Anda di halaman 1dari 49

TAKAFUL KELUARGA & PELAN TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN (ILTP)

PENGENALAN TAKAFUL KELUARGA

Pendahuluan

Dalam bab ini, kita akan membiasakan diri dengan beberapa tajuk penting iaitu:-

 Ciri-ciri Pelan Takaful Keluarga.

 Prinsip-prinsip Asas Kontrak yang Digunakan Dalam Perlindungan Takaful Keluarga.

 Risiko yang Dilindungi di bawah Pelan Takaful Keluarga.

C1.1 Pengenalan

Takaful Keluarga adalah skim takaful yang menyediakan perlindungan dan simpanan jangka panjang kepada
peserta.

Peserta Takaful Keluarga akan menyumbang sejumlah wang ke dalam dana Takaful. Sebahagian daripada
sumbangan itu akan dikumpulkan di bawah satu dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) di bawah konsep
tabarru ' (derma) dan sebahagian yang lain akan digunakan bagi tujuan simpanan dan pelaburan (Akaun
Peserta atau AP). Bahagian yang diagihkan ke AKP akan digunakan untuk memenuhi kewajipan bantuan
bersama, sekiranya mana-mana peserta menghadapi nasib malang yang timbul dari kematian atau hilang
upaya kekal. Pengendali Takaful akan melabur melalui simpanan peserta dalam AP dan keuntungan yang
diperolehi akan dikongsi antara peserta dan pengendali Takaful mengikut nisbah yang telah dipersetujui.

Sekiranya peserta ditimpa musibah, waris peserta akan dibayar pampasan dengan manfaat kewangan
daripada AKP. Walau bagaimanapun, sekiranya peserta masih hidup sehingga ke tarikh matang pelan, dia
layak berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika ada. Peserta juga layak menikmati kemudahan
pelepasan cukai apabila dia menyertai

C1.2 Ciri-Ciri Pelan Takaful Keluarga

Ciri-ciri asas Takaful Keluarga adalah seperti berikut:

1. Pelan Jangka Panjang Dengan Bayaran Sumbangan Paras

Kontrak Takaful Keluarga adalah kontrak jangka panjang dengan bayaran sumbangan paras (level).
Sumbangan dikira berdasarkan kepada beberapa faktor.

Antara faktor-faktor yang menentukan kadar sumbangan:-

 mortaliti

 perbelanjaan

 kadar pulangan pelaburan

 cukai

Oleh kerana kontrak ini adalah kontrak jangka panjang, Pengendali Takaful harus mengendalikan dana
dengan penuh berhemah demi memastikan dana berkenaan sentiasa mencukupi untuk menampung
tuntutan.
2. Kedua-dua Pihak Mesti Mematuhi Prinsip Penuh Percaya Mutlak

Setiap pihak yang menandatangani kontrak Takaful Keluarga perlu mempercayai sepenuhnya terhadap
pihak yang satu lagi; bahawa semua representasi dan perisytiharan yang dibuat adalah benar; dan
tiada pihak yang cuba untuk menipu, mengelirukan atau menyembunyikan maklumat. Setiap pihak
dianggap bertindak dengan penuh percaya mutlak.

Penyembunyian merupakan kegagalan dengan niat untuk tidak mendedahkan suatu fakta matan/
material sebelum kontrak dimuktamadkan.Sebagai contoh, kegagalan untuk mendedahkan penyakit
sedia ada kepada pengunderait.Salahnyata penipuan ialah apabila seseorang secara sedar telah
membuat kenyataan palsu yang berhubungan dengan fakta material. Contohnya, salahnyata tentang
umur sebenar.

3. Kontrak Aleatori

Dalam kontrak aleatori, satu pihak menyediakan sesuatu yang bernilai kepada pihak satu lagi sebagai
tukaran untuk janji pihak tersebut melaksanakan tindakan tertentu jika berlaku peristiwa yang
ditetapkan.Ia adalah berdasarkan nilai tawar-menawar yang tidak setara berasaskan kepada kejadian
yang mungkin berlaku pada masa depan. Peserta berpeluang untuk menerima jumlah bayaran yang
lebih besar daripada jumlah keseluruhan sumbangan yang dibayar sekiranya timbul tuntutan pada
masa akan datang. Tidak seperti Takaful Am, bayaran tuntutan Takaful Keluarga ditentukan ketika
permulaan kontrak. Dalam Takaful Am, iabertujuan untuk membayar gantirugi atau indemniti kepada
peserta, iaitu membayar tuntutan mengikut jumlah kerugian yang dialami oleh peserta ketika berlaku
musibah (tertakluk kepada had maksimum jumlah perlindungan).

4. Kepentingan Boleh Lindung

Kewujudan kepentingan boleh lindung adalah syarat utama sebelum kontrak Takaful Keluarga boleh
dikuatkuasakan. Individu yang ingin menyertai pelan takaful keluarga hendaklah mempunyai
‘kepentingan boleh lindung’ terhadap peserta. Ia bermaksud individu berkenaan akan menanggung
kerugian kewangan apabila berlaku kematian ke atas orang yang diberi perlindungan. Untuk
menjelaskan perkara yang dinyatakan di atas, berikut adalah beberapa situasi dimana kepentingan
boleh lindungwujud:-

 setiap orang dikatakan mempunyai kepentingan tanpa had ke atas; hayatnya dan hayat
pasangan hidupnya (suami atau isteri);

 Ibu/bapa mempunyai kepentingan boleh lindungke atas hayat anaknya yang dibawah umur
majoriti;

 Seseorang yang memberi hutang mempunyai kepentingan boleh lindung ke atas hayat orang
yang diberi hutang, tetapi hanya setakat jumlah hutang yang diberi;

 Majikan mempunyai kepentingan boleh lindung ke atas hayat kakitangan utamanya seperti
pengarah urusan atau pengurus;

 Rakan kongsi niaga mempunyai kepentingan boleh lindung ke atas hayat lain-lain rakan kongsi,
terutama jika terdapat perjanjian untuk membeli/mengambil alih bahagian rakan yang
meninggal dunia.
Kepentingan boleh lindung hanya perlu wujud pada permulaan kontrak takaful keluarga, iaitu apabila
sijil takaful mula berkuatkuasa.Kontrak tersebut tidak akan batal sekiranya kepentingan
boleh lindungtidak wujud semasa membuat tuntutan.

5. Bayaran Tuntutan Akan Menamatkan Kontrak Perlindungan

Dalam kontrak takaful keluarga, penyelesaian tuntutan akan menamatkan kontrak perlindungan. Tidak
seperti kontrak takaful am, setelah peserta menerima bayaran tuntutan, kontrak takaful keluarga akan
ditamatkan dengan serta merta. Kontrak takaful am tidak akan ditamatkan dengan sebab bayaran
tuntutan.

6. Kontrak Unilateral/sebelah pihak

Takaful Keluarga adalah kontrak unilateral dimana Pengendali Takaful dan peserta mempunyai hak
dan tanggungjawab tertentu.Kontrak unilateral bermaksud saling bertukar janji untuk melaksanakan
suatu tindakan tertentu.Peserta membayar sumbangan sebagai balasan kepada janji bahawa tuntutan
pada masa hadapan akan dibayar oleh takaful. Satu-satunya tanggungjawab peserta ialah membayar
sumbangan semasa kontrak masih berkuatkuasa.Dan hanya pengendali Takaful sahaja satu-satunya
pihak yang boleh didakwa kerana melanggar kontrak.

Selaras dengan prinsip ini, selagi peserta masih terus membayar sumbangan dan tidak melanggar
peruntukan Seksyen 28 Akta Takaful 1984 iaitu menyembunyikan fakta-fakta penting, pengendali
Takaful tidak mempunyai hak untuk membatalkan kontrak.

7. Risiko Yang Dilindungi akan Meningkat Mengikut Masa

Dalam takaful keluarga, risiko yang dilindungi akan meningkat mengikut tempoh kontrak. Semakin
panjang tempoh kontrak, semakin tinggi risiko kemortalan kerana ia meningkat mengikut pertambahan
usia peserta. Semakin meningkat usia peserta, semakin tinggi kemungkinan peserta ditimpa sakit atau
menghidap sesuatu penyakit. Sebaliknya, dalam takaful am, risiko yang dilindungi mungkin semakin
menurun mengikut peredaran masa kerana peserta mungkin melaksanakan langkah-langkah
pencegahan risiko (umpamanya melaksanakan pengurusan risiko).

8. Kontrak Kesertaan (Contract of Adhesion)

Takaful keluarga adalah kontrak yang mengikat.Pihak pertama iaitu pengendali takaful mengeluarkan
kontrak dan pihak kedua iaitu peserta tidak berhak untuk mengubah kontrak.Peserta hanya boleh
menerima atau menolak kontrak berkenaan. Sekiranya terdapat sebarang kesamaran atau tidak jelas
dalam kontrak, ia boleh dibawa kemahkamah dan biasanya keputusan mahkamah akan lebih memihak
kepada peserta.

C1.3 Prinsip-Prinsip Asas Kontrak Yanag Digunakan Dalam Perlindungan Takaful Keluarga

Berdasarkan dari konsep fiqh al-asl fi al-ashya’ al-ibahahyang bermaksud ‘semua perkara adalah dibenarkan
kecuali terdapat hukum yang melarangnya’, takaful keluarga menerapkan prinsip-prinsip berikut dalam
kontraknya:
 Kepentingan Boleh Lindung;

 Penuh Percaya Mutlak;

 Indemniti;

 Subrogasi;

 Perkongsian Sama Rata;

 Sebab Terhampir;

Di atas semua prinsip yang dinyatakan di atas, Takaful mengamalkan prinsip Tabarru'. Dalam proses
membentuk produk-produk Takaful, prinsip tabarru' yang menjadi prinsip dasar Syariah sentiasa menjadi
keutamaan kontrak. "Tabarru" bermaksud menderma, menyumbang atau memberi sesuatu. Setiap peserta
bersetuju untuk menderma sebahagian daripada sumbangannya untuk membantu peserta lain yang
mengalami kerugian yang dilindungi. Ia sebagai memenuhi tuntutan Syariah sebagaimana di dalam Al-Quran
menyatakan,

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam kebaikan dan bertakwa dan jangan kamu tolong-menolong di
dalam kejahatan”. (Al-Maidah 5:2)

Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa prinsip indemniti, subrogasi dan perkongsian sama rata lebih
menepati kehendak amalan takaful am berbanding dengan takaful keluarga.

C1.4 Risiko Yang Dilindungi Dibawah Pelan Takaful Keluarga

Risiko yang dilindungi di bawah takaful keluarga boleh dikategorikan kepada tajuk-tajuk berikut:-

1. Kematian Pra-matang

Kematian adalah satu perkara yang pasti berlaku kepada semua manusia. Walau bagaimanapun, tiada
siapa yang tahu bila mereka akan mati. Semua orang adalah tertakluk kepada risiko kematian pra-
matang pada setiap masa. Kesan kewangan daripada kematian pra-matang pencari nafkah mungkin
akan berpanjangan. Keluarga yang ditinggalkan akan menanggung beban kewangan selama
bertahun-tahun berikutan kehilangan pencari nafkah. Mereka mungkin terpaksa mengambil langkah-
langkah untuk memenuhi obligasi kewangan seperti membuat kerja tambahan, bekerja lebih masa,
meminjam wang, mengeluarkan wang dari akaun simpanan dan/atau akaun pelaburan dan berpindah
ke rumah kediaman lebih kecil & murah.

Untuk memastikan mereka yang tersayang dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan
menikmati gaya hidup sederhana, mereka memerlukan dana simpanan yang mencukupi sebagai
menggantikan aliran pendapatan yang telah terhenti. Takaful keluarga adalah jawapan kepada
persoalan di atas bagi menyediakan kaedah penyelesaian jaminan kewangan ketika ia amat
diperlukan.

2. Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh bermaksud ketidakupayaan sepenuhnya pada masa itu dan
masaakan datang, untuk melibatkan diri dalam apa-apa perniagaan atau pekerjaan atau melakukan
apa-apa kerja untuk mendapatkan upah atau keuntungan. Hilang upaya mungkin disebabkan penyakit
atau kecederaan kemalangan.

Keadaan ini pastinya akan memberi kesan kepada peserta dan keluarganya kerana peserta tidak lagi
berupaya menyara keluarga. Peserta dan keluarganya akan menghadapi kesukaran untuk memenuhi
keperluan hidup harian dan menampung perbelanjaan rawatan perubatan kerana peserta tidak mampu
menjana sebarang pendapatan. Seseorang boleh menyertai pelan takaful keluarga untuk memastikan
jaminan pendapatan hilang upaya atau bayaran sekali gus sekiranya berlaku hilang upaya dan ini
mampu melegakan orang yang hilang upaya dari beban pembayaran sumbangan seterusnya.

3. Usia Lanjut

Sesetengah orang berharap dan berpendapat usia persaraan adalah masa untuk berehat, melancong
dan menikmati kehidupan. Bagi yang lain pula, ia hanya menjanjikan keadaan yang kritikal. Walau
bagaimanapun, ia bergantung sama ada kita bersedia untuk memenuhi keperluan persaraan. Adalah
penting bagi individu yang bersara mempunyai sumber kewangan sendiri yang mencukupi dan mampu
untuk menyara diri dan isterinya menjalani kehidupan seterusnya. Kebanyakan dari kita mungkin
mempunyai zaman persaraan yang lebih panjang dari apa yang pernah kita bayangkan dan ia
mungkin akan berbeza daripada apa yang kita jangkakan. Masalah kesihatan, kewangan atau
keluarga boleh menyebabkan pelan persaraan menuju ke arah yang jauh berbeza dari apa yang
dirancang.

Takaful Keluarga adalah satu cara yang sesuai dalam menyediakan jalan penyelesaian terhadap
kehilangan keupayaan memperolehi pendapatan disebabkan persaraan, disamping berlindung dari
bahaya ekonomi lain iaitu kematian pra-matang.

PELAN TAKAFUL KELUARGA


Pendahuluan

Peristiwa-peristiwa yang berlaku disepanjang kehidupan manusia adalah penting kepada masyarakat awam.
Peristiwa-peristiwa seperti kematian, hilang upaya atau penyakit yang berpanjangan dan/atau umur lanjut
boleh menimbulkan bencana/ tekanan kewangan kepada ahli keluarga individu berkenaan. Setiap satu
daripada situasi ini mewujudkan keperluan untuk perlindungan takaful keluarga dan pengendali takaful
sentiasa mencari cara dan kaedah untuk memenuhi keperluan tersebut iaitu dengan merangka pelbagai jenis
perlindungan dibawah sijil takaful keluarga. Setiap produk direka untuk memenuhi satu atau pelbagai
keperluan yang timbul akibat kontingensi.

Dalam bab ini, kita akan memberi tumpuan kepada bentuk-bentuk utama dan ciri-ciri pelan takaful keluarga
yang ditawarkan oleh pengendali takaful di Malaysia di bawah tajuk-tajuk berikut:

C2.1 Pengenalan

Pengendali takaful menawarkan pelbagai kombinasi pelan asas takaful keluarga untuk disesuaikan dengan
keperluan individu dan korporat yang berbeza-beza tempoh perlindungan, kaedah pembayaran sumbangan,
pengagihan manfaat dan rider (perlindungan tambahan) yang berkaitan.

Berdasarkan perkembangan terkini di Malaysia, pelan perlindungan gadai janji membentuk sebahagian besar
perniagaan takaful keluarga, diikuti dengan pelan perlindungan individu. Pelan asas takaful keluarga terdiri
dari takaful bertempoh, pelan simpanan dan anuiti.

C2.2 Jenis-Jenis Perlindungan Takaful Keluarga

Jenis Perlindungan
Perlindungan takaful keluarga yang direka oleh pengendali takaful adalah bertujuan untuk memenuhi
keperluan peserta individu dan firma korporat. Secara amnya, perlindungan takaful keluarga boleh
dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan berikut:

I. Takaful Keluarga Individu

Pelan ini meliputi perlindungan pendidikan, pelan berkaitan pelaburan, anuiti, gadaijanji, kesihatan dan
pelan tambahan (rider). Di bawah perlindungan pelan biasa ini, peserta disediakan manfaat kewangan
sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya, simpanan (pelaburan) jangka panjang, keuntungan
pelaburan yang dibayar semasa tuntutan, tuntutan sijil matang atau serahan.

II. Takaful Keluarga Berkumpulan

Pelan ini meliputi perlindungan pendidikan berkumpulan, perubatan berkumpulan dan perlindungan
persaraan. Terdapat peruntukan mengenai jumlah minimum peserta yang diperlukan untuk membentuk
‘kumpulan’ di bawah pelan ini. Peserta akan diberi perlindungan manfaat kewangan sekiranya berlaku
kematian atau hilang upaya.

Contoh produk dibawah kategori ini ialah:

a. Takaful Gadaijanji Takaful Kredit Berkumpulan

b. Takaful Manfaat Pekerja

i. Takaful Bertempoh Berkumpulan

ii. Takaful Kematian Berkumpulan

iii. Takaful Penghospitalan & Pembedahan Berkumpulan

iv. Takaful Manfaat Bukan-Pekerja

v. Skim Takaful Komprehensif Berkumpulan

III. Pelan Tambahan (Rider) Takaful Keluarga

Merupakan manfaat tambahan dalam pelan asas takaful keluarga. Pelan tambahan menyediakan
perlindungan dari kemalangan diri individu dan hilang upaya, perubatan dan kesihatan. Antara pelan
tambahan yang ditawarkan ialah:

a. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Penyakit Kritikal

b. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Akibat Kemalangan

c. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Pengecualian Bayaran Sumbangan Individu


d. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Pembayar

e. Pelan Tambahan Takaful Bertempoh

f. Pelan Tambahan Takaful Manfaat Penghospitalan

g. Pelan Tambahan Takaful Pendapatan Keluarga

2.2.1 Pelan Perlindungan Individu

 Pelan Takaful Simpanan

Takaful Simpanan adalah pelan yang mengandungi elemen tabungan dan pulangan ke atas
pelaburan berserta perlindungan individu. Ia adalah jenis pelan pelaburan berserta keuntungan yang
akan diagihkan semula kepada para peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan pulangan
pelaburan kepada para peserta.

Perlindungan Takaful Simpanan

Pelan ini menggabungkan dua elemen penting bagi memenuhi obligasi di bawah takaful simpanan:

1. Perlindungan Bertempoh Paras; dan

2. Akaun Pelaburan

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Manfaat
 menyediakan pampasan kewangan sekiranya berlaku
kematian atau hilang upaya sebelum tempoh matang sijil.
Jumlah perlindungan berserta amaun terkumpul dalam
Akaun Peserta (AP) akan dibayar kepada peserta,
benefisiari atau waris peserta.

 Apabila sijil matang, peserta akan menerima bayaran


amaun terkumpul dalam Akaun Peserta dan layak untuk
berkongsi surplus bersih dari Akaun Khas Peserta (AKP),
jika ada.

Amaun Amaun sumbangan adalah bergantung kepada umur semasa


Sumbangan kemasukan dan terma-terma sijil.
Pengeluaran Pengeluaran tunai sebahagian daripada Akaun Peserta adalah
Tunai dibenarkan selepas sijil telah berkuatkuasa untuk beberapa tahun
Sebahagian sebagaimana yang dinyatakan dalam sijil. Mengikut amalan
biasa, pengeluaran dibenarkan sepanjang tempoh kuatkuasa sijil
mengikut polisi pengendali takaful. Setiap pengeluaran boleh
dibuat selepas suatu tempoh minimum Yuran transaksi nominal
dikenakan kepada Akaun Peserta bagi setiap pengeluaran.
Pilihan Bayaran tambah nilai dibenarkan, bermula dari tarikh kuatkuasa
Tambah Nilai sijil. Amaun tambah nilai tertakluk kepada keperluan minimum
mengikut polisi pengendali takaful. Amaun tambah nilai ini akan
disalurkan sepenuhnya ke Akaun Peserta, bertujuan memperolehi
keuntungan.
Pilihan Peserta boleh memilih untuk menyertakan mana-mana pelan
Menyertakan tambahan yang bersesuaian ke atas sijil asas.
Rider
Pulangan Pelan ini membolehkan pengendali takaful mengoptimumkan
Pelaburan pulangan pelaburan untuk diagihkan kepada peserta.
Pengecualian Sijil ini mengecualikan keadaan sedia ada.

 Pelan Takaful Pendidikan Kanak-Kanak

 Pengenalan

Pelan pendidikan adalah pelan yang menyediakan perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk
membiayai perbelanjaan pendidikan kanak-kanak diperingkat yang lebih tinggi kelak. Kanak-kanak
berkenaan akan disediakan dengan manfaat kewangan sekiranya pembayar menghadapi musibah
yang dilindungi di bawah pelan ini. Pada masa yang sama, kanak-kanak itu akan disediakan dana
yang diperlukan untuk pendidikan tinggi masa hadapan apabila sijil telah mencapai tempoh matang.
Ibu bapa yang mengambil bahagian dalam pelan pendidikan layak menerima pelepasan cukai peribadi
sehingga RM3, 000 setiap tahun melalui pelan gabungan perubatan dan pendidikan.

Pelan pendidikan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan iaitu:

1. Takaful Pendidikan Kanak-kanak Biasa: Peserta dan kanak-kanak akan menerima manfaat
kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal, serta manfaat simpanan jangka
panjang (dana pendidikan), dan keuntungan pelaburan yang diagihkan semasa bayaran
tuntutan, sijil matang atau penyerahan awal.

2. Takaful Pendidikan Kanak-Kanak Berkait Pelaburan: Sebahagian daripada sumbangan


digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan seperti unit dalam ekuiti atau sekuriti pendapatan
tetap. Sebagai tambahan kepada perlindungan takaful biasa yang merangkumi kematian dan
hilang upaya kekal, unit-unit pelaburan ini akan dijual apabila berlaku tuntutan, sijil matang atau
penyerahan awal.

3. Pelan tambahan takaful keluarga atau tambahan kepada perlindungan asas untuk peserta dan
kanak-kanak juga disediakan. Pelan tambahan ini memberi perlindungan terhadap kemalangan
diri dan hilang upaya, faedah rawatan hospital, perbelanjaan pengebumian dan penyakit-
penyakit kritikal.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Manfaat
 Apabila sijil telah mencapai tempoh matang dan kanak-
kanak masih hidup, manfaat yang dibayar ialah jumlah
perlindungan (diberi berdasarkan konsep hibah di bawah
undang-undang Syariah), ditambah dengan amaun surplus
terkumpul. Walau bagaimanapun, sekiranya pelan
pendidikan disertakan dengan ciri-ciri berkait pelaburan,
kanak-kanak itu akan menerima nilai unit pelaburan
sebagai tambahan kepada jumlah perlindungan yang
dipersetujui di bawah pelan ini. Apabila sijil telah mencapai
tempoh matang, kanak-kanak akan menerima jumlah
terkumpul di dalam Akaun Peserta (AP) dan juga berhak
untuk berkongsi surplus bersih dari dana Akaun Khas
Peserta (AKP), jika ada.

 Sekiranya pembayar meninggal dunia sebelum sijil pelan


pendidikan matang, sumbangan berkala atas pelan
berkenaan akan dibayar oleh pengendali takaful bagi pihak
peserta sehingga tarikh matang sijil. Ketika tarikh matang,
kanak-kanak itu berhak menerima amaun yang terkumpul
di AP, surplus dari AKP dan berkongsi keuntungan
pelaburan (jika berkenaan).

 Walau bagaimanapun, jika kesemua sumbangan disalurkan


ke AKP, bergantung kepada skim takaful berserta
keuntungan, kaedah diatas akan digunakan atau jumlah
perlindungan akan dibayar terus ke akaun atas nama
kanak-kanak dan diuruskan oleh pemegang amanah yang
dilantik. Amaun yang akan dibayar ialah manfaat
(berasaskan hibah) sijil berserta amaun perkongsian
surplus terkumpul (jika ada) apabila sijil matang. Jumlah
Perlindungan dicampur dengan amaun terkumpul di dalam
Akaun Peserta (AP) dan Akaun Khas Peserta (AKP) akan
dibayar sekali gus kepada waris peserta.

 Sekiranya kanak-kanak (sebagai peserta) meninggal dunia,


bergantung kepada skim takaful yang disertainya;
pemegang sijil akan menerima amaun perlindungan di
bawah pelan (diberi berdasarkan konsep hibah Syariah)
dicampur dengan amaun perkongsian surplus terkumpul.
Atau, pemegang sijil boleh menamatkan sijil untuk
mendapatkan nilai serahan atau boleh menamakan anak-
anak yang lain sebagai peserta.

Amaun
Sumbangan  Amaun sumbangan bergantung kepada umur semasa
kemasukan dan tempoh perlindungan.

 Pengecualian Bayaran Sumbangan: Sekiranya pembayar


meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal dan
menyeluruh dalam tempoh perlindungan takaful, semua
bayaran sumbangan akan datang dibayar melalui dana
takaful sehingga sampai tempoh matang.

Pengeluaran Kemudahan untuk mengeluarkan sebahagian dari wang tunai dari


Tunai dana. Pengeluaran tunai sebahagian daripada Akaun Peserta
Sebahagian adalah dibenarkan selepas sijil telah berkuatkuasa minimum untuk
beberapa tahun sebagaimana yang dinyatakan dalam sijil.
Mengikut amalan biasa, pengeluaran dibenarkan sepanjang
tempoh kuatkuasa sijil mengikut polisi pengendali takaful. Setiap
pengeluaran boleh dibuat selepas suatu tempoh minimum sahaja.
Yuran transaksi nominal dikenakan kepada Akaun Peserta bagi
setiap pengeluaran.
Pilihan Bayaran tambah nilai dibenarkan bermula dari tarikh kuatkuasa
Tambah Nilai sijil. Amaun tambah nilai tertakluk kepada keperluan minimum
mengikut polisi pengendali takaful. Amaun tambah nilai ini akan
disalurkan sepenuhnya ke Akaun Peserta sahaja.
Pilihan Peserta boleh memilih untuk menyertakan mana-mana rider yang
Menyertakan bersesuaian ke atas sijil asas. Rider takaful keluarga atau
Rider tambahan kepada perlindungan asas untuk peserta dan kanak-
kanak juga disediakan. Rider menyediakan perlindungan dari
berlakunya kemalangan diri dan hilang upaya, manfaat
penghospitalan, perbelanjaan pengebumian dan penyakit kritikal.
Pulangan Pelan ini membolehkan pengendali takaful mengoptimumkan
Pelaburan pulangan pelaburan untuk diagihkan kepada peserta.
Pengecualian Biasanya pelan pendidikan tidak melindungi risiko-risiko berikut:

 cubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri


samada dalam keadaan siuman atau sebaliknya.

 kematian atau kecederaan yang dialami akibat tindakan


yang menyalahi undang-undang.

 melakukan serangan.

 Di bawah pengaruh dadah atau minuman keras.

 AIDS dan HIV.

 lain-lain sebab yang dilarang oleh Syariah.

2.2.2 Pelan Takaful Gadaijanji (Mortgage Reducing Term Takaful)

Membeli dan memiliki sebuah rumah adalah salah satu pencapaian dalam kehidupan, yang pada dasarnya
memenuhi salah satu keperluan asas manusia untuk mempunyai tempat tinggal. Walau bagaimanapun,
kejadian yang tidak diduga boleh membawa kepada kehilangan pendapatan atau tidak berupaya untuk
memenuhi tanggungjawab membayar pinjaman atau mendapatkan kemudahan pembiayaan. Sekiranya
berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (Total Permanent Disability) terhadap diri peserta,
ahli keluarga peserta mungkin perlu mengambil alih tanggungjawab membayar pinjaman perumahan. Dengan
Pelan Takaful Gadaijanji, beban kewangan yang timbul disebabkan kematian atau hilang upaya dapat
dilindungi untuk tempoh jangka panjang. Pelan Takaful Gadaijanji adalah pelan sumbangan tunggal yang
mematuhi keperluan Syariah. Sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh, pelan ini
menyediakan manfaat takaful dari Dana Risiko. Amaun yang dibayar dijangka dapat melangsaikan baki
pinjaman perumahan. Pelan ini juga mempunyai ciri-ciri khusus di mana peserta atau penamanya akan
menerima bayaran lebihan dari Dana Peserta yang terkumpul.

Jenis-jenis perlindungan

Jaminan manfaat untuk melangsaikan baki pinjaman gadaijanji berdasarkan jadual jumlah perlindungan
menyusut, ditambah dengan manfaat sampingan akan dibayar apabila berlaku kematian atau hilang upaya (di
dalam lingkungan terma yang dinyatakan).

Terma dan Syarat-Syarat Penting


Manfaat Pelan ini menyediakan perlindungan kepada peserta
berdasarkan jumlah pembiayaan yang diterima dari institusi
kewangan. Ia menyediakan sejumlah amaun perlindungan
yang menyusut, akan dibayar apabila berlaku kematian atau
hilang upaya kekal dan menyeluruh (Total Permanent
Disability) bila mana peserta belum menyelesaikan
sepenuhnya baki pembiayaan. Apabila berlaku kematian /
hilang upaya kekal dan menyeluruh ke atas diri peserta, jumlah
perlindungan yang menyusut akan dibayar kepada penerima
yang sah (mortgagee). Di samping itu, jumlah yang terkumpul
di dalam Akaun Peserta juga akan dibayar kepada benefisiari.

 Hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah


berdasarkan kepada definisi pekerjaan atau profesion
yang ditetapkan didalam sijil.

 Perkongsian Surplus: berkongsi surplus bersih dari


operasi perniagaan takaful (jika ada) selagi tiada
tuntutan yang dibuat sepanjang tempoh perlindungan
takaful.

Amaun Takaful gadaijanji adalah pelan perlindungan dengan bayaran


Sumbangan sumbangan tunggal. Amaun sumbangan mempunyai perkaitan
rapat dengan amaun pembiayaan yang disediakan oleh
institusi kewangan, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan.
Tempoh dan amaun kemudahan pembiayaan kewangan
hendaklah sama dengan amaun dan tempoh amaun
kemudahan pembiayaan perumahan yang diluluskan.
Jaminan Manfaat Takaful gadaijanji memastikan gadai janji akan diselesaikan
untuk dan dengan itu menjamin pembayaran hutang pembiayaan
Menyelesaikan perumahan. Manfaat yang dijamin (berdasarkan jadual jumlah
Baki Gadaijanji perlindungan berkurangan) akan dibayar apabila berlaku
kematian atau hilang upaya (tertakluk kepada pengecualian
standard ke atas kematian atau hilang upaya).

 Definisi Umum Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh :


Sekiranya peserta tidak boleh melakukan pekerjaan
sendiri atau latihan, pendidikan atau pengalaman untuk
tempoh enam bulan berturut-turut, manfaat hilang
upaya kekal dan menyeluruh akan dibayar. Sementara
itu, dalam pelan Takaful gadaijanji lain yang ditawarkan,
faedah hilang upaya kekal dan menyeluruh hanya akan
dibayar jika peserta tidak boleh melakukan apa-apa
kerja untuk menyara hidup sepanjang hayatnya.

 Juga meliputi perlindungan ke atas hartanah yang telah


siap atau dalam pembinaan (iaitu perlindungan paras
sepenuhnya dalam tempoh pembinaan).

Pelan tambahan Pelan tambahan kemalangan pelbagai boleh disertakan dalam


pelan Takaful gadaijanji sumbangan tahunan.
Penamatan Penyertaan dalam pelan takaful adalah merupakan
tanggungjawab tempoh jangka panjang. Penamatan awal sijil
takaful biasanya akan melibatkan kos yang tinggi dan nilai
serahan yang dibayar mungkin kurang dari jumlah keseluruhan
sumbangan yang dibayar. Penamatan dibenarkan hanya
sekiranya harta yang dimaksudkan telah dijelaskan
sepenuhnya (penyelesaian awal pinjaman) atau harta
berkenaan telah dijual serta baki pinjaman juga telah
dilangsaikan.
Pengecualian Pengecualian dalam perlindungan takaful:

 Kematian atau Hilang upaya disebabkan membunuh diri


atau cubaan membunuh diri dan/atau sebab-sebab
yang dilarang oleh undang-undang sivil, undang-
undang jenayah dan undang-undang syariah. Dalam
keadaan tersebut, hanya nilai Dana Peserta pada masa
berlaku kematian sahaja yang dibayar.

 Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh disebabkan AIDS,


peperangan, aktiviti penerbangan selain daripada
sebagai penumpang berbayar dalam penerbangan
berjadual.

 Di bawah pengaruh minuman keras.

2.2.3 Pelan Perlindungan Berkumpulan

 Takaful Kredit Berkumpulan

Pengenalan

Ini adalah jenis pelan takaful berkumpulan. Pelan ini direka bagi tujuan menyediakan perlindungan
untuk membayar pembiayaan kemudahan pembiayaan/hutang dari mana-mana institusi kewangan,
sekiranya peserta meninggal dunia (peserta sebagai pemohon / peminjam) atau jika peserta
mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Jenis-jenis perlindungan

Terdapat empat jenis perlindungan di bawah pelan ini (sebagai contoh, ia bergantung kepada kaedah
yang digunakan untuk mengira baki amaun perlindungan):

i. Perlindungan Paras

ii. Perlindungan Menyusut Kadar Rata

iii. Perlindungan Menyusut Kadar Majmuk (Compounded)

iv. Peraturan 78 atau Perangkaan

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Manfaat Manfaat Kematian – sekiranya peserta meninggal dunia


mengikut terma didalam sijil, jumlah perlindungan ditambah
dengan baki didalam Akaun Peserta akan dibayar sekali gus
kepada penerima yang berhak (grantee).

Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh – sekiranya


peserta mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh
mengikut terma di dalam sijil, jumlah perlindungan ditambah
dengan baki di dalam Akaun Peserta akan dibayar sekali gus
kepada penerima yang berhak (grantee).
Sekiranya peserta meninggal dunia/hilang upaya, jumlah
perlindungan akan dibayar kepada penerima yang berhak. Di
samping itu, amaun terkumpul dalam Akaun Peserta juga
akan dibayar.
Manfaat Kematangan – Apabila sijil mencapai tempoh
matang, peserta akan menerima amaun terkumpul dalam
Akaun Peserta.
Amaun Ia adalah pelan takaful bertempoh untuk kumpulan peserta
Sumbangan (peminjam) institusi kewangan (grantee), dengan kaedah
bayaran sumbangan yang berbeza. Pelan perlindungan
biasanya direka untuk kaedah bayaran:

i. Sumbangan Tunggal

ii. Sumbangan Tahunan

 Takaful Manfaat Pekerja

Pengenalan

Ia adalah pelan pembaharuan tahunan yang ditawarkan kepada kumpulan individu dibawah
satu sijil induk:-

i. Kumpulan Majikan

ii. Kumpulan Persatuan

iii. Lain-lain kumpulan yang ditubuhkan bagi tujuan selain dari untuk menyertai skim takaful.

Kelebihan Menyertai Pelan Takaful kepada Majikan dan Persatuan:-

iv. Mencerminkan imej majikan/persatuan yang prihatin dan menghargai pekerja/ahlinya.

v. Meningkatkan moral dan produktiviti pekerja/ahli.

vi. Menarik minat dan mengekalkan kesetiaan pekerja/ahli.

vii. Menikmati kemudahan potongan cukai.

viii. Memenuhi keperluan rundingan hal ehwal buruh.

Jenis-jenis perlindungan

Pelan ini menawarkan perlindungan:-


i. Manfaat Kematian – sekiranya peserta meninggal dunia mengikut terma didalam sijil, jumlah
perlindungan ditambah dengan baki didalam Akaun Peserta akan dibayar sekali gus kepada
Pemegang Sijil (majikan, persatuan atau kumpulan berkaitan).

ii. Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh – sekiranya peserta mengalami hilang upaya kekal
dan menyeluruh mengikut terma di dalam sijil, jumlah perlindungan ditambah dengan baki di
dalam Akaun Peserta akan dibayar sekali gus kepada penerima yang berhak (grantee).

iii. Perbelanjaan Pengebumian – dibayar kepada waris peserta, tertakluk kepada bukti kematian
yang disahkan.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Kelayakan Had minimum penyertaan adalah tertakluk kepada polisi


pengendali Takaful dan biasanya bilangan minimum adalah 10
orang. Amaun perlindungan yang melebihi syarat ‘had tanpa
perubatan’ (free cover limit) memerlukan bukti kebolehlindungan
(insurability) sebelum perlindungan boleh dikuatkuasakan.
Pengendali takaful berhak untuk meminda syarat-syarat dan
mengubah had berkenaan, tertakluk kepada umur maksimum
yang ditetapkan polisi pengendali Takaful, sekiranya perlu.

Umur tamat perlindungan Tertakluk kepada polisi pengendali


Takaful.

Pengendali takaful boleh memberi kelonggaran syarat mengikut


merit kes, tertakluk kepada had keperluan pengunderaitan dan
takaful semula.
Maklumat yang Antara maklumat yang diperlukan ialah:-
Diperlukan
iv. nama syarikat

v. jenis perniagaan

vi. nama dan no pengenalan kakitangan

vii. tarikh lahir

viii. jantina

ix. gaji (sekiranya jumlah perlindungan berdasarkan


gandaan jumlah gaji).

x. Jumlah perlindungan (ditetapkan atau mengikut


gandaan jumlah gaji).

xi. pengalaman tuntutan tiga tahun lepas.

xii. perlindungan sedia ada (jika berkenaan).

Pelan: Takaful Perbelanjaan Kematian

Takaful Keterangan Pelan


Perbelanjaan Ia adalah skim berkelompok yang direka untuk meminimumkan
Kematian pemilihan risiko dan menyediakan kemudahan yang serupa
dalam melindungi sekumpulan peserta.

Skop Perlindungan::

i. Majikan, organisasi atau persatuan adalah


Pemegang Kontrak Induk.

ii. Tahap Perlindungan:

Perlindungan selama setahun kepada sekumpulan


peserta yang berlainan jenis dan rekabentuk pelan.
Rekabentuk pelan biasanya mempunyai:

a. Pelan jumlah perlindungan sama rata,


umpamanya RM1, 000 untuk semua peserta.

b. Jumlah perlindungan berdasarkan


kategori yang ditetapkan oleh majikan,
umpamanya:

o Pengurus Kanan RM2,500

o Pengurus RM2,000

o Eksekutif RM1,000

c. Perlindungan berdasarkan kategori


keahlian, umpamanya:

o Ahli Prinsipal RM2,500

o Pasangan (isteri/suami) RM2,000

o Anak-Anak dibawah Tanggungan


RM1,000

iii. Kematian disebabkan kemalangan atau sakit:


Sekiranya peserta meninggal dunia mengikut terma
didalam sijil, jumlah perlindungan ditambah dengan baki
didalam Akaun Peserta akan dibayar sekali gus kepada
Pemegang Sijil Induk atau benefisiari atau waris peserta.

 Takaful Kumpulan Komprehensif

Pengenalan
Pelan ini direka untuk meminimumkan pemilihan risiko dan menyediakan asas takaful yang
sama untuk melindungi kumpulan pekerja (peserta) dengan elemen simpanan untuk tujuan
persaraan. Pelan ini dipasarkan berdasarkan unit dengan nilai yang ditetapkan oleh pengendali
Takaful.

Bentuk perlindungan

Sekiranya peserta meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh
mengikut terma didalam sijil, jumlah perlindungan ditambah dengan baki d idalam Akaun
Peserta akan dibayar kepada penama atau waris peserta.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Manfaat
 Manfaat Kematian – sekiranya peserta meninggal
dunia disebabkan sakit/penyakit dan mengikut terma
didalam sijil, jumlah perlindungan ditambah dengan
baki didalam Akaun Khas Peserta (AKP) akan dibayar
kepada benefisiari atau waris peserta. Sekiranya
berlaku kematian disebabkan kemalangan, pengendali
takaful akan membayar dua kali ganda jumlah
perlindungan, dibayar kepada benefisiari atau waris
peserta.

 Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh –


sekiranya hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku
(atas sebarang sebab), jumlah perlindungan boleh
dibayar secara ansuran atau sekaligus, bermula dari
tarikh disahkan mengalami hilang upaya kekal dan
menyeluruh.

Amaun Sumbangan Tambah Nilai


Sumbangan
Top Up Peserta dibenarkan membuat tambah nilai sumbangan
Contribution apabila sijilnya telah berkuatkuasa selama setahun. Amaun
tambah nilai adalah tertakluk kepada jumlah minimum
sumbangan bulanan. Amaun tambah nilai akan dikumpulkan
dalam Akaun Peserta sahaja.
Pelan Tambahan Pelan tambahan yang disediakan:

o Takaful Manfaat Penghospitalan Berkumpulan

o Takaful Manfaat Penyakit Kritikal Berkumpulan

o Takaful Manfaat Kematian Disebabkan


Kemalangan & Hilang Upaya Kekal dan
Menyeluruh Berkumpulan.

o Takaful Manfaat Hilang Upaya Kekal dan


Sebahagian Berkumpulan

o Takaful Manfaat Kematian Serta Merta


Berkumpulan

Dengan menyertakan manfaat sampingan, ia tidak


meningkatkan jumlah perlindungan tetapi akan mengurangkan
amaun dalam Akaun Peserta.

2.2.4 Pelan Tambahan (Rider)

Pengenalan

Pelan tambahan adalah sesuatu yang ditambah kepada sijil asas untuk memberi manfaat tambahan - kadang
kala memerlukan bayaran tambahan. Peserta juga boleh menggabungkan satu set Pelan tambahan dan
disertakan dalam sijil asas.

Amaun sumbangan pastinya akan meningkat, bergantung kepada Pelan tambahan atau gabungan Pelan
tambahan yang dipilih. Lanjutan dari manfaat diatas ialah manfaat hilang upaya menyeluruh/sebahagian
disebabkan kemalangan. Sebab-sebab hilang upaya akan menentukan amaun bayaran atas jumlah
perlindungan. Pembayaran dibuat sama ada dalam bentuk anuiti atau bayaran sekali gus. Walaupun tuntutan
atas Pelan tambahan telah diselesaikan, manfaat sijil asas masih kekal. Satu lagi manfaat tambahan ialah
Pelan tambahan "pengecualian bayaran sumbangan". Sekiranya hilang upaya kekal menjejaskan keupayaan
peserta untuk mencari pendapatan/sara hidup, Pelan tambahan ini mengetepikan semua bayaran sumbangan
masa akan datang. Pelan tambahan manfaat bertempoh bertujuan menyediakan sejumlah wang tambahan,
bersamaan dengan jumlah perlindungan asas maksimum, sekiranya peserta meninggal dunia semasa sijil
dalam keadaan berkuatkuasa.

Pengendali Takaful juga menawarkan manfaat penyakit kritikal. Sekiranya peserta ditimpa oleh mana-mana
penyakit kritikal seperti yang disenaraikan oleh pengendali takaful, peserta berpeluang untuk menerima
bayaran pampasan. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja tuntutan berkenaan telah dibayar, tuntutan
tambahan atas sebab yang sama dimasa hadapan tidak akan dipertimbangkan.

Pelan tambahan lain yang juga ditawarkan ialah manfaat penghospitalan dan pembedahan utama. Manfaat
pembedahan melibatkan pembayaran kos pembedahan, bergantung kepada prosedur pembedahan;
sementara manfaat penghospitalan meliputi perbelanjaan yang terlibat apabila peserta dimasukkan ke
hospital termasuk bayaran caj bilik, tertakluk kepada had tertentu iaitu amaun maksimum dan bilangan hari
dalam setahun yang peserta layak memperolehi manfaat berkenaan.

Pelan tambahan mengatasi apa-apa percanggahan atau perbezaan dalam sijil asas. Dalam erti kata lain, jika
terdapat peruntukan dalam Pelan tambahan yang berbeza daripada peruntukan yang sama dalam sijil asal,
maka peruntukan dalam Pelan tambahan dikekalkan. Pelan tambahan boleh mengecualikan atau
mengasingkan perlindungan dan akan menjadikan kadar sumbangan lebih rendah. Walau bagaimanapun,
dalam kebanyakan kes, Pelan tambahan akan menambah skop perlindungan atas sijil sedia ada.

 Pelan tambahan Takaful Penyakit Kritikal

Pelan tambahan Takaful Penyakit Kritikal merupakan perlindungan paras individu. Pelan ini
menyediakan perlindungan dari sebarang penyakit kritikal yang dinyatakan dalam sijil dan berlaku
dalam tempoh perlidungan pelan.

Jenis perlindungan
 Pelan tambahan ini menyediakan bayaran penuh jumlah perlindungan penyakit kritikal apabila
peserta didiagnosa dan menghidap sebarang penyakit kritikal yang disenaraikan dalam sijil.

Pelan ini disediakan dalam dua bentuk:

1. Pelan yang Dipercepatkan (Accelerated)

Pelan tambahan ini menyediakan bayaran sekali gus jumlah perlindungan Penyakit
Kritikal, iaitu bayaran pendahuluan dari jumlah perlindungan asas apabila didiagnosa dan
disahkan menghidap penyakit kritikal. Tuntutan yang dibuat di bawah rider ini akan
mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.
2. Pelan Tambahan

Pelan tambahan ini menyediakan bayaran sekali gus jumlah perlindungan Penyakit
Kritikal yang didiagnosa dan disahkan. Pembayaran yang dibuat di bawah rider ini tidak
akan mengurangkan Jumlah Perlindungan Asas, dan menjadikan pelan pilihan ini lebih
mahal berbanding dengan pelan sebelumnya.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Jumlah Perlindungan Peserta boleh memilih amaun perlindungan hingga ke had


maksimum jumlah perlindungan sijil asas.
Manfaat Apabila sijil telah mencapai tempoh matang, peserta akan
menerima bayaran amaun terkumpul di dalam Akaun Khas
Peserta (AKP).
Setelah didiagnosa, amaun perlindungan penyakit kritikal
akan dibayar, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

 Hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah


berdasarkan kepada definisi pekerjaan atau
profesion yang ditetapkan didalam sijil.

 Manfaat Hilang Upaya akan dibayar selepas


memenuhi tempoh kelayakan (tempoh menunggu)
iaitu hilang upaya itu mestilah berlaku untuk tempoh
berterusan tidak kurang daripada enam (6) bulan.

 Kemortalan tambahan dan/atau bebanan pekerjaan


akan ditambah kedalam amaun sumbangan,
bersesuaian dengan profil peserta dan definisi
hilang upaya kekal dan menyeluruh. Sumbangan
tambahan (loading) dikira sebagai faktor berganda
kepada kadar minimum bersih. Tiada sebarang
diskaun diberikan kerana ia adalah kadar minimum
bersih.

Amaun Sumbangan Amaun sumbangan adalah bergantung kepada rider atau


kombinasi pelan yang dipilih.
Pulangan Pelaburan Model takaful ini membolehkan pengendali takaful
mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta.
Pengecualian
 Keadaan sedia ada dikecualikan dari manfaat ini.

 Nota: Penyakit yang didiagnosa dalam tempoh tiga


(3) bulan dari tarikh kuatkuasa sijil atau tarikh
kuatkuasa semula adalah tidak dilindungi di bawah
pelan ini.
 Pelan tambahan Takaful Kematian Disebabkan Kemalangan

Pengenalan

Pelan ini merupakan perlindungan takaful peringkat individu untuk yang hanya boleh disertakan
kepada Pelan Asas. Pelan ini menyediakan pampasan kewangan kepada peserta sekiranya
berlaku kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh (Total Permanent Disablement) atau
hilang upaya kekal sebahagian (Permanent Partial Disablement) akibat kemalangan dalam
lingkungan definisi terma sijil.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Jumlah Perlindungan Jumlah Perlindungan:


Peserta boleh memilih amaun perlindungan sehingga ke
tahap perlindungan asas atau maksimum beberapa lima
(5) kali ganda amaun perlindungan asas tertakluk kepada
polisi pengendali Takaful.
Manfaat Pelan ini melindungi:

 Manfaat Kematian Disebabkan


Kemalangan -
Sekiranya peserta meninggal dunia akibat
kemalangan mengikut terma didalam sijil, jumlah
perlindungan ditambah dengan baki didalam
Akaun Khas Peserta (AKP) akan dibayar.

 Manfaat hilang upaya kekal dan


menyeluruh Disebabkan Kemalangan
Sekiranya peserta megalami hilang upaya kekal
dan menyeluruh akibat kemalangan, mengikut
terma didalam sijil, jumlah perlindungan ditambah
dengan baki didalam Akaun Khas Peserta (AKP)
akan dibayar kepada peserta.

 Manfaat hilang upaya kekal sebahagian


Disebabkan Kemalangan
Sekiranya peserta megalami hilang upaya kekal
sebahagian akibat kemalangan, mengikut terma
didalam sijil, jumlah perlindungan ditambah
dengan baki didalam Akaun Khas Peserta (AKP)
akan dibayar kepada benefisiari atau waris
peserta. Bayaran amaun perlindungan adalah
seperti yang terkandung dalam Jadual Indemniti.

 Manfaat Kematangan
Apabila sijil telah mencapai tempoh matang,
peserta akan menerima bayaran amaun
terkumpul dalam Akaun Khas Peserta.
Setelah tamat tempoh polisi, baki sumbangan berserta
pulangan keuntungan akan diagih-agihkan kepada
peserta mengikut kadar yang sewajarnya.
Amaun Sumbangan Amaun sumbangan adalah bergantung kepada rider atau
kombinasi pelan yang dipilih.
Pulangan Pelaburan Model takaful ini membolehkan pengendali takaful
mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta.
Pengecualian Keadaan sedia ada adalah dikecualikan dari manfaat ini.

 Pelan tambahan Pengecualian Bayaran Sumbangan Penyakit Kritikal

Pengenalan

Pengecualian bayaran sumbangan merupakan pelan yang membenarkan semua bayaran


sumbangan untuk masa akan datang (termasuk pelan tambahan lain yang disertakan, kecuali
pelan tambahan penyakit kritikal) adalah dikecualikan, iaitu apabila peserta didiagnosa
menghidap/mengalami mana-mana 39 penyakit kritikal (sumber daripada Bank Negara Malaysia
2001) seperti yang ditakrifkan dalam kontrak. Selepas didiagnosa, manfaat yang dibayar adalah
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

 Hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah berdasarkan kepada definisi pekerjaan atau
profesion yang ditetapkan didalam sijil.

 Faedah hilang upaya akan dibayar selepas memenuhi tempoh kelayakan (tempoh
menunggu) dimana hilang upaya tersebut mesti berlaku untuk tempoh berterusan tidak
kurang enam (6) bulan.

 Keadaan sedia ada adalah dikecualikan dari manfaat ini.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Jumlah Perlindungan Peserta boleh memilih amaun perlindungan sehingga ke


tahap perlindungan asas atau maksimum beberapa kali
ganda amaun perlindungan asas tertakluk kepada polisi
pengendali Takaful.
Manfaat Setelah didiagnosa, manfaat yang dibayar adalah
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

 Hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah


berdasarkan kepada definisi pekerjaan atau
profesion yang ditetapkan didalam sijil.

 Faedah hilang upaya akan dibayar selepas


memenuhi tempoh kelayakan (tempoh menunggu)
dimana hilang upaya tersebut mesti berlaku untuk
tempoh berterusan tidak kurang dari enam (6)
bulan.

 Keadaan sedia ada adalah dikecualikan


dari manfaat ini.

 Manfaat Kematangan: Apabila sijil telah


mencapai tempoh matang, peserta akan menerima
bayaran amaun terkumpul dalam Akaun Khas
Peserta.

Amaun Sumbangan Amaun sumbangan adalah bergantung kepada rider atau


kombinasi pelan yang dipilih.
Pulangan Pelaburan Model takaful ini membolehkan pengendali takaful
mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta.
Pengecualian Pengecualian bayaran sumbangan pelan tambahan ini
merupakan pelan yang membenarkan semua bayaran
sumbangan untuk masa akan datang termasuk rider yang
disertakan, kecuali rider penyakit kritikal, adalah
dikecualikan iaitu apabila peserta didiagnosa
menghidap/mengalami penyakit kritikal seperti yang
ditakrifkan dalam kontrak.

 Pelan tambahan Manfaat Pembayar

Pengenalan

Pelan Tambahan Manfaat Pembayar adalah pelan tambahan yang hanya boleh disertakan
kepada pelan asas. Pelan ini akan mengecualikan semua bayaran sumbangan masa depan
(bukan tunggakan sumbangan) yang perlu dibayar di bawah sijil ini (termasuk pelan tambahan
yang disertakan) sekiranya peserta meninggal dunia, mengalami hilang upaya kekal dan
menyeluruh (TPD) dan/atau didiagnosa sebagai mengalami mana-mana penyakit kritikal (seperti
yang dinyatakan dalam kontrak) sebelum sijil mencapai tempoh matang. Pelan ini direka khusus
untuk menyediakan perlindungan kepada pembayar caruman dan juga menggalakkan peserta
menyimpan/melabur.

Jenis-jenis Perlindungan

 Manfaat Kematian

 Sekiranya pembayar meninggal dunia atas sebarang sebab, semua bayaran


sumbangan untuk masa akan datang (kecuali tunggakan sumbangan) termasuk
rider yang disertakan, sekiranya berkenaan, adalah dikecualikan,

 Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

 Sekiranya pembayar mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh atas sebarang
sebab dan tertakluk kepada syarat dan peraturan rider, semua bayaran
sumbangan (tidak termasuk tunggakan sumbangan) yang sepatutnya perlu
dibayar dibawah sijil ini (termasuk pelan tambahan yang disertakan, sekiranya
berkenaan) adalah dikecualikan.

 Manfaat Penyakit Kritikal

 Sekiranya pembayar didiagnosa dan disahkan menghidap salah satu penyakit


kritikal (seperti yang dinyatakan dalam kontrak), semua bayaran sumbangan
(tidak termasuk tunggakan sumbangan) yang sepatutnya perlu dibayar dibawah
sijil ini (termasuk pelan tambahan yang disertakan, sekiranya berkenaan) adalah
dikecualikan.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Jumlah Peserta boleh memilih amaun perlindungan sehingga ke


Perlindungan tahap jumlah perlindungan pelan asas.
Syarat-syarat Apabila pembayar mengalami hilang upaya kekal dan
menyeluruh atau didiagnosa menghidap penyakit kritikal,
Jumlah Perlindungan Manfaat Pembayar (Payor Benefits
Sum Covered) akan dibayar tertakluk kepada syarat-syarat
berikut:

 Hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah


berdasarkan kepada definisi pekerjaan atau
profesion yang ditetapkan didalam sijil.

 Manfaat hilang upaya akan dibayar selepas


memenuhi tempoh kelayakan (tempoh menunggu) di
mana hilang upaya tersebut mesti berlaku untuk
tempoh berterusan tidak kurang dari enam (6) bulan.

Manfaat Manfaat Kematian:

Sekiranya pembayar meninggal dunia kerana sebarang


sebab, semua bayaran sumbangan (tidak termasuk
sumbangan tertunggak) yang sepatutnya perlu dibayar
dibawah sijil ini (termasuk pelan tambahan yang disertakan,
sekiranya berkenaan) adalah dikecualikan.

Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh:

Sekiranya pembayar mengalami hilang upaya kekal dan


menyeluruh kerana sebarang sebab dan tertakluk kepada
terma dan syarat rider, semua bayaran sumbangan (tidak
termasuk sumbangan tertunggak) yang sepatutnya perlu
dibayar dibawah sijil ini (termasuk pelan tambahan yang
disertakan, sekiranya berkenaan) adalah dikecualikan.

Manfaat Penyakit Kritikal:


Sekiranya pembayar didiagnosa dan disahkan menghidap
salah satu penyakit kritikal (seperti yang dinyatakan dalam
kontrak), semua bayaran sumbangan (tidak termasuk
sumbangan tertunggak) yang sepatutnya perlu dibayar
dibawah sijil ini (termasuk pelan tambahan yang disertakan,
sekiranya berkenaan) adalah dikecualikan.

Manfaat Kematangan:

Apabila sijil telah mencapai tempoh matang, peserta akan


menerima bayaran amaun terkumpul dalam Akaun Khas
Peserta (AKP).
Amaun Sumbangan Amaun sumbangan adalah bergantung kepada pelan
tambahan atau kombinasi pelan yang dipilih.
Pulangan Pelaburan Model takaful ini membolehkan pengendali takaful
mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta.
Pengecualian Keadaan sedia ada adalah dikecualikan dari manfaat ini.

 Pelan tambahan Takaful Bertempoh

Pengenalan

Pelan Tambahan Bertempoh adalah pelan tambahan takaful yang hanya boleh disertakan
bersama-sama dengan pelan asas. Ia adalah perlindungan takaful peringkat individu dengan
perlindungan yang menyeluruh dan skop manfaat yang lebih meluas.

Jenis-jenis perlindungan

Pelan ini menyediakan perlindungan kewangan sekiranya peserta meninggal dunia atau
mengalami hilang upaya kekal dalam tempoh sijil berkuatkuasa.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Jumlah Perlindungan Peserta boleh memilih amaun perlindungan sehingga ke


tahap perlindungan asas atau maksimum beberapa kali
ganda amaun perlindungan asas tertakluk kepada polisi
pengendali Takaful.
Manfaat Manfaat Kematian:
Sekiranya peserta meninggal dunia dalam tempoh sijil
berkuatkuasa, jumlah perlindungan rider bertempoh
ditambah dengan baki didalam Akaun Khas Peserta
(AKP) akan dibayar sekaligus kepada benefisiari peserta.

Hilang Upaya kekal dan Menyeluruh:


Sekiranya peserta mengalami hilang upaya kekal dan
menyeluruh dalam tempoh sijil berkuatkuasa, jumlah
perlindungan pelan tambahan bertempoh ditambah
dengan baki didalam Akaun Khas Peserta akan dibayar
sekaligus kepada peserta.

Manfaat Kematangan:
Apabila sijil matang, peserta akan menerima bayaran
amaun terkumpul dalam Akaun Khas Peserta.
Amaun Sumbangan Amaun sumbangan adalah bergantung kepada pelan
tambahan atau kombinasi pelan yang dipilih.
Pulangan Pelaburan Model takaful ini membolehkan pengendali takaful
mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta.
Pengecualian Keadaan sedia ada adalah dikecualikan dari manfaat ini.

 Pelan Tambahan Takaful Manfaat Penghospitalan

Pengenalan

Pelan tambahan manfaat penghospitalan adalah pelan tambahan takaful individu yang hanya
boleh disertakan bersama pelan asas sahaja. Pelan ini menyediakan manfaat tunai harian
sekiranya peserta dimasukkan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit, tertakluk kepada
terma dan syarat pelan tambahan

Jenis perlindungan;

Manfaat Penghospitalan

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Jumlah Perlindungan Peserta boleh memilih amaun perlindungan serendah


RM10 sehari sehingga ke had maksimum yang
ditetapkan oleh pengendali Takaful.
Manfaat Manfaat Penghospitalan:
Sekiranya peserta dimasukkan ke hospital akibat
kemalangan atau penyakit untuk tempoh minimum yang
ditetapkan oleh pengendali takaful, amaun manfaat
hospital akan dikira dari hari pertama dimasukkan ke
hospital. Jumlah maksimum hari yang ia layak adalah
tertakluk kepada pelan Takaful yang disertai (berbeza
mengikut pelan dan pengendali Takaful

Amaun Sumbangan
Amaun sumbangan adalah bergantung kepada pelan
tambahan atau kombinasi pelan yang dipilih.
Pulangan Pelaburan Model takaful ini membolehkan pengendali takaful
mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta.
Pengecualian
 This Takaful model allows the takaful
operator to optimise investment returns to the
participants.

 Manfaat ini mengecualikan keadaan sedia


ada.
 Pelan Tambahan Takaful Perbelanjaan Kematian

Pengenalan

Pelan tambahan Takaful Perbelanjaan Kematian direka untuk menyediakan bantuan kewangan
dengan serta-merta kepada waris terdekat sekiranya peserta meninggal dunia.

Jenis perlindungan;

Kelulusan Segera Tanpa Sebarang Kerumitan


Setelah berpuashati dengan bukti kematian yang dikemukakan, benefisiari atau waris terdekat
peserta akan menerima bayaran perbelanjaan serta-merta kematian tanpa memerlukan
sebarang dokumen sokongan.

Terma dan Syarat-Syarat Penting

Manfaat Manfaat Kematian:


Sekiranya peserta meninggal dunia dalam tempoh sijil
berkuatkuasa, bayaran perbelanjaan serta-merta
kematian ditambah dengan baki didalam Akaun Khas
Peserta (AKP) akan dibayar kepada benefisiari atau
waris terdekat peserta.

Manfaat Kematangan:
Apabila sijil telah mencapai tempoh matang, peserta
akan menerima amaun terkumpul dalam Akaun Khas
Peserta (AKP).
Amaun Sumbangan Amaun sumbangan adalah bergantung kepada Pelan
tambahan atau kombinasi pelan yang dipilih.
Pulangan Pelaburan Model takaful ini membolehkan pengendali takaful
mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta.
Pengecualian Manfaat ini mengecualikan keadaan sedia ada.

 Pelan Tambahan Pendapatan Keluarga

Pengenalan

Pelan Tambahan Pendapatan Keluarga memberikan peserta dan keluarga suatu jaminan
ketenangan sekiranya peserta mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh atau didiagnosa
menghidap penyakit kritikal dalam tempoh pelan berkuatkuasa. Pelan tambahan ini
membolehkan sebahagian besar daripada peruntukan Akaun Peserta digunakan untuk tujuan
pelaburan yang memberikan kadar pulangan yang optimum. Ia juga menyediakan peruntukan
pendapatan pelaburan dan surplus yang lebih kerap untuk dimasukkan ke akaun pelaburan
peserta. Pelaburan semula serta merta pulangan pelaburan dan surplus seterusnya akan
menjanjikan jumlah pulangan yang lebih baik.

Jenis perlindungan

Sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh atau peyakit kritikal yang
dilindungi dibawah pelan ini, manfaat pendapatan keluarga akan dibayar kepada benefisiari
yang dinamakan oleh peserta atau waris terdekat, sepanjang tempoh sijil berkuatkuasa.
Terma dan Syarat-Syarat Penting

Jumlah Perlindungan Peserta boleh memilih amaun perlindungan serendah


RM10 sehari sehingga ke had maksimum yang
ditetapkan oleh pengendali takaful.
Manfaat Manfaat Kematian:
Sekiranya peserta meninggal dunia akibat kemalangan
atau penyakit yang dilindungi dibawah pelan ini, amaun
pendapatan keluarga akan dibayar kepada benefisiari
yang dinamakan oleh peserta atau waris terdekat,
sepanjang tempoh kuatkuasa pelan.

Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh:


Sekiranya peserta mengalami hilang upaya kekal dan
menyeluruh akibat kemalangan atau penyakit yang
dilindungi dibawah pelan ini, amaun pendapatan keluarga
akan dibayar kepada peserta sepanjang tempoh
kuatkuasa pelan.

Manfaat Penyakit Kritikal:


Sekiranya peserta didiagnosa dan disahkan menghidap
salah satu penyakit kritikal yang dilindungi dibawah pelan
ini, amaun pendapatan keluarga akan dibayar kepada
peserta sepanjang tempoh kuatkuasa pelan.

Manfaat Kematangan:
Apabila sijil telah mencapai tempoh matang, peserta
akan menerima amaun terkumpul dalam Akaun Khas
Peserta (AKP).
Terma dan Syarat Sekiranya peserta mengalami hilang upaya kekal dan
menyeluruh atau didiagnosa menghidap salah satu
penyakit kritikal, amaun perlindungan akan dibayar
mengikut syarat-syarat berikut:

 Hilang upaya kekal dan menyeluruh adalah


berdasarkan kepada definisi pekerjaan atau
profesion yang ditetapkan di dalam sijil.

 Manfaat hilang upaya akan dibayar selepas


memenuhi tempoh kelayakan (tempoh
menunggu) dimana hilang upaya tersebut mesti
berlaku untuk tempoh berterusan tidak kurang
dari enam (6) bulan.

Amaun Sumbangan Amaun sumbangan adalah bergantung kepada Pelan


Tambahan atau kombinasi pelan yang dipilih.
Pulangan Pelaburan Model takaful ini membolehkan pengendali takaful
mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta.
Pengecualian Manfaat ini mengecualikan keadaan sedia ada.
AMALAN TAKAFUL KELUARGA: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT
SIJIL

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan secara terperinci mengenai terma-terma dan syarat-syarat umum yang
biasanya terdapat dalam sijil takaful keluarga.

C3.1 Keterangan Sijil Takaful Keluarga

Takaful perpaduan keluarga menyediakan perlindungan kepada peserta dengan manfaat perlindungan
kewangan dan simpanan jangka panjang. Peserta atau waris akan disediakan dengan manfaat kewangan jika
peserta ditimpa musibah. Pada masa yang sama, peserta akan memiliki tabungan peribadi jangka panjang
kerana sebahagian daripada sumbangan yang dibayar akan disimpan dalam sebuah akaun bagi tujuan
simpanan dan pelaburan. Peserta akan dapat menikmati pulangan pelaburan daripada bahagian simpanan
mengikut nisbah yang telah dipersetujui dengan pengendali takaful.

Adalah penting untuk memahami bahawa perkataan "sijil" dan "kontrak" adalah tidak sinonim atau tidak sama
pegertiannya. Sijil adalah alat atau perantaraan (mungkin dalam bentuk kertas atau sebagainya) di mana
perjanjian ditulis di atasnya. Sementara kontrak pula adalah sesuatu yang tidak ketara, iaitu perjanjian
perundangan yang mengikat pihak-pihak berkenaan.

Akta Takaful 1984 mendefinisikan “sijil takaful” sebagai “apa-apa kontrak takaful bagi perniagaan perpaduan
keluarga atau perniagaan am sama ada atau tidak terkandung dalam atau diterangkan oleh suatu surat cara
dalam bentuk sijil, dan sebutan mengenai pengeluaran sijil hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. Sebutan
mengenai sesuatu sijil pengendali takaful termasuklah apa-apa sijil yang berkenaan dengannya pengendali
adalah di bawah apa-apa liabiliti, sama ada sijil itu telah dikeluarkan oleh pengendali atau liabiliti itu telah
berpindah kepada pengendali daripada seorang pengendali lain”.

C3.2 Transaksi Sijil

Transaksi sijil boleh dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut:-

1. Sijil pendua, dan

2. Penyerahan hak sijil takaful keluarga.

3.2.1 Sijil pendua

Apabila dokumen sijil hilang atau salah letak, sijil gantian akan dikeluarkan oleh pengendali takaful.
Pengendali takaful biasanya memerlukan dari peserta, antara lain, dokumen-dokumen berikut sebelum
mengeluarkan sijil gantian:-

1. surat permohonan;

2. persetujuan untuk membayar gantirugi kepada pengendali takaful sekiranya timbul sebarang
kerugian disebabkan pengeluaran sijil pendua berkenaan.

Sijil pendua akan dicop dengan perkataan “Sijil Pendua”, dan menjadi dokumen perundangan yang sah.

3.2.2 Penyerahan Hak Sijil Takaful Keluarga


Perlu difahami bahawa Akta Takaful 1984 mendefinisikan “peserta” sebagai orang yang diberi perlindungan,
dimana setelah sijil diserah hak kepada pemegang serah hak pada masa itu, dan pemegang serah hak berhak
mendapat manfaat sijil dari pengendali takaful kerana ia adalah wakil diri peserta yang telah meninggal dunia.

Penyerahan hak ialah suatu pemindahan hak dan liabiliti oleh seseorang kepada seseorang yang lain. Di
takaful, pemindahan semua hak dan tanggungan peserta kepada orang lain disebut sebagai suatu
penyerahan hak sijil. Pemegang serahhak, orang yang mengambil alih hak-hak yang diberikan, akan
mempunyai hak yang sama seperti yang dinikmati oleh penyerah hak. Oleh itu, hak undang-undang di bawah
sijil takaful keluarga boleh dipindahkan melalui penyerahan hak.

Penyerahan hak boleh dibuat sama ada serah hak mutlak atau serah hak bersyarat. Penyerahan hak mutlak
tidak meninggalkan apa-apa hak untuk penyerah hak, kecuali pembayaran sumbangan sekiranya peserta
memilih untuk membayar. Sebaliknya, serah hak bersyarat akan memberi hak kepada penyerah hak untuk
membatalkan penyerahan hak sekiranya pemegang serah hak meninggal dunia sebelum manfaat takaful
dibayar atau jika peserta masih hidup sehingga tarikh matang sijil takaful. Proses penyerahan hak boleh
dilakukan melalui prosedur berikut:

1. Penyerahan hak hendaklah dibuat secara bertulis. Tanpa notis bertulis, pengendali takaful tidak
boleh dipertanggungjawabkan keatas bayaran yang dibuat kepada individu lain, selain dari
pemegang serah hak;

2. Penyerahan hak boleh dikuatkuasakan melalui endorsemen atau surat ikatan yang berasingan;

3. Notis bertulis mengenai penyerahan hak hendaklah dihantar ke ibu pejabat pengendali takaful;

4. Apabila menerima notis penyerahan hak, pengendali takaful hendaklah mendaftarkan notis
berkenaan. Ini adalah perlu untuk menentukan susunan keutamaan dalam tuntutan sekiranya sijil
berkenaan mempunyai pelbagai penyerahan hak. Mengikut keutamaan, penyerahan hak yang lebih
awal tarikhnya perlu didahulukan berbanding dengan penyerahan hak yang didaftarkan selepas
tarikh tersebut.

 Penyerahan Hak Amaun Tuntutan

Dalam takaful, istilah "penyerahan hak" juga digunakan dalam konteks menyerahkan hak
prosid atau manfaat sijil. Penyerahan hak prosid sijil timbul apabila peserta mengarahkan
pengendali takaful untuk membayar prosid sijil kepada pihak ketiga.

Sebagai contoh, terdapat penyerahan hak prosid sijil apabila peserta mengarahkan
pengendali takaful untuk membayar ganti rugi yang peserta mempunyai hak keatasnya untuk
diserahkan kepada pihak lain. Dalam takaful keluarga, penyerahan hak prosid sijil berlaku
apabila pemilik sijil/peserta menamakan benefisiari untuk menerima manfaat kematian di
bawah sijil berkenaan. Dalam penyerahan hak tersebut, peserta masih kekal sebagai satu
pihak kepada kontrak takaful dan terus bertanggungjawab terhadap liabiliti yang timbul
dibawah sijil walaupun selepas membuat penyerahan hak prosid sijil. Semua perolehan sijil
bebas untuk diserah hak, melainkan jika kontrak menyatakan sebaliknya.

Seksyen 6, Akta Takaful 1984, memperuntukkan bahawa hanya mereka yang telah
mencapai umur lapan belas (18) tahun dan ke atas sahaja yang boleh terlibat dalam kontrak
takaful. Oleh yang demikian, peserta boleh melantik seseorang untuk menerima manfaat sijil
sekiranya beliau meninggal dunia, dengan memberitahu pengendali takaful secara bertulis
mengenai butir-butir penama berikut:

1. Nama dan tarikh lahir,

2. No kad pengenalan atau no sijil kelahiran, dan

3. Alamat.

Penamaan tersebut hendaklah disaksikan oleh seseorang yang berfikiran waras, telah
mencapai umur 18 tahun dan yang bukan merupakan penama yang dinamakan di bawah sijil
berkenaan.

C3.3 Endorsemen / Pindaan Ke Atas Sijil

Kontrak takaful keluarga secara umumnya adalah kontrak jangka panjang dengan tempoh perlindungan
berlanjutan sehingga lebih dari 20 tahun. Dalam tempoh yang panjang ini, situasi atau keadaan pemegang sijil
mungkin telah berubah. Fleksibiliti yang terdapat dalam struktur kontrak membolehkan beberapa bentuk
pindaan boleh dilakukan terhadap sijil takaful.

Dokumen sijil yang standard sering dipinda sebagai pengesahan terhadap perubahan dan perbezaan
keadaan serta keperluan seseorang. Endorsemen boleh dilakukan:

1. ketika sijil dikeluarkan, atau

2. selepas sijil dikeluarkan.

 Endorsemen Ketika Sijil Dikeluarkan

Secara amnya, berikut adalah tiga syarat-syarat khusus untuk membuat endorsemen
terhadap:-

1. perubahan yang memberi kesan kepada amaun sumbangan atau kekerapan bayaran.
Sebagai contoh, jika pindaan melibatkan bayaran ansuran sumbangan, maka suatu
syarat yang bersesuaian perlu dikenakan iaitu dengan mengadakan peruntukan bagi
potongan apa-apa tunggakan yang belum dibayar, dilangsaikan semasa membuat
tuntutan kematian;

2. pindaan yang melibatkan perubahan jumlah perlindungan atau mod bayaran. Sebagai
contoh, sekiranya pilihan penyelesaian ialah menggunakan prosid sijil sebagai deposit
atas arahan pengendali, maka syarat-syarat khas perlu diperuntukkan semasa
membuat endorsemen;

3. pindaan yang menyertakan manfaat tertentu, contohnya pilihan untuk menukar kontrak
sedia ada kepada jenis kontrak yang berbeza; perlu menyertakan had atau pembatasan
tertentu.
 Endorsemen Selepas Sijil Dikeluarkan

Endorsemen ini dibuat kerana terdapat perubahan dalam:

1. mod bayaran sumbangan;

2. perubahan bentuk kontrak;

3. mengenakan atau mengecualikan sumbangan tambahan.

Pindaan-pindaan diatas secara amnya boleh dibahagikan kepada kategori perubahan berikut:

4. nama atau umur peserta;

5. sumbangan yang perlu dibayar – mod bayaran dan tarikh bayaran;

6. jumlah perlindungan dan amaun sumbangan;

7. Pelan takaful.

 Pindaan Sijil

Bentuk pindaan yang biasa dilakukana ialah:

1. pertukaran alamat - pindaan ini tidak melibatkan sebarang perubahan dalam syarat
kontrak dan lazimnya diterima oleh pengendali takaful. Perubahan pada rekod
pengendali takaful akan dibuat dan peserta akan diberitahu mengenainya;

2. pertukaran nama (pemohon/peserta adalah individu yang sama) – Perubahan ini


dilakukan dengan mengeluarkan endorsemen. Dokumen bukti diperlukan untuk
melakukan pindaan ini;

3. perubahan kekerapan bayaran sumbangan;

4. perubahan jumlah perlindungan – Pengendali takaful biasanya membenarkan


pengurangan jumlah perlindungan dengan syarat amaun yang dikurangkan itu tidak
menjadi lebih rendah dari amaun perlindungan minimum bagi kategori perniagaan
tersebut. Walau bagaimanapun, pengendali takaful tidak menggalakkan peningkatan
amaun perlindungan kerana khuatir terdapat anti pemilihan. Dalam keadaan ini, laporan
kesihatan yang membuktikan kesihatan peserta adalah memuaskan mungkin diperlukan
oleh pengendali takaful dan amaun sumbangan akan diselaraskan untuk mencerminkan
peningkatan jumlah perlindungan. Sebagai alternatif, peserta disarankan untuk
mengambil sijil baru dengan jumlah perlindungan yang lebih besar;
5. penukaran benefisiari;

6. perubahan tempoh perlindungan, contohnya dari 10 tahun kepada 5 tahun;

7. pindaan kontrak kepada sijil jelas dibayar;

8. perubahan pelan takaful;

9. penepian sumbangan tambahan apabila peserta tidak lagi terdedah kepada risiko
tambahan, seperti hobi, aktiviti masa lapang dan/atau pekerjaan yang merbahaya.

Setiap pengendali takaful mempunyai prosedurnya sendiri untuk meminda sijil. Biasanya,
dokumen sijil dan permohonan bertulis dari peserta hendaklah dihantar ke pejabat pengendali
takaful kerana perubahan tersebut akan dimasukkan ke dalam dokumen sijil. Apabila pejabat
pengendali takaful menerima permohonan bertulis, ia akan menyemak rekod notis serahan hak
untuk mengetahui samada ia melibatkan pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas sijil
berkenaan, dan kebenaran dari pihak berkenaan hendaklah diperolehi terlebih dahulu kerana
ianya sangat penting. Pengendali takaful kemudiannya akan mengemaskinikan rekod
berkaitan.

C3.4 Keistimewaan Dan Syarat-Syarat

Pembayaran jumlah perlindungan adalah tertakluk kepada pemenuhan syarat-syarat tertentu yang dinyatakan
dalam sijil takaful keluarga. Syarat-syarat sijil secara umumnya boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan:-

1. Syarat yang menambah manfaat perlindungan. Syarat berkenaan juga dikenali sebagai kemudahan;

2. Syarat yang menghadkan skop perlindungan. Ia dikenali sebagai syarat pembatasan dan secara
umumnya ia melibatkan risiko yang tidak diambilkira dalam pengiraan kadar sumbangan;

3. Syarat yang menerangkan ciri-ciri kontrak

 Tempoh Tenggang Sumbangan (grace period)

Tempoh selama tiga puluh hari (atau satu bulan kalendar) biasanya dibenarkan sebagai tempoh
tenggang bagi pembayaran sumbangan secara tahunan, setengah-tahunan, suku-tahunan dan
bulanan. Perlindungan dibawah sijil takaful akan terus berkuatkuasa semasa tempoh pertangguhan ini
dengan amaun penuh jumlah perlindungan. Jika sumbangan masih tidak dijelaskan dalam tempoh
tersebut, perlindungan sijil akan ditamatkan, tertakluk kepada sebarang peruntukan tak lucut hak,
sekiranya berkenaan.
 Nilai Serahan

Nilai serahan adalah nilai yang terdapat dalam sijil takaful keluarga selepas sumbangan dibayar untuk
tempoh minimum beberapa tahun. Dalam skim takaful keluarga, nilai serahan difahami sebagai nilai
atau wang tunai yang akan diterima oleh peserta apabila ia 'menyerahkan' atau menamatkan
penyertaannya sebelum sijil mencapai tempoh matang. Dalam hal ini, peserta akan dibayar semua
baki terkumpul dalam Akaun Peserta, tetapi tiada amaun bayaran dari Akaun Khas Peserta (dana
tabarru`) kerana sumbangan untuk akaun ini telah dianggap sebagai derma.

 Pengeluaran Sebahagian

Peserta dibenarkan mengeluarkan simpanannya sendiri untuk digunakan sekarang, walaupun


sepatutnya ia disimpan dalam tabung untuk kegunaan di masa akan datang. Setiap pengendali takaful
mempunyai set garis panduan mereka sendiri mengenai jumlah wang yang boleh dikeluarkan oleh
peserta. Biasanya sehingga 50% daripada baki yang ada dalam Akaun Peserta boleh dibuat
pengeluaran sebahagian. Sudah tentu pengendali takaful tidak mengenakan faedah atas pengeluaran
yang dibuat, kecuali caj minimum dikenakan untuk menguruskan transaksi berkenaan. Peserta boleh
memilih untuk membayar balik atau sebaliknya atas pengeluaran yang telah dibuat, tetapi harus diingat
bahawa pulangan pelaburan Akaun Peserta adalah bergantung kepada amaun yang terdapat dalam
akaun berkenaan.

 Syarat-Syarat Tanpa Bayaran

Syarat-syarat tanpa-bayaran merupakan satu keistimewaan yang sangat berharga kepada peserta
yang menghadapi masalah untuk membuat bayaran sumbangan atau buat sementara waktu ia tidak
dapat memenuhi tanggungjawabnya. Peruntukan tanpa-bayaran memainkan peranannya setelah sijil
memperolehi nilai tunai. Ia adalah nilai tunai yang terkumpul didalam Akaun Peserta yang digunakan
untuk membiayai manfaat/kemudahan tanpa-bayaran.

Berikut adalah antara kaedah yang digunakan untuk melaksanakan peruntukan syarat-syarat tanpa-
bayaran:

 Pendahuluan Automatik dari Akaun Peserta

Di bawah peruntukan ini, setiap sumbangan akan dibayar secara automatik apabila sampai masanya
setelah tamat tempoh tenggang. Sumbangan akan terus berbayar sehingga nilai tunai habis digunakan
dan selepas itu perlindungan akan ditamatkan. Pengendali takaful membuat peruntukan ini dalam
kontrak mereka untuk menyediakan kesinambungan perlindungan apabila peserta tidak mampu atau
cuai dan gagal membayar sumbangan.

Peruntukan ini juga membenarkan peserta pada bila-bila masa hak untuk mengembalikan status asal
sijil dengan membayar amaun yang tertunggak kepada pengendali takaful. Bukti kebolehlindungan
tidak diperlukan untuk mengembalikan semula sijil kepada status asal. Tambahan pula, dengan
menggunakan pendahuluan automatik dari Akaun Peserta, ia membolehkan manfaat tambahan seperti
penepian bayaran sumbangan dan manfaat kematian akibat kemalangan dapat diteruskan.

Tujuan peruntukan tanpa-bayaran ini adalah untuk melindungi kepentingan peserta yang terlupa
membayar premium atau tidak berkemampuan untuk berbuat demikian buat sementara waktu.
Kemudahan ini bukanlah bertujuan untuk membolehkan peserta memperolehi perlindungan takaful
keluarga dengan kos minimum.

 Takaful Berbayar

Pilihan Takaful Berbayar ini membenarkan peserta membuat penukaran amaun bersih nilai tunai
kepada sijil takaful berbayar dari jenis yang sama seperti sijil asal tetapi amaun muka yang
berkurangan. Sebaik sahaja sijil ini ditukar menjadi sijil takaful berbayar, sumbangan selanjutnya tidak
perlu dibayar, dan semua rider serta manfaat tambahan seperti hilang upaya dan kematian akibat
kemalangan akan dimansuhkan.

Bagi segelintir peserta, peruntukan takaful berbayar ini merupakan sesuatu yang dialu-alukan
khususya apabila peserta akan mencapai umur persaraan, yang biasanya pendapatan mereka akan
berkurangan.

 Takaful Bertempoh Yang Dilanjutkan

Pilihan takaful bertempoh yang dilanjutkan ini membenarkan peserta menukar nilai tunai diperolehi
kepada perlindungan takaful bertempoh berbayar dengan amaun penuh jumlah perlindungan tetapi
tempoh perlindungan dipendekkan. Tempoh perlindungan adalah bergantung kepada amaun nilai tunai
terkumpul yang ada dan boleh digunakan sebagai bayaran sumbangan tunggal bersih pada tarikh
penukaran.

Pilihan ini adalah lebih sesuai ketika perlindungan takaful masih diperlukan tetapi kemampuan
kewangan untuk membayar sumbangan telah terjejas. Untuk sijil yang mempunyai nilai tunai
(endowmen), perlindungan bertempoh yang disediakan biasanya tidak melebihi tarikh matang sijil asal.

 Syarat-Syarat Pengembalian Semula (Reinstatement Condition)

Syarat pengembalian semula membolehkan seseorang memohon untuk menguatkuasakan semula


kontrak setelah tempoh tangguh dan tempoh tanpa-bayaran telah berakhir. Bukti kesihatan dan lain-
lain bukti mungkin diperlukan dan pengendali takaful biasanya berhak mengenakan termanya sendiri
untuk mempertimbangkan permohonan pengembalian semula sijil. Selain dari tempoh tangguh dan
tempoh tanpa-bayaran, biasanya terdapat tempoh lanjutan dimana pengembalian semula sijil boleh
dilakukan. Semasa tempoh perlindungan dibawah fasal tanpa-bayaran, adalah kebiasaan untuk
menyambung perlindungan sijil dengan amaun penuh jumlah perlindungan asal iaitu dengan
membayar semua tunggakan sumbangan.

Sijil yang dikembalikan semula kuatkuasanya adalah tertakluk kepada bukti kesihatan yang
memuaskan. Pengembalian semula sijil biasanya tidak dibenarkan dalam keadaan berikut:-

1. Sijil yang telah luput untuk tempoh tertentu (tertakluk kepada terma dan syarat pengendali
Takaful)

2. Peserta adalah seorang wanita yang mengandung 8 bulan atau lebih (tertakluk kepada terma
dan syarat pengendali Takaful)

3. Peserta yang telah mencapai umur harijadi maksima akan (tertakluk kepada terma dan syarat
pengendali Takaful)

Adalah penting untuk diketahui bahawa bagi setiap sijil yang dikuatkuasakan semula, tarikh kuatkuasa
untuk:

1. fasal tidak boleh tanding dan fasal bunuh diri yang terkandung dalam Syarat-Syarat dan
Kemudahan sijil, dan

2. tempoh menunggu yang dinyatakan dalam sijil atau rider,

adalah bermula dari tarikh sijil berkenaan dikembalikan semula.

ii. Syarat-syarat Pembatasan Fasal Klausa Bunuh Diri


Sekiranya peserta membunuh diri dalam tempoh yang dinyatakan dalam sijil sijil akan batal dan
pengendali takaful tidak bertanggungjawab membayar tuntutan, kecuali mengembalikan semula
sumbangan yang diterima melalui Akaun Peserta (tertakluk kepada terma dan syarat pengendali
Takaful).

iii. Perjalanan & Menetap Di Luar Negara

Kebanyakan sijil tidak menghadkan peserta untuk melakukan perjalanan atau menetap di luar negara.
Klausa ini tertakluk kepada terma dan syarat pengendali Takaful.

iv. Pekerjaan dan Hobi yang Merbahaya

Sumbangan tambahan mungkin dikenakan untuk pekerjaan atau aktiviti berisiko tinggi, contohnya
lumba kereta, luncur udara, pekerja kuari, pekerja pelantar minyak, polis dan sebagainya.

v. Salahnyata Umur dan Fasal Tanpa Tanding

Fasal tanpa tanding biasanya dimasukkan dalam kebanyakan sijil takaful, selaras dengan Seksyen 26,
Akta Takaful 1984 yang memperuntukkan bahawa tiada sijil takaful keluarga yang boleh dipersoalkan
oleh pengendali takaful atas alasan salah nyata umur peserta. Begitu juga, sekiranya kenyataan yang
diberi atau tidak memberitahu dalam borang cadangan atau laporan perubatan atau mana-mana
dokumen sehingga menyebabkan sijil takaful yang dikeluarkan tidak tepat atau palsu atau
mengelirukan, ia tidak boleh dipertikaikan kecuali pengendali takaful boleh membuktikan bahawa
kenyataan yang dibuat atau tidak diberitahu dilakukan dengan niat untuk menipu.

vi. Penggantian Sijil Takaful Keluarga

Penggantian sijil boleh merugikan kepentingan peserta dan sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan,
ia akan meninggalkan kesan buruk terhadap prestasi kewangan jangka panjang pengendali takaful
serta imej industri takaful keseluruhannya.

Definisi “Penggantian Sijil”

Bank Negara Malaysia, melalui surat pekeliling bertarikh 30 Mac 2005, No Ruj: JPI/03/2005/TO
mentakrifkan Penggantian Sijil sebagai “sebarang transaksi yang melibatkan penyertaan sijil takaful
keluarga sekiranya dalam tempoh 12 bulan sebelum atau selepas sijil baru dikuatkuasakan, sijil takaful
keluarga yang sedia ada telah:-

1. Dibatalkan atau diserahkan;

2. ditukar atau diubah menjadi sijil takaful berbayar, diteruskan sebagai takaful bertempoh yang
dilanjutkan atau pendahuluan automatik dari akaun peserta atau dalam bentuk lain peruntukan
tanpa-bayaran atau dikurangkan nilai perlindungan dengan menggunakan peruntukan tanpa-
bayaran, atau peruntukan dividen terkumpul dalam dana tertentu seperti Akaun Peserta; atau

3. ditukar atau diubah sehingga menjadikan amaun sumbangan yang perlu dibayar menjadi lebih
rendah disebabkan pengurangan jumlah perlindungan dan/atau rider atau membuang rider dari
sijil asas, atau dalam tempoh masa tertentu sijil takaful keluarga sedia ada akan terus
berkuatkuasa”.

2. Kaedah Mengenalpasti Penggantian Sijil

Dalam usaha mengenalpasti dan membendung secara dalaman dan luaran mengenai kegiatan
penggantian sijil, pengendali takaful dikehendaki mengambil langkah-langkah berikut:
1. melaksanakan mekanisma kawalan yang berkesan, terutamanya perlaksanaan sistem
automasi bagi mengesan kegiatan penggantian sijil dimana sijil sedia ada dan sijil baru
dikeluarkan oleh pengendali takaful yang sama;

2. memasukkan soalan didalam borang cadangan, bertanyakan samada cadangan terbaru ini
dibuat untuk menggantikan atau berhasrat untuk menggantikan mana-mana sijil sedia ada yang
dikeluarkan oleh pengendali takaful semasa atau lain-lain pengendali takaful; dan

3. melantik pegawai sepenuh masa dikalangan kakitangan syarikat untuk membuat tindakan
susulan dan memberi khidmat nasihat secara bertulis kepada pemilik sijil tentang keburukan
menggantikan sijil takaful serta memberitahu alternatif lain yang ada, dalam tempoh 7 hari dari
tarikh penggantian sijil dikesan. Dalam surat berkenaan, pengendali dikehendaki menunjukkan
jumlah nilai tunai terkumpul dibawah sijil sedia ada dan tempoh (tahun) yang diperlukan untuk
mengumpulkan jumlah nilai tunai yang serupa dibawah sijil baru, juga tunjukkan kerugian bersih
yang akan ditanggung oleh pemilik sijil akibat dari penggantian sijil berkenaan.

C3.5 Pengecualian

Secara amnya, sijil takaful keluarga tidak melindungi:

1. kematian, hilang upaya atau perbelanjaan perubatan disebabkan oleh:

a. peperangan, operasi persiapan berperang, mogok, rusuhan, kegemparan umum;

b. tidak siuman, bunuh diri atau cubaan membunuh diri;

c. penyakit kelamin, jangkitan atau parasit;

d. mabuk disebabkan alkohol atau dadah; dan

e. bersalin, keguguran atau kehamilan.

2. kematian, hilang upaya atau perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh peserta:

a. semasa dalam perjalanan di dalam pesawat sebagai anak kapal;

b. semasa melibatkan diri dalam sukan bermotor, berbasikal, memburu, mendaki gunung,
bermain polo, lumba kuda, melompat-ski air, aktiviti dalam air, atau mana-mana sukan ekstrem
yang lain; dan

c. semasa melakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang.

AMALAN TAKAFUL KELUARGA : PERNIAGAAN BARU –


PENGKADARAN

Pendahuluan

Dalam bab ini, tumpuan akan diberikan kepada amalan takaful keluarga yang berkaitan dengan perniagaan
baru, khususnya dalam aspek pengunderaitan dan pengkadaran.

C4.1 Pengenalan
Kontrak takaful keluarga adalah kontrak jangka panjang dan kadar sumbangan ditetapkan pada peringkat
awal lagi. Oleh itu, tidak seperti dalam kontrak takaful am, sumbangan dalam takaful keluarga tidak boleh
dipinda ketika kontrak dalam tempoh berkuatkuasa. Tambahan lagi, kontrak tidak boleh dibatalkan secara
sebelah pihak iaitu oleh pengendali takaful.

C4.2 Pengurusan Risiko

Dalam perniagaan takaful keluarga, proses pengurusan risiko boleh dibahagikan kepada beberapa tajuk
berikut:-

1. Mengenalpasti faktor-faktor risiko;

2. Pemilihan penyertaan;

3. Menilai risiko;

4. Penentuan biaya risiko;

5. Pemantauan dana takaful.

Faktor-faktor Risiko: Mortaliti (mortality)

Faktor utama yang mempengaruhi kemortalan ialah: - umur, jantina, pekerjaan, status sosial, etnik, lokasi
geografi, status perkahwinan, tabiat peribadi, hobi dan menetap di luar negara.

 Umur

Adalah menjadi fakta umum bahawa mortaliti meningkat seiring dengan peningkatan usia, terutamanya
disebabkan oleh kemalangan dikalangan mereka yang lanjut usia. Kadar kemortalan meningkat
dengan serta-merta selepas kelahiran bayi (kadar kematian bayi) dan selepas itu menurun dengan
ketara sehingga ke tahap yang agak malar kerana banyak dipengaruhi oleh generasi usia muda.
Perkembangan tahap ini kemudiannya agak terganggu dengan kenaikan kadar kemortalan dikalangan
mereka disekitar umur 18 hingga 24 tahun, disebabkan oleh peningkatan jumlah kematian akibat
kemalangan dikalangan mereka. Kadar kemortalan meningkat dengan mendadak pada peringkat umur
yang lebih dewasa.

Kadar mortaliti peserta yang dilindungi adalah lebih rendah daripada kadar kematian penduduk. Ini
adalah disebabkan oleh hakikat bahawa pengendali takaful memilih risiko hayat yang akan dilindungi,
dimana hayat yang mempunyai peluang yang tipis untuk terus hidup walaupun untuk tempoh yang
singkat, pasti akan dikecualikan.

Walau bagaimanapun, ia cukup jelas bahawa semakin meningkat usia seseorang, kemungkinan untuk
menghadapi kematian secara semula jadi atau kematian akibat usia tua yang berlaku dikalangan
mereka meningkat dengan begitu tinggi. Oleh itu, mereka yang berada pada usia sedemikian biasanya
akan mendapati begitu sukar, atau kadang-kala mustahil yang mereka boleh diterima sebagai peserta
dalam skim takaful keluarga. Meskipun mereka diterima, kadar sumbangan pastinya berada ditahap
tertinggi, dan menjadikannya tidak menguntungkan untuk menyertai mana-mana skim takaful keluarga.
Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya mereka disahkan menghidap penyakit tertentu.

Golongan yang berkemampuan biasanya memiliki polisi insurans/menyertai takaful.

Takaful Keluarga disertai oleh sektor penduduk yang pada umumnya mempunyai akses kepada
kemudahan perubatan yang lebih baik dan lain-lain kemudahan sosial.

 Jantina

Kadar mortaliti kaum wanita adalah lebih rendah berbanding dengan kadar kemortalan mortaliti kaum
lelaki.

Statistik mortaliti hayat penduduk dan peserta takaful mendedahkan bahawa wanita mengalami kadar
mortaliti yang lebih rendah berbanding dengan lelaki. Fenomena ini ternyata benar untuk semua
peringkat umur. Tahap mortaliti yang lebih rendah yang dialami oleh kaum wanita dicerminkan melalui
kadar sumbangan takaful keluarga yang lebih rendah berbanding dengan kaum lelaki yang sebaya
usianya. Walau bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku untuk pelan anuiti.

Kadar morbiditi (morbidity) kaum wanita lebih tinggi berbanding dengan kemorbidan kaum lelaki.

Dalam kes morbiditi, kaum wanita mengalami kadar penyakit dan sakit yang lebih tinggi berbanding
dengan kaum lelaki, dan sewajarnya, kaum wanita dikenakan bayaran kadar sumbangan yang lebih
tinggi untuk perlindungan takaful perubatan dan kesihatan.

 Pekerjaan

Satu lagi faktor penting yang mempengaruhi kadar mortaliti ialah jenis pekerjaan. Pengendali takaful
menggunakan kategori yang luas berkaitan pekerjaan dalam menentukan kadar sumbangan tambahan
ke atas kadar sumbangan normal disebabkan oleh risiko tambahan yang ditimbulkan oleh jenis
pekerjaan yang berbeza. Adalah jelas bahawa seorang eksekutif dan pekerja di pelantar minyak
terdedah kepada tahap risiko pekerjaan yang berbeza dan oleh itu adalah penting untuk
mengkategorikan peserta takaful mengikut jenis pekerjaan masing-masing. Ini akan membolehkan
pengendali takaful mengenakan sumbangan yang setara dengan risiko yang ditanggung.

Sebagai contoh, pengendali boleh menerima pakai kategori pekerjaan seperti berikut - Pengurusan,
Eksekutif, Kerani dan Buruh, dan mungkin mengenakan sumbangan tambahan (loading) sumbangan
keatas kategori buruh. Bebanan yang dikenakan kepada buruh adalah lebih tinggi berbanding dengan
lain-lain kategori pekerja.

 Status Sosial

Faktor ini berkait rapat dengan faktor pekerjaan. Status sosial seseorang biasanya ditentukan melalui
pendapatan yang diperolehi. Jumlah pendapatan pula berkait rapat dengan jenis pekerjaan mereka.

 Etnik

Etnik atau rumpun bangsa seseorang individu juga mempunyai kesan penting ke atas mortaliti dan
morbiditi, contohnya dapat dilihat dalam mana-mana kaum/orang asli. Ia dipengaruhi terutamanya oleh
warisan budaya, tabiat pemakanan dan sikap terhadap lain-lain aspek kehidupan. Di Malaysia
misalnya, ia dianggap perkara biasa apabila lebih ramai orang Melayu menghidap diabetes berbanding
dengan kaum-kaum utama yang lain. Ini mungkin disebabkan tabiat pemakanan dan diet kumpulan
bangsa tertentu yang berbeza. Sehubungan dengan itu, pengendali takaful berusaha untuk
memainkan peranan yang lebih aktif demi memastikan kejadian-kejadian sedemikian dapat
dikurangkan dan seterusnya meningkatkan kualiti risiko yang ditanggung.

 Lokasi Geografi

Perbezaan yang ketara ialah antara kawasan bandar dan luar bandar. Mereka yang tinggal di kawasan
bandar biasanya mempunyai akses lebih baik untuk kemudahan rawatan perubatan, manakala
penduduk di kawasan luar bandar mungkin tidak bernasib baik kerana tiada atau kurang kemudahan
asas yang disediakan untuk mereka.

 Status Perkahwinan

Statistik menunjukkan bahawa lelaki bujang mengalami kadar mortaliti yang lebih tinggi daripada lelaki
berkahwin. Ini mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa lelaki berkahwin berusaha sedaya mungkin
untuk mengelak dari menghadapi risiko kerana dia mempunyai tanggungjawab terhadap isteri dan
keluarganya. Manakala lelaki bujang lebih terdedah kepada risiko melalui sikap dan tindakan mereka
yang sukakan cabaran dan oleh itu melihat risiko dari perspektif yang berbeza.

 Tabiat Peribadi dan Sejarah Keluarga

Tabiat seperti merokok dan pengambilan alkohol mempunyai pengaruh yang jelas terhadap mortaliti
dan morbiditi seseorang. Di samping itu, terdapat beberapa jenis penyakit yang ada perkaitannya
dengan keturunan, dan oleh itu sejarah perubatan keluarga adalah faktor penting. Penyakit-penyakit
seperti kencing manis, darah tinggi, dan asma dianggap sebagai penyakit keturunan. Oleh itu,
pengendali takaful perlu mengambil kira maklumat seperti ini apabila mengetahui bahawa terdapat ahli
keluarga bakal peserta yang menghidap penyakit berkenaan.

 Hobi

Beberapa bentuk hobi seperti lumba kereta, meluncur udara dan sebagainya adalah aktiviti merbahaya
dan mereka yang terlibat dalam sukan itu boleh dijangka akan mengalami kadar mortaliti yang lebih
tinggi berbanding dengan kadar mortaliti purata.

 Menetap Di Luar Negara

Tempat tinggal atau menetap di kawasan yang tidak sihat atau di kawasan yang terdedah kepada
pergaduhan secara semula jadi mempunyai kesan dalam meningkatkan mortaliti dan morbiditi.
Melakukan perjalanan jauh atau menetap di luar negara boleh menimbulkan risiko tertentu kerana
sistem ketahanan badan mungkin tidak bersedia menerima perubahan apabila terdedah kepada
suasana dan bumi asing. Penduduk tempatan telah mendapat imunisasi tertentu apabila terdedah
dalam keadaan yang sama, dan dengan itu kesihatan mereka tidak terjejas.

Pemilihan Penyertaan

Pengendali takaful perlu memilih cadangan penyertaan untuk mengelakkan anti-pemilihan. Ini
terutamanya dilakukan melalui proses pengunderaitan. Kontrak takaful keluarga bukan kontrak ganti
rugi. Jumlah penuh yang dilindungi akan dibayar jika berlaku peristiwa yang dilindungi. Oleh itu, proses
pengunderaitan juga perlu mengenal pasti, selain faktor-faktor risiko biasa yang dikaitkan dengan
kesihatan pencadang, juga kes pembelian lebih perlindungan (over insured). Pengunderaitan bagi
kontrak takaful keluarga boleh dipertimbangkan di bawah dua tajuk khusus:-

 Pengunderaitan Kewangan

Borang cadangan akan diteliti perkara-perkara berikut:-

1. Kewujudan kepentingan boleh lindung;

2. sama ada amaun perlindungan yang dipohon sepadan dengan kedudukan kewangan,
contohnya keupayaan pencadang menjana pendapatan;

3. sama ada peserta mengekalkan beberapa polisi insurans / sijil takaful dengan syarikat insurans
/ pengendali lain; dan

4. sama ada pengendali takaful yang lain telah menolak permohonan pencadang untuk
perlindungan takaful, dan jika ya, sebab-sebabnya.

Secara ringkasnya, pengunderaitan kewangan ialah proses mengenalpasti kewujudan bahaya moral.
 Pengunderaitan Perubatan

Jika pengunderaitan kewangan tidak berjaya mendedahkan sebarang ciri-ciri ganjil dalam permohonan
itu, peringkat seterusnya dalam proses pengunderaitan adalah pengunderaitan perubatan. Jawapan
yang disediakan dalam borang cadangan kepada soalan-soalan mengenai ketinggian pencadang,
berat badan, sejarah perubatan peribadi dan keluarga, serta gaya hidup merupakan titik permulaan
proses pengunderaitan.

Jika pengunderaitan di atas mendedahkan sebarang ciri-ciri yang luar biasa, maka pencadang
mungkin dikehendaki untuk menjawab soalan-soalan tambahan, memberikan laporan perubatan atau
menjalani pemeriksaan perubatan lanjutan. Jika jawapan yang disediakan, bersama-sama dengan
laporan pemeriksaan dan perubatan menunjukkan pencadang berada dalam kesihatan yang baik,
proses pengunderaitan berakhir dan pencadang akan ditawarkan perlindungan dengan syarat-syarat
biasa.

Jika ujian menunjukkan bahawa kesihatan pencadang kurang memuaskan, ia akan dianggap sebagai
risiko yang sub-standard atau sebagai risiko yang terjejas. Dalam keadaan ini, pengunderait perlu
membuat keputusan sejauh mana pengendali takaful mampu menanggung risiko tambahan tersebut
sekiranya cadangan berkenaan diterima. Pengendali takaful biasanya menggunakan mana-mana satu
kaedah berikut untuk berhadapan dengan risiko yang sub-standard:-

1. mengenakan amaun sumbangan tambahan;

2. mengenakan lien atau ‘had’ `, iaitu mengurangkan amaun yang kena bayar sekiranya berlaku
kematian;

3. menawarkan bentuk kontrak yang berlainan; atau

4. menolak atau menangguhkan permohonan perlindungan.

Antara contoh terbaik dalam menangani cadangan hayat sub-standard ialah:

5. Mengenakan amaun sumbangan tambahan:


contoh: kadar biasa ialah RM 200/sebulan
peratusan bebanan sub-standard 50%,
amaun sumbangan baru RM 200 + RM 100 = RM 300.

6. Menawarkan bentuk kontrak yang berlainan:


Contoh: Pelan perlindungan asas yang menyediakan manfaat kematian/TPD, tetapi
pengunderait hanya menawarkan perlindungan kematian, tanpa perlindungan TPD.

7. Menangguhkan permohonan perlindungan buat sementara waktu:


Contoh: kehamilan
Sijil boleh dikuatkuasakan hanya apabila pencadang telah bersalin.

Secara ringkasnya, pengunderaitan perubatan ialah proses menilai tahap bahaya fizikal dan hubungannya
dengan risiko yang dicadangkan, sekiranya perlindungan diberikan.
 Pengunderaitan Tanpa-Perubatan

Disebabkan dunia perubatan telah semakin maju, kemudahan perubatan yang disediakan juga
semakin bertambah baik. Dengan kenaikan kos mendapatkan rawatan perubatan dan desakan untuk
memproses peningkatan aktiviti perniagaan dengan cepat, ia membawa kepada pengeluaran sijil
takaful dimana bukti perubatan tidak diperlukan.

Walau bagaimanapun, keistimewaan perlindungan tanpa bukti perubatan itu diberikan hanya kepada
bentuk perlindungan tetap iaitu perlindungan bertempoh dan takaful pelaburan atau simpanan.
Pengunderaitan berdasarkan umur dan jumlah perlindungan masih dikenakan. Garis panduan had
umur dan amaun perlindungan yang digunakan adalah berbeza-beza di kalangan pengendali takaful
dan jadual di bawah menunjukkan had pengunderaitan perubatan:-

Umur Jumlah Perlindungan (RM)


1 bulan – 16 tahun 200,000
17 – 40 tahun 350,000
441 – 50 tahun 250,000
51 tahun ke atas bukti perubatan diperlukan


Had Pengunderaitan tanpa-Perubatan untuk Takaful Keluarga

Pencadang masih perlu mengisi borang cadangan yang direka dengan teliti untuk mendapatkan
maklumat tentang sejarah diri dan keluarga, berat badan, ketinggian dan tabiat. Sekiranya maklumat
yang diberikan memperlihatkan tanda-tanda yang kurang memberangsangkan, pengendali takaful
berhak untuk meminta pencadang menjalani pemeriksaan perubatan.

Sebelum kedatangan penyakit AIDS, terdapat satu trend menggunakan bentuk borang cadangan
bukan-perubatan yang lebih ringkas, iaitu menghadkan soalan berkaitan kesihatan. Pendekatan ini
berjaya mengurangkan peranan pengunderaitan dalam proses pemilihan risiko. Walau bagaimanapun,
kemungkinan wujudnya anti-pemilihan akibat AIDS telah mengubah trend tersebut dan kini fungsi
pengunderaitan telah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.

 Peranan Ejen dalam Proses Pengunderaitan Takaful Tanpa-Perubatan

Adalah penting untuk dinyatakan bahawa pengendali takaful bergantung kepada ejen-ejen yang
berwibawa, jujur dan setia serta menggunakan pertimbangan yang saksama demi memastikan
pencadang untuk perlindungan bukan-perubatan mendedahkan semua maklumat penting dengan jujur
dan sepenuhnya.

 Objektif Pemilihan

Tujuan utama pemilihan ialah untuk menentukan samada risiko yang dicadangkan untuk dilindungi
oleh pengendali takaful itu:-

1. dalam had normal dan boleh diterima oleh pengendali takaful berdasarkan kadar sumbangan
standard untuk umur peserta mengikut umur dalam jadual yang dicadangkan, dimana risiko
tersebut dikategorikan sebagai "kelas pertama", "pilih" atau "standard";

2. di bawah purata tetapi masih diterima oleh pengendali takaful, tertakluk kepada beberapa
bentuk sekatan untuk melindungi risiko tambahan, risiko yang disebut sebagai "sub-standard";
3. di bawah purata sehingga ke tahap ia tidak diterima oleh pengendali takaful pada masa
pertimbangan dibuat, tetapi dengan peredaran masa dan keadaan yang mungkin semakin baik,
cadangan mungkin boleh diterima dimasa akan datang, iaitu permohonan "ditangguhkan" untuk
tempoh tertentu; atau

4. di bawah purata sehingga ke tahap cadangan tidak boleh diterima dengan apa syarat
sekalipun, dan ia adalah cadangan yang “ditolak” .

Risiko dibawah kategori (2) atau (3) memerlukan maklumat peribadi tambahan seperti ketinggian, berat,
sejarah peribadi & keluarga, keturunan, pekerjaan atau tempat tinggal; sebelum penilaian akhir boleh dibuat.

Kaedah Menerima Risiko Sub-Standard

Setelah ditentukan berdasarkan bukti yang dikemukakan bahawa pencadang tidak boleh dikelaskan sebagai
"standard", pengendali takaful perlu membuat keputusan untuk mengetahui setakat mana tahap risiko
tambahan itu wujud (dengan andaian risiko berkenaan masih boleh diterima) dan menentukan kos risiko
tambahan ini.

Risiko tambahan secara amnya boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama:

1. Kadar mortaliti Tambahan yang Semakin Meningkat;


Gangguan yang menyebabkan peningkatan kadar kemortalan mortaliti tambahan adalah salah satu
faktor penting yang membawa kepada kegagalan untuk terus hidup, seiring dengan pertambahan
masa dan usia pencadang. Sebagai contoh, berat badan berlebihan mewujudkan tekanan kepada
jantung dan organ-organ lain.

2. Kadar mortaliti Tambahan Paras (level)


Kemortalan mortaliti tambahan paras merujuk kepada jenis risiko tambahan yang akan kekal malar
dari tahun ke tahun. Beberapa pekerjaan yang merbahaya atau tidak sihat (contohnya, perniagaan
minuman keras) secara umumnya dianggap mempengaruhi kemortalan mortaliti tambahan.

3. Kadar mortaliti Tambahan Menurun


Kemortalan mortaliti tambahan menurun menerangkan tentang jenis risiko yang wujud ketika usia
remaja, tetapi kemudiannya akan berkurangan semasa usia dewasa. Sebagai contoh, seorang anak
remaja yang mengalami batuk kering tetapi telah disahkan sembuh sepenuhnya, besar kemungkinan
penyakit tersebut tidak berulang dimasa akan datang apabila ia telah dewasa.

Risiko tambahan mungkin dibenarkan mengikut kaedah tertentu berdasarkan kategori mortaliti tambahan,
iaitu:

1. Meningkatkan Amaun Sumbangan


Ini dipanggil "sumbangan tambahan". Kadar sumbangan standard boleh ditingkatkan peratusannya
berdasarkan jangkaan peningkatan kadar mortaliti, atau "sumbangan tambahan" boleh dikenakan
dengan mengenakan bayaran sumbangan yang bersesuaian mengikut umur beberapa tahun lebih tua
daripada usia sebenar pencadang. Kadar rata sumbangan tambahan biasanya digunakan untuk risiko
tambahan paras, manakala " sumbangan tambahan berdasarkan umur" sesuai untuk beberapa jenis
mortaliti yang meningkat. Risiko tambahan yang berkurangan secara drastik boleh ditangani dengan
mengenakan sumbangan tambahan sementara.
2. Mengurangkan Manfaat Kematian
Sebagai menggantikan bayaran bebanan secara tunai, risiko tambahan boleh dilindungi mengikut
peruntukan yang bermaksud jumlah perlindungan akan dikurangkan kepada beberapa peratus lebih
rendah dari yang sepatutnya, sekiranya kematian berlaku dalam tempoh yang ditentukan. Ini dikenali
sebagai "lien" atau "hutang luar jangka". Sumbangan yang dikenakan adalah mengikut kadar standard
dan sekiranya peserta yang dilindungi masih hidup selepas tempoh lien, sijil takaful dianggap seolah-
olah telah dikeluarkan untuk hayat standard. Hutang luar jangka mungkin malar atau mungkin menurun
sepanjang tempoh yang ditentukan. Jika lien itu adalah malar, ia boleh dipanggil hutang luar jangka
"paras" dan sekiranya ia semakin berkurangan, ia dirujuk sebagai hutang luar jangka "menurun”.

3. Penyelarasan Pulangan Keuntungan


Penyelarasan pulangan keuntungan dalam sijil sertaan adalah suatu kaedah yang jarang-jarang
digunakan bergantung kepada model dan akad yang digunakan oleh pengendali Takaful.

4. Pelan Sijil Alternatif


Mencadangkan agar suatu kaedah perlindungan yang berbeza disediakan sebagai suatu jalan
penyelesaian. Contohnya, menawarkan kontrak perlindungan dengan menghadkan tempoh kontrak
yang dikeluarkan untuk hayat yang terjejas.

5. Pengecualian Bahaya Tertentu


Sijil yang dikeluarkan mungkin memperuntukkan fasal menghadkan liabiliti pengendali takaful jika
kematian berlaku secara langsung atau tidak langsung akibat gangguan tertentu atau penyertaan
dalam bentuk aktiviti tertentu. Gabungan kaedah ini boleh digunakan (jika perlu) untuk melindungi
risiko tambahan.

Penerimaan Risiko

Apabila cadangan yang dikemukakan kepada pengendali takaful tanpa sumbangan dan cadangan itu
diluluskan oleh pengendali takaful, surat penerimaan akan dikeluarkan kepada pencadang yang meminta
pencadang untuk membuat pembayaran sumbangan dalam tempoh tertentu (biasanya 30 hari). Jika
sumbangan itu tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan, pengendali perlu mengesahkan semula
penerimaan cadangan tersebut. Pengendali takaful boleh meminta laporan perisytiharan kesihatan yang
mengesahkan keadaan kesihatan yang baik berterusan sebelum mengesahkan semula penerimaan. Surat
penerimaan juga mesti menyebut bahawa tawaran boleh dibatalkan jika terdapat apa-apa perubahan keadaan
kesihatan, pekerjaan dan lain-lain keadaan sejak tarikh mengemukakan cadangan. Jika terdapat sebarang
perubahan yang tidak memuaskan, pencadang diminta untuk memberitahu perkara tersebut kepada
pengendali takaful, dan cadangan mungkin disahkan semula penerimaannya atau sebaliknya, selepas
menerima maklumat berkenaan. Pengendali takaful akan menanggung risiko dengan serta-merta apabila
menerima ansuran sumbangan pertama selepas pengeluaran surat penerimaan.

Apabila cadangan dikemukakan bersama-sama dengan sumbangan awal dan resit bayaran sumbangan telah
dikeluarkan, pencadang akan dilindungi dari kematian akibat kemalangan sahaja dan untuk tempoh yang
singkat. Perlindungan takaful bermula serta-merta dan kekal berkuatkuasa sehingga pengendali takaful
menolak permohonan itu atau meluluskan dan mengeluarkan sijil. Dalam tempoh 15 hari dari tarikh
penerimaan sijil, peserta boleh mengembalikan sijil tanpa memberi apa-apa sebab dan pengendali takaful
akan membayar balik sumbangan, tertakluk kepada potongan perbelanjaan yang ditanggung untuk
pemeriksaan perubatan peserta. Tempoh ini dikenali sebagai "tempoh bertenang".

Surat Sumbangan Tambahan


Sekiranya cadangan dikenakan sumbangan tambahan, surat yang menyatakan tentang sumbangan
tambahan tersebut akan dikeluarkan dan dihantar kepada pencadang, sebagai surat tawaran balas. Sekiranya
pencadang bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan, pencadang dikehendaki menandatangani dan
memulangkan salinan surat tawaran balas kepada pengendali sebagai tanda penerimaan.

Meletakkan Tarikh Kuatkuasa Ke belakang

Kadang kala tarikh kuatkuasa sijil boleh di kebelakangkan kepada tarikh yang lebih awal dari tarikh bayaran
sumbangan, biasanya sehingga maksimum enam bulan. Tujuan meletakkan tarikh di kebelakangkan ini ialah
untuk memberi kelebihan kepada pencadang kerana membayar sumbangan pada umur yang lebih muda
dengan amaun sumbangan yang lebih rendah.

C4.3 Takaful Keluarga Dan Cukai Pendapatan

Pelepasan Cukai Bagi Caruman Takaful Keluarga

Untuk menggalakkan tabiat menyimpan dikalangan orang ramai di peringkat nasional dan mempertingkat
kemampuan kewangan individu khususnya sebagai persediaan di hari tua, kerajaan membenarkan beberapa
pelepasan cukai bagi sumbangan yang dibayar untuk sijil takaful keluarga dan anuiti tertangguh. Sumbangan
yang layak mendapat pelepasan adalah untuk sijil takaful keluarga dan anuiti tertunda di atas:-

1. hayat peserta;

2. hayat pasangan hidup peserta berkenaan;

3. hayat bersama, peserta dan pasangan hidupnya.

Jumlah pelepasan yang dibenarkan untuk semua premium/sumbangan polisi insurans/sijil takaful keluarga di
atas hayat peserta atau pasangan hidup dan untuk caruman ke dana yang dibenarkan, contohnya KWSP
untuk satu tahun taksiran ialah RM6,000. Sekiranya taksiran suami/isteri dibuat berasingan, jumlah pelepasan
adalah sama iaitu RM6,000. Walau bagaimanapun, untuk pelan pendidikan, tambahan pelepasan cukai
sebanyak RM3,000 adalah dibenarkan.

Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 1997, jumlah pelepasan yang dibenarkan untuk bayaran sumbangan sijil
takaful keluarga tidak lagi tertakluk kepada had 7% daripada jumlah perlindungan sijil berkaitan.

Sumbangan yang dibayar oleh majikan untuk tujuan membeli sijil takaful keluarga yang khusus untuk manfaat
pekerja atau tanggungan pekerja apabila berlaku kejadian yang dilindungi juga termasuk dalam potongan
yang dibenarkan. Caruman yang dibuat oleh majikan ke dana simpanan, persaraan atau lain-lain dana yang
dibenarkan adalah dianggap sebagai perbelanjaan yang dibolehkan untuk mendapat pelepasan cukai. Walau
bagaimanapun, majikan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu dari Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga
Hasil Dalam Negeri.

 Potongan yang Dibenarkan

Untuk ahli perniagaan atau mereka yang bekerja sendiri, potongan yang dibenarkan adalah
perbelanjaan yang ditanggung semasa menjalankan perniagaan. Oleh itu, untuk majikan yang
mencarum kepada takaful keluarga berkumpulan, sumbangan yang dibayar untuk sijil ini akan
dianggap sebagai potongan yang dibenarkan.

C4.4 Menilai Risiko

Penggemblengan Risiko Yang Sama


Prinsip asas yang diiktiraf dalam takaful ialah apabila terdapat sejumlah besar risiko yang sama digembleng
atau dikumpulkan menjadi satu kumpulan, maka ia dapat mengurangkan kebarangkalian terhadap amaun
kerugian yang akan berlaku dalam satu tempoh tertentu.

Peraturan Bilangan Jumlah Besar (Law of Large Number)

Pengendali takaful dengan selamat dan yakin boleh menentukan lebih awal amaun anggaran kemungkinan
tuntutan kematian yang akan ditanggung, umpamanya di bawah sijil takaful keluarga berkumpulan. Dalam
usaha mengendalikan perniagaan pada asas yang kukuh, pengetahuan dan pengalaman tentang kadar
kematian pada masa lalu perlu dikaji. Masa lalu menjadi panduan untuk masa hadapan. Statistik kemortalan
mortaliti individu yang dilindungi memberikan maklumat pengalaman masa lalu, dan maklumat ini akan
digunakan sebagai panduan untuk membuat carta pola kemortalan mortaliti untuk masa depan.

Dalam menentukan kadar sumbangan untuk pelan takaful keluarga, diandaikan bahawa kadar kematian
dikalangan kumpulan peserta yang sama usia, pada masa akan datang, adalah mengikut pola yang sama
dengan kumpulan yang serupa yang dikenalpasti pada masa lalu.

Peratusan peserta yang meninggal dunia dalam masa setahun adalah berbeza-beza kerana usia peserta
semakin meningkat, dan ini dikenali sebagai kadar kemortalan.

C4.5 Penentuan Biaya Risiko

Mortaliti

Jadual mortaliti adalah kaedah praktikal yang digunakan oleh pengendali takaful dalam membuat anggaran
mortaliti untuk kumpulan peserta.

Apakah Jadual mortaliti Standard?

Pengendali takaful biasanya menggunakan Jadual mortaliti Standard, atau jadual yang diubahsuai bagi tujuan
pengiraan sumbangan. Jadual mortaliti Standard diperolehi dari gabungan pengalaman mortaliti sekumpulan
pengendali takaful dalam satu kawasan tertentu dan biasanya jadual standard yang berbeza digunakan untuk
setiap jenis sijil; menunjukkan bahawa kadar mortaliti juga berbeza mengikut jenis sijil.

Bagaimana Jadual mortaliti Disediakan

Dalam menyediakan jadual mortaliti, teknik statistik digunakan untuk memperolehi kadar mortaliti, bermula
dengan setiap umur dengan menggunakan angka rambang (contohnya 100,000 orang) pada umur yang
paling muda, untuk mendapatkan nilai lajur yang lain.

Pulangan Pelaburan

Pulangan pelaburan adalah antara faktor penting yang perlu diambilkira bagi tujuan pengiraan sumbangan.
Pada asasnya baki sumbangan yang diterima selepas ditolak perbelanjaan, cukai, tuntutan dan sebagainya,
akan dilaburkan dalam pelaburan pendapatan dan modal yang mematuhi keperluan Syariah. Walaupun
amaun baki semasa yang diterima boleh dilaburkan dalam pelaburan yang diketahui kadar pulangannya,
perolehan yang akan diterima pada masa hadapan perlu dilaburkan pada kadar masa itu. Pulangan pelaburan
masa depan adalah tertakluk kepada pelbagai faktor seperti faktor ekonomi, politik dan sosial.

Faktor-faktor ini sukar diramal dengan tepat, kecuali jika untuk tempoh yang singkat. Oleh itu, insurer perlu
membuat anggaran dengan berhati-hati dan bijaksana tentang kemungkinan kadar pulangan dari pelaburan
jangka sederhana dan jangka panjang, bagi tujuan pengiraan sumbangan.

Akibat dari Pengabaian Pulangan Pelaburan


Berdasarkan dari fakta-fakta yang diberikan, kita mungkin berpendapat pengendali takaful tidak perlu
menghiraukan faktor-faktor tersebut dalam penentuan kadar sumbangan. Walau bagaimanapun, sekiranya
pengedali takaful memilih untuk tidak menghiraukan faktor berkenaan, kadar sumbangan yang ditetapkan
kelak mungkin lebih tinggi berbanding dengan pesaingnya yang mengambil kira pulangan pelaburan ketika
menetapkan kadar sumbangan.

Andaian yang dibuat secara berhati-hati biasanya dinyatakan melalui angka peratusan pulangan pelaburan
dalam setahun, misalnya 7% setahun, dan ia selalunya dirujuk sebagai kadar anggaran pulangan pelaburan.

Perbelanjaan

Seperti lain-lain organisasi perniagaan, pengendali takaful juga perlu menanggung pelbagai kos untuk
menjalankan operasi kendalian perniagaannya. Secara amnya, perbelanjaan yang ditanggung oleh
pengendali takaful bagi setiap sijil yang dikeluarkan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:-

Kategori Perbelanjaan

1. Perbelanjaan awal
Perbelanjaan awal yang biasanya amat tinggi adalah perbelanjaan yang ditanggung pada tahun
pertama sijil, khusus untuk memperolehi urusniaga berkenaan. Perbelanjaan awal lebih tinggi
berbanding dengan perbelanjaan pembaharuan. Contoh-contoh perbelanjaan awal ialah:

a. kos pengiklanan;

b. komisen tahun pertama;

c. perbelanjaan pemeriksaan kesihatan;

d. perbelanjaan mengeluarkan sijil, dan sebagainya.

2. Perbelanjaan pembaharuan
Perbelanjaan ini perlu ditanggung (walaupun tidak semestinya) setiap tahun sepanjang tempoh sijil.
Antara contoh perbelanjaan pembaharuan ialah:

a. komisen pembaharuan;

b. perbelanjaan mengutip sumbangan;

c. perbelanjaan perkhidmatan sijil, dan sebagainya.

3. Perbelanjaan Penamatan
Perbelanjaan ini ditanggung setelah polisi dikeluarkan. Antara contoh-contohnya ialah:

a. perbelanjaan bayaran tuntutan;

b. perbelanjaan perundangan.

Kaedah menangani perbelanjaan awal

Ketika pengendali takaful membuat pengiraan sumbangan, faktor perbelanjaan mestilah diambilkira.
Perbelanjaan awal yang tinggi biasanya diagih-agihkan sepanjang tempoh sijil dan perbelanjaan
pembaharuan ditambah ke dalam sumbangan bersih.

Cukai

Pengendali takaful juga seperti lain-lain firma perniagaan yang perlu menanggung liabiliti cukai. Bidang
percukaian pengendali takaful agak rumit dan tidak akan dibincangkan pada tahap ini.
Faktor-faktor lain

Keempat-empat faktor yang dibincangkan sebelum ini iaitu kemortalan, pulangan pelaburan, perbelanjaan dan
cukai adalah faktor utama dalam menentukan kadar sumbangan. Walau bagaimanapun, secara amnya adalah
memadai untuk kita mengetahui bahawa antara faktor-faktor lain yang juga diambilkira dalam proses
penentuan sumbangan ialah;

1. kos pembiayaan;

2. kos takaful semula;

3. kos menyediakan opsyen dan jaminan, sekiranya perlu;

4. kos mengekalkan rezab statutori dan margin kesolvenan.

Sumbangan Tulen Satu Tahun atau Pengiraan Sumbangan Risiko Satu Tahun

Melalui pengenalan prinsip Kadar Kemortalan, ia membolehkan pengendali takaful menentukan kos
menawarkan perlindungan kepada seseorang untuk tempoh setahun. Dengan mengambil contoh seorang
peserta yang berumur 37 tahun dimana kadar kemortalan mortaliti untuk umur tersebut ialah 4.74 bagi setiap
1000 hayat. Kita akan membuat andaian yang pengendali takaful mempunyai 100,000 peserta yang akan
dilindungi dibawah takaful keluarga dalam tempoh satu tahun dan kesemua mereka berusia 37 tahun.

Ilustrasi contoh yang diberikan adalah seperti berikut:

Jumlah peserta berumur 37 tahun = 100,000


Kadar kemortalan mortaliti setiap hayat = 4.74
Bilangan kematian = (4.74x100,000/1,000)
= 474 kes

Permulaan tahun Pembaharuan tahunan Tahap sumbangan risiko


1 23.70 26.67
2 25.10 26.67
3 26.55 26.67

Pengendali takaful menjangkakan akan terdapat 474 kematian (4.74 x 100,000/1,000) dalam setahun. Dengan
lain perkataan, pengendali akan menerima bayaran premium dari 100,000 orang dan membayar tuntutan
untuk 474 kes. Untuk memudahkan pengiraan, kita andaikan pengendali tidak menanggung sebarang
perbelanjaan serta tidak berhasrat memperolehi keuntungan.

Sekiranya pengendali bercadang untuk membayar amaun tuntutan (dipanggil jumlah perlindungan) RM1,000
setiap tuntutan, pengendali perlu menyediakan RM474,000 yang diperolehi dari kesemua 100,000 peserta
yang dilindungi. Dengan lain perkataan, pengendali perlu mengutip RM4.74 dari setiap peserta sebagai kos
asas (dipanggil sumbangan) bagi menyediakan perlindungan takaful untuk tempoh satu tahun. Kita akan
dapati bahawa amaun yang perlu dikutip dari setiap peserta adalah sama dengan kadar kemortalan.
Sekiranya setiap tuntutan kematian ialah RM5,000, sumbangan yang dikenakan kepada setiap orang akan
meningkat lima kali ganda iaitu RM4.74 x 5 = RM23.70.

Sumbangan Risiko Meningkat Mengikut Umur

Kos asas risiko kematian digelar Sumbangan Risiko atau Sumbangan Semulajadi. Sumbangan risiko
meningkat seiring dengan peningkatan umur peserta. Sekiranya pengendali mengambil keputusan untuk
mengenakan sumbangan berdasarkan sumbangan risiko, pengendali terpaksa mengenakan sumbangan yang
meningkat untuk peserta yang sama setiap tahun. Kontrak insurans terawal mempunyai ciri-ciri seperti ini
tetapi didapati kaedah ini menimbulkan pelbagai masaalah pengendalian operasi perniagaan.
Keburukan Sijil Takaful Keluarga yang Diperbaharui Setiap Tahun

Dibawah kontrak seperti ini, pengendali dan peserta mempunyai pilihan untuk memperbaharui kontrak
tersebut atau sebaliknya. Jika kontrak tersebut diperbaharui, sumbangan risiko yang dikenakan akan menjadi
lebih tinggi dari tahun sebelumnya. Jika keadaan kesihatan peserta tidak memuaskan, pengendali tidak akan
memperbaharui kontrak tersebut. Ini menafikan hak peserta untuk mendapat manfaat perlindungan apabila ia
benar-benar memerlukannya.

Sumbangan Tulen Paras atau Sumbangan Risiko Paras

Kebanyakan sijil takaful individu yang ada dipasaran hari ini memperuntukkan bayaran sumbangan paras
sepanjang tempoh perlindungan sijil. Kontrak yang dikeluarkan biasanya kontrak bertempoh jangka panjang
tetapi bayaran sumbangan tetap sama. Walau bagaimanapun, prinsip asas Sumbangan Risiko yang berbeza
mengikut umurlah yang mendasari konsep sumbangan paras.

Andaikan amaun sumbangan paras untuk sesuatu sijil takaful keluarga bagi individu berumur 37 tahun dengan
tempoh perlindungan selama 5 tahun dan jumlah perlindungan ialah RM5,000. Dibawah kaedah sumbangan
risiko, dengan menggunakan Jadual Kemortalan, pengendali akan mengenakan amaun sumbangan asas
yang berlainan setiap tahun, selama lima tahun.

Sumbangan Risiko
Sumbangan Risiko Paras
Permulaan Tahun Diperbaharui Setiap
(RM)
Tahun (RM)
1 23.70 26.67
2 25.10 26.67
3 26.55 26.67
4 28.10 26.67
5 29.90 26.67
Jumlah 133.35 133.35

Pengiraan Sumbangan Paras

Sumbangan Paras

Berdasarkan dari contoh di atas, peserta perlu membayar sejumlah RM133.35 untuk tempoh 5 tahun.
Sekiranya tidak mengambilkira kadar pulangan pelaburan dan lain-lain faktor berkaitan dan jika pengendali
takaful bercadang untuk mengenakan sumbangan paras, maka amaun sumbangan yang dikutip ialah
RM26.67 (133.35 / 5) setiap tahun. Amaun paras sebanyak RM26.67 ini adalah lebih tinggi dari sumbangan
risiko yang diperlukan pada tahun pertama, kedua dan ketiga (RM23.70, RM25.10, dan RM26.55) dan lebih
rendah dari sumbangan risiko pada tahun Keempat dan kelima (RM28.10 dan RM29.90).

Ilustrasi yang disediakan adalah jadual yang paling ringkas dan tidak mengambil kira semua faktor yang
sepatutnya dimasukkan ketika membuat pengiraan sumbangan paras. Walau bagaimanapun, ia dapat
menerangkan prinsip asas yang melibatkan pengiraan sumbangan paras bagi melindungi sesuatu risiko yang
terus meningkat dari tahun ke tahun.

Sijil yang Menyediakan Manfaat Pemandirian (survival)

Perbincangan kita setakat ini hanya meliputi caj untuk melindungi risiko kemortalan mortaliti (iaitu risiko
kematian). Biasanya sijil takaful keluarga menyediakan manfaat pemandirian sebagai tambahan kepada
manfaat kematian. Manfaat pemandirian ini selalunya berbentuk bayaran berkala dalam tempoh sijil, dengan
syarat peserta masih hidup pada ketika itu. Sebagai contoh, dibawah sijil takaful keluarga 10 tahun dengan
jumlah perlindungan akan dibayar ketika berlaku kematian dalam tempoh tersebut atau ketika sijil matang
selepas 10 tahun. Manfaat pemandirian ini memerlukan sumbangan tambahan, selain dari sumbangan
manfaat kematian. Sumbangan tambahan ini juga akan dijadikan sumbangan paras dan dimasukkan sekali
kedalam sumbangan paras perlindungan risiko kematian.

Sumbangan Kasar

Untuk kemudahan urus tadbir sijil, pengendali takaful telah menyediakan jadual kadar sumbangan kasar yang
berbeza mengikut umur dan tempoh bagi jenis sijil takaful berasingan. Kadar sumbangan yang dinyatakan
dalam jadual kadar sumbangan ini adalah berbeza dengan sumbangan tulen paras asas yang diterangkan
pada awal bab ini. Ketika menetapkan kadar sumbangan kasar, pengendali takaful bukan sahaja perlu
mengambilkira kos kemortalan, malah lain-lain faktor juga perlu dititikberatkan. Yang paling penting diantara
faktor-faktor berkenaan ialah elemen pulangan pelaburan dan elemen perbelanjaan. Dalam pengertian yang
paling umum, kita perlu memahami hubungan berikut:

Sumbangan Kasar = Sumbangan Bersih (lihat di bawah) + Bebanan perbelanjaan + Bebanan keuntungan &
kontingensi

Faktor Kadar Pulangan Pelaburan Diteliti Semula

 Lebihan Awal Dikumpulkan Untuk Menampung Kekurangan Dimasa Hadapan

Kita telah mempelajari bahawa jika sumbangan paras tahunan dikenakan sebagai menggantikan
sumbangan risiko yang berbeza-beza, amaun setiap tahun (dikenali sebagai sumbangan tahunan)
menjadi lebih tinggi daripada apa yang diperlukan untuk melindungi risiko pada tahun-tahun awal
kontrak dan berkurangan pada tahun-tahun berikutnya. Lebihan sumbangan tahunan dalam tahun-
tahun awal ini digunakan untuk menampung kekurangan pada tahun-tahun akhir tempoh sijil. Lebihan
ini dilaburkan untuk mendapat pulangan pelaburan sehingga tiba masanya ia diperlukan untuk
menampung kekurangan tadi. Dalam pengiraan sumbangan tahunan paras, pengendali takaful akan
membuat anggaran yang jelas (dan konservatif) mengenai pendapatan pelaburan masa hadapan dan
dengan itu mengurangkan amaun sumbangan yang perlu dibayar.

Sijil takaful keluarga pada masa kini biasanya menyediakan manfaat pemandiri sebagai tambahan
kepada manfaat kematian. Sumbangan tambahan yang perlu dibayar untuk manfaat ini juga
mengambilkira pendapatan pelaburan masa hadapan.

 Sumbangan Bersih

Caj yang dikenakan bagi meliputi kos kemortalan mortaliti sahaja digelar Sumbangan Risiko. Apabila
caj tersebut dikira selepas memasukkan elemen kemortalan mortaliti dan pulangan pelaburan, ia
digelar Sumbangan Bersih. Sumbangan bersih tidak mengandungi elemen perbelanjaan.

Anda mungkin juga menyukai