Diantara adab, perilaku dan ciri khas mereka yang lain, adalah
mengikuti jalan-jalan para wali-Nya, menerjunkan diri dalam
pelbagai kedudukan orang-orang pilihan-Nya dan melakukan
hakikat berbagai kebenaran, dengan mengorbankan jiwa dan
menghancurkan nafsu. Mereka lebih mengutamakan mati
daripada hidup, lebih memilih kerendahan daripada keagungan
dan lebih mementingkan hal-hal yang berat daripada yang mudah
(meninggalkan rukhsah). Kerana keinginan kuatnya untuk
“sampai” (wushul) kepada al-Haq yang menjadi tujuan utamanya,
ia tidak menginginkan yang lain selain apa yang dikehendaki-Nya.
Ini hanyalah awal sesuatu yang dilihat dari berbagai hakikat yang
muncul dan hakikat suatu kebenaran, apakah anda tidak melihat,
bahawa Nabi pernah bertanya kepada Haritsah r.a. “setiap
kebenaran (Haq) tentu memiliki hakikat. Lalu apa hakikat
keimananmu?” apa jawapan Haritsah? Ia menjawabnya, “Aku
berusaha menjauhkan diri dari dunia, tidak tidur di malam hari,
haus disiang hari . seakan-akan aku melihat ‘Arasy Tuhanku yang
begitu terang dan jelas, dan seakan-akan aku melihat ahli syurga,
bagaimana mereka saling berkunjung dan melihat ahli neraka,
bagaimana mereka saling menolong.” Lalu Rasulullah saw
bersabda, ‘Berarti engkau telah tahu, maka tetaplah pada jalan
ini.” (H.r al-Bazzar dengan sanad dha’if). Atau sebagaimana
diriwayatkan dalam Hadis, dan hanya Allah Yang Maha
Mengetahui.
Kongsi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh
mencatat ulasan.
‹ Laman utama ›
Papar versi web