Anda di halaman 1dari 3

Disediakan oleh Salina binti Ahmat

PENGAJIAN AM 900/3 : BAHAGIAN C

PENYAKIT BARU

Bi Idea Huraian
l
A. Kesan

1 Menjejaskan ekonomi negara  Pendapatan daripada pelbagai sektor ekonomi seperti


pelancongan, perdagangan dan ternakan akan terjejas
 Hal ini berlaku kerana pelancong asing akan membatalkan
lawatan ke negara ini kerana takut dijangkiti penyakit
tersebut
 Beratus-ratus haiwan ternakan seperti babi, ayam dan lembu
terpaksa dilupuskan dan hal ini menyebabkan kerugian kepada
penternak dan penjual haiwan ternakan
 Kadar produktiviti negara menurun kerana bilangan tenaga
kerja yang kurang atau sakit
 Para pelabur menarik balik pelaburan dan pedagang
membatalkan kontrak perniagaan
2 Meningkatkan kos pengurusan  Kerajaan akan menanggung kos langsung dan tidak langsung
kerajaan@Meningkatkan  Kos langsung yang akan ditanggung oleh kerajaan ialah
perbelanjaan kerajaan mengeluarkan peruntukan perbelanjaan untuk menyediakan
segala infrastruktur dan infostruktur perubatan dan tenaga
pakar
 Manakala, kos tidak langsung yang ditanggung adalah
penurunan produktiviti dan Keluaran Negara Kasar (KNK)
 Sebagai contoh, sebanyak RM2.9 juta telah dibelanjakan oleh
kerajaan Malaysia sepanjang tahun 1993 untuk mewujudkan
program penyelidikan kesihatan bagi mencegah AIDS
 Begitu juga, kos yang tinggi ditanggung untuk penyakit lain
seperti malaria, demam Denggi, Kolera, JE, SARS dan
coxsakie kerana telah mengorbankan banyak nyawa manusia
dalam waktu yang singkat
 Hal ini menjejaskan perancangan dan pembangunan negara
3 Memudaratkan kesihatan  Virus dan bakteria yang sentiasa mengalami proses mutasi dan
berubah menjadi virus atau bakteria baru yang lebih
berbahaya kepada manusia menjadikan antibodi atau sistem
daya tahan diri semula jadi manusia semakin lemah untuk
melawan penyakit dalam jangka masa panjang
 Tambahan itu, kajian menunjukkan bahawa penyakit
berjangkit boleh menyebabkan penyakit kronik dalam
kalangan mangsa
 Sebagai contoh, ‘Human T-Cell’, ‘Lymphotropic virus’,
‘mycobacterium tuberculosis’, ‘West Nile virus’, dan
‘Treponema Palli’ dan ‘Syphilis’ boleh menyebabkan keletihan
kronik, kebimbangan yang melampau dan masalah sistem saraf
 Bagi mereka yang sememangnya sudah mempunyai sistem daya
tahan diri yang lemah akibat penyakit jantung, kanser, strok
dan masalah pernafasan yang kronik, risiko kematian adalah
tinggi
 Semasa berlakunya pandemik, influenza H1N1, pesakit asma,
Disediakan oleh Salina binti Ahmat
PENGAJIAN AM 900/3 : BAHAGIAN C

diabetes dan mereka yang obes didapati mengalami kesakitan


yang serius ataupun kematian
4 Menjejaskan industri  Dengan adanya alat telekomunikasi yang moden, berita
pelancongan negara tentang kejadian epidemik akan tersebar dengan cepatnya
dalam kalangan penduduk dunia
 Pelancong yang berniat untuk mengunjungi negara akan
menganggapnya sebagai suatu ancaman dan berasa bimbang
akan keselamatan dirinya
 Seminar dan konvensyen yang dirancang terpaksa dibatalkan
atas sebab kesihatan awam
 Pelawat atau pelancong akan membatalkan lawatan atau
meninggalkan negara terbabit dengan serta merta
 Hal ini menjejaskan aliran masuk tukaran wang asing
seterusnya menjejaskan industri pelancongan negara
5 Menjejaskan imej negara  Buat secara berkumpulan
B. Langkah mengatasi/
membendung

6 Mengadakan kerjasama  Persidangan diadakan di peringkat serantau dan antarabangsa


antarabangsa seperti Mesyuarat Kumpulan Pakar ASEAN bagi Penyakit
Berjangkit (AEGCD) dan ‘Internasional Conference on
Emerging Infections Disease’
 Membolehkan pertukaran dan perkongsian maklumat dilakukan
antara kumpulan pakar perubatan dari negara serantau
mengenai kajian dan penemuan, penyelidikan dan pembangunan
dalam penyakit baru dan berbahaya, pencegahan dan
pengawalan penyakit berjangkit
 Mengadakan kolaborasi penyelidikan tentang penyakit
berjangkit baru seperti ‘ Asia Partnership on Emerging
Infection Diseases Research’ yang membabitkan kumpulan
penyelidik, doktor dan pegawai-pegawai kerajaan
 Dijadikan platform untuk membincangkan dan berkongsi
maklumat bagi mengurangkan ancaman penyakit berjangkit
baru dan implikasinya kepada ekonomi negara
 Mendapatkan bantuan pakar luar negara terutama dari negara
maju yang mempunyai teknologi perubatan yang canggih dan
mempunyai pengalaman untuk membantu mengekang dan
menghalang penyakit tersebut
7 Penyelidikan dan pembangunan  Membangunkan ubat-ubatan serta vaksin bagi menentang
@ membuat penyelidikan yang penyakit-penyakit baru
mendalam mengenai penyakit  Mencipta atau menambahbaik kaedah mendiagnos bagi
baru penyakit berjangkit baru, penyakit menular semula dan
patogen kebal antibiotik
 Mewujudkan strategi baru bagi mengurangkan populasi vektor
pembawa penyakit
 Hal ini membolehkan tindakbalas yang pantas diambil dan
menggalakkan penyakit daripada bertukar menjadi wabak yang
merugikan negara
8. Mengadakan pemantauan dan  Pemantauan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan, Jabatan
pemeriksaan secara Imigresen dan pihak keselamatan di semua pintu masuk
berterusan negara – lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan darat
Disediakan oleh Salina binti Ahmat
PENGAJIAN AM 900/3 : BAHAGIAN C

negara
 Mesin pengimbas suhu ditempatkan di semua pintu masuk
 Saringan kesihatan dilakukan ke atas warga tempatan yang
baru pulang dari luar negara, pelarian, dan pelawat asing dari
negara yang dilanda penyakit berjangkit
 Pemeriksaan juga diadakan ke atas butiran jalanan pelawat
yang datang dari negara terbabit
 Pelawat kemudian akan ditahan untuk pemeriksaan di pusat
kuarantin kesihatan
 Pemeriksaan turut dijalankan ke atas haiwan dan tumbuh-
tumbuhan yang dibawa masuk
 Pengesahan awal jangkitan penyakit ini adalah penting bagi
mengadakan pelaksanaan sistem kawalan yang lebih efektif
serta menggalakkan daripada kematian dan masalah kesihatan
akibat penyakit berjangkit baru
9 Meningkatkan kesedaran  Program pendidikan dilaksanakan bagi mempertingkatkan
anggota masyarakat melalui tahap kesedaran dan pemahaman tentang penyakit berjangkit
pendidikan dan kempen baru
 Sebaran maklumat boleh dilakukan oleh Kementerian
Kesihatan melalui kempen, tayangan iklan di media massa,
penyebaran risalah, ceramah, pameran dan seminar
 Untuk menyampaikan maklumat tentang simptom-simptom
serta langkah-langkah awal untuk mengesan dan mengelakkan
diri daripada jangkitan
10 Kuarantin dan isolasi  Pesakit yang disyaki mengidap penyakit baru akan dimasukkan
ke wad isolasi untuk tujuan siasatan dan pemerhatian
 Sekiranya pesakit disahkan mengidap penyakit tersebut,
pesakit akan melalui satu regim perubatan di bawah
pengawasan ketat pegawai kesihatan
 Hal ini dapat mengelakkan penyakit daripada terus merebak
kepada ahli keluarga dan orang lain
11 Memusnahkan punca penyakit  Melupuskan haiwan atau vektor pembawa penyakit yang telah
dijangkiti penyakit berjangkit baru dengan kadar yang segera
dan betul agar pembiakannya direncatkan
 Tindakan tegas ini mesti dilaksanaan tanpa mengira bantahan
dan kritikan masyarakat
 Misalnya dalam kes penularan penyakit selsema burung, setiap
ungas sama ada yang dipelihara atau yang hidup bebas perlu
dilupuskan
12 Penjagaan kesihatan yang  Penjagaan kesihatan merupakan satu amalan yang dilakukan
teratur dalam kalangan secara berterusan
anggota masyarakat  Sebagai contoh, setiap anggota masyarakat haruslah menjaga
kebersihan diri dan persekitaran sepanjang masa
 Kebersihan diri ialah asas yang akan mengelakkan tubuh badan
daripada dijangkiti penyakit
 Penjagaan kesihatan juga melibatkan aktiviti senaman dan
riadah yang sistematik untuk meningkatkan sistem daya tahan
badan seseorang

Anda mungkin juga menyukai