Anda di halaman 1dari 13

Apakah Kesankesan Krisis

Kewangan Asia
1997 Keatas
Ekonomi Negaranegara ASEAN
Ma WenXin @ Hind Bt Hasan
AEL130701

Pengenalan Krisis Kewangan Asia


1997

Krisis kewangan Asia 1997 adalah


krisis kewangan yang bermula pada
bulan Julai 1997 di Thailand, dan
mempengaruhi mata wang, bursa
saham, dan harga aset lain di
beberapa negara Asia, termasuk
sebagian negara di Asia Timur.

Thailand, Indonesia, dan Korea


Selatan adalah negara yang paling
teruk terkena kesan krisis ini.
Malaysia, Filipina, dan Hong Kong
juga terjejas. Singapura, Taiwan, dan
Tanah Bbesar China hampir tidak
terjejas. Jepun tidak terpengaruh
banyak tapi mengalami kesulitan
ekonomi dalam jangka panjang.

Sejarah Krisis Ekonomi Tahun 1997 1998


Sehingga 1996, Asia menarik hampir setengah dari aliran modal negara

membangun.
Tetapi, Thailand, Indonesia dan Korea Selatan memiliki "current account deficit" dan
pemulihan kecepatan pertukaran ditambat menggalakkan pinjaman luaran dan menyebabkan
keketerbukaan yang berlebihan daripada risiko pertukaran mata wang asing dalam sektor
kewangan dan perusahaan.

Pakar ekonomi telah berpendapat bahawa negara China pada ekonomi nyata sebagai faktor
penyumbang krisis. China telah mula bersaing secara agresif dengan pengeksport Asia lainnya
terutama pada 1990, setelah penerapan perubahan kepada berorientasikan eksport. Yang
paling penting, mata wang Thailand dan Indonesia adalah berhubung erat dengan dolar, yang
naik nilainya pada 1990 an. Mengakibatkan para pengimport Barat mencari pengeluar yang
lebih murah dan menemukannya di China yang nilai mata wangnya rendah berbanding dolar.

Krisis Asia bermula pada pertengahan 1997 dan mempengaruhi mata wang, pasaran saham
dan harga aset beberapa ekonomi Asia Tenggara. Bermula dengan kejadian di Amerika
Selatan, pelabur Barat kehilangan kepercayaan terhadap keamanan di Asia Timur dan mulai
menarik kembali wang pelaburan mereka dan ini telah menimbulkan kesan bola salji.

Banyak pakar ekonomi, termasuk Joseph Stiglitz dan Jeffrey Sachs, telah meremehkan
peranan ekonomi sebenar dalam krisis berbanding dengan pasaran kewangan yang
diakibatkan kelajuan krisis.psikologi pasaran.

Thailand

Dari tahun 1985 di tahun 1995, Ekonomi Thailand


tumbuh rata-rata 9%. Pada 1996, dana lindung
Amerika telah menjual $ 400 juta mata wang Thai.
Dari 1985 hingga 2 Julai 1997, baht ditambat 25 bath
per dollar AS.

Pada tarikh 14 dan tarikh 15 Mei 1997, nilai


pertukaran bath Thailand terhadap dolar AS
mengalami kejutan akibat para pelabur asing
mengambil keputusan "jual", kerana tidak percaya lagi
terhadap prospek ekonomi dan ketidakstabilan politik
Negara Thailand.

Tambunan (1998)
pertukaran bath-dollar

Untuk mempertahankan nilai tukar bath agar tidak jatuh terus, Thailand melakukan campur
tangan yang disokong oleh Bank Sentral Singapura. Namun, pada tarikh 2 Julai 1997, Bank
Negara Thailand mengumumkan bahawa nilai tukar bath dibebaskan dari ikatan dollar AS
dan meminta bantuan IMF.

Pengumuman ini menyebabkan nilai bath menyusut kira-kira 15-20% hingga mencapai nilai
terendah, yakni 28,20 bath per dollar AS. Pada 1997, sebenarnya keadaan ekonomi di
Indonesia tampak jauh dari krisis.

Indonesia

Di antara tahun 1997 hingga 1999, telah dijangkau berlakunya kejatuhan


sebanyak 16 peratus dalam KNK per kapita. Bahawa kejatuhan KNK per
kapita ini merupakan satu-satunya kejatuhan dahsyat yang tidak pernah
dialami oleh Indonesia dalam masa yang pendek.

Perbelanjaan terhadap komponen pelaburan telah berkurangan sebanyak 40


peratus. Dalam jangka pendek, pengurangan perbelanjaan terhadap
komponen pelaburan bermakna kurangnya barangan import untuk tujuan
penggunaan pelaburan. Akibatnya, pelaburan Indonesia merosot dan kadar
kemiskinan telah meningkat. Dalam jangka panjang pula, pengurangan
perbelanjaan terhadap komponen pelaburan telah menjejaskan potensi
pertumbuhan ekonomi Indonesia.

Antara tahun 1998 hingga 1999, pelaburan Indonesia tergendala. Banyak


projek pelaburan seperti pembinaan bangunan yang separuh siap terpaksa
diberhentikan. Masalah belanjawan telah menyebabkan tiada sebarang
projek infrastruktur dijalankan pada tempoh masa tersebut.

Namun demikian, bagi sektor pengeluaran barangan perdagangan, pengeluar-pengeluar


sektor ini telah mendapat faedah yang besar kesan daripada devaluasi Rupiah.

Dalam pembangunan kewangan Indonesia, ia berkait rapat dengan isu nepotism dan
korupsi. Dalam sektor kewangan, terdapatnya conneted lending yang menandakan
pengaruh politik yang begitu kuat dalam membuat keputusan pelaburan.

Apabila krisis kewangan ini menjadi semakin serius, adalah jelas dilihat bahawa golongan
autokrat ini lebih melindungi kepentingan keluarga dan kroni mereka daripada ekonomi
negara. Ia menyebabkan pihak awam hilang keyakinannya terhadap keupayaan
pentadbiran kerajaan.

Kerapuhan sistem perbankan di Indonesia pada akhir tahun 1997 dan awal 1998 yang
memerlukan bantuan kecairan yang besar dari bank pusat telah membawa kepada inflasi
yang tinggi. Sebahagian besar daripada sistem perbankan telah diambil-alih oleh
Indonesian Bank Restructuring Agency (IBRA) untuk dirombak semula sistem
pentadbirannya sebelum dijual balik kepada pemegang tempatan atau asing.

Pada November 1997, sebanyak 16 buah bank di Indonesia terpaksa ditutup atas
masalah insolvency. Keyakinan pihak awam terhadap sistem perbankan runtuh sama
sekali apabila mendapati kerajaan tidak mampu memberi jaminan deposit.

Nilai indek jatuh dari 720 pada Julai 1997 kepada 600 pada Ogos dan seterusnya
kejatuhan sebanyak 75 peratus pada pertengahan Disember 1997.

Malaysia

Pada permulaaan krisis, Malaysia cuba mengekalkan nilai Ringgit terhadap matawang
asing tetapi tidak kekal kerana kos terlalu tinggi. Pada 14 Julai 1997 hingga 7 Januari
1998, nilai Ringgit Malaysia jatuh daripada RM2.50 = US$1 kepada RM4.48 = US$1.
Pada tahun 1998, kesan krisis ekonomi dapat dilihat terhadap ekonomi Malaysia. KDNK
pula merosot dari 7% pada tahun 1997 kepada -7% pada tahun 1998. Ekonomi Malaysia
menjadi lemah kerana sektor korporat sukar untuk mendapatkan kredit dan berlaku
peningkatan hutang yang tinggi. Kesan krisis ini dapat dilihat apabila pengeluaran output
rendah di semua sector utama dan projek infrastruktur melebihi RM60 billion seperti
Highland Highway, Kuala Lumpur Linear City dan banyak lagi terpaksa ditangguhkan. Gaji
menteri-menteri dan pegawai-pegawai kerajaan juga terpaksa dipotong.

Dari segi imbangan pembayaran, kejatuhan nilai Ringgit telah meningkatkan jumlah
eksport dan mengurangkan jumlah import dan secara tidak langsung mengurangkan saiz
deficit akaun semasa. Bagi sesetengah produk seperti minyak petroleum yang diniagakan
dalam nilai US dollar, kita menampakkan satu peningkatan yang mendadak dalam hasil
pendapatan negara dalam nilai Ringgit. Sebahagian besar daripada barangan eksport
Malaysia terdiri daripada barang industri dan ia telah menyumbang kepada 80 peratus
daripada jumlah eksport negara.

Kebanyakan pengimport asing menghendaki pengeluar tempatan memberi


diskaun atas barangan yang akan diimport oleh mereka (eksport). Hal ini
telah mengakibatkan kejatuhan dalam nilai barangan eksport Malaysia dan
tambahan pula disebabkan kos ke atas barangan import telah meningkat
dan sebahagian daripada barangan import dijadikan sebagai barangan
pertengahan untuk dijadikan barangan eksport, keadaan ini telah
mengurangkan keuntungan pengeluar Malaysia. Kenaikan harga barangan
import telah meningkatkan harga barangan pengguna secara
keseluruhannya dan menyebabkan isirumah berkurang dan mengurangkan
kuasa membeli penduduk Malaysia.

Ekonomi Malaysia terlampau bergantung kepada system perbankan untuk


mendapatkan dana. Pada September 1997, sector perbankan mengalami
liabiliti eksternal sebanyak RM6 billion. Kejatuhan dalam pasaran stok dan
matawang menyebabkan pelabur asing hilang keyakinan untuk melabur
modal di Malaysia. Pelabur-pelabur yang sedia ada telah membawa keluar
duit Ringgit Malaysia untuk disimpan di bank-bank luar.

Singapora

Ekonomi Singapura berjaya mengawal prestasi yang agak sihat


berbanding dengan negara lain di Asia selama dan selepas krisis
kewangan, walaupun hubungan erat dan pergantungan ekonomi
serantau tetap membawa kesan negatif terhadap ekonominya.

Tetapi, secara keseluruhan kemampuannya menghilangkan krisis


diperhatikan secara luas, dan meningkatkan penyelidikan dasar
fiskal Singapura sebagai pelajaran bagi negara jirannya.

Sebagai ekonomi terbuka, dolar Singapura terbuka terhadap tekanan


spekulatif seperti telah berlaku pada 1985. Ekonomi sangat penting
dalam memperjuangkan Singapura sebagai negara merdeka,
kerajaan Singapura berjaya mengatur suku pertukaran mata
wangnya untuk mengelakkan potensi penyerangan speklulatif.

Philippine

Bank Pusat Filipina menaikan suku bunga sebesar 1.75% mata pada
Mei dan 2% mata lagi pada 19 Jun. Thailand mula dilanda krisis
pada 2 Julai. Pada 3 Julai, bank Pusat Filipina dipaksa untuk
campurtangan secara besar-besaran untuk menjaga Peso Filipina
dengan menaikkan suku bunga dari 15 % ke 24 % dalam satu
malam.

Brunei, Myanmar, Laos, Vietnam dan


Kembodia - Kesan dari Pengeluaran

Brunei tidak terlepas daripada menerima kesan krisis serantau.


Matawang Brunei yang disandarkan kepada dolar Singapura, telah
menyusut sebanyak 17% berbanding dengan dolar AS dan hasil
minyaknya telah berkurangan disebabkan oleh kejatuhan harga.

Myanmar, Laos, Vietnam dan Kembodia secara relatifnya adalah


terhindar daripada krisis kewangan, pengurangan pelaburan asing
terutamanya dari Asia, daya saing eksport yang semakin lemah,
tekanan sektor perbankan dan iklim perniagaan yang lembab telah
meningkatkan kerapuhan ekonomi keempat-empat negara tersebut.

Contoh Vietnam - Pertumbuhan ekonomi dijangka perlahan kepada


4% pada tahun 1998(1997: 8.8%). Bagi menurunkan nilai matawang
dong sebanyak 10% berbanding dolar AS dan mengurangkan
eksport dan import daripada 10% kapada 7%.

Laos terpengaruh ringan oleh krisis ini dengan nilai tukar Kip dari
4700 ke 6000 terhadap satu dolar AS.

Kurs Mata Wang Untuk US$1

Keluaran Negara Kasar- GNP(bilion US


$)

Anda mungkin juga menyukai