Anda di halaman 1dari 17

PANITIA BAHASA MELAYU 1 PROGRAM SINARAN PAGI

A) KATA GANTI NAMA DIRI

Kata Ganti Nama Diri saya, aku, beta, patik, hamba,

Pertama kami, kita

Kata Ganti Nama Diri anda, engkau, awak, kamu,

Kedua tuanku, tuan hamba, kalian

Kata Ganti Nama Diri ia, dia, -nya, beliau, baginda,

Ketiga mereka

B) KATA ADJEKTIF

- kata yang menerangkan sifat bagi kata nama seperti manusia,

benda, tempat dan seumpamanya.

K a t a Contoh

Adjektif

Bentuk bulat, leper, buncit, lekuk, bengkok, lonjong

Cara cepat, deras, lambat, sengit, perlahan, tenang,

laju

Warna kuning, hijau, hitam, biru, merah, kelabu,

putih, ungu

Jarak jauh, dekat, hampir, nyaris, rapat

Sifatan baik, takut, gopoh, jahat, berani, cerdik,

malas, rajin

Perasaan ingin, sayang, benci, rindu, suka, kecewa,

sedih

Ukuran panjang, pendek, lebar, dalam, tinggi, rendah,

cetek

Waktu lembat, cepat, segera, silam, awal, akhir,

lewat

Pancaindera sedap, cantik, senyap, harum, kasar, busuk,

wangi
PANITIA BAHASA MELAYU 2 PROGRAM SINARAN PAGI

C) PERKATAAN BERIMBUHAN

Perkataan Berimbuhan Kata Dasar

1. menjerang jerang

2. memotong potong

3. menyiang siang

4, menuang tuang

5. mencuci cuci

6. menyusun susun

7. mengelap lap

8. menghidangkan hidang

9. menanak tanak

10. mencedok cedok

11. menyapu sapu

12. menggoreng goreng

13. menumbuk tumbuk

14. merawat rawat

15. menyuap suap

16. menolak tolak

17. mengambil ambil

18. menerima terima

19. mendapatkan dapat

20. membaca baca

21. memasuki masuk

22. menyiapkan siap

23. meminjam pinjam

24. menjinjing jinjing

25. menimbang timbang

26. menanam tanam

27. menyiram siram

28. menganjurkan anjur

29. memancing pancing

30. menangkap tangkap

31. membersihkan bersih

32. menyabit sabit

33. menebas tebas


PANITIA BAHASA MELAYU 3 PROGRAM SINARAN PAGI

34. memadam padam

35. menampal tampal

36. memakai pakai

37. menimbang timbang

38. menyidai sidai

39. memimpin pimpin

40. memungut pungut

D.) SIMPULAN BAHASA

PERIBAHASA MAKSUD

ada hati ada kemahuan

air muka wajah atau paras seseorang

anak angkat memelihara anak orang lain

anak emas orang yang sangat disayangi

anak tunggal satu-satunya anak dalam sebuah keluarga

ada akal orany yang cerdik dan boleh berfikir

batu api orang yang suka menghasut

berat hati tidak sampai hati

berat mulut orang yang pendiam

berat sebelah tidak adil

berat tulang pemalas

beri muka terlalu memanjakan seseorang

berlari-lari anak berlari dengan tidak begitu pantas

bermasam muka rasa kecil hati dan tidak bertegur sapa

bertikam lidah bertengkar atau berdebat

besar hati gembira atau bangga

buah fikiran keputusan muktamad

bulat kata kata sepakat

buah tangan hadiah yang dibawa dari perjalanan, oleh-

oleh

buruk makan orang yang makan dengan gelojoh

buruk sangka salah sangka

buruk siku mengambil balik barang yang telah

diberikan
PANITIA BAHASA MELAYU 4 PROGRAM SINARAN PAGI

cahaya mata anak

cari akal berikhtiar atau mencari jalan

curi tulang turut sibuk tetapi tidak melakukan kerja

durian runtuh mendapat keuntungan secara tiba-tiba

gulung tikar mengalami kerugian

hati batu degil, keras hati

ikat perut menahan lapar kerana hendak berjimat

jatuh hati tertarik, suka atau cinta akan seseorang

jejak langkah mencontohi

kaki ayam tidak memakai alas kaki

kaki lima tempat laluan di tepi bangunan

kecil hati tersinggung atau merajuk

keras kepala degil; tidak mahu mengalah

langkah kanan bernasib baik

makan angin bersiar-siar

makan suap mengambil wang secara haram; rasuah

mandi peluh bekerja kuat atau dengan bersungguh-

sungguh

membanting bekerja keras

tulang

mulut murai orang yang banyak bercakap

mulut tempayan orang yang tidak boleh menyimpan rahsia

muka tembok tidak ada perasaan malu

murah hati pengasih dan penyayang

naik angin tidak dapat mengawal diri kerana terlalu

marah

otak cair orang yang sangat cerdik

panjang tangan suka mencuri

pasang telinga mendengar dengan berhati-hati

patah hati kecewa

puteri lilin perempuan yang tidak tahan panas

raja sehari pengantin baharu

ringan mulut peramah; suka bercakap-cakap

ringan tulang rajin bekerja

senang hati berasa puas (gembira)

senyum kambing senyum yang dibuat-buat untuk mengejek


PANITIA BAHASA MELAYU 5 PROGRAM SINARAN PAGI

tajam akal cerdik

tangan terbuka menerima denga senang hati

tangkai jering orang yang kedekut

tikam lidah bergaduh atau bertengkar

tin kosong bercakap besar tanpa ilmu

ulat buku orang yang suka membaca buku

E) SINONIM DAN ANTONIM

KATA SINONIM ANTONIM

erat rapat renggang

tuah untung malang

kukuh kuat lemah

bimbang risau tenang

taat turut ingkar

selamat terpelihara bahaya

tambah bertokok berkurang

jaga bela biarkan

sihat segar uzur

sejahtera tenteram huru-hara

sayang kasih benci

halus licin kesat

derhaka khianat setia

pasang naik surut

rakan kawan musuh

susun atur sepahkan

terima dapat beri

sudi rela enggan

terima dapat beri

sambilan sementara tetap

gigih tekun malas

rajin tekun malas

miskin susah kaya

hampir dekat jauh

tiup hembus sedut


PANITIA BAHASA MELAYU 6 PROGRAM SINARAN PAGI

bersurai berpisah berhimpun

ringkas pendek panjang

fasih lancar gagap

kasih sayang benci

percuma tanpa bayaran berbayar

hemah beradab biadap

lerai pisah satukan

meningkat menambah menurun

lain beza sama

nyaring kuat perlahan

kemenangan kejayaan kekalahan

bina dirikan runtuh

bersatu bersepakat berpecah

kelebihan keistimewaan kekurangan

memadamkan mematikan menyalakan

terkawal terjaga terabai

panas hangat sejuk

buang campak kutip

damai aman kacau-bilau

lemah lesu cergas

kencang laju perlahan

lontar lempar sambut

sukar rumit mudah

gelak ketawa menangis

jelma muncul lenyap

nyenyak lena, lelap terjaga

kesan akibat punca

kalah tewas menang

jimat hemat boros

usir halau undang

condong senget tegak

nama pena nama samaran nama sebenar

kaya-raya berharta miskin

berbeza berlainan sama

bakal akan telah

sukar susah mudah


PANITIA BAHASA MELAYU 7 PROGRAM SINARAN PAGI

F) AYAT BERDASARKAN AKTIVITI

AKTIVITI DI DAPUR

1. Ibu menjerang air untuk membancuh kopi.

2. Ayah memotong daging dengan berhati-hati di dapur.

3. Nenek menyiang ikan dengan menggunakan sebilah pisau yang

tajam.

4. Kakak menuang air dengan berhati-hati di meja makan.

5. Abang mencuci pinggan mangkuk dengan sabun di singki.

6. Kakak menyusun pinggan mangkuk dengan berhati-hati di rak

pinggan.

7.Abang mengelap meja/pinggan mangkuk menggunakan kain yang

lembap.

8. Ibu menghidangkan makanan di atas meja.

9. Nenek menanak nasi di dalam periuk nasi elektrik.

10. Kakak mencedok nasi di dalam periuk nasi.

11. Ibu memotong sayur/buah dengan sebilah pisau yang tajam.

12. Emak menyapu lantai yang kotor dengan sebatang penyapu.

13. Ibu menggoreng ikan untuk hidangan makan tengah hari.

14. Abang menumbuk cili untuk membuat sambal.

AKTIVITI DI HOSPITAL/KLINIK

1. Doktor merawat pesakit dengan sabar di sebuah hospital.

2. Jururawat menyuap bubur/ubat kepada pesakit itu.

3. Pemuda itu menolak kerusi roda kerana kakinya patah.

4. Ibu mengambil ubat di farmasi.

5. Datuk menerima rawatan di hospital kerana menghidapi penyakit.

6. Pesakit itu duduk di atas kerusi sementara menunggu gilirannya.

AKTIVITI DI PASAR MALAM/PUSAT BELI-BELAH

1. Ibu membayar harga barang yang telah dibeli di pasar malam/pasar

raya.

2. Adik menjinjing beg plastik sambil berjalan kaki untuk pulang ke

rumah.

3. Emak memilih sayur-sayuran/buah-buahan/ikan yang segar sebelum

membelinya.

4. Penjual itu menimbang buah/sayur/ikan/ayam dengan alat

menimbang.

5. Kakak tawar-menawar harga pakaian untuk mendapatkan harga

yang paling murah.


PANITIA BAHASA MELAYU 8 PROGRAM SINARAN PAGI

AKTIVITI DI PERPUSTAKAAN/PUSAT SUMBER

1. Ali melayari Internet untuk mendapatkan maklumat terkini.

2. Siti membaca buku sambil duduk di atas kerusi.

3. Murid-murid beratur dengan tertib sebelum memasuki perpustakaan.

4. Murid itu mengulang kaji pelajaran kerana hari peperiksaan hampir

tiba.

5. Abu menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh gurunya

pada waktu rehat.

6. Ah Mei meminjam buku cerita untuk dibaca di rumah.

7. Perpustakawan menyusun buku-buku di rak buku supaya kelihatan

kemas dan teratur.

8. Amy memulangkan buku yang dipinjamnya di kaunter.

AKTIVITI DI KELAS

1. Marco menyusun meja dan kerusi di dalam kelas dengan teratur.

2. Ravi memadam contengan pada papan hitam menggunakan pemadam

papan hitam.

3. Lim Yi menampal nota dan karya murid pada papan kenyataan.

4. Seri mengelap cermin tingkap dengan kain yang lembap.

5. Cikgu Ali mengajar murid-murid di kelas.

6. Murid-murid Tahun 5 Arif memberi perhatian semasa guru mengajar

di depan.

7. Abu dan Ah Meng berbual-bual semasa Cikgu Ali mengajar.

AKTIVITI DI KANTIN

1. Bebebapa orang murid beratur ketika membeli makanan di kantin.

2. Seorang murid lelaki makan dengan gelojoh kerana terlalu lapar.

3. Lily meletakkan pinggan dan gelas ke dalam basen selepas makan.

4. Ali mencuci tangan di singki sebelum makan.

5. Pekerja kantin ituu mengelap meja menggunakan kain yang lembap

dengan bersih.

6. Siti membuang sampah ke dalam tong sampah.

AKTIVITI DI PADANG

1. Cikgu Ali meniup wisel untk memulakan aktiviti di padang.

2. Murid-murid bersenam di padang pada awal pagi.

3. Ah Keong mengambil bahagian dalam acara pertandingan lompat

jauh.

4. Beberapa orang murid memanaskan badan sebelum memulakan

aktiviti.
PANITIA BAHASA MELAYU 9 PROGRAM SINARAN PAGI

5. Murid-murid mendengar arahan guru sebelum aktiviti bermula.

6. Semua murid memakai pakaian sukan semasa melakukan aktiviti

sukan.

7. Beberapa orang murid lelaki bermain bola sepak di padang dengan

bersemangat.

8. Seorang murid lelaki menyepak bola untuk menjaringkan gol.

AKTIVITI DI DEWAN/PERHIMPUNAN/HARI PENYAMPAIAN HADIAH

1. Semua murid dan guru berdiri tegak ketika menyanyikan lagu

kebangsaan.

2. Seorang pengawas bertugas menaikkan bendera semasa lagu

kebangsaan dinyanyikan.

3. Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang di atas

pentas.

4. Semua pengawas sekolah mengawal disiplin murid di dewan sekolah.

5. Murid-murid mendengar ucapan guru besar dengan teliti.

6. Semua murid berbaris dengan lurus di dewan.

AKTIVITI KELUARGA/RUANG TAMU

1. Adik Ali mengulang kaji pelajaran/membuat kerja sekolah di ruang

tamu selepas makan malam.

2. Ibu menghidangkan sepinggan kuih/buah-buahan di atas meja.

3. Adik bermain permainan bersama dengan Mei Lan di ruang tamu.

4. Ayah membaca senaskhah surat khabar di atas sofa.

5. Puan May menatang sedulang minuman/makanan untuk keluarganya.

6. Datuk dan nenek menonton televisyen sambil berehat di ruang

tamu.

7. Abang menggunakan komputer sambil melayari Internet untuk

mendapatkan maklumat.

AKTIVITI DI LUAR/HALAMAN RUMAH

1. Bapa menyabit/menebas/memotong rumput dengan penyabit/sebilah

parang/mesin pemotong rumput.

2. Ibu menanam pokok-pokok bunga untuk mengindahkan halaman

rumah.

3. Kakak menyiram pokok-pokok bunga dengan penyiram.

4. Ayah mengecat dinding rumah sambil berdiri.

5. Kim Hock memasukkan sampah ke dalam beg plastik.

6. Mei Lan menyusun pasu bunga di atas para.

7. Abang mencuci kereta baharunya dengan sebaldi air dan sabun.


PANITIA BAHASA MELAYU 10 PROGRAM SINARAN PAGI

8. Kakak menyapu sampah/mencuci longkang dengan penyapu lidi.

9. Adik membuang sampah ke dalam tong sampah.

10. Mei Mei menolong ibu di halaman rumah.

11. Mei Mei menyidai/menjemur pakaian di ampaian pada waktu pagi.

AKTIVITI DI TAMAN PERMAINAN/TAMAN REKREASI

1. Puan Lee mendukung anak sambil berbual-bual dengan jiran di

taman permainan kanak-kanak.

2. Ramai kanak-kanak bermain layang-layang di taman permainan

kanak-kanak pada waktu petang.

3. Encik Rohit sekeluarga berkelah di bawah sebatang pokok yang

rendang.

4. Encik Chong memimpin tangan anaknya sambil bersiar-siar di taman

permainan kanak-kanak itu.

5. Ibu bapa Tek Boon berjoging mengelilingi kolam di taman rekreasi.

6. Datuk Tek Boon pula sedang berlatih taichi di tepi kolam.

7. Tek Boon dan kawannya sedang bermain badminton di taman

rekreasi

AKTIVITI DI TEMPAT AWAM/DI PERHENTIAN BAS

1. Ramai orang menunggu bas di perhentian bas pada awal pagi.

2. Puan Lim menjinjing sebuah bakul yang sarat dengan sayur-sayuran.

3. Kok Leong membaca buku cerita sambil menunggu ketibaan bas

sekolahnya.

4. Puan Lee memimpin tangan anaknya dengan erat semasa menunggu

bas.

5. Min Han memakai topi keleder ketika menunggang basikal.

6. Dara menoleh/melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan.

7. Ai Ling dan Dani melintas jalan di lintasan belang.

8. Hadi menggunakan jejantas ketika melintas di jalan yang sibuk itu.

9. Kereta itu berhenti di laluan pejalan kaki.

10. Ahmad menekan butang pada tiang lampu isyarat sebelum melintas

jalan.

AKTIVITI PERTANDINGAN/HARI SUKAN

1. Para penonton bertepuk tangan untuk memberikan sokongan kepada

peserta yang mengambil bahagian.

2. Beberapa orang peserta berlari dengan pantas untuk mendapat

tempat pertama.

3. Mei Ling merejam lembing dengan bersungguh-sungguh di padang.


PANITIA BAHASA MELAYU 11 PROGRAM SINARAN PAGI

4. Pengadil memanggil nombor peserta yang berjaya di garisan

penamat.

5. Para pemenang menerima hadiah daripada guru besar sambil berdiri

di atas podium.

6. Hari Sukan tahunan yang diadakan di sekolah Ali sungguh meriah.

AKTIVITI DI KEBUN SAYUR/DUSUN

1. Datuk mengait/menjolok buah rambutan/buah betik/buah mangga

menggunakan galah yang panjang.

2. Adik bapa mengopek buah durian yang baru gugur untuk dimakan.

3. Nenek memungut buah durian yang baru gugur untuk dimakan.

4. Nenek memasukkan buah-buahan ke dalam bakul yang besar.

5. Bapa dan adik makan buah manggis yang baru dipetik di bawah

pokok.

6. Abang memanjat pokok kelapa untuk memetik buah kelapa muda.

AKTIVITI DI TAPAK PERKELAHAN

1. Ramai pengunjung bermandi-manda sambil bermain bola di laut.

2. Datuk saya membaca surat khabar di bawah pokok kelapa.

3. Ali mengambil gambar sebagai kenangan dengan kamera.

4. Siti mandi-manda di Pantai Port Dickson dengan pelampung di laut.

5. Puan Ros membentangkan tikar untuk meletakkan makanan dan

minuman di bawah pokok.

6. Sepasang suami isteri membawa anak mereka bersiar-siar di pantai

itu.

7. Jia Lee dan Jia Yi membina istana pasir di gigi air.

8. Mei Lee dan Li Yi mengutip kulit siput yang cantik di pantai.

9. Ali sekeluarga menjamu selera sambil mendengar radio di atas

tikar.

10. Fatimah menghidangkan makanan sambil duduk di atas tikar.

11 . Puan Lim menghulurkan semangkuk makanan kepada anak

perempuannya.

12. Mereka bermain bola dengan gembira.

AKTIVITI GOTONG-ROYONG

1. Ali menyabit rumput yang panjang dengan menggunakan sebilah

sabit.

2. Siti mengelap cermin tingkap yang berhabuk di kelasnya pada

waktu rehat.
PANITIA BAHASA MELAYU 12 PROGRAM SINARAN PAGI

3. Mei Ling mengecat dinding sekolah supaya kawasan sekolah

kelihatan cantik dan ceria.

4. Beberapa orang murid menyusun kerusi dan meja supaya kelihatan

kemas dan teratur.

5. Beberapa orang penduduk kampung menebas semak samun di tepi

dewan.

6. Mereka membuang sampah ke dalam tong sampah.

7. Beberapa orang pemuda sedang membersihkan longkang yang

dipenuhi sampah sarap.

AKTIVITI DI TAPAK PERKHEMAHAN

1. Beberapa orang ahli pengakap memasak makanan di tapak

perkhemahan.

2. Lim menjinjing sebaldi air yang diambil dari sebatang sungai.

3. Murali menyiang ikan dengan sebilah pisau yang tajam.

4. Jimi dan kawan-kawannya menyanyi sambil memetir gitar di tepi

khemah.

5. Tapak perkhemahan mereka berhampiran dengan sebatang sungai.

6. Nazli dan Carol menyediakan makanan dan minuman untuk ahli-ahli

pengakap.

7. Abu sedang mencedok air sungai dengan sebuah baldi.

8. Kerja-kerja memasang khemah disiapkan oleh Farid, Muthu dan Jin

Bin secara bekerjasama.

AKTIVITI HARI KEBANGSAAN

1. Murid-murid menyaksikan upacara perasmian yang diadakan di dewan

sekolah sempena Hari Kebangsaan.

2. Semua murid dan guru menyanyi sambil berdiri dengan tegak

sebagai menghormati lagu Negaraku.

3. Para penari mempersembahkan tarian tradisonal yang menarik di

atas pentas.

4. Semua murid dan guru mendengar ucapan yang diberikan oleh guru

besar dengan penuh perhatian.

5. Dua orang murid perempuan sedang mendeklamasikan sajak

bersempena Hari Kebangsaan.

AKTIVITI DI PEJABAT POS/BANK

(Bank)

1. Ahmad mengisi borang dengan lengkap sebelum mengeluarkan wang.

2. Pengawal keselamatan mengawasi sambil berdiri di pintu masuk.


PANITIA BAHASA MELAYU 13 PROGRAM SINARAN PAGI

3. Pekerja bank melayan pelanggan yang datang dengan mesra dan

bersopan-santun.

(Pejabat pos)

4. Lim menampalkan setem pada surat sebelum mengepos kepada

rakannya.

5. Beberapa orang pelanggan duduk sambil menunggu giliran di dalam

pejabat pos.

AKTIVITI DI RESTORAN

1. Keluarga Ah Seng menikmati makanan yang lazat.

2. Keluarga Ah Seng menjamu selera di sebuah restoran yang besar

dan terkenal.

3. Pekerja restoran itu mengelap meja yang kotor dengan sehelai kain

yang disediakan.

4. Seorang pekerja restoran mengelap lantai yang basah dengan mop.

5. Seorang pelayan kedai makan itu menghidangkan makanan yang

dipesan oleh pelanggan.

6. Pekerja itu mencatat pesanan pelanggan yang baru sampai ke

kedai makanan itu.

7. Seorang pekerja lelaki menatang sedulang makanan dan minuman

dengan berhati-hati supaya tidak tertumpah.

8. Tukang masak memasak sup sayur yang dipesan oleh pelanggan di

dapur restoran.

9. Ah Seng membayar harga makanan dan minuman di kaunter

selepas menikmati makanan.

G) ISI-ISI PENTING KARANGAN

Faedah Membaca Buku

1. menambahkan ilmu pengetahuan

2. menghilangkan stress

3. menghiburkan hati

4. cemerlanng dalam pelajaran

5. mengisi masa lapang

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

1. menyihatkan dan mencergaskan tubuh badan

2. mengisi masa dengan berfaedah

3. memupuk sikap kepimpinan


PANITIA BAHASA MELAYU 14 PROGRAM SINARAN PAGI

4. mendapat ramai kawan

5. Menambah pengetahuan dan pengalaman – berkhemah - ikatan

Faedah Amalan Bergotong-royong

1. Dapat memupuk semangat kerjasama

2. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim

3. Kebersihan kawasan persekitaran terpelihara

4. Terhindar daripada wabak penyakit seperti Denggi

5. Mengisi masa lapang

6. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan

Faedah Bersukan

1. menyihatkan tubuh badan

2. dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang baik

3. mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan

4. membantu menghilangkan stress

Cara Menjadi Murid Cemerlang

1. Rajin berusaha – tidak mudah putus asa

2. Menghormati orang yang lebih tua – mendapat keberkatan

3. Melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum

4. Memberi tumpuan ketika guru mengajar

5. Berdisiplin – menepati jadual yang disediakan

6. Bercita-cita tinggi – mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya

Cara Mengisi Masa Lapang

1. Membaca bahan bacaan – surat khabar-buku-majalah- untuk

menambah pengetahuan

2. Bersukan – beriadah – menyihatkan badan – otak sentiasa cerdas

3. Melakukan hobi yang berfaedah – mengumpul setem

4. Melayari Internet – mencari maklumat bermanfaat

5. Membantu ibu bapa – mengemas rumah

Cara Menghormati Ibu Bapa / Orang Tua / Guru

1. Menolong ibu bapa / guru / orang tua ketika mereka memerlukan

2. Belajar bersungguh-sungguh – memenuhi harapan

3. Tidak mengabaikan ibu bapa / guru / orang tua

4. Sentiasa berakhlak mulia – patuh / taat

5. Sentiasa mendoakan kebahagian ibu bapa / guru / orang tua


PANITIA BAHASA MELAYU 15 PROGRAM SINARAN PAGI

Cara Menjaga Kesihatan

1. Mengamalkan pemakanan seimbang – piramid makanan

2. Bersenam – mengeluarkan peluh

3. Minum air masak secukupnya – lapan gelas sehari

4. Mendapatkan reahat yang secukupnya – tidur lapan jam sehari –

untuk memulihkan tenaga

5. Menjalankan pemeriksaan kesihatan – dua kali setahun –

mengetahui status kesiihatan

6. Tidak merokok

H) CONTOH KARANGAN

Pengalaman berada di Kampung

Pada musim cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga saya pulang ke

kampung. Di kampung, saya dapat menemani datuk ke dusunnya.

Ketika itu musim buah-buahan. Pelbagai jenis pokok buah-buahan

yang datuk tanam.Saya membantu datuk memungut buah yang dikaitnya

ke dalam raga. Antaranya buah rambutan dan langsat. Saya berasa

seronok dapat membantu datuk di kebunnya.

Udara di kampung juga nyaman dan segar. Di bandar banyak

pencemaran asap kereta dan kilang.

Saya berasa seronok dan gembira berada di kampung.

Pengalaman Bercuti di Tempat Peranginan

Pada cuti sekolah yang lalu, saya sekeluarga pergi ke Cameron

Highlands. Kami pergi dengan menaiki kereta. Dalam perjalanan, kami

berbual-bual.

Tidak lama kemudian, kami pun tiba di Cameron Highlands. Kami

melihat ramai pelancong di sana.

Kami melawat ladang teh, strawberi, ros dan limau. Kami juga

mengambil gambar di sana.

Kami pulang pada pukul 5.00 petang. Saya berasa gembira. Saya

berharap dapat melawat lagi ke sana.

Lawatan ke Zoo Negara

Pada cuti sekolah yang lalu, saya sekeluarga pergi ke Zoo Negara.

Kami pergi dengan menaiki kereta. Dalam perjalanan, kami berbual-bual.

Tidak lama kemudian, kami tiba di Zoo Negara. Kami melihat

ramai orang di sana.


PANITIA BAHASA MELAYU 16 PROGRAM SINARAN PAGI

Kami melihat harimau, singa, monyet, burung dan lain-lain. Kami

juga melihat gajah menari.

Selepas itu, kami makan tengah hari. Kami pulang pada pukul

4.00 petang. Saya berharap boleh datang lagi.

Sambutan Hari Lahir

Pada hari Ahad yang lalu, ibu mengadakan majlis hari lahir saya. Saya

mengajak kawan-kawan saya.

Ibu membeli sebiji kek yang cantik untu saya. Kakak menghias

ruang tamu. Bapa pula membeli makanan untuk para tetamu.

Pada pukul 8.00 malam, semua kawan saya datang. Mereka

membawa pelbagai hadiah untuk saya.

Mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir untuk saya. Saya

meniup api lilin lalu mereka bertepuk tangan.

Kami makan sambil bermain permainan. Saya berasa amat

gembira kerana mendapat danyak hadiah.

Sekolah Saya

Nama sekolah saya SJK Bukit Tangga. Sekolah saya besar dan cantik.

Sekolah saya ada banyak kelas. Sekolah saya da sebuah padang.

Sekolah saya juga da banyak pokok bunga.

Kantin sekolah saya besar dan bersih. Kami selalu membeli

makanan dan makan di sanap

Guru-guru sekolah saya baik. Murid-murid sekolah saya rajin

belajar dan berdisiplin.

Sekolah saya selalu menjadi johan dalam pertandingan. Saya

sayang akan sekolah saya.

Hari Sukan

Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan hari sukan.

Sukan itu diadakan di padang sekolah. Hari sukan dirasmikan oleh

Pengerusi PIBG.

Mula-mula, murid-murid berjalan keliling padang. Selepas itu, acara

sukan pun bermula.

Acara pertama ialah acara lumba lari 100 meter. Murid-murid

bersorak semasa kawan mereka berlari.

Pasukan Merah telah menjadi johan. Guru besar menyampaikan

hadiah kepada pemenang. Sukan itu tamat pada pukul 2.00 petang.
PANITIA BAHASA MELAYU 17 PROGRAM SINARAN PAGI

! Perpustakaan
17 Sekolah Saya

Perpustakaan merupakan suatu gedung ilmu. Di sekolah saya ada

sebuah perpustakaan.

Perpustakaan sekolah saya kecil tetapi cantik. Di dalam

perpustakaan ada banyak jenis buku. Antaranya ialah buku rujukan,

buku cerita dan majalah. Buku-buku itu disusun dengan teratur dan

rapi.

Kami boleh meminjam buku dari perpustakaan. Buku-buku yang

dipinjam mesti dipulangkan dalam masa ditetapkan. Kami juga boleh

membaca buku dan membuat rujukan di perpustakaan.

Murid-murid tidak dibenarkan bising di perpustakaan. Seorang guru

ditugaskan untuk menjaga perpustakaan. Guru perpustakaan saya ialah

Puan Loh.

Saya sangat sukakan perpustakaan sekolah saya. Perpustakaan

mendatangkan banyak faedah kepada saya.

Anda mungkin juga menyukai