Anda di halaman 1dari 14

SUSURGALUR:

Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, No.1, Vol.1, Maret 2013

Perburuan Hamba, Perlanunan, dan Kempen


Penghapusan Lanun di Sarawak:
Perspektif Sejarah Maritim

Ismail Ali

Ikhtisar: Abad ke-18 dan ke-19 telah menyaksikan kemunculan orang-orang Dayak Laut
di Sarawak – bersama-sama dengan orang-orang Iranun dan Balangingi yang berasal dari
kepulauan Filipina – sebagai “hero” Brunei kerana pernah menjadikan bangsa Eropah
sebagai tawanan dan hamba mereka. Penguasaan orang-orang Iranun, Balangingi, dan
Dayak Laut yang juga dikenali sebagai ”Raja di Laut” dan “Vikings daripada Laut Timur”
di perairan kepulaun Borneo dan Asia Tenggara ini telah menggerunkan dan sekaligus
menjadi mimpi ngeri kepada para pelayar dan pedagang Barat yang berlayar ke kawasan
perairan kepulauan Borneo dan Asia Tenggara pada waktu itu. Makalah ini bertujuan
untuk mengkaji penglibatan dan peranan para pembesar Brunei dan Melayu di Sarawak
dalam aktiviti pemburuan hamba dan perlanunan serta membantu rejim Brooke dalam
kempen penghapusan lanun (mantan pembesar Brunei, pembesar Melayu Sarawak, dan
Dayak Laut) di sekitar perairan Sarawak dan Brunei pada era pemerintahan Sultan Omar
Ali Saifuddin II (1828-1852) dari perspektif ekonomi dan budaya maritim Brunei.
Kata kunci: Lanun, Dayak Laut, Iranun, Balangingi, pembesar Brunei dan Melayu,
Sarawak, dan penghapusan lanun.

Abstract: The eighteenth and nineteenth centuries witnessed the emergence of the Sea
Dayaks in Sarawak – alongside the Iranuns and the Balangingis whose homeland was
the Philippine islands – as the heroes of Brunei due to the fact that the Europeans were
once captured by the Sea Dayaks and were made as the latter’s slaves. The control that
the Iranuns, the Balangingis, and the Sea Dayaks who were also known as the “King of
the Seas” and the “Vikings of the Eastern Seas” had over the Borneo island and Southeast
Asia was rather intimidating, in fact a nightmare, for travelers and Western traders who
sailed to or through the region. This article aims to investigate the involvement of, and the
role played by, Brunei’s governing elite and the Malays in Sarawak in slave hunting and
piratical activities and the assistance they offered to Brooke regime in piracy eradication
campaign (former Brunei’s governors, Malay Sarawak governors, and the Sea Dayaks) at
the coastal areas of Sarawak and Brunei during the reign of Sultan Omar Saifuddin II (1828-
1852) from the perspectives of maritime economy and culture of Brunei.
Key word: Piracy, Sea Dayaks, Iranun, Balangingi, Bruneis and Malays elite, Sarawak,
and piracy eradication.

Pendahuluan menjadi mimpi ngeri kepada para


Abad ke-18 dan ke-19 telah pelayar Eropah dan China yang berlayar
menyaksikan kemunculan orang-orang ke kawasan perairan Kepulauan Borneo
Iranun dan Balangingi yang berasal dan Asia Tenggara pada waktu itu.
dari Kepulauan Filipina dan orang- Dalam erti kata lain, hegemoni dan
orang Dayak Laut dari Sarawak sebagai pendominasian orang-orang Iranun,
hero atau “jaguh” di laut dan sekaligus Balangingi, dan Dayak Laut ke atas

Prof. Madya Dr. Ismail Ali ialah Pensyarah Kanan di Program Sejarah, Sekolah Sains Sosial UMS (Universiti Malaysia
Sabah), Jalan Beg Berkunci, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Alamat e-mail: ismailrc@ums.edu.my

27
ISMAIL ALI,
Perburuan Hamba, Perlanunan, dan Kempen Penghapusan Lanun

perairan Kepulauan Borneo dan Asia Melayu yang digunakan oleh penduduk
Tenggara pada abad ke-18 dan ke-19 di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo
banyak mendatangkan masalah besar pada abad ke-18 sebenarnya diubah-
kepada pelayar dan para pedagang. suai daripada bangsa pelakunya sendiri,
Menurut Leigh R. Wright: iaitu Iranun, yang memang secara
kebetulan didominasikan oleh orang-
The practice of piracy in Southeast orang Iranun pada peringkat awal atau
Asian in the nineteenth century was to
perintis (pioneer) untuk merujuk kepada
a very large extent a continuation of a
phenomena which was widespread from istilah pirates yang digunakan oleh
the ancient beginnings of sea traffic in the Barat (Handbook of British North Borneo,
straits and along the coasts of the area [...] 1890).
There were, however, several strong and Di kepulauan Indonesia pula,
organized Lanun Pirate communities on
the northern coasts of Borneo […] Many
walaupun aktiviti pemburuan hamba
young Muslim Malay seafares from Borneo dan rompakan kapal-kapal dagang
were led on marauding expeditions in the dilakukan oleh orang-orang Iranun
nineteenth century by Arab sheriffs […] dan Balangingi, namun masyarakat
Their allies were Iban of Sarawak on the
Indonesia tidak mengistilahkan mereka
northeast coast of Borneo […] Balingini
from the island of that name east of Jolo sebagai “lanun”, yakni sempena bangsa
in the Sulu Archipelago […] (Wright, mereka, tetapi mengistilahkan mereka
1966:3-4). sebagai “bajak laut” yang bermaksud
“perompak laut”, yakni berdasarkan
Tindakan Iranun, Balangingi, dan kegiatan merompak dan dilakukan di
Dayak Laut yang seringkali merompak laut (Lapian, 1990).
kapal-kapal dagang Barat dan Penguasaan orang-orang Iranun,
menjadikan anak-anak kapal sebagai Balagingi dan Dayak Laut – atau juga
komoditi dagangan, iaitu dalam bentuk dikenali sebagai ”Raja di Laut” (King of
hamba, telah menyebabkan berlakunya the Seas) – ke atas perairan kepulaun
transformasi dalam asal-usul identiti Borneo dan Asia Tenggara ini telah
mereka sendiri, iaitu dari sebuah menggerunkan para pelayar terkemuka
bangsa bernama Dayak di Sarawak Eropah seperti Alexander Dalrymple
yang telah lama wujud sebelum (1808), William Dampier (1960), Thomas
kedatangan bangsa Barat lagi kepada Forrest (1961), J. Hunt (1967), dan lain-
satu bangsa baru yang dikenali sebagai lain lagi. Lalu, mereka menggelarkan
bangsa pirates yang dicipta oleh Barat kawasan perairan di Laut China
(Sandin, 1967; dan Ongkili, 1973). Selatan, Laut Sulu, dan Laut Celebes
Dalam erti kata lain, pengidentifikasian pada pertengahan abad ke-18 dan ke-19
semula bangsa Dayak Laut menjadi sebagai age of the pirate dan melabelkan
satu bangsa yang baru ini secara bulan Ogos-Oktober sebagai “musim
perlahan-lahan telah menghakis dan lanun” atau pirates seasons atau pirate
menghilangkan identiti asal yang wind. Menurut James Francis Warren:
mereka miliki dan mula diterimapakai
oleh masyarakat setempat di kepulauan The heartland of piracy in Southeast
Nusantara pada abad ke-18. Asia has been considered for centuries
Ini terbukti apabila perkataan pirates to be in the waters around the southern
Philippines and Borneo, especially the
ciptaan Barat ini telah diasimilasikan, Sulu and Celebes seas […] including the
diubah-suai, diterjemahkan berasaskan Sultanate of Brunei, engaged in maritime
perbuatan, dan dijadikan sebagai riding and warfare before the arrival
sebahagian perbendaharaan kata of Europeans in the sixteenth century
(Warren, 2002:20).
masyarakat Melayu Nusantara.
Contohnya, penggunaan istilah “lanun”
Berdasarkan kepada catatan-catatan
sebagai satu perkataan dalam Bahasa
oleh pelayar terkemuka Barat pada

28
SUSURGALUR:
Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, No.1, Vol.1, Maret 2013

abad ke-18 dan


abad ke-19, seperti
Alexander Dalrymple
dalam Oriental
Repertory (1808),
William Dampier
dalam A New Voyage
Round the World
(1960), Thomas Forrest
dalam A Voyage to
New Guinea and the
Moluccas (1961) dan
lain-lain lagi, banyak
melaporkan kegiatan
perlanunan di perairan
Asia Tenggara. Owen
Rutter, misalnya,
dalam bukunya yang
berjudul The Pirate
Wind (1930) pula telah
menggelarkan etnik
Iranun dan Balingingi
di kepulauan Sulu dan
perairan Asia Tenggara
sebagai Vikings of the
Eastern Seas, yang
menyamai kehebatan Peta 1:
orang-orang “Viking” Lakaran Peta Kepulauan Borneo
yang cukup digeruni (Sumber: Bob Reece, 2002:10)
di Eropah. Menurut
Owen Rutter lagi:

No merchant ship of the colonial powers


and no shore village was immune from dan berdagang, orang-orang Dayak
their attack which, in their rampant Laut juga seringkali merompak dan
ferocity, made the threat of extreme
violence and anarchy an everyday fact of
memusnahkan kapal-kapal dagang
life for the coastal populations of Southeast dan pengkalan perdagangan milik
Asia for long periods of time […] fierce, Eropah di kepulauan Melayu. Pada
dangerous and merciless […] European, 8 Disember 1848, misalnya, orang-
American, Chinese, and native vessels orang Dayak Laut bersama orang-orang
who had been sold into slavery (Rutter,
1930:19). Iranun dan Balingingi telah merompak
dan menculik anak kapal Minerva di
Pendominasian orang-orang Iranun, pantai barat kepulauan Borneo Utara.
Balangingi, dan Dayak Laut di perairan Pada tahun 1810, kapal layar British
Asia Tenggara pada abad ke-18 dan ke- bernama Comerse yang mengalami
19 telah mendatangkan masalah besar kerosakan di muara Sungai Sarawak
kepada pihak British di Borneo Utara, telah diserang dan ditawan oleh Dayak
Sepanyol di Filipina, dan Belanda di Laut serta merampas semua kargo
Indonesia (Gomes, 1954; Nigel, 1969; dan senjata, termasuk menjual anak
Warren, 1981; dan Reid, 1988). Selain kapalnya ke Brunei sebagai hamba
menjalankan aktiviti memburu hamba (Rawlins, 1969:11).

29
ISMAIL ALI,
Perburuan Hamba, Perlanunan, dan Kempen Penghapusan Lanun

Pengertian dan
Konsep Perlanunan
(Piracy)
Dari segi
sejarahnya, aktiviti
jenayah di perairan
Asia Tenggara
telah wujud sejak
kemunculan kerajaan
Funan pada sekitar
abad pertama Masehi
lagi, iaitu apabila
orang-orang Funan
telah menyerang
kapal-kapal yang
melintasi kawasan
Illustrasi 1:
perairan mereka. Pemandangan Brunei (Borneo Proper) Abad ke-17
Pernah diceritakan (Sumber: D.J.M. Tate, 1988:58)
tentang seorang raja
perempuan Funan, bernama Liu-ye, The life of a pirate was an exciting one and
memimpin satu angkatan pelaut Melayu probably many men prefered it to a life of
menyerang kapal-kapal pedagang yang padi-planting or fishing (Rawlins, 1969:38).
melintasi kawasan perairan Funan
(Braddel, 1980:27). Dalam Bahasa Inggeris, perkataan
Sementara itu A.P. Rubin (1974:10) ini dapat disamaertikan dengan
pula mendefinisikan piracy sebagai perkataan pirates dan piracy. Menurut
perompakan di laut oleh sesebuah Joan Rawlins (1969:38), istilah atau
perahu ke atas sebuah perahu yang lain perundangan Barat untuk konsep
tanpa kuasa negeri (state authority) dan “perompak” (robber) dan “lanun”
untuk kepentingan peribadi. Chancellor (pirates) adalah merupakan dua perkara
Kent (House of Commons, England) pula yang berbeza. Perompak (robber)
mendefinisikan “lanun” sebagai: “piracy biasanya merujuk kepada individu yang
is robbery or a forcible depredation on merampas harta benda atau hak orang
the high seas without lawful authority, lain secara paksa di darat; manakala
and done animo furandi, and in the lanun (pirate) pula merujuk kepada
spirit and intention of universal hostility” individu yang merampas harta benda
(dalam Warren, 2002:2). Menurut Joan atau hak orang lain secara paksa di
Rawlins pula adalah seperti berikut: laut lepas dan di luar jurisdiksi wilayah
sesebuah negara.
A pirate is a robber on the high seas, and Dalam erti kata lain, orang-orang
there were many of them in the Eastern
Barat tidak menyebut individu yang
Seas at the beginning of the nineteenth
century. [...] Opium, tin, tea, silk, cotton, terlibat dalam aktiviti perompakan
gold, crockery and pepper were only a few di laut sebagai “lanun” tetapi
of the goods that might fall into the hands menggelarnya sebagai pirate. Istilah
of a lucky pirate, but more valued than “lanun” yang diterimapakai dan
all of these were the slaves. Sometimes
the crews of captured ships were sold as
dijadikan perbendaharaan kata oleh
slaves, but more often the pirates raided orang-orang Melayu pada hari ini
small coastal towns and villages and dikatakan berasal dari perkataan
carried off the women and children […]. “Iranun” atau Illanun; dan perkataan
“lanun” atau “Illanun” mula digunakan

30
SUSURGALUR:
Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, No.1, Vol.1, Maret 2013

secara meluas untuk


merujuk pirate pada
akhir abad ke-18
(Omar, 1983; dan
Halimi, 2000).

Penglibatan
Pembesar Brunei
dan Melayu Sarawak
dalam Aktiviti
Perlanunan
Pengetahuan
dan pemahaman
berhubung sejarah
ringkas kemunculan
dan keagungan
Kesultanan Brunei
pada abad ke-15
lagi penting untuk
dijadikan asas
bagi memahami
penglibatan golongan
aristokrat Brunei
dalam aktiviti
pemburuan hamba
dan rompakan di
laut sehingga digelar
sebagai pirates oleh
kolonial dan para
sarjana Barat. Pada
abad ke-15 dan ke-16,
Brunei telah muncul
sebagai salah sebuah
kerajaan maritim atau
thalassocracy (Bala,
Illustrasi 2:
2005) di kepulauan Potret Seorang Dayak Laut
Borneo dan setaraf (Sumber: J.F. Warren, 2002:213)
dengan Kesultanan
Sambas, Pontianak, dan Banjarmasin di (dalam Singh, 1984:18). Sebelum
kepulauan Borneo. kedatangan Barat pada awal abad ke-
Di bawah pentadbiran Sultan 16, Kerajaan Brunei telah mempunyai
Bolkiah, Brunei telah mencapai satu sistem pentadbiran yang teratur
zaman kegemilangan dan empayer dan menjadikan Islam sebagai teras
Brunei pada waktu itu bukan sahaja pemerintahannya (Halim & Jamillemar,
terbentang luas di Borneo Utara tetapi 1958; dan Abdul Latif, 1992).
juga meliputi kepulauan Sulu dan Dalam urusan pentadbiran Kerajaan
Manila. Ini menyebabkan beberapa Brunei, Sultan Bolkiah telah dibantu
orang pengembara Barat seperti Tome oleh majlis pembesar terkanan, atau
Pires dan Pigafetta pernah menggelar Wazir, iaitu Pangiran Bendahara,
zaman kegemilangan Brunei ini Pangiran Temenggung, Pangiran Di-
sebagai the Golden Age of Brunei Gadong, dan Pengiran Pemancha. Di

31
ISMAIL ALI,
Perburuan Hamba, Perlanunan, dan Kempen Penghapusan Lanun

bawah Wazir Berempat


ini pula terdapat
jawatan lain bergelar
Ceteria yang terdiri
daripada Orang Besar
Lapan dan Orang
Besar Enam Belas
yang menyerupai
sistem pentadbiran
Kesultanan Melayu
Melaka (Osman, Hadi
Abdullah & Hakip,
2001:24).
Dari segi susunlapis
masyarakat Melayu
Brunei terdiri
daripada Sultan,
Raja-raja “Bertaras”,
Anak-anak Raja dan
Pengiran-pengiran,
Ampuan, Awang,
Rakyat, Sakai, dan
Hamba (Brown, 1970).
Untuk memudahkan
urusan pentadbiran
tanah jajahan dan
penduduknya,
Kerajaan Brunei
telah membahagikan
pentadbiran ini
kepada tiga jenis
pemilikan, iaitu:
Sungai Kerajaan
(pegangan Sultan),
Sungai Kuripan Illustrasi 3:
(pegangan Wazir), dan Rekabentuk Bangkong (Perahu Perang Dayak Laut)
(Sumber: D.J.M. Tate, 1988:28)
Sungai Tulin atau
Pusaka yang dimilki
oleh Sultan dan para pembesar (Singh, apabila beliau mula mengambilalih
1984; dan Sidhu, 1995). kuasa daripada pemimpin tempatan,
Kerajaan Brunei telah melantik para mengeksploitasi penduduk, dan
pembesarnya untuk mentadbir tanah mengenakan cukai yang tinggi
jajahan bagi pihak Sultan Brunei. kepada penduduk di Sarawak. Dalam
Dalam kes di Sarawak, pentadbiran tempoh pemerintahannya, beliau
Kerajaan Brunei pada peringkat awal telah menyaksikan beberapa siri
telah diterajui oleh seorang bangsawan pemberontakan penduduk Sarawak
Brunei bernama Pangeran Indera sehingga memaksa Sultan Brunei
Mahkota yang berpusat di Kuching. menghantar Pangeran Raja Muda
Di bawah pentadbiran Pangeran Hashim dan beberapa pembesar Brunei
Indera Mahkota telah membangkitkan lain untuk menggantikan Pangeran
kemarahan penduduk Sarawak Indera Mahkota dan lain-lain pembesar

32
SUSURGALUR:
Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, No.1, Vol.1, Maret 2013

Melayu Sarawak
yang bersengkongkol
dengannya (Halim &
Jamillemar, 1958).
Pada masa yang
sama, kekusutan
dalam pentadbiran
Brunei di Sarawak ini
telah dipergunakan
oleh Pangiran Indera
Mahkota (mantan
Gabenor Brunei di
Sarawak), Sherif
Masahor (mantan
Gabenor Brunei di
Rejang), Sherif Sahap
di Sadung, Sherif
Jaffir dan Sherif Mulla
(Mular) di Skrang
untuk mempengaruhi
orang-orang Dayak
Laut (Sea Dayaks)
menyertai ekspedisi
pemburuan hamba
dan rompakan kapal-
kapal dagang Barat
dan telah disambut
baik oleh beberapa Illustrasi 4:
orang ketua dan Potret James Brooke di Sarawak
pemimpin Dayak. (Rajah Brooke)
Sebelum
kedatangan James Brooke di Sarawak, sebagai pusat perdagangan hamba di
Kerajaan Brunei di bawah pemerintahan Asia Tenggara pada abad ke-18 dan
Sultan Bolkiah hingga Sultan Omar Ali permulaan pertapakan James Brooke
Saifuddin I merupakan salah satu pusat di Sarawak yang sedikit sebanyak telah
perdagangan hamba yang terpenting mula membawa kepada kemerosotan
di kepulauan Borneo. Para pembesar ekonomi para pembesar Brunei dan
Brunei seperti Pangiran Usop dan para Melayu di Sarawak (Nicholl, 1996).
pembesar Brunei yang mentadbir tanah Kemerosotan kuasa para pembesar
jajahan Brunei di Sarawak seperti Brunei dan Melayu di Sarawak menjadi
Sherif Masahor, Sherif Sahap, Sherif lebih ketara lagi apabila James Brooke
Mulla, dan lain-lain lagi telah terlibat berjaya mendapatkan Sarawak pada
dalam aktiviti pemburuan hamba dan tahun 1841 dan Pulau Labuan pada
rompakan kapal-kapal dagang Barat tahun 1846 daripada Kesultanan
yang diterajui oleh orang Iranun yang Brunei. Contohnya, tindakan Sultan
berpengkalan di Pulau Labuan (Rawlins, Mumin (Brunei) menyerahkan bahagian
1969:63). hilir lembah Rejang kepada James
Penglibatan para pembesar Brunei Brooke pada tahun 1853 dan tindakan
dalam aktiviti perdagangan hamba ini Charles Brooke mengusir Sherif
sebenarnya mempunyai kaitan rapat Masahor dari Sarikei pada tahun 1855
dengan kemunculan Kesultanan Sulu telah menjejaskan kekuasaannya selaku

33
ISMAIL ALI,
Perburuan Hamba, Perlanunan, dan Kempen Penghapusan Lanun

Gabenor Brunei di
kawasan tersebut.
Selain Sherif Masahor,
Datu Patinggi Abdul
Ghapur yang menjadi
pembesar Melayu
di Kuching juga
menerima nasib
yang sama apabila
dilucutkan jawatannya
oleh James Brooke
pada tahun 1854
kerana dikatakan
telah mengenakan
cukai yang tinggi
kepada penduduk Illustrasi 5:
di Kuching (Tarling, Serangan British di Petempatan Dayak Laut
1971; dan Pollard, di Sungai Padeh, Sarawak
(Sumber: Bob Reece, 2002:29)
1997).
Sebagai tanda
penentangan para pembesar Brunei dan pemburuan kepala manusia sebagai
Melayu di Sarawak terhadap kekuasaan sebahagian daripada kebudayaan
rejim Brooke, para pembesar ini dengan mereka.
bantuan orang-orang Iranun yang Berbeza dengan orang-orang
bergelar sherif telah memobilisasikan Iranun dan Balangingi, orang-orang
orang Dayak Laut yang menetap di Dayak Laut tidak mengamalkan
kawasan lembah sungai dan pedalaman budaya perhambaan di dalam strata
di Sarawak untuk menjadi lanun. masyarakatnya. Orang-orang Iban
Secara amnya, perkataan Dayak (Sea Dayaks) juga merupakan antara
Laut atau Sea Dayaks ini bukanlah suku kaum yang cukup digeruni di
merupakan nama asal kepada etnik ini, Sarawak kerana keberanian mereka dan
tetapi sebenarnya dicipta oleh Barat, terkenal sebagai pemburu kepala (head
iaitu semasa pemerintahan rejim Brooke hunters). Dalam erti kata lain, aktiviti
di Sarawak (Richards ed., 1992). maritime raiding di kalangan orang-
Di kalangan etnik Sarawak, orang orang Dayak Laut pada abad ke-18 dan
Dayak Laut ini lebih dikenali sebagai ke-19 bukanlah merupakan budaya
orang Iban. Walaupun dikenali sebagai asal nenek-moyang mereka tetapi
“Dayak Laut” namun etnik ini bukanlah dipengaruhi oleh luar (Dickson, 1956;
menjadikan maritim sebagai budaya Sandin, 1967; dan Richards ed., 1992).
kehidupan mereka sepertimana Sejarah penglibatan orang-orang
orang-orang Iranun dan Balangingi di Dayak Laut dalam aktiviti maritime
kepulauan Sulu, tetapi lebih bersifat raiding banyak dipengaruhi oleh
masyarakat agraria yang mengamalkan mantan pembesar Brunei dan pembesar
shifting cultivation dan aktiviti Melayu di Sarawak seperti Sherif Sahap
pemburuan. Sebelum kedatangan (Iranun), Pangiran Indera Mahkota
agama Kristian, orang-orang Dayak (mantan Gabenor Brunei di Sarawak) di
Laut yang tinggal di rumah panjang Patusan, Sherif Jaffir (keturunan Arab)
ini tidak mempunyai agama, iaitu di Lingga, dan Sherif Mulla (keturunan
mengamalkan kepercayaan animisme Arab) di Undup. Dua orang pemimpin
dan diklasifikasikan sebagai pagan of ulung orang Dayak Laut yang bergiat
Borneo sahaja dan menjadikan aktviti aktif bersama Sherif Sahap, Pangiran

34
SUSURGALUR:
Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, No.1, Vol.1, Maret 2013

Indera Mahkota, Sherif Jaffir, dan Sherif Berbeza dengan orang Iranun dan
Mulla dalam aktiviti maritime raiding Balangingi, penglibatan orang-orang
di perairan Borneo Utara ialah Linggir Dayak Laut di Sarawak bukanlah
dan Luang. Antara kawasan petempatan untuk mendapatkan hamba atau hasil
utama etnik Dayak Laut di Sarawak, rompakan kapal-kapal dagang, tetapi
yang juga dilabelkan sebagai pirate lebih bertujuan untuk mendapatkan
river, termasuklah di Sungai Saribas, kepala manusia sahaja untuk
Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, memenuhi sebahagian daripada
dan Sungai Rajang. tuntutan sosio-kebudayaan mereka
Dalam pelayaran James Brooke dari yang telah diamalkan sejak turun-
Singapura ke Sarawak (Kuching) pada temurun lagi (Dickson, 1956; Sandin,
tahun 1841 dengan kapalnya yang 1967; dan Richards ed., 1992). Dalam
bernama Royalist telah terserempak erti kata lain, penglibatan orang-
dengan beberapa buah perahu besar orang Dayak Laut dalam ekspedisi
milik orang Iranun dan Dayak Laut maritime raiding di Sarawak lebih
(Iban) di muara sungai Sarawak menguntungkan para pemimpin mereka
(Warren, 2002:44). Sementara itu seperti Sherif Sahap, Pangiran Indera
Munsyi Abdullah, sewaktu belayar ke Mahkota, Sherif Jaffir, dan Sherif Mulla.
Kelantan, juga pernah bertembung Dengan terbinanya pengkalan dan
dengan orang-orang Dayak Laut petempatan Dayak Laut di Sarawak
bersama orang Iranun dan Balangingi di seperti Saribas, Krian, Batang Lupar,
pantai timur Malaya tahun 1830-an. dan Skrang, serta di kepulauan
Keberadaan orang-orang Dayak Sulawesi seperti di Tontoli, Dampelas,
Laut yang mendominasi beberapa Tobungku, Tanah Jampea, Lambok,
batang sungai utama seperti Sungai dan lain-lain lagi ini, secara tidak
Lupar, Sungai Saribas, Sungai Rimbas, langsung, telah memudahkan mereka
dan lain-lain lagi di Sarawak telah untuk menjalankan maritime raiding
mengancam ketuanan Kesultanan activities di sekitar perairan Brunei.
Brunei di Sarawak yang diterajui oleh Dalam erti kata lain, sebelum tahun
seorang pembesar Brunei bernama Raja 1840-an aktiviti maritime raiding oleh
Muda Hashim, termasuk merompak orang Dayak Laut begitu berleluasa di
kapal-kapal dagang British dan perairan kepulauan Borneo dan Asia
Belanda. Tenggara amnya.
Sepertimana Sherif Usman dan Para pembesar Sarawak seperti Sherif
lain-lain pembesar Iranun di Borneo Sahap, Sherif Jaffir, dan Sherif Mulla;
Utara, pembesar Sarawak seperti Sherif serta para pembesar Brunei seperti
Sahap, Pangiran Indera Mahkota, Pangeran Usop Pangiran (Brunei),
Sherif Jaffir, dan Sherif Mulla yang Pangeran Indera Mahkota (mantan
mempunyai hubungan dengan para Gabenor Brunei di Sarawak) dan Sherif
pemimpin Iranun di Borneo Utara Masahor (mantan Gabenor Brunei
juga telah menaja orang-orang Dayak di Rejang), dan lain-lain lagi dengan
Laut untuk ikut bersama orang-orang kerjasama pemimpin Iranun di Borneo
Iranun menjalankan aktiviti pemburuan Utara pula telah menaja orang Dayak
hamba dan rompakan kapal-kapal Laut untuk menjalankan pemburuan
dagang Barat. Satu perkara yang hamba dan rompakan kapal-kapal
cukup menarik dalam membincangkan dagang Barat di perairan Sarawak.
penglibatan awal orang-orang Dayak Untuk tujuan rompakan kapal dagang
Laut dalam aktiviti maritime raiding di Barat di laut, orang-orang Dayak Laut
kawasan perairan Borneo Utara pada akan menggunakan perahu perang yang
abad ke-18 dan ke-19 ini ialah tujuan dikenali sebagai bangkong (Tate, 1988).
sebenar mereka.

35
ISMAIL ALI,
Perburuan Hamba, Perlanunan, dan Kempen Penghapusan Lanun

Penglibatan
Pembesar Brunei
dan Melayu
dalam Kempen
Penghapusan
Lanun di
Sarawak Tajaan
Rejim Brooke
Sepertimana
yang telah
dijelaskan
sebelum
ini, aktiviti
pemburuan
hamba dan
tindakan
merompak kapal-
kapal dagang
serta serangan ke
atas pusat-pusat
perdagangan
Barat yang Illustrasi 6:
Lakaran Petempatan Dayak Laut di Patusan, Sarawak
semakin
(Sumber: D.J.M. Tate, 1988:39)
berleluasa telah
menjejaskan
kepentingan para pedagang Barat mendapatkan Sarawak pada tahun
dan pihak kolonial telah mengundang 1841 dan Pulau Labuan pada tahun
kepada campurtangan kolonial Barat 1846 daripada Kesultanan Brunei
untuk menghapuskan kegiatan orang- (Rawlins, 1969; dan Reece, 2002).
orang Iranun, Balangingi, dan Dayak Antara tugas utama Brooke sebaik
Laut di perairan kepulauan Borneo. sahaja dinobatkan sebagai Rajah of
Selain dari itu, pihak kolonial juga Sarawak oleh Kesultanan Brunei ialah
telah menjadikan alasan penghapusan menghapuskan sebanyak mungkin
amalan perhambaan yang bertentangan Dayak Laut yang dilabelkannya
dengan amalan di Barat, rompakan sebagai lanun, perlanunan, dan sistem
kapal-kapal dagang Barat, dan perhambaan yang dianggapnya sebagai
penglibatan para pembesar sebagai devastating system (Warren, 2002:7)
salah satu sebab untuk menjajah di dengan cara menggubal Undang-
kepulauan Borneo dan Asia Tenggara Undang dan menubuhkan Court of
amnya pada abad ke-19. Justice.
Di antara tokoh-tokoh Barat yang Peluang untuk menghapuskan Dayak
terkenal dalam sejarah penghapusan Laut oleh James Brooke ini menjadi
Dayak Laut di Sarawak termasuklah lebih mudah lagi apabila Sultan Omar
James Brooke, Kapten Edward Belcher, Ali Saifuddin II (1828-1852) dari Brunei
Kapten Rodney Mundy, Kapten Henry telah minta bantuan James Brooke
Keppel, Kapten Farquhar, Leftenan untuk menentang orang-orang Iranun
R.N. Wade, dan Sir Thomas Cochrane dan Balangingi di Marudu di bawah
di Sarawak. Kempen penghapusan pimpinan Sherif Usman pada tahun
Dayak Laut secara besar-besaran di 1830-an. Untuk tujuan tersebut, James
Sarawak yang diterajui oleh James Brooke telah berlayar ke Singapura
Brooke bermula sebaik sahaja berjaya pada tahun 1843 dengan menggunakan

36
SUSURGALUR:
Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, No.1, Vol.1, Maret 2013

kapalnya bernama
Royalist seberat
142 tan untuk
mendapatkan
bantuan Kapten
Henry Keppel selaku
pegawai pemerintah
tentera laut British di
Singapura.
Sebaik sahaja
berjaya mendapatkan
bantuan Kapten Henry
Keppel, maka James
Brooke telah mula
mengatur langkah
bagi merealisasikan
kempen penghapusan
Dayak Laut di
Sarawak dan
kepulauan Borneo.
Di Sarawak, James
Brooke telah
memulakan siri
kempen anti-lanun
Illustrasi 7:
(Dayak Laut) dengan
Lakaran Strategi Serangan Brooke di Sungai Saribas,
menyerang pusat- Sungai Kalaka, dan Sungai Batang Lupar
pusat petempatan Sumber: Bob Reece (2002:39)
Dayak Laut, termasuk
penentangnya dari kalangan orang dari Lingga dan berjaya memusnahkan
peribumi Sarawak, Melayu Brunei, dan petempatan Dayak Laut di Saribas.
orang Cina. Setelah berjaya di Saribas, James
Pada tahun 1843, Kapten Henry Brooke dan Kapten Henry Keppel
Keppel selaku komander kapal H.M.S meneruskan kempen kedua mereka
Dido telah tiba di Sarawak dan di Sungai Batang Lupar pada bulan
menyusur masuk ke Sungai Saribas Ogos 1844 menggunakan kapal H.M.S.
dan Sungai Batang Lupar untuk Dido dan kapal perang wap bernama
membuat tinjauan awal lokasi Dayak Phlegethon milik East India Company
Laut (Keppel, 1847). Beliau telah dengan bantuan Pengiran Bedrudin
menulis surat kepada Pangeran Rajah dari Sarawak untuk menghapuskan
Muda Hashim, selaku Gabenor Brunei pangkalan Dayak Laut yang dipimpin
di Kuching yang berkuasa di kawasan oleh Sherif Sahap, Pangiran Indera
di Saribas dan Batang Lupar untuk Mahkota, Sherif Jaffir, dan Sherif
membantunya dalam kempen tersebut Mulla. Dalam pelayaran dari Kuching
dan telah dipersetujui oleh Pangeran ke Patusan, James Brooke dan Kapten
Rajah Muda Hashim. Henry Keppel telah diserang oleh
Sebagai permulaannya, James Sherif Sahap tetapi berjaya dikalahkan
Brooke dan Kapten Henry Keppel telah (Keppel, 1847; dan Belcher, 2005).
memulakan serangan di Rimbas, Paku, Kemudian, James Brooke dan Kapten
dan Padeh (yang menjadi petempatan Henry Keppel terus mara ke kubu
utama Dayak Laut di Saribas) pada Pangiran Mahkota dan Sherif Mulla
bulan Jun 1843 dengan bantuan Dayak di Undup dan berjaya dimusnahkan

37
ISMAIL ALI,
Perburuan Hamba, Perlanunan, dan Kempen Penghapusan Lanun

dan Pangeran Indera Mahkota telah itu ketua Dayak Laut bernama Linggir
ditawan dan dibawa ke Brunei untuk bersama 3,000 pengikutnya telah
dipenjarakan. Setelah itu angkatan melarikan diri ke dalam hutan.
James Brooke dan Kapten Henry Keppel Pertempuran pada 31 Julai 1849 ini
terus mara ke Skrang yang menjadi juga dikenali sebagai Battle of Beting
kubu Dayak Laut dan mendapat Marau, iaitu sempena nama Beting
tentangan hebat. Dalam pertempuran Marau di Kuala Sungai Kalaya. Kempen
tersebut ketua orang Melayu, iaitu Datu penghapusan Dayak Laut di Sarawak
Patinggi Ali dan Leftenan Wade (H.M.S. oleh Rejim Brooke sampai ke puncaknya
Dido) telah terbunuh, termasuk 30 apabila pada tahun 1862 anak saudara
orang askar Sarawak mati dan 56 orang James Brooke, iaitu Kapten John
lain cedera. Kemudian, James Brooke Brooke dan Johnson Brooke atau Tuan
dan Kapten Henry Keppel terus mara ke Besar berjaya memusnahkan orang-
Lingga memburu Sherif Sahap, Sherif orang Dayak Laut di Mukah (Defoe,
Jaffir, dan Sherif Mulla tetapi mereka 1999; dan Reece, 2002). Dalam erti
berjaya melarikan diri ke wilayah kata lain, selepas tahun 1862 tiada lagi
Belanda di Kalimantan (Mundy, 1848; ancaman Dayak Laut sebagai lanun
dan Appell, 1965). utama di Sarawak.
Selepas lima tahun berlalu, orang-
orang Dayak Laut kembali aktif dengan Kesimpulan
menyerang Sadong, Sesang, Sarikei, Hegemoni para pembesar Brunei
Paloh, Matu, Bruit, dan Igan pada dan Melayu Sarawak yang berjaya
tahun 1849 dan memaksa Sultan memobilisasikan orang-orang Dayak
Brunei meminta bantuan James Brooke Laut di Sarawak bersama-sama dengan
di Sarawak semula. Untuk tujuan orang-orang Iranun dan Balagingi
tersebut, James Brooke telah meminta dari selatan kepulauan Filipina untuk
bantuan sekali lagi dari armada laut menjalankan aktiviti perlanunan di
British di Singapura. British telah perairan Brunei pada abad ke-18 dan
menghantar Kapten Farquhar untuk ke-19 telah banyak mendatangkan
memimpin tiga buah armada laut pelbagai masalah kepada para pelayar
British, iaitu H.M.S. Albatross, H.M.S. dan pedagang Barat. Tindakan
Royalist, dan H.M.S. Nemesis. Pada 24 memburu hamba dan merompak
Julai 1849, James Brooke dan Kapten kapal-kapal dagang Barat ini telah
Farquhar telah menempatkan H.M.S. menyebabkan Pangeran Indera Mahkota
Royalist di muara sungai Batang Lupar, selaku bekas pembesar Brunei dan
H.M.S. Nemesis di Sungai Saribas, dan beberapa orang pemimpin Melayu di
H.M.S. Albatross di Kuala Sungai Kalaka Sarawak seperti Sherif Sahap, Sherif
(Tate, 1988). Jaffir, Sherif Mulla, Datu Patinggi Abdul
Dalam misi ini, James Brooke dan Ghapur, dan orang-orang Dayak telah
Kapten Farquhar telah dibantu oleh dilabelkan sebagai ”lanun” (pirates) oleh
Orang Kaya Lundu dan mempunyai Barat.
kekuatan tentera seramai 3,500 orang Apa yang jelas di sini ialah
di bawah arahan Kapten Farquhar. penglibatan mantan pembesar Brunei
Pada 31 Julai 1849, angkatan Dayak dan Melayu di Sarawak dalam kegiatan
Laut dengan kekuatan sebanyak 150 pemburuan hamba mempunyai
buah perahu telah menyerang H.M.S. hubung-kait yang rapat dengan
Albatross di Kuala Sungai Kalaka. kemunculan Kesultanan Sulu di Borneo
Dalam pertempuran tersebut armada Utara. Sementara itu penglibatan
British telah berjaya memusnahkan mantan pembesar Brunei dan Melayu
88 buah perahu dan membunuh kira- di Sarawak dalam kegiatan perlanunan
kira 300 orang Dayak Laut. Sementara pula mempunyai hubung-kait yang

38
SUSURGALUR:
Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, No.1, Vol.1, Maret 2013

rapat dengan kekusutan dalaman Braddel, R. (1980). “A Study of Ancient Times


politik Brunei dan perluasan kuasa in the Malay Peninsula and the Straits of
Malacca” dalam JMBRAS.
James Brooke di Sarawak sendiri (Irwin, Brown, D.E. (1970). Brunei: The Structure and
1955). Sementara itu penglibatan History of a Bornean Malay Sultanate. Brunei:
Sultan Omar Ali Saifuddin II (1828- The Star Press.
1852) dan Raja Muda Hashim (Brunei) Dalrymple, Alexander. (1808). Oriental Repertory.
London: t.p.
dalam kempen penghapusan lanun pula
Dampier, William. (1960). A New Voyage Round
disebabkan oleh tekanan rejim Brooke the World. London: t.p.
yang seringkali menggunakan alasan Defoe, Daniel. (1999). A General History of the
ancaman lanun untuk campurtangan di Pyrates. New York: Dover Publications, Inc.
Sarawak dan Brunei. Dickson, M.J. (1956). Sarawak and Its People.
Kuching: t.p.
Sebagai kesimpulannya, aktiviti Forrest, Thomas. (1961). A Voyage to New Guinea
perlanunan yang dilakukan oleh orang- and the Moluccas. London: t.p.
orang para pembesar Brunei, Melayu, Gomes, Edwin H. (1954). The Sea Dayaks of
dan orang-orang Dayak Laut di Sarawak Borneo. London: t.p.
Halim, Yura & Jamillemar. (1958). Sejarah
yang pada mata kasar Barat sebagai
Brunei. Bandar Brunei: Brunei Press.
pirates (lanun) wajar diadili semula Halimi, Ahmad Jelani (2000). “Lanun, Pedagang
berdasarkan kepada world view, sejarah atau Penguatkuasa: Kes ’Pelanunan’ di
peradaban, dan kebudayaan setempat; Wilayah Johor Riau Sebelum Abad ke-19 M”
bukannya terus diadili berlandaskan dalam Jurnal Warisan Johor.
Handbook of British North Borneo. (1890).
perundangan di Barat yang bermotifkan London: t.p.
political and economic interest. Dalam Hunt, J. (1967). “Some Particular Relating to
erti kata lain, pengadilan moral (moral Sulo in the Archipelago of Felicia” dalam J.H.
judjement) terhadap realiti sejarah Moore [ed]. Notices of the Indian Archipelago
and Adjecant Countries. London: t.p.
dan budaya di Nusantara pada abad
Irwin, Graham. (1955). Nineteenth Century
ke-18 dan ke-19 harus dijadikan Borneo: A Study in Diplomatic Rivalry. The
sebagai kayu ukur untuk menilai Hague: Martinus Nijhoff.
sejauhmana penglibatan mereka dalam Keppel, Henry. (1847). The Expedition to Borneo
pembinaan sejarah peradaban maritim of H.M.S. Dido for the Suppression of Piracy.
London: Chapman & Hall.
di kepulauan Borneo, sama ada layak Lapian, A.B. (1990). ”Orang Laut, Bajak Laut dan
diklasifisikan sebagai pirates atau layak Raja Laut”. Disertasi Doktor Tidak Diterbitkan.
diberi pengiktirafan oleh dunia sebagai Yogyakarta: Program Pascasarjana UGM
satu-satunya hero berbangsa Melayu [Universitas Gadjah Mada].
Mundy, Ridney. (1848). Narrative of Events in
yang pernah menjadikan orang Eropah
Borneo and Celebes Doen to the Occupation
sebagai tawanan dan hamba dalam of Labuan from the Journal of James Brooke.
sejarah dunia. London: John Murray.
Nicholl, Robert. (1996). Raja Bongsu of Sulu: A
Brunei Hero in His Times. Selangor: Anaceme
Art & Printing Sdn.Bhd.
Bibliografi Nigel, Heyward. (1969). Sarawak, Brunei & North
Borneo. Singapore: Easten Universities Press
Abdul Latif, Muhammad. (1992). “Latar Belakang Ltd.
Islam di Brunei” dalam Jurnal Darussalam, Omar, Asmah. (1983). The Malay People and
Bil.1. Their Languages. Kuala Lumpur: Dewan
Appell, George N. (1965). “Death of Serip Usman Bahasa dan Pustaka.
in Rungus Tradition” dalam The Sarawak Ongkili, J.P. (1973). “Pre-Westen Brunei,
Museum Jurnal, Vol.XII. Sarawak and Sabah” dalam Nusantara, Bil.3.
Bala, Bilcher. (2005). Thalassocracy: A History of Osman, Sabihah, Muhamad Hadi Abdullah &
the Medival Sultanate of Brunei Darussalam. Sabullah Hj. Hakip. (2001). Sejarah Brunei
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Menjelang Kemerdekaan. Kuala Lumpur:
Belcher, Edward. (1848). Narrative of the Voyage Dewan Bahasa dan Pustaka.
of H.M.S. Samarang During the Years 1843- Pollard, Elizabeth. (1997). Kuching, 1839-1970.
1846. London: Reeve, Benham & Reeve. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

39
ISMAIL ALI,
Perburuan Hamba, Perlanunan, dan Kempen Penghapusan Lanun

Rawlins, Joan. (1969). Sarawak, 1839-1968. Singh, Ranjit. (1984). Brunei, 1839-1983: The
London: MacMillan, 2nd Edition. Problems of Political Survival. Singapore:
Reece, Bob. (2002). The White Rajah’s of Oxford University Press.
Sarawak: A Borneo Dynasty. Singapore: Tarling, Nicholas. (1971). Britain, the Brookes and
Archipelago Press. Brunei. London: Oxford University Press.
Reid, Anthony. (1988). Southeast Asia in the Age Tate, D.J.M. (1988). Rajah Brooke’s Borneo: The
of Commerce, 1450-1680. New Haven: Yale Nineteenth Century World of Pirates and Head-
University Press. Hunters, Orang Utan and Hornbills, and Others
Richards, Anthony [ed]. (1992). The Sea Dayaks Such Rarities Seen Through the Illustrated
and Other Races of Sarawak. Kuala Lumpur: London News and Other Contemporary
Dewan Bahasa dan Pustaka. Sources. Hong Kong: John Nicholson Ltd.
Rubin, A.P. (1974). Piracy, Paramontey and Warren, James Francis. (1981). The Sulu Zone,
Protectorates. Kuala Lumpur: Penerbit 1768-1898: The Dynamic of External Trade,
Universiti Malaya. Slavery and Ethnicity in the Transformation of
Rutter, Owen. (1930). The Pirate Wind: Talse of A Southeast Asian Maritime State. Singapore:
the Sea-Rubbers of Malaya. New York: Oxford Singapore University Press.
University Press. Warren, James Francis. (2002). Iranun and
Sandin, Benedict. (1967). The Sea Dayaks of Balangingi: Globalization, Maritime Raiding
Borneo Before White Rajah Rule. London: and the Birth of Ethnicity. Quezon City: New
MacMillan. Day Publishers.
Sidhu, Jatswan S. (1995). Sejarah Sosioekonomi Wright, Leigh R. (1966). “Piracy and the Powers
Brunei, 1906-1959. Kuala Lumpur: Dewan in Nineteenth Century Borneo” dalam Journal
Bahasa dan Pustaka. of Asia Studies, Vol.XXV. Kota Kinabalu:
Sabah Museum.

40

Anda mungkin juga menyukai