Anda di halaman 1dari 10

BILANGAN PENYUSUAN YANG MENIMBULKAN IKATAN MAHRAM

Soalan; Salam ustaz, berkaitan dengan ibu susuan .Banyak yang kata keperluan 5 kali kenyang. Saya
pernah bertanya dengan beberapa ust. yang jelas tidak perlu 5 kali kenyang cukup sekali yang kenyang
yakni bayi tesebut selesai menyusu sekali atau sebotol susu 60ml atau cukup dia menyusu sekali sahaja.
Harap dapat penjelasan. Tk

Jawapan;

Terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam menentukan bilangan penyusuan yang akan menimbulkan
ikatan mahram di antara anak susuan dan ibu yang menyusuinya.

Pandangan pertama; iaitulah pandangan Imam ‘Atha’, Thawus, Imam Syafi’ie, Imam Ahmad (mengikut
pandangannya yang rajih), Ibnu Hazm dan ahli-ahli hadis; penyusuan yang akan menimbulkan ikatan
mahram ialah penyusuan yang tidak kurang dari lima kali penyusuan yang terpisah. Dalil mereka ialah
hadis dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Pada permulaannya diturunkan di dalam al-
Quran; sepuluh kali penyusuan yang diketahui (yakni berasingan) barulah akan mengharamkan (yakni
menimbulkan ikatan mahram). Kemudian dinasakhkan bilangan sepuluh kali itu dengan lima kali
penyusuan yang diketahui. Rasulullah wafat dalam keadaan bilangan penyusuan itu masih merupakan
ayat yang dibaca dari al-Quran”. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai).

Hadis ini telah mengikat keumuman penyusuan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Walaupun dalam al-
Quran Allah hanya menyebutkan penyusuan secara umum akan menyebabkan terjadinya ikatan
mahram antara anak yang disusui dan ibu yang menyusuinya (serta saudara-saudara susuannya) tanpa
menentukan bilangan tertentu terhadap penyusuan yang dilakukan, namun hadis diatas telah mengikat
keumuman tersebut dengan sepuluh kali penyusuan yang kemudiannya –sebelum kewafatan Nabi-
diubah oleh Syarak kepada hanya lima kali penyusuan. (Fiqh as-Sunnah, 2/50).

Pandangan kedua; iaitu pandangan Sa’id bin al-Musayyib, al-Hasan al-Basri, al-Auza’ie, Imam Abu
Hanifah, Malik dan Ahmad (mengikut satu riwayat); penyusuan sama ada banyak atau sedikit akan
menghasilkan ikatan mahram. Menurut pandangan ini; walau dengan hanya sekali penyusuan, akan
terhasillah ikatan mahram. Mereka berdalilkan kemutlakan (keumuman) ayat al-Quran (iaitu ayat 23
dari surah an-Nisa’) yang menyebutkan tentang mahram susuan di mana ayat itu tidak menghadkan
bilangan penyusuan. Selain itu mereka juga berdalilkan hadis berikut;

Dari ‘Uqbah bin al-Harith –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Aku telah mengahwini Ummu Yahya
binti Abi Ihab. Kemudian muncul seorang wanita berkulit hitam yang mendakwa dia telah menyusui
kami berdua. Aku pun pergi kepada Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dan memberitahunya. Lalu
baginda berpaling dariku. Aku pun berkata kepada baginda; “Ya Rasulullah, aku rasa wanita itu
berdusta”. Baginda menjawab kepadaku; “Mana kamu tahu ia berdusta sedangkan ia telah berkata apa
yang dikatainya? Tinggalkanlah isteri kamu itu (yakni berpisahlah dengan isteri kamu itu)”. (Riwayat
Imam al-Bukhari dan Abu Daud. Terjemahan berdasarkan lafaz Abu Daud).

Dalam hadis di atas Nabi tidak menyoalpun berapa kali penyusuan yang telah wanita itu lakukan, akan
tetapi Nabi terus menyuruh ‘Uqbah berpisah dengan wanita itu. Ini menunjukkan bahawa yang diambil
perkiraan ialah dengan semata-mata wujudnya penyusuan. Asalkan terdapat makna penyusuan, maka
terdapatlah hukumnya. Menurut Imam an-Nawawi; pandangan ini adalah pandangan jumhur ulamak.
(Tuhfah al-Ahwazi) Pandangan ini juga yang disokong oleh Imam al-Bukhari. (Tuhfah al-Ahwazi)

Pandangan ketiga; iaitu Pandangan Imam Ibnu Munzir, Abu Tsur, Daud Dzahiri dan Imam Ahmad
(mengikut satu riwayat lain darinya); sekurang-kurangnya tiga kali penyusuan. Mereka berdalilkan hadis
di mana Rasulullah bersabda;

??? ????????? ?????????? ???????????????

“Tidak akan mengharamkan (yakni menimbulkan ikatan mahram) dengan hanya sekali dan dua kali
hisapan (yakni penyusuan)”. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dari ‘Aisyah –radhiyallahu
‘anha-).

Dalam hadis di atas Nabi menyebutkan tidak akan menjadi mahram dengan sekali atau dua kali hisapan.
Jadi hadis ini menunjukkan bahawa penyusuan yang kurang dari tiga kali tidak akan menghasilkan ikatan
mahram.

Pandangan yang ditarjih oleh ulamak-ulamak semasa hari ini ialah yang pertama iaitu sekurang-
kurangnya lima kali penyusuan. Pandangan itulah juga yang dipakai oleh Majlis-Majlis Fatwa di dunia
Islam hari ini seperti Mesir, Arab Saudi, Malaysia dan sebagainya.
Sudah menjadi lumrah bagi setiap pasangan yang berumahtangga inginkan anak
sebagai penyeri kebahagian hidup berumahtangga. Meskipun betapa peritnya
sewaktu mengandung, betapa sukarnya semasa bersalin, namun semuanya itu
bagaikan angin lalu apabila terdengar tangisan si anak kecil yang dahagakan
pelukan si ibu dan dakapan si bapa.

Dugaan Ilahi

Tanpa dinafikan, terdapat juga pasangan yang terpaksa menempuh dugaan Ilahi
tanpa dikurniakan zuriat untuk bermanja dan anak untuk beramah mesra. Usaha
dan ikhtiar dilupa jauh sekali. Namun, apakan daya, semuanya itu menempuh
jalan buntu. Sedangkan, niat di hati sentiasa menyegar, hasrat di sanubari mekar
tak terperi.

Bagi mengelak situasi sedemikian daripada berterusan, maka Islam telah memberi
laluan dengan menyediakan satu pelan penyelesaian bagi permasalahan yang
dihadapi dengan mengambil anak angkat.

Meskipun begitu, hubungan kekeluargaan tetap ada batasan dan halangan,


apatah lagi sekiranya anak tersebut telah membesar dan mencecah usia baligh.
Halangan aurat dan berbual bicara pula mengongkong kebebasan di dalam rumah
sendiri.

Tawaran

Sekali lagi, Islam menawarkan peluang untuk pasangan tersebut menerusi kaedah
penyusuan. Si siteri yang tidak memiliki anak tadi akan menyusukan anak
angkatnya dalam tempoh tertentu, sehinggalah anak angkatnya itu diangkat
semacam anak kandung sendiri. Ini termasuklah pergaulan, bual bicara dan
sebagainya adalah diharuskan. Seandainya si isteri tadi dikurniakan zuriat, maka
anak angkatnya itu pula telah dikira sebagai adik beradik susuan.

Batasan Syariat

Namun begitu, syariat telah membataskan syarat-syarat tertentu sebagai


panduan kepada pasangan yang berhasrat mengambil anak angkat. Padahal anak
tersebut bukanlah terdiri daripada sanak saudara masing-masing.

Perhatikan firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Nisa’ (4 : 23):


...
...
Ertinya : “(Diharamkan atas kamu mengawini) … ibu-ibumu yang menyusui kamu;
saudara perempuan sepersusuan…”.
Anak Susuan

Ayat ini menjelaskan bahawa hukum bagi anak susuan adalah sama dengan
hukum bagi anak sendiri (keturunan) sebagaimana yang telah disabdakan oleh
Nabi s.a.w. :

)‫ (متفق عليه‬."‫ب‬ َ َّ‫ضا َع ِة َما َي ْح ُر ُم ِمن الن‬


ِ ‫س‬ َ ‫الر‬
َّ ‫" َي ْح ُر ُم ِمن‬
Bermaksud : “Apa yang ‫ا‬haram sebab keturunan, maka itu juga haram sebab
penyusuan”.
Jumlah Penyusuan
Terdapat dua hadis yang membicarakan mengenai jumlah penyusuan yang
melayakkan bayi tersebut dipanggil anak susuan.
Hadis pertama yang diriwayatkan oleh Saidatina A’isyah r.a., katanya :
ْ ."‫صتا َ ِن‬
‫(أخ َر َجه‬ َّ ‫ "ال ت ُ َح ِ ّر ُم الـ َم‬: ‫سلَّ َم‬
َّ ‫صةُ َوالـ َم‬ َ ‫صلّى هللاُ َعلي ِه َو‬ ُ ‫ قَا َل َر‬: ‫قَالَت‬
َ ِ‫سو ُل هللا‬
)‫ُمس ِل ٌم‬
Bermaksud : “Satu atau dua kali isapan itu tidak boleh menjadikan mahram”.
Tiga Kali – Mazhab Zohiri

Hadis ini menunjukkan bahawa satu atau dua kali isapan susu tidak dikira sebagai
anak susuan. Berdasarkan hadis ini juga, para ulama’ telah mensyaratkan
seseorang bayi itu hendaklah menyusu tiga kali atau lebih baharulah dikira
sebagai anak susuan. Pendapat ini telah dipelopori oleh mazhab Daud al-Zohiri
yang berhujjah menerusi maksud tersirat (mafhum mukhalafah). Nas menyebut
dua kali tidak layak menjadi anak susuan, maka menyusu tiga kali dan ke atas
adalah layak. Ini yang dikatakan sebagai maksud tersirat tersebut.
Lima Kali – Mazhab Syafie

Namun begitu, menurut mazhab kita al-Syafie dan diikuti juga mazhab Hambali
mensyaratkan sebanyak lima kali susuan baharulah dikira sebagai anak susuan.
Mereka pula berdalilkan hadis yang juga diriwayatkan oleh Saidatina A’isyah r.a.,
katanya :

ٍ ‫ت َم ْعلُو َما‬
‫ ث ُ َّم نُس ِْخنَ ِبخ َْم ٍس‬، َ‫ت يُ َح ِ ّر ْمن‬ ٍ ‫ض َعا‬ ِ ‫" َكانَ في َما أ ُ ْن ِز َل ِمن القُر‬
َ ‫ َع ْش ُر َر‬: ‫ءان‬
ُ‫(ر َواه‬
َ ."‫رءان‬ِ ُ‫ي فِي َما يُ ْق َرأ ُ ِمن الق‬ َ ‫سلَّ َم َو ِه‬َ ‫صلّى هللاُ َعلي ِه َو‬
َ ِ‫سو ُل هللا‬ َ ِّ‫ فَت ُ ُوف‬،ٍ‫َم ْعلُو َمات‬
ُ ‫ي َر‬
) ‫ُمس ِل ٌم‬
Bermaksud : “Pada permulaanya ayat al-Quran diturunkan menyatakan bahawa
untuk menjadikan mahram itu ialah sepuluh kali susuan yang diketahui. Kemudian
ianya dibatalkan dengan hanya lima kali susuan yang diketahui sehinggalah
Rasulullah s.a.w. wafat dan hal itu berlaku sebagaimana ayat al-Quran dibaca”.
Hadis ini menunjukkan secara jelas iaitu dengan hanya lima kali susuan,
maka bayi itu telah dikira sebagai anak susuan. Sekaligus mengambil
hukum sebagaimana hukum anak kandung sendiri. Lima kali susuan
adalah bermaksud lima kali kenyang dalam majlis yang berbeza. Adalah dikira
hanya satu kali kenyang sekiranya bayi tersebut menyusu lalu tersedak atau
terbersin ataupun juga terkeluar puting susu tersebut, lalu disambungnya kembali
penyusuan itu, maka ianya tetap dikira hanya satu kali susuan sahaja.

Kaedah Usul Fiqh

Dari sudut ilmu usul, berpegang kepada makna tersurat (mantuq) adalah lebih
diutamakan daripada berpegang kepada makna tersirat (mafhum). Oleh itu,
mazhab kita al-Syafie dan jumhur ulama’ berpegang kepada makna tersurat iaitu
lima kali, bukannya tiga kali.
Dua Tahun – Jumhur Ulama’
Mari kita perhatikan firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah (2:233):

...
Ertinya : “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun
penuh…”
Menurut pendapat jumhur ulama’ bahawa umur bayi itu hendaklah tidak
melebihi daripada dua tahun. Ayat ini diperkuatkan lagi menerusi sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas r.a., katanya :

‫ (رواه الدارقطني وابن عدي مرفوعا وموقوفا ورجحا‬."‫ع إالّ فِي الـ َحولَي ِْن‬
َ ‫ضا‬
َ ‫"ال َر‬
)‫الموقوف‬
Bermaksud : “Tidak ada susuan (yang mengharamkan) melainkan dalam usia dua
tahun”. (Hadis ini diriwayatkan oleh al-Daruqutni dan Ibn ‘Adi secara marfu’ dan
mauquf, tetapi mereka berdua lebih yakin hadis ini mauquf).
Anak Angkat = Anak Kandung
Justeru, anak angkat yang disusukan sebanyak lima kali kenyang ini akan
mengambil hukum sebagaimana anak kandung sendiri dari sudut larangan
bernikah kahwin sesama mereka, keharusan melihat aurat ringan, dibenarkan
berdua-duaan dan juga di kala bermusafir. Namun begitu, hukum mewarisi harta,
tanggungjawab memelihara dan memberi nafkah adalah tidak diwajibkan
sebagaimana yang termaktub bagi anak kandung sendiri.
Meskipun begitu, adalah digalakan kepada si ayah angkat tadi mengunakan budi
bicara agar anak angkatnya itu tidaklah berasa tersisih dan terbuang. Hebah
(hadiah) diharuskan untuk anak angkat tersebut.

Kesimpulan

Renunglah betapa indahnya Islam yang kita anuti. Tiada lagi agama yang lain
setanding dengannya. Marilah kita memujuk jiwa dan meruntun hati untuk
melihat keindahan Islam sebagai al-Din yang mampu menapakkan hidup kita
menuju kebahagian dunia dan akhirat. Sekaligus menetaskan rasa hiba dan
alangkah bertuahnya diri ini dilahirkan sebagai muslim. Seorang muslim yang
bernaung
Pandangan pertama; iaitulah pandangan Imam ‘Atha’, Thawus, Imam Syafi’ie, Imam Ahmad (mengikut
pandangannya yang rajih), Ibnu Hazm dan ahli-ahli hadis; penyusuan yang akan menimbulkan ikatan
mahram ialah penyusuan yang tidak kurang dari lima kali penyusuan yang terpisah. Dalil mereka ialah
hadis dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Pada permulaannya diturunkan di dalam al-
Quran; sepuluh kali penyusuan yang diketahui (yakni berasingan) barulah akan mengharamkan (yakni
menimbulkan ikatan mahram). Kemudian dinasakhkan bilangan sepuluh kali itu dengan lima kali
penyusuan yang diketahui. Rasulullah wafat dalam keadaan bilangan penyusuan itu masih merupakan
ayat yang dibaca dari al-Quran”. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai).

Hadis ini telah mengikat keumuman penyusuan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Walaupun dalam al-
Quran Allah hanya menyebutkan penyusuan secara umum akan menyebabkan terjadinya ikatan
mahram antara anak yang disusui dan ibu yang menyusuinya (serta saudara-saudara susuannya) tanpa
menentukan bilangan tertentu terhadap penyusuan yang dilakukan, namun hadis diatas telah mengikat
keumuman tersebut dengan sepuluh kali penyusuan yang kemudiannya –sebelum kewafatan Nabi-
diubah oleh Syarak kepada hanya lima kali penyusuan. (Fiqh as-Sunnah, 2/50).

Pandangan kedua; iaitu pandangan Sa’id bin al-Musayyib, al-Hasan al-


Basri, al-Auza’ie, Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad (mengikut satu
riwayat); penyusuan sama ada banyak atau sedikit akan menghasilkan
ikatan mahram. Menurut pandangan ini; walau dengan hanya sekali
penyusuan, akan terhasillah ikatan mahram. Mereka berdalilkan
kemutlakan (keumuman) ayat al-Quran (iaitu ayat 23 dari surah an-
Nisa’) yang menyebutkan tentang mahram susuan di mana ayat itu
tidak menghadkan bilangan penyusuan. Selain itu mereka juga
berdalilkan hadis berikut;

Dari ‘Uqbah bin al-Harith –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Aku


telah mengahwini Ummu Yahya binti Abi Ihab. Kemudian muncul
seorang wanita berkulit hitam yang mendakwa dia telah menyusui kami
berdua. Aku pun pergi kepada Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-
dan memberitahunya. Lalu baginda berpaling dariku. Aku pun berkata
kepada baginda; “Ya Rasulullah, aku rasa wanita itu berdusta”. Baginda
menjawab kepadaku; “Mana kamu tahu ia berdusta sedangkan ia telah
berkata apa yang dikatainya? Tinggalkanlah isteri kamu itu (yakni
berpisahlah dengan isteri kamu itu)”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan
Abu Daud. Terjemahan berdasarkan lafaz Abu Daud).

Dalam hadis di atas Nabi tidak menyoalpun berapa kali penyusuan yang
telah wanita itu lakukan, akan tetapi Nabi terus menyuruh ‘Uqbah
berpisah dengan wanita itu. Ini menunjukkan bahawa yang diambil
perkiraan ialah dengan semata-mata wujudnya penyusuan. Asalkan
terdapat makna penyusuan, maka terdapatlah hukumnya. Menurut
Imam an-Nawawi; pandangan ini adalah pandangan jumhur ulamak.
(Tuhfah al-Ahwazi) Pandangan ini juga yang disokong oleh Imam al-
Bukhari. (Tuhfah al-Ahwazi)

Pandangan ketiga; iaitu Pandangan Imam Ibnu Munzir, Abu Tsur, Daud Dzahiri dan Imam Ahmad
(mengikut satu riwayat lain darinya); sekurang-kurangnya tiga kali penyusuan. Mereka berdalilkan hadis
di mana Rasulullah bersabda;

َّ ‫اان ْال ام‬


َ ‫ص َةُ ت ُ اح ِّر َُم‬
‫لا‬ َّ ‫اوا ْل ام‬
َِّ ‫صت‬

“Tidak akan mengharamkan (yakni menimbulkan ikatan mahram) dengan hanya sekali dan dua kali
hisapan (yakni penyusuan)”. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dari ‘Aisyah –radhiyallahu
‘anha-).
Dalam hadis di atas Nabi menyebutkan tidak akan menjadi mahram dengan sekali atau dua kali hisapan.
Jadi hadis ini menunjukkan bahawa penyusuan yang kurang dari tiga kali tidak akan menghasilkan ikatan
mahram.

Pandangan yang ditarjih oleh ulamak-ulamak semasa hari ini ialah yang pertama iaitu sekurang-
kurangnya lima kali penyusuan. Pandangan itulah juga yang dipakai oleh Majlis-Majlis Fatwa di dunia
Islam hari ini seperti Mesir, Arab Saudi, Malaysia dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai