Anda di halaman 1dari 46

Keberkesanan Kaedah Koperatif Dalam Pengajaran Menulis Karangan Fakta

Dan Naratif Dalam Kalangan Pelajar Bukan Melayu


BAB 1
PENGENALAN

Latar Belakang Kajian


Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai
(Nik Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan kemahiran-
kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair
Mohd. Nor, 2005). Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam
peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa
Melayu (Nawi Ismail, 2002). Oleh yang demikian, proses menulis memerlukan aktiviti
pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan,
dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan dihasilkan (Suppiah
Nachiappan, 2006). Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah
aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan
penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa memerlukan
masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan murid penulis terbaik. Dalam
penghasilan penulisan karangan, murid-murid mengalami dua proses iaitu proses
dalaman dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005). Justeru, proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seharusnya dilaksanakan dengan
berkesan (Roselan Baki, 2003).

Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-


mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan
(Yahya Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Oleh itu, dalam pengajaran
kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis
huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila
dibaca (Yahya Othman, 2005). Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang
juga perlu menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan kata
perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk tujuan perbahasan,
memujuk, memberi pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan huraian
juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan.
Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang
baik semasa di bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat
membantu memantapkan penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika
seperti yang terdapat dalam penulisan karangan fakta, naratif, sajak, pantun dan
sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis
mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk tulisan.

Haron (1990) dalam Yap Kim Fatt (1991) berpendapat bahawa penulisan melibatkan
kemahiran menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pandangan yang terdapat
dalam pemikiran penulis melalui bahasa dan bukan sekadar menyusun atau
menggubah perkataan, frasa dan ayat. Kemahiran mengarang mampu dikuasai oleh
sesiapa sahaja sekiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan juga penyediaan
bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-rakan, 2001). Proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis juga perlu diberi perhatian bagi
menjamin kecemerlangan pencapaian penulisan dalam kalangan murid. Dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memiliki pengetahuan
kandungan, pengatahuan am, kemahiran pedagogi dan sikap yang menggalakkan
pembelajaran agar pengajaran mereka berkesan (Syed Lutfi Syed Hamzah, 1994).
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Semakan (2003), menegaskan bahawa
tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (BM) ialah supaya
murid dapat menggunakan BM secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang
pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Selain itu,
dalam pengajaran bahasa khususnya penulisan, guru juga perlu mempertimbangkan
pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama
lain dalam kalangan murid dengan menggunakan strategi berpusatkan murid.

Kementerian Pelajaran berusaha untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam


kalangan pelajar dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi
pelajaran dan pengetahuan. Proses kognitif seperti yang terkandung dalam
kurikulum dikembangkan melalui isi kandungan yang dipelbagaikan dari segi
pendekatan, strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi. Dalam
konteks pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), guru harus
melakukan penerapan nilai murni, dan penggunaan bahan yang merentas pelbagai
disiplin dalam proses pengajaran (Roselan Baki, 2003). Teknik pengajaran guru juga
mestilah sesuai dengan kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan
kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan, kecerdasan pelbagai dan
konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.
Penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan satu daripada ciri
pembelajaran konstruktivisme yang membolehkan murid memiliki lebih kemahiran
sosial. Pembelajaran secara konstruktivisme juga membolehkan murid memperoleh
beberapa kemahiran seperti lebih berfikir, lebih memahami, lebih mengingati,
berkeyakinan, berinteraksi dan menyeronokkan (Pusat Perkembangan Kurikulum
2001).
Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang
membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam
melakukan tugasan. Oleh itu, salah satu teknik yang dapat membantu guru dan
murid dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan
Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK). KPK merujuk kepada kaedah pengajaran
yang memerlukan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan bekerjasama
dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).

Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri
sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam
pembelajaran koperatif iaitu saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri
sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan. Pembelajaran koperatif
menjadi popular pada tahun 1980-an kerana positifnya terhadap pencapaian iaitu
yakin diri, kedinamikan pergaulan antara individu dan motivasi diri (Mahzan Arshad,
2003). Strategi ini juga menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan
dengan warna kulit, keturunan, agama, jantina mahupun mental masing-masing
(Kamaruddin Tahir, 2005). Semangat kerjasama, tolong menolong dan bertindak
sebagai satu pasukan perlu dibajai dalam diri murid agar menjadikan murid lebih
faham, yakin dan seronok untuk belajar (Johnson & Johnson, 1989).
Pernyataan Masalah
Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi oleh seseorang ialah untuk
memulakan penulisan. Memulakan penulisan bukanlah sekadar persoalan
kebolehan semata-mata atau soal pengetahuan tentang sesuatu kerana pakar yang
berpengetahuan dan berkemahiran pun turut menghadapi masalah yang serupa
(Flower, 1985 dalam Roselan Baki, 2003).

Kelemahan dalam menulis karangan adalah salah satu punca murid gagal mencapai
keputusan yang baik dalam peringkat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)
mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penguasaan bahasa yang
lemah dalam kalangan murid Cina menyebabkan pencapaian mereka dalam bidang
akademik rendah kerana mereka tidak dapat menyatakan sesuatu dengan baik dan
berkesan melalui tulisan. Penutur bahasa Melayu keturunan Cina adalah yang paling
banyak menghadapi masalah gangguan bahasa ibunda dan pengaruh dialek
tempatan dalam penguasaan bahasa (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000). Hal ini
disebabkan struktur bahasa Cina berbeza dengan Bahasa Malaysia.

Selain itu, terdapat juga murid yang lemah dan berada pada tahap minimum dalam
penulisan. Murid kurang mampu untuk mengarang dengan baik tanpa bantuan guru.
Ini berlaku terutamanya bagi karangan berbentuk fakta dan karangan berbentuk
naratif. Pemeriksaan terhadap beberapa buah karangan yang ditulis oleh murid
dalam ujian di sekolah memperlihatkan bahawa pencapaian dalam penulisan
karangan murid-murid tersebut tidak mencapai tahap yang memuaskan. Mereka
kekurangan idea untuk menghasilkan karangan. Kemahiran penulisan dalam
kalangan murid bukan Melayu kurang memuaskan dari segi ejaan, pemilihan kata
(diksi), kosa kata, struktur ayat, jenis ayat dan sebagainya.

Kelemahan murid dalam penulisan karangan juga tidak dapat dinafikan dengan
kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar menulis dalam kelas. Kaedah
pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang
membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam
melakukan tugasan (Roselan Baki, 2003). Cara dan gaya pengajaran guru dalam
kelas lebih kepada memberi pendedahan secara menyeluruh tentang sesuatu tajuk
dan mengamalkan pendekatan membincangkan isi untuk menghabiskan sukatan
pelajaran. Tambahan pula, suasana dalam kelas lebih berorentasikan peperiksaan
iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata.

Kebanyakan guru memainkan peranan utama dalam pengajaran kemahiran


penulisan khususnya dalam memberikan isi-isi karangan. Murid-murid kurang dilatih
untuk meneroka maklumat sendiri melalui pelbagai bahan sumber. Selalunya guru
mengawal dari segi isi, bukan berperanan membantu menyaring dan menyusun
maklumat yang telah diterokai oleh mereka. Kawalan begini sebenarnya akan
mendorong murid terlalu banyak bergantung kepada guru. Keadaan ini seterusnya
menyebabkan murid kurang berkemahiran untuk mengarang.
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk meneliti keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif
(KPK) dalam pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta dan karangan
naratif dalam kalangan murid bukan Melayu . Objektif kajian ini seperti di bawah:

Mengenal pasti pencapaian penulisan karangan jenis fakta dan naratif dalam pra
ujian.
Mengenal pasti pencapaian penulisan karangan jenis fakta dan naratif dalam pasca
ujian.
Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan pencapaian dalam penulisan karangan
jenis fakta.
Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan pencapaian dalam penulisan karangan
jenis naratif.
Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan pencapaian dalam penulisan jenis fakta
dan naratif dalam pra ujian dan pasca ujian.

Persoalan Kajian

Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?


Sejauhmanakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan
jenis fakta antara pra ujian dengan pasca ujian?

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan


jenis naratif antara pra ujian dengan pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan
antara jenis fakta dengan naratif dalam pra ujian dan pasca ujian?

Kepentingan kajian
Kemahiran menulis memberi peluang kepada murid menyampaikan buah fikiran
mereka dengan berkesan kepada pembaca (Liew Siew Lin, 2003 dalam Yahya
Othman 2005). Sekiranya kemahiran menulis tidak dikuasai sebaik-baiknya, tidak
mustahil bahawa walaupun perkembangan teknologi maklumat bergerak dengan
pantas, namun kita akan tertinggal Tanpa keupayaan menulis yang tinggi,
kemahiran dan kepakaran seseorang akan tenggelam kerana tidak dapat
disebarkan, dibuktikan dan dikaji (Maharom Mamat, 2000). Justeru, kajian ini
diharap dapat memberi maklumat tentnang keberkesanan kemahiran menulis
karangan fakta dan karangan naratif kepada murid, guru-guru dan juga para
penyelidik pada masa akan datang.

Hasil kajian ini penting untuk membantu para murid yang mempunyai masalah tidak
berminat untuk belajar, prestasi merosot, murid tidak aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dan pelajar yang sering menimbulkan masalah disiplin dalam bilik
darjah. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah-
masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar bukan Melayu, di sebuah Sekolah
Menengah Kebangsaan di daerah Klang, Selangor dalam penguasaan kemahiran
menulis karangan fakta dan karangan naratif.
Kepada guru-guru BM, kajian ini mendedahkan kaedah pengajaran koperatif yang
boleh dicuba dalam pengajaran menulis karangan BM. Justeru, kajian ini diharap
akan menjadi satu amalan kepada guru-guru BM dan mencuba kaedah baru dalam
pengajaran penulisan. Dengan cara ini, pengajaran dan pembelajaran BM menjadi
lebih menarik.

Kajian ini juga diharap dapat menambah koleksi bahan rujukan tentang penyelidikan
yang dijalankan dalam bidang penulisan pada masa akan datang yang boleh
dijadikan sumber rujukan kepada para penyelidik.

Batasan Kajian
Kajian ini memberi penekanan kepada keberkesanan KPK dalam penulisan
karangan fakta dan karangan naratif BM dalan kalangan murid tingkatan dua. KPK
digunakan kerana kaedah ini lebih menekankan pembelajaran secara kumpulan
yang bersesuaian dengan saranan agar aktiviti kumpulan dititikberatkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah
eksperimental satu kumpulan eksperimen (KE). Kumpulan eksperimen ini
ditadbirkan dua jenis ujian iaitu praujian dan pasca ujian bagi membandingkan tahap
penguasaan menulis karangan fakta dan karangan naratif. Kajian ini melibatkan
sampel yang terdiri daripada 40 orang murid bukan Melayu tingkatan dua di sebuah
sekolah menengah di daerah Klang, Selangor. Data dianalisis menggunakan
perisian “SPSS” Versi 1.5. Ujian-t digunakan untuk mengukur sama ada wujud
keberkesanan antara dua min iaitu pra ujian dan pasca ujian.

Definisi Operasional
Kajian ini melibatkan penggunaan beberapa istilah dan konsep yang perlu
dijelaskan. Antara istilah dan konsep yang digunakan ialah:

Keberkesanan pembelajaran
Perkataan ‘keberkesanan’ berasal daripada ‘kesan’. Kamus Dewan (2002:663)
‘Kesan’ membawa maksud tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas sama ada
kebaikan atau keburukan. Manalaka ‘keberkesanan’ membawa maksud
berkesannya sesuatu tindakan atau perbuatan.

Dalam konteks kajian ini ’keberkesanan’ bermaksud hasil atau akibat yang terjadi
daripada penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam proses penulisan
karangan fakta dan karangan naratif dalam kalangan murid bukan Melayu.

Kaedah Pembelajaran Koperatif


Perkataan ‘kaedah’ mengikut Kamus dewan (1993: 513) bermaksud cara atau
aturan membuat sesuatu. Selain itu, ‘kaedah’ merupakan cara keseluruhan
mengajar bahasa bagi mencapai tujuan-tujuan yang tertentu melalui prinsip-prinsip
yang telah ditetapkan oleh satu-satu kaedah itu (Arbak Othman, 1989:13). ‘Kaedah’
juga membawa maksud langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang diatur untuk
mengajar sesuatu bahasa atau bahagiannya, sesuai dengan pendekatan yang
dipegang (Abdullah Hassan, 1996:114).

Manakala KPK ialah strategi yang diperkenalkan dalam sistem pembelajaran bestari.
Dengan strategi ini, murid-murid digalakkan berdikari dalam meneroka ilmu daripada
pelbagai sumber. Kaedah pembelajaran ini membolehkan pelajar yang heterogen
bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama (Gan, 1999).
Hal ini bermakna, pengelompokan murid kepada kumpulan kecil merupakan langkah
awal yang mesti dipatuhi oleh seseorang guru dalam pelaksanaan kaedah ini.
Langkah seterusnya diserahkan kepada kumpulan-kumpulan murid berkenaan untuk
berbincang dan melantik ketua, pencatat, pelapor dan seumpamanya. Aktiviti ini
memberi ruang kepada murid-murid tadi untuk berinteraksi serta menyesuaikan diri
antara satu sama lain. Aktiviti ini sangat penting kepada murid yang lemah
menguasai literasi membaca dan menulis.

Dalam konteks kajian ini, KPK merujuk kepada penggunaan teknik Putaran Giliran
(Round Robin) dan Meja Bulat (Round Table) kumpulan eksperimen dalam
penulisan karangan fakta dan karangan naratif dalam kalangan murid bukan Melayu.
Melalui KPK murid dapat belajar secara bekerjasama untuk mencapai matlamat
pembelajaran dalam penulisan kedua-dua karangan tersebut.

Teknik Putaran Giliran (Round Robin) dan Meja Bulat (Round Table)
Dalam teknik Putaran Giliran (Round Robin), setiap ahli dalam kumpulan akan
mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan mengikut putaran giliran
mereka (Kagan, 1994; Zawiah Abd. Shukor, 2001). Matlamatnya adalah untuk
memberikan setiap ahli peluang mengemukakan idea masing-masing sambil
menerima dan menolak idea yang lain secara diplomasi. Melalui teknik ini berlakulah
proses bertukar-tukar idea dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan
menjadi lebih jelas dan bermakna.

Manakala teknik Meja Bulat (Round Table) pula, ahli kumpulan dapat berkongsi
maklumat secara bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. (Kagan,
1994; Zawiah Abd. Shukor, 2001). Setiap ahli memerlukan tambahan idea untuk
melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli
dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang
sangat bermakna. Melalui penurunan idea tersebut, setiap ahli digalakkan untuk
membaca dan menyemak hasil tugasan mereka agar tugasan mereka mantap dan
bermakna. Akhirnya, menerusi teknik tersebut, mereka dapat menguasai kemahiran
menulis dengan baik. Kedua-dua teknik ini hampir sama dengan teknik Cooperatif
Integrated Reading and Composition (CIRC).CIRC merupakan program
komprehensif untuk mengajarkan membaca dan menulis pada peringkat sekolah
menengah (Madden, Slavin, & Stevan, 1986 dalam Stavin 2008). Para murid
ditugaskan untuk berpasangan dalam kumpulan mereka untuk belajar dalam
serangkaian kegiatan yang bersifat kognitif, termasuk membacakan certia satu sama
lain, membuat prediksi mengenai bahagian akhir berkaitan cerita naratif. Mereka
juga saling bekerjasama dalam menghasilkan cerita, menulis idea, dan melatih
pengucapan, penerimaan dan kosa kata (Slavin, 2008 halaman 16-17)

Menulis Karangan
Menulis adalah menggunakan simbol visual yang berfungsi sebagai komunikasi
(Yahya Othman, 2005). Huraian Sukatan Pelajaran (2003) menghuraikan kemahiran
menulis sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis,
tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang kemas.
Menurut Byrne (dalam Robiah Kulop Hamzah, 1999) penulisan ialah urutan ayat-
ayat yang disusun dalam susunan tertentu dan berkait rapat antara satu sama lain
dengan cara-cara tertentu. Urutan ini mungkin panjang dan mungkin pendek. Walau
bagaimanapun, urutan ayat-ayat ini dapat membentuk satu kesatuan yang jelas
maksudnya.

Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa


dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih
panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan
penglahiran idea yang jelas dan tersusun (Kamarudin Hj. Husin, 1998).

Dalam kajian ini, menulis karangan adalah menulis karangan jenis karangan naratif
dan karangan fakta.

Karangan Naratif
Karangan naratif menceritakan semula peristiwa-peristiwa yang telah berlaku
menurut susunan kronologi peristiwa-peristiwa itu terjadi (Abdd. Aziz Abd. Talib,
1989). Teks naratif menampilkan pelbagai cerita dan disusun dalam satu pola yang
mengandungi bahagian pengenalan, perkembangan dan akhiran (Mahzan Arshad,
2003). Penulisan naratif boleh bersifat peribadi dan umum. Naratif peribadi
merupakan peristiwa yang melibatkan diri penulis sendiri. Naratif umum pula
peristiwa yang didengar atau diimaginasikan oleh penulis. Penulisan naratif biasanya
dipaparkan mengikut urutan yang kronologi (Roselan Baki, 2003).

Dalam konteks kajian ini, penyelidik membuat penilaian tentang karangan naratif
umum iaitu peristiwa yang diimaginasikan oleh penulis.

Karangan Fakta
Karangan fakta lebih memerlukan pernyataan fakta dan huraian yang mantap.
Segala tanggapan yang bertentangan tentang sesuatu isu atau perkara haruslah
disokong dengan hujah-hujah dan fakta sebagai pembuktian. Setiap fakta yang
dinyatakan perlu diperkuat dengan huraian sokongan yang mengandungi
keterangan, contoh, analogi, anekdot atau ungkapan berwibawa (Roselan Baki,
2003).

Dalam konteks kajian ini, karangan fakta merujuk kepada suatu tajuk perbincangan
atau pendapat yang memerlukan fakta atau hujah-hujah yang konkrit sebagai bukti
untuk menyokong pernyataan.

BAB II
SOROTAN LITERATUR

Pengenalan
Bab ini membincangkan aspek yang berkaitan sorotan literatur seperti teori yang
mendasari pembelajaran koperatif dalam kemahiran menulis karangan, rajah
pembelajaran koperatif, ciri-ciri karangan yang bermutu, prinsip-prinsip pembelajaran
koperatif, kesan pembelajaran koperatif dan kajian-kajian yang pernah dijalankan
berkaitan pembelajaran koperatif.

Teori Psikologi Leo S.Vygotsky dalam Proses Penulisan


Pelbagai perspektif mempengaruhi pengajaran kemahiran literasi amnya, dan
penulisan khususnya, seperti perspektif pemprosesan maklumat, perspektif
naturalis, dan perspektif Vygotskian (McCathey & Raphael, 1992 dalam Roselan
Baki, 2003). Teori psikologi Vygotsky (1978) yang mengaitkan interaksi lisan dengan
pemikiran, sejarah sosial dan budaya melahirkan perspektif baru tentang proses
pengajaran dan pembelajaran (Roselan Baki, 2003). Proses pembelajaran bermula
daripada konteks sosial ke konteks individual, dengan interaksi lisan sebagai
medium dan alat yang menghubungkan kedua-dua konteks berkenaan. Interaksi
lisan memungkinkan pembinaan pengetahuan, kefahaman dan makna berdasarkan
idea dan pemikiran yang murid miliki, dan perolehi daripada orang lain. Untuk kajian
ini, perspektif Vygotskian yang menghubungkaitkan proses kognitif dengan sejarah
dan budaya komuniti menjadi sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Proses pembelajaran bermula daripada konteks sosial ke konteks
individual, dengan interaksi lisan sebagai medium dan alat yang menghubungkan
kedua-dua konteks berkenaan. Sehubungan dengan itu, KPK berfokuskan
perbincangan dalam kumpulan iaitu murid berinteraksi antara satu sama lain secara
lisan untuk mendapatkan idea dan bertukar-tukar pendapat dalam proses
pembelajaran penulisan karangan.

Harste dalam Mahzan Arshad (2003), berpendapat bahawa manusia tidak


mengetahui sesuatu perkara dengan sendirinya. Segala pengetahuan adalah hasil
daripada penggabungan pengetahuan dengan orang lain yang kita kenali serta
dapat membezakan apa yang kita tahu dengan apa yang orang lain tahu. Apabila
guru memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti interaksi dalam kelas, lebih
banyak pembelajaran berlaku.

Dalam hal ini, kanak-kanak belajar apabila mereka terlibat dengan aktiviti budaya
dan sosial di sekeliling mereka. Interaksi dengan orang lain di persekitaran mereka
terutamanya ibu bapa dan rakan sebaya akan membantu mereka dalam proses
perkembangan (Vygotsky, 1978 dalam Roselan Baki, 2003). Hasil daripada interaksi
dengan orang lain, kanak-kanak belajar untuk memahami sesuatu atau mula
mendapat pengetahuan. Pengetahuan itu akan menjadi pengalaman yang
membantu proses pembelajaran.

Dalam kajian Marohaini Yusoff (1999) mendapati bahawa sepanjang proses menulis
karangan, murid seringkali berinteraksi dengan kawan-kawan walaupun guru tidak
membenarkan mereka bercakap dan berkongsi pendapat ketika menulis karangan
dalam bilik darjah. Sauders dalam Ahmad Zaini (2000) menegaskan tentang
perlunya bekerjasama dengan rakan sebaya dalam pembelajaran menulis
terutamanya untuk merangka, menulis bersama, membetulkan kesilapan bersama
dan menerbitkan bersama.

Pendapat-pendapat di atas adalah selari dengan perspektif psikologi sosiolinguitik


yang melihat proses menulis sebagai satu proses yang melibatkan aktiviti kognitif,
sosial dan bahasa dalam meningkatkan pengetahuan literasi (berbahasa) murid. Hal
ini disebabkan kanak-kanak menguasai pengetahuan literasi ketika mereka
berhubung dengan orang lain dan mereka dapat meningkatkan penguasaan literasi
mereka jika mereka dapat berinteraksi dalam masyarakat secara bermakna.

Menurut Mahzan Arshad (2003), terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa
Malaysia iaitu menulis bebas, menulis berkolabratif dan menulis berkoperatif.
Menulis bebas hanya memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber
lain. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti
untuk menghasilkan karya yang diingini. Menulis berkolabratif dilakukan secara
berpasangan secara bergilir-gilir untuk berkongsi idea seperti bergilir-gilir
menghasilkan perenggan dalam karangan untuk membantu murid yang kurang
bermotivasi dalam menulis. Menulis berkoperatif ialah satu kaedah pengajaran
menulis yang memerlukan guru memberi bantuan kepada murid. Guru dan murid
akan sama-sama menulis di papan tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan
sama-sam mencari isi penting, membuat huraian dan mencari contoh yang sesuai
bagi huraian.

Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan untuk menghubungkan orang yang


lebih berkebolehan, iaitu guru, dan murid-murid yang lebih pintar dengan pelajar
yang sedang menjalani pembelajaran (Mercer N, 1994 dalam Roselan Baki 2003).
Interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid yang pelbagai kebolehan
membawa memberi idea atau pendapat dalam penulisan karangan seperti yang
terkandung dalam KPK.

Model Pembelajaran Menulis Secara Koperatif


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bilik darjah terdapat pelbagai
kaedah dan teknik yang perlu digunakan oleh guru untuk menarik minat murid dan
menjadikan P&P lebih berkesan. Salah satunya ialah Kaedah Pembelajaran
Koperatif (KPK) Terdapat beberapa model KPK telah diperkembangkan dalam P&P,
misalnya Jigsaw, TGT (Teams-Games-Tournaments atau Kumpulan Pertandingan
Permainan), STAD (Students Teams- Achievement Division atau dikenali Kumpulan
Pembahagian Pencapaian Murid), Belajar Bersama (Learning Together), Permainan
Panggil Nombor (Numbered Heads), Round Robin (Putaran Giliran), Meja Bulat
(Round Table) dan sebagainya (Kagan, 1992).

Berdasarkan teknik-teknik dan prinsip-prinsip KPK, pengkaji mengguna teknik


Round Robin (Putaran Giliran), Meja Bulat (Round Table) dalam penulisan karangan
fakta dan karangan naratif. Dalam teknik Round Robin, setiap ahli dalam kumpulan
akan mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan mengikut putaran giliran
mereka. Melalui teknik ini berlakulah proses bertukar-tukar idea dan pandangan agar
idea yang diperuntukan itu akan menjadi lebih jelas dan bermakna.

Manakala dalam teknik Round Table pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat
secara bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. Setiap ahli
memerlukan tambahan idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi
maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang
dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Melalui penurunan
idea tersebut, setiap ahli digalakkan untuk membaca dan menyemak hasil tugasan
mereka agar tugasan mereka mantap dan bermakna. Akhirnya, menerusi teknik
tersebut, mereka dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. KPK yang
digunakan dalam kajian ini boleh ditunjukkan dalam Rajah 1.

Guru memberi arahan/ tugasan

Pelaksanaan tugasan secara berkumpulan

mengutarakan pendapat berkongsi maklumat membaca dan menyemak


masing-masing secara secara bergilir-gilir hasil tugasan
lisan mengikut putaran
Membuat Refleksigiliran mereka.

Membuat pembetulan isi, huraian, contoh,


kesalahan bahasa, olahan dan sebagainya.

Rajah 1: Pengajaran KPK dalam penulisan karangan fakta dan naratif BM.
Rajah 1 menunjukkan cara pelaksaan pengajaran menggunakan KPK semasa
rawatan dijalankan ke atas sampel kajian. Rancangan pelajaran bagi sesi rawatan
tersebut adalah seperti dalam lampiran A yang disertakan. Dalam pengajaran
penulisan karangan, murid dilatih untuk bekerjasama menghargai isi, memberi
contoh dan menulis dengan bahasa yang betul, tepat dan berkesan. Di samping itu
murid dilatih untuk membanding hasil kerja sendiri dengan hasil kerja rakan-rakan
dalam bilik darjah. KPK ini dijalankan dijalankan untuk membantu murid menulis
dengan lebih berkesan.

Ciri-ciri Karangan yang Bermutu


Sesebuah karangan dianggap baik jika memenuhi sekurang-kurangnya 3 aspek
dalam penulisan iaitu isi yang cukup, logik, huraian yang tepat, penyusunan yang
baik dan gaya bahasa yang menarik (Lembaga Peperiksaan, 2008). Tema haruslah
dapat dikembangkan secara teratur dalam perenggan yang bersepadu dan adanya
peratutan dengan baik. Gaya bahasa menarik dari segi ayat yang gramatis,
berkesan dan pelbagai gaya

Dari segi perspektif guru, karangan yang dianggap bermutu mestilah mempunyai
ciri-ciri berikut (Abdul Hamid Ahmad, 1998). Antara ciri tersebut ialah isi karangan
bertepatan dengan kaedah soalan atau tajuk, isi karangan dihurai dengan tepat dan
diberi contoh yang sesuai. Selain itu, idea dijalin mengikut urutan kepentingan
dengan menggunakan penanda wacana, pemilihan perkataan mestilah tepat, isi
karangan menepati mod wacana penulisan, gaya bahasa menarik dan mempunyai
kepelbagaian. Di samping itu, ayat digunakan hendaklah gramatis, berkesan dan
tidak ada kesalahan tata bahasa. Unsur peribahasa diselitkan secara berkesan,
penggunaan tanda baca yang tepat serta setiap perenggan hanya mempunyai satu
isi sahaja.

Laporan Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi SPM 2002 (Lembaga Peperiksaan


Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003) menggariskan maksud karangan
yang cemerlang sebagai karangan yang dapat memberi takrif kepada tajuk dengan
baik, menyertakan contoh yangs sesuai, mengemukakan isi lebih daripada tiga dan
menghuaraikan serta mengembangkan isi dengan jelas. Isu-isu yang diutarakan
dapat dikupas secara matang dan dikaitkan setiap isu dengan keadaan semasa.
Idea-idea yang dikemukan pula matang, jelas dan teratur.

Dari aspek bahasa pula, karangan ditulis dengan bahasa yang memuaskan, lancar,
terdapat kepelbagaian dan keragaman dalam struktur ayat, gramatis dan pemilihan
diksi yang sesuai mengikut tajuk yang dibincangkan. Kesalahan bahasa pula kecil
dan tidak ketara. Pengolahan, penyampaian dan pemerengganan menarik dan
berkesan.

Menurut Lembaga Peperiksaan lagi, sesuatu karangan dinilai sebagai sederhana


apabila karangan yang dihasilkan agak samar dengan tajuk yang diberi, kurang jelas
dan gagal mengemukakan isi yang tepat. Isi dalam karangan kurang dan bercampur
aduk, kurang sesuai, kurang berkembang, idea dan contoh yang diberikan kurang
matang. Bahasa kurang memuaskan dan kadangkala salah penggunaannya.
Kepelbagaian dan keragaman ayatnya juga kurang. Pengolahan kurang menarik
dan kurang berkesan.

Karangan dinilai sebagai lemah apabila murid gagal menulis mengikut kehendak
soalan, memberi takrif yang kurang tepat kepada tajuk, memberi isi yang tidak jelas,
kabur dan tidak berkaitan. Huraian isi kurang, tidak berkembang atau lemah, contoh
kurang tepat, bahasa yang digunakan tidak lancer dan banyak melakukan kesalahan
tatabahasa sehingga sukar memahamimaksud ayat. Struktur ayat lemah dan tiada
keragaman serta kurang daripada 100 patah perkataan.

Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif


Terdapat 5 elemen yang perlu dipegang dalam KPK (Johnson dan Johnson, 1994).
Antaranya ialah ahli-ahli saling bergantung secara positif. Setiap ahli kumpulan mesti
sedar bahawa mereka mempunyai kaitan dengan orang lain dan usaha untuk
melakukan sesuatu tidak akan berjaya jika usaha tidak dilakukan bersama. Setiap
ahli kumpulan harus sedar mereka saling bergantung dalam melaksanakan beban
tugas. Dalam hal ini, ahli-ahli kumpulan sedar mereka tenggelam bersama-sama.
Sehubungan itu, interaksi bersemuka merupakan salah satu elemen yang terdapat
dalam KPK. Dalam elemen ini, setiap ahli perlu berkomunikasi secara bersemuka,
membuat kerja bersama dan menunjukkan kesungguhan untuk berkongsi maklumat
dan berbincang dalam melaksanakan dan menyempurnakan tugasan dan mencapai
matlamat kumpulan.

Rasa tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan antara ahli kumpulan juga


terkandung dalam elemen KPK. Setiap kumpulan bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri dan mesti mempunyai kesedaran untuk bekerjasama dan
meyumbang tenaga untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan sempurna.
Setiap orang dalam kumpulan harus belajar dan terlibat secara aktif untuk
membantu kumpulannya berjaya (Jacobs, 1995). Selain itu, kemahiran sosial perlu
diberi penekanan yang berfungsi secara berkesan dalam kumpulan. Kemahiran
sosial penting kerana tanpa kemahiran sosial, ahli kumpulan akan menghadapi
kesukaran dalam melaksanakan aktiviti kumpulan. Antara kemahiran sosial yang
harus ditekankan kepada ahli kumpulan ialah aspek kepimpinan, saling percaya,
kemahiran komunikasi, membuat keputusan dan sebagainya. Prinsip yang terakhir
ialah pemprosesan kumpulan. Tugasan perlu dilakukan secara muafakat dan
keputusan yang dibuat adalah hasil persetujuan bersama. Setiap ahli harus saling
bantu-membantu, membuat keputusan bersama dan berusaha membuat pembaikan
dalam tugasan. Dalam hal ini, guru dan murid harus berupaya membuat refleksi
sejauhmana P&P telah berjaya (Kagan, 1994).

Implikasi Pembelajaran Koperatif terhadap Kemahiran Menulis


Kajian-kajian yang dilakukan telah menunjukkan keberkesanan pembelajaran
koperatif dari segi pencapaian akademik di samping meningkatkan proses sosialilasi
murid. Melalui kaedah pembelajaran koperatif ini, murid berpeluang meneguhkan
domain kognitif dan domain efektif.

Berdasarkan domain afektif, Sharon & Slavin (1989) dalam Zakaria Kassim (2003)
menyatakan pembelajaran koperatif meninggalkan pelbagai kesan yang dapat
dikenal pasti seperti lebih bekerjasama, saling meningkatkan harga diri dan
menyayangi sekolah. Kajian yang dijalankan menunjukkan murid yang belajar
secara koperatif lebih bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain
berbanding kaedah pembelajaran secara individu.

Setelah dapat bekerjasama dalam kumpulan mereka juga akan saling menerima dan
bertukar-tukar idea antara satu sama lain. Perhubungan dengan individu akan
mewujudkan persahabatan tanpa mengira kaum dan kedudukan. Seterusnya pelajar
berasakan diri mereka diterima dan dihargai oleh rakan-rakan. Harga kendiri mereka
akan meningkat dan secara tidak langsung mereka akan lebih menyanyangi sekolah
dan berminat untuk belajar.

Sehubungan itu, Johnson and Johnson (1994) dalam Mahzan Arshad (2003)
menjelaskan bahawa belajar secara berkoperatif memberi peluang kepada pelajar
untuk terlibat dalam aktiviti sosial dalam bilik darjah dengan aktif. Kumpulan
pembelajaran berkoperatif boleh terdiri daripada tiga orang atau lebih dalam satu-
satu kumpulan. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif
pembelajaran. Secara tidak langsung, mereka perlu menguatkan nada suara supaya
didengari dan difahami oleh ahli kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan
dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan tidak hancur dan gerak kerja berjalan
lancar.

Zakaria Kassim (2003) bersetuju bahawa kaedah pembelajaran koperatif dapat


mengendalikan pelajar melaksanakan tugas-tugas secara bersemuka. Kaedah
pembelajaran koperatif juga mendorong pelajar berinteraksi dan berkomunikasi
dengan rakan sebaya secara harmoni. Dengan cara demikian, kaedah pembelajaran
koperatif memupuk nilai-nilai murni seperti kejujuran, bekerjasama, saling
menghormati, bertanggungjawab, bertolak-ansur berperikemanusiaan, sanggup
berkorban sepakat dan berinisiatif. Pelaksanaan tugas secara berkoperatif dapat
menumpukan pelakuan dan keyakinan diri murid.
Berdasarkan domain kognitif pula, kajian oleh beberapa tokoh pengkaji (Deuttsh,
1949; Thomas, 1957; Hulten dan De Vries, 1976; Madden dan slavin, 1983; Robert
E. Slavin, Terjemahan Nurulita, D.Zubaedi, 2008) menunjukkan pembelajaran
koperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar.
Pembelajaran koperatif yang menggunakan kerjasama dalam kumpulan kecil yang
terdiri daripada pelajar dari pelbagai kebolehan membolehkan pelajar bekerjasama
untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan bagi menghasilkan pembelajaran
secara maksimum. Dalam hal ini, kerjasama dalam kumpulan sangat diperlukan
supaya setiap individu dapat mencapai apa yang dihasratkan dan dapat
memperoleh manfaat bersama (Kagan, 1994).

Sehubungan itu, semua kaedah belajar bersama menekankan tanggungjawab setiap


ahli dalam kumpulan dengan tidak mengambil kira pencapaian akademik. Apabila
yang cerdas berada dalam kumpulan yang kurang cerdas, namun ia akan memberi
faedah kepada golongan yang berbeza dalam satu kumpulan (Robert E. Slavin,
2008).

Jika dijalankan dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk


menguasai sesuatu subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan
ahli kumpulan yang lain. Untuk tujuan ini, pelajar perlu betul-betul memahami
subtopik itu, bukan sekadar menghafal sesuatu topik. Ini mengakibatkan
pemprosesan pada aras yang lebih tinggi, yang meningkatkan daya ingatan dan
seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Justeru, kumpulan murid yang diajar dengan pendekatan pembelajaran koperatif


mencatat pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan murid yang
diajar melalui kaedah tradisional (Cheah dan Poon, 1998). Dengan menggunakan
kaedah kumpulan kecil, pelajar-pelajar dapat berkongsi kekuatan dan membaiki
kelemahan masing-masing. Selain itu, kemahiran interpersonal dapat dibentuk
selain daripada belajar menyelesaikan masalah bersama-sama. Melalui penempatan
ke dalam kumpulan dan memberi tugasan kepada mereka menyebabkan mereka
perlu bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain. Tanggungjawab
menyelesaikan tugasan merupakan kaedah yang amat baik untuk memberi peluang
kepada pelajar memenuhi keperluan sosial mereka. Permuafakatan ini akan
membantu dan menggalakkan pembelajaran yang aktif.

KPK boleh menjadi satu asas yang kukuh untuk membina peribadi insan mulia,
menanam nilai-nilai positif hidup bermasyarakat selain membantu perkembangan
emosi dan mental pelajar (Robert E. Slavin, 2008). Perkembangan koperatif tidak
hanya berperanan meningkatkan prestasi akademik sahaja, malah harus dilihat
dalam aspek yang lebih luas iaitu pembentukan sahsiah generasi akan datang.

Sehubungan dengan itu, beliau bersutuju bahawa KPK juga mendorong pelajar
meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran. Murid lebih cenderung dan
berminat belajar sambil bertukar-tukar pendapat atau berinteraksi dengan rakan. Ini
jelas menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif menyumbang kepada
peningkatan pelajar jika dibandingkan dengan kaedah pembelajaran secara
tradisonal.

Kaitan pembelajaran Koperatif dengan penulisan karangan


Menurut Vygotsky, pembelajaran bahasa harus bermula dengan aktiviti yang bersifat
sosial sebelum menjadi aktiviti yang bersifat individual dan personal (Roselan Baki,
2003). Oleh itu, sebelum pelajar mula diminta untuk menulis karangan, mereka perlu
diberi peluang melakukan aktiviti yang membolehkan mereka berinteraksi dengan
rakan-rakan dan guru. Oleh itu, aktiviti perbincangan, aktiviti kumpulan dan
sebagainya perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Manusia tidak mengetahui sesuatu perkara dengan sendirinya. Segala pengetahuan


adalah hasil daripada penggabungan pengetahuan dengan orang lain yang kita
kenali serta dapat membezakan apa yang kita tahu dengan orang lain tahu. (Harste
dalam Mahzan Arshad, 2003). Apabila guru memberi peluang kepada pelajar
melakukan aktiviti interstektualiti dalam kelas, lebih banyak pembelajaran berlaku.

Dalam menghasilkan penulisan misalnya, pelajar gemar berinteraksi dengan aktif


dengan membuat perbandingan antara teks yang ditulisnya dengan teks yang ditulis
oleh rakan yang lain. Hasil penulisan secara individu ini apabila digabung akan
menghasilkan penulisan yang mantap. Dalam hal ini, Saunders (1999) dalam Ahmad
Zaini (2000) menegaskan tentang perlunya kerjasama dalam pembelajaran menulis
terutamanya untuk merangka, menulis bersama, membetulkan kesilapan bersama
dan menerbitkan bersama.

Pendapat-pendapat di atas adalah selari dengan perspektif psikologi sosiolinguistik


yang melihat proses menulis sebagai satu proses yang melibatkan aktiviti kognitif,
sosial dan bahasa dalam meningkatkan pengetahuan literasi (berbahasa) pelajar. Ini
adalah kerana kanak-kanak menguasai pengetahuan literasi ketika mereka
berhubung dengan orang lain dan mereka dapat meningkatkan penguasan literasi
mereka dalam masyarakat secara bermakna.

Kajian Berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Koperatif Aspek Penulisan


Karangan
Rosni Yusof (1999) telah mengunakan kaedah pembelajaran koperatif STAD
(Students Teams- Achievement Division) atau dikenali sebagai Kumpulan
Pembahagian Pencapaian Murid, bagi melihat pencapaian pelajar tingkatan dua,
Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri Melaka dalam aspek tersebut. Hasil
eksperimen selama empat minggu mendapati bahawa pendekatan koperatif amat
berjaya berbanding dengan kaedah tradisional.

Kajian yang serupa dilakukan oleh Suraya (1999) dalam Masitah Zainuddin (2005),
di Negara Brunei Darul Salam. Beliau menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
STAD, ke atas pelajar tingkatan tiga dalam jangka masa enam minggu. Hasil kajian
mendapati bahawa pendekatan pembelajaran koperatif begitu berkesan berbanding
tradisional.

Ahmad Zaini Yaacob (2000) yang mengkaji tentang kesan pembelajaran koperatif
dalam kalangan pelajar tingkatan empat di luar bandar. Beliau telah menyelidik cara
pembelajaran koperatif dapat meningkatkan mutu penulisan pelajar. Enam aspek
yang spesifik dalam penulisan karangan telah ditumpukan dalam kajian beliau iaitu
kematangan fikiran, perbendaharaan kata, olahan, struktur kata, isi dan kesalahan
bahasa. Beliau telah mendedahkan teknik koperatif kepada kumpulan rawatan.
Mereka diajar cara bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan karangan.
Pelajar yang didedahkan dengan kaedah ini didapati meningkat dari segi
perancangan, penjanaan idea, mencari bahan, olahan dan struktur kata dalam
karangan pelajar. Dapatan kajian beliau menunjukkan pembelajaran koperatif dapat
meningkatkan aspek-aspek tersebut dalam mutu penulisan pelajar.
Zawiah Abd. Shukor dan rakan-rakan (2001), telah membuat kajian yang lebih
menarik tentang pengajaran penulisan dengan mencuba strategi pembelajaran
koperatif menggunakan teknik ‘Round Robin’ dan ‘Round Table’ dalam proses
penulisan dalam kalangan murid tahun empat sebuah sekolah rendah. Kajian yang
dilakukan oleh mereka cuba meninjau kekuatan dan kelemahan kedua-dua teknik
berkenaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan. Kajian
ini juga telah melihat cara pengguna teknik ini boleh mendorong murid untuk
menghasilkan karangan yang baik.

Roslina Othman (2002) telah mengkaji tentang strategi pembelajaran koperatif


dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran di Kelantan pula mendapati
kanak-kanak yang mengikuti strategi pembelajaran koperatif telah menunjukkan
pencapaian lebih baik dalam mengenal huruf dan suku kata berbanding kanak-
kanak yang belajar dengan kaedah tradisional.

Khadijah Ahmad (2005) yang mengkaji tentang keberkesanan pembelajaran


koperatif dalam menulis karangan BM. Kajian dilakukan terhadap 30 orang pelajar di
Sekolah Menengah di daerah Kuala Nerang, Kedah. Dapatan kajian mendapati
bahawa terdapat perbezaan dan peningkatan dari segi penulisan karangan terhadap
kaedah yang digunakan oleh guru dalam penulisan karangan. Terdapat perbezaan
yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam menulis karangan sebelum dan
selepas dirawat dengan kaedah pembelajaran koperatif. Hasil hubungan interaksi
sesama ahli kumpulan atau rakan sebaya telah berjaya meningkatkan pengetahuan
kebolehan pelajar dalam menulis isi karangan.

Masitah Zainuddin (2005), dalam kajiannya tentang keberkesanan teknik


pembelajaran koperatif dalam penulisan karangan BM pelajar tingkatan dua. Kaedah
yang digunakan adalah kaedah eksperimen yang memakan masa selama hampir
sebulan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar sekolah menengah, di
daerah Kangar, Perlis. Hasil kajian mendapati bahawa pembelajaran koperatif
berjaya meningkatkan penulisan dalam karangan setelah sesi rawatan dijalankan.
Pelajar didapati bekerjasama, tolong menolong dan bertindak sebagai satu pasukan
yang mantap tanpa mengira perbezaan yang wujud sesama mereka. Pembelajaran
koperatif juga boleh membina kemahiran menulis yang berkualiti tinggi di samping
mengatasi masalah kesantunan mengembang, menghurai, menjana supaya lebih
mantap dan bernas.

Kajian Berkaitan Pengajaran Karangan dan Pembelajaran Koperatif Secara Am

Taylor, E. (2000) melalui kajian beliau terhadap murid yang diajar mengunakan
unsur naratif iaitu cerita rakyat. Hasil kajian mendapati teknik ini berkesan untuk
murid lemah serta murid yang cemerlang pada masa sama. Cerita rakyat
memperkenalkan penggunaan bahasa yang pelbagai kepada murid. Berdasarkan
pemerhatian beliau terhadap murid yang diajar menggunakan cerita rakyat, beliau
mendapati murid-murid ini menunjukkan minat serta bersemangat untuk belajar.
Pada akhir pengajaran, murid-murid mengulas bahawa sesi pengajaran
menggunakan cerita rakyat merupakan bahagian yang paling disukai mereka. Cerita
rakyat mempunyai ciri-ciri istimewa yang sesuai untuk pengajaran bahasa.
Pengulangan pada bahagian-bahagian tertentu membolehkan perbendaharaan kata
serta tatabahasa baharu diperoleh. Malah sangat sesuai untuk meningkatkan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Dayang Rositer Awang Ibrahim (2001), mengkaji tentang keberkesanan penggunaan


Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam pengajaran dan pembelajaran aspek
tatabahasa Bahasa Melayu. Kajian eksperimental menggunakan Rekabentuk
Kumpulan Kawalan Pra-Ujian-Pasca-Ujian telah dijalankan di sekolah Menengah di
daerah Kapar, Klang, yang melibatkan 64 orang pelajar. Pelajar ini dibahagikan
kepada dua kumpulan rawatan secara padanan iaitu 32 dalam eksperimen (KPK)
dan 32 lagi dalam kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Hasil kajian mendapati
bahawa KPK secara relatif lebih berkesan dalam pengajaran tatabahasa berbanding
dengan kaedah tradisional.
Nor Azizah Salleh dan kawan-kawan (2002), mengkaji sejauh manakah
pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Sains dapat menerapkan nilai murni;
bekerjasama; berdikari; kasih sayang; kebersihan mental; kejujuran ; kerajinan dan
rasional. Seramai 990 orang pelajar tingkatan dua dari 12 buah sekolah di Selangor
diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah soal
selidik (pra ujian dan pasca ujian), pemerhatian guru dan temu bual pelajar. Kaedah
kuasi eksperimen dijalankan dengan mengambil setiap sekolah dua buah kelas
dijadikan sample, sebuah dijadikan kelas eksperimen dan sebuah lagi dijadikan
kelas kawalan. Hasil kajian menunjukkan semua nilai murni yang dapat diterapkan
melalui kaeadah pembelajaran koperatif dan setiap nilai murni didapati berbeza
antara sekolah.

Kajian oleh Zakaria Kassim (2003) memberi tumpuan kepada kemahiran


komunikasi, pembabitan dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran perdagangan
melalui kaedah permainan jigsaw II dan STAD (Students Teams- Achievement
Division atau dikenali Kumpulan Pembahagian Pencapaian Murid). Beliau
menjalankan kajian secara kuasi eksperimen selama 11 minggu bagi memastikan
kesan kedua-dua kaedah ke atas pencapaian, pembabitan dan amalan
berkomunikasi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran
koperatif menyumbang kepada peningkatan pelajar jika dibandingkan dengan
kaedah pembelajaran secara konversional.

Faridah Hanim (2003), dalam kajiannya terhadap empat orang guru matematik di
sebuah sekolah menengah. Secara spesifik kajian ini meneroka faktor-faktor yang
mendorong guru matematik mengamalkan pembelajaran koperatif di samping
mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Hasil kajian
mendapati bahawa lima faktor yang mempengaruhi guru matematik mengamalkan
pembelajaran koperatif iaitu pelajar, guru, kemudahan fizikal, kumpulan sokongan
dan budaya sekolah. Terdapat tujuh masalah yang telah dikenal pasti menyulitkan
pelaksanaan pembelajaran koperatif adalah pelajar, guru, masa, kaeadah
penagajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, latihan dan kandungan
pelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru matematik mempunyai
pengetahuan yang sederhana mengenai pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam
pengajaran bilik darjah masing-masing. Antara kaedah yang kerap digunakan oleh
mereka ialah kaedah berstruktur, jigsaw dan Team-Games-Tournaments. Hampir
kesemua elemen dalam pembelajaran koperatif diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran kecuali kemahiran social dan refleksi kumpulan.
Tok Hoon Seng (2006) dalam kajiannya yang bertajuk “Cooperative Learning And
Achievement In English Language Acquisition N A Literature Class In A Secondary
School”, menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah satu usaha untuk
mengelompokkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kebolehan ke dalam
kumpulan kecil demi menuju ke arah sasaran umum. Pernyataan tersebut
diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian oleh oleh Siti Hajar Abd Hamid (2007)
dalam kajiannya yang bertajuk “Pembelajaran Koperatif Menggunakan
EPembelajaran Di Kalangan Pelajar Yang Mengambil Subjek Telekomunikasi Dan
Rangkaian, Fakulti Pendidikan, UTM Skudai Johor”. Hasil kajian menunjukkan
bahawa penggunaan kaedah pembelajaran secara koperatif dapat membantu
pelajar dan guru di sekolah dalam usaha untuk memantapkan strategi pengajaran
dan pembelajaran mereka.

Zaenab Hanim dan kawan-kawan (2004), dalam kajiannya tentang Penggunaan


Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam Pengajaran Matematik: Penyelidikan
Sekolah Rendah, mengkaji tiga pemboleh ubah paling penting tentang kemampuan
guru, memotovasikan pelajar dalam PK yang bertujuan untuk mengubah amalan
guru dalam pengajaran dan pembelajaran. KPK yang digunakan dalam kajian ialah
struktur jigsaw, Tind The Find dan Pairs Check. Hasil penyelidikan menunujukkan
bahawa kemampuan guru mengalami masalah pada peringkat awal tindakan.
Namun kemampuan guru tersebut semakin meningkat pada peringkat pusingan
akhir. Dapatan juga menunjukkan bahawa kemampuan guru memotivasikan pelajar
pada peringkat awal tindakan adalah rendah dan meningkat pada bahagian akhir.
Keseluruhannya, kemampuan guru menstruktur PK adalah tinggi daripada pemboleh
ubah yang lainnya.
Ruslim Mohd. Salleh (2005), menjalankan kajian berbentuk eksperimen untuk
melihat kesan pembelajaran koperatif kaedah Jigsaw terhadap pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan empat. Kajian dijalankan selama
10 minggu di sebuah sekolah menengah di daerah Kulim, Kedah. Seramai 60 orang
pelajar tingkatan empat dipilih untuk menduduki ujin pra dan seterusnya dibahagikan
kepada dua kumpulan. Kumpulan eksperimen didedahkan dengan pengajaran
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif manakala kumpulan kawalan
menggunakan kaedah pengajaran sedia ada. Hasil kajian mendapati bahawa
kaedah pembelajaran koperatif yang menggunakan kaedah jigsaw telah
meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Hwang et al. (2005) dalam Cheah Cheah Tong Tiat dan kawan-kawan (2007) yang
mengkaji tentang Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam
penmbelajaran bacaan pemahaman teks di kalangan murid SJK (c) dan SJK (T),
mengesahkan jangkaan yang pembelajaran bersama membolehkan pedagogi
menjadi lebih berkesan dalam menambah keupayaan pelajar-pelajar untuk
memperolehi pengetahuan perakaunan daripada satu tradisional kuliah kaedah
dalam pasif selaras persekitaran pembelajaran. Kajian ini melanjutkan Hwang et al.'s
(2005) mengkaji dengan meneroka keberkesanan menggunakan pembelajaran
bersama di darjah-darjah ilmu berbeza di dalam Bloom (1956) taksonomi.
Penemuan-penemuan positif pereplikaan ini dan sambungan adalah penting kerana
mereka harus mengukuhkan keyakinan pengajar-pengajar perakaunan yang
mengajar di satu persekitaran pembelajaran yang pasif dalam melaksanakan
pedagogi ini untuk menyampaikan topik-topik perakaunan yang telah menjadi
semakin lebih kompleks atas dua dekad lepas.

Cheah Tong Tiat dan kawan-kawan (2007), dalam kajiannya bertajuk Keberkesanan
Kaedah Pembelajaran Koperatif Dalam Pembelajaran Bacaan Pemahaman Teks Di
Kalangan Murid SJK ( C ) Dan SJK ( T ).Tujuan kajian dijalankan untuk meninjau
keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif (PK) Bahagian Pencapaian Pasukan
Pelajar BPPP (Student Teams-Achievement Divisions-STAD) dan kaedah
Pembelajaran Tradisional (PT) terhadap pencapaian bacaan pemahaman teks
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Kajian dilakukan terhadap murid darjah lima dari
dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK C) dan sekolah jenis kebangsaan
Tamil (SJK T). Seramai 160 orang murid dari dua buah sekolah Cina dan Tamil telah
terlibat sebagai sampel kajian. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa kaedah
PK (BPPP) merupakan kaedah yang lebih berkesan berbanding dengan kaedah PT
dalam pencapaian bacaan pemahaman teks. Hasil kajian menunjukkan terdapat
perbandingan, peningkatan pencapaian pemahaman teks bagi pelajar yang
mengikuti kaedah PK (BPPP) heterogenous adalah lebih tinggi daripada pelajar
yang mengikuti kaedah PK (BPPP) homogenous.

Kajian oleh Azizi Hj. Yahaya, Intan Sapinas Binti Bahuri (2007) untuk meninjau
faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar
Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Responden kajian terdiri
daripada 132 orang pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak.
Instrumen yang telah digunakan di dalam kajian ini adalah satu set soalan soal
selidik. Hasil kajian, didapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor yang
paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar
Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak.

Rumusan
Berdasarkan tinjauan dan kajian yang dijalankan, jelaslah bahawa strategi
pengajaran dan pembelajaran secara koperatif mendatangkan kesan yang positif
sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas rawatan. Sikap dan
perlakuan mereka didapati mengalami perubahan menerusi pembelajaran koperatif.
Mereka melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang dirancang oleh guru
kerana mempunyai tanggungjawab untuk menaikkan imej kumpulan masing-masing.
Semangat perpaduan, kerjasama dan saling bantu membantu amat penting
memandangkan kaedah pembelajaran yang menekankan persaingan. Oleh itu,
pengkaji berpendapat bahawa pembelajaran koperatif juga sesuai digunakan dalam
apa jua mata pelajaran yang hendak diajarkan kepada pelajar.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan
Bab ini akan membincangkan metodologi yang digunakan dalam menjalankan kajian
ini. Aspek-aspek yang dibincangkan ialah kerangka konseptual kajian, reka bentuk
kajian, pemilihan sampel, tempoh masa kajian, prosuder kajian, instrumen kajian,
tatacara pengumpulan dan penganalisisan data statistik.

Kerangka Konseptual Kajian


Secara umumnya, KPK menegaskan bahawa aktiviti berkumpulan yang melibatkan
perlakuan murid dalam pembelajaran dapat menarik minat dan menjadikan
pembelajarn lebih bermakna. Terdapat beberapa model KPK telah
diperkembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran, misalnya Jigsaw, TGT
(Teams-Games-Tournaments atau Kumpulan Pertandingan Permainan), STAD
(Students Teams- Achievement Division atau dikenali Kumpulan Pembahagian
Pencapaian Murid), Belajar Bersama (Learning Together), Permainan Panggil
Nombor (Numbered Heads), Putaran Giliran (Round Robin), Meja Bulat (Round
Table) dan sebagainya (Kagan, 1992).

Namun dalam kajian ini, melibatkan dua teknik dalam KPK iaitu Putaran Giliran dan
Meja Bulat. Dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan, aktiviti
kumpulan digunakan untuk aktiviti perbincangan hasil yang diperoleh. Tujuannya
adalah untuk meningkatkan tahap pencapaian murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran khususnya dalam menulis karangan fakta dan karangan naratif.
Dapatan kajian ini, didapati bahawa KPK menggunakan Putaran Giliran dan Meja
Bulat dapat meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan karangan fakta dan
naratif seperti Rajah 2.

Putaran Giliran (Round Robin)


Meja Bulat (Round Table)
Penulisan Karangan Fakta Dan Karangan Naratif
Pembelajaran Koperatif
PENCAPAIAN
Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini menggunakan kaedah eksperimental iaitu Rekabentuk Prapasca ujian
Ujian Satu Kumpulan. Reka bentuk praujian-pasca ujian satu kumpulan hanya
menggunakan satu kumpulan eksperimen (KE) untuk mengkaji kesan olahan
pembolehubah tak bersandar. Sebelum subjek diberi olahan, cerapan dilakukan
dengan menggunakan praujian bagi menentukan kedudukan subjek. Selepas olahan
diberi, cerapan dilakukan sekali lagi bagi menentukan kedudukan subjek dengan
menggunakan pasca ujian (Mohd. Majid Konting, 2005). Seramai 40 orang murid ini
telah diminta menduduki pra ujian menulis karangan fakta dan karangan naratif.
Selepas itu mereka diberi rawatan dengan Kaedah Pembelajaran Koperatif. Setelah
selesai rawatan, kumpulan murid ini diberi pasca ujian. Reka bentuk kajian yang
digunakan boleh ditunjukkan dalam rajah 2 seperti di bawah.

Pasca ujian
Rawatan
Pra ujian
Pra ujian
Pemilihan sampel

Rajah 3: Reka bentuk Kajian keberkesanan KPK dalam pengajaran


kemahiran menulis karangan fakta dan karangan naratif BM.

Berdasarkan Rajah 3 di atas pembolehubah bersandar kajian ini adalah skor pra
ujian dan skor pasca ujian ujian yang diperolehi dari kumpulan yang dikaji. Untuk
mendapatkan skor tersebut, penyelidik menjalankan satu ujian pencapaian untuk
menguji penguasaan kemahiran menulis karangan fakta dan karangan naratif
Bahasa Malaysia (BM) murid. Oleh itu penyelidik akan menguji penguasaan
kemahiran menulis karangan fakta dan naratif BM murid melalui pengujian. Hasil
daripada sesuatu ujian akan dapat membantu guru menentukan hala-tuju dalam
proses pengajarannya, khasnya dalam menentukan objektif, kaedah dan bahan
yang sesuai untuk pelajar (Popham, 2000:10).

Pembolehubah tak bersandar dalam kajian ini ialah kaedah rawatan, iaitu kaedah
pembelajaran koperatif (KPK). KPK yang digunakan ialah Putaran Giliran(Round
Robin) dan Meja Bulat (Round Table). Kaedah ini mudah dan sesuai digunakan bagi
guru yang hendak mencuba KPK dalam bilik darjah (Kagan, 1994:71) dalam Zawiah
Abd. Shukor (2001). Kaedah ini digunakan sebagai bahan rawatan utama yang
bersesuaian dengan objektif utama kajian ini, iaitu untuk melihat sejauh manakah
berkesannya KPK dalam meningkatkan prestasi murid dalam tingkatan dua dalam
pembelajaran aspek kemahiran menulis karangan BM.

Secara ringkasnya, penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah


eksperimental yang berasaskan reka bentuk kajian seperti yang digambarkan dalam
rajah 3

Praujian Pembolehubah tak bersandar Pasca ujian


C1 O C2

Rajah 4: Rekabentuk Prapasca ujian Ujian Satu Kumpulan

Nota:
Simbol O mewakili olahan pembolehubah tak bersandar.
Simbol C mewakili cerapan terhadap pembolehubah bersandar. C1 digunakan untuk
cerapan pertama iaitu pra ujian.
Simbol C2 mewakili cerapan terhadap cerapan kedua dan biasanya untuk mencerap
pasca ujian.
Tempat Kajian
Kajian ini di jalankan di sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di
daerah Klang. Tempat ini dipilih berdasarkan ciri-ciri yang didapati memenuhi syarat-
syarat dan keperluan kajian, khususnya populasi kajian. Semua murid di sokolah ini
adalah terdiri daripada kaum Cina yang menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa
Teochu dalam pertuturan seharian. Salah sebuah sekolah yang terletak di daerah
Pelabuhan Klang telah dipilih oleh pengkaji, iaitu sekolah gred B.

Selain itu, di tempat kajian terdapat ciri-ciri heterogenus yang mewakili murid lelaki
dan perempuan yang mempunyai pelbagai kebolehan. Kerjasama baik yang
ditunjukkan oleh pentadbir sekolah berkenaan juga memudahkan pengkaji
mengakses maklumat untuk keperluan kajian ini.

Tempoh masa kajian


Kajian ini dijalankan dalam tempoh empat minggu. Dalam tempoh tersebut pengkaji
telah memberi penerangan tentang tujuan kajian, mengendalikan pra ujian dan
mendedahkan KPK kepada sampel terbabit. Pelaksanaan pengajaran koperatif
dijalankan selama lapan kali pengajaran iaitu selama 40 minit untuk setiap karangan.
Dalam tempoh seminggu, sampel akan diajar kemahiran menulis sebanyak dua kali
pengajaran. Setelah selesai menjalani rawatan dalam masa yang disebut, sampel
menduduki pra ujian.

Sampel Kajian
Sampel yang dipilih terdiri daripada murid tingkatan dua di sebuah sekolah
menengah. Jumlah sampel hendaklah melebihi 30 unit kerana andaian taburan
normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit (Mohd. Majid
Konting, 2005). Seramai 40 orang murid telah dipilih secara rawak yang terdiri terdiri
daripada lelaki dan permpuan. Bilangan seramai ini memudahkan aktiviti
pembahagian kumpulan. Daripada jumlah tersebut terdapat 10 orang murid lelaki
dan 30 murid perempuan. Penentuan ini dibuat dengan memilih murid yang
mempunyai ciri-ciri heterogenus dari segi kebolehan dan pencapaian mereka.
Secara amnya pecahan bilangan murid boleh diringkaskan seperti Jadual 1 di
bawah.

Jantina Kekerapan (Sampel) Peratus (%)


Lelaki 10 25
Perempuan 30 75
JUMLAH 40 100
Jadual 1: Sampel kajian mengikut jantina

Pengkaji memilih murid tingkatan dua kerana sampel sudah mempunyai


pengalaman menulis karangan setahun di tingkatan satu dan dianggap mahir dalam
penulisan karangan. Kriteria yang dipertimbangkan semasa memilih sampel kajian
kerana mereka mempunyai pencapaian akademik yang berbeza dan terdiri daripada
murid lelaki dan perempuan yang mempunyai ciri-ciri heterogenus dari segi
pencapaian dan jantina. Keputusan dalam UPSR dan keputusan Peperiksaan
Pertengahan Tahun menjadi asas pemilihan sampel. Sampel kemudian dirawat
dengan menggunakan KPK dalam penulisan karangan.

Prosedur Kajian
Secara amnya kajian ini dijalankan dalam tiga peringkat. Pada peringkat pertama,
pengkaji menjalankan aktiviti eksperimental seperti penerangan, pra ujian, kaedah
belajar secara berkumpulan. Tujuan perbincangan ini adalah untuk memberi
gambaran kepada pelajar tentang kaedah pembelajaran secara berkoperatif.

Peringkat kedua merupakan sesi rawatan. Jenis rawatan yang diberikan ialah
menulis karangan secara kerjasama dan berkongsi idea atau menulis secara
berkoperatif dengan menggunakan teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat.
Rancangan pelajaran bagi sesi rawatan tersebut adalah seperti dalam lampiran A.

Dalam pengajaran dan pembelajaran menulis karangan fakta dan karangan naratif,
murid dilatih untuk bekerjasama memberi pendapat, menghurai isi, memberi contoh
bagi isi, menulis karangan dengan bahasa yang betul, mengolah isi karangan dan
membaiki kesalahan bersama rakan dalam kumpulan. Di samping itu, murid dilatih
untuk membanding hasil kerja sendiri dengan hasil kerja rakan-rakan dalam bilik
darjah.

Peringkat ketiga dalam eksperimen ialah setelah selesai menjalani pembelajaran


menulis secara berkoperatif, satu pasca ujian diberikan kepada pelajar. Data yang
dikumpulkan melalui ujian ini dibandingkan dengan data yang diperolehi dalam pra
ujian untuk melihat keberkesanan KPK ke atas pengajaran penulisan karangan fakta
dan karangan naratif. Pelaksanaan KPK ke atas kumpulan eksperimen adalah
seperti Jadual 2 di bawah:

Jadual 2: Kelas Rawatan Pembelajaran Koperatif

Perjumpaan

Aktiviti

1
Perjumpaan pertama, murid diberikan soalan pra untuk menjawab dalam masa 40
minit sebelum menjalani sebarang rawatan.
2
Penerangan tentang cara Pembelajaran Koperatif iaitu pembentukan kumpulan, ciri-
ciri kumpulan yang baik, dan fungsi kumpulan.
3
Pengenalan pendahuluan karangan yang terdiri daripada definisi tajuk, bukti, contoh,
persoalan dan pendapat tokoh. Murid dikehendaki menjalankan perbincangan dalam
kumpulan.
4
Cara mendapatkan isi. Murid didedahkan dengan cara mencari isi berdasarkan isi,
huraian, dan contoh. Setiap isi dihurai berserta contoh. Pembentangan secara
kumpulan dan soal jawab.
5
Cara mengembangkan isi. Setiap kumpulan perlu membincangkan isi-isi dan
membuat pembentangan. Setelah itu, sesi soal jawab dan kupasan isi.
6
Cara menyusun keutamaan isi. Perbincangan isi oleh setiap kumpulan, kemudian
pembentangan isi oleh ahli kumpualn. Seterusnya sesi soal jawab dan kupasan isi.
7
Penggunaan penanda wacana. Guru menerangkan kepentingan wacana dan
gunanya. Murid mencari dan menyenaraikan penanda wacana daripada teks yang
diberi sebagai latihan.
8
Membuat penutup atau kesimpulan. Penerangan cara menulis penutup oleh guru.
Perbincangan penutup dalam kumpulan. Sesi soal jawab dan mencari penutup
terbaik antara kumpulan.
9
Latihan menulis karangan berdasarkan apa yang didedahkan. Pembentangan hasil
kumpulan, penilaian karangan terbaik, sesi soal jawab dan rumusan kelemahan
karangan.
10
Murid menjawab soalan pasca dalam masa 40 minit setelah selesai menjalani kelas
rawatan.

Karangan yang diajarkan setiap minggu pelaksanaan rawatan ini adalah seperti
dalam Lampiran A.
Sehubungan itu, pemarkahan ke atas penulisan pelajar dibuat dengan mengambil
contoh pemarkahan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam
PMR 2007. Kriteria pemarkahan yang baik (A1 dan A2), sederhana (B dan C), dan
lemah (D dan E) adalah seperti Jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Pemarkahan bagi karangan Karangan Respons terbuka (40 markah),
Kriteria Penskoran Bahagian C; Lembaga Peperiksaan 2008.

Peringkat
Markah
Kriteria

Cemerlang

33-40

(37-40)

(33-36)
-Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang
minimum.
-Penggunaan penanda wacana yang betul.
-Ejaan dan tanda baca yang betul.
-Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
-Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta dengan contoh yang sesuai.
-Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemenggalan yang sesuai dan format
menepati kehendak tugasan.
-Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan
frasa yang menarik.

Kepujian

25-32

(29-32)

(25-28)

-Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.


-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang
minimum.
-Penggunaan penanda wacana yang betul.
-Ejaan dan tanda baca yang betul.
-Penggunaan kosa kata yang luas.
-Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta dengan contoh.
-Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemenggalan yang sesuai dan format
menepati kehendak tugasan.
-Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan
frasa yang menarik.

Baik

17-24

(21-24)

(17-20)
-Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.
-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang
minimum.
-Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai.
-Eejaan dan tanda baca yang betul
-Penggunaan kosa kata luas.
-Idea yang relevan dengan huraian yang masih jelas.
-Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemenggalan yang sesuai dan format
menepati kehendak tugasan.

Memuaskan

09-16

(13-16)

(09-12)
-Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.
-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang
minimum.
-Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai.
-Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum.
-Penggunaan kosa kata terhad dan minimum.
-Idea yang relevan dengan huraian yang kurang jelas.
-Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemenggalan yang sesuai dan format
menepati kehendak tugasan.

Penguasaan
minimum

01-08

(05-08)

(01-04)

-Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.


-Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.
-Keseluruhan jawapan calon menggambarkan bahasa yang tidak cekap.

Bagi tujuan kajian ini, pemarkahan terhadap isi, pengolahan dan bahasa dibuat
secara holistik berdasarkan kategori seperti jadual di atas. Markah penuh yang boleh
diperoleh ialah 40 markah. Jumlah markah yang diperoleh murid kemudiannya
ditukarkan dalam bentuk peratus

Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini ialah dua set soalan ujian menulis karangan. Pra ujian dan
pasca ujian digunakan untuk mengukur kebolehan murid dalam menulis karangan
fakta dan karangan naratif. Panjang karangan yang perlu ditulis oleh murid bagi ujian
ini tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Ujian menulis karangan ini dibina
sendiri oleh pengkaji. Kedua-dua ujian ini ditadbir dengan soalan ujian yang sama.
Tajuk karangan fakta ialah "Punca-punca berlakunya masalah gengsterisme dalam
kalangan murid”. Tujuan pra ujian diadakan adalah untuk menilai kebolehan
mengarang murid sebelum rawatan dijalankan.

Dalam karangan naratif pula tajuk yang diberikan menghendaki murid melengkapkan
cerita dengan ayat yang berikut ..... ’’Dia menyesal. Tetapi dia tidak mengulangi
masa yang telah berlalu. Dia malu kerana telah mencemarkan nama baik
keluarganya” sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Tujuan
diadakan pasca ujian adalah untuk melihat pencapaian murid dalam mengarang
setelah mereka didedahkan dengan pendekatan koperatif dalam menulis karangan
fakta dan karangan naratif.

Kesahan Instrumen
Soalan bagi ujian menulis karangan ini telah diuji kesahannya oleh dua orang guru
Bahasa Malaysia di sekolah berkenaan yang mempunyai pengalaman mengajar
melebihi tiga tahun. Selain itu, untuk memastikan soalan tersebut mempunyai
kesahan kandungan yang tinggi, pengkaji juga telah membandingkan soalan-soalan
tersebut dengan peperiksaan sekolah-sekolah menengah yang lain.

Sehubungan itu, untuk menentukan kesahan pembahagian markah bagi menilai


ujian penulisan karangan fakta dan karangan naratif, sebanyak sepuluh karangan
yang telah diperiksa oleh pengkaji telah dipilih secara rawak untuk dinilai semula
oleh guru yang mengajar lebih dari tiga tahun. Didapati markah yang diberikan oleh
pengkaji dengan guru berkenaan menunjukkan hubungan yang hampir sama.

Penganalisisan dan Pemprosesan Data


Data yang dikumpul dalam kajian ini iaitu pra ujian dan pasca ujian dianalisis dengan
menggunakan program SPSS. Statistik deskriptif digunakan untuk menghitung min
dan sisihan piawai yang diperoleh daripada kedua-dua ujian yang dijalankan melalui
Ujian-t. Nilai min dan nilai-t untuk markah ujian karangan fakta dan karangan naratif
dalam setiap kumpulan kemudian diperbandingkan untuk melihat keberkesanan atau
manfaat yang diperoleh daripada rawatan yang diberikan.

BAB 1V

DAPATAN KAJIAN
Pengenalan
Bab ini akan membentangkan dapatan kajian untuk melihat keberkesanan Kaedah
Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam pengajaran aspek kemahiran menulis
karangan fakta dan karangan naratif dalam kalangan murid bukan Melayu di sekolah
menengah. Selain itu, dapatan kajian bertujuan untuk menjawab persoalan kajian
dan kajian yang telah dibentuk. Data diananlisis dengan menggunakan program
Statistical Package For Sosial Science (SPSS 15). Pembentangan hasil analisis
kajian dijalankan secara analisis deskriptif dan analisis inferens.
Soalan kajian tersebut dinyatakan seperti di bawah:
Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?
Sejauhmanakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan
jenis fakta antara pra ujian dengan pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan
jenis naratif antara pra ujian dengan pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan
antara jenis fakta dengan naratif dalam pra ujian dan pasca ujian?

Bahagian analisis deskriptif hanya melibatkan analisis berkaitan taburan frekuensi,


peratus, skor min dan sisihan piawai. Manakala bahagian analisis inferens akan
melibatkan analisis berkaitan Ujian-t. Bagi tujuan analisis inferens aras signifikan
yang ditetapkan ialah 0.05. Pemilihan ujian analisis dapatan berdasarkan kepada
objektif kajian yang bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang
dikemukakan.

Data Demografi Sampel Kajian


Kajian ini melibatkan seramai 40 orang murid dari sebuah sekolah menengah di
daerah Klang, Selangor. Jadual 4 menunjukkan pecahan sampel kajian mengikut
jantina.

Jadual 4: Pecahan Sampel Kajian Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan (Sampel) Peratus (%)


Lelaki 10 25
Perempuan 30 75
JUMLAH 40 100

Jadual 4 menunjukkan pecahan sampel kajian mengikut jantina. Sampel kajian


terdiri daripada 10 orang atau 25% murid lelaki dan 30 orang atau 75% murid
perempuan. Ini menunjukkan bahawa sampel karangan murid perempuan lebih
ramai berbanding murid lelaki.

Peringkat-peringkat Pencapaian Murid


Mengikut skema pemarkahan Lembaga Peperiksaan Malaysia 2008, Bahagian C
karangan respons terbuka, terdapat lima peringkat pencapaian seperti yang
disenaraikan dalam Jadual 5. Jumlah markah keseluruhan adalah 40 markah

Jadual 5: Skema Pemarkahan Karangan Bahagian C (Lembaga Peperiksaan


Malaysia
2008)

Markah Peringkat Pencapaian


A
(33 – 40) Cemerlang
B
(25 – 32) Baik
C
(18 – 24) Memuaskan
D
(10 – 17) Kurang Memuaskan
E
(1 – 9) Pencapaian Minimum

Jadual 5 menunjukkan peringkat-peringkat pencapaian karangan yang terdiri


daripada Cemerlang atau A (33-40), Kepujian atau B (25-32), Baik atau C (18-24),
Memuaskan atau D (10-17), dan Pencapaian Minimum atau E (1-9). Bagi melihat
tahap pencapaian keberkesanan KPK dalam pengajaran aspek kemahiran menulis
karangan fakta dan karangan naratif dalam kalangan murid bukan Melayu di sekolah
menengah, data akan dianalisis mengikut aras pemeringkatan yang telah
dikategorikan seperti Jadual 5.

Dapatan Berdasarkan Persoalan Kajian


Berikut merupakan huraian dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian. Terdapat
lima persoalan kajian dan huraian dapatan adalah seperti berikut:

Persoalan Kajian 1

Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?

Jadual 6 : Taburan Markah Pra ujian Karangan Fakta

Markah Taburan Frekuensi Peratus (%)


12.00 4 10
14.00 1 2.5
16.00 18 45
20.00 5 12.5
22.00 1 2.5
23.20 1 2.5
24.00 1 2.5
27.20 1 2.5
28.00 3 7.5
30.00 2 5.0
32.00 2 5.0
36.00 1 2.5
JUMLAH 40 100
Jadual 6 menunjukkan taburan markah pra ujian karangan fakta. Didapati markah
minimum yang diperoleh murid ialah 12 markah dan markah maksimum ialah 36
markah. Markah yang kerap diperoleh murid ialah 16 markah dengan 18 orang
murid atau sebanyak 45 peratus. Manakala markah kedua kerap ialah 20 markah
yang diperoleh 5 orang murid atau sebanyak 12.5 peratus. Perbezaan seramai 13
orang murid wujud atau sebanyak 32.5 peratus.

Jadual 7: Taburan Markah Pra ujian Karangan Naratif

Markah Taburan Frekuensi Peratus (%)


12 1 2.5
16 8 20
18 7 17.5
20 17 42.5
22 3 7.5
24 2 5.0
30 1 2.5
36 1 2.5
JUMLAH 40 100

Jadual 7 menunjukkan taburan markah pra ujian karangan naratif. Markah minimum
yang diperoleh murid semasa pra ujian dijalankan ialah 12 markah dan markah
maksimum ialah 36 markah. Didapati murid kerap mendapat 20 markah yang
diperoleh seramai 17 orang murid atau sebanyak 42.5 peratus. Markah kedua kerap
yang diperoleh murid pula ialah 16 markah yang diperoleh seramai 8 orang murid
atau 20 peratus. Perbezaan sebanyak 9 orang murid wujud di antara markah yang
kerap diperoleh murid atau sebanyak 22.5 peratus.
Rajah 5: Perbandingan Taburan Markah Pra ujian Karangan Fakta dan Karangan
Naratif

Rajah 5 menunjukkan markah pra ujian karangan fakta dan karangan naratif.
Didapati murid dalam karangan fakta kerap mendapat 16 markah manakala murid
dalam karangan naratif kerap mendapat 20 markah. Perbezaan sebanyak 4 markah
wujud antara markah yang kerap diperoleh kedua-dua jenis karangan.

Jadual 8: Taburan Min dan Sisihan Piawai Pra ujian Karangan Fakta dan Karangan
Naratif

Pra ujian Min Sisihan Piawai


Karangan Fakta 19.76 6.40
Karangan Naratif 19.65 3.98
Jadual 8 menunjukkan keputusan taburan min dan sisihan piawai pra ujian dalam
karangan fakta dan karangan naratif. Skor min bagi pra ujian bagi penulisan
karangan fakta adalah 19.76 dan sisihan piawainya adalah 6.40. Manakala skor min
pra ujian bagi penulisan ujian naratif adalah 19.65 dan sisihan piawai adalah 3.98.
Didapati skor min pra ujian bagi penulisan ujian fakta adalah lebih tinggi daripada
skor min pra ujian bagi penulisan karangan naratif.

Jadual 9: Peringkat Pencapaian Murid Pra ujian Karangan Fakta


Peringkat Taburan Frekuensi Peratus (%)
A 1 2.5
B 8 20.0
C 8 20.0
D 24 57.5
E00

Jadual 9 menunjukkan peringkat pencapaian murid pra ujian dalam karangan fakta.
Dalam pra ujian karangan fakta, didapati seorang murid mendapat keputusan
Cemerlang dengan 2.5 peratus. Seramai 8 orang murid atau 20 peratus daripada
sampel kajian mendapat keputusan Baik dan Memuaskan. Murid paling ramai
mendapat keputusan Kurang Memuaskan iaitu seramai 24 orang atau sebanyak
57.5 peratus.

Jadual 10: Peringkat Pencapaian Murid Pra ujian Karangan Naratif

Peringkat Taburan Frekuensi Peratus (%)


A 1 2.5
B 1 2.5
C 29 72.5
D 9 22.5
E00
Jadual 10 menunjukkan peringkat pencapaian yang diperoleh murid semasa
menjawab soalan karangan naratif pra ujian. Didapati terdapat seorang murid atau
sebanyak 2.5 peratus yang mendapat keputusan Cemerlang dan Baik. Murid paling
ramai mendapat keputusan Memuaskan iaitu seramai 29 orang atau 72.5 peratus.
Manakala keputusan Kurang Memuaskan diperoleh seramai 9 orang murid atau
sebanyak 22.5 peratus.
Rajah 6: Peringkat Pencapaian Murid Pra ujian Karangan Fakta dan Karangan
Naratif

Rajah 6 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pra ujian untuk karangan
fakta dan karangan naratif. Dapatan menunjukkan murid semasa menjawab
karangan fakta ramai berada dalam peringkat pencapaian Kurang Memuaskan.
Manakala murid semasa menjawab soalan karangan naratif banyak mendapat
peringkat Memuaskan. Murid semasa menjawab karangan naratif lebih ramai
mendapat peringkat pencapaian Memuaskan berbanding karangan fakta iaitu
seramai 21 orang murid atau sebanyak 52.5 peratus. Manakala peringkat
Pencapaian Minimum paling ramai diperoleh murid karangan fakta berbanding
karangan naratif iaitu seramai 15 orang murid atau 35 peratus.

Persoalan Kajian 2
Sejauhmanakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian?

Untuk menjawab persoalan ini Jadual 11 merupakan taburan markah pasca ujian
karangan fakta, Jadual 12 ialah taburan markah pasca ujian karangan naratif, Rajah
3 ialah perbandingan taburan markah karangan fakta dan naratif, Jadual 13 ialah
taburan nilai min dan sisihan piawai karangan fakta dan naratif, Jadual 14 ialah
peringkat pencapaian murid karangan fakta, Jadual 15 ialah peringkat pencapaian
murid karangan naratif dan Rajah 4 ialah perbandingan peringkat pencapaian murid
karangan fakta dan karangan naratif.

Jadual 11 : Taburan Markah Pasca ujian Karangan Fakta

Markah Taburan Frekuensi Peratus (%)


16 8 20
18 1 2.5
20 10 25
22 6 15
24 2 5
28 2 5
30 4 10
32 3 7.5
34 1 2.5
36 2 5
38 1 2.5
JUMLAH 40 100

Jadual 11 menunjukkan taburan markah pasca ujian karangan fakta. Markah


minimum yang diperoleh murid ialah 16 markah dan markah maksimum ialah 38
markah. Murid semasa pasca ujian karangan fakta kerap mendapat 20 markah iaitu
seramai 10 orang murid atau sebanyak 25 peratus. Markah kedua yang kerap
diperoleh murid ialah 16 markah iaitu seramai 8 orang murid atau sebanyak 20
peratus. Perbezaan kekerapan antara markah yang kerap dan kedua kerap yang
diperoleh murid ialah 2 orang murid atau 5 peratus sahaja.

Jadual 12 : Taburan Markah Pasca ujian Karangan Naratif

Markah Taburan Frekuensi Peratus (%)


16.8 1 2.5
20 12 30
22 5 12.5
24 13 32.5
25.2 1 2.5
26 1 2.5
28 2 5
30 2 5
32.8 1 2.5
36 1 2.5
38 1 2.5
JUMLAH 40 100

Jadual 12 menunjukkan taburan markah pasca ujian karangan naratif. Didapati


markah minimum yang diperoleh murid ialah 16.8 markah dan markah maksimum
ialah 38 markah. Markah yang kerap diperoleh murid ialah 24 markah yang
diperoleh seramai 13 orang murid atau 32.5 peratus. Ini diikuti dengan 20 markah
yang diperoleh seramai 12 orang atau 30 peratus. Perbezaan seramai seorang
murid sahaja atau sebanyak 2.5 peratus di antara markah kerap dan kedua kerap
diperoleh murid semasa menjawab karangan naratif pasca ujian.
Rajah 7: Perbandingan Taburan Markah Pasca ujian Karangan Fakta dan Karangan
Naratif

Rajah 7 menunjukkan taburan markah pasca ujian karangan fakta dan karangan
naratif. Didapati semasa pasca ujian karangan fakta, murid paling kerap mendapat
20 markah manakala karangan naratif 24 markah. Perbezaan sebanyak 4 markah
wujud antara markah yang paling kerap diperoleh murid dalam karangan fakta dan
karangan naratif.

Jadual 13: Taburan Min dan Sisihan Piawai Pasca ujian Karangan Fakta dan
Karangan
Naratif

Pasca ujian Min Sisihan Piawai


Karangan Fakta 23.55 6.56
Karangan Naratif 23.82 4.50

Jadual 13 menunjukkan taburan nilai min dan sisihan piawai karangan fakta dan
karangan naratif. Didapati nilai min yang diperoleh murid semasa pasca ujian
karangan fakta ialah 23.55 dengan nilai sisihan piawai 6.56. Manakala nilai min
karangan naratif ialah 23.82 dengan nilai sisihan piawai 4.50. Dapatan menunjukkan
nilai min karangan naratif adalah lebih besar berbanding nilai min karangan naratif
pasca ujian.

Jadual 14: Peringkat Pencapaian Murid Pasca ujian Karangan Fakta

Peringkat Taburan Frekuensi Peratus (%)


A 4 10
B 9 22.5
C 19 47.5
D 8 20.0
E00

Jadual 14 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pasca ujian karangan


fakta. Murid didapati paling ramai mendapat peringkat Memuaskan iaitu sebanyak
19 orang atau 47.5 peratus. Peringkat kedua ramai diperoleh murid ialah peringkat
Baik iaitu seramai 9 orang atau 22.5 peratus. Perbezaan sebanyak 10 orang murid
atau sebanyak 25 peratus antara peringkat paling banyak dan kedua diperoleh
murid.
Jadual 15: Peringkat Pencapaian Murid Pasca ujian Karangan Naratif

Peringkat Taburan Frekuensi Peratus (%)


A25
B 6 15
C 30 75
D 1 2.5
E 1 2.5

Jadual 15 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pasca ujian karangan


naratif. Didapati murid kerap berada dalam peringkat pencapaian Memuaskan iaitu
diperoleh seramai 30 orang murid atau 75 peratus. Peringkat kedua ramai yang
diperoleh murid ialah peringkat Baik dengan 6 orang murid atau sebanyak 15
peratus. Murid yang mendapat peringkat Memuaskan 24 orang lebih ramai
berbanding murid yang memperoleh peringkat Baik atau perbezaan sebanyak 60
peratus.
Rajah 8: Peringkat Pencapaian Murid Pasca ujian Karangan Fakta dan Karangan
Naratif
Rajah 8 menunjukkan perbandingan peringkat pencapaian murid semasa pasca
ujian karangan fakta dan karangan naratif. Murid-murid paling ramai mendapat
peringkat Memuaskan dalam kedua-dua jenis karangan. Namun, murid karangan
naratif 11 orang lebih ramai atau 27.5 peratus lebih banyak mendapat peringkat
Memuaskan berbanding ketika menjawab karangan fakta. Walau bagaimanapun,
terdapat seorang murid atau 2.5 peratus yang mendapat peringkat Pencapaian
Minimum.

Persoalan 3 :

Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan jenis fakta antara
pra ujian dengan pasca ujian?

Jadual 16: Ujian-t Perbezaan di Antara Pra ujian dengan Pasca ujian Bagi Penulisan

Karangan Fakta

Karangan Fakta Min SP t df p


10.80 39 0.0001
Pra ujian 19.76 6.40
Pasca ujian 23.55 6.56

Nota: Signifikan pada aras keertian 0.05


N= 40

Jadual 16 menunjukkan perbezaan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi
penulisan karangan fakta. Berdasarkan jadual tersebut, skor min pra ujian bagi
penulisan karangan fakta adalah 19.76 dan sisihan piawai adalah 6.40. Manakala
skor min pasca ujian bagi penulisan karangan fakta adalah 23.55 dan sisihan piawai
adalah 6.56. Terdapat perbezaan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi
penulisan karangan fakta yang signifikan, t (39) = 10.80, p = 0.0001.

Persoalan Kajian Keempat :

Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan jenis naratif


antara pra ujian dengan pasca ujian?

Jadual 17 : Ujian-t Perbezaan di Antara Pra ujian dengan Pasca ujian Bagi
Penulisan
Karangan Naratif

Karangan Naratif Min SP t df p


5.54 39 0.0001
Pra ujian 19.65 3.98
Pasca ujian 23.82 4.50

Nota: Signifikan pada aras keertian 0.05


N= 40

Jadual 17 menunjukkan perbezaan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi
penulisan karangan naratif. Didapati skor min pra ujian bagi penulisan karangan
naratif adalah 19.65 dan sisihan piawai adalah 3.98. Manakala skor min pasca ujian
bagi penulisan karangan naratif adalah 23.82 dan sisihan piawai adalah 4.50.

Ujian-t yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara


pra ujian dengan pasca ujian bagi penulisan karangan naratif iaitu, t (39) = 5.54, p =
0.0001.

Persoalan 5:

Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan antara jenis fakta
dengan naratif dalam pra ujian dan pasca ujian?

Jadual 18 : Ujian-t Perbezaan di Antara Penulisan Fakta dan Penulisan Naratif Di


Dalam
Penulisan Karangan

Pra ujian Min SP t df p


0.12 39 0.91
Karangan Fakta 19.76 6.40
Karangan Naratif 19.65 3.97
Nota: Signifikan pada aras keertian 0.05
N= 40

Jadual 19 : Ujian-t Perbezaan di Antara Penulisan Fakta dan Penulisan Naratif Di


Dalam
Penulisan Karangan

Pasca ujian Min SP t df p


0.27 39 0.80
Karangan Fakta 23.55 6.56
Karangan Naratif 23.82 4.50
Nota: Signifikan pada aras keertian 0.05 N= 40
Berdasarkan Jadual 18, didapati semasa pra ujian skor min penulisan karangan
fakta adalah 19.76 dan sisihan piawai adalah 6.40. Manakala skor min penulisan
karangan naratif adalah 19.65 dan sisihan piawai adalah 3.97. Ujian-t yang
dijalankan terhadap skor markah pra ujian mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan di antara tahap pencapaian penulisan karangan jenis fakta dengan naratif,
t (39) = 0.12.

Manakala Jadual 19 menunjukkan semasa pasca ujian skor min karangan fakta
ialah 23.55 dengan nilai sisihan piawai 6.56. Skor min pasca ujian karangan naratif
pula ialah 23.82 dengan nilai sisihan piawai 4.50. Berdasarkan ujian-t yang
dijalankan didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara karangan fakta
dan karangan naratif semasa pasca ujian iaitu, t (39) = 0.27, p = 0.80, d = 0.04.
Perbezaan kecil juga berlaku di antara markah karangan fakta dan karangan naratif
pasca ujian iaitu, d = 0.40.

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN

Pengenalan
Bab ini membincangkan data yang diperolehi dalam kajian. Bab ini juga
mengemukakan rumusan dan cadangan untuk kajian lanjut yang boleh dilakukan
pada masa akan datang.

Perbincangan Hasil Kajian


Perbincangan kajian berfokuskan kepada huraian kajian berdasarkan persoalan
kajian.

Persoalan 1
Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?

Berdasarkan dapatan kajian dalam bab 4, didapati dalam pra ujian karangan fakta,
ramai murid berada pada peringkat pencapaian Kurang Memuaskan. Manakala
murid dalam karangan naratif banyak murid mendapat peringkat Memuaskan.
Peringkat pencapaian Memuaskan dalam karangan naratif lebih ramai berbanding
karangan fakta iaitu seramai 21 orang murid atau sebanyak 52.5 peratus. Manakala
peringkat Pencapaian Minimum paling ramai diperoleh murid karangan fakta
berbanding karangan naratif iaitu seramai 15 orang murid atau 35 peratus. Daripada
keputusan markah yang diperoleh, didapati murid mendapat markah yang lebih
tinggi dalam menulis karangan naratif. Hal ini disebabkan bahawa murid
beranggapan bahawa penulisan karangan berbentuk imaginatif atau naratif adalah
lebih mudah berbanding dengan karangan fakta.
Dapatan kajian ini relevan dengan kajian oleh Taylor, E. (2000) melalui kajian beliau
terhadap murid yang diajar mengunakan cerita rakyat. Didapati teknik ini berkesan
untuk murid lemah serta murid yang cemerlang pada masa sama. Cerita rakyat
memperkenalkan penggunaan bahasa yang pelbagai kepada murid. Dapatan kajian
mendapati murid-murid ini menunjukkan minat serta bersemangat untuk belajar.
Pengulangan pada bahagian-bahagian tertentu membolehkan perbendaharaan kata
serta tatabahasa baharu diperoleh. Malah sangat sesuai untuk meningkatkan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Persoalan 2
Sejauhmanakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian?

Dapatan menunjukkan skor min pasca ujian bagi penulisan ujian fakta adalah lebih
tinggi daripada skor min pasca ujian bagi penulisan karangan naratif. Didapati
semasa pasca ujian karangan fakta, murid paling kerap mendapat 20 markah
manakala karangan naratif 24 markah. Perbezaan sebanyak 4 markah wujud antara
markah yang paling kerap diperoleh murid dalam karangan fakta dan karangan
naratif. Murid-murid paling ramai mendapat peringkat Memuaskan dalam kedua-dua
jenis karangan. Namun, dalam karangan naratif seramai 11 orang lebih ramai atau
27.5 peratus lebih banyak mendapat peringkat Memuaskan berbanding ketika
menjawab karangan fakta. Walau bagaimanapun, terdapat seorang murid atau 2.5
peratus yang mendapat peringkat Pencapaian Minimum. Hal ini disebabkan murid
sudah dapat menghuraikan isi-isi penting dengan baik setelah rawatan KPK
diberikan.
Dapatan kajian di atas selaras dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Ahmad Zaini
Yaacob (2000) yang mengkaji tentang kesan pembelajaran koperatif dalam
kalangan pelajar tingkatan empat di luar bandar. Pelajar yang didedahkan dengan
kaedah ini didapati meningkat dari segi perancangan, penjanaan idea, mencari
bahan, olahan dan struktur kata dalam karangan pelajar. Dapatan kajian beliau
menunjukkan pembelajaran koperatif dapat meningkatkan aspek-aspek tersebut
dalam mutu penulisan pelajar.

Persoalan 3
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan
jenis fakta antara pra ujian dengan pasca ujian?

Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara pra ujian
dengan pasca ujian. Skor min pra ujian bagi penulisan karangan fakta adalah 19.76
dan sisihan piawai adalah 6.40. Manakala skor min pasca ujian bagi penulisan
karangan fakta adalah 23.55 dan sisihan piawai adalah 6.56. Dapatan juga
menunjukkan terdapat perbezaan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi
penulisan karangan fakta yang signifikan, t (39) = 10.80, p = 0.0001, d = 0.17.
Namun, perbezaan adalah kecil iaitu, d = 0.17 di antara pra ujian dan pasca ujian
bagi penulisan karangan fakta. Kesimpulan yang dibuat ialah pencapaian karangan
fakta dan karangan naratif dalam pasca ujian lebih tinggi berbanding dengan pra
ujian.

Dapatan kajian ini relevan dengan kajian oleh Khadijah Ahmad (2005) yang
mengkaji tentang keberkesanan pembelajaran koperatif dalam menulis karangan
BM. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dan peningkatan dari
segi penulisan karangan terhadap kaedah yang digunakan oleh guru dalam
penulisan karangan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar
dalam menulis karangan sebelum dan selepas dirawat dengan kaedah
pembelajaran koperatif. Hasil hubungan interaksi sesama ahli kumpulan atau rakan
sebaya telah berjaya meningkatkan pengetahuan kebolehan pelajar dalam menulis
isi karangan.

Secara keseluruhannya, penggunaan Kaedah Koperatif dalam pengajaran karangan


fakta yang dijalankan adalah berkesan untuk meningkatkan skor penulisan karangan
murid menulis karangan fakta. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
berkumpulan ini sekali gus dapat menarik minat murid dalam penulisan karangan.
Justeru, Kaedah Koperatif ini boleh dijalankan di sekolah-sekolah bagi membantu
meningkatkan tahap pencapaian penulisan karangan murid.

Persoalan Kajian Keempat :


Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan jenis naratif
antara pra ujian dengan pasca ujian?

Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara pra ujian dengan
pasca ujian bagi penulisan karangan naratif iaitu, t (39) = 5.54, p = 0.0001. Skor min
pra ujian bagi penulisan karangan naratif adalah 19.65 dan sisihan piawai adalah
3.98. Manakala skor min pasca ujian bagi penulisan karangan naratif adalah 23.82
dan sisihan piawai adalah 4.50. Ini bermakna terdapat peningkatan skor min
penulisan karangan naratif pasca ujian berbanding pra ujian.
Dapatan kajian di atas disokong dengan hasil kajian Zawiah Abd. Shukor dan rakan-
rakan (2001), dengan mencuba strategi pembelajaran koperatif menggunakan teknik
‘Round Robin’ dan ‘Round Table’ dalam proses penulisan dalam kalangan murid
tahun empat sebuah sekolah rendah. Kajian ini juga menunjukkan bahawa
pengguna teknik ini boleh mendorong murid untuk menghasilkan karangan yang
baik.

Berdasarkan dapatan di atas dapat disimpulkan bahawa KPK adalah sesuai dan
berkesan untuk murid bukan Melayu dalam pembelajaran penulisan karangan
naratif.

Persoalan Kajian Kelima :


Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan antara jenis fakta
dengan naratif dalam pra ujian dan pasca ujian?

Kajian menunjukkan ujian-t yang dijalankan terhadap skor markah pra ujian
mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pencapaian
penulisan karangan jenis fakta dengan naratif, t (39) = 0.12, p = 0.91, d = 0.02. Skor
min penulisan karangan naratif adalah 19.65 dan sisihan piawai adalah 3.97.
Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara
karangan fakta dan karangan naratif semasa pasca ujian iaitu, t (39) = 0.27, p =
0.80, d = 0.04. Perbezaan kecil juga berlaku di antara markah karangan fakta dan
karangan naratif pasca ujian iaitu, d = 0.40.

Implikasi Terhadap Murid


Berdasarkan kajian yang dijalankan, penggunaan teknik ini ternyata menunjukkan
bahawa aspek kognitif banyak memainkan peranan dalam melahirkan isi, struktur
ayat dan bahasa yang baik dalam sesuatu aktiviti penulisan murid. Aspek kognitif ini
memainkan peranan penting dalam proses menjaring dan memilih maklumat untuk
dijadikan isi karangan. Dari segi afektif pula, dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa semua murid mempamerkan perasaan terkawal ketika mencatat isi dalam
kumpulan masing-masing. Secara keseluruhannya, bolehlah dirumuskan bahawa
kedua-dua teknik ini memberikan implikasi yang baik terhadap kestabilan emosi. Hal
ini memberikan petanda yang baik bahawa teknik tersebut dapat digunakan dalam
aktiviti pembelajaran, khususnya penulisan karangan pada masa akan datang.
Teknik ini mempunyai potensi untuk melahirkan murid yang berketrampilan jika
dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Implikasi Terhadap Guru


Dalam pembelajaran koperatif, guru berperanan sebagai ’supervisor’ untuk
menggalakkan aktiviti pembelajaran. Guru juga perlu memberi bantuan kepada
setiap kumpulan yang memerlukan bantuan, menjelaskan atau menerangkan
perkara yang menjadi kekeliruan setiap murid. Selain itu, guru perlu menunujukkan
hubungan yang mesra dan bermakna kepada setiap kumpulan dan membantu
menghubungkan apa yang telah dipelajari dalam konteks yang lebih luas berkaitan
mata pelaran yang diajarkan. Hal ini bermakna dalam pembelajaran koperatif, guru
perlu merancang dan menyusun proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
teliti. Dengan cara ini guru dapat mempelbagaikan corak interaksi (murid dengan
guru dan sebaliknya) dalam proses pengajara dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Rumusan Kajian
Sebagai rumusannya, dapatan kajian ini membuktikan keberkesanan KPK dalam
meningkatkan prestasi penulisan karangan fakta dan karangan naratif murid
tingkatan dua bukan Melayu. Murid-murid berpencapaian sederhana dijadikan
sampel kajian ini. Walau bagaimanapun, teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat
mempunyai kekuatan dan kelemahan dalam penulisan karangan. Kekuatannya
teknik ini dapat memotivasikan serta dapat memberikan keseronokkan kepada murid
pada masa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Keseluruhan aktiviti
membolehkan mereka bergerak, dan mengaktifkan bilik darjah serta dapat
menceriakan suasana pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti ini juga melatih murid untuk mendengar arahan dengan teliti dan seterusnya
melaksanakan arahan dengan cepat dan tepat, sekali gus dapat menyemaikan sikap
tanggungjawab antara ahli kumpulan. Dalam KPK ini, murid yang cerdas dapat
membantu murid yang lemah sama ada secara langsung atau idak langsung.
Perkongsian maklumat ini dapat membantu mereka menghasilkan karangan yang
lebih baik.

Bagi murid yang kurang mampu dalam kemahiran berfikir, teknik Putaran Giliran
dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam penulisan karangan. Mereka dapat
memberikan pendapat dan mendengar komen daripada kumpulan yang lain. Namun
demikian, guru pelu sentiasa membimbing murid untuk mendapatkan hasil
pembelajaran yang lebih positif.

Teknik ini juga dapat memdorong murid untuk matang dalam berfikir kerana proses
pemerolehan maklumat yang relevan, penyaringan maklumat dan penghasilan
maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan yang memerlukan penjanaan fikiran.
Sekiranya aktiviti ini berterusan, murid dapat berfikir dengan matang yang boleh
membantu penghasilan penulisan karangan yang baik. Keberanian dalam
mengemukakan pendapat dan kebolehan mengawal emosi merupakan aspek yang
penting bagi melahirkan murid yang berwibawa, dan berfikiran positif. Sikap ini akan
dapat memupuk sikap rasional dalam diri mereka.

Walau bagaimanapun, penggunaan teknik ini juga ada kelemahannya. Dalam


proses pengajaran karangan, teknik Putaran Giliran boleh menyebabkan kelas
menjadi bising. Keadaan ini beleh mengganggu pembelajaran sekiranya tidak
dikawal dengan baik oleh guru. Justeru,guru perlu mentadbir kelas dengan baik dan
mengatur serta memastikan pembelajaran berlaku setiap masa.

Dari segi masa, proses pembelajaran menggunakan teknik ini memerlukan masa
yang lebih panjang, terutamanya bagi aktiviti pengumpulan dan penyaringan
maklumat. Penyaringan maklumat memerlukan ketelitian agar hasil yang diperoleh
tepat dan relevan. Perbincangan dapatan kajian ini selaras dengan kajian Masitah
Zainuddin (2005), dalam kajiannya tentang keberkesanan teknik pembelajaran
koperatif dalam penulisan karangan BM pelajar tingkatan dua. Kaedah yang
digunakan adalah kaedah eksperimen yang memakan masa selama hampir
sebulan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar sekolah menengah, di
daerah Kangar, Perlis. Hasil kajian mendapati bahawa pembelajaran koperatif
berjaya meningkatkan penulisan dalam karangan setelah sesi rawatan dijalankan.
Pelajar didapati bekerjasama, tolong menolong dan bertindak sebagai satu pasukan
yang mantap tanpa mengira perbezaan yang wujud sesama mereka. Pembelajaran
koperatif juga boleh membina kemahiran menulis yang berkualiti tinggi di samping
mengatasi masalah kesantunan mengembang, menghurai, menjana supaya lebih
mantap dan bernas.
Cadangan Kajian
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan KPK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran memberikan kesan positif dalam meningkatkan
pencapaian murid khususnya dalam penulisan karangan fakta dan karangan naratif.

Dapatan ini diharap dapat membuka minda para pendidik, khasnya guru bahasa
Malaysia untuk membuat refleksi tentang kaedah pengajaran yang mereka amalkan
dalam bilik darjah. Guru-guru hendaklah berusaha untuk menggunakan KPK dalam
pengajaran karangan dengan memperbanyakkan aktiviti kumpulan belajar bersama
supaya murid dapat berbincang dan berkongsi masalah dalam penulisan karangan.
Sewaktu teknik ini dilaksanakan, guru berpeluang untuk memantau penggunaan
bahasa murid, sama ada dalam lisan mahupun tulisan.Guru juga perlu sentiasa
membaiki kesilapan bahasa murid dalam semua aspek. Semakan yang teliti
terhadap penulisan murid perlu diadakan dari semasa ke semasa agar
mempertingkatkan lagi penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan murid.lisan
karangan yang me

Hasil karangan sebahagian murid yang kurang memuaskan adalah berpunca


daripada jarak jarak masa yang terlalu lama antara aktiviti prapenulisan dengan
penulisan karangan. Teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat telah mampu
menyediakan minda murid untuk menulis karangan. Namun demikian, kesediaan
terganggu oleh sebab had masa yang ditetapkan. Oleh itu, dicadangkan agar masa
untuk pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan yang menggunakan teknik
ini dipanjangkan sehingga murid selesai menulis karangan. Waktu satu jam
biasanya diperuntukkan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia tidak
sesuai untuk pengajaran kemahiran menulis karangan menggunakan teknik
pembelajaran koperatif. Ini adalah disebabkan penulisan karangan merupakan satu
pakej PKP yang tidak boleh diasing-asingkan. Aliran idea terhenti dan mewujudkan
keinginan yang berlainan pada masa murid menulis. Walau bagaimanapun,
dicadangkan agar percubaan lain dibuat pada masa akan datang, iaitu masa untuk
aktiviti yang menggunakan kedua-dua teknik ini dalam prapenulisan diteruskan
hingga terhasilnya karangan tanpa terikat dengan waktu satu jam yang ditetapkan.
Hal ini bertujuan untuk memastikan sama ada pencapaian murid boleh berubah
dengan cara ini ataupun tidak.

Cadangan Kajian Lanjutan


Kepada pengkaji-pengkaji pula, dapat disimpulkan bahawa sebagai sebuah kajian
kecil mempunyai kelemahan yang tersendiri. Justeru, beberapa peruntukan
cadangan dikemukakan. Antara cadangannya ialah pengkaji perlu menggunakan
jumlah sampel yang mewakili sekolah berpencapaian baik untuk melihat sejahmana
keberkesanan KPK terhadap murid cemerlang. Selain itu, pengkaji perlu
menggunakan masa kajian yang lebih lama supaya lebih banyak masa dapat
diberikan untuk proses rawatan dengan menggunakan KPK. Kepelbagaian jenis
karangan juga perlu diuji dan diajar dengan KPK supaya dapat ditentukan sama ada
kaeadah ini sesuai dilaksanakan dalam semua jenis pengajaran karangan.

Kesimpulan
Kajian ini telah berusaha untuk melihat sejauhmana keberkesanan KPK dalam
penulisan Bahasa Malaysia. KPK merupakan teknik yang bukan sahaja boleh
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan, malah
dalam semua bentuk pembelajaran. Kajian-kajian yang terdahulu telah berjaya
membuktikan KPK dari segi keberkesannya untuk meningkatkan pencapaian
akademik murid di samping meningkatkan motivasi, kerjasama, tanggungjawab
pelajar dalam pembelajaran. Sehubungan itu, untuk melihat keberkesanan KPK ini,
banyak perkara yang perlu diberikan perhatian khususnya komitmen yang tinggi
daripada pihak guru agar penggunaan teknik ini dapat memberikan hasil yang
optimum.

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Talib. (ed) (1989). Pengajaran dan pengujian Bahasa: Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.

Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publication&Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Hamid Ahmad. (1998). Persepsi dan kepercayaan guru dan pelajar terhadap
karangan berkualiti. Disertasi untuk sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia


di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor. Tesis Master.
Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Abdul Shukor Shaari (2001). Penulisan Karangan: Beberapa Proses Yang Harus.
Dewan Bahasa. Februari, 1 (2): 24-27.

Ahmad Khair Mohd. Nor (2005). Menulis Membina Ketrampilan Berfikir.


Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 12-14.

Ahmad Zaini Yaacob (2000). Keberkesanan pembelajaran koperatif dalam


meningkatkan penulisan bahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan 4 luar
bandar. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang Tidak Diterbitkan Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.
Allen, V.G (1991). Teaching Blingual & ESL Children, Dalam Flood J, Jensen, J.M.
Lapp, D. & squire, J.R. Hand book of research on teaching the English Language
Arts. New York: Macmillan.

Arbak Othman. (1989). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Azizi Hj. Yahaya, Intan Sapinas Binti Bahuri (2007). Tinjauan amalan pembelajaran
koperatif di kalangan pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara,
Gerik, Perak. Fakulti Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Bloom, B. (ed). (1956). Taxonomy of Educational Objektives, Handbook 1: Cognitive


Domain. New York: David McKay.

Cheah Tong Tiat dan kawan-kawan (2007). Keberkesanan kaedah pembelajaran


koperatif dalam penmbelajaran bacaan pemahaman teks di kalangan murid SJK (C)
dan SJK (T). UM: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak boleh diterbitkan.

Cheah & L.Poon. (1998). Efficacy of cooperative learning amaong Malaysian


Secondary school Student. Jurnal Pendidikan jilid 16, halaman 13-27.

Dayang Rositer Awang Ibrahim (2001). Keberkesanan penggunaan kaedah


pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran aspek
tatabahasa bahasa Melayu di sekolah menengah. UPM: Serdang:
Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

Faridah Hanim Omar (2003). Pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam mata


pelajaran matematik di sebuah sekolah menengah: Satu Kajian Kes.
UKM. Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof & Raja Mohd Fauzi Raja Musa (2001).
Masalah penulisan naratif di kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan
27. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Gan, SL (1992). Integrated curriculum and experative learning in Malaysia Multiracial


classrooms. Paper presented at The reaseach trumen wold conference on
Education (Cairo, 22-24 Mac 1992).

Ismail Ahmad, (2004). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Jacobs, M. G., Gan, S. L. & Ball, J. (1995). Learning cooperative learning via
cooperative learning: A sourcebook of lesson plans for teacher education
on cooperative learning. Singapore: SEAMEO, Regional Language Centre.

Johnson, D. W. & Johnson, R. T. (1987). Learning together and alone:


Cooperative, competitive, and individualistic learning.
Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Johnson, D. W., Johnson, R. T. & Holubec, E. J. (1988). Cooperation in the


classroom.
Edina, Minnesota: Interaction Book.

Johnson, D.J., & Grant, J.O (1989). Written Narratives of Normal& Learning
disebled of Dysledvia, 39: 140-156.

Kagan, M., & Kagan, Spencer.(1994). Advanced cooperative learning: Playing with
elements. Los Angeles, CA: Kagan Cooperative Learning..
Kamaruddin Tahir (2005). Kesan strategi koperatif dalam meningkatkan tahap
pemahaman di kalangan pelajar tingkatan 1. Universiti Malaya:
Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

Khadijah Ahmad (2005). Keberkesanan koperatif dalam kemahiran menulis bahasa


Melayu di kalangan pelajar tingkatan 2. Universiti Malaya:
Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2003).


Laporan prestasi SPM 2002.

Kementerian Pelajaran Malaysia.Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2008).


Skema Pemarkahan Karangan Respons Terbuka.

_____________ (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Edisi


Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mahzan Arshad (2003). Pendidikan literasi bahasa Melayu: Satu pendekatan


bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributor Sdn. Bhd.

Maharom Mamat (2000). Kemahiran menulis dan pengajian umum: Antara sikap dan
keperluan, Persidangan Kebangsaan Pengajian Umum di Alaf Baru.
Bangi: 18-19 April.

Marohaini Yusoff (1999). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman ke arah


kemantapan pembelajaran di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Marohaini Yusoff (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Penerbitan UM.

Masitah Zainuddin (2005). Keberkesanan teknik pembelajaran koperatif dalam


penulisan karangan BM pelajar tingkatan dua. Universiti Malaya:
Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.
McCarthey, S.J. & Raphael, T.E. (1992). Alternative perspectives of reading/ writing
connections. Dlm. Irwin, S. & Doyle, M. (pnyt), Reading/ Writing Connection.
Newark, DE: International Reading Associaton.

Nawi Ismail (2002). Permasalahan dalam penyampaian isi karangan. Pelita Bahasa,
Ogos, 14 (08): 44-45.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2003). Teori Bahasa: Implikasi terhadap pengajaran
tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.

Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nor Azizah Salleh, Siti Rohayah Ariffin & Musa Daia (2002). Penerapan nilai murni
melalui pembelajaran koperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan.
Jilid/ Volume 27, Mei.

Robiah Kulop Hamzah. (1999). Kemahiran menulis: Pengalaman penulis.


Bengkel Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: 6-8 Jun.

Robert E. Slavin. (2008). Cooperative learning: Teori, riset dan praktik.


Penterjemahan Nurulita. Bandung: Penerbit Nusa Media.

Rohani Salleh (2002). Kajian terhadap pencapain bahasa Melayu bagi pelajar
berprestasi rendah sekolah menengah atas.
UM: Tesis Sarjana Pengajian Bahasa Moden yang tidak diterbitkan.

Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu.


Shah Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd.

Roslina Othman (2002). Keberkesanan strategi pembelajarankoperatif di kalangan


kanak-kanak bermasalah pendengaran: Satu kajian Eksperimen.
UKM: Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda tang tidak diterbitkan.

Rosni Yusof (1999). Kesan dua pendekatan pengajaran terhadap pencapaian


tatabahasa pelajar tingkatan 2. UM: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak
boleh diterbitkan.

Rusnah Hashim (2003). Perlakuan dan proses pengajaran pra menulis karangan
dua
orang guru tingkatan 4. UM: Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan.

Ruslim Mohd. Salleh (2005). Kesan pembelajaran koperatif ke atas pencapaian


pelajar pendidikan mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Tingkatan 4
di sekolah dalam daerah Kulim. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan
yang tidak diterbitkan.

Suhaida Abdul Kadir (2002). “Perbandingan pembelajaran koperatif dan


tradisional terhadap prestasi, atribusi pencapaian, konsep kendiri.
akademik dan hubungan sosial dalam Pendidikan Perakaunan”.
Universiti Sains Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Suppiah Nachiappan (2006). Penggunaan gaya bahasa dan pemprosesan informasi


dalam penulisan karangan melalui analisis hermeneutik. Perak: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Slavin R.E (1989). Research on cooperatif learning. Theory, reseach& practive.


Boston. MA: Allyn& Bacon.

Siti Hajar Abd Hamid (2007). “Pembelajaran koperatif menggunakan epembelajaran


di kalangan pelajar yang mengambil subjek telekomunikasi dan
rangkaian, Fakulti Pendidikan. UTM Skudai Johor”.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Siti Zaleha M. Hashim (2005). Penulisan Kreatif Latihan Berfikir Yang Baik-Satu
Pengalaman. Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 18-20.

Syed Lutfi Syed Hamzah (1994). Peranan guru dalam meningkatkan mutu
pendidikan
bagi mencapai matlamat wawasan. Dalam Yaakub Isa (pnyt.). Guru yang efektif.
Kuantan: Jawatankuasa Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang.

Taylor, K. E. (2000). Using Folktales. United State of America: Cambridge University


Press.

Tok Hoon Seng (2006). “Cooperative learning and achievement in English


language acquisition N A literature class in a secondary school”.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Yahya Othman (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur;
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Yap Kim Fat (1991). Kesan sambutan interaktif penulisan karangan pPelajar
tingkatan
4. Desertasi untuk sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakuti Pendidikan.
Universiti Malaya.

Zaenab Hanim, Rahmat Soe’oed, Siti Rihayah Ariffin & Noriah Ishak (2004)..
Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif (PK) dalam pengajaran matematik.
Penyelidikan Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan, Jilid/ Volume 29.

Zakaria Kassim (2003). Kemahiran kKomunikasi, pembabitan dan pencapaian


pelajar
perdagangan melalui kaedah pembelajaran koperatif.
USM: Tesis Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan.
Zawiah Abd. Shukor, Suria Baba, Nadzeri Hj. Isa (2001). Strategi pembelajaran
koperatif menggunakan teknik ‘Round Robin’ dan ‘Round Table’ dalam
proses penulisan: Satu Tinjauan. Forum Penyelidikan Pendidikan.
Institut Bahasa Melayu Malaysia.

http://www.ipsah.edu.my/LamanR&D2007/KajianPemantauanBPG/Bahasa01.ht
m - keberkesanan-koperatif

http://www.mpbl.edu.my/math/pedagogi/Kenal%20&%20Cinta%20CL-Seminar
%20MPGaya.pdf – kenali dan cintai
http://eprints.utm.my/6040/1/aziziyahkoperatif.pdf - aziziyah

….http://mariam-adi.blogs.smjk.edu.my/pembelajaran-koperatif/

www.usm.my/education/kaunseling/tips/Kaedah%20Pembelajaran%20Koperatif.doc
- - kaedah koperatif

Anda mungkin juga menyukai