Anda di halaman 1dari 7

Krisis Kewangan Asia 1997

Krisis Kewangan Asia ialah krisis kewangan


yang bermula pada Julai 1997 di Thailand, dan
mempengaruhi mata wang, bursa saham dan
harga aset lainnya di beberapa negara Asia. Ia
juga sering disebut Krisis mata wang
Asia.[1][2][3][4][5][6]

Indonesia, Korea Selatan dan Thailand ialah


negara yang paling teruk terkena kesan krisis
ini. Hong Kong, Malaysia dan Filipina juga
terkena tempiasnya. China, Taiwan dan
Singapura hampir tidak terkesan. Jepun tidak
terkena banyak tapi mengalami kesulitan
ekonomi jangka panjang.

Isi kandungan
Sejarah
Negara yang terjejas Negara-negara yang paling terjejas teruk akibat krisis
Thailand kewangan Asia 1997
Filipina
Hong Kong
Korea Selatan
Malaysia
Indonesia
Singapura
China
Amerika Syarikat dan Jepun
Laos
Kesan
Rujukan
Sumber
Pautan luar

Sejarah
Sehingga 1996, Asia menarik hampir setengah dari aliran modal negara membangun. Tetapi, Thailand,
Indonesia dan Korea Selatan memiliki "current account deficit" dan pemulihan kecepatan pertukaran
ditambat menggalakkan pinjaman luaran dan menyebabkan keketerbukaan yang berlebihan daripada risiko
pertukaran mata wang asing dalam sektor kewangan dan perusahaan.

Pakar ekonomi telah berpendapat bahawa negara China pada ekonomi nyata sebagai faktor penyumbang
krisis. China telah mula bersaing secara agresif dengan pengeksport Asia lainnya terutama pada 1990,
setelah penerapan perubahan kepada berorientasikan eksport. Yang paling penting, mata wang Thailand
dan Indonesia adalah berhubung erat dengan dolar, yang naik nilainya pada 1990 an. Mengakibatkan para
pengimport Barat mencari pengeluar yang lebih murah dan menemukannya di China yang nilai mata
wangnya rendah berbanding dolar.

Krisis Asia bermula pada pertengahan 1997 dan mempengaruhi mata wang, pasaran saham dan harga aset
beberapa ekonomi Asia Tenggara. Bermula dengan kejadian di Amerika Selatan, pelabur Barat kehilangan
kepercayaan terhadap keamanan di Asia Timur dan mulai menarik kembali wang pelaburan mereka.

Negara yang terjejas

Thailand

Dari 1985 ke 1995, Ekonomi Thailand mengalami pertumbuhan rata-rata 9% setahun. Pada 14 Mei dan 15
Mei 1997, mata wang baht,mengalami serangan spekulasi besar. Pada 30 Jun, Perdana Menteri Chavalit
Yonchaiyudh berkata bahwa dia tidak akan menurunkan nilai Baht, tetapi pemerintah Thailand akhirnya
menambat mata wang tersebut pada 2 Julai.

Pada 1996, "dana hedge Amerika telah menjual $ 400 juta mata wang Thai. Dari 1985 sampai 2 Julai
1997, baht ditambat pada 25 kepada dolar. Baht jatuh menjunam dan hilang setengah harganya. Baht jatuh
ke titik terendah di 56 kepada dolar pada Januari 1998. Bursa saham Thailand jatuh 75% pada 1997.
Finance One, perusahaan kewangan Thailand terbesar muflis. Pada 11 Ogos, IMF membuka pakej bantuan
dengan lebih dari 16 juta dolar AS .Pada 20 Ogos IMF menyetujui, pakej "bailout" sebesar 3.9 juta dolar
AS.

Filipina

Bank Pusat Filipina menaikan suku bunga sebesar 1.75% mata pada Mei dan 2% mata lagi pada 19 Jun.
Thailand mula dilanda krisis pada 2 Julai. Pada 3 Julai, bank Pusat Filipina dipaksa untuk campurtangan
secara besar-besaran untuk menjaga Peso Filipina dengan menaikkan suku bunga dari 15 % ke 24 % dalam
satu malam.

Hong Kong

Pada Oktober 1997, dolar Hong Kong, yang ditambat 7.8 kepada dolar Amerika Syarikat (AS),
mendapatkan tekanan spekulatif kerana inflasi Hong Kong lebih tinggi jika dibandingkan dengan Amerika
Syarikat selama bertahun-tahun. Pejabat kewangan menghabiskan lebih dari US$1 juta untuk
mempertahankan mata wang tempatan. Meskipun adanya serangan spekulasi, Hong Kong masih dapat
mengatur mata wangnya ditambat ke dolar AS. Bursa saham menjadi tidak stabil, di antara 20 sehingga 23
Oktober, Index Hang Seng menjunam 23%. Pada 15 Ogos 1997, suku bunga Hong Kong naik dari 8 % ke
23 % dalam satu malam.

Korea Selatan
Korea Selatan ialah ekonomi terbesar ke-11 dunia. Dasar makro ekonominya bagus namun sektor banknya
dibebani pinjaman. Hutang berlebihan menyebabkan kepada kegagalan besar dan pengambil alihan.
Contohnya, pada Julai, pembuat kereta ketiga terbesar Korea, Kia Motors meminta pinjaman darurat. Di
awal penurunan pasaran Asia, Moody's menurunkan rating kredit Korea Selatan dari A1 ke A3 pada 28
November 1997, dan diturunkan lagi ke Baa2 pada 11 Disember. Bursa saham Seoul jatuh 4% pada 7
November 1997. Pada 8 November, jatuh 7%, penurunan terbesar yang pernah tercatat di negara tersebut.
Dan pada 24 November, saham jatuh lagi 7,2 % kerana ketakutan IMF akan meminta reform yang berat.
Pada 1998, Hyundai Motor mengambil alih Kia Motors.

Malaysia

Pada 1997, Malaysia memiliki defisit akaun mata wang melebihi 5  % KDNK. Pada bulan Julai, ringgit
Malaysia diserang oleh penyangak mata wang. Malaysia menambat mata wangnya pada 17 Ogos 1997
selepas ringgit jatuh menjunam. Empat hari kemudian Standard and Poor's menurunkan rating hutang
Malaysia. Seminggu kemudian, agensi rating tersebut menurunkan rating Maybank, bank terbesar
Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak
1993. Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah
memperkenalkan kawalan "modal".

Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu sektor pembinaan menyusut sebanyak 23.5  %,
pengeluaran menyusut 9 % dan pertanian 5.9 %. Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6.2 % pada
tahun 1998. Tetapi Malaysia merupakan negara terpantas pulih daripada krisis ini dengan menolak bantuan
IMF.

Indonesia

Pada Jun 1997, Indonesia terlihat jauh dari krisis. Tidak seperti Thailand, Indonesia memiliki inflasi yang
rendah, perdagangan surplus lebih dari 900 juta dolar, persediaan mata wang luar yang besar, lebih dari 20
miliar dolar, dan sektor bank yang baik.

Tapi banyak perusahaan Indonesia banyak meminjam dolar AS. Di tahun berikut, ketika rupiah menguat
terhadap dolar, praktisi ini telah bekerja baik untuk perusahaan tersebut -- level efektifitas hutang mereka
dan biaya finansial telah berkurang pada saat harga mata wang lokal meningkat.

Pada Julai, Thailand megambangkan baht, Otoritas Moneter Indonesia melebarkan jalur perdagangan dari
8 % ke 12 %. Rupiah mulai terserang kuat di Ogos. Pada 14 Ogos 1997, pertukaran floating teratur ditukar
dengan pertukaran floating-bebas. rupiah jatuh lebih dalam. IMF datang dengan paket bantuan 23 miliar
dolar, tapi rupiah jatuh lebih dalam lagi kerana ketakutan dari hutang perusahaan, penjualan rupiah,
permintaan dolar yang kuat. Rupiah dan Bursa Saham Jakarta menyentuh titik terendah pada bulan
Septemer. Moody's menurunkan hutang jangka panjang Indonesia menjadi "junk bond".

Meskipun krisis rupiah dimulai pada Julai dan Ogos, krisis ini menguat pada November ketika efek dari
devaluasi di musim panas muncul di "balance sheet" perusahaan. Perusahaan yang meminjam dalam dolar
harus menghadapi biaya yang lebih besar yang disebabkan oleh penurunan rupiah, dan banyak yang
bereaksi dengan membeli dolar, iaitu: menjual rupiah, menurunkan harga rupiah lebih jauh lagi.

Inflasi rupiah dan peningkatan besar harga bahan makanan menimbulkan kekacauan di negara ini. Pada
Februari 1998, Presiden Soeharto memecat Gobenor Bank Indonesia, tapi ini tidak cukup. Suharto dipaksa
mundur pada pertengahan 1998 dan B.J. Habibie menjadi presiden.
Singapura

Ekonomi Singapura berjaya mengatur performa yang relatif sihat dibandingkan dengan negara lain di Asia
selama dan setelah krisis kewangan, meskipun hubungan erat dan ketergantungan ekonomi wilayah tetap
membawa kesan negatif terhadap ekonominya. Tetapi, secara keseluruhan kemampuannya menghilangkan
krisis diperhatikan secara luas, dan meningkatkan penelitian kebijakan fiskal Singapura sebagai pelajaran
bagi negara jirannya.

Sebagai ekonomi terbuka, dolar Singapura terbuka terhadap tekanan spekulatif seperti telah terjadi pada
1985. Ekonomi sangat penting dalam keberlangsungan Singapura sebagai negara merdeka, pemerintah
Singapura berhasil mengatur suku pertukaran mata wangnya untuk menghindari potensi penyerangan
speklulatif.

China

Republik Rakyat China tidak diganggu oleh krisis ini kerana renminbi yang tidak dapat ditukar dan
kenyataan bahawa hampir semua pelaburan luarnya dalam bentuk pabrik dan bukan bidang keamanan.
Meskipun Cina telah dan terus memiliki masalah solvensi parah dalam sistem perbankannya, kebanyakan
deposit di bank-bank PRC adalah domestik dan tidak ada pelarian bank.

Amerika Syarikat dan Jepun

"Selesema Asia" juga memberikan tekanan kepada Amerika Syarikat dan Jepun. Ekonomi mereka tidak
hancur, tetapi terpukul kuat.

Pada 27 Oktober 1997, Industri Dow Jones jatuh 554-point, atau 7,2 %, kerana kecemasan ekonomi Asia.
Bursa Saham New York menunda sementara perdagangan. Krisis ini menuju ke jatuhnya konsumsi dan
keyakinan mengeluarkan wang.

Jepun terpengaruh kerana ekonominya berperan penting di wilayah Asia. Negara-negara Asia biasanya
menjalankan defisit perdagangan dengan Jepun kerana ekonomi Jepun dua kali lebih besar dari negara-
negara Asia lainnya bila dijumlahkan, dan tujuh kali lipat Cina. Sekitar 40  % ekspor Jepun ke Asia.
Pertumbuhan nyata GDP memelan di 1997, dari 5 % ke 1,6 % dan turun menjadi resesi pada 1998. Krisis
Finansial Asia juga menuntun ke kebangkrutan di Jepun.

Laos

Laos terpengaruh ringan oleh krisis ini dengan nilai tukar Kip dari 4700 ke 6000 terhadap satu dolar AS.

Kesan
Krisis Asia berpengaruh ke mata wang, pasar saham, dan harga aset lainnya di beberapa negara Asia.
Indonesia, Korea Selatan dan Thailand adalah beberapa negara yang terpengaruh besar oleh krisis ini.

Krisis ekonomi ini juga menuju ke kekacauan politk, paling tercatat dengan mundurnya Suharto di
Indonesia dan Chavalit Yongchaiyudh di Thailand. Ada peningkatan anti-Barat, dengan George Soros dan
IMF khususnya, keluar sebagai kambing hitam.
Secara budaya, krisis finansial Asia mengakibatkan kemunduran terhadap idea adanya beberapa set "Asian
value", iaitu Asia Timur memiliki struktur ekonomi dan politik yang superior dibanding Barat. Krisis Asia
juga meningkatkan prestise ekonomi Cina.

Krisis Asia menyumbangkan ke krisis Rusia dan Brasil pada 1998, kerana setelah krisis Asia, bank tidak
ingin meminjamkan ke negara berkembang.

Krisis ini telah dianalisa oleh para pakar ekonomi kerana perkembangannya, kecepatan, dinamismenya; dia
mempengaruhi belasan negara, memiliki efek ke kehidupan berjuta-juta orang, terjadi dalam waktu
beberapa bulan saja. Mungkin para pakar ekonomi lebih teratarik lagi dengan betapa cepatnya krisis ini
berakhir, meninggalkan ekonomi negara berkembang tak berpengaruh. Keingintahuan ini telah
menimbulkan ledakan di pelajaran tentang ekonomi finansial dan "litani" penjelasan mengapa krisis ini
terjadi. Beberapa kritik menyalahkan tindakan IMF dalam krisis, termasuk oleh pakar ekonomi Bank Dunia
Joseph Stiglitz.

Rujukan
1. "Asian Financial Crisis: When the World Started to Melt" (http://www.euromoney.com/Article/
1005746/When-the-world-started-to-melt.html). EuroMoney. Dicapai pada 16 November
2015.
2. Yamazawa, Ippei (September 1998). "The Asian Economic Crisis and Japan" (https://web.ar
chive.org/web/20150924032900/http://www.ide.go.jp/English/Publish/Periodicals/De/pdf/98_
03_05.pdf) (PDF). The Developing Economies. 36 (3): 332–351. doi:10.1111/j.1746-
1049.1998.tb00222.x (https://doi.org/10.1111%2Fj.1746-1049.1998.tb00222.x). Diarkibkan
daripada yang asal (http://www.ide.go.jp/English/Publish/Periodicals/De/pdf/98_03_05.pdf)
(PDF) pada 24 September 2015. Dicapai pada 16 November 2015.
3. Kaufman: pp. 195–6
4. "Key Indicators of Developing Asian and Pacific Countries 2003" (http://www.adb.org/publica
tions/key-indicators-developing-asian-and-pacific-countries-2003). Asian Development
Bank. August 2003. Dicapai pada 16 November 2015.
5. Pempel: pp 118–143
6. Kawai, Masahiro; Morgan, Peter J. (2012). "Central Banking for Financial Stability in Asia" (h
ttps://web.archive.org/web/20121018154416/http://www.adbi.org/files/2012.08.28.wp377.cen
tral.banking.financial.stability.asia.pdf) (PDF). ADBI Working Paper 377. Tokyo: Asian
Development Bank Institute. Diarkibkan daripada yang asal (http://www.adbi.org/files/2012.0
8.28.wp377.central.banking.financial.stability.asia.pdf) (PDF) pada 18 October 2012.

Sumber
Buku

Allen, Larry (2009). The Encyclopedia of Money (https://archive.org/details/encyclopediamo


ne00alle) (ed. 2nd). Santa Barbara, CA: ABC-CLIO. m/s. 125 (https://archive.org/details/ency
clopediamone00alle/page/n143)–127. ISBN 978-1598842517.
Blustein, Paul (2001). The Chastening: Inside the Crisis that Rocked the Global Financial
System and Humbled the IMF (https://archive.org/details/chasteninginside00blus).
PublicAffairs. ISBN 978-1-891620-81-2.
Delhaise Philippe F. (1998) Asia in Crisis : The Implosion of the Banking and Finance
Systems. John Wiley & Sons. ISBN 0-471-83193-X
Goldstein, Morris. The Asian financial crisis: Causes, cures, and systemic implications
(Institute For International Economics, 1998). online (https://web.archive.org/web/201703290
40256/http://faculty.arts.ubc.ca/tiberg/MPA_Asia_Apr_2010_readings/Goldstein%201999%2
0(Ch.%201).pdf)
Hollingsworth, David Anthony (2007, rev. 2008) "The Rise, the Fall, and the Recovery of
Southeast Asia's Minidragons: How Can Their History Be Lessons We Shall Learn During
the Twenty-First Century and Beyond?" Lexington Books. (ISBN 0739119818,
9780739119815)
Kaufman, GG., Krueger, TH., Hunter, WC. (1999) The Asian Financial Crisis: Origins,
Implications and Solutions. Springer. ISBN 0-7923-8472-5
Muchhala, Bhumika, ed. (2007) Ten Years After: Revisiting the Asian Financial Crisis (http://
www.cepr.net/documents/publications/tenyearsafter_2007_11.pdf). Washington, DC:
Woodrow Wilson International Center for Scholars Asia Program.
Noland, Markus, Li-gang Liu, Sherman Robinson, and Zhi Wang. (1998) Global Economic
Effects of the Asian Currency Devaluations. Policy Analyses in International Economics, no.
56. Washington, DC: Institute for International Economics.
Pempel, T. J. (1999) The Politics of the Asian Economic Crisis. Ithaca, NY: Cornell
University Press.
Pettis, Michael (2001). The Volatility Machine: Emerging Economies and the Threat of
Financial Collapse. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-514330-0.
Ries, Philippe. (2000) The Asian Storm: Asia's Economic Crisis Examined.
Tecson, Marcelo L. (2005) Puzzlers: Economic Sting (The Case Against IMF, Central Banks,
and IMF-Prescribed High Interest Rates) Makati City, Philippines: Raiders of the Lost Gold
Publication
Ito, Takatoshi; Andrew K. Rose (2006). financial sector development in the Pacific Rim.
University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-38684-3.
Fengbo Zhang: Opinion on Financial Crisis, 6. Defeating the World Financial Storm (https://
web.archive.org/web/20130608153708/https://sites.google.com/site/fengbozhang3/) China
Youth Publishing House (2000)

Kertas

Ngian Kee Jin (March 2000). Coping with the Asian Financial Crisis: The Singapore
Experience (https://web.archive.org/web/20050223070039/http://www.iseas.edu.sg/vr82000.
pdf). Institute of Southeast Asian Studies. ISSN 0219-3582 (http://dispatch.opac.d-nb.de/DB
=1.1/LNG=EN/CMD?ACT=SRCHA&IKT=8&TRM=0219-3582)
Tiwari, Rajnish (2003). Post-crisis Exchange Rate Regimes in Southeast Asia (http://www.gl
obal-innovation.net/team/tiwari/PDF/exchange-rate.pdf), Seminar Paper, University of
Hamburg.
Kilgour, Andrea (1999). The changing economic situation in Vietnam: A product of the Asian
crisis? (http://www.geogr.uni-goettingen.de/kus/apsa/pn/pn12/vietnam.html) Diarkibkan (http
s://web.archive.org/web/20080817000329/http://www.geogr.uni-goettingen.de/kus/apsa/pn/p
n12/vietnam.html) 2008-08-17 di Wayback Machine
Radelet, Steven; Sachs, Jeffrey D.; Cooper, Richard N.; Bosworth, Barry P. (1998). "The
East Asian Financial Crisis: Diagnosis, Remedies, Prospects". Brookings Papers on
Economic Activity. 1998 (1): 1–90. CiteSeerX 10.1.1.200.1827 (https://citeseerx.ist.psu.edu/v
iewdoc/summary?doi=10.1.1.200.1827). doi:10.2307/2534670 (https://doi.org/10.2307%2F2
534670). ISSN 1533-4465 (https://www.worldcat.org/issn/1533-4465). JSTOR 2534670 (http
s://www.jstor.org/stable/2534670).
Stiglitz, Joseph (1996). Some Lessons From The East Asian Miracle (http://wbro.oxfordjourn
als.org/content/11/2/151.short). The World Bank Research Observer.
Weisbrot, Mark (August 2007). Ten Years After: The Lasting Impact of the Asian Financial
Crisis (http://www.cepr.net/documents/publications/asia_crisis_2007_08.pdf). Center for
Economic and Policy Research.
Tecson, Marcelo L. (2009), "IMF Must Renounce Its Weapon of Mass Destruction: High
Interest Rates" (4-part paper on high-interest-rate fallacies and alternatives, emailed to IMF
and others on 27 January 2009)

Lain-laln

Is Thailand on the road to recovery (https://photo-journ.com/asian-economic-crisis-is-thailan


d-on-the-road-to-recovery/#axzz2HacpXvKb/), article by Australian photo-journalist John Le
Fevre that looks at the effects of the Asian Economic Crisis on Thailand's construction
industry
Women bear brunt of crisis (https://photo-journ.com/women-bear-brunt-of-asian-economic-cri
sis/#axzz2HacpXvKb/), article by Australian photo-journalist John Le Fevre examining the
effects of the Asian Economic Crisis on Asia's female workforce
The Crash (https://www.pbs.org/wgbh/pages/frontline/shows/crash/) (transcript only), from
the PBS series Frontline

Pautan luar
Impact on Indonesia (https://web.archive.org/web/20121216061926/http://repository.library.g
eorgetown.edu/handle/10822/552587) from the Dean Peter Krogh Foreign Affairs Digital
Archives (https://web.archive.org/web/20160115205405/https://repository.library.georgetow
n.edu/handle/10822/552494)
Congressional Research Service report for US Congress (https://web.archive.org/web/2015
1013100555/http://fas.org/man/crs/crs-asia2.htm)
Asia's Financial Sector: 12 Things to Know (https://web.archive.org/web/20140201232556/h
ttp://www.adb.org/features/12-things-know-asias-financial-sector) Asian Development Bank

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Krisis_Kewangan_Asia_1997&oldid=5253870"

Laman ini kali terakhir disunting pada 07:56, 29 Ogos 2021.

Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma tambahan mungkin
digunakan. Lihat Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

Anda mungkin juga menyukai