Anda di halaman 1dari 31

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pada masa kini, orang ramai tidak memanfaatkan barangan kitar semula yang
ada. Contoh yang paling nyata ialah selepas mereka minum air tin, mereka akan terus
membuang tin itu samada di tempat yang di sediakan atau membuangnya merata-rata
walaupun pada hakikatnya mereka mengetahui bahawa barang tersebut boleh dikitar
semula.

Dianggarkan kira-kira satu juta tin minuman aluminium dibuang dalam masa
sehari. Ini membuatkan sampah sarap di Malaysia di merata-rata tempat. Pelbagai
kaedah digunakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai serta masyarakat
setempat terhadap permasalahan ini. Antara cara yang sedang di jalankan sekarang
adalah kempen kitar semula. Kempen itu dilaksanakan dengan meletakkan tong-tong
sampah khas yang berlainan warna serta label untuk memudahkan pengguna
mengasingkan barang yang boleh dikitar semula. Maka dengan ini, dapatlah seluruh
rakyat Malaysia menyahut seruan kerajaan untuk kempen kitar semula dan dapat
membantu diri sendiri dalam membasmi longgokan sampah sarap di mereta-rata tempat
yang boleh mencemarkan imej Malaysia.

Daripada permasalahan itu tercetuslah satu idea untuk menghasilkan alat


Pengemik Tin Minuman. Ia dapat membantu untuk mengatasi masalah itu dengan
memampatkan tin dengan selamat dan menjimatkan tenaga. Alat ini dapat memudahkan
segala kerja memampatkan tin minuman.

1
1.2 PENYATAAN MASALAH

Pada masa kini, banyak yang kita lihat pengguna mempunyai masalah untuk
mengitar semula tin dengan betul. Sesetengah pengguna yang tidak bertanggungjawab
selepas menggunakan tin minuman ini mereka tidak memijak tin minuman dengan
betul. Hal ini menampakkan, tin itu tidak menjadi rata dan nampak berterabur. Keadaan
ini kadang-kala boleh menyebabkan orang menjadi luka. Pada realitinya memang tidak
dapat kita nafikan bahawa tiada kesedaran pada pengguna yang menggunakan tin
minuman. Pada waktu yang sama, kita dapat mewujudkan kesedaran pengguna untuk
mengitar semula tin minuman. Dengan adanya mesin ini dapat memberi kesedaran
kepada pengguna masa kini dan akan datang.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

a) Merekabentuk alat yang boleh mengitar tin semula dengan mudah


b) Menghasilkan alat pemampat tin minuman menggunakan sistem car manual
jack
c) Menganalisis tahap keselamatan pengguna.

1.4 SKOP KAJIAN

Setiap projek dan konsep yang hendak dihasilkan memerlukan penghasilan yang
efektif,bermutu tinggi dan berinovasi dari segi fungsi dan reka bentuknya. Bagi
mencapai objektif ini, kami telah menyatakan beberapa skop projek seperti di bawah:

a) Mesin ini sesuai digunapakai untuk kegunaan ramai


b) Menggunakan sistem car manual jack
c) Tinggi mesin maksimum 33m
d) Tinggi maksimum tin ialah 168mm

2
1.5 RUMUSAN BAB

Begitulah serba sedikit pengenalan tentang mesin ini. Seterusnya, kajian


diteruskan dengan bab 2 iaitu kajian literatur.

3
BAB 2
KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAB

Di mana-mana pun seringkali kita mendengar orang mengatakan bahawa tin


minuman boleh menghasilkan duit jika dikumpulkan dengan banyak. Dengan hanya
menjadikan hobi mengutip tin minuman kosong yang terbuang kita mampu menjana
kewangan dalam kehidupan seharian.

Tin-tin minuman yang dikutip biasanya akan dikumpulkan dan dilonggokkan di


suatu tempat tertentu sehingga menjadi satu longgokan yang besar. Kemudian tin-tin
ini akan diketuk menggunakan peralatan seperti kayu, tukul atau hanya dengan
menggunakan kaki. Perbuatan ini sememangnya boleh dilakukan dan menjimatkan kos
namun ianya boleh mengundang bahaya, merugikan masa dan memenatkan. Bila-bila
sahaja kemalangan kecil boleh berlaku. Mungkin tangan yang akan terluka semasa
aktiviti mengetuk tin dilakukan dan mungkin juga kaki yang akan terluka sewaktu
memijak tin minuman untuk memampatkan tin minuman tersebut.

2.2 KAJIAN YANG PERNAH DIJALANKAN OLEH PENYELIDIK


TERDAHULU

Tin kitar semula adalah sebahagian penting dalam program kitar semula
keluarga dan masyarakat. Kitar semula aluminium adalah salah satu daripada perkara
termudah yang boleh anda lakukan untuk membantu alam sekitar. Jenis penghancur
yang paling biasa pada hari ini pada dasarnya digunakan untuk membantu orang. Reka
bentuk jenis ini membolehkan mereka menghancurkan mengikut jenis penghancur dan
kemudian menghancurkan dengan secepat mungkin. Jenis-jenis penghancur ialah jaw
crusher, gyratory crusher and impact crusher.

4
Rajah 2.2.1 Jaw Crusher

Rajah 2.2.2 Gyratory crusher

5
Rajah 2.2.3 Impact crusher

6
2.3 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN

Jenis Produk Berat(kg) Kelebihan Harga(RM)

2.2 a) Aplikasi yang 300.00


fleksibel
b) Mempunyai reka
bentuk pemutar
yang lasak
c) Tukul yang unik
untuk mengunci
peranti
1.5 a) Sesuai untuk tin 230.00
yang bersaiz
keluli
b) Pengemek ini
mudah
digunakan
c) Dikendalikan
oleh kaki
0.9 a) Produk ini mesra 215.00
alam
b) Mudah
dikendalikan

Rajah 2.3 Jenis-jenis produk

7
2.4 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN

Rajah 2.4.1 Mild Steel

Keluli tahan karat adalah sejenis keluli karbon dengan jumlah karbon yang
rendah - ia sebenarnya juga dikenali sebagai "keluli karbon rendah." Walaupun julat
berbeza bergantung kepada sumbernya, jumlah karbon yang biasanya didapati dalam
keluli ringan adalah 0,05% hingga 0,25% mengikut berat, manakala keluli karbon yang
lebih tinggi biasanya digambarkan sebagai mempunyai kandungan karbon dari 0.30%
hingga 2.0%. Jika ada lebih banyak karbon daripada yang ditambahkan, keluli akan
dikelaskan sebagai besi tuang. Oleh kerana kandungan karbon dan pengaloiannya agak
rendah, terdapat beberapa sifat yang membezakannya daripada keluli karbon dan aloi
yang lebih tinggi.

8
Rajah 2.4.2 Plat Keluli

Dari sudut alam sekitar, bahan pembinaan daripada keluli boleh dikitar semula,
menyebabkan kos yang murah dan tidak menghasilkan pencemaran bunyi serta habuk
yang tinggi. Besi sebagaimana kebanyakan logam, biasanya tidak dijumpai dalam kerak
bumi dalam bentuk unsur. Besi hanya boleh didapati dalam kerak bumi dalam bentuk
sebatian dengan oksigen dan belerang.

Rajah 2.4.3 Bolt dan Nat

Ia digunakan untuk mengikat dua komponen atau lebih.Mempunyai pelbagai


saiz dan sesuai digunakan untuk mengikat komponen.Ia boleh ditanggalkan dengan
mudah berbanding ikatan kimpalan.Komponen ini paling banyak digunakan dlaam
projek ini.

9
Rajah 2.4.4 Car Hydraulic Jack

Sebuah jack, screwjack adalah peranti mekanikal yang digunakan sebagai


peranti mengangkat untuk mengangkat beban berat atau untuk menggunakan kekuatan
yang hebat. Sebuah jentera mekanikal menggunakan bebenang skru untuk mengangkat
peralatan berat.

Rajah 2.4.5 Engsel

Engsel adalah peranti mekanikal yang digunakan untuk menyambung dua


pepejal dan membolehkan putaran relatif antara dua pepejal.

10
2.5 PERALATAN PROJEK

Peralatan peralatan yang digunakan untuk menjayakan sebuah mesin pengemek


tin adalah seperti berikut :

Rajah 2.5.1 Mesin kimpalan MIG

Kimpalan Arka Logam gas atau Gas Metal Arc Welding (GMAW) dikenali juga
sebagai Kimpalan Arka Logam Gas Lengai atau Metal Arc Welding (MIG) Kimpalan
MIG digunakan secara meluas dalam industri kerana mudah dikendalikan serta boleh
mengimpal berbagai jenis logam dan berbagai ketebalan logam. Kimpalan MIG banyak
digunakan dalam industri pembuatan, industri automotif dan lain-lain.selain keluli
karbon, kimpalan MIG juga boleh digunakan untuk mengimpal aluminium dan keluli
kalis karat (Stainless steel). Elektrod kimpalan MIG dibekalkan dalam bentuk gelungan
dawai berbeza dengan elektrod kimpalan yang lain yang dibekalkan secara batang atau
rod.

MIG digunakan secara meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar


pengeluaran tinggi , contohnya dalam kilang pembuatan. Antara kelebihan MIG:

11
a) Proses lebih cepat
b) Proses boleh diautomasikan
c) Mendapat hasil kimpalan yang tinggi
d) Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan

Rajah 2.5.2 Mesin Larik Menegak

Mesin larik digunakan untuk melarik sesuatu bahan yang akan menghasilkan
bentuk silinder dengan memutarkannya pada mata pemotong.

12
Rajah 2.5.3 Mesin pemotong mudah alih (grinder)

Mesin grinder adalah salah satu mesin perkakas yang digunakan untuk
mengasah/memotong benda kerja dengan tujuan tertentu. Prinsip kerja mesin grinder
adalah batu grinder berputar bersentuhan dengan benda kerja sehingga
terjadi pengikisan, penajaman, pengasahan, atau pemotongan.

Rajah 2.5.4 Bench drill machine

Merupakan suatu alat pembuat lubang, alur atau bisa untuk peluasan dan
penghalusan suatu lubang yang efisien.

13
Rajah 2.5.5 Mesin pencanai tangan

Ia digunakan untuk mencanai bahagian yang tidak rata setelah proses


penyambungan kimpalan dilakukan . Kumai yang berbukit akan dicanai menggunakan
pencanai tangan ini supaya permukaan kumai menjadi rata dan melicinkan lagi
permukaan yang dikimpal.

Rajah 2.5.6 Lathe machine

Digunakan untuk melakukan kerja-kerja seperti memotong selari permukaan


sebelah luar ataudalam, menggerudi, memotong benang skru, melulas,
menggerek,memotong tirus, melorek, mencanai, mengilap dan lain-lain.Pemotongan
dilakukan dengan menyuapkan mata alat pemotong kearah bahan kerja yang sedang
berpusing. Suapan mata alat dilakukansama ada selari atau bersudut tepat dengan paksi
bahan kerja. Mataalat pemotong boleh juga di suapkan bersudut dengan paksi
bahankerja seperti dalam kerja pemotongan tirus.

14
Rajah 2.5.7 Penyembur

Penyembur digunakan dalam proses mengecat rangka projek. Ia mudah


digunakan untuk mengecat pada kedudukan atau sudut yang berbeza.

Rajah 2.5.8 Welding mask

Menunjukkan alat keselamatan yang digunakan semasa kerja pengimpalan


dilakukan bagi membantu pengimpal untuk melihat dan juga untuk melindungi
bahagian muka pengimpal daripada tercedera.

15
Rajah 2.5.9 Sarung tangan

Digunakan untuk mengelakkan tangan daripada terkena benda kerja yang


sama.Diperbuat daripada kain berkualiti tebal dan tahan rintangan panas.

Rajah 2.5.10 Mata Gerudi Besi

Rajah 2.5.11 ialah mata gerudi yang digunakan ialah jenis stainless steel. Ia
sesuai digunakan untuk membuat lubang pada pelbagai jenis besi samada lembut
mahupun besi keras.

16
Kerja-kerja mengukur

Rajah 2.5.11 Penggarit

a) Digunakan untuk menggarit garisan pada muka logam


b) Garisan potong biasa dilukis oleh penggarit

Rajah 2.5.12 Sesiku L

a) Alat ini berbentuk seperti L, satu bilah logam dan pemegang diletakkan secara
ribet
b) Sesiku ini banyak digunakan dalam kerja yang berkaitan dengan proses
menanda dan menguji kerataan serta ketepatan.
c) Memastikan kedua hujung tepat pada sudut 90

17
Rajah 2.5.13 Angkup Vernier

a) Digunakan untuk mengukur dimensi bagi diameter luar dan dalam,lebar,panjang


dan tinggi
b) Mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier
c) Memberi ketepatan bacaan sehingga 0.1mm atau 0.02 mm atau 0.05mm

2.6 KESIMPULAN

Bab ini menerangkan secara terperinci tentang mesin pengemek tin yang ada
dan yang terdapat di pasaran. Selain itu, dalam bab ini juga menerangkan fungsi-fungsi
komponen dan bahan asas yang digunakan untuk menyiapkan projek ini. Segala kajian
yang pernah dijalankan sewaktu dahulu telah banyak menerangkan bagaimana sebuah
mesin itu berfungsi.

18
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN BAB

Metodologi bermaksud proses penghasilan sesuatu produk bermula dari


peringkat penciptaan idea-idea konsep sehingga proses pembuatan. Penjanaan idea
konsep ini bertujuan mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Pemilihan idea konsep
tersebut berdasarkan ciri-ciri bersesuaian dengan produk yang akan dihasilkan.

Proses pembuatan bermula dengan pemilihan bahan-bahan yang sesuai untuk


komponen-komponen produk.Selepas itu , semua bahan tadi dicantumkan bagi
menghasilkan rekabentuk yang dikehendaki. Semua proses tadi dilakukan mengikut
prosedur yang telah dirancang dan projek akan disiapkan mengikut masa yang telah
ditetapkan. Ini kerana setiap prosedur kerja tersebut mempunyai keseinambungan
dengan objektif projek ini.

Dalam menghasilkan atau melaksanakan sesuatu,perancangan awal yang teliti


perlu dibuat bagi menghasilkan projek yang berkualiti tinggi , berkeadaan baik,
berfungsi dengan baik,kemas dan lebih teratur. Proses ini merupakan langkah yang
paling awal dijalankan sebelum memulakan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek.

Selain itu,pemilihan projek yang bersesuaian membantu meningkatkan daya


pemikiran yang kreatif dan inovatif disamping ia melambangkan caa pemikiran
seseorang individu tersebut dalam aspek elektrik dan system pneumatik. Tajuk yang
dipilih juga mestilah dapat menarik perhatian agar menjadi contoh kepada pelajar lain
untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang projek tersebut dan lebih teliti.

19
3.2 CARTA ALIR PROSES PERLAKSANAAN PROJEK
Y
Mula
a

Pernyataan Masalah

Rekabentuk

Rekabentuk 1 Rekabentuk 2 Rekabentuk 3

No
Analisis Matrik

Yes
Rekabentuk Akhir

Fabrikasi

No
Pengujian

Yes

Tamat

20
Jadual 3.2.1 Carta Alir Perlaksanaan Projek

Carta alir adalah sejenis rajah yang mewakili sesuatu proses di mana ia
ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunannya dihubungkan dengan anak
panah. Gambarajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul secara
selangkah demi selangkah. Operasi proses diwakili dalam bentuk kotak dan anak panah
yang menghubungkannya pula mewakili aliran kawalan data. Aliran data tidak
selalunya diwakili dalam carta aliran, berbanding dengan gamba rajah aliran data
sebaliknya,mereka tersirat oleh turutan operasi. Carta aliran telah digunakan dalam
menganalisis, mereka bentuk, mendokumentasi atau menguruskan proses atau program
dalam pelbagai bidang.

Pada permulaan, telah dibincang untuk memilih tajuk projek. Pemilihan projek
ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku dipersekitaran yang mendatangkan
kepayahan pada seseorang. Selepas banyak idea yang diperkenalkan dan dibincangkan
dengan penyelia, persepakatan untuk menghasilkan satu produk dihasilkan. Selepas itu,
mencari skop dan objektif daripada penghasilan projek. Skop dan objektif ini,
berdasarkan permasalahan yang berlaku. Pembentangan projek 1 melibatkan beberapa
perkara iaitu pengenalan projek, skop, objektif, penyataan masalah, kajian literasi,
metodologi, lukisan berbantu computer dan lain-lain. Selepas projek diluluskan,
pelaksanaan aktiviti projek seperti proses merekabentuk dibuat untuk penghasilan
projek. Apabila projek telah siap, semakan projek dilakukan oleh penyelia supaya
projek yang dilakukan berfungsi seperti yang dirancangkan. Penghasilan laporan projek
untuk menganalisis data-data yang terdapat pada projek yang dicipta. Selepas
penghasilan ini, pembentangan kedua diadakan untuk mengetahui tentang pelaksanaan
rojek. Penyerahan projekk dan laporan akhir adalah proses akhir selepas pembentangan
kedua.

21
3.3 KONSEP KERJA PRIME (PRIME CONCEPT)
Projek ini menggunakan konsep kerja PRIME.
3.3.1 P – Problem Statement (Pernyataan Masalah)
3.3.2 R – Research (Penyelidikan)
3.3.3 I – Invention (Ciptaan / Pembuatan)
3.3.4 M – Modification (Pengubahsuaian)
3.3.5 E – Evaluation (Penilaian)

3.3.1 Pernyataan Masalah (Problem statement)

a) – Penyataan Masalah
Proses mengenal pasti masalah dilakukan terlebih dahulu supaya dapat
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna tin minuman. Kebanyakan
pengguna mesin tin minuman mempunyai masalah untuk memijak tin minuman dengan
baik, mempunyai masalah untuk mengitar semula tin dengan betul, serta menampakkan
tin itu berterabur. Ini bertujuan untuk memastikan segala masalah yang ada pada tin
minuman dapat direka bentuk semula menjadi lebih baik dengan memberi imej baru
kepadanya.

3.3.2 Penyelidikan (RESEARCH)

a) - Penyelidikan
Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan untuk menjalankan
penyelidikan. Instrumen kajian ini digunakan sebagai asas untuk memperoleh data
seperti mana yang dikehendaki untuk mencapai objektif. Kaedah yang digunakan ialah
dengan kaedah soal selidik. Instrumen yang digunakan untuk memperoleh data
terbahagi kepada dua iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif dijalankan melalui
boring soal selidik dan kualitatif dijalankan melalui temubual dan pemerhatian untuk
memperoleh data yang lebih tepat.

22
3.3.3 Ciptaan/Pembuatan (INVENTION)

Memulakan projek dengan maklumat yang ada melalui hasil pencarian yang
dilakukan:
a) Pemilihan idea
b) Jadual Penilaian Bermatrik

Pemilihan konsep ini dilakukan dengan membuat perbezaan konsep dengan


konsep rujukan(Datum). Penilaian dan pemilihan ini dilakukan dengan menilai setiap
konsep yang terdapat untuk menentukan konsep yang terbaik. Langkah ini dinamakan
Matrix Evaluation Method (Jalil, M.K.A, 2000) seperti yang ditunjukkan di jadual 3.3.3
dibawah. Lakaran-lakaran dibawah menunjukkan perbandingan di antara rekabentuk
konsep 1, 2 dan 3.

a) Pemilihan idea

Rajah 3.3.3.1 Lakaran 1

23
Rajah 3.3.3.2 Lakaran 2

Rajah 3.3.3.3 Lakaran 3

24
Bil. Kriteria Kriteria Konsep Konsep Konsep
Minat 1 2 3
1 Rekabentuk Komersial 4 4 5 3
2 Kos 5 4 3 5
3 Mudah Alih 5 5 4 3
4 Saiz 4 4 3 5
5 Berat 4 3 3 5
6 Bahan 4 4 4 5
7 Jumlah keseluruhan 23 24 26

3.3.3 Jadual Penilaian Bermatrik

3.3.4 Pengubahsuaian (MODIFICATION)

Pengubahsuaian dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pada mesin.


Pengubahsuaian dilakukan bermula daripada meniliti rekabentuk projek jika terdapat
alat-alat yang tidak perlu digunakan bagi mengurangkan kos dan mesin berat.
Pengubahsuaian ini amat penting bagi memastikan produk yang dihasilkan memuaskan
serta mengikut aspek yang telah ditetapkan. Jika produk yang dihasilkan mengikuti
spesifikasi yang betul, keselamatan yang tinggi serta memudahkan pengguna, ia
mungkin dapat dipasarkan. Produk yang berpatutan harga serta memenuhi kehendak
pengguna mampu memasuki pasaran.

25
3.3.5 Pengujian (EVALUATION)

Proses pengujian adalah amat penting dalam proses penghasilan sesuatu


rekabentuk projek. Pengujian juga menentukan kestabilan, keupayaan, kebolehgunaan,
objektif yang ditetapkan dan keselamatan projek yang dihasilkan. Kerja-kerja
pemasangan dan ujikaji bagi projek ini adalah dilakukan selepas proses pengukuran dan
proses pemotongan dilakukan. Kerja pemasangan yang dilakukan adalah mengikut
perancangan yang dilakukan pada peringkat awal. Selain itu, ujikaji adalah amat penting
dan bertujuan untuk memastikan setiap pengukuran yang dilakukan adalah tepat dan
menjamin kestabilan dan keselamatan struktur projek.

3.4 LUKISAN BERBANTU KOMPUTER

Setelah kami mengenal pasti keperluan dan kriteria yang perlu ada dalam projek
ini,kami mula melakar beberapa lukisan bagi rekabentuk projek. Seterusnya, semua ahli
kumpulan telah mencapai kata sepakat untuk memilih rekabentuk ini sebagai projek
kami. Proses perlaksanaan projek akan dijalankan mengikut jadual perancangan.

Rajah 3.4.1 Lukisan Berbantu Komputer Isometri

Lukisan berbantu computer ini dilakukan menggunakan inventor.

26
Rajah 3.4.2 Lukisan Berbantu Komputer Pandangan Sisi

Rajah 3.4.3 Lukisan inventor

Lukisan inventor besertakan dengan ukuran yang telah ditetapkan.

27
3.5 KOS PROJEK

Jadual 3.5 menunjukkan kos untuk penghasilan projek pengemek tin. Dalam
jadual ini menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dengan harga yang lengkap
berserta unit.

Bil Bahan Kos


1 Mild steel RM62.00
2 Plat keluli besi RM50.00
3 Bolt,nut,washer RM15.00
4 Square hollow RM10.00
section
5 Batang rod RM5.00
6 Car manual jack RM70.00
Jumlah RM212.00

Jadual 3.5 Kos Projek

3.6 PEMBUATAN PROJEK

Rajah 3.6.1 Memotong plat besi

Memotong plat besi menggunakan mesin memotong plat besi di bengkel projek.
28
Rajah 3.6.2 Membuat lubang

Membuat lubang pada bahan projek menggunakan mesin gerudi di bengkel


projek.

Rajah 3.6.3 Mengukur dan menanda

Mengukur dan menanda bahan projek untuk memastikan bahan dipotong


mengikut ukuran yang telah ditetapkan.

29
Rajah 3.6.4 Mengimpal

Mengimpal bahan projek mengikut bentuk projek yang telah ditetapkan.

Rajah 3.6.5 Menggerudi

Memotong besi menggunakan mesin gerudi mudah alih di bengkel projek.

30
Rajah 3.6.6 Melarik

Melarik bahan projek mengikut seperti yang ditetapkan selepas membuat uji
kaji.

31

Anda mungkin juga menyukai