Anda di halaman 1dari 2

BIDANG TUGAS BENDAHARI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK

BEDONG 2019
Bertanggungjawab Kepada Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelaras PPKI, dan Sekolah Kebangsaan Bedong Dalam Merancang,
Menyelaras, Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara Berikut:
 Kewangan:
 Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain.
 Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari tabung
PPKI (PIBG).
 Mengemaskini dan menghantar buku akaun tabung PPKI (PIBG) pada setiap hujung bulan untuk
semakan Penyelaras Pendidikan Khas.
 Membentangkan kedudukan kewangan tabung PPKI (PIBG) dalam setiap mesyuarat
Jawatankuasa Pendidikan Khas.
 Pengurusan Stok:
 Mendapatkan salinan invois pesanan barangan daripada pembekal sebagai bukti pembelian
barangan dan serahkan kepada kerani pejabat dan juga Penolong Kanan Pendidikan Khas.
 Mencatatkan setiap barangan yang dibeli ke dalam Buku Stok berdasarkan maklumat di dalam
salinan invois dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan barangan tersebut.
 Menyedia dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima pada
Kad Stok.
 Melabel nombor siri pada alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima.
 Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan hendaklah
disimpan di dalam Fail Stok (Alatan dan Perabot),
 Mengemaskini Fail Stok (Alatan dan Perabot) sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
 Memeriksa stok barangan dan mengemaskini Buku Stok pada pertengahan dan akhir tahun.
 Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok kepada Penyelaras Pendidikan
Khas untuk disahkan sebelum diserahkan kepada pejabat.

Saya sesungguhnya faham dengan bidang tugas yang telah diamanahkan kepada saya dan akan
menjalankan amanah tersebut di atas dengan penuh dedikasi selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling, peraturan dan arahan
lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh
perkhidmatan saya dengan Kerajaan.

Page 1 of 2
BIDANG TUGAS BENDAHARI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK
BEDONG 2019

Pegawai Yang Diamanahkan: Disaksikan Oleh:

Tandatangan:……………………………………. Tandatangan:…………………………………….

Nama: ……………………………………………. Nama: …………………………………………….

Tarikh: …………………………………………… Tarikh: ……………………………………………

Page 2 of 2

Anda mungkin juga menyukai