Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG

48000 RAWANG, SELANGOR

KERTAS CADANGAN
PROGRAM LATIHAN DAN PERTANDINGAN SENAM TARI
KELAB KEBUDAYAAN 2016

1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti Senam Tari di sekolah adalah satu program yang amat sesuai
dijalankan bagi memupuk gaya hidup sihat dan cergas serta dapat dipraktiskan di dalam
kehidupan seharian murid-murid.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat
dan memupuk murid sentiasa bersenam sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senam
tari, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan
dengan iringan muzik berserta gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan.
Program ini juga dapat membantu para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
sihat, membina semangat cintakan seni budaya sebagai dasar ilmu pengetahuan dan
untuk berjaya dalam segenap bidang seni budaya nasional yang lain. Pertandingan
Senam Tari Kelab Kebudayaan merupakan acara akhir kepada para murid untuk
menunjukkan bakat mereka setelah mereka menjalani latihan sepanjang tahun.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah
3.2 Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup sihat
3.3 Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru
3.4 Mengisi masa terluang murid
3.5 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti
Senam tari
3.6 Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial

4.0 TARIKH
27 Julai 2016, 3 Ogos 2016, 4 Ogos 2016, 10 Ogos 2016 dan 11 Ogos 2016

5.0 TEMPAT
Dewan Sekolah SMK. Rawang

6.0 SASARAN
Semua pelajar Kelab Kebudayaan

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


7.1Jawatankuasa Induk
Penasihat : Pn. Maimunah binti Hassan (Pengetua)
Pengerusi : Pn. Anita binti Tajuddin(PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : Pn. Norashikin binti Rahamad(Penyelaras Kelab/Persatuan)
Setiausaha : Pn. Fatimahwati bt Awang Samah(Guru Penasihat )
Bendahari : Raja Dinie Nur Al- Hidayah
7.2 Jawatan Kuasa Pelaksana
AJK Jemputan : Nur Nayli Aqilah Bt Shahrin
Ajk Persediaan Tempat : Nursyakirah Binti Zain Azman
Ajk Peralatan : Zulaikha Bt Amran
Ajk Pendaftaran : Nurin Jazlina Binti Bakhtiar
Ajk Dokumentasi : Nurul Aliah Nadira

8.0 TENTATIF PROGRAM


2.30 petang : Pendaftaran pelajar
2.45 petang : Ucapan Guru Penasihat
3.00 petang : Latihan Senam Tari bermula
5.00 petang : Majlis bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH(RM)

1. Saguhati jurulatih Senam Tari 1 orang @ RM100.00 @ 5hari 500.00

2. Pom-pom 1set @ RM8.00 @ 25orang 200.00

3. Hadiah (Hamper) Tempat Pertama - 1@RM100


Tempat Kedua - 1@RM80
Tempat Ketiga - 1@RM50 300
Saguhati - 2@RM35
JUMLAH 1000.00

10.0 SUMBER PENDAPATAN


PCG KOKURIKULUM = RM1000.00

11.0 PENUTUP
Latihan asas Senam Tari ini akan memberi pendedahan kepada para murid untuk mendalami
teknik dan pergerakan senam tari yang betul. Persembahan Senam Tari Kelab Kebudayaan
diadakan untuk mencungkil bakat para pelajar SMK Rawang dalam bidang seni di samping
mengakhiri latihan Kelab Kebudayaan yng dijalankan sepanjang tahun 2016

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………. ………………………………………………
(FATIMAHWATI BINTI AWANG SAMAH) (NORASHIKIN BINTI RAHAMAD)
Guru Penasihat Kelab Senamrobik Penyelaras Kelab/Persatuan
SMK Rawang SMK Rawan
Diluluskan oleh,
Disahkan oleh,

………………………………………….. ……………………………………………
(ANITA BINTI TAJUDDIN) (MAIMUNAH BINTI HASSAN)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum Pengetua
SMK Rawang SMK Rawang

Anda mungkin juga menyukai