina rumah tersebut dengan penggunaan sumber
alam sekitar sebagai bahan pembuatan. Sebagai contoh, Kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu
telah menggunakan kayu keras terutamanya kayu belian dan daun tebal seperti daun rumbia
unruk membina Rumah Panjang di Sarawak. Sebagai tuntasnya, generasi yang akan datang
dapat mempelajari kebijaksanaan dalam memanfaatkan sumber alam sekitar dari seni bina
masyarakat Sabah dan Sarawak.
Selain itu, sikap terbuka membantu kemajuan diri dan negara juga merupakan salah satu
pengajaran yang akan dipelajari oleh generasi yang akan datang berkaitan tajuk ini. Hal ini
dikatakan demikian kerana masyarakat Sabah dan Sarawak telah menunjukkan sifat
kerajinan dalam membantu negeri mereka membina pelbagai jenis seni bina rumah yang
unik dalam segi beri bantuan diri sepenuhnya kepada kemajuan seni bina negerinya. Sebagai
contoh, semua kaum Bidayuh bekerjasama menyumbang untuk membina Rumah Baruk di
Sarawak. Sebagai implikasinya, generasi yang akan datang akan dapat mempelajari sikap
baik terbuka membantu kemajuan diri dan negara dari tajuk ini.

Anda mungkin juga menyukai