Anda di halaman 1dari 31

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN..............................................................................................................1

2. LIRIK LAGU PI MAI PI MAI TANG TU –(PAK KU SHADAT)...............................2

3. LIRIK LAGU BIAR JASA JADI KENANGAN............................................................9

3.1. ANALISIS LAGU BIAR JASA JADI KENANGAN..................................................10

4. LIRIK LAGU CARI PASANGAN – RABBANI.........................................................14

4.1. ANALISIS LAGU – CARI PASANGAN....................................................................15

5. LIRIK LAGU BUDI BAHASA BUDAYA KITA - SITI NURHALIZA....................19

5.1. ANALISIS LAGU BUDI BAHASA BUDAYA KITA - SITI NURHALIZA.............20

6. LIRIK LAGU OPICK - OBAT HATI..........................................................................25

6.1. ANALISIS LAGU OPICK - OBAT HATI..................................................................25

7. KESIMPULAN.............................................................................................................29

RUJUKAN...............................................................................................................................30
1

1. PENGENALAN

Menurut Tadashi Inumara dan Dato’ Sabaruddin Chik (Kementerian Kebudayaan Kesenian

dan Pelancongan Malaysia, 1994), lagu-lagu adalah suara penulisnya, gema sejarah dan

cermin kehidupan. Manusia melahirkan rasa kegembiraan, kesedihan dan harapan melalui

lagu-lagu dan sekaligus mengenal kehidupan melaluinya. Sesebuah budaya itu dapat dihayati

melalui senikata sesebuah lagu berkenaan yang juga mencerminkan budaya pemikiran rakyat

yang melahirkannnya. Oleh sebab adanya nilai dan makna yang tidak disampaikan melalui

bahan-bahan konkrit, manusia juga mengungkapkannya melalui hasil seni suara dan lagu.

(John Dewey dlm. Diana Raffman.1993).Oleh yang demikian, sesebuah hasilan seni lagu,

baik iramanya dan senikatanya adalah cerminan nilai dalam masyarakat.

  Lirik lagu ialah susunan kata-kata yang disesuaikan pada sebuah melodi atau lagu.

Lirik lagu memainkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Secara sedar atau tidak,

lagu akan cepat dihayati dalam jiwa setiap pendengarnya, malahan turut menyumbang ke

arah pembentukan minda sesuatu bangsa.  Walau bagaimanapun ada segelintir masyarakat

berpendapat bahawa lagu-lagu kontemporari tidak mempunyai nilai estetika yang tinggi

kepada para pendengar.  Lagu tersebut sekadar menjadi halwa telinga sahaja dan bersifat

sementara.   Lirik yang baik haruslah ada unsur positif, mempunyai unsur emosi dan

menyampaikan pemikiran yang memberi sesuatu kesedaran kepada masyarakat atau

mengajak ke arah kebaikan. Seperti dalam puisi, bahasa dalam sebuah lirik yang baik juga

bertujuan memberi kesan dan suasana emotif tertentu untuk mempengaruhi perasaan dan

fikiran peminat lagu tersebut.  Seperti puisi, bahasa dalam lirik lagu juga meyampaikan

pemikiran dan perasaan, memiliki unsur-unsur berupa emosi, imaginasi, idea, nada, irama,

kata-kata yang menyalurkan unsur-unsur yang sihat atau sebaliknya untuk dijadikan bahan

pembinaan masyarakat
2

2. LIRIK LAGU PI MAI PI MAI TANG TU –(PAK KU SHADAT)

Hoi pi mai pi mai tang tu

jalan kaki naik kematu

bawa basikal tinggai mutu

nak beli kreta beribu-ribu

hoi pi mai pi mai tang tu.

pi mai pi mai tang tu

abenor baru abenor lama

pakat-pakat bersama-sama

siam, melayu, hindu, cina

rakyat hidup dengan sempurna

hoi pi mai pi mai tang tu

pi mai pi mai tang tu

Abenor lama abenor baru

ugama Islam bangsa Melayu

pakat-pakat bersatu padu

rakyat sihat Negara maju

hoi pi mai pi mai tang tu

pi mai pi mai tang tu

kita jadi rakyat Malaysia

berbagai kaum bagai bangsa

melayu cina siam india

pakat nak hidup dalam Negara


3

hoi pi mai pi mai tang tu

pi mai pi mai tang tu

jangan kita berpecah belah

satu kampong satu kariah

Tuhan kutuk Nabi marah

kita nak hidup menjadi susah

hoi pi mai pi mai tang tu

pi mai pi mai tang tu

apatah nama dalam buku

kena bagi rasip sorang satu

saudara Iselam bersatu padu

tak boleh buat musuh buat seteru

hoi pi mai pi mai tang tu

pi mai pi mai tang tu

hidup kita kena mengaji

walau lebai walaupun haji

semahyang, posa serta mengaji

itulah bekal kita bawa mati

Hoi pi mai pi mai tang tu

pi mai pi mai tang tu

masuk kuboq di soal Tanya

Tuhan kamu apanya nama

Nabi kamu ada dimana


4

tak boleh jawab mulut ternganga

hoi pi mai pi mai tang tu

pi mai pi mai tang tu

siapa dia saudara Iselam

hamba tak ngaji tidak faham

kamu buat musuh sama-sama Iselam

malekat balun siang malam

hoi pi mai pi mai tang tu

pi mai pi mai tang tu

Dalam kuboq dah kena tongkat

baru pukul oleh malekat

mana tak tau di mana kiblat

bila sakit terlompat-lompat

Hoi pi mai pi mai tang tu

pi mai pi mai tang tu

Dari akhirat nafsi-nafsi

masing-masing membawa diri

hidung donet tak mau mengaji

perkara agama tak ambil peduli

Hoi pi mai pi mai tang tu

pi mai pi mai tang tu


5

2.1. ANALISIS LAGU – PI MAI PI MAI TANG TU

Lagu pi mai pi mai tang tu ini diterbitkan pada tahun nyanyian Ku Nafiah Ku Aman atau

lebih dikenali sebagai Pak Ku Shadat. Pak Ku Shadat, seorang seniman lagu-lagu rakyat

yang tidak asing lagi di Utara. Beliau mengabdikan diri kepada bidang seni sebagai

seorang penglipur lara, dan selokanya sama ada ketika mengadakan persembahan atau

melayani tetamu amat menghiburkan. Kehebatannya termasuk boleh bertutur dalam

bahasa Inggeris, Siam, Jepun, Tamil, Cina dan Arab, telah membawa beliau membuat

persembahan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Australia,

Thailand dan Singapura. Malah, Pak Ku Shadat pernah merakamkan album bertajuk

Gendang Seloka Rakyat yang diterbitkan oleh syarikat Mutiara Records dan sehingga kini

albumnya masih lagi kedengaran di kedai muzik dan di majlis kenduri kahwin. Antara

lagu seloka yang popular yang dinyanyikan Pak Ku Shadat ialah Vespa Haji Samad,

Proton Saga, Petani Moden dan Subsidi Baja.Selain hanya hiburan, lirik lagu-lagunya

yang mengandungi kritikan sosial selain nasihat kepada orang ramai. Pak Ku Shadat

meninggal dunia 1 Disember 2008 di Padang Sera, Kedah kerana sakit tua.

Jika diperhatikan lirik lagu pi mai pi mai tang tu ini dari segi bahasa, ia

menggunakan dialek Negeri Kedah keseluruhannya. Pada amnya, penggunaan dialek

Negeri Kedah di dalam sesebuah lagu amat jarang sekali digunakan. Penggunaan dialek

kenegerian ini selalunya hanya memfokuskan kepada penduduk di dalam negeri itu

sahaja. Sudah tentu lagu-lagu yang berdialek kenegerian ini tidak mempunyai pasaran

yang luas. Sebagai contoh lagu pi mai pi mai tang tu ini hanya berkisar di negeri-negeri

utara amnya dan negeri Kedah khususnya. Dalam hal ini sudah tentu boleh dikatakan

bahasa, dialek dan perkataan yang digunakan dalam lagu hanya dipahami oleh penduduk

di kawasan itu. Namun begitu, pada ketika ini pendedahan mengenai dialek-dialek
6

daripada setiap negeri yang berlainan melalui siaran media massa seperti drama dan

sebagainya banyak membantu pemahaman para pendengar dan seterusnya menaikkan

populariti lagu ini. Disamping itu juga penggunaan perkataan-perkataan dialek yang

mudah difahami juga membantu lagu ini mendapat tempat di hati para pendengarnya.

Tema perpaduan juga turut dimasukkan di dalam lirik lagu pi mai pi mai tang

tu ini. Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk

menjamin keselamatan negara  agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini

berkekalan. Hal  ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini

seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada

rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam

peristiwa berdarah ini. Oleh itu,  perpaduan  penting agar kejadian yang sama tidak akan

berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika

kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang

memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi.. Selain daripada itu, lirik ini

juga menyatakan bahawa tuhan dan nabi marah sekiranya kita tidak bersatu padu. Ini

kerana ianya bertentangan dengan sifat Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.

Implikasi kesan dari kemurkaan allah apabila tidak bersatu turut diselitkan dalam lagu ini

seperti hidup akan menjadi susah.

Selain daripada tema-tema di atas, terdapat juga unsur-unsur nasihat di dalam lagu ini.

Diantara nasihat-nasihat yang ada di dalam lirik lagu ini ialah dituntut setiap orang belajar

dan mencari ilmu terutamanya ilmu agama. Dalam lirik ini juga menegaskan tidak kira

siapa, tidak kira status mahupun darjat keperluan menuntut ilmu sangat dituntut. Dalam

lirik ini juga menyatakan ilmu yang diamalkan merupakan bekalan kita ketika kita

bertemu dengan pencipta. Sesuai dengan tuntutan agama islam, Nabi bersabda “menuntut
7

ilmu itu wajib atas setiap muslim”. dalam lirik lagu ini juga menceritakan tentang

kepentingan menuntut ilmu agama bersesuaian dengan hadis daripada Rasullah

menjelaskan ilmu yang wajib dituntut adalah ilmu yang bermanfaat. Yang bukan hanya

benar, tapi juga dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan dapat memberi

kebahagiaan kepada kita, keluarga dan masyarakat baik di dunia mahupun akhirat.

Akhir sekali, terdapat juga nilai murni di dalam lagu ini, dimana pesanan untuk tidak

sesekali meninggalkan tuntutan agama tidak kira apa sekali yang berlaku. Kita perlu

sentiasa bersyukur dan redha di atas segala kurniaan-Nya samaada susah atau senang.

Tidak bermakna apabila kita susah, kita mendekatkan diri kepada-Nya dan apabila sudah

berjaya mulai lalai dalam beribadat dan sebagainya. ia juga menjelaskan bahawa beramal

la dengan agama islam dengan sebetul amalan. ia juga mengajak supaya kita menjaga

iman yang kita miliki. ini kerana janji allah itu pasti, bagi yang tidak beriman azabnya

amatlah pedih. Kesan tidak menjaga iman dan tidak beramal juga diceritakan dalam lirik

lagu ini iaitu “masuk kuboq di soal tanya, tuhan kamu apanya nama, nabi kamu ada

dimana, tak boleh jawab mulut ternganga”. Selain itu ada turut diselitkan nilai murni

supaya tidak bermusuhan dengan saudara islam itu sendiri. Islam mementingkan

hubungan persaudaraan. Islam juga menyuruh umatnya agar senantiasa menyayangi

saudara se Islam. Kita lihat dari sudut sejarah islam, Khalifah Othman dibunuh kerana

sifat kebencian yang tidak dapat dibendung oleh orang islam sendiri walaupun Saidina

Othman adalah diantara sepuluh sahabat nabi yang dijanjikan syurga oleh Allah dan jasa

beliau yang begitu banyak terhadap islam. Namun akibat dari sifat kebencian itu

menyebabkan beliau dibunuh. Begitu lah dasyatnya sifat kebencian, dan sebab itu lah

islam melarang keras umatnya memiliki sifat tersebut. Akibat dari sikap suka bermusuhan

sesama saudara ini diterangkan dalam lagu ini iaitu “Kamu Buat Musuh Sama-Sama

Iselam, Malekat Balun Siang Malam. Keberkatan di dalam hidup akan jelas kelihatan jika
8

kita menurut segala tuntutan agama dan mengamalkan prinsip “amar makruf nahi

mungkar” yang menjadi prinsip bagi setiap umat islam di seluruh dunia.

Kesimpulannya ialah lagu pi mai pi tang tu ini menyarankan kepada para pendengar

supaya mengamalkan budaya membaca Al-quran khususnya dan membaca buku amnya.

Kepentingan mencari ilmu juga diselitkan dalam lagu ini. Namun lagu ini juga

menyatakan ilmu tanpa amal tidak berguna sama sekali, ibarat pohon yang lebat tetapi

tidak berbuah. Lagu ini juga turut meletakkan elemen-elemen nasihat sebagai panduan

untuk para pendengar lagu ini.lagu ini juga mencerminkan kepada pembaca akhlak yang

dimiliki oleh penulis lagu ini. Penulis lagu ini mencipta lagu ini sebagai satu medan

dakwah yang boleh memberi nasihat dengan cara hiburan. Walaupun lagu ini

menghiburkan sedikit sebanyak liriknya akan diikuti sebagai satu nasihat yang berguna.

Tidak hairanlah penulis lagu ini mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana jika

dilihat pada lagu ini sahaja, sudah jelas akan keunikan penulisnya.
9

3. LIRIK LAGU BIAR JASA JADI KENANGAN

Yakinkanlah diri sendiri

Berjuanglah sejiwa murni

Tekun berani sesungguh hati

Demi sukan mengharung negeri.

Biar jasa jadi kenangan

Hijau Kuning lambang kemegahan

Jelapang Padi tempat sanjungan

Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah

Walu sakit jatuh dan rebah

Bangun lantas semula gagah

Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku

Darul Aman negeriku

Hijau kuning darahku

Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah

Walau sakit jatuh dan rebah

Bangun lantas semula gagah

Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku

Darul Aman negeriku


10

Hijau Kuning darahku

Negeri Kedah negeriku

Negeri Kedah negeriku

3.1. ANALISIS LAGU BIAR JASA JADI KENANGAN

Lagu Biar Jasa Jadi Kenangan ini merupakan lagu keramat bagi pasukan bola sepak

Kedah. Lagu ini selalunya dinyanyikan ketika ada perlawanan apa-apa sukan dia negeri

Kedah. Pada permulaannya lagu ini hanya dinyanyikan di stadium ketika perlawanan bola

sepak sahaja. Namun dewasa ini lagu ini berkembang ke semua jenis sukan sekiranya

melibatkan atlit-atlit dari kedah. Lagu 'Biar Jasa Jadi Kenangan' ini diangkat menjadi

lagu rasmi pasukan Kedah pada tahun 1987. Lirik lagu ini diilhamkan oleh pengasas dan

bapa pemodenan bola sepak Kedah iaitu Dato ahmad Basri Akil dan dimuzikkan oleh

Freddie Fernandes. Lagu ini pertama kali nya dinyanyikan ketika Di Stadium Merdeka,

stadium keramat bolasepak Malaysia, Kedah bertemu Singapura. Ini adalah perlawanan

akhir Piala Malaysia ke-4 buat Kedah dalam tempoh empat tahun dan peminat Hijau

Kuning tidak mahu kempunan lagi. Kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan

berhati-hati. Ketika separuh masa pertama hampir tamat dan perlawanan kelihatan seperti

terus buntu, pemain Kedah Rincic Bratislav melakukan larian pantas di sebelah kanan dan

membuat hantaran silang ke dalam kotak kepada Husin Jaafar. Husin pantas menanduk

bola kepada V Sundramoorthy yang meledak gol melepas penjaga gol Singapura, David

Lee. Kedah 1 – Singapura 0.

Tema pertama yang digunakan dalam lagu ini ialah perpaduan. Perpaduan

didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara

supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identitidan nilai bersama serta

perasaan cinta dan banggakan tanah air. Sehingga hari ini, pelbagai usaha telah dilakukan
11

bagi mengeratkan perpaduan kaum diMalaysia bagi menjamin kesejahteraan dan

keamanan negara kita serta memastikan bahawa peristiwa 13 Mei tidak berulang lagi.

Antara usaha-usaha tersebut termasuklah menjadikan sukansebagai medium dalam

membentuk perpaduan kaum di Malaysia. Justeru, sukan jelas menjadi wadah yang dapat

mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Lagu ini telah Berjaya

menyatukan rakyat Kedah. Kita boleh lihat ketika lagu ini berkumandang di Stadium

Darul Aman seluruh rakyat kedah berdiri dan menyanyikan lagu ini beramai-ramai. Tidak

kiralah samada menang atau kalah pasukan Kedah, penyokong tetap setia menyanyikan

lagu ini bersama-sama. Bagi mereka lagu ini begitu keramat sekali sekaligus

mengenangkan jasa yang telah dilakukan oleh Ahmad Basri Akil.

Di dalam lagu ini juga turut diselitkan nilai-nilai murni untuk para pendengar seperti

tidak mudah mengaku kalah. Lirik seperti “bangun lantas semula gagah, mujur lalu

melintang patah”. Pepatah melayu itu bererti orang yang tidak takut menghadapi sebarang

rintangan yang bakal dihadapi. Sebagai contoh Hang Tuah seperti membujur lalu

melintang patah walaupun lawannya seribu. Nilai-nilai murni yang ada dalam lagu ini

ialah “tidak pantang kalah walau sakit jatuh dan rebah”. Sejarah membuktikan bahawa

hampir semua nama-nama besar dan terkenal adalah mereka yang mencipta sejarah

setelah mencuba ribuan kali. Edison mencipta lampu, setelah berusaha lebih 10,000 kali.

Kolonel Sanders cipta kejayaan dengan resepi ayam gorengnya setelah mencuba 1009

kali. Nelson Mandela menjadi presiden Afrika Selatan setelah dipenjarakan hampir

sesuku abad. Goodyear mencuba hampir 10 tahun sebelum menemui kaedah untuk

mengkomersilkan getah. Boon Siew, walau pun tidak tahu membaca dan menulis mampu

menjadi jutawan dan memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan pekerja. Justeru itu

dalam kehidupan ini untuk kita Berjaya, kita jangan mudah mengaku kalah. Air yang

menitik secara berterusan itu mampu menghakis batu. Belakang parang yang diasah
12

secara berterusan itu akan tajam. Begitulah juga dengan diri manusia. Oleh itu jangan

putus asa dalam usaha. Nilai-nilai murni seterusnya yang ada dalam lagu ini ialah

Berjuang sejiwa murni. Sejiwa murni ini juga boleh diertikan sebagai ikhlas dan jujur

dalam melakukan perjuang. Kejujuran dan juga keikhlasan adalah amat penting di dalam

melakukan sesuatu perjuangan. Jika melakukan sesuatu pekerjaan hanya inginkan sesuatu

habuan ataupun inginkan perhatian memang agak memenatkan diri sendiri. Hasil

perjuangan daripada sikap yang sebegini adalah langsung tidak memuaskan. Kebanyakan

perjuangan ataupun sesuatu pekerjaan yang terhasil daripada niat sebegini selalunya

banyak kesilapan yang berlaku dan juga menyusahkan orang lain yang ingin melakukan

pekerjaan sebaik yang mungkin.

Penulis juga boleh simpulkan bahawa lagu ini ada unsur-unsur nasihat. Jika kita teliti

lagu ini, ianya bukan sahaja sebagai pemangkin dan pembakar semangat ketika bersukan

malahan lagu ini turut boleh digunakan sebagai penaik semangat seseorang dalam

melakukan pekerjaan seharian. Lirik-lirik yang disusun dalam lagu ini begitu indah dan

mampu memberi satu peransang kepada para pendengar. Sebagai contoh “pantang kalah

walau sakit jatuh dan rebah”. Bagi penulis sendiri, lagu ini akan didengari oleh penulis

sekiranya penulis berasa putus asa. Dengan mendengar lagu ini penulis berasakan

semangat penulis kembali pulih. Lagu ini seolah-olah mempunyai aura yang mampu

memulihkan semangat seseorang.

Tema terakhir yang terdapat dalam lagu ini ialah bertemakan persembahan. Jika

diperhatikan lagu ini selalu dimainkan di radio kedah. Lagu ini juga selalu dimainkan

oleh anak-anak muda negeri kedah. Legasi lagu ini diteruskan dengan merancakkan irama

namun liriknya tidak berubah. Lagu ini terus dimainkan dengan bermacam-macam versi.

Antara yang selalu melakukan persembahan lagu ini ialah sepeti kumpulan Darul Aman
13

Busker, Project KHK, Street Darul Aman dan sebagainya. Lagu ini juga sesuai dijadikan

persembahan kerana ianya sesuai didengari oleh semua lapisan masyarakat.

Kesimpulan dari lagu ini, ialah, lagu ini boleh disifatkan sebagai lagu yang mampu

menaikkan semangat seseorang. Lirik-lirik dalam lagu mampu mengalirkan air mata

semangat seseorang bila lagu ini dikumandangkan. Lagu ini bertambah semangat apabila

dimasukkan sekali dalam lagu Kedah serata-rata. Semangat itu ditambah apabila

dinyanyikan di dalam stadium dengan diberi penghormatan oleh peminatnya dengan

berdiri dan meletakkan tangan di hati. Ketika itu kita dapat menyaksikan air mata

bergelinangan di setiap kelopak mata para penyokongnya. Tidak hairanlah suasana seperti

itu kerana jika kita lihat liriknya memang sangat bersemangat dan sesiapa yang

mendengarnya pasti akan mengalir air mata semangat dan sangat sesuai untuk sesiapa

sahaja yang hendak berputus asa.


14

4. LIRIK LAGU CARI PASANGAN – RABBANI

Mari-marilah

Dengarlah ini kisah silam oh kawan

Sangatlah berguna

Moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua

Tersintak si jejaka di beritakan

Istrinya tidak sempurna rupa

Anggota zahirnya lumpuh semua

Tiada upaya mengurus diri

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya

Mungkinkah sudah jodoh itulah istrinya

Hibanya rasa hati

Namun tetap redha pada takdir

Asalkan punya iman itulah paling penting

Saat-sata perjumpa

Terpesona memandang

Benarkah istrinya Menawan sungguh cantik

Reff :

Cari-cari… carilah

Pasangan hidup betul-betul oh kawan

Bahagia berseri

Rumah tangga akan harmoni


15

Terhurai dijawablah oleh mertua

Zahirnya tak sempurna kiasan saja

Memberi makna sucinya diri

Wanita sholehah terpelihara

Terharu si jejaka tunduk bersyukur

Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa

Indahnya di mata berawaslah

Rasul sudah bersabda insan punya agama

Akhlaknya mulia fahamilah

4.1. ANALISIS LAGU – CARI PASANGAN

Lagu ini telah dinyanyikan oleh Kumpulan Rabbani. Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan

pada 1 March 1997. Rabbani bermaksud “Yang Arif dan yang Soleh” atau tafsiran secara

umumnya ialah ‘ingin mengajak diri, keluarga dan masyarakat kepada kebaikan’.

Dianggotai oleh 9 orang anak muda. Suatu penampilan yang melibatkan ahli yang ramai.

Kerana ingin membawa suatu kelainan dari segi penampilan, imej dan persembahan.

Biarpun ketika ini kemunculan album-album nasyid telah banyak lahir dengan berbagai

konsep yang dibawa dan penerimaan masyarakat juga amat menggalakkan. Kemunculan

Rabbani adalah dengan konsep yang tersendiri. Bermula dengan berkonsepkan nasyid

klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia,

kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini. Juga

dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja. Disamping itu ditampilkan dengan

adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik
16

tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world

music didalam lagu-lagu terbarunya. Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan

terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira

had bangsa dan negara. Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej

adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan

panduan. Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu

berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur. Lantaran itu juga boleh mendorong sikap

kita ke arah kebaikan.

Tema pertama yang digunakan dalam lagu ini ialah lagu yang berunsurkan nasihat.

Antara nasihat yang terdapat dalam lagu ini ialah mencari pasangan hidup dengan

sebetul-betulnya. Seperti yang kita ketahui, islam mengajarkan kepada umatnya untuk

berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Memilih calon isteri atau suami tidaklah

mudah bagi seorang muslim atau muslimah. Sabda Rasulullah SAW ''Seorang wanita

biasanya dinikahi karena empat perkara, iaitu hartanya, kerana nasab(keturunannya),

kerana kecantikan, dan kerana agamanya. Maka utamakanlah memilih isteri (wanita)

kerana agamanya. Kamu akan kerugian (bila tidak memilih kerana agamanya). (HR.

Bukhari,Muslim dan Abu Dawud). Setiap orang menginginkan kehidupan keluarga yang

bahagia ,Bagi seoranng lelaki harus memilih dengan cermat pasangan hidupnya agar

pasangan hidupnya menjadi ibu yang baik yang boleh mengajarkan anaknya mengenal

Allah Swt yang taat kepada agamanya, dan untuk seorang wanita juga harus memilih

dengan cermat pasangan hidupnya agar pasangan hidupnya boleh menjadi imam di dalam

rumah, boleh menjaga keluarga, boleh memberi nafkah zahir dan batin, dan juga

mengajarkan anak nya mengenal Allah Swt dan taat kepada agamanya. Boleh

disimpulkan bahawa memilih pasangan adalah untuk mencari keredhaan Allah.


17

Tema yang kedua yang terdapat dalam lagu ini ialah lagu ini mempunyai nilai-nilai

murni. Antara lirik-lirik yang mempunyai unsur-unsur nilai murni ialah “Hibanya rasa

hati, namun tetap redha pada takdir, asalkan punya iman itulah paling penting”. Iman

yang dimiliki bagaikan mutiara. Iman juga tidak dapat diwarisi. Oleh kerana itu, biarlah

apa yang berlaku asalkan keimanan kepada Allah tidak hilang. Setiap muslim wajib

menjaga iman. Iman adalah pegangan utama yang harus dimiliki oleh setiap manusia.

Tanpa iman, seseorang bagaikan pohon yang kekeringan karna tidak adanya siraman

agama, dan akhirnya goyah bahkan mati secara rohani. Iman islam adalah akidah agama

yang memang harus senantiasa dipupuk agar mendapatkan kebahagiaan dan keselamatan

di dunia dan akhirat.

Tema seterusnya yang terdapat dalam lagu ini ialah bahasa. Terdapat bahasa-bahasa

kiasan yang digunakan dalam lagu ini. Ada juga mengelarkan bahasa kiasan ini sebagai

bahasa mantik. Antara lirik-lirik yang mempunyai bahasa kiasan ini ialah “zahirnya tak

sempurna kiasan saja, memberi makna sucinya diri, Wanita sholehah terpelihara”. Jika

kita lihat dari lagu ini ia pada permulaannya menceritakan satu kisah yang berlaku zaman

terdahulu. Bahasa kiasan yang digunakan ketika itu ialah sahabat itu diberitahu bakal

isterinya seorang yang cacat anggota badan, buta mata,pekak dan tidak cantik. Namun

demi menjaga keimanan beliau setuju untuk berkahwin dengan wanita itu. Rupa-rupanya

kecacatan yang digambarkan oleh bakal mertuanya terhadap isterinya hanya kiasan

sahaja. Cacat anggota badan bererti anggota badannya tidak pernah melakukan kejahatan.

Matanya tidak pernah melihat benda-benda yang kotor dan telinga yang pekak itu

bermaksud tidak pernah mendengar perkara-perkara yang tidak elok.

Unsur-unsur ketuhanan turut diselitkan dalam lagu ini sebagai tema lagu. Unsur-unsur

ketuhanan yang terdapat dalam lagu ini ialah kita mesti senantiasa redha dengan
18

ketentuan Allah. Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah itu

pasti dan lagi baik. Oleh itu apa jua ujian yang datang pastinya disusuli dengan

kemanisan. Keredhaan Allah adalah matlamat tertinggi bagi setiap mukmin. Keredhaan

Allah hanya boleh dicapai dengan beriman kepadaNya yang Esa lagi Maha Kuasa, taat

kepada segala titah perintahNya, tenang dan yakin terhadap janji-janjiNya. Justeru,

mencari keredhaan Allah bukan sekadar beramal dengan amalan-amalan yang pada

zahirnya nampak soleh. Sebaliknya, kita mesti memahami secara menyeluruh amalan-

amalan yang disukai Allah serta memilih mana yang lebih utama dan lebih besar

manfaatnya. Bukan memilih mana yang kita gemar dan yang kita suka semata-mata.

Kesimpulan dari tema-tema diatas boleh disimpulkan bahawa lagu ini mahu

membawa para pendengarnya mengetahui satu kisah sejarah yang terjadi pada zaman

dahulu untuk dijadikan pengajaran dan teladan. Kisah itu mempunyai seribu satu maksud.

Lagu ini juga menghidangkan kepada para pendengarnya tentang ganjaran yang diberikan

oleh Allah S.W.T kepada sesiapa yang rela dan sanggup berkorban untuk menjaga iman

yang dianugerahkan kepadanya. Lagu yang bergenre nasyid ini bukan sahaja

menghiburkan dan mudah dihafal malahan lagu ini membawa para pendengarnya ke satu

dimensi baru apabila meletakan kiasan dan mantik dalam lagu ini. Oleh itu lagu ini sangat

sesuai untuk semua lapisan masyarakat.


19

5. LIRIK LAGU BUDI BAHASA BUDAYA KITA - SITI NURHALIZA

Ibu bapa dan kaum keluarga 

Saudara terdekat jiran tetangga 

Sayang menyayangi bertegur sapa

Ketulusan ikatan sepanjang usia

Para guru rakan sekolah 

Turut warnai kehidupan kita

Ilmu ditimba pengalaman bertambah

Pergaulan sihat peribadi ceria 

c/o

Bangsa Malaysia berhemah tinggi

Ramah dan mesra elok pekerti 

Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi

Bertimbang rasa hormat menghormati 

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas 

Mencurah bakti tak minta dibalas

Harapan rakyat satu amanah

Budi bahasa budaya kita


20

5.1. ANALISIS LAGU BUDI BAHASA BUDAYA KITA - SITI NURHALIZA

Lagu budi bahasa budaya kita ini telah diterbitkan pada 4 November 2012 oleh

kementerian Penerangan Malaysia. Lagu ini telah dicipta oleh composer dan penulis lirik

terkenal di tanah air iaitu Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah

Suhaimi. Manakala bagi senikata lagu ini pula oleh Hbasah Hassan dan digubah oleh

Asnawi Mutaal. Pencipta lagu ini sememangnya begitu dengan muzik tradisional dan

etnik kreatif.Beliau bukan sahaja kreatif menghasilkan lagu-lagu yang bermutu dan indah

tetapi memiliki jiwa yang meruntun .beliau menzahirkan

perasaan serta jiwanya melalui lagu-lagu ciptaannya. Beliau juga secara tidak langsung

berusaha untuk mengkhabarkan kepadamasyarakat bahawa Irama Malaysia adalah Irama

Kita dan Irama Kita Irama Dunia. Manakala penyanyi lagu ini merupakan seorang

penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen dan ahli perniagaan

terkenal di Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia

16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio

Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995 di mana beliau menerima tawaran kontrak

rakaman daripada empat syarikat rakaman antarabangsa sebelum dilamar oleh Suria

Records. Sepanjang kerjaya beliau dalam dunia hiburan, beliau telah memenangi pelbagai

anugerah dari dalam dan juga luar negara. Beliau juga telah digelar sebagai Voice of

Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of

Asia di Almaty, Kazakhstan pada tahun 2002. Beberapa tahun sebelumnya, beliau telah

memenangi beberapa pertandingan nyanyian antarabangsa, antaranya Anugerah

Emas Pertandingan Penyanyi Baru Asia di Shanghai Asia Music Festival,yang diadakan

di Shanghai, China pada tahun 1999. Sehingga kini beliau telah memenangi lebih

250 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar Negara. Siti Nurhaliza telah
21

merakamkan dan menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Melayu,

Inggeris, bahasa Indonesia, bahasa Jawa, Mandarin, Hindi, Arab dan Jepun.

Pelbagai tema telah dimasukkan ke dalam lagu ini terutamanya tema berkaitan dengan

budi bahasa dan budaya. Tema budaya yang terdapat dalam lagu ini ialah tentang budaya

masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa. Budi bahasa ialah norma kehidupan

masyarakat Malaysia yang terkenal dengan santun perkataannya dan indah pertuturannya.

Pada hari ini, masyarakat Malaysia masih lagi terkenal dengan tinggi pekertinya, dan

mulia sifatnya. Denyut nadi kempen budi bahasa budaya kita yang bermula pada 11

Februari 2005, kemudian diberi penjenamaan semula lima tahun selepas itu dengan nama

Budi Bahasa dan Nilai-nilai murni, kini boleh dikatakan sedang dalam kritikal

semula selepas 11 tahun usianya. Melihat kepada keadaan yang berlaku pada hari ini, kita

kembali semula kepada persoalan, adakah budi bahasa bukan lagi budaya kita? Objektif

utama budi bahasa budaya kita adalah untuk melahirkan warganegara yang bersopan

santun dan mempunyai ramah mesra dalam kalangan masyarakat. Bermula daripada

barisan hadapan kerajaan hinggalah kepada segenap lapisan masyarakat. Barisan hadapan

kerajaan adalah fokus utama dalam kempen ini. Layanan yang diberikan oleh pegawai

kerajaan terutamanya mereka yang berada dalam sektor perkhidmatan, merupakan

cerminan utama keberkesanan kempen kerajaan ini. Malaysia boleh berbangga dengan

barisan hadapan kerajaan misalnya bermula dari pramugari penerbangan Malaysia yang

tidak lokek dengan senyuman dan sopan santun ketika melayan mereka yang baru dalam

perjalanan ke Malaysia. Oleh itu kempen berterusan dari lagu ini adalah untuk memupuk

semangat budi bahasa budaya kita bukan sahaja di bahagian hadapa malahan berkesan di

setiap masyarakat Malaysia.


22

Tema yang kedua terdapat dalam lagu ini ialah tema persembahan. Lagu ini

menggunakan tema persembahan kerana kerajaan Malaysia sendiri inginkan masyarakat

di Malaysia memiliki sikap dan sifat berbudi bahasa. Walaupun lagu ini diterbitkan pada

tahun 2012 namun setelah 5 tahun penerbitannya, lagu ini tetap didengari di corong-

corong radia dan televisyen setiap hari. Lagu ini juga turut dipersembahkan pada hari

kebangsaan ataupun hari Malaysia. Yang menariknya lagu ini bukan sahaja

dipersembahkan oleh penyanyi asalnya sahaja, malahan turut dinyanyikan oleh setiap

lapisan masyarakat. Sebagai contoh, lagu ini selalu digunakan oleh pelajar-pelajar

universiti untuk membuat persembahan semperna hari-hari bersejarah universiti tersebut.

Bukan itu sahaja lagu ini turut dipersembahkan oleh kanak-kanak tabika ketika hari

kemerdekaan. Lagu ini bertemakan persembahan kerana lagu ini bermotifkan melahirkan

masyarakat yang berminda dan berakhlak kelas pertama. Bagi melahirkan generasi

berakhlak kelas pertama ini, haruslah bermula dari peringkat kanak-kanak lagi sehingga

ke pucuk pimpinan Negara.

Tema seterusnya yang terdapat dalam lagu ini ialah tema nilai-nilai murni. Antara

lirik-lirik nilai murni yang diterapkan dalam lagu ini ialah “sayang menyayangi bertegur

sapa, ketulusan ikatan sepanjang usia”. Amalan sayang-menyayangi amat penting dalam

kehidupan kita untuk mewujudkan budaya penyayang. Pengwujudan masyarakat

penyayang ialah untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil kerana asas kestabilan

sesebuah negara ialah terletak pada kestabilan masyarakatnya. Kestabilan masyarakat

penting untuk kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara. Rakyat yang stabil dari

segi jasmani, emosi, rohani dan mental serta peka pada tanggungjawab bersama akan

melahirkan negara yang aman dan harmoni. Kekuatan ini akan dapat mengelakkan negara

menjadi mangsa pencerobohan kuasa-kuasa asing. Ini penting kerana penjajahan dalam

zaman yang serba canggih ini bukan dilakukan melalui kekuatan tentera tetapi melalui
23

kecanggihan sistem teknologi maklumat yang mereka miliki. Nilai-nilai kemasyarakatan

dan kemanusiaan yang diamalkan oleh orang-orang tua seperti bekerjasama, saling

mengambil berat dan lain-lain lagi telah dilupakan oleh generasi zaman kini. Ramai jiran

yang tidak mengenali sesama mereka jauh sekali untuk mengambil berat tentang aktiviti

anak-anak jiran. Masyarakat masa kini mengamalkan sifat individualistik iaitu

mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan hal orang lain. Mereka juga sibuk

mengejar kekayaan dan kesenangan selaras dengan nilai pegangan mereka iaitu

materialistik. Kecanggihan sistem komunikasi seperti telefon telah merenggangkan lagi

hubungan sesama mereka. Kekayaan yang dimiliki membolehkan mereka menyelesaikan

masalah yang dihadapi tanpa memerlukan bantuan jiran-jiran.

Tema terakhir yang turut diselitkan dalam lagu ini ialah tema nasihat. Elemen-elemen

nasihat turut disertakan supaya menjadi panduan oleh rakyat Malaysia. Lagu ini meminta

masyarakat Malaysia berkhidmat dengan penuh ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa

balasan. Lirik “harapan rakyat satu amanah” juga merupakan satu nasihat kepada

penjawat awam supaya terus menjaga amanah yang telah diberikan. Sifat ikhlas dan jujur

adalah dua sifat yang terpuji lagi dimuliakan oleh Allah SWT.  Ianya saling berkait rapat

antara satu sama lain dan menjadi sifat yang diwarisi oleh para nabi dan sahabat-sahabat

serta para solihin. Salah satu sifat yang perlu ada pada setiap warga perkhidmatan awam

ialah ikhlas kerana apa yang kitani lakukan ini adalah melaksanakan tanggungjawab yang

diamanahkan kepada kita. Keikhlasan dalam bekerja sangat penting kerana ia dapat

mempengaruhi budaya kerja seseorang individu. Ini kerana orang yang ikhlas akan ada

sifat pemedulian untuk membantu rakan dalam memudahkan segala urusan serta akan

sentiasa berusaha untuk memanfaatkan waktu bekerja dengan sebaik-baiknya dan akan

memastikan segala perkara-perkara yang asasi dan utama tidak diabaikan seperti

kedatangan, komitmen, dedikasi, displin dan integriti. Selain itu, orang yang ikhlas akan
24

sedaya upaya mengelakkan dari sikap berlengah-lengah atau sambil lewa dalam

melakukan pekerjaan.

Kesimpulannya, lagu ini bertujuan sebagai kempen mengajak masyarakat di Malaysia

supaya mengamalkan budi bahasa. Ini kerana bukan mudah untuk mengekalkan

ketimuran sebagai legasi masyarakat Malaysia. Lagu ini juga bertujuan menyedarkan

rakyat Malaysia tentang kepentingan berbudi bahasa. Ini kerana Malaysia dikenali

sebagai rakyat yang menpunyai budi pekerti yang tinggi dan berbudi bahasa walaupun

hidup berbilang kaum.


25

6. LIRIK LAGU OPICK - OBAT HATI

Obat hati ada lima perkaranya

Yang pertama, baca Qur'an dan maknanya

Yang kedua, sholat malam dirikanlah

Yang ketiga, berkumpullah dorang sholeh

Yang keempat, perbanyaklah berpuasa

Yang kelima, dzikir malam perpanjanglah

Salah satunya siapa bisa menjalani

Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Obat hati ada lima perkaranya

Yang pertama, baca Qur'an dan maknanya

Yang kedua, sholat malam dirikanlah

Yang ketiga, berkumpullah dorang sholeh

Yang keempat, perbanyaklah berpuasa

Yang kelima, dzikir malam perpanjanglah

Salah satunya siapa bisa menjalani

Moga-moga Gusti Allah mencukupi

6.1. ANALISIS LAGU OPICK - OBAT HATI

Siapa yang tidak mengenal Opick, seorang penyanyi lagu-lagu yang berunsurkan islamik

dan juga seorang pencipta lagu yang banyak digemari di Indonesia, perjuangan hidupnya

hingga menjadi penyanyi sangat baik untuk didengari . Opick atau nama penuh beliau

ialah Aunur Rofiq Lil Firdaus. Ia dilahirkan dari pasangan Dra. H. Lilik Sholelah dan

Abdul Gofur, di Jember, Jawa Timur, 16 Maret 1974. Opick memulakan kariernya

sebagai seorang penyanyi pada tahun 90-an, beliau bermula dengan sebuah band yang
26

bernama Timor Band. Berlanjutan album berikutnya Ya Rahman (2007), Cahaya Hati

(2008), di bawah Langit (2009) dan pada ahkir 2010 beliau mengeluarkan lagu Ubat Hati

Ini. Kehadiran beliau yang konsisten setiap tahun dengan karya dan album yang baru

menjadikan ayah kepada tiga anak ini sebagai ikon penyanyi yang berunsurkan islamik.

Opick bukan sahaja Berjaya sebagai penyanyi solo malahan beliau juga Berjaya sebagai

penyanyi duet. Antara yang pernah berduet dengan beliau ialah Melly Goeslow untuk

lagu Takdir yang terdapat dalam album Semesta bertasbih.

Tema yang pertama dalam lagu ini ialah bahasa. Mengikut sejarah lagu ini merupakan

lagu rakyat yang dibuat oleh Sunan Bonang. Menurut cerita sejarah Sunan Bonang, yang

hidup sekitar abad ke 16, lagu Ubat hati ini atau dikenali sebagai tombo ati ini

merupakan lagu popular dikalangan rakyat, selain kerana mudah untuk dinyanyikan dan

mudah untuk menghafalnya. Tombo Ati (Obat Hati) adalah nama sebuah sajak berbahasa

Arab ciptaan sayyidina Ali, kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa. Jadi

itidak hairan la dalam lagu ini turut diselitkan bahasa jawa. Namun begitu dalam lagu ini

juga turut dinyanyikan dalam bahasa melayu yang boleh dikatakan semua pendengar lagu

ini paham akan isi lagu tersebut.

Tema seterusnya dalam lagu ini tentu la berunsurkan nasihat. Lagu ini telah

menyatakan ubat hati itu ada limayang pertama, baca Qur'an dan maknanya, yang kedua,

sholat malam dirikanlah, yang ketiga, berkumpullah dengan orang sholeh, yang keempat,

perbanyaklah berpuasa, yang kelima, zikir malam perpanjanglah. Sering kali manusia

alpa dan melakukan kesilapan samada secara sedar atau tidak sedar. Sudah menjadi

lumrah, manusia tidak terlepas dalam melakukan kesilapan. Setiap kesalahan yang

manusia lakukan tentulah akan ada implikasinya. Ada kisah yang mnyatakan satu

kesalahan yang dilakukan akan meninggalkan satu titik hitam di dalam hatinya. Jadinya

untuk menyucikan kembali hati yang hitam itu perlunya kepada ubat hati. Ubat hati ini
27

juga berperanan untuk menjaga dan seterusnya menyemai iman yang terdapat dalam diri

manusia. Soal hati ini merupakan satu persoalan yang sangat subjektif. Soal hati ini

melibatkan perasaan dan emosi seperti marah, sayang, cemburu dan sebagainya.

Selayaknya hati di jaga secara batin ia juga perlu dihalusi dengan ubat-ubatan berbentuk

kerohanian.

Tema ketiga yang terdapat dalam lagu ini ialah budaya. Kita boleh lihat budaya orang

soleh dan warak terdapat dalam lirik lagu ini. Penulis mengambil satu contoh iaitu

berkumpulan ataupun berkawan dengan orang soleh. Budaya ini telah diterapkan sejak

zaman sahabat Nabi Muhammad S.A.W lagi. Ada pepatah yang mengatakan “jika kita

berkawan dengan orang yang bekerja sebagai penjual minyak wangi, kita turut akan

tercalit kewangian tersebut”. Bersahabat dengan orang yang soleh (baik), kita akan

memperoleh ilmu dan kebaikan daripada mereka, sekaligus kita juga akan terpengaruh

dengan mereka untuk berbuat baik. Kita secara automatiknya berasa segan untuk

melakukan maksiat. Sebaliknya, bila bersahabat dengan orang yang sering melakukan

maksiat, kita akan mudah terpengaruh dengan perbuatan maksiatnya yang akhirnya akan

merosakkan diri kita sendiri. Sahabat ini ibarat cermin kita sendiri. Selalunya berkawan

dan bersahabat dengan orang yang soleh, mereka menjadi ‘cermin’ bagi diri kita, yang

mana mereka akan nampak ‘cacat cela’ kita dan menengur kita secara bersembunyi untuk

menjadi aib kita daripada tersebar pada pengetahuan orang lain. Walau bagaimanapun

berhati-hatilah apabila bersahabat. Bersahabatlah dengan orang-orang yang soleh, tetapi

jangan memandang hina kepada orang yang jahat, kerana yang jahat itu adalah

perbuatannya, bukan dirinya. Dan janganlah kita zalimi mereka, sebaliknya bawalah

mereka ke arah kebaikan. Setiap orang boleh berubah sekelip mata sahaja, kita tidak akan

tahu kerana hanya Allah yang boleh mencampakkan hidayah kepada hati seseorang.
28

Tema keempat yang terdapat dalam lagu ini ialah tentunya terdapat nilai-nilai murni.

Antara nilai murni yang terdapat dalam lagu ini ialah jika kita mampu melakukan satu

dari lima perkara , semoga Allah memberi ganjaran yang mencukupi. Antara nilai murni

yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian adalah “solat malam dirikanlah”. Solat

malam ini juga turut dikenali sebagai solat tahajud. memiliki manfaat yang sangat besar

jika dikerjakan secara rutin setiap malam. Karena manfaat ini pula, mengapa sehingga

sholat tahajud sangat dianjurkan bagi umat muslim. Banyak dalil-dalil, baik itu Al-Qur'an

maupun hadis yang memberikan penjelasan tentang kandungan manfaat yang dimiliki

oleh solat sepertiga malam ini. Beberapa diantaranya seperti, penghapus dosa, pembuka

rezeki, pengabul doa, dan masih banyak lagi. Tentunya, semua itu hanya dapat diraih jika

kita rajin untuk bertahajud. Mungkin, ini pula yang menjadi sebab, Rasulullah di

sepanjang hidupnya tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Solat tahajud merupakan

kebiasaan yang baik dan kebiasaan orang-orang soleh zaman dahulu. Bahkan orang yang

gemar tahajud akan diangkat darjatnya ke tempat yang tinggi dan mulia di sisi Allah

SWT.

Kesimpulannya lagu ini mempunyai nilai kerohanian dan cukup untuk menyentuh

jiwa mana-mana pendengar lagu ini. lagu ini sangat mementingkan kesihatan hati secara

rohani. Kesalahan yang dilakukan sedikit sebanyak akan meyebabkan hati menjadi sakit.

Tidak dapat tidak manusia akan sentiasa melakukan kesalahan, oleh kerana itu kehadiran

lagu ini untuk memberitahu kepada para pendengarnya bahawa setiap penyakit pasti ada

penawarnya, Begitu juga dengan hati. Lagu ini tampil dengan menerangkan cara

bagaimana untuk mengubati hati.


29

7. KESIMPULAN

Seni muzik adalah salah satu cabang seni yang digunakan oleh manusia untuk menyatakan

fikiran. Kerana ini seni, ia seharusnya indah dan keindahan bagi setiap bangsa itu bersifat

relatif. Kerelatifan itu bergantung amat kepada sistem nilai yang di dokong oleh sesebuah

bangsa. Seni muzik kita adalah lukisan rasa kita, lukisan pemikiran kita, lukisan seluruh

gerak nadi bangsa kita. Seni muzik adalah aset kita yang harus kita perkaya dengan khazanah

penciptaan yang lahir dari bangsa dan warna kita. Warna dan citra luar boleh diserap masuk

untu memperkaya dan mempelbagaikan rupa diri seni muzik kita. Tetapi, jika seni muzik itu

kita umpamakan sebagai sebuah rumah, jika kita mahu membuat pengubahsuaian, kita tentu

tidak mahu rupa asal rumah kita tidak kelihatan lagi kerana diambil alih oleh rekabantuk baru

yang dibina di atas tapak rumah kita. Begitu juga, jika kita mengumpamakan seni muzik kita

bak aliran air yang lesu, kita tentu tidak mahu dengan menerima air dari pelbagai sumber

anak sungai, sungai besar kita penuh dengan sampah sarap serta kotoran yang menjijikkan.

Mari kita renungi pandangan von Humbolt (John Edwards, 1989) yang menyatakan bahawa

tidak ada yang lebih penting atau utama untuk pembinaan kebudyaan kebangsaan dan

kesinambungannya selain memiliki ‘lidah leluhur’ (ancestral tounge), maksudnya bahasa

yang dituturkan mengikut lidah warisan bangsa.


30

RUJUKAN

Huzanna Osman (2003). ‘Nyanyian Lagu Melayu Asli: Cara Penyampaian dan

Penggunaan Ornamentasi : Satu Analisa’ Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Pusat

Kebudayaan, Universiti Malaya.

Mohd. Ghouse Nasuruddin (1989). Muzik melayu tradisi. Selangor : Percetakan Dewan

bahasa dan Pustaka.

Mohd. Ghouse Nasuruddin (1990). Analisis dalam lirik. Selangor : Percetakan Dewan

bahasa dan Pustaka.

Mohd Zain Hj. Hamzah (1961). Pengolahan Muzik dan Tari Melayu. Singapura: Dewan

Bahasa dan Kebudayaan Kebangsaan.

Rogayah A. Hamid, Jumaah Ilias (2006). Lagu rakyat : memupuk kesantunan Melayu.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai