Anda di halaman 1dari 9

PANDUAN TEKS UCAPAN PENGERUSI TETAP / TIMBALAN PENGERUSI

TETAP PEMUDA UMNO CAWANGAN DI MESYUARAT AGONG PEMUDA


UMNO CAWANGAN.

Kata-Kata Aluan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Cawangan.

Rakan saya Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Cawangan


……………………….
Ketua Pemuda UMNO Cawangan …………………………………………………..
Naib Ketua Pemuda,
Saudara Penolong Setiausaha Cawangan,
Saudara Penolong Bendahari Cawangan,
Ketua Penerangan serta
AJK Pemuda UMNO Caw.

Bersama-sama kita pada pagi/malam ini juga,


Yang Dikasihi, Pengerusi Tetap UMNO Cawangan serta Timbalan,
Yang Berbahagia Ketua UMNO Cawangan……………………………………
Tuan Setiausaha UMNO Cawangan ……………………………………………
Ketua Wanita serta Ketua Puteri,

Seterusnya ahli-ahli Pemuda UMNO Cawangan …………………………………


Tidak ketinggalan juga Pemerhati Pemuda Bahagian Saudara ………………

Pertama-tamanya marilah kita bersyukur kehaderat Ilahi, dengan izinya


dapat sama-sama kita berkumpul di dewan ini untuk menunaikan
tanggungjawab kita sebagai ahli parti iaitu Persidangan Tahunan Pemuda
Cawangan.

Kehadiran AJK dan ahli Pemuda Cawangan begitu besar maknanya bukan
setakat kepada parti malah kepada perjuangan kita untuk mengangkat
martabat agama, bangsa dan tanah air. Pemuda Cawangan adalah
merupakan sayap kepada UMNO Cawangan. Terima kasih semua.

1. Bacaan Doa Persidangan.

Bagi memberkati perjalanan Mesyuarat Agung Pemuda Cawangan pada kali


ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz/ Tuan Imam
untuk memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Bagi pihak majlis, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.

Semoga kita semua memperolehi hidayah daripada bacaan doa tadi…Amen.

2. Nyanyian Lagu Negara Ku dan UMNO.

Tuan-tuan sekelian,

Agenda kedua adalah nyanyian lagu Negara Ku dan UMNO dan Pemuda.

Mohon kerjasama tuan-tuan dan hadirin semua untuk berdiri dan


menyanyikan ketiga tiga lagu tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan.
Alhamdulilah nampak lebih ceria kita semua pg / malam ini.

(Selesai nyanyian lagu)

Semoga bait dan lirik lagu yang kita nyanyikan tadi dapat meningkatkan
suntikan semangat kepada kepimpinan Pemuda dan ahli-ahli Pemuda.

Ya tuan-tuan sekelian, perjuangan Pemuda masih jauh lagi..

3. Akaun Bersumpah Mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Sebelum saya menjalankan Mesyuarat Agung Pemuda Cawangan pada kali


ini maka saya selaku Pengerusi Tetap Pemuda dan Timbalan Pengerusi
Tetap akan membacakan akaun bersumpah :

SURAT AKAUN SUMPAH

Saya……………………………………………………………….No. Kad Pengenalan


………………………………………yang beralamat di ………………………..........
………………………………………………………………………… dan mempunyai
keahlian UMNO saperti berikut :

1.1 Nombor Ahli ………………………………..


1.2 Cawangan ………………………………..
1.3 Bahagian : SHAH ALAM

Dengan ini membuat pengakuan bahawa sesungguhnya pada tarikh ini


saya bukanlah seorang yang diisytiharkan muflis oleh muflis oleh
Jabatan Insolvensi Malaysia.

2. Inilah pengakuan yang jujur dan ikhlas dari saya yang dibuat di
hadapan ahli-ahli persidangan.

Yang benar,
…………………………………………
Tarikh :………………………………
Pengisytiharan ini adalah mengikut kehendak Akta Pertubuhan 1966.

4. Pengumuman Pengerusi Tetap Mengenai Jumlah Ahli Pemuda


Yang Hadir.

Agenda ke empat adalah pengumuman jumlah kehadiran ahli- ahli pemuda

Berdasarkan senarai kehadiran pada Mesyuarat Agung Pemuda Cawangan


pada kali ini adalah seramai ……………daripada keahlian seramai…………..
…………………………

Sehubungan dengan itu, mengikut Fasal 19.3, Peraturan Persidangan


Pemuda Cawangan maka jumlah ini mencukupi untuk saya sebagai
Pengerusi Tetap Pemuda bagi meneruskan agenda Mesyuarat Agung
Pemuda pada kali ini.

Boleh saya teruskan tuan-tuan….

5. Pesanan Pengerusi Tetap Mengenai Tatacara Persidangan Tahunan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Mesyuarat diteruskan dengan agenda ke 5 iaitu pesanan mengenai tatacara


persidangan Pemuda Cawangan,

Untuk makluman tuan-tuan suka saya mengingatkan kepada semua ahli-


ahli Pemuda bahawa perjalanan dan tatacara mesyuarat kita pada kali ini
adalah mengikut Peraturan Persidangan UMNO Pemuda dan Perlembagaan
parti.

Bersama-sama kita pada Mesyuarat kali ini adalah perwakilan Pemuda


UMNO Bahagian Shah Alam, Tuan ……………………sebagai pemerhati
bahagian. Saya percaya dengan penuh yakin pemerhati bahagian jelas dan
faham
dengan peranannya.

Bagi melicinkan perjalanan Mesyuarat kita berjalan dengan teratur, suka


saya mengingatkan kepada semua ahli-ahli UMNO yang hadir pada
pg/malam ini agar dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada saya
sebagai Pengerusi Tetap Pemuda Cawangan.

Bagi membantu tuan-tuan, saya galakkan agar tuan-tuan dan puan-puan


semua dapat merujuk kepada agenda persidangan kita yang ada di tangan
tuan-tuan dan puan-puan.

Boleh tuan-tuan dan puan-puan semua……

Alhamdulillah…terima kasih.

6. Membentangkan Peringatan Persidangan Tahun Lalu.

Mohon Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan bersedia.

Agenda Mesyuarat diteruskan dengan agenda 6 : iaitu membentangkan


Peringatan Persidangan Tahun lalu;

Di persilakan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan untuk


membentangkannya

Terima kasih kepada tuan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan.

7. Membentangkan Penyata Persidangan Tahunan 2018.

Agenda seterusnya adalah : Saya nak tanya pada tuan-tuan semua, kita
sekarang berada di agenda berapa agaknya………

Alhamdulillah nampaknya semua ahli-ahli Pemuda UMNO Cawangan masih


bersemangat…Terima Kasih.

Baik agenda 7 :
Dipersilakan tuan Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan untuk
membentangkan Penyata Persidangan Tahunan 2018…
Terima Kasih Tuan Penolong Setiausaha Pemuda

Penolong Setiausaha ini adalah nadi kepada cawangan. Orang penting.


Jadi kita berilah tepukan kepada Penolong Setiausaha Pemuda kita…

8. Membentangkan Penyata Kewangan Cawangan Berakhir 31


Disember 2018.

Kini tiba masanya untuk Tuan/Puan Bendahari untuk membentangkan


Penyata Kewangan Cawangan Berakhir 31 Disember 2018, iaitu agenda ke
8.

Dengan segala hormatnya dipersilakan Puan Bendahari Cawangan untuk


membentangkannya.

Terima Kasih tuan Penolong Bendahari Pemuda UMNO Cawangan


Orang penting Pemuda yang jaga duit……..Tepuk lah sikit………..

9. Memilih Wakil Cawangan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian


UMNO Shah Alam.
( Ketua Pemuda / Naib Ketua dan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO
Cawangan adalah terpilih secara automatic)

Baik Agenda ke 9 :
Memilih 2 Wakil Cawangan Ke Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO
Bahagian Shah Alam.
Saya mohon cadangan dari tuan-tuan dan puan-puan:

Sila sebutkan nama dan nama calon yang dicadangkan.


Begitu juga dengan yang sokong sila sebutkan nama.

(Makluman kepada Pengerusi Tetap)


Jika ada lebih dari dua orang dicalonkan maka Pengerusi Tetap
hendaklah menjalankan undi. Lantik seorang pengira undi.

10 . Membahaskan Usul (Jika Ada)

Sekarang tibalah masanya untuk kita membahaskan usul iaitu agenda ke


10.

Saya dengan segala hormatnya menjemput wakil-wakil pembahas usul dari


Pemuda ..

Jika ada yang hendak membahaskan usul. Dipersilakankan…..

Minta seorang pencadang dan penyokong usul.

Jika tiada usul yang hendak dibahaskan maka kita akan bergerak ke
agenda 13 Persidangan Cawangan tahun ini iaitu menangguhkan
Persidangan …
11. Ucapan Pengangguhan.

Kini tibalah ke agenda yang ke 11 iaitu Ucapan Penangguhan.

Sebelum tuan-tuan menyampaikan ucapan penangguhan, saya selaku


Pengerusi Tetap Pemuda, suka mengingatkan agar perkara-perkara yang
hendak di sampaikan dalam ucapan adalah berkaitan dengan hal-hal pokok
sahaja.

Jika tuan-tuan adalah hal-hal lain maka saya pohon agar tuan-tuan dapat
memendekkan ucapan tersebut bagi beri peluang kepada ahli-ahli Pemuda
untuk berucap.

Seterusnya saya mempersilakan wakil pemerhati Pemuda UMNO Bah untuk


menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Tidak ketinggalan jika ada dikalangan AJK Pemuda Cawangan yang hendak
berucap…….dipersilakan

Akhir sekali saya beri ruang kepada Ketua Pemuda UMNO Cawangan untuk
menyampaikan ucapan…. Dipersilakan KP Cawangan…..

Saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada tuan-tuan yang


memberi ucapan penangguhan sebentar tadi.

12. Mesyuarat Di Tangguhkan.


Kini tibalah masanya untuk kita menangguhkan Persidangan pada
pg/malam ini.

Terima kasih kepada Ketua Pemuda Cawangan dan AJK Pemuda Cawangan
yang telah membuat persiapan bagi Persidangan Tahunan ini.

Penghargaan juga saya tujukan khas buat perwakilan Pemuda UMNO


bahagian Shah Alam

Juga tidak ketinggalan kepada ahli-ahli parti yang sudi hadir pada pg/mlm
ini dan juga yang telah berikan kerjasama kepada saya bagi
mempengerusikan Mesyuarat kita pg ini.

Sehingga kita bertemu lagi, saya akhiri persidangan dengan kata-kata


Wabillah Hitaufik Wal Hidayah, Wasalam Mualaikum
Waramatullahiwabarakatu.

Mesyuarat saya tangguhkan pada jam…………………………………….

Sekian terima kasih. Dijemput hadirin untuk menikmati jamuan….

Anda mungkin juga menyukai