Anda di halaman 1dari 1

KETUA jurulatih skuad olahraga para negara, R Jeganathan menyasarkan lebih ramai atlet para

kebangsaan layak secara merit ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang ditunda ke tahun
hadapan susulan penularan pandemik Covid-19.
Setakat ini, empat atlet para - Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100m T36), Muhammad Ziyad
Zolkefli (lontar peluru F20), Abdul Latif Romly (lompat jauh F20) dan Jonathan Wong Kar Gee
(lompat jauh T12) - telah layak ke Paralimpik Tokyo selepas memenangi pingat pada Kejohanan
Olahraga Para Dunia 2019 di Dubai.
"Setakat ini, saya masih menunggu kalendar kejohanan 2021 daripada Jawatankuasa Paralimpik
Antarabangsa (IPC) yang dijangka dikeluarkan pada November dan Disember ini sebelum
menentukan kejohanan mana akan disertai atlet olahraga para kebangsaan.
"Sekiranya ada kejohanan domestik dibenarkan diadakan pada tahun ini tidak kira untuk atlet
para mahupun normal, saya akan menghantar atlet kita sebagai medan pendedahan sebelum
menghadapi beberapa kejohanan antarabangsa pada awal tahun hadapan," katanya.
Dalam pada itu, Jeganathan berkata sembilan atlet olahraga para kebangsaan telah menyertai
kem latihan pusat Road to Tokyo (RTT) 2020 sejak 8 Jun lepas di Bukit Jalil, dengan fokus
meningkatkan kekuatan otot, selain latihan lasak bagi membantu mereka kembali ke prestasi
terbaik.
Beliau memaklumkan kesemua mereka akan diberi rehat selama beberapa hari setelah kem
latihan RTT berakhir pada 30 Jun ini, sebelum meneruskan sesi latihan di Pusat Kecemerlangan
Paralimpik, Kampung Pandan pada awal bulan depan.

Anda mungkin juga menyukai