Anda di halaman 1dari 2

Permulaan Tadau Kaamatan Tadau Kaamatan di rayakan sebagai tanda kesyukuran kepada

semangat padi iaitu Bambarayon selepas habis tuaian padi dan memperingati semangat
pengorbanan Huminodun untuk menurunkan hujan.

Pada ketika dulu, terdapat sebuah kampung yang sangat aman dan damai di mana
mempunyai tanaman padi dan buah-buahan yang subur. Pada suatu hari, kemarau panjang
telah melanda kampung tersebut dan menyebabkan semua tanaman padi dan buah-buahan
mati dan sungai menjadi kering. Seluruh penduduk kampung merasa risau kerana mereka akan
kehabisan makanan dan air jika kemarau masih berterusan. Melihat keadaan yang teruk,
Kinorohingan memanggil Bobolian untuk melihat keadaan tersebut. Kinorohingan dan isterinya,
Sumundu merupakan seorang pemimpin di kampung tersebut dan mempunyai seorang anak
perempuan iaitu Ponompuan.

Semasa dalam upacaranya, Bobolian tersebut memberitahu Kinorohingan dimana


kemarau tersebut akan berhenti sekiranya tanah bumi di basahi dengan darah seseorang yang
mempunyai cintakasih yang tinggi terhadap semua. Ponompuan yang turut serta dalam upacara
tersebut mendengar syarat yang diberi oleh Bobolian tersebut. Ponompuan yang sudah merasai
segala penderitaan yang di alami oleh penduduk kampungnya membuat refleksi yang sangat
mendalam terhadap syarat yang telah diberikan oleh Bobolian tersebut. Sesudah itu,
Ponompuan berjumpa dengan Kinorohingan dan Sumundu dan memberitahu mereka bahawa
dia sanggup mengorbankan dirinya untuk menghentikan kemarau dan menurunkan hujan.
Kinorohingan dan Sumundu sangat sedih dengan permintaan Huminodun tetapi mereka tidak
dapat menghalang kemahuannya.

Menjelang senja, Kinorohingan dan kesemua penduduk kampung membawa Huminodun


ke satu tempat yang lapang. Sebelum memulakan upacara, Huminodun berkata kepada
Kinorohingan dalam bahasa Dusun, “Ama, poluo iti turu rangoh dot parai, poluo hilo tangkob,
koturu nopo rasam om, pasasadon noh ilo tuah dau” yang bermaksud, “Bapa, simpan tujuh
tangkai padi ini dalam bakul tertutup dan tanam buah-buah padi ini apabila hujan turun”. Selepas
Huminodun menyerahkan tujuh tangkai padi tersebut, dia pun berlutut di tanah dan Kinorohingan
pun menghunuskan pedangnya dan menujah pedang tersebut kepada Huminodun. Sebaik saja
Huminodun rebah di tanah dan darahnya mengalir keluar dari tubuhnya ke tanah, hujan turun
dengan lebatnya di sertai dengan guruh yang kuat membasahi bumi. Kinorohingan dan kesemua
penduduk kampung bersyukur kerana hujan telah menamatkan penderitaan mereka kerana
cintakasih yang telah diberikan oleh Huminodun kepada bumi.
Semenjak itu, kampung tersebut mempunyai tanaman padi yang sangat subur dan
mereka merayakan upacara kesyukuran kepada semangat padi iaitu Bambarayon dan
memperingati semangat Huminodun yang telah berkorban untuk mereka selepas habis musim
menuai padi. Upacara kesyukuran yang dikenali sebagai ‘Tadau Kaamatan’ ini di adakan
sehingga ke hari ini dan menjadi tradisi dan kewajipan untuk di rayakan. 

Pada suatu masa dahulu, sebuah kampung hidup dengan makmurnya. Orang kampung
menyara kehidupan dengan bercucuk tanam dan semua orang gembira dengan cara hidup
mereka. Sehinggalah tiba suatu hari dimana kemarau menimpa. Tanaman mereka berhenti
tumbuh dengan subur dan menyebabkan penduduk kampung risau kerana mereka beransur-
ansur kehilangan sumber makanan.

Dewa kinorohingan dan isterinya Suminundu yang merupakan pemimpin rakyat pada masa itu
kemudiannya cuba menolong mereka dengan pelbagai cara namun gagal. AKhirnya, pada
suatu malam kinorohingan bermimpi bahawa nyawa seorang gadis yang sangat mengasihi
kampung tersebut perlu dikorbankan dan darahnya harus ditumpahkan ke atas tanah tempat
bercucuk

Pada suatu masa dahulu, sebuah kampung hidup dengan makmurnya.  Orang kampung menyara
kehidupan dengan bercucuk tanam dan semua orang gembira dengan cara hidup mereka.
Sehinggalah tiba suatu hari dimana kemarau menimpa, tanaman mereka berhenti tumbuh dengan
subur dan menyebabkan penduduk kampung risau kerana mereka beransur-ansur kehilangan
sumber makanan mereka. 
Dewa Kinorohingan dan isterinya Suminundu yang merupakan pemimpin rakyat pada masa itu
kemudiannya cuba menolong mereka dengan pelbagai cara namun semua berakhir dengan
kegagalan. Akhirnya, pada suatu malam Kinorohingan bermimpi bahawa nyawa seorang gadis yang
sangat mengasihi kampung tersebut perlu dikorbankan dan darahnya harus ditumpahkan ke atas
tanah tempat bercucuk tanam agar keadaan boleh pulih menjadi seperti sedia kala. 
Apabila mendengarkan hal ini, anak Kinorohingan dan Suminundu iaitu Huminodun telah
menawarkan dirinya untuk dikorbankan atas belas kasihnya terhadap manusia dan kaumnya.
Kinorohingan dan isterinya pada mulanya membantah namun akhirnya mengikuti kehendak anak
mereka.  Akhirnya, Kinorohingan membelah tubuh anaknya Huminodun kepada tujuh bahagian
sebelum disemadikan mengikut adat.
Tubuh badan Huminodun juga telah membuahkan hasil iaitu pelbagai biji benih dan salah satunya
ialah padi.  Oleh itu, Huminodun kini dikenali sebagai semangat padi dan pesta menuai iaitu
Kaamatan disambut bagi mengenangnya.

Anda mungkin juga menyukai