Anda di halaman 1dari 7

UCAPAN ALUAN

KAPT. BERSEKUTU [PA] AZNUR ANUAR AB AZID


PENGARAH
KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

SEMPENA
Majlis Perasmian Penutup Program Khidmat Masyarakat
(CSR) Bersama Komuniti Sehat “Maahad Tahfiz Al-Qur’an
Wal Qiraat Addin 3

PADA
10 Januari 2019 (Khamis) - 9.00 pagi

Pentas Utama, Dataran Sekolah


Maahad Tahfiz Al-Qur’an Wal Qiraat Addin 3

1|Page
Terima kasih Saudara/i Pengerusi Majlis

Yang Dihormati
Al-Fadhil Ustaz Nazari bin Setera Ali
Pengetua
Maahad Tahfiz Al-Qur’an Wal Qira’at Addin 3

Yang Berusaha
Guru-guru dan kakitangan-kakitangan
Maahad Tahfiz Al-Qur’an Wal Qira’at Addin 3

Yang Berusaha,
Barisan ahli-ahli Mesyuarat Pengurusan
Kolej Komuniti Kuala Kangsar

Seterusnya
Pensyarah-pensyarah dan pegawai-pegawai
Kolej Komuniti Kuala Kangsar

Tuan/Puan dan para pelajar yang saya hormati sekalian

2|Page
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan Salam
Sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


rahmat, kurnia serta keizinan-Nya, pagi ini saya dapat bersama-
sama dalam Majlis Perasmian Penutup Program Khidmat
Masyarakat (CSR) Bersama Komuniti Sehat “Maahad Tahfiz
Al-Qur’an Wal Qiraat Addin 3, Kg Ketior, Kuala Kangsar.”

Dalam kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan


penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pengurusan
Maahad Tahfiz Al-Qur’an Wal Qiraat Addin 3 yang sudi
memberikan sokongan kepada penganjuran program khidmat
masyarakat kolej yang pertama pada tahun ini.

Ucapan syabas dan tahniah juga diucapkan kepada seluruh Ahli


Jawatankuasa Program Khidmat Masyarakat (CSR) Bersama
Komuniti Sehat di atas komitmen dan kesungguhan yang telah
dipamerkan bagi memastikan kelancaran perjalanan dan
persiapan program sehinggalah terlaksananya program CSR ini
dengan jayanya.

3|Page
Tidak lupa juga kepada ahli mesyuarat pengurusan Kolej
Komuniti Kuala Kangsar, ketua-ketua unit dan pegawai-pegawai
yang mengambil bahagian dalam program ini. Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan.

Tuan/Puan dan para pelajar yang saya hormati sekalian

Proses pendidikan tinggi merupakan satu aspek yang sangat


dinamik dan sentiasa mengalami proses evolusi dan transformasi.
Begitu juga kepantasan perkembangan dunia hari ini sangat
dipengaruhi oleh ledakan teknologi dan globalisasi. Hal ini telah
memberikan kesan yang besar kepada corak pasaran kerja
semasa. Sekaligus, keadaan ini mengemukakan cabaran yang
tinggi kepada para pencari kerja berikutan iklim persaingan yang
sengit.

Inilah hakikat yang perlu disedari dan diakui oleh bakal-bakal


graduan pada hari ini. Segulung ijazah atau diploma yang
digenggam itu belum tentu dapat menjamin peluang kerjaya yang
setimpal jika tidak disertai dengan kemahiran insaniah yang boleh
menambah nilai kepada kelayakan akademik tersebut.

4|Page
Tuan/Puan dan para pelajar yang saya hormati sekalian

Sehubungan dengan itu, program CSR bersama Maahad Tahfiz


ini merupakan salah satu platform pendedahan yang berguna
kepada para mahasiswa dalam menerapkan semangat
kesukarelawan mereka agar terus aktif dan melibatkan diri dalam
program khidmat masyarakat.

Untuk makluman hadirin sekalian, program ini sememangnya


telah dirancang semenjak dari tahun lepas. Namun, atas sebab
yang tidak dapat dielakkan ditambah dengan perubahan dasar
dan pentadbiran di peringkat pentadbiran persekutuan,
menyebabkan pelaksanaan program ini terpaksa ditangguhkan
beberapa kali.

Namun, Alhamdulillah, akhirnya pelaksaan program ini berjaya


diteruskan sehinggalah seperti yang dapat dilihat hasilnya hari ini
iaitu beberapa lokasi di dalam maahad telah ditambah baik dan
diperindahkan sesuai dengan status pusat pendidikan agama di
kawasan Kg Ketior ini.

5|Page
Inilah hasrat dan kehendak kami iaitu melatih dan menjana satu
pengalaman baru yang holistik dalam aspek kemahiran
komunikasi dan juga pengurusan kendiri pelajar-pelajar.

Tuan/Puan dan para pelajar yang saya hormati sekalian

Secara umumnya, saya melihat bahawa penganjuran program


khidmat masyarakat ini sebenarnya inisiatif kolej komuniti untuk
meningkatkan semangat sukarelawan para mahasiswa kita
apabila mereka menamatkan pengajian kelak.

Dengan adanya kolaborasi di antara kolej komuniti dan pihak


maahad, diharapkan ianya menjadi platform terbaik bagi
memperkenalkan bakat dan kemahiran sukarelawan pelajar.

InsyaaAllah jika ada rezeki dan peluang lagi, kita harapkan


kerjasama baik ini dapat diteruskan pada masa yang lain pula.

6|Page
Penutup

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ucapan


penghargaan kepada pihak Maahad Tahfiz yang sudi menerima
kehadiran kami disini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama untuk
menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun
tidak langsung.

Mudah-mudahan usaha murni ini akan terhitung di sisi Allah


Ta’ala sebagai amalan dan usaha yang bermanfaat yang
seterusnya dapat diterjemahkan dalam bentuk gerak tindakan
yang memberi faedah secara menyeluruh kepada rakyat dan
negara Malaysia yang tercinta.

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya merasmikan


Majlis Penutup Program Masyarakat (CSR) Bersama
Komuniti Sehat “Maahad Tahfiz Al-Qur’an Wal Qiraat Addin
3, Kg Ketior, Kuala Kangsar.”

Sekian, wabillahhi taufi wal hidayah, assalamualaikum


warahmatullah hi wabarakatuh,
Terima Kasih.

7|Page

Anda mungkin juga menyukai