Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI 11

Kelas : Tahun 4
Tema : Menyiasat Alam Bahan.
Tajuk : Mengukur masa.
Tujuan : Untuk menyiasat hubungan di antara panjang tali bandul dengan
masa ayunan bandul dalam 30 saat.

Persoalan Kajian :
Adakah panjang bandul mempengaruhi bilangan ayunan bandul ?

Hipotesis :
Semakin bertambah panjang tali bandul, semakin berkurang bilangan ayunan bandul.

Pembolehubah :
i. dimanipulasi : panjang tali bandul
ii. bergerak balas : bilangan ayunan bandul dalam 30 saat
iii. dimalarkan : (a) jenis tali
(b) saiz bandul
(c) tempoh masa
(d) bentuk bandul

Bahan dan radas :


Kaki retort, pengapit, gunting, tali benang, bandul (pebagai saiz dan bentuk), jam
randik, pembaris meter, jangka sudut.

1
Prosedur :
1. Satu bandul yang diikat dengan benang yang panjangnya 20 cm disediakan.
2. Benang diikatkan di kaki retort dan bandul dipegang pada sudut 90̊ dan bandul itu
dilepaskan.
3. Ayunan bandul dalam 30 saat dikira dengan menggunakan jam randik..
4. Bilangan ayunan bandul direkodkan di dalam jadual yang disediakan.
5. Prosedur 1 hingga 4 diulang dengan menukarkan atau memendekkan tali bandul
kepada 15 dan 10 cm.
6. Keputusan eksperimen direkodkan di dalam jadual atau graf.

Keputusan / Pemerhatian :

Sudut ayunan : 90̊

Panjang Tali (cm) Masa Ayunan (saat) Bilangan Ayunan

20 30 28

15 30 33

10 30 39

Perbincangan :

Daripada eksperimen yang telah dijalankan, bilangan ayunan bandul dipengaruhi oleh
pembolehubah yang dimanipulasi. Dalam eksperimen ini, pembolehubah yang
dimanipulasi ialah panjang tali bandul. Didapati semakin pendek tali bandul, semakin
bertambah bilangan ayunan bandul dalam masa 30 saat.

Selain daripada panjang tali bandul, bilangan ayunan juga boleh berubah
dengan mengubah pembolehubah dimanipulasi, iaitu kita boleh mengubah berat
bandul dan sudut ayunan bandul.
2
Kesimpulan :

Kita akan mendapat kesan yang berbeza apabila beberapa pembolehubah


dimanipulasi diubah. Dalam eksperimen yang telah dijalankan, didapati semakin
pendek tali bandul, semakin bertambah bilangan ayunan bandul dalam masa 30
saat, maka hipotesis diterima.

Anda mungkin juga menyukai