Anda di halaman 1dari 13

(B) Struktur

2a Senaraikan jenis-jenis kelim yang terdapat pada pakaian dan penggunaan.

Jenis-jenis Kelim

 Kelim belah kangkung


 Kelim betawi
 Kelim papan mesin
 Kelim papan tangan
 Kelim lipat tindih

Kelim belah kangkung

Penggunaan : Digunakan untuk mencantum kain tebal seperti pada skrit, baju gaun
dan seluar panjang.

Ciri-ciri : - Lebar kedua-dua basi kelim adalah sama


- Kelim berkedudukan terbuka dan rata
- Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar pakaian
- Lebar kelim yang siap yang siap ialah 1.25 cm

Proses menjahit :

Langkah 1

- Temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan


- Semat dengan peniti dan jelujur
- Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan.

Peniti

Rajah 1. 1Proses menjahit Kelim belah kangkung

1
Langkah 2
- Cabut benang jelujur
- Susup benang jahit mesin yang lebih
- Kemaskan tepi kelim (contoh jahit mesin/insang pari).
- Buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim di sebelah dalam dan
luar kelim.

Kemaskan tepi kelim

Kelim di tekan
buka

Susup benang jahit


mesin

Jahit

mesin

Rajah 1.2 Proses menjahit Kelim belah kangkung

Lebar siap
kbk
Buka Kelim dan tekan dengan seterika 1.5 cm–2.5 cm

2
Rajah 1.3 Proses menjahit Kelim belah kangkung

Proses mengemas Kelim belah kangkung

(a) Jahit Insang pari


(b) Jahit mesin

(c) Menggunting
tepinya dengan bentuk pucuk rebung

(d) Menggunakan pita serung/kun

Rajah 1.4 Mengemas kelim belah kangkung

3
Kelim betawi

Penggunaan : Digunakan untuk fabrik nipis yang mudah berjerumbai seperti pakaian

bayi ,pakaian dalam wanita dan pakaian tidur.

Ciri - ciri : - Basi kelim tidak kelihatan di luar

- Kelim ini mempunyai 2 barisan jahitan


- Ia merupakan kelim di dalam kelim
- Tahan lasak
- Tidak beralur dan tidak bergulung
- Lebar kelim yang siap ialah 4mm - 6mm

Proses menjahit :

Langkah 1

- Temukan S.D fabrik itu bersama-sama dengan garis pemadannya supaya sepadan.
- Semat dan jelujur 6 mm atas garis pemadan.
- Cabut peniti

Jelujur

Garisan

pemadan

peniti

6 mm

4
Rajah 1.5 Proses menjahit kelim betawi

Langkah 2

- Jahit mesin sejauh 6 mm daripada garisan pemadan


- Gunting basi kelim sehingga lebarnya 3 mm
- Jahitan mesin kira-kira 4 mm dari garisan pemadan pada basi jahitan
- Gunting basi jahitan hingga tinggal 3 mm dari jahitan mesin

Gunting basi kelim

3 mm

Jahit 6 mm

mesin

Rajah 1.6 Proses menjahit kelim betawi

Langkah 3
- Terbalikkan kelim ke SD.
- Temukan S.L fabrik, semat dan jelujur.
- Cabut peniti dan jahit mesin di garisan pemadan.

6mm/kurang

Garisan

Pemadan

Jahit Mesin

S.D. fabrik

Proses menjahit Rajah 1.7 Kelim betawi

5
Langkah 4

- Susup benang jahitan mesin


- Tekan kelim ke bahagian belakang pakaian.

Susup benang jahitan mesin

SD

Tekan kelim ke bahagian belakang

Bahagian Bahagian benang

belakang hadapan Jahit mesin

S.L

Rajah 1.8 Proses menjahit kelim betawi

6
Kelim papan mesin

Penggunaan : Digunakan untuk mencantum kain sederhana tebal dan sesuai dijahit

pada skirt, blaus, kemeja, jeans, seluar, seluar pendek dan pijama.

Ciri- ciri : - Mempunyai dua baris jahitan

- Boleh dijahit pada sebelah luar dan sebelah dalam pakaian.


Jika dijahit di S.L fabrik akan terdapat dua baris jahitan di S.L.
Jika dibuat di SD fabrik akan terdapat satu baris jahitan di S.L.

- Lebar kelim yang telah siap ialah 6 mm

Proses menjahit :

Langkah 1

- Temukan S.D kedua-dua bahagian sebelah dalam fabrik semat dan jelujur
- Cabut peniti dan jahit mesin mesin di garis pemadan.
- Cabut benang jelujur dan susup benang jahit mesin yang lebih.

peniti

Jelujur

SL SD

Rajah 1. 9 Proses menjahit Kelim papan mesin

7
Langkah 2
- Buka dan tekan kelim supaya rata.
- Gunting basi kelim bahagian belakang hingga tinggal kira-kira 5mm – 6 mm.
- Gunting basi kelim bahagian hadapan hingga tinggal kira-kira 10 mm– 2 mm/1.2
cm

gunting

10 – 12 mm
5- 6 mm

Bahagian belakang SL
Bahagian
hadapan

Rajah 1. 10 Proses menjahit Kelim papan mesin

Langkah 3
- Lipatkan basi kelim bahagian hadapan membalut basi kelim bahagian belakang.
- Semat dan jelujur jika perlu.
- Jahit mesin ditepi lipatan kelim supaya selari dengan baris jahitan mesin yang
pertama.

Benang jahit
mesin
lebar lipatan 6mm/ kurang
bergantung kepada jenis fabrik

Bahagian belakang
Lipat basi kelim hadapan
membalut basi kelim belakang
kurang bergantung kepada jenis
fabrik

Rajah 1. 11 Proses menjahit Kelim papan mesin

8
Kelim papan tangan

Penggunaan : Digunakan untuk kain yang nipis dan lembut seperti kain sutera dan

sesuai dijahit pada pakaian bayi dan baju kurung johor

Ciri- ciri : - Sama seperti kelim papan mesin tetapi ia dijahit pada sebelah dalam fabrik
dengan jahitan tangan

- Kelim papan tangan sempit, rata dan kemas tetapi tidak sekukuh kelim papan
Mesin

Prose menjahit:

Langkah-langkah menjahit Kelim papan tangan

- Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik berhadapan, semat, jelujur kasar dan
jahit mesin di atas garisan pemadan,cabut jahitan jelujur kasar
- Gunting basi kelim pada bahagian belakang sehingga 6 mm ( ¼”) dan bahagian
hadapan sehingga 1.2cm.
- Lipat, semat dan jelujur basi kelim hadapan ke atas bahagian belakang.
- Tekan kelim ke arah belakang baju
- Jahit sembat tepi yang berlipat ke bahagian belakang pakaian.
- Cabut jelujur kasar dan tekan kelim yang telah siap dengan kemas.

Jahit Sembat

9
Rajah 1. 11 Proses menjahit Kelim papan tangan

Kelim lipat tindih ( kelim tampal )

Penggunaan : Digunakan untuk melekat atau mencantumkan satu bahagian pakaian yang

rata pada bahagian pakaian yang bergelembung atau kepingan-kepingan baju

dan skirt, skirt mendatang, bahu mendatang, ben-ben dan ropol-ropol. Kelim

lipat tindih ini sesuai untuk baju kanak-kanak, pijama, blaus dan baju ibu

mengandung.

Ciri - ciri : - Digunakan untuk menjahit bahagian dalam dan luar pakaian

- Digunakan untuk stail dan perhiasan pada pakaian.

- Dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih yang lain

- Kukuh kerana ia dijahit melalui tiga lapisan fabrik

Proses menjahit:

Langkah 1
Sediakan bahagian atas pakaian.

- Tandakan Garisan tengah hadapan(GTH) dengan jahitan jelujur pada bahagian


atas pakaian atau bahu mendatang.
- Jahit jelujur di garisan pemadan.

Bahu mendatang

Garisan
Tengah
Hadapan
(GTH)
S.D

10
Rajah 1.12 Proses menjahit Kelim lipat tindih

Langkah 2
Sediakan bahagian bawah pakaian atau skirt

- Tandakan garisan pemadan


- Kedutkan 3 mm ke atas garisan pemadan dan 3 mm ke bawah g. pemadan.
-

GP ---------------------------------------- kedut
-------------------------------------

Sebelah
Luar Garisan
tengah

Rajah 1.13 Proses menjahit kelim lipat tindih

Langkah 3
Melekatkan bahagian atas pada bahagian bawah pakaian
- Letak bahu mendatang di atas bahagian bawah
- Temukan garisan tengan atas dengan garisan tengah bawah
- Temukan garisan pemadan bahu mendatang dengan garisan pemadan bahagian bawah
pakaian
- Jelujur dan jahit mesin dan cabut benang jelujur.

Bahu
mendatang

S.L Garisan tengah


Jelujur dan
Jahit mesin

11
Bahagian Garisan
Bawah tengah

Sebelah luar Rajah 1 14 Proses menjahit kelim lipat tindih


Langkah 4

Mengemas Kelim lipat tindih


Cara 1
- Gunting basi kelim hingga tinggal 6 mm dan kemaskan dengan jahitan
insang pari.

Sebelah dalam Jahit insang pari

6 mm
Bahu Sebelah dalam
mendatang

Rajah 1. 15 Proses menjahit Kelim lipat tindih


_____________________________________
Cara 2
- Gunting basi kelim dari bahagian bawah pakaian hingga tinggal kurang dari
6 mm
- Gunting basi kelim bahu mendatang hingga tinggal 1.5 mm – 1.9 mm
- Bahagian rata membalut bahagian yang berkedut atau buat balutan sendiri.
- Jelujur dan jahit sembat pada tiap-tiap mata jahitan mesin.
- Tanggalkan benang jelujur.

sebelah dalam

Bahu mendatang
6.mm

Jelujur dan sembat


pada tiap- tiap mata
Bahagian jahitan mesin
Sebelah dalam Bawah

12
Rajah 1. 16 Proses mengemas Kelim lipat tindih

13

Anda mungkin juga menyukai