Anda di halaman 1dari 3

Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis


Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

Dengan bismillah,lafaz dimula,


Dengan bismillah,restu dipinta,
Segala usaha telah pun mendapat hidayat-Nya,
Semoga beroleh seluruh berkat-Nya.

1. Yang Berusaha, En Shahril Othman, Guru besar SK Beruas


2. Yang Dihormati, Pn. Fadhilah Mat Hassan, Penolong Kanan Pentadbiran
3. Yang Dihormati, En.Rusli Semail Penolong Kanan HEM
4. Yang Dihormati, En.Rusli Mansor Penolong Kanan Kokurikulum
5. Barisan warga pendidik SK Beruas
6. Seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Assalamualaikum W.B.T, Ah lan wa sah lan wamarhababikum.ke Majlis Penutup Ihya’


Ramadhan, Sumbangan asnaf dan anak Yatim serta Khatam Al-Quran SK Beruas.

Sesungguhnya,
Kita di bulan Ramadan,
di mana nafas kita menjadi tasbih
tidur kita menjadi ibadah,
amal kita diterima, doa kita di ijabah
sebelum cahaya syurga padam
sebelum hidup berakhir
sebelum pintu taubat tertutup,
insya-Allah,
kita masih diberi kesempatan,
untuk mendapat keampunan dari-Nya

QUE: KHATAM AL-QURAN

Hadirin sekalian,
Untuk makluman program ihya’ ramadan telah bermula sepanjang bulan ramadan 2019. Di
antara aktiviti program ihya’ ramadan yang bakal dijalankan semasa penutupan program
ihya’ ramadan ini adalah majlis khatam Al-Quran. Justeru, kelangsungan majlis pada pagi
yang berbahagia ini diteruskan majlis khatam al-Quran oleh anak-anak didik SK
Beruas. Oleh itu, majlis menjemput ____________________________untuk mengemudi
bacaan khatam Quran. Dengan ini majlis dengan segala hormatnya menyerahkan majlis ini
kepada _____________________.

***** Sesi khatam al-quran*****


Hari redup udarapun nyaman,
Duduk berehat di taman kekwa,
Al-Quran dibaca jadi pedoman,
Pelita dunia menuju taqwa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ________________________ kerana telah


mengemudi khatam al-quran pada pagi ini dan terima kasih kepada semua anak didik yang
turut serta memeriahkan majlis.

QUE: UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam,
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Hadirin sekalian,
kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian penutup oleh
_____________________. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput Yang
Berusaha ____________________________________ untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan majlis penutupan ihya’ ramadan 2019. Majlis dengan segala
hormat nya mempersilakan.

-----------selesai ucapan--------------

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.

QUE : PENYAMPAIAN CENDERAHATI/SUMBANGAN/HADIAH

 
Sidang hadirin,
Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderahati sebagai tanda
penghargaan dan terima kasih kepada perasmi kita hari ini. Majlis mempersilakan tuan guru
besar bagi menyampaikan cenderahati.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput _______________________ untuk menerima


cenderamata penghargaan. Dipersilakan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan hari raya kepada murid-murid yang
kurang berkemampuan dan anak-anak yatim serta penyampaian hadiah bagi pertandingan
jawi. Untuk itu, majlis menjemput ___________________________ untuk menyampaikan
sumbangan dan hadiah.
Dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar yang kurang
berkemampuan. Dijemput adik _________________________ (ikut senarai nama)

Seterusnya adalah penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar anak yatim.


Dipersilakan adik _________________________________ (ikut senarai nama)

Seterusnya merupakan penyampaian hadiah pertandingan jawi.  (ikut senarai pemenang)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian sumbangan dan hadiah
pertandingan sebentar tadi

QUE: PENUTUP

Sidang hadirin,

Dengan berakhirnya pemberian sumbangan dan cenderahati sebentar tadi, maka majlis sudah
sampai ke penghujungnya

Inilah yang dikatakan,


umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Di kesempatan ini juga, seluruh warga kerja program ihya’ ramadhan merakamkan sekalung
penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan program ihya’ ramadhan  pada tahun 2019 ini. Saya juga selaku
pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian, wabillah taufiq wal hidayah wassalamu…

Anda mungkin juga menyukai