Anda di halaman 1dari 8

PENTAKSIRAN SUMATIF 1/2020

REKABENTUK DAN TEKNOLOGI


TINGKATAN 1

Nama:……………………………………………………………. Kelas: ……………..

Nama guru: ………………………………………………………

ARAHAN: Kertas ini mengandungi bahagian A, B dan C. Jawab semua soalan pada ruang yang
disediakan.

BAHAGIAN A (15 markah)

1. Apakah maksud reka bentuk?


A Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk
menghasilkan sesuatu produk
B Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber untuk
dijadikan alat atau sistem
C Proses menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum
pernah wujud
D Proses pengubahsuaian produk sedia ada supaya menjadi lebih baik

2. Antara berikut yang manakah merupakan prinsip utama reka bentuk?


A Warna
B Rupa
C Keseimbangan
D Bentuk

3. Apakah kepentingan perancangan projek yang baik?

I Memastikan objektif tercapai


II Mengelakkan pembaziran sumber
III Mencegah gangguan
IV Meningkatkan kualiti
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

4. Yang berikut adalah elemen reka bentuk kecuali…


A Tekstur
B Rupa
C Warna
D Harmoni

1
5. Yang berikut adalah fungsi elemen garisan kecuali…
A Menunjukkan kestabilan dan kerehatan
B Menunjukkan kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek
C Menunjukkan pergerakan arah atau aliran
D Menunjukkan keseimbangan

6. Rajah menunjukkan prinsip reka bentuk

Apakah prinsip reka bentuk itu?


A Kesatuan
B Pengulangan
C Kepelbagaian
D Kontras

7. Pilih padanan yang menunjukkan prinsip kontras yang betul.

A Tekstur Jauh dan dekat


B Bentuk Besar dan kecil
C Warna Terang dan gelap
D Saiz Kasar dan licin

8. Reka bentuk yang baik perlulah menepati kriteria-kriteria ysng berikut kecuali…
A Kreativiti
B Keaslian reka bentuk
C Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran
D Meminjam idea reka bentuk daripada produk atau jenama lain

9. Ergonomik dalam reka bentuk bermaksud…


A Daya saing produk dalam pasaran
B Ciri keselesaan yang ada pada sesuatu produk
C Produk tidak mudah rosak atau hancur
D Penampilan produk tidak meniru produk sedia ada

10. Antara yang berikut manakah bukan bentuk asas?


A Bulat
B Segi tiga
C Segi empat
D Zig zag

2
11. Reka bentuk dan teknologi memupuk nilai…
I invensi
II inovasi
III kreatif
IV kapasiti
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

12. Kepentingan reka bentuk tertumpu kepada golongan yang berikut kecuali…
A Pereka bentuk
B Individu
C Masyarakat
D Negara

13. Pilih padanan yang betul bagi takrif konsep SMART yang berikut
A S - penetapan tujuan projek
B M – sudut keupayaan kewangan dan tenaga kerja
C R – pengagihan kewangan
D T – kesesuaian dengan kehendak pengguna

14. Apakah ciri-ciri kumpulan kerja?


I Tekanan dalam aspek pekerjaan
II Berkongsi maklumat
III Mempunyai matlamat yang sama
IV Berkomunikasi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

15. Rajah menunjukkan sebuah pencetak 3D

Produk di atas dikategorikan dalam bidang…


A Pendidikan
B Teknologi Maklumat
C Pembuatan
D Pertahanan

3
BAHAGIAN B (25 markah)

1. Tandakan (✔) bagi pernyataan BETUL tentang Reka Bentuk dan Teknologi. Tandakan
(✘) bagi pernyataan yang SALAH.
a) Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penyusunan bahan

b) Dilaksanakan secara terancang untuk hasilkan produk

c) Sentiasa berubah dari semasa ke semasa

[ 3 markah]

2. Nyatakan penyataan di bawah samada PRINSIP atau ELEMEN dalam sesuatu reka
bentuk.
a) Bentuk : ……………………………

b) Kontras : ……………………………

c) Harmoni : ……………………………

[ 3 markah]
3. Rajah berikut menunjukkan teknik pembinaan objek. Padankan 3 teknik pembinaan objek
dengan padanan yang sesuai

Pembuangan Penyatuan Pembenaman

[3 markah]

4
4. Lengkapkan peta buih di Rajah 4 mengenai prinsip reka bentuk dan teknologi

[4 markah]

5. Lengkapkan peta pemikiran komponen pengurusan projek pada ruang yang disediakan.

KOMPONEN PENGURUSAN PROJEK

1. 2. 3.

[3 markah]
6. Yang berikut adalah proses kerja dalam pengurusan projek.

A Skop Kerja
B Tempoh masa
C Kos projek

Padankan A, B dan C pada pernyataan yang betul.


a) Peruntukan kewangan bagi menjayakan projek merangkumi bayaran upah,
belian bahan, peralatan, sewaan dan insurans.
b) Terdiri daripada skop produk dan skop projek dengan tujuan mencapai
objektif secara berkesan
c) Tempoh yang objektif untuk menyempurnakan sesuatu projek.

5
[3 markah]

7. Maklumat di bawah adalah tentang langkah pengurusan projek

1 Penjadualan
2 Pengawalan
3 Perancangan

Susun mengikut urutan yang betul dengan menulis 1, 2 dan 3 pada ruang yang
disediakan.

[3 markah]
8. Kos pengeluaran terdiri daripada kos yang berikut.

Kos = + +
Pengeluaran

[3 markah]

6
BAHAGIAN C (10 markah)

1. Rajah di bawah menunjukkan sebuah produk.

Berdasarkan rajah,
a) Nyatakan kategori bagi produk tersebut.
______________________________________________________________
[1 markah]
b) Nyatakan tiga elemen reka bentuk yang terdapat pada produk tersebut.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
[3 markah]
c) Nyatakan dua prinsip reka bentuk yang diaplikasikan pada produk di atas.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
[2 markah]
d) Huraikan kriteria reka bentuk yang terdapat pada produk tersebut.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
[4 markah]

………………………………………………….. KERTAS SOALAN TAMAT ………………………………………………………


Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………. ………………………….. ……………………………


(Juhairinniza bt Ismail) (Noorkhairulazan bt Hairudin) (Pn. Siti Aishah bt Omar Othman)

7
Guru Mp RBT Ketua Panitia RBT GKMP Teknik & Vokasional

Anda mungkin juga menyukai