Anda di halaman 1dari 10

TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN

Pada Julai 1997, krisis kewangan yang melanda Asia bermula merupakan satu
fenomena yang telah menjejaskan aktiviti perdagangan dan hampir melumpuhkan ekonomi
negara-negara terbabit. Keadaan ini dikatakan adalah disebabkan spekulasi asing, namun
tidak dapat dinafikan ada faktor-faktor lain yang menyumbang kepada fenomena ini dan
menyebabkan krisis menjadi bertambah parah. Krisis yang bermula sebagai krisis mata wang
dan kecairan telah berkembang menjadi krisis struktur seluruh ekonomi dan merebak ke
seluruh Asia dan menjejaskan perdagangan dunia. Pelbagai tanggapan dan penjelasan telah
dikemukakan bagi menghuraikan sabab musabbab tercetusnya krisis tersebut. Namun tiada
kesepakatan antara mereka. Ahli-ahli ekonomi mungkin memerlukan beberapa tahun lagi
sebelum mencapai suatu penjelasan yang dipersetujui bersama tentang fenomena ini. Namun
pada waktu itu nanti, fenomena ini mungkin sudah menjadi suatu sejarah bagi tatapan
generasi baru. Secara khususnya krisis kewangan di Asia dapatlah dikatakan bermula pada 2
Julai 1997 iaitu sehari selepas kembalinya Hong Kong kepada pemerintahan China dengan
runtuhnya nilai baht di Thailand. Fenomena ini dengan cepatnya merebak dari negara ke
negara di rantau ini. Ia kemudiannya merebak dengan kelajuan yang sama sekali tidak
dijangka oleh sesiapapun. Malah, bahang krisis ini turut dirasai di Amerika Utara dan Eropah.
Serangan spekulatif terhadap mata wang kali ini dianggap penganalisis sebagai agak luar
biasa iaitu bagaikan teori domino bermula dengan baht di Thailand, diikuti peso Filipina dan
ringgit Malaysia. Tidak terkecuali rupiah Indonesia, dolar Singapura serta won Korea dan
dolar Taiwan. Masalah ini telah membimbangkan hampir kesemua pasaran yang baru muncul
yang diibaratkan sebagai pasaran yang hampir tenggelam. Malah krisis ini boleh menjadi
lebih teruk dan menyebabkan kemelesetan ekonomi dunia sama seperti yang pernah berlaku
dalam tahun 60-an. Justeru, tugasan pertama ini akan membincangkan lebih lanjut mengenai
analisis faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran wang negara dan kesan-kesan
kadar pertukaran wang negara ke atas aliran perdagangan di Malaysia.

1
2.0 FAKTOR-FAKTOR KADAR PERTUKARAN WANG NEGARA MALAYSIA

Kemerosotan nilai wang Ringgit Malaysia disebabkan fenomena krisis kewangan Asia 1997
sehingga 1999 berpunca daripada beberapa aspek;

2.1 Kelemahan Polisi Ekonomi Dalaman

Para pemimpin negara yang menjadi mangsa krisis lebih suka menuding jari kepada
spekulator semata-mata kononnya meruntuhkan sistem ekonomi yang mereka bina selama ini.
Walhal para pedagang mata wang ini merupakan golongan yang oportunis terhadap peluang-
peluang pelaburan yang dapat memberi keuntungan lumayan kepada mereka. Kebetulannya,
negara-negara sedang membangun di Asia ini gagal melaksanakan polisi ekonomi mereka
dengan sempurna lantaran ingin menikmati pembangunan yang cepat dan berterusan.
Kesempatan inilah yang telah direbut sebaiknya oleh spekulator mata wang untuk membuat
untung.

2.2 Peranan Spekulator Mata Wang

Keadaan ini dapat dibuktikan dengan pengaliran keluar kira-kira AS$115 bilion dari lima
negara utama yang mengalami krisis (Korea, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia)
sejak bermula krisis sehingga September 1998. George Soros merupakan spekulator mata
wang yang dikaitkan dengan faktor ini. Perdana menteri Malaysia telah menyebut beliau
sebagai antara penyangak mata wang dunia yang berniat jahat untuk memporak-perandakan
ekonomi negara-negara miskin dan sedang membangun khususnya Asean. Beliau dan
pengikutnya yang menguasai pengurusan dana asing yang besar berpakat menyerang pasaran
Asean bagi menyekat kelahiran harimau ekonomi yang bakal mengaum dipasaran
antarabangsa.

Sekiranya nilai mata wang sesebuah negara diramalkan akan turun, para spekulator
akan bertindak menjual mata wang tersebut di kedua-dua pasaran semerta dan pasaran
hadapan. Apabila nilai mata wang tersebut benar-benar-turun, maka mata wang tersebut akan
dibeli kembali pada kadar yang murah. Perbezaan antara jualan dengan belian adalah
keuntungan yang akan diperoleh oleh spekulator.

2.3 Krisis Keyakinan Dan Kesan Penularan

Faktor teknikal yang dianggap penting dan memerlukan huraian ialah keyakinan oleh pihak
pedagang mata wang dan pelabur terhadap sesuatu mata wang yang diniagakan. Faktor
keyakinan ini selalunya dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan politik sesuatu negara yang

2
mata wangnya terlibat. Sekiranya keadaan ekonomi dan politik sesebuah negara itu kurang
meyakinkan, para pelabur, pedagang ataupun spekulator akan menjual mata wang negara
tersebut di pasaran. Ini adalah realiti apa yang telah berlaku ke atas negara-negara di Asia
baru-baru ini.

Disebabkan dasar-dasar ekonomi dan politik yang tidak disenangi ini membuatkan
para pelabur hilang keyakinan terhadap mata wang negara-negara tersebut. Oleh sebab itu,
mereka bertindak tidak akan memegang mata wang tersebut, sebaliknya akan menjualnya.
Jadi soal keyakinan terhadap faktor-faktor politik dan ekonomi boleh mempengaruhi
perdagangan pasaran terutamanya kepada pedagang, pelabur dan spekulator terhadap aliran
kadar pertukaran sesuatu mata wang.

3.0 KESAN KADAR PERTUKARAN WANG NEGARA KE ATAS ALIRAN


PERDAGANGAN DI MALAYSIA

Kesan kemerosotan nilai Ringgit ke atas sektor ekonomi adalah berbeza – beza. Dalam sektor
komoditi, kesan krisis ke atasnya adalah mencampur-aduk. Contohnya, Malaysia tidak dapat
menikmati keuntungan daripada peningkatan harga yang mendadak dalam pasaran kelapa
sawit pada tahun 1998 akibat kejatuhan dalam kitaran hasil biologi kelapa sawit sepanjang
tahun itu. Bagi kes bijih timah, penyusutan nilai ringgit telah meningkatkan harga ringgit
komoditi itu kerana nilainya disebut dalam dolar amerika. Getah pula tidak menikmati apa –
apa manfaat daripada susut nilai ringgit kerana harga getah disebut dalam ringgit.

Menjelang tahun 1998, penyusutan nilai ringgit telah memberi impak negatif terhadap
sektor pertanian at kos pengeluaran yang meningkat hasil harga ringgit yang lebih tinggi bagi
imput yang diimport. Ini menjejaskan daya saing sektor ini. Bagi sektor pelombongan,
kesannya tidak begitu ketara kerana sumber sektor tersebut berasaskan sumber tempatan.

Dalam sektor pembinaan, sektor kecil kejuruteraan awam dan sektor swasta terpaksa
menunda dan memperlahankan projek – projeknya disebabkan kos mengimport imput yang
tinggi. Bagi sektor harta komersial, aktivitinya terjejas berikutan lebihan tawaran dan langkah
- langkah yang telah dilaksanakan untuk menyekat pinjaman kepada sektor ini.
Walaubagaimanapun sektor kecil perumahan terutamanya rumah kos rendah dan sederhana
kurang terjejas disebabkan permintaan asas masih kukuh dan lebih 90% daripada imput yang
digunakan didapati daripada sumber tempatan.

3
Dalam sektor perkilangan, kesannya juga bercampur di antara industri yang berlainan
dalam sektor ini. Industri ini bukan berasaskan sumber utama yang berorientasi eksport dan
industri berasaskan sumber utama yang mempunyai kandungan eksport yang tinggi dan
kandungan import yang rendah mempunyai pendapatan wasng asing bersih tertangguh yang
positif dan secara relatifnya tinggi.

Industri ini mendapat manfaat daripada susut nilai ringgit dari segi pendapatan
eksport yang lebih tinggi hasil keuntungan penilaian semula kadar pertukaran wang.
Malangnya, industri yang berorientasikan pasaran tempatan dengan kandungan import yang
tinggi seperti industri yang melibatkan peralatan pengangkutan terjejas teruk akibat
penyusutan nilai Ringgit. Ini kerana kos mengimport yang lebih tinggi berikutan pendapatan
eksport bersih tertangguh yang negatif bagi setiap ringgit keluaran industri itu.

Selain itu, krisis kewangan tersebut telah membuka mata masyarakat minda ekonomi
terhadap ancaman kapitalisme. Kelemahan sistem ekonomi kapitalisme menyebabkan
ekonomi terjejas. Setelah mengaut keuntungan berlipat ganda daripada manipulasi mata wang,
spekulator telah menyalahkan kerajaan Asia atas ketidakcekapan dalam pengurusan
ekonominya. Malah, pelabur asing bertindak pantas mengeluarkan modal daripada Asia
sehinggan menjatuhkan ekonominya. Hasil daripada keadaan tersebut, masyarakat mulai
sedar kelebihan sistem ekonomi Islam dan mula mengembangkannya.

4.0 RUMUSAN

Secara ringkasnya, krisis kewangan ASEAN yang berlaku sekitar tahun 1997
sehingga 1999 memberikan impak yang besar dalam negara-negara Asia khususnya Malaysia
dalam aliran perdagangan. Kemerosotan kadar pertukaran nilai wang Ringgit Malaysia
menimbukan kerugian besar terutamanya dalam sektor ekonomi negara. Antara tiga faktor
yang telah menyebabkan pertukaran kadar wang negara sepanjang krisis kewangan ialah
kelemahan polisi ekonomi dalaman, peranan spekulator mata wang dan krisis keyakinan dan
kesan penularan. Keadaan tersebut telah menjejaskan aliran perdagangan Malaysia dalam
pelbagai sektor terutamanya ancaman Kapitalisme. Kesedaran masyarakat terhadap
kelemahan sistem kapitalisme telah membuka langkah mengembangkan sistem ekonomi
Islam sehingga kini. Malaysia perlu keluar dari perangkap negara berpendapatan
sederhana.Kajian Bank Dunia menunjukkan banyak negara di Asia Timur telah
berjayamelangkah keluar dari perangkap ini melalui persekitaran perniagaan yangmenarik

4
dengan dipacu oleh perusahaan swasta dan penggubalan dasar yang sesuai. Republik Korea,
Taiwan, China dan India telah menunjukkan kejayaan dalam industri dan perkhidmatan
berasaskan pengetahuan sertainovasi. Faktor penentu kejayaan adalah modal insan yang
berkemahiran tinggi serta budaya inovatif dan kreatif. Bagi melangkah menjadi negara maju
berpendapatan tinggi, sumbangan sektor perkhidmatan amat penting. Oleh yang demikian,
pelaburan dalam teknologi baru dan inovasi adalah amatpenting dalam persekitaran
persaingan dan perniagaan global.

TUGASAN 2

1.0 PENGENALAN

Sebelum krisis Kewangan Asia, ekonomi Thailand menikmati pertumbuhan


berpuncakan sektor perkilangan sebanyak 9.4% pada puratanya bagi dekad sehingga 1996.
Tenaga buruh dan sumber semula jadi yang agak banyak dan murah, dasar fiskal yang
konservatif serta dasar pelaburan asing yang terbuka, dan penggalakan sektor swasta
mendasari kejayaan ekonomi pada sepanjang tempoh sehingga tahun 1997. Ekonomi
Thailand pada dasarnya merupakan sebuah sistem perusahaan bebas. Sebilangan
perkhidmatan seperti penjanaan kuasa, pengangkutan, dan komunikasi dimiliki dan
dikendalikan oleh negara, tetapi kerajaan Thailand kini mempertimbangkan penswastaannya,
ekoran daripada krisis kewangan. Kerajaan Diraja Thailand mengalu-alukan pelaburan asing
dan para pelabur yang sanggup mempenuhi syarat-syarat yang tertentu boleh memohon untuk
mendapat hak istimewa pelaburan yang khas melalui Lembaga Pelaburan Thailand. Untuk
menarik lebih banyak pelaburan asing, kerajaan Thailand telah mengubah suai peraturan-
peraturan pelaburannya. Gerakan buruh terancang Thailand masih berada di dalam keadaan
yang lemah dan pecah belah, dengan hanya 3% daripada tenaga buruhnya menyertai kesatuan
sekerja. Pada tahun 2000, Akta Perhubungan Buruh Perusahaan Pihak Kerajaan (SELRA)
diluluskan dan memberikan kakitangan sektor awam hak yang serupa dengan pekerja sektor
swasta, termasuk juga hak untuk menyertai kesatuan sekerja. Lebih kurang 60% daripada
tenaga buruh Thailand bekerja dalam sektor pertanian. Padi merupakan tanaman yang paling
penting; Thailand ialah pengeksport utama dalam pasaran beras dunia. Komoditi-komoditi
pertaniannya yang lain termasuk ikan dan hasil-hasil perikanan, ubi kayu, getah, bijian, dan
gula. Eksport makanan proses seperti tongkol dan nanas tin, serta udang sejuk beku semakin
bertambah. Sektor perkilangan Thailand yang semakin dipelbagaikan telah memberikan

5
sumbangan yang paling besar kepada pertumbuhan semasa ledakan ekonomi. Tugasan ini
akan mengulas lebih lanjut berkaitan faktor yang perlu diambilkira untuk sesebuah firma
beroperasi secara global dan pengurusan risiko.

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DI AMBIL KIRA OLEH FIRMA-FIRMA


DALAM NEGARA

Antara faktor yang perlu diambil kira oleh firma negara untuk beroperasi secara global adalah
faktor buruh, pengangkutan, modal, bahan mentah dan pasaran. Bagi sesebuah firma untuk
berkembang dengan baik, setiap sudut organisasi perlu diberikan seliaan dengan teliti.

2.1 Buruh

Buruh adalah elemen yang sangat penting kerana merupakan sumber tenaga kerja.
Walaupun mesin atau robot semakin giat digunakan, manusia diperlukan sebagai tenaga
penggeraknya. Justeru, dalam memilih lokasi firma, kos buruh yang murah perlu
dipertimbangkan. Hal demikian kerana kos buruh memainkan peranan penting dalam
perancangan struktur kos sesebuah firma (Watts, 1987). Bagi menjimatkan kos dan
memaksimumkan keuntungan firma, negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika telah
memindahkan sebahagian operasi pengeluaran mereka ke negara membangun seperti negara
Thailand.

2.2 Pengangkutan

Pengangkutan juga merupakan medium yang penting dalam pemindahan sesebuah


lokasi perindustrian. Pengangkutan bukan sahaja berfungsi untuk mengangkat bahan mentah
ke lokasi lain, malah sebagai alat untuk mengangkat pekerja. Menurut White & Senior, 1983;
Tolley & Turton, 1995, pengangkutan adalah agen pemindahan atau pergerakan barang
mahupun manusia dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Lazimnya, kos mengangkut
barang adalah semakin mahal mengikut jarak. Justeru, setiap firma perlu menganalisis kos
pengangkutan penghantaran barang dari kilang dan ke tempat pasaran.

2.3 Modal

Modal adalah sangat penting dalam memulakan sesuatu perniagaan atau industri.
Modal adalah berbentuk wang, aset, dan kepakaran (Walker & Storper, 1981). Operasi tidak

6
akan dapat dilancarkan tanpa modal, kerana bahan mentah perlu dibeli untuk menghasilkan
barangan (Smith, 1981). Firma juga perlu menggaji pekerja untuk proses pengeluaran dan
penghantaran ke tempat pasaran. Sumber modal yang besar membolehkan pembinaan sebuah
firma yang lebih besar. Pertimbangan terhadap modal yang dimiliki adalah sangat penting
untuk sesebuah firma menjalankan operasi. Masalah lain akan wujud sekiranya terdapat
masalah dari segi modal.

2.4 Bahan Mentah

Dalam memilih lokasi firma, pertimbangan terhadap bahan mentah yang akan
digunakan adalah perlu. Setiap firma perlu membuat pertimbangan yang bijak, kerana
pembelian bahan mentah melibatkan kos pembelian dan juga jarak. Justeru, pertimbangan
terhadap lokasi firma perlu dilakukan sewajarnya untuk mengelakkan kesilapan dan risiko
yang besar.

2.5 Pasaran

Pasaran juga merupakan faktor penting dalam menentukan pemilihan sesuatu lokasi
firma untuk melancarkan operasinya. Tiada gunanya sesuatu produk dikeluarkan sekiranya
tiada pembeli mahupun pasaran. Bagi produk yang berorientasikan pasaran, adalah lebih baik
untuk meletakkannya berhampiran pasaran. Misalnya, penjualan surat khabar. Bagi produk
yang sensitif dengan pasaran, adalah lebih baik untuk meletakkannya jauh dari kawasan
pasaran.

3.0 CARA UNTUK MENGURUSKAN DAN MEMINIMUMKAN IMPAK RISIKO

Terdapat beberapa cara untuk menguruskan dan mengurangkan impak risiko berkaitan
keputusan firma untuk beroperasi secara global. Pengurusan risiko adalah amat penting bagi
mengurangkan kos kerugian dan memaksimumkan keuntungan firma. Risiko wujud dalam
beberapa tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Dalam teori firma, dikatakan objektif
firma ialah memaksimakan kekayaan firma. Dalam keadaan sebenar, firma bukan sahaja
mempunyai objektif untuk memaksimakan keuntungan, tetapi juga ada kalanya mempunyai
objektif lain seperti memaksimakan jualan, memaksimakan kepuasan pengurusan, mengambil
peluang dari ekonomi bidangan dan skop (economies of scale and scope), bersedia
menghadapi risiko (to better face risks), meningkatkan kecekapan penggunaaan modal, dan
mendapatkan kelebihan teknologi (technological advantage). (Alrashidi & Baakeel, 2012)

7
`Apa sahaja yang kita rancang sudah pasti kita perlu meneliti setiap aspek seperti
pelan, modal yang diperlukan, dengan siapa kita perlu bekerjasama, tujuan projek yang
hendak dilakukan, hasil yang bakal diperolehi termasuklah kesan risiko. Risiko dapat
didefinisikan sebagai “bahaya, akibat atau kesan yang bakal terjadi akibat sebuah proses yang
sedang berlangsung atau kejadian yang akan datang.

Antara cara yang boleh dibuat bagi mengurangkan impak risiko operasi firma adalah
melalui penstrukturan pengurusan organisasi yang baik. Semakin besar saiz sesebuah firma,
semakin besar organisasi. Justeru, pembahagian sektor perlu dilakukan dengan sistemnatilk
agar pembahagian kerja juga sistematik. Ini dapat membantu pembahagian tugas dan
golongan pekerja dapat fokus terhadap peranan mereka tersendiri dalam membantu
kelancaran operasi.

Seterusnya, proses pengauditan juga perlu selalu dilakukan. Ini bagi membantu
mengenalpasti kewujudan sesebuah masalah dan mncari jalan penyelesaian untuk
menyelesaikannya. Perbincangan atau mesyuarat antara ahli organisasi firma juga perlu
dibuat bagi membincangkan isu organisasi dan meningkatkan kualiti dan keuntungan firma.
Proses pengauditan sangat penting untuk melihat sesebuah organisasi itu sama ada telah
menjalankan pentadbiran dengan baik mahupun tidak. Selain itu, audit dapat mengelak dari
semua masalah seperti ketirisan dan sebagainya. Hal ini boleh dikenalpasti melalui tindakan
mengaudit penyata kewangan, rekod, operasi dan pentadbiran organisasi. Pengauditan juga
penting bagi menyakinkan keseluruhan pihak organisasi bahawa organisasi tersebut
menjalankan pentadbiran dengan sebaiknya. Oleh itu, pengauditan membawa pelbagai
kebaikan bukan sahaja kepada pihak organisasi malah kepada semua pihak yang terlibat.

Bagi mengurangkan kesan risiko, pelan pengurusan risiko perlu dilaksanakan. Ini
memerlukan kerjasama daripada semua pihak bagi proses pelaksanaannya. Pihak firma juga
boleh mendapatkan bantuan kerjasama daripada pihak luar bagi mengurangkan kos kerugian
yang ada.

8
4.0 RUMUSAN

Secara keseluruhan, Negara Thailand merupakan salah satu contoh negara


membangun sama seperti negara Malaysia. Lima faktor iaitu buruh, pengangkutan, modal,
bahan mentah dan pasaran perlu diberi pertimbangan dalam membuat keputusan operasi fima.
Bagi melancarkan operasi firma secara global, faktor-faktor tersebut perlu diberikan
pertimbangan yang teliti dan bijak. Selain itu, pengurusan risiko juga perlu dilakukan dengan
sistematik dalam mengurangkan kos kerugian. Apa sahaja yang kita rancang sudah pasti kita
perlu meneliti setiap aspek seperti pelan, modal yang diperlukan, dengan siapa kita perlu
bekerjasama, tujuan projek yang hendak dilakukan, hasil yang bakal diperolehi termasuklah
kesan risiko. Secara ringkasnya, pertimbangan yang teliti dalam pembuatan keputusan amat
mempengaruhi prestasi sesebuah firma.

(2500 patah perkataan)

9
RUJUKAN

Alrashidi, A., & Baakeel, O. (2012). The Impact of Operational Risk Management on the
Financial Development and Economic Growth: A Case Study of Saudi SME
Companies. European Journal of Business and Management, 4(5), 15-21.

Smith, David M. (1981). Industrial Location: An Economic Geographical Analysis. New


York, Wiley.

Walker, Richard dan Stopher, Michael, Capital and Industrial Location. (1981). Capital and
Industrial Location, Progress in Human Geography. London.

Watts, H. D. (1987). Industrial Geography. Longman, Essex.

10

Anda mungkin juga menyukai