Anda di halaman 1dari 20

PERSONALITI DIRI

Menerangkan tentang keadaan jiwa. Menerusi jiwa terbit semua perbuatan yang senang
dan mudah, tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Jikalau dari jiwa itu muncul
perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariat agama, itu dinamakan
personaliti yang baik. Sebaliknya jika perbuatan buruk muncul dari jiwa seseorang maka
dinamakan personaliti yang buruk
(Al-Ghazali dlm. Yunus Majid 1985).

Personaliti ialah satu organisasi yang dinamik dalam diri individu yang merangkumi sistem
psikofizikal yang menentukan bagaimana individu menyesuaikan diri dengan persekitarannya.
Allport (1966)

Jumlah keseluruhan ciri-ciri yang membezakan manusia atau kestabilan tingkahlaku


seseorang dalam berbagai situasi yang berbeza.
Feldman (1994)

Anda harus faham personaliti anda sendiri sekiranya anda mahu berjaya dalam karier dan gembira
dengan apa-apa yang anda lakukan. Pekerja yang gembira ialah pekerja yang produktif.

Adakah personaliti seseorang boleh diukur? Perangai manusia sentiasa berubah dan menjadi fitrah
manusia untuk berubah mengikut kehendak setempat. Walau bagaimanapun, ada sesetengah
perangai atau kebiasaan kita yang tidak boleh diubah.

Tujuan ujian ini adalah untuk mencari identity anda yang sebenar bukan untuk mencari kelemahan
diri anda. Oleh itu, anda diminta supaya menjawab dengan ikhlas dan jujur. Sebaik-baiknya, jawab
semua soalan secara spontan tanpa berfikir akibat daripada jawapan tersebut. Semasa menjawab
soalan personaliti, cuba untuk menjadi diri anda sendiri bukan orang lain ataupun seseorang yang
anda ingin jadi.Tidak ada jawapan betul atau salah dalam ujian ini. Bulatkan jawapan yang anda
rasa paling sesuai untuk menceritakan diri anda.
UJIAN PERSONALITI
Test 1: Uji Keinginan Anda yang Tersembunyi
Soalan:Sebenarnya rambut, gaya rambut dan juga warna rambut anda juga mewakili perasaan yang
tertentu? Marilah tukar rambut anda!! Dalam 4 warna di bawah ini, mana satukah yang menjadi pilihan
anda?
A. Merah B. Emas C. Biru D. Hijau

Jawapan:
A. Anda tidak akan memikirkan perkara lain selain KEBEBASAN. Anda sangat menitikberatkan perjalanan
hidup anda. Jadi, mustahil anda akan dikongkong oleh seseorang atau sesuatu perkara.

B. Anda suka sesuatu yang mencabar kerana anda tidak ingin hidup anda tawar?. Anda bukan sahaja
inginkan kepuasan dari segi kebendaan malah juga inginkan kepuasan dari segi mental atau rohani.

C. Anda adalah seorang yang bersyukur dengan apa yang anda ada. Oleh itu, anda selalu riang dan gembira.
Tetapi mustahil anda tiada keinginan, Cuma apa yang anda inginkan tidaklah begitu banyak.

D. Anda adalah seorang yang manja. Anda inginkan orang lain menumpukan perhatian pada anda. Anda
suka disayangi, dibelai dan dikasihi. Anda ingin diri anda menjadi tumpuan ramai.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Test 2: Uji sejauh mana anda berasa segan dengan si dia


Soalan: Pada suatu hari anda telah disahkan menghidap penyakit pelik dan dikehendaki menerima rawatan
di hospital. Rawatan yang mana satukah anda berasa sangat sengsara?
1. 7 hari tidak dibenarkan makan 2. Masukkan salur ke dalam perut
3. Disuntik sebanyak 30 suntikan 4. Rambut dan bulu roma dicukur

Jawapan;
1. Tahap Keseganan 45%
Orang yang memilih jawapan ini adalah seorang yang tidak suka dipaksa. Tidak perlu buat lawak untuk
mengambil hatinya. Tetapi apabila muncul pihak ketiga, maka dia akan membuat sedikit perubahan seperti
memberi hadiah atau kata-kata manis
2. Tahap Keseganan 20%
Orang yang memilih jawapan ini mengharapkan suasana yang harmoni dan gembira apabila bersama. Jadi,
dia tidak kisah untuk buat apa saja untuk membuat si dia gembira. Dia berharap dengan cara ini maka
dapat menyampaikan isi hatinya pada si dia.
3. Tahap Keseganan 1%
Orang yang membuat pilihan ini langsung tidak mengerti soal segan dalam cinta. Dia mementingkan
keseronokan saja. Tak perlu ada segan dengan si dia. Tapi pastikan si dia tidak mempunyai masalah lemah
jantung supaya si dia tidak terkejut dengan apa yang dibuatnya.
4. Tahap Keseganan 80%
Orang yang memilih jawapan ini adalah seorang yang sangat muka nipis. Dia lebih mementingkan maruah
diri. Walaupun terdapat salah anggap atau si dia tidak memahami, dia pun takkan membuat sebarang
penjelasan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Test 3: Uji Aspek Keutamaan Ketika Bercinta
Kadang kala kita akan menghadapi keraguan untuk memilih cinta, buku atau pekerjaan. Sebenarnya apabila
difikirkan dengan teliti, kesemua perkara dapat dijalankan dengan sistematik. Tapi, apabila anda tidak
menahan kerinduan pada kekasih, maka anda akan tahu apa itu kesengsaraan bercinta. Marilah kita
melihat keadaan anda apabila bercinta!

Soalan: Esok ada peperiksaan, tetapi rancangan TV sedang menyiarkan filem yang anda ingin tonton.
Apakah yang akan anda lakukan?
1. Menonton TV 2. Merakan filem itu.
3. Sambil menonton dan sambil mengulangkaji 4. Mengulangkaji

Jawapan:
1. Kategori Cinta Diutamakan
Anda adalah seorang yang akan memberi keutamaan kepada cinta berbanding dengan aspek lain.
Walaupun anda sibuk dengan kerja anda atau kena mengulangkaji, asalkan terfikir ingin berjumpa si dia,
maka anda akan mengetepikan semua perkara yang anda sedang buat lalu pergi mencari si dia. Tapi ingat,
kena memikirkan pendiriannya juga.

2. Kategori Mempunyai Perancangan


Anda mempunyai perancangan supaya cinta, kerja atau membaca buku dapat dijalankan secara sistematik
dan tersusun. Anda adalah calon suami atau isteri yang bestari. Tapi pada pandangan sesetengah orang
pula, anda adalah seorang yang dingin dan ?alim?.

3. Kategori Beremosi
Anda tetap tidak dapat mengulangkaji pelajaran? Orang dikategori ini ingin menjaga kesemua aspek
serentak. Oleh itu, pandai-pandailah membuat pilihan yang tepat!

4. Kategori Kerja atau Membaca Buku Diutamakan


Pada pendapat anda, percintaan berada di tempat kedua. Walaupun sudah berkahwin, anda tetap
menganggap pekerjaan adalah penting. Orang kategori ini akan berkerja keras untuk pekerjaan atau
persekolahannya. Dia juga seorang yang berdikari dan sangat tegas.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Test 4: Uji Penarik Minat Anda


Ini adalah psiko test untuk menguji anda akan tertarik dengan orang yang macam mana.

Soalan:
Katakanlah dunia telah dijajah oleh makhluk asing, kalau anda hanya boleh menyelamatkan sejenis
binatang untuk lari ke planet lain. Berikut yang mana satukah yang akan anda pilih?

A. Arnab B. Kambing C. Rusa D. Kuda

Jawapan:

A. Arnab: Mempunyai luaran yang serius dan dingin tapi dalam hati adalah seorang yang peramah
B. Kambing: Sangat jujur dan dapat mengikut kehendak orang lain
C. Rusa: Anggun dan seorang yang sangat bersopan-santun
D. Kuda: Seorang yang inginkan hidup bebas

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Test 5: Adakah anda seorang yang berniat jahat? Berapa orang yang suka berkawan dengan orang yang
mempunyai niat jahat? Jom pergi ke hutan rimba untuk mencari jawapan!

Soalan: Cuaca cerah amat sesuai untuk mengadakan aktiviti luar rumah. Bayangkan anda dan kawan anda
bersiar-siar di dalam hutan rimba. Tiba-tiba anda semua mendapati sebuah bangunan yang tersembunyi.
Melalui ilusi anda, apakah bangunan itu?

A. Rumah kayu B. Rumah Banglo C. Istana D. Kota Istana

Jawapan:

A. Orang yang pilih Rumah Kayu


Anda adalah seorang yang penyabar. Anda boleh bersabar dengan banyak perkara atau perkara yang orang
lain tak boleh bersabar. Anda mengharapkan keamanan dan kedamaian dalam semua aspek. Oleh itu, anda
adalah seorang yang amat sempurna!

B. Orang yang pilih Rumah Banglo


Anda seorang yang tidak mempunyai cita-cita atau impian. Boleh dikatakan anda tidak mempunyai
sebarang niat. Walaupun prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling anda, namun anda berkelakuan
biasa saja. Anda tiada sebarang masalah kerana mengekalkan hati yang tenang.

C. Orang yang pilih Istana


Anda adalah seorang yang amat prihatin dan teliti. Anda dapat melaksanakan tugas atau perkara dengan
memuaskan. Walaupun bukannya pakar, namun anda dapat menguruskan perhubungan sesama manusia.

D. Orang yang pilih Kota Istana


Anda boleh dikatakan pehandal dalam generasi ini. Anda mempunyai daya pemerhatian yang tajam malah
dapat mendalami isi hati orang lain. Anda yang menguasai dan mengawal keadaan. Oleh itu, anda selalu
bermegah dengan diri sendiri.
Ujian Personaliti Diri

Di bawah ini terdapat 16 soalan ujian personaliti untuk mengenali siapa diri anda sebenarnya. Ujian
ini hanyalah andaian sahaja. Kebanyakan orang yang telah mengambil ujian ini berpendapat analisis
yang mereka terima tepat dengan dengan personaliti mereka. Jom cuba ujian ini!

Sebelum tu, ambil kertas dan pen untuk mencatat jawapan anda. Analisis untuk jawapan anda ada
pada bahagian bawah pos ini. Buat dulu ujian baru baca analisis. Kalau baca analisis dulu nanti
hilang keberkesanannya. Selamat mencuba.

Bayangkan anda sedang berada di dalam hutan.

Soalan 1:
Dengan siapakah anda berjalan di dalam hutan?

Soalan 2:
Ketika sedang berjalan, tiba-tiba anda terserempak dengan seekor binatang. Apakah
binatang itu?

Soalan 3:
Apa yang anda lakukan ketika terserempak dengan binatang itu?
a) pandang sahaja dan tak ambil peduli
b) lari
c) tangkap binatang itu

Soalan 4:
Anda meneruskan perjalanan anda.Tiba-tiba terjumpa segugus kunci.
Ada berapa bilangan anak kunci itu?
(antara 1-10 anak kunci)

Soalan 5:
Anda berjalan lagi. Anda terjumpa sebuah rumah di tengah hutan.
Adakah rumah itu berpagar?

Soalan 6:
Adakah pintu rumah itu terbuka atau tertutup?

Soalan 7:
Anda memasuki rumah itu. Anda ternampak meja di ruang tamu.
Apakah bentuk meja itu?
a) bulat/oval b) segiempat c) segitiga/ bersegi-segi

Soalan 8:
Di atas meja tersebut ada sebuah bekas bunga.
Ada berapa banyak air dalam bekas bunga itu?
a) kosong b) separuh c) penuh
Soalan 9:
Bekas bunga itu diperbuat daripada apa?
a) bahan mudah pecah seperti kaca, seramik atau tanah liat
b) bahan keras atau lentur seperti kayu, logam atau plastik

Soalan 10:
Anda pergi ke belakang rumah dan nampak air terjun dari jauh.
Berapa lajukah air terjun itu?
(antara 1-10, 1-perlahan 10-paling laju)

Soalan 11:
Anda keluar dari rumah dan berjalan lagi. Tiba-tiba ternampak sebuah peti.
Apa ukuran peti itu?
a) kecil b) sederhana c) besar

Soalan 12:
Peti itu diperbuat daripada apa?
a) cupboard/ kertas/ kayu
b) logam

Soalan 13:
Tidak jauh dari situ anda ternampak sebuah jambatan.
Jambatan diperbuat daripada apa?
a) logam b) kayu c) rotan

Soalan 14:
Di seberang jambatan terdapat seekor kuda.
Apakah warna kuda itu?
a) putih b) kelabu c) coklat d) hitam

Soalan 15:
Apa yang kuda itu sedang buat?
a) makan rumput b) diam dan tenang c) berlari

Soalan 16:
Tiba-tiba, ribut kuat tanpa disangka tidak jauh daripada kuda.
Anda mempunyai 3 pilihan:
(a) lari dan bersembunyi di dalam peti
(b) lari dan bersembunyi di bawah jambatan
(c) lari naik kuda dan terus pergi
Analisa :

(1) Dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat di hati anda.

(2) Binatang yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. Saiz binatang
yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar.

(3) Tindakan anda kepada binatang merupakan tindakan anda kepada masalah yang
anda hadapi. Kalau anda lari dari binatang maksudnya anda memang suka lari dari
masalah.

(4) Bilangan anak kunci:


1 - kamu punya satu kawan baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa kawan baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak kawan baik

(5) Rumah
Berpagar : Berfikiran tertutup
Tidak berpagar : Berfikiran terbuka

(6) Pintu
Terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah diri kepada orang lain
Tertutup : tidak suka bercerita dan lebih suka memendam

(7) Meja
Bulat / oval – mudah menerima dan mempercayai kata-kata kawan sepenuhnya
Empatsegi - anda sedikit cerewet tentang kawan dan hanya boleh berkawan dengan
orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga/ bersegi-segi - kamu sangat cerewet pilih kawan dan tidak ada banyak kawan

(8) Bekas bunga


Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Separuh - apa yang anda inginkan dalam hidup sudah separuh penuh
Penuh – keinginan anda dalam hidup dalam hidup sudah tercapai dan baik

(9) Bekas bunga


bahan mudah pecah - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
bahan keras atau lentur - anda kuat dalam hidup anda

(10) Air terjun


0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...
(11) Saiz kotak:
Kecil - ego rendah
Sederhana - ego sederhana
Besar - ego tinggi

(12) Bahan peti:


cupboard/ kertas / kayu - rendah hati
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:


jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan kawan-kawan anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan kawan-kawan

(14) Warna kuda:


putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu/ coklat - pasangan anda biasa sahaja di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi
pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:


menggigit rumput/ diam dan tenang - pasanganmu adalah sangat sederhana dan
rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini soalan terakhir tapi yang paling penting. Ini adalah simboliknya:

Ribut - masalah dalam hidup anda


Peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda – pasangan anda

Jadi,

(i) jika anda memilih masuk ke dalam peti, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali
anda menghadapi masalah.
(ii) jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda
menghadapi masalah.
(iii) jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi
masalah.

Adakah jawapan-jawapan anda melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...


Kuiz Personaliti : Inkuisitif
Sila jawab soalan di bawah dengan jawapan (YA atau TIDAK). Kemudian kira peratusan jawapan YA.

1. Pernahkah anda dianggap sebagai suka ambil tahu hal orang lain?
2. Adakah anda suka melawat tempat-tempat baru?
3. Anda suka bertemu dengan orang yang belum dikenali?
4. Adakah anda suka berdikari?
5. Anda berasa senorok menyelesaikan masalah?
6. Adakah anda ingin tahu bagaimana sesuatu perkakas beroperasi?
7. Anda mengemari rancangan dokumentari di kaca TV?
8. Adakah anda lebih suka novel-novel berbanding biografi dan buku-buku bukan fiction?
9. Adakah anda berminat tentang hal-hal leluhur?
10. Adakah rasa ingin tahu anda menimbulkan masalah bagi diri anda dan orang lain?
11. Pada zaman kanak-kanak, pernahkah anda ditegur kerana terlalu banyak menyoal?
12. Anda jarang membuka sesuatu alatan atau perkakas untuk mengetahui cara operasinya?
13. Adakah anda suka mengetahui pendapatan orang lain?
14. Anda jarang membaca item-item gosip di surat khabar dan majalah.
15. Anda biasanya lambat menerima berita gosip tentang kawan dan jiran.

ANALISIS
Skor anda di antara 67% hingga 100%
Anda mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Orang lain mungkin menganggap anda sebagai
penyibuk dan menasihatkan bahawa "curiosity killed the kucing". Peluang mencapai cita-cita amat cerah
dengan ciri ingin tahu yang tinggi.

Skor anda di antara 20 % hingga 66%


Anda mempunyai ciri ingin tahu yang sederhana. Walaupun banyak menyoal mungkin tidak digemari oleh
orang lain tetapi sekiranya anda tidak menyoal, anda tidak akan mencapai apa-apa. Gunakan kemahiran
menyoal dengan sebaik-baiknya.

Skor anda kurang daripada 20%


Anda menunjukkan minat yang amat sederhana tentang dunia di sekeliling anda. Sekiranya anda sangat
berpuas hati dengan hidup dan anda tidak berasa marah dan frustrasi kerana tidak mencapai cita-cita maka
adalah bijak anda kurang inkuisitif. Sekiranya anda mempunyai aspirasi dan cita-cita yang masih belum
dicapai, maka adalah bijak meningkatkan rasa ingin tahu dan ambil tahu hal-hal dunia luar.
Ujian Personaliti Berasaskan Corak.
Sila pilih corak kegemaran anda.

1 2 3 4

5 6 7 8

Analisis Ujian Personaliti Berasaskan Corak: (Kiraan dari kiri ke kanan)

Corak 1:
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda
membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak
membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

Corak 2:
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan
masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam
hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana
orang lain boleh bergantung kepada anda. Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat
keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-
idea anda.

Corak 3:
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda
praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa
selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala
yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda
fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

Corak 4:
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda
menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung
tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke
tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan
dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.
Corak 5:
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut
motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada
yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan
sering menakjubkan.

Corak 6:
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan
"permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi
sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah
berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada
orang yang anda berkawan.

Corak 7:
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan
dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding
dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini
memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan
bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

Corak 8:
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya,
rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda
yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata
MELALUI SITUASI
Tertarik dengan satu cara mengenal personaliti diri dengan soalan dari kawan. Dari tindak-tanduk soalan
dan kepentingan sesuatu keadaan, kita dapat mengenal pasti personaliti kita. Tiada fakta atau teori yang
menyatakan ini seratus-peratus (100%) benar, ini cumalah satu soalan ramalan yang dibuat oleh pihak yang
kreatif dan telah dikaji. Mari kita lihat personaliti kita. Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal
dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran,
emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.

Ada 5 perkara berlaku serentak:


1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Soalan: Antara lima (5) perkara tersebut, perkara yang manakah lebih penting atau perlu didahulukan atau
diuruskan terlebih dahulu. Anda perlu susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan
yang anda fikirkan jika semua perkara tersebut terjadi serentak dalam masa yang sama. Bayangkan situasi
anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang, fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda
akan selesaikan mengikut keutamaan anda, perkara-perkara tersebut mestilah diselesai kan.

ANALSIS

Apakah Ciri / Sifat / Perkara yang anda utamakan dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?

• Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih: menandakan anda mementingkan keselamatan dan
kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.

• Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: menandakan anda mementingkan
kekayaan,wang ringgit dan harta.

• Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis: menandakan anda mementingkan cinta dan
kasih sayang.

• Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: menandakan anda mementingkan
akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

• Kalau anda memilih untuk membuka pintu: menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran
dan personaliti pasangan anda.

P/S: ini hanya fakta yang tidak tahu kesahihannya, tapi tidak salah jika kita mencuba. mungkin kita dapat
memahami cara atau tindak-taduk seseorang dari psikologi ini dan tahu serba sedikit cara pasangan kita
berfikir. Selamat mencuba!
Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.
Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Anda Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Dengan
Ketepatan Sehingga 90%. Percayakah Anda, Tarikh Lahir Anda Menceritakan Segalanya.

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah.

1. Pemimpin 2. Lembut 3. Kemas (Cerewet)


4. Rajin 5. Boleh berbincang 6. Angin
7. Patuh 8. Bisnes 9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2+0=2

Maka kotak pertama adalah 2..


Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2+6=8

Maka kotak kedua adalah 8..


Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1+0=1

Maka kotak ketiga ialah 1..


hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna.
RAHSIA TARIKH LAHIR.

Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri
seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak
lagi?

Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi
Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda
boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara
lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik
seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.

RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai ‘Paksi’ untuk mengimbangkan kehidupan
seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda
boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta
orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Berdasarkan Firman
Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi bahawa
TAKDIR kita bukan telah ditentukan.

Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,

“Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka
mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.”

KERJAYA – Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang
paling sesuai untuk anda.

PERNIAGAAN – Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk
berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada
TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam
syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).

KESIHATAN – Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda
tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.

PERHUBUNGAN – Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh
membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan.
Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2
perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya
penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.

KEKAYAAN – Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang
menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas
dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang
tersebut apabila tiba masanya.
Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990, kemudian
1 + 9 + 9 + 0 = 19, kemudian
1 + 9 = 10 dan terakhir
1 + 0 = 1.
Jadi nombor lahirnya ialah 1

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

 Hadir dengan idea baru.


 Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
 Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
 Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin
atau boss.
 Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
 Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah
secara terbuka.
 Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk
Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

 Dilahirkan sebagai diplomat.


 Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil
kira dirinya sendiri.
 Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
 Mereka tidak suka bersendirian.
 Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam
hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
 Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai
kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
 Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi
Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

 Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
 Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
 Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
 Mereka sangat popular dan idealistik.
 Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
 Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie
Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konservatif

 Golongan ini sangat peka dan tradisional.


 Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
 Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka
lakukan.
 Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
 Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
 Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
 Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
 Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld
Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

 Mereka adalah perintis.


 Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat
bersemangat (enthusiasm).
 Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
 Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu
daripada setiap situasi yang ditempuhi.
 Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
 Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang
diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
 Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica
Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

 Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
 Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
 Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
 Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
 Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
 Mereka suka seni musik.
 Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
 Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
 Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver,
Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

 Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar
untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
 Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
 Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka
dipersoalkan.
 Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
 Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik
dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
 Mereka sangat suka berahsia.
 Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima
kenyataan dunia sebenar.
 Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal
Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

 Golongan ini adalah penyelesaian masalah.


 Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
 Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang
terbaik.
 Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif
 Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
 Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada
mengikut keperluan orang lain.
 Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George
Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon

 Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.


 Mereka sangat penyayang dan pemurah.
 Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa
jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
 Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk
memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan
menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
 Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung
kepada nasib dan perasaan (mood).
 Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
 Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison
Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley
KAJIAN 25 TAHUN DATO’ FADZILLAH KAMSAHKAREKTOR KELAHIRAN
MANUSIA

JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat mudah melihat
kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka
smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah
mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi
tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang padakanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada
segala-galanya Perlu belajar kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality dan abstrak Intelligent, bijak dan genius
Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak pendiam, pemalu dan rendah
diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong
Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan
sanga sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka
berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi
dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan dan sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak
pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu
boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC

Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa
Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan
yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai
dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
Kelam kabut dalam memilih pasangan
Suka dgn hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan kepada benda
yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL

Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang sangat kuat Suka diberi
perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
Sangat berani dan tiada perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan
pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion
Kecenderungan bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya ingatan
Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat cemburu dan terlalu cemburu.
MEI

Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi


Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
Pemikiran yang tajam Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental & fizikal
Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan yang tinggi
Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan
Suka sastera, seni & muzik serta melancong Tidak berapa suka duduk di rumah
Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai yang lemah lembut
Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood. Idea yang terlalu banyak di kepala
Bersikap sensitif Otaknya aktif (sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera
Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang sangat tertib
Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema Suka berkemas
Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang mempamerkan perasaan
Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada barang yang berjenama
Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

JULAI

Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa sentimental Jarang berdendam
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak suka benda remeh-temeh
Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
Layanan yang serupa dengan semua orang Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa
Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi
Mudah terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS

Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap orang lain
Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain
Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian
Semangat juang yang luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya
dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir Fikiran yang
berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan Berbakat dalam seni lukis, hiburan &
silat Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk
relax Sikap kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan
SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
kerana banyak simpan rahsia Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang luas
Bersistematik

OKTOBER

Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah
Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong & berpura-pura
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa berkawan
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam pentingkan diri sendiri
Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat dari perspektifnya sendiri
Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi yang mudah terusik
Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong, bidang sastera & seni
Pengasih, penyayang & lemah lembut Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu
Ambil berat tentang orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran Mudah patah semangat

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor
Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
Tak suka marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri
Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri
Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak
sesuatu cuba sampai berjaya
Badan yang “tough” (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap
kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam
organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan
suka dibelai Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada
kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.

Anda mungkin juga menyukai