Anda di halaman 1dari 5

Kertas Cadangan

Lawatan Penanda Aras Dan Membina Jaringan


2018

1.0 PENDAHULUAN
Tujuan lawatan penada aras adalah untuk perkongsian pintar, sebagai penanda
aras dan perolehan input-input yang berguna yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.
Secara tidak langsung, program seperti ini dapat membina jaringan antara sekolah-
sekolah lain. Lawatan penanda aras kali pertama pada tahun 2018 ini menghala ke
sekolah SJK(T) Bandar Springhill, Lukut, Negeri Sembilan. Sekolah ini dipilih kerana
kecemerlangan sekolah tersebut dalam pencapaian kurikulum serta kokurikulum.
Lawatan ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SJK(T) Ladang R.E.M.

Sehubungan dengan itu, usaha murni ini diharap akan dapat disandarkan sebagai
langkah utama merencana kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum program
pendidikan khas agar setanding dengan sekolah-sekolah yang telah berjaya meletakkan
kecemerlangan sebagai agenda utama mereka. Lawatan penanda aras ini bukan sahaja
dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan antara kedua-dua buah sekolah ,
malahan perkongsian idea yang bernas dapat membantu kedua-dua buah sekolah
mencapai kecemerlangan dan kemenjadian murid. Hal ini sekaligus akan meningkatkan
taraf profesionalisme guru-guru di samping menimba pengetahuan untuk menambahbaik
pengurusan program pendidikan khas.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin
memperkasakan lagi, maka program sebegini sesuai dilaksanakan kerana ia memberi
pendedahan secara langsung kepada guru-guru SJK(T) Ladang R.E.M dalam
mendapatkan idea-idea baru yang bernas dalam memantapkan lagi program SJK(T)
Ladang R.E.M. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting
dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid-murid SJK(T) Ladang
R.E.M untuk meneroka masa depan yang lebih baik dan berkualiti. Antara rasional yang
lain :

2.1 Dapat memberi motivasi kepada guru-guru serta pelajar ke arah kecemerlangan.
2.2 Menggalakkan perkongsian maklumat, kepakaran serta kemahiran dalam bidang-
bidang tertentu.
2.3 Dapat memberi galakan kepada guru-guru untuk bekerja dengan lebih tekun dan
bersungguh-sungguh ke arah memastikan kecemerlangan SJK(T) Ladang R.E.M.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Sekolah dapat berinteraksi dan membina jalinan dengan SJK(T) Bandar Springhill
3.2 Guru-guru dan pelajar dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran tentang
kecemerlangan melalui pengalaman sebenar.
3.3 Dapat memperkayakan pengetahuan dan pengalaman guru-guru tentang
pengurusan SJK(T) Ladang R.E.M.

4.0 DESTINASI/ TEMPAT


SJK(T) BANDAR SPRINGHILL, LUKUT, NEGERI SEMBILAN

5.0 PELAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 03 OGOS 2018


Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari

6.0 KUMPULAN SASARAN


Guru-guru SJK(T) Ladang R.E.M
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. PERKARA KUANTITI & JUMLAH


KOS
1. Cenderahati
2. Makanan dan minuman
3. Banner
Jumlah

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : EN.M.ARAGENNAN
Pengerusi : EN.S.RAMU
Penyelaras Program : CIK.S.KASTURY

Bendahari : PN.R.SARALAH

Jurugambar : EN.C.RUBINDRAN

Dokumentasi : CIK.S.KASTURY

Cenderamata & Goodies : CIK.K.SHARMILA

Buku Program : PN.R.AMUTHEVALI

Makanan : PN.R.GOWRY

Disiplin EN.A.GUGANESWARAN
9.0 TENTATIF LAWATAN

Tarikh Masa Catatan


6.00 am Semua guru/peserta rombongan berkumpul di
sekolah.
Rombongan bertolak ke Bandar Springhill.

9.00 am Rombongan dijangka tiba di SJK(T) Bandar


Springhill
03/08/18
9.00 – 9.30 Makan pagi

9.30 – 1.00 Program Penanda Aras dan Membina Jaringan


bermula.

1.00 pm Makan tengah hari

4.00 pm Rombongan dijangka tiba di Kota Tinggi

10.0 PENUTUP
Pengalaman dan pengetahuan yang akan diperolehi oleh guru-guru dan pelajar dalam
lawatan ini dapat mewujudkan sikap yang positif di dalam diri semua untuk menjalankan
tugas dengan lebih dedikasi. Diharap guru-guru dapat menggunakan pengalaman yang
diperolehi untuk menambahbaik kualiti kerja. Semoga lawatan ini dapat memberi
manfaat kepada semua peserta.
Disediakan oleh :

………………………………………….
(KASTURY A/P SEKARAN)
Penyelaras Program
Lawatan Penanda Aras
SJK(T) Ladang R.E.M

Disemak Oleh :

………………………………………….

(RAMU A/L SUPRAMANIAM)


GPK Kokurikulum
SJK(T) Ladang R.E.M

Diluluskan oleh :

………………………….
(EN.ARAGENNAN A/L MUNUSAMY)
Guru Besar
SJK(T) Ladang R.E.M

Anda mungkin juga menyukai