Anda di halaman 1dari 8

6.

TAJUK (AMALAN TERBAIK)

LUNGSUR BIJAK BACA

7. SINOPSIS

Lungsur Bijak Baca adalah projek inovasi saya hasil pemerhatian saya terhadap murid-murid

kelas pemulihan yang tidak dapat menguasai kemahiran membatangkan dua suku kata mudah yang

terdiri daripada pola kv + kv. Mereka kelihatan seperti memencilkan diri dan tidak berminat

apabila aktiviti membaca dijalankan. Saya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain

sebagai suatu inisiatif untuk meningkatkan kemahiran murid membatangkan suku kata terbuka

kv + kv melalui permainan ‘Lungsur Bijak Baca’. Permainan yang menyeronokkan dengan suku

kata yang berwarna-warni diharapkan dapat menarik minat responden untuk meningkatkan

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

8. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 7 orang murid kelas Pemulihan.

Iaitu:

1) Seorang murid yang pasif di dalam kelas.

2) Dua orang murid yang sering ponteng sekolah.

3) Seorang murid keturunan Siam yang belum menguasai sepenuhnya Bahasa Melayu.

4) Tiga orang murid yang belum menguasai kemahiran membatang suku kata KV.

9. LATAR BELAKANG

Pengkaji adalah seorang guru prasekolah yang ditugaskan mengajar murid-murid

prasekolah di sebuah sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di Pulau Pinang. Setelah masuk

minggu ke tujuh sesi persekolahan, pengkaji dapati masih terdapat beberapa orangg murid tidak
dapat menguasai kemahiran membatangkan dua suku kata mudah yang terdiri daripada pola kv +

kv. Mereka kelihatan seperti memencilkan diri dan tidak berminat apabila aktiviti membaca

dijalankan.

Dalam pemerhatian pengkaji, responden ini sudah menguasai kemahiran mengenal huruf vokal

dan huruf konsonan dan boleh membunyikan suku kata tunggal kv dengan betul. Tetapi apabila

digabungkan dua suku kata kv + kv untuk membentuk perkataan, mereka mengalami kesukaran

membatangkannya dengan tepat. Mereka sering lupa bunyi suku kata pertama semasa mahu

membatang dua suku kata tersebut. Pengkaji pernah mengguna kaedah latih tubi dengan

meminta responden mengeja dan membatangkan suku kata pertama secara berulang-ulang di

ikuti dengan suku kata kedua. Namun, apabila diminta untuk membatang dua suku kata tersebut,

responden masih gagal membatangkannya dengan betul. Kegagalan kanak-kanak

membatangkan suku kata mudah kv + kv ini, akan mengakibatkan mereka sukar menguasai

kemahiran membaca yang lebih sukar.

Berdasarkan pemerhatian tingkah laku murid semasa sesi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berlangsung, pengkaji mengesan seramai 10 orang daripada 25 orang murid di dalam kelas,

lemah dalam kemahiran membatangkan dua suku kata kv + kv. Pengkaji merasakan

kemungkinan terdapat faktor kelemahan diri pengkaji sendiri yang menyumbang kepada isu

yang dbincangkan ini. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang pengkaji gunakan,

mungkin mungkin bersifat tradisional dan tidak berjaya menarik dan mengekalkan minat murid

untuk meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata kv + kv ini. Apabila pendekatan dan
strategi yang pengkaji gunakan kurang mantap maka ianya tidak mampu merangsang murid

menguasai kemahiran membatangkan suku kata. kv + kv.

Bertitik tolak daripada kesedaran ini, pengkaji telah mengambil tindakan dengan membuat

penambahbaikan amalan pengajaran pengkaji untuk membantu murid meningkatkan kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv+ kv. Pengkaji perlu memperbaiki kelemahan pada diri

sendiri dengan membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif supya responden

dapat menguasai kemahiran yang diperkatakan ini.

Pengkaji telah menerapkan mekanisme yang dapat merangsang dan mengekalkan minat murid

untuk meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv ini dengan

bersumberkan kepada pendapat Rabven (1977) yang menyatakan apabila murid-murid tidak

berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-

murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang terlintas dalam

fikiran mereka.

Adalah menjadi tanggungjawab pengkaji sebagai seorang pendidik untuk melakukan

penambahbaikan dalam amalan pengajaran untuk meningkatkan kemahiran membatangkan suku

ka terbuka kv + kv di kalangan responden.


Pengkaji telah memilih pendekatan belajar melalui bermain bagi meningkatkan kemahiran murid

membatangkan suku kata terbuka kv + kv kerana bermain adalah fitarah semula jadi kanak-

kanak. Permainan adalah suatu gerak kerja rangsangan yang menggembirakan seseorang

disamping dapat membantu perkembangan fizikal dan mental individu tersebut. Justeru itu,

melalui permainan Dadu Berbunyi ini dapat merangsang kognitif kanak-kanak membatangkan

suku kata yang dibaca.

FOKUS KAJIAN

Walaupun murid-murid ini telah menguasai kemahiran mengenal abjad kecil dan abjad besar

serta boleh membunyikan suku kata tunggal kv, tetapi mereka masih lemah dalam kemahiran

membatangkan terus dua suku kata kv + kv untuk membentuk perkataan mudah. Apabila

perkataan yang terdiri daripada pola kv + kv diberikan, meraka dapat mengeja dengan betul.

Tetapi apabila hendak membatangkannya menjadi perkataan, mereka lupa bunyi suku kata yang

pertama menyebabkan mereka tidak dapat membatangkan perkataan itu dengan tepat.

Murid-murid ini juga tidak menunjukkan minat ataupun dapat mengekal minat mereka dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran kerana penyelidik mendapati mereka tidak memberi fokus

apabila penyelidik sedang mengajar. Keadaan ini kalau dibiarkan, akan membuatkan masalah ini

semakin rumit yang akan membawa kepada kesukaran untuk menguasai kemahiran

membatangkan suku kata yang lebih sukar. Penyelidik akan memberi penekanan dan fokus pada

masalah ini kerana pengkaji bimbang kegagalan penguasaan kemahiran membaca yang asas dan

mudah ini di kalangan responden akan memberi impak negetif terhadap penguasaan kemahiran

membaca yang lebih kompleks.


10. RASIONAL PEMILIHAN AMALAN TERBAIK

11. KAEDAH/TEKNIK YANG DIGUNAKAN

Temu bual

Menurut Walker & Burnhill (1988) pengumpulan data melalui temubual boleh dilaksanakan

dalam pelbagai kajian tinjauan Pengkaji telah melaksanakan temubual bersama responden

semasa sesi rawatan dijalankan. Temu bual dijalankan oleh pengkaji bagi mendapat

maklumbalas responden terhadap sesi rawatan yang pengkaji jalankan.

Pengkaji telah bertanya kepada responden beberapa soalan melalui temubual berstruktur dan

separa struktur.. Temu bual yang dijalankan ini sangat bergantung kepada kepetahan responden

untuk meluahkan perasaan mereka, apa yang mereka alami semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Kebolehan responden terhadap mengekspresi idea dan kebolehan

meluahkan apa yang dirasa oleh mereka ataupun perasaan terhadap tindakan yang pengkaji

laksanakan. Temubual ini juga terbuka kepada perkara-perkara yang tidak diduga. Temubual ini

diditadbirkan kepada responden lelaki dan perempuan untuk melihat kemungkinan terdapat

perbezaan pendapat disebabkan perbezaan gender.

Ujian Pra dan Ujian Pasca


Pengkaji telah melaksanakan ujian pra dan ujian pasca kepada responden untuk melihat sejauh

manakah keberkesanan pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’ dapat

meningkaktan penguasaan responden terhadap kemahiran membatangkan dua suku kata terbuka

kv + kv. Semasa ujian pra dijalankan, pengkaji meminta responden membatangkan dua suku kata

terbuka kv + kv tanpa mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain. Pengkaji telah

mentadbir ujian pra kepada kumpulan sasaran sebelum pelaksanaan tindakan penambahbaikan

dijalankan. Responden mengambil ujian ini pada waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Ujian ini mengandungi 20 perkataan yang terdiri daripada suku kata kv + kv yang perlu

dibatangkan oleh responden.

Jadual 2: Ujian Pra dan Pasca.

Bil Suku kata awal Suku kata akhir Tandakan ( / )


1. ba ju
2. bi ji
3. bo la
4. bu ku
5. da da
6. da du
7. du ri
8. ka ki
9. ku da
10. ka yu
11. ma ta
12. me ja
13. to pi
14. ko pi
15. ce ri
16. su du
17. gu la
18. gu li
19. su su
20. sa wi
JUMLAH
Setelah responden melalui sesi rawatan, pengkaji telah mentadbirkan ujian pasca terhadap

responden. Untuk ujian pasca, pengkaji menggunakan soalan ujian yang sama setelah selesai

pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui bermain permainan

‘Dadu Berbunyi’ ( Rujuk Lampiran F ).

Ujian Pasca dijalankan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana responden dapat

meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv setelah pengkaji

melakukakan penambahbaikan amalan pengajaran dalam sesi rawatan.. Ujian pasca ini

ditadbirkan selepas tamat dua minggu pengkaji melaksanakan tindakan penambahbaikan amalan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Responden menunjukkan peningkatan yang amat

menggalakkan.

Ujian pra dan ujian pasca ini juga telah ditadbirkan kepada sekumpulan murid kelas Prasekolah

Bestari 2 yang tidak terlibat dengan kajian yang pengkaji jalankan yang dikenali sebagai ujian

rintis. Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak terlibat

dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya.

12. PERINCIAN AKTIVITI

Anda mungkin juga menyukai