Anda di halaman 1dari 3

ISU-ISU SUKAN DI NEGARA MALAYSIA 2016 DAN 2017

TAHUN 2016
1) Olimpik Rio
Temasya yang berlangsung di Rio de Jeneiro, Brazil ini mencipta kejayaan
indah buat negara dengan pencapaian terbaik sepanjang sejarah penyertaan
di Olimpik.
Kontinjen negara berjaya meraih empat pingat perak dan satu gangsa
masing-masing melalui acara perseorangan badminton lelaki, beregu lelaki
dan beregu campuran, acara terjun dan berbasikal.
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei membanggakan rakyat
Malaysia dengan meraih pingat perak selepas tewas kepada jaguh China,
Chen Long dalam saingan akhir perseorangan lelaki.
Chong Wei tampil cemerlang apabila berjaya menewaskan seteru ketatnya
juga dari China iaitu Lin Dan di peringkat separuh akhir sebelum akur untuk
meraih pingat perak.
Pasangan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong pula berentap di saingan akhir
menentang beregu China Fu Haifeng dan Zhang Nan untuk meraih pingat
perak untuk Malaysia.
Kategori beregu campuran pula, gandingan Goh Liu Ying dan Chan Peng
Soon mengesahkan tempat kedua milik mereka selepas akur di tangan wakil
Indonesia.
Temasya yang berlangsung dari 5 hingga 21 Ogos itu juga memberi tuah buat
Malaysia dalam sukan terjun yang mengutip pingat perak melalui Pandelela
Rinong dan Cheong Jun Hoong melalui acara 10 meter platform seirama
wanita.
Sementara itu, medal gangsa tunggal berjaya dibawa pulang oleh atlet
berbasikal negara Azizulhasni Awang dalam acara keirin.

2) Paralimpik Rio

Luar biasa! dua perkataan itu digambarkan sinomin dengan kejayaan


cemerlang atlet paralimpik negara di pentas antarabangsa.
Jika di temasya Olimpik Malaysia meraih perak, di arena Paralimpik Rio
kontinjen negara berjaya meraih tiga kilauan pingat emas sekali gus mencatat
sejarah ulung bagi sukan golongan orang kelainan upaya (OKU) Malaysia.
Pingat emas pertama dimenangi atlet pecut Mohamad Ridzuan Mohamad
Puzi dalam acara 100m T36, disusuli emas kedua menerusi Muhammad
Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20, yang turut mencipta rekod dunia
dengan balingan sejauh 16.84 meter.

Pingat emas ketiga diraih Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh ?T20
yang turut mencatat rekod baharu dunia dengan lompatan 7.60m, manakala
gangsa diraih Siti Noor Radiah Ismail dalam acara lompat jauh T20 dengan
memperbaharui rekod Sukan Para Asia dengan jarak 5.20m.?
Tiga emas dan satu perak yang kebanggaan Malaysia!
Susulan kejayaan itu, ketiga-tiga pemenang pingat emas negara menerima
ganjaran RM1 juta daripada kerajaan di samping pelbagai habuan lain
mengiringi pencapaian mereka.

3) Dakwaan rasuah FAM


Tampil dengan sebuah pendrive, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim
mengejutkan peminat bola sepak tempatan dengan dakwaan memiliki
maklumat berkaitan aktiviti rasuah bola sepak dan FAM.
Tunku Mahkota Johor itu mendakwa berlaku amalan rasuah berpanjangan
dalam FAM, sehingga 30 tahun.
Susulan itu beliau menyerahkan pendrive yang didakwa terkandung
maklumat aktiviti bola sepak itu kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy
Jamaluddin yang akhirnya diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, pengakhiran kisah pendrive dilihat 'antiklimaks' selepas
SPRM mendedahkan tiada sebarang bukti berkait dengan rasuah terkandung
dalam dokumen tersebut.

4) Krisis kepimpinan FAM


Badan induk bola sepak negara menerima tamparan besar selepas muncul
desakan dari pelbagai pihak supaya presidennya Tengku Abdullah Sultan
Ahmad Shah melepaskan jawatan.
FAM dituntut supaya dibuat rombakan besar-besaran dengan penstrukturan
semula barisan kepimpinan selepas dilihat gagal membawa kemajuan sukan
nombor satu dunia itu.
Saranan supaya Tengku Abdullah melepaskan jawatannya bertitik tolak
daripada kritikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan
saranan agar presiden FAM tidak datang daripada golongan keluarga diraja
dan juga mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak
negeri atau kelab-kelab yang mengambil bahagian.
Rentetan itu, Tengku Abdullah mengambil pendirian untuk mengundurkan diri
daripada jawatan tersebut bagi memberi laluan kepada tokoh baru menjadi
nahkoda FAM.
Sehubungan itu FAM memutuskan supaya pemilihan penggal baharu
jawatankuasa eksekutif diawalkan dari 2018 ke tahun depan.

5) Penajaan bola sepak


Perjalanan industri bola sepak tempatan tiba-tiba digemparkan dengan
kesudian seorang jutawan kosmetik untuk menjadi penaja utama pasukan
bola sepak Kelantan.
Melalui syarikatnya Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman
menarik perhatian umum selepas muncul sebagai usahawan kosmetik
pertama memilih untuk menaja pasukan bola sepak.
Kontrak penajaan selama dua musim bernilai RM16 juta ditandatangani
bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di samping pelbagai syarat
diletakkan. Antaranya seperti stadium perlu dicat dengan warna merah jambu
dan pemain wajib menjadi duta produk.
Dengan keghairahan tersendiri, usahawan yang popular dengan panggilan
Vida itu bagaimanapun hanya bertahan sehinggan musim liga Malaysia
berakhir 2016.
Dia memilih untuk menarik diri daripada penajaan tersebut secara tidak
langsung mengheret Kafa dalam krisis kewangan kritikal menghadapi musim
depan.
Skuad Kelantan kini diputuskan menarik diri dari saingan liga Malaysia 2017
gara-gara ketiadaan penaja utama.
Selain Vida Beauty, beberapa syarikat kosmetik lain turut cuba mengambil
langkah untuk menjadi penaja pasukan bola sepak.
Namun, cubaan D'Herbs (M) Holding menaja pasukan Kedah tidak berjaya
selepas gagal emncapai kata sepakat, manakala syarikat megah Perwan Sdn
Bhd juga gagal untuk menaja skuad PKNS FC.

6) Faiz Subri
Ketika tiada harapan besar boleh diletakkan pada bola sepak Malaysia,
seorang pemuda kelahiran Ayer Hitam hadir memberi kegembiraan kepada
peminat bola sepak khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
Faiz Subri mencipta sejarah hebat buat sukan bola sepak tanah air melalui
sepakan 'ajaib' yang dicalonkan sebagai 10 calon ke Anugerah Puskas Fifa
2016.
Selepas saringan undian awal, pemain tengah Pulau Pinang itu berjaya
mengenepikan enam calon lain termasuk bintang dunia seperti Lionel Messi
dan Neymar untuk layak ke peringkat akhir bersama dua calon lain.
Sepakan Faiz menjadi fenomena luar biasa sehingga mendapat tempat di hati
peminat bola sepak dunia. Malah, video sepakannya yang dimuat naik di
laman You tube FifaTV mencecah tontonan lebih dua juta dalam tempoh kira-
kira sebulan.
Pada 9 Januari depan, nasib Faiz akan ditentukan sama ada berjaya atau
tidak untuk merangkul gelaran Puskas Fifa 2016 melalui jaringan yang dicipta
ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang dalam aksi Liga Super
16 Februari lalu.

Jika anda mahu mencipta sejarah bersama Faiz, teruskan membuat undian
sebanyak mungkin sebelum proses undian ditutup pada 9 Januari nanti

Anda mungkin juga menyukai