Anda di halaman 1dari 1

Latihan pengukuhan bab 7: Penentangan Masyarakat tempatan.

1. Peristiwa penentangan masyarakat tempatan seperto Tok Janggut yang sanggup berjuang
sehingga ke titisan darah yang terakhir menentang British wajar dihayati dan dihargai oleh semua
rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, Bagaimanakah anda menghargai jasa tokoh-tokoh
perjuangan terdahulu dalam mempertahankan hak dan bangsa?

Sebagai rakyat Malaysia, saya akan cuba untuk memastikan negara Malaysia sentiasa aman
dengan tidak melakukan kekacauan dalam masyarakat. Selain itu, saya juga akan menghormati
agama dan budaya kaum lain supaya perselisihan faham antara kaum tidak akan berlaku.
Disamping itu, saya akan cuba untuk menyelesaikan segala masalah yang berlaku dengan adil dan
saksama mengikut undang-undang negara Malaysia. saya akan menghargai jasa-jasa tokoh
terdahulu dengan cara mempertahankan kemerdekaan negara daripada dijajah semula oleh
negara-negara luar. sebagai rakyat Malaysia saya kan memastikan diri saya tidak melakukan
perkara-perkara yang boleh menjatuhkan imej bangsa dan negara. Akhir sekali, saya akan
menyertai pelbagai program yang akan dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri
seperti sambutan Hari Kemerdekaan negara bagi memperingati jasa dan pengorbanan wira-wira
terdahulu.

2. Jelaskan kriteria-kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa?

Antara kriteria yang perlu ada untuk menjadi pemimpin yang berwibawa adalah tidak mudah
melatah dalam menghadap sebarang isu yang timbul. Selain itu, seorang pemimpin juga tudak
boleh membuat keputusan secara terburu-buru apabila berhadapan dengan sebarang konflik.
Disamping itu, pemimpin juga perlu sentiasa turun padang untuk bertemu dengan subordinat
untuk melihat sendiri cara kerja serta menunjukkan sikap bertanggungjawab. Pemimpin yang
berwibawa mestilah tidak membuat penilaian yang negatif terhadap pihak lain apabila berlaku
percanggahan pendapat. Seorang pemimpin yang berwibawa perlu memiliki etika yang tinggi
demi menjaga nama baik kerajaan dan negara. Akhir sekali, pemompin perlu sentiasa
mengotakan janji yang dibuat demi kesejahteraan bersama.

3. Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda kini tidak menghormati institusi beraja do
Negara kita?

Antara sebab generasi masa kini tidak menghormati institusi beraja kerana kurang
pendedahan kepada institusi ini di Negara kita. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak
memahami peranan utama institusi beraja. Contohnya, mereka belajar berkaitan institusi beraja
untuk cemerlang dalam peperiksaan semata-mata. Oleh itu, mereka menganggap institusi beraja
tidak penting penting kepada sesebuah negara.

4. Pada pendapat anda, mengapakah tindakan Dato’ Maharaja Lela sangat penting terhadap
masyarakat tempatan?

Pada pendapat saya, Dato’ Maharaja Lela bertindak demi membela nasib masyarakat
tempatan. Dato’ Maharaja Lela juga bertindak untuk mempertahankan adat resam orang melayu.
selain itu, Dato’ Maharaja Lela bertindak mewakili masyarakat tempatan untuk menyuarakan
bantahan terhadap British. Akhir sekali, Dato’ Maharaja Lela cuba untuk mempertahankan
kedudukan dan kedaulatan Sultan daripada dirampas.

Anda mungkin juga menyukai