Anda di halaman 1dari 14

Saiyid Hussien Jamaluddin Kubra di Nusantara.

Peranan Kelantan (Kerajaan Langkasuka) sebagai pusat Majapahit Barat (atas deklarasi Mahapatih
Gadjah Mada setelah Majapahit mengalahkan Siam pada tahun 1357) yang kemudian berkembang
menjadi Empayar Chermin banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Nusantara.

Empayar Chermin adalah koalisi sementara antara Kerajaan Langkasuka dengan Kerajaan Champa
(Vietnam) dan Kerajaan Samudera-Pasai (Aceh) yang dibentuk selepas tahun 1335 oleh Raja Langkasuka-
Kelantan ketika itu yang bernama Raja Bharubhasa atau dikenali sebagai Sultan Mahmud Syah setelah
memeluk Islam melalui ulama dari Pasai.

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina
Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq
(Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan
kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada
Ibnu Hajar).

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar
Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama ‘Jeddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul
Naim. Jeddah bermaksud permata.

Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Siti Wan
Kembang) dia mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali
Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.

Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainol
Abidin (Ce Bo Nga) dan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi yang tersenarai di dalam
kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka, Ibrahim Asmaro.

Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong
Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya dan
beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri
Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa dengan
Laksamana Hang Tuah. (Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik
menjadi sultan di Patani Darussalam)

Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat (keluarga
Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao/Sulu (Filipina),
sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat,
moyang raja-raja Brunei sekarang.
Ke empat-empat isteri yang dikahwini Saiyid Hussein Jamadil Kubra itu ialah selepas tiap-tiap seorang
daripadanya meninggal dunia.

Pada awal abad ke-14 Ibrahim Asmaro dihantar oleh ayahnya Saiyid Hussein Jamadil Kubra ke Tanah
Jawa membantu serta menyambung usaha-usaha dakwah abangnya Maulana Malik Ibrahim yang
meninggal dunia pada tahun 1419 dan dimakamkan di Gerisek, Tuban.

Turut serta ialah dua orang anak Ibrahim Asmaro, iaitu Maulana Rahmatullah dan Maulana Ishak
meninggalkan Champa dan kemudiannya berhijrah ke Patani Darussalam.

Mungkin inilah pelayaran wali-wali dari Champa yang dikaitkan atau mempunyai hubungan dengan
pembinaan Masjid Kampung Laut di Kelantan. Masjid Kampung Laut adalah masjid yang tertua di
Kelantan dan rekabentuk atapnya menyerupai rekabentuk atap Masjid Agung Demak.

Melalui firasat Saiyid Thana’uddin yang menjadi guru kepada cucu saudaranya Sunan Bonang dan Sunan
Giri (juga guru kepada Laksamana Hang Tuah yang terkenal dengan gelaran Sang Adi Putra), Masjid
Kampung Laut, Kelantan telah diramal akan mencetuskan kebangkitan Islam di Nusantara

Raja Empayar Chermin, Sultan Baki Syah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Syah telah menyusul bersama
satu rombongan keluarga Diraja Kelantan menemui Bentara Majapahit Hayam Wuruk untuk
memperbetulkan amalan Islam yang sudah bercampur baur dengan agama Buddha Shiva setelah Hayam
Wuruk berkahwin dengan anak saudaranya Bidarawati (puteri Raja Champa). Beberapa orang mubaligh
yang dibawanya kemudian meninggal dunia dan dimakamkan di Leran.

Sebagai membuka tirai dakwah Islam di Tanah Jawa, Maulana Malik Ibrahim muncul sebagai perintis
atau pelopor yang memberi laluan kepada wali-wali yang datang kemudiannya. Dengan tidak ada
perbezaan kasta dan darjat seruan dakwahnya lebih disenangi di kalangan kasta-kasta Vaisya dan
Sudras. Banyaklah kalangan mereka yang datang untuk mendapat pengajian selok-belok mengenai
agama Islam.

Kehilangan Maulana Malik Ibrahim diganti oleh anak saudaranya, Maulana Rahmatullah yang memakai
gelaran Sunan Ampel. Jika Maulana Malik Ibrahim dianggap sebagai pencipta pondok (pesantren) yang
pertama maka Maulana Rahmatullah adalah perancang negara Islam yang pertama di Tanah Jawa.

Maulana Ishak yang banyak membantu abangnya Sunan Ampel tidak ketinggalan meninggalkan jasanya.
Daerah Balambangan hampir dibawanya tunduk di bawah Islam kalau tidak kerana perancangan
mertuanya Raja Menak Sembayu yang bertekad hendak membunuhnya. Beliau akhirnya berhijrah ke
Pasai (Aceh) dan Melaka merupakan destinasi yang terakhirnya.

Anaknya Raden Paku (Sunan Giri) telah membangunkan Giri sebagai pasak yang membawa tertegaknya
Kerajaan Islam Demak. Sebagai markas gerakan dakwah yang pertama di Jawa, Giri juga
memperlengkapkan gerakan mujahid yang tidak ada tolok bandingnya di samping mubaligh-mubaligh
yang berkerja keras menyatukan Pulau Madura, Bawaen, Kangean, Ternate dan Maluku di bawah panji-
panji Islam.

Walaupun kedatangan Raja Kemas Jiwa atau Sang Ajit Jaya Ningrat (putra kedua kepada Raja Chermin,
Sultan Baki Syah) ke Jawa hanya semata-mata bermotifkan politik tetapi melalui ikatan perkahwinannya
dengan Puteri Suhita (cucu Hayam Waruk), dia telah melembutkan hati Ratu Majapahit itu untuk
menyerahkan Ampeldenta dan Gerisek menjadi sebahagian daripada wilayah Giri. Raja Kemas Jiwa
memakai gelaran Sultan Iskander Syah Nenggiri apabila ditabalkan menjadi Sultan Kelantan setelah
kematian abangnya Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri.

Semasa Sultan Iskander Syah Nenggiri menjadi Raja Kelantan dan bergelar Bentara Majapahit pada 1432
Masihi, baginda telah mengisytiharkan negeri Kelantan sebagai Majapahit II. Sampai ke hari ini keris
kedaulatan negeri Kelantan dipanggil Keris Majapahit. Kerajaan Kelantan-Majapahit II ini lenyap setelah
diserang oleh Empayar Melaka (dibawah Sultan Mahmud) pada tahun 1490 setelah Majapahit II lemah
akibat peperangan dengan Siam sebelumnya.

Satu kejutan yang telah berlaku sehingga memutuskan nadi Kerajaan Hindu-Majapahit apabila Demak
muncul sebagai Kerajaan Islam yang dicita-citakan. Desa Glagah Wangi bertukar wajah, Bintoro Demak
mewujudkan ketandaan ‘rahmat’ apabila Raden Patah menjadi pemerintah bergelar Sultan Sri (Syah)
Alam Akbar al-Fatah.

Penyebaran Islam di Jawa Tengah sebelah selatan, daerah yang sekarang dinamakan Surakarta dan
Yogyakarta diterokai oleh seorang anak murid Sunan Kalijaga, Kiai Ageng Pandanarang atau disebut
Sunan Tembayat.

Pemilihan Sunan Tembayat sebagai menggantikan tempat Syeik Siti Jenar (yang menerima hukuman
bunuh oleh wali-wali kerana mendedahkan rahsia-rahsia ketuhanan) pada mulanya diragui oleh
persidangan para wali kerana bekas Bupati Semarang ini ialah seorang yang kehidupannya dikelilingi
kemewahan dunia malah tidak mempercayai Tuhan, tetapi kemudiannya menjadi seorang yang cukup
patuh kepada ajaran agama Islam dan sangat alim.
Melalui anak-anak Ali Nurul Alam (Perdana Menteri Kelantan-Majapahit II) iaitu Wan Husein, Wan Bo
dan Wan Demali, Kelantan sekali lagi telah meyumbangkan mubaligh-mubalighnya di dalam
menyambung tugas-tugas Maulana Malik Ibrahim (bapa saudara mereka) dan membantu Sunan Ampel
(sepupu mereka) di Gerisek dan Maulana Ishak di Pasai (Aceh).

Wan Husein dihantar ke Pulau Madura. Wan Bo ke Pasai (Aceh) dan Wan Demali ke kawasan Johor-Riau
(Pulau Bentan). Dari sinilah Wan Demali mendapat jolokan Raja Laksamana Bentan.

Generasi Wan Bo (Syarif Abdullah) telah berjaya menegakkan dua buah Kerajaan Islam Banten dan
Ceribon di mana anaknya Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati telah dapat menyempurnakan cita-
cita datuknya Saiyid Hussein Jamadil Kubra.

Kejayaan para wali dalam perjuangan dakwah mereka mencapai tahap yang gilang gemilang di mana
Indonesia lahir sebagai negara yang majoritinya beragama Islam.Turut mendukung di atas kejayaan ini
ialah Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunan Kudud dan Sunan Muria yang disenaraikan dalam kumpulan
‘Wali Songo’ manakala Sunan Prowoto, Sunan Dalem, Syeikh Sutabris (salah seorang guru Sunan
Kalijaga) dan lain-lain lagi merupakan watak-watak sampingan yang peranan mereka juga tidak boleh
dianggap sepi.

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa peranan Champa dan Pantai Timur Semenanjung Tanah
Melayu (Kelantan-Patani) dianggap begitu penting dalam penyebaran Islam di Nusantara khususnya di
Indonesia

Rentetan Syed Hussein Jamadilkubra

WALI 7

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina
Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq
(Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan
kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syekh Saman (anak murid
kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan
merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar
Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama 'Jiddah' terletak 3 batu dari Bukit
Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai
Danau Tok Uban.

Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo.
Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya
(adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik
Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.

Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei
bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada
Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok
Uban, sedangkan tempat ini 'tersorok' dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik
yangagak luas sayup mata memandang.

Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya
yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun
1400.

Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya
yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada
zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal
mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu.

Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan
keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan
Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.

Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN
oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU SEJARAH DI SEKOLAH.

1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.

2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.


3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.

4. Keturunan beliau adalah kesultanan Kelantan.

5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.

6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.

7. Beliau ketua Wali 7.

8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo
di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali
Songo berkumpul sebelum ke Jawa.

PULAU BESAR & KELUARGA SAYYID THANAUDDIN

Setelah Hang Jebat di tikam,di ceritakan 3 hari 3 malam beliau mengamuk dan membunoh PEMBODEK
Sultan, Sultan Mansor lari ke Kelang iaitu rumah asal Tun Perak.Tun Perak adalah penghulu Kelang.
Setelah Hang Jebat meninggal dunia, di kata kan mayat nya di bawa ke Pulau Besar terletak di pantai
selatan Negeri Melaka. Terdapat 9 buah pulau dalam Gugusan Pulau Besar iaitu:

1.Pulau Besar

2.Pulau Serimbun

3.Pulau Lalang

4.Pulau Burung

5.Pulau Nangka

6.Pulau Hanyut

7.Pulau Dodol

8.Pulau Hantu
9.Pulau Undan.

Dalam 9 buah pulau hanya ada 2 buah pulau di diami olih manusia iaitu Pulau Undan,rumah api dan
Pulau Besar.

Pulau Besar di buka kira kira tahun 1400M, hampir sama dengan pembukaan Melaka atau mungkin lebih
dahulu !!!Penduduk asal Pulau ini ialah Orang Jakun(laut),Jawa dan Maluku bukan Bugis sperti
diperkatakan.

Di Melaka,Pesantren pertama di buka oleh Maulana Sayyid Abdul Aziz bin Sayyid Muhyidin Abdul Qodir
Jailani di satu tempat bernama UPIH,sekarang ialah TENGKIRA.Masjid Tengkira adalah salah satu masjid
tertua di Melaka.Pesantren ini tidak formal.Pada tahun 1440M Sayyid Thanauddin(Adi Putra) sampai ke
Melaka beliau terus memilih Pulau Besar untuk dijadikan tempat belajar ILMU KEROHANIAN SUFI. Di
Pulau ini juga Daeng Mempawah bin Raja Bajung belajar dan berguru dengan Datuk Sayyid
Thanauddin/Adi Putra. Daeng itu ialah Laksamana Hang Tuah.Jadi yang menjadikan Pulau Besar
Pesantren pertama Nusantara ialah Saiyyid Thanaudin/Adiputra/Panglima Hitam.

Pada tahun 1495M, satu rombongan Ulama dari Arab dan Pasai telah tiba di Pulau Besar. Rombongan ini
di ketuai oleh Maulana Ishaq dan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail beserta dengan 16 orang ulama dan
keluarga mereka. Mereka bergabung dengan Datuk Adiputra yang menjadi tenaga pengajar di Pulau
Besar.Di masa ini lah Sunan Giri, Sunan Kalijaga, Syeikh Subatris dan Syeikh Abdul Jalil/Siti Jenar datang
menuntut ilmu di Pulau ini.Datang pada waktu yang lain ialah Puteri Mas Nyawa dan suami nya Pati
Unus/Raden Abdul Qodir Al-Idrus.Di samping itu turut belajar ialah Sultan Mahmud Syah sendiri.

Pada tahun 1510M Datuk Adiputra wafat, Ketua Ulama diambil alih olih CUCU SAUDARA nya Maulana
Ishaq. Dan bila Maulana Ishaq wafat pada tahun 1512M jawatan Ketua Ulama diambilalih oleh menantu
nya Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail. Dan hingga lah di hancurkan oleh PORTUGIS pada tahun
1521M.Selepas itu Pulau Besar hanya lah sebagai tempat berkumpul nya nyamuk dan agas, tiada lagi
tempat belajar agama secara pesantren. Mungkin ada yang belajar secara tidak formal atau
bersembunyi dan berahsia, kerana masih ada saki baki keturunan dari Syeikh Ismail di Pulau bersejarah
ini tetapi nama dan identiti mereka telah bertukar menjadi orang kampung biasa.

Di Pulau Besar memang terdapat makam para ulama seperti Maulana Ishaq, Sayyid Thanudin, Sayyid
Ismail dan makam para shuhada seperti Raden Abdul Qodir/Pati Unus,Raden Abu Bakar,Raden Abu
Syahid dan Syarifah Siti Zubaidah. Sebenar nya banyak lagi makam para shuhada yang tidak ketahui
nama nya kerana mereka di kebumikan dalam makam yang satu di panggil ‘MAKAM SERIBU’.
Bila hari kebesaran Islam seperti Maulud Nabi atau Awal Muharram pengunjung nya mencapai 7000
orang, sampai kan untuk mandi pun kena tunggu tengah malam,kerana perigi nya kekeringan air…perigi
ada 7 buah yang masih boleh di gunakan !!!.

Dang Wangi / Baru / Inangsih adalah isteri Hang Jebat. Bapa nya ialah Maulana Sayyid Thanaudin. Pulau
Besar di buka dan di majukan olih Datuk Adi Putra dan kelurga nya . Dang Wangi mengkebumikan
Jenazah Hang Jebat di hujung Pulau. Dang Wangi memang berkeluarga dengan Maulana Ishaq dan
semua penduduk di Pulau itu. Dang Wangi pangkat nenek saudara bagi Maulana Ishaq bin Sayyid
Ibrahim Asmoro bin Sayyid Husin Jamdil Kubra. Dang Wangi binti Sayyid Thanaudin bin Amir Sayyid Syah
Jalaludin. Sayyid Thanaudin dan Sayyid Husin adalah adik beradik. Di Pulau ini berkumpul nya keturunan
Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Isteri Maulana Ishaq iaitu Syarifah Siti Fatimah binti Sayyid Ali
Nurul Alam,juga cucu kepada Sayyid Thanaudin.

Selepas Sultan Mansor balik ke kota Melaka, baginda insaf atas kekhilafan nya membunoh Hang Jebat
dan atas nasihat Tun Perak, baginda tahu ada udang di balik batu, kenapa kah Hang Tuah dan Hang Jebat
mesti dimusnahkan. Setelah itu baginda mengarahkan supaya mayat Hang Jebat di kebumikan di
Kampung Kuli. Tapi sebenarnya seorang pun tidak tahu dimana kah mayat Hang Jebat di kebumikan,
sangat di rahsiakan . Makam yang di Kampong Kuli adalah makam Peringatan. Peristiwa sebenar banyak
di seleweng kan oleh pembesar-pembesar yang benci kepada Hang Tuah dan Hang Jebat. Bertambah
pula yang mendominan perintahan Kesultanan Melaka ketika itu ialah orang Tamil Muslim. Mereka yang
membunuh Sultan Abu Syahid, menyuruh bunuh Hang Tuah, meracun Sultan Alaudin dan mendidik
Sultan Mahmud menjadi ‘kaki perempuan’. Dan mereka juga yang menjadi pembelot bila Melaka di
serang Portugis.

MAKAM HANG KASTURI

Di Jalan Gelenggang dikatakan Makam Hang Kasturi. Jika baca Sejarah Cina, yang menderhaka adalah
Hang Kasturi dan Sejarah Melayu mengatakan yang derhaka ialah Hang Jebat. Dalam Sejarah Melayu di
tulis begini ”Maka bangkai Hang Jebat pun di tarik orang lah ke laut, maka segala anak bini nya semua
habis di umbut (di halau) datang kepada kaki tiang dan tanah bekas rumah habis di gali di buang ke laut
“. Apa kah makna dari tulisan ini ?. Bermakna TIDAK MUNGKIN MAKAM HANG JEBAT DI BINA DEKAT
DENGAN ISTANA MELAKA! Mayat nya di buang ke laut, dan sangat betul lah cerita orang-orang tua,
mengatakan Mayat Hang Jebat di bawa lari, entah kemana. Dulu kisah ini sangat dirahsiakan!

RIWAYAT HIDUP LAKSAMANA HANG NADIM (1436-1556 MASEHI)


Nama asal beliau ialah Hang Nadim,di lahir kan pada tahun 1536M di Pulau Besar. Bapa nya ialah Hang
Jebat, seorang Panglima Sultan Mansor Syah. Hang Jebat ialah Datok Bentara Kanan. Ibu beliau Dang
Wangi atau Dang Baru atau Dang Inangsih binti Sayyid Thanaudin. Setelah bapa nya di bunuh, ibu nya
melarikan diri ke tempat datuk nya iaitu Pulau Besar. Penduduk Pulau itu banyak yang berketurunan
Sayyid Thanaudin dan Maulana Ishaq. Setelah Sayyid Thanauddin membuka Pulau ini pada tahun
1420M, Pulau Besar amat terkenal menjadi Pusat Kesufian Islam. Banyak Ulama dari Pasai,
Kelantan/Cermin dan Jeddah datang. Pada tahun 1495M rombongan Ulama Pasai yang di ketuai
Maulana Ishaq atau Maulana Yusof dan Sayyid Ismail datang ke pulau itu. Rombongan ini berjumlah 46
orang,iaitu terdiri 6 orang perempuan dan 40 orang lelaki,kebanyakan nya adalah Ulama.

Setelah lahir Hang Nadim, beliau di serah kan kepada Hang Tuah untuk di didik. Anak yatim ini di didik
olih Hang Tuah seperti anak nya sendiri. Hang Tuah juga ada anak lelaki iaitu Tun Biajid dan Tun Guna.
Ketiga mereka ini di didik dengan ilmu ugama dan ilmu persilatan. Pondok Pesantren waktu itu di Upih
dan Pulau Besar. Mereka di hantar ke Pulau Besar. Waktu itu Sayyid Thanaudin masih hidup lagi. Sayyid
Thanauddin wafat pada tahun 1510M dan makam nya ada di Pulau Besar. Setelah dewasa Hang Nadim
di kawinkan dengan Tun Mas Jiwa binti Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah masih menjadi Laksamana
Melaka. Setelah Laksamana Hang Tuah “Hilang”, jawatan Laksamana di serah kan kepada Laksamana
Khoja Hasan. Khoja Hasan sebelum itu berjawatan Temenggung. Setelah Khoja Hasan menjadi
Laksamana,jawatan Temenggung di berikan kepada Temenggung Tun Hasan bin Tun Mutahir.

Pada tahun 1510M satu peristiwa yang dahsyat berlaku. Atas kianat orang Tamil Muslim terjadi lah
Pembunuhan 4 orang Pembesar Melaka iaitu;

1.Bendahara Tun Mutahir…Bendahara

2.Temenggung Tun Hasan, anak Bendahara

3.Tun Ali, menantu/anak saudara Bendahara

4.Seri Nara DiRaja, Abang Bendahara dan besan Bendahara

Selepas peristiwa ini Laksamana Khoja Hasan pula dipersalahkan kerana tidak siasat hal yang sebenar.
Khoja Hasan dipecat dan dihalau dari Melaka. Laksamana Khoja Hasan balik ke Pasai dan menuntut lagi
ilmu ugama. Beliau ialah anak Ulama yang mentafsir kan kitab Daru’il Mazlum iaitu Maulana Sayyid
Ibrahim Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra.
Maulana Sayyid Patakan Ibrahim Ismail ialah bapa kepada Maulana Malik Ibrahim…. Maulana Malik
Ibrahim ialah KETUA WALI SONGO juga dikenali juga dengan SUNAN MAGHRIB. Nama sebenar
Laksamana Khoja Hasan ialah Maulana Sayyid Fadillah. Dikatakan beliau lah yang menewaskan Portugis
dan membuka Pelabuhan Sunda Kelapa menjadi JAYAKARTA atau JAKARTA.
Setelah jawatan Laksamana kosong, jawatan ini di berikan kepada Hang Nadim. Dimasa Portugis
menyerang Melaka pada tahun 1511M, beliau lah Laksamana Angkatan Laut Melaka. Pada masa itu
Melaka mempunyai 100,000 orang tentera dan ada 3000 pucuk meriam. Kekalahan tentera Melaka ini
bukan disebabkan KEKUATAN TENTERA PORTUGIS, tetapi kerana ada pembelot dari kalangan orang
Cina,Tamil Muslim dan Jawa. Orang orang ini menjadi pedagang di Melaka dan konon nya TIDAK PUAS
HATI KE ATAS CUKAI YANG DI KENAKAN. Pada permulaan Perang, Portugis hampir kalah..tetapi Ketua
Orang Jawa iaitu Utimur Raja menjadi pembelot dengan memberitahu kelemahan dan PETA Kota
Melaka. KOTA MELAKA bukan A FORMOSA. Kota Melaka di dirikan oleh Tun Perak, dari kawasan Kota A
Formosa terus ke Limbungan bawa ke Durian Daun bawa ke Semabok dan terus ke Bukit Senjuang dan
terus ke Banda Hilir. Kota Melaka yang asal menutup satu bandar Melaka. Di Dataran Pahlawan, dulu
nya laut, masih ada lagi sisa sisa Kota Melaka. Mesti diingat A Formosa ialah KOTA PORTUGIS bukan Kota
Melaka.

Setelah Melaka kalah, Sultan Dan pembesar Melayu lari ke Pagoh. Masih ada lagi tinggalan mereka di
Pagoh, Segamat. Dari Pagoh mereka menyerang Portugis kembali.Tentera Portugis menghancurkan
Pagoh dan Sultan Mahmud lari kearah Kota Seluyut dalam Daerah Kota Tinggi.Serangan tetap di buat ke
Melaka di ketuai Tun Biajid dan Laksamana Hang Nadim. Tun Biajid lari ke Pasai kemudian ke Patani dan
kemudian ke Pahang. Pada akhir Tun Biajid, beliau menetap di satu tempat di Pahang. Laksamana Hang
Nadim pula mengikut Sultan Ke Johor. Tun Guna bin Hang Tuah meninggal dunia semasa serangan
Portugis di Kota Bentayan, Pagoh. Laksamana Hang Nadim banyak berkhidmat dengan banyak Sultan
Melaka dan Johor, seperti Sultan Mahmud 1, Sultan Ahmad Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah 2 (Sultan
Johor 1), Sultan Alaudin Riayat Syah 3. Beliau juga yang membina Kota Bintan dan juga Makam Tauhid di
Kota Tinggi. Selepas mendirikan Makam Tauhid beliau “HILANG”.

Dimasa itu Sultan Johor ialah Sultan Abdul Jalil Ali Munghayat Syah. Bendahara nya ialah Tun Seri
Lanang.

Dikatakan juga Makam Laksamana Hang Nadim berda di Pulau Besar di samping makam bonda dan
ayahanda nya. Dulu, kawasan di seliling Keramat Tempayan Pecah memang ada makam lama. Tetapi
sangat sayang sekali, sekarang makam makam ini telah di ratakan untuk membuat padang golf.

Tiga buku iaitu Sulalatus Salatin, Sejarah Kesultan Johor dan Sejarah Melayu dan Bugis boleh
dirujuk.“Hang” adalah pangkat yang di beri oleh Sultan Mansor Syah ke pada Hang Tuah dan 7 orang lagi
sahabat nya di ketuai oleh Tun Bija Sura. Pangkat dan gelaran Hang ini di berikan sebelum kedatangan
Puteri Hang Lipo.

PERIGI TEMPAYAN PECAH


Suatu ketika dahulu, terdapat seorang nenek kebayan yang mempunyai tujuh orang anak lelaki. Setiap
seorang mempunyai kelebihan yang tertentu. Pada suatu hari, nenek kebayan hendak keluar mencari
akar kayu untuk dijadikan ramuan ubat-ubatan. Beliau berpesan kepada anak-anaknya supaya menyiram
tanaman di kebun bunga dan herba. Hanya yang bongsu menyiram tanaman tersebut.

Proses menyiram adalah sangat rumit sehingga si bongsu ini terfikir untuk mengangkat air dengan
menggunakan tempayan sahaja kerana beliau mempunyai kekuatan seperti ’Badang’. Ini bermakna
dengan hanya sekali angkat sahaja dari perigi sudah dapat air satu tempayan.

Suatu hari, sewaktu hendak menyiram, tempayan yang penuh berisi air itu terhempas. Si bongsu lantas
terus mengorek lubang di tanah dan menanam tempayan yg pecah itu di dalam lubang tersebut. Tiba-
tiba, terpancut mata air keluar di dalam tempayan yang pecah itu. Walaupun airnya keruh tapi ia tidak
berbau. Sehingga sekarang perigi tempayan ini terus mengeluarkan air dan dipercayai tidak pernah
kering.

Perigi Tempayan Pecah tidak asli lagi. Mulut Tempayan yang asli berada di dalam air dan 6 kaki dari
permukaan air itu. Itu lah jika rakus hendak kan PEMBANGUNAN, Sejarah 'orang-orang lama' akan
hilang. Di Pulau Besar ada 3 tempat yang BUKAN ASLI DAN YANG ASLI TELAH HILANG !!!

1.Komplek Makam Syeikh Sultan Ariffin…..baru di bina pada 1992,tidak asli lagi.

2.Keramat Tempayan Pecah, terus ditengelami air, sedalam 5 kaki. Ekosistemnya rosak. Dulu air
pasang,air penuh dalam tempayan, bila surut, air kering.

3.Keramat Masin Tawar…terus pupus. Ini disebabkan pembinaan padang Golf, yang menyebabkan
banyak pokok pokok bakau di tebang dan dibersihkan.

Nenek Tempayan Pecah nama sebenar nya ialah Dang Wangi atau Inang Sih. Beliau ialah isteri kepada
seorang Laksamana yang di katakan derhaka iaitu Laksamana Hang Jebat. Berhampiran dengan makam
nya ada makam suami nya, anak lelaki nya dan anak perempuan nya.
Ada pendapat lain mengatakan makam Hang Nadim bin Hang Jebat tidak ada di makam 7 beradik
sebagaimana dikatakan,makam beliau terletak berhampiran Keramat Tempayan Pecah dan begitu juga
makam ayahanda nya. Hang Nadim adalah seorang Laksamana Angkatan Laut Melaka dan menantu
kepada Hang Tuah. Isteri nya ialah Tun Mas Jiwa binti Hang Tuah. Dari mereka ini lahir lah Tun Hamzah
dan dari Tun Hamzah lahir lah Tun Mat Ali dan dari Tun Mat Ali lahir lah Tun Pertam.

Jadi pendapat yang mengatakan Hang Tuah tiada Zuriat adalah bohong dan keliru. Laksamana Hang
Nadim ini sangat terkenal di seluroh alam Melayu dan pernah mengetuai Angkatan Laut Johor/Melaka
menyerang Portugis sebayak 16 kali tapi gagal dan akhir nya shahid dan di kebumikan di Pulau Besar.

GELANGGANG SILAT

Gelanggang Silat yang di asaskan olih Sayyid Thanudeen / Datuk Adi Putra. Ini lah gelanggang silat
pertama sekali yang di buat olih Datuk Adi Putra di Melaka. Selepas itu, barulah gelanggang silat Gunung
Ledang.

Gelanggang ini memang bersejarah kerana di gelanggang ini juga melahirkan pahlawan 5 bersaudara
iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi,Hang Lekir dan Hang Lekiu. Selepas mereka belajar silat di sini,
mereka akan bersulok di Gua Yunus dan Batu Belah. Lepas itu ke Gunong Ledang dan ke Tanjung Tuan
dan balik semula ke Pulau Besar dan baru lah tamat.

TOK PUTIH

Riwayat hidup TOK PUTIH atau SAYYID AHMAD AHMAD TAJUDDEN atau AHMAD SALIM atau AHMAD
QADIR atau PANGLIMA ALANG DAIK HITAM (1457-1577 MASEHI)

Beliau adalah anak Tertua dari 3 beradik.Bapa nya bernama Syeikh Sultan Ariffin Sayyi Ismail bin Sayyid
Abdul Qadir bin Sayyid Jabbar bin Sayyid Shollih bin Syeikh Sayyid Mohyidden Abdul Qader Jilani.Beliau
lahir pada tahun 1497M di Pulau Besar.Ibunya ialah Syarifah Siti Maimunah binti Maulana Mohamad
Yusof atau Maulana Ishaq.Beliau di didik oleh bapa nya dan datuk nya darihal islam dan persilatan juga
hal-hal perubatan. Beliau banyak terlibat semasa perang melawan penjajah Portugis. Hampir
keseluruhan perang melawan Portugis, beliau terlibat, nama gelaran nya paling terkenal ialah Panglima
Alang Daik Hitam atau TOK PUTIH. Pada tahun pada tahun 1517M beliau di kahwin kan dengan Raja Siti
Kamariah .Beliau tiada zuriat dari perkahwinan ini. Raja Siti Kamariah berketurunan Bugis Riau.Pada
tahun 1521M semasa perang melawan Portugis Melaka, Raja Siti Kamariah turut berperang dan syahid.
Panglima Alang Daik Hitam lari kearah Selatan Sumatera selepas pecah perang dan Angkatan Perang
Demak kalah.Semasa lari ke arah Selatan Sumatera bersama keluarga nya dan menyamar menjadi orang
kampung dan menukar nama menjadi TOK PUTIH.

Setelah perang reda dan aman, beliau kembali pulang ke Pulau Besar dan namanya kekal sebagai TOK
PUTIH. Atas nasihat dari ibu dan nenek nya beliau mencari tempat baru untuk berdakwah. Tempat yang
di pilih ialah PALEMBANG. Pada tahun 1545M beliau bergerak ke Palembang tetapi malang sampai di
Selat Berhala kapal yang di tumpangi oleh ulama ini karam. Beliau selamat. Di Selat ini sangat 'keras' dan
penduduk di sini menyembah berhala. Tok Putih berdakwah,dengan takdir Allah SWT,banyak penduduk
masuk islam.Penduduk tempat ini mengelar kan beliau dengan nama Datuk Paduko Berhalo. Dimasa itu
kehebatan Tok Putih dalam ilmu persilatan memang mashur, lalu di perintah mengadap Pemerintah
Pagar Ruyung. Pemerintah Pagar Ruyung waktu itu seorang Puteri. Setelah melihat kewarakan dan
kehebatan Tok Putih, Puteri Selaras Pinang Masak jatuh hati. Beliau berkahwin dengan Puteri Selaras
Pinang Masak. Hasil dari perkahwinan ini maka lahir lah 4 orang anak iaitu Sayyid Ahmad Khamil dan
Sayyid Ahmad Husoh. Dua lagi tidak ketahui nama mereka.

Dari Zuriat Keturunan TOK PADUKO BERHALO atau TOK PUTIH, menjadikan satu tempat baru yang di
kenali dengan nama JAMBI.Jambi di asaskan oleh Sayyid Ahmad Khamil atau TOK KAYO HITAM. Setelah
hampir ke penghujung usia, Tok Putih kembali ke Pulau Besar untuk menghabis kan sisa-sisa usia nya.
Pagar Ruyung bukan lah tempat tumpah darah nya.Beliau meninggal kan anak keturunan nya di Tanah
Minang setelah wafat nya Puteri Selas Pinang Masak pada tahun 1562M .

Setelah kembali ke Pulau Besar mungkin beliau pergi lagi berdakwah atau mengajar ugama di daerah
seperti Ulu Pahang atau Negeri Sembilan atau Segamat, perlu diingat Ulu Pahang,Ulu Jempol dan
Segamat berdekatan jika menghulu Sungai Muar atau Sungai Melaka. Kedua sungai ini mempunyai hulu
yang sama di Ulu Jempol atau sekarang FELDA SERTING atau nama dulu nya PENARIK. Di Mengkarak
juga ada makam Tok Putih (makam Tok Mengkarak).

Pada tahun 1577M TOK PUTIH yang warak ini di panggil menghadap ILLAHI dan disemadi kan di Pulau
Besar. Tok Putih menurut kata orang tua sangat lembut,tutur kata nya sangat halus dan sangat Zuhud.

POHON KEMENYAN
Sepohon pokok kemiyan terdapat di Pulau Besar Melaka. Kemiyan adalah damar yang diperolehi
daripada getah pokoknya. Kemiyan biasanya dibakar untuk memperolehi baunya yang wangi. Selain dari
baunya yang harum asap kemiyan yang diusap ketubuh badan juga boleh merawat kegatalan kulit.
Kemiyan juga boleh digunakan untuk mencegah senjata seperti keris daripada berkarat. Serbuk kemiyan
juga sering dicampur dengan tembakau rokok.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “berilah luban (kemenyan Arab) kepada isteri kalian yang sedang
mengandung karena itu dapat mencerdaskan anak yang sedang dikandungnya”.

Imam Ali bin Musa Ridha a.s. berkata, “Berikanlah luban kepada isteri kalian yang sedang mengandung.
Jika bayi yang dikandungnya itu laki-laki, maka anak tersebut akan menjadi anak yang cerdas, pandai,
dan pemberani. Dan jika bayi yang kandungnya itu perempuan, maka anak itu akan menjadi cantik paras
dan budi pekertinya, serta akan dihormati oleh suaminya..” Sebenar nya memang betul,mereka semua
nya lembut tutur kata pada hal dakwah, tapi keras pada masa Peperangan.

BATU DAMAR WULAN

Nama Batu Damar Wulan ialah tempat sholat dan berehat bagi Pengeran Damar Wulan iaitu nama lain
bagi Raden Abdul Qadir Al-Idrus atau Pati Unus atau Sultan Ali Alam Akbar As Tsani.Beliau SYAHID di
Pulau Besar pada tahun 1521M.Suami kepada Syarifah Siti Zubaidah binti Syeikh Sultan Ariffin Sayyid
Ismail,Pulau Besar. Beliau juga suami kepada Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Gunong
Ledang binti Sultan Ali Alam Akbar Al Fatah.

Anda mungkin juga menyukai