Anda di halaman 1dari 12

Al-Qasim meriwayatkan daripada Aisyah r.a.

bahawa setiap kali hendak


melakukan sesuatu perjalanan, Baginda akan membuat undian di
kalangan isterinya. Dalam satu daripada perjalanan itu, undian tersebut
jatuh kepada Aisyah r.a. dan Hafsah r.a. Ketika menjelang malam,
Baginda akan menunggang unta yang dinaiki oleh Aisyah r.a. sambil
berbual-bual.

Pada satu hari, Hafsah r.a. telah berkata kepada Aisyah r.a. “Sudikah
engkau menunggang untaku pada malam ini dan aku menunggang unta
engkau pula untuk melihat apakah yang akan terjadi (ingin melihat
samada Baginda sedar atau tidak akan mereka)”

Aisyah r.a. bersetuju dengan cadangan Hafsah r.a. Pada malam tersebut,
Baginda mendekati unta Aisyah r.a. yang sedang ditunggangi oleh
Hafsah r.a. Seperti biasa, Baginda akan memberi salam kepada Aisyah
r.a. dan tidak menyangka akan pertukaran mereka. Pada malam tersebut
Baginda bermalam dengan Hafsah yang disangkakan Aisyah r.a.
Kemudian Aisyah r.a. menyedari tentang perancangan Hafsah yang
sebenarnya amat merindui Baginda.

Pada malam tersebut, setelah sampai, Aisyah r.a. menuruni untanya dan
meletakkan kakinya di atas rumput (dikhir) yang diketahui menjadi
sarang ular dan berkata “Ya Allah!, Hantarkanlah seekor ular atau kala
jengking untuk menggigitku kerana aku tidak akan menuduh Baginda
atas kesalahan ini. (Hadis Sahih Al bukhari)
Irsyad al-Hadith Siri ke-35 : Kisah Mariah al-Qibtiyyah
Butiran Dimuatnaik oleh Umar Mukhtar Mohd Noor

 Irsyad al-Hadith
Soalan :
Apakah benar Rasulullah SAW menceraikan Hafsah disebabkan
hambanya yang bernama Mariah al-Qibtiyyah dan apakah benar kisah
ini merupakan sebab kepada turunnya surah al-Tahrim ?
 
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada
junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW,
sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah
baginda SAW.
 
Berdasarkan soalan yang dinyatakan, kami telah melakukan sedikit
penelitian terhadap kisah yang dinyatakan ini. Untuk itu, kami nyatakan
hasil penelitian kami terhadap kisah ini. Sebelum kami nyatakan sumber
kisah ini, kami mulakan dengan biografi ringkas Mariah al-Qibtiyyah.
 
Biografi Ringkas Mariah al-Qibtiyyah serta kisahnya bersama
Rasulullah SAW dan Hafsah RA
Nama beliau ialah Mariah binti Syam’un, beliau merupakan seorang
hamba yang dihadiahkan oleh pembesar Mesir iaitu al-Muqawqas
kepada Rasulullah SAW. Beliau juga dikenali sebagai Mariah al-
Qibtiyyah kerana beliau berasal daripada Qibt (Mesir). Di samping itu,
beliau mempunyai seorang anak lelaki bersama Rasulullah SAW iaitu
Ibrahim, namun begitu anak beliau wafat ketika masih kecil.
 
Tambahan pula, Mariah telah datang ke Madinah pada tahun ke-7 hijrah
dan pada tarikh tersebut juga beliau telah memeluk Islam. Selain itu,
Mariah merupakan seorang wanita yang sangat menjaga kelakuannya
dan sentiasa mengharapkan keredhaan Nabi SAW. Beliau  telah wafat
pada tahun 16 Hijrah ketika zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab.
 
Setelah mengenali siapakah yang dimaksudkan dengan Mariah al-
Qibtiyyah ini, maka kami akan menyatakan sumber kisah seperti yang
diterkandung  di dalam soalan di atas. Kisah ini telah diriwayatkan atau
diceritakan oleh Dhahhak RA:
 
َ ِ ‫ فَلَ َّما َج ا َء َر ُس و ُل هَّللا‬،‫ت أَبَاهَا َذاتَ يَوْ ٍم َو َكانَ يَوْ َمهَا‬
‫ص لَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َس لَّ َم‬ ْ ‫ زَ ا َر‬، َ‫صةَ أُ َّم ْال ُم ْؤ ِمنِين‬
َ ‫أَ َّن َح ْف‬
ُ‫ص ة‬ َ ‫ت َح ْف‬ َ ‫ت َح ْف‬
ْ ‫ َو َج ا َء‬،َ‫ص ة‬ ِ ‫اب ِم ْنهَ ا فِي بَ ْي‬
َ ‫ص‬ َ َ ‫ فَأ‬،‫اريَ ةَ ْالقِ ْب ِطيَّ ِة‬
ِ ‫ أَرْ َس َل إِلَى أَ َمتِ ِه َم‬،‫فَلَ ْم يَ َرهَا فِي ْال َم ْن ِز ِل‬
َّ َ‫ «فَإِنَّهَ ا َعل‬:‫ أَتَ ْف َع ُل هَ َذا فِي بَ ْيتِي َوفِي يَ وْ ِمي؟ قَ ا َل‬،ِ ‫ول هَّللا‬
‫ َواَل‬،‫ي َح َرا ٌم‬ َ ‫ يَا َر ُس‬:‫ت‬ ِ ‫ك ْال َح‬
ْ َ‫ فَقَال‬،‫ال‬ َ ‫َعلَى تِ ْل‬
‫ {يَ ا‬:َّ‫ فَ أ َ ْنزَ َل هَّللا ُ َع َّز َو َج ل‬،َ‫ض َي هَّللا ُ َع ْنهَا فَأ َ ْخبَ َر ْتهَ ا بِ َذلِك‬ ْ َ‫ فَا ْنطَلَق‬. »‫ك أَ َحدًا‬
ِ ‫ت إِلَى عَائِ َشةَ َر‬ َ ‫تُ ْخبِ ِري بِ َذا‬
‫ َوي َُرا ِج َع‬،‫ص الِ ُح ْال ُم ْؤ ِمنِينَ } فَ أ ُ ِم َر أَ ْن يُ َكفِّ َر ع َْن يَ ِمينِ ِه‬
َ ‫ { َو‬:‫أَيُّهَا النَّبِ ُّي لِ َم تُ َح ِّر ُم َما أَ َح َّل هَّللا ُ لَكَ }إِلَى قَوْ لِ ِه‬
."ُ‫أَ َمتَه‬
Maksudnya: “Bahawa Hafsah telah menziarahi ayahnya pada suatu hari
dan ketika itu adalah gilirannya bersama Rasulullah SAW. Apabila
Rasulullah SAW pulang ke rumah, Baginda SAW tidak melihatnya di
rumah. Kemudian Baginda SAW mengutuskan kepada hambanya Mariah
al-Qibtiyyah. Setelah itu, Rasulullah SAW telah bersama dengannya di
rumah Hafsah (menggaulinya). Tidak lama kemudian, Hafsah pulang
ketika Rasulullah SAW dalam keadaan tersebut. Hafsah berkata: “Wahai
Rasulullah SAW, adakah engkau melakukan hal ini di rumahku dan ketika
giliranku?”. Maka Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya dia
(Mariah) haram ke atasku dan janganlah engkau memberitahu kepada
sesiapa akan hal ini”. Hafsah keluar ke rumah Aisyah RA lalu
menceritakan apa yang telah berlaku. Setelah itu, turunnya ayat Allah
SWT “Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah
menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah
bagimu” sehingga firman Allah SWT “serta orang-orang yang soleh dari
kalangan orang-orang yang beriman”  lalu Baginda SAW diminta untuk
membayar kafarah di atas sumpahnya dan kembali kepada hambanya”.
[Lihat: Sunan Said bin Mansur, 1:438]
 
Selain itu, terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik
RA, bahawa Nabi SAW:
ِ ‫ حتَّى حرَّمها على‬، ُ‫ فلم تزَلْ به عائشةُ وحفصة‬، ‫أن رسو َل هللاِ كانت له أ َمةٌ يطؤُها‬
ُ‫ فأنزل هللا‬، ‫نفسه‬ َّ
‫آخر اآلي ِة‬
ِ ‫ك إلى‬َ َ‫ع َّز وج َّل يَا أَيُّهَا النَّبِ ُّي لِ َم تُ َح ِّر ُم َما أَ َح َّل هَّللا ُ ل‬
Maksudnya: “Rasulullah SAW memiliki seorang hamba yang baginda
bersama dengannya (menggaulinya), Aisyah serta Hafsah masih berada
bersama beliau hingga beliau mengharamkan ke atas diri baginda.
Kemudian Allah SWT “Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan
bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan
oleh Allah bagimu” sehingga akhir ayat”. [Riwayat Nasai’e, kitab
Menggauli isteri, bab Cemburu, no. Hadis 3897]
Kisah ini juga ada disebut di dalam surah al-Tahrim:
 
ُ‫ض اللَّـه‬ َ ‫﴾ قَ ْد فَ َر‬١﴿ ‫َّحي ٌم‬ِ ‫ضاتَ أَ ْز َوا ِجكَ ۚ َواللَّـهُ َغفُو ٌر ر‬ َ ْ‫ك ۖ تَ ْبت َِغي َمر‬ َ َ‫يَا أَيُّهَا النَّبِ ُّي لِ َم تُ َحرِّ ُم َما أَ َح َّل اللَّـهُ ل‬
‫ْض أَ ْز َوا ِج ِه َح ِديثًا فَلَ َّما‬
ِ ‫﴾ َوإِ ْذ أَ َس َّر النَّبِ ُّي إِلَ ٰى بَع‬٢﴿ ‫لَ ُك ْم تَ ِحلَّةَ أَ ْي َمانِ ُك ْم ۚ َواللَّـهُ َم وْ اَل ُك ْم ۖ َوهُ َو ْال َعلِي ُم ْال َح ِكي ُم‬
َ َ‫ت َم ْن أَنبَ أَكَ ه َٰـ َذا ۖ ق‬
‫ال‬ ْ َ‫ْض ۖ فَلَ َّما نَبَّأَهَا بِ ِه قَ ال‬
ٍ ‫ض عَن بَع‬َ ‫ضهُ َوأَ ْع َر‬ ْ َ‫ت بِ ِه َوأ‬
َ ‫ظهَ َرهُ اللَّـهُ َعلَ ْي ِه َعرَّفَ بَ ْع‬ ْ َ ‫نَبَّأ‬
ُ‫َت قُلُوبُ ُك َم ا ۖ َوإِن تَظَ اهَ َرا َعلَ ْي ِه فَ إ ِ َّن اللَّـهَ هُ َو َم وْ اَل ه‬
ْ ‫صغ‬َ ‫﴾ ِإن تَتُوبَا إِلَى اللَّـ ِه فَقَ ْد‬٣﴿ ‫نَبَّأَنِ َي ْال َعلِي ُم ْالخَ بِي ُر‬
َ‫صالِ ُح ْال ُم ْؤ ِمنِين‬
َ ‫َو ِجب ِْري ُل َو‬
Maksudnya: “Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan
bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan
oleh Allah SWT bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredhaan
isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah SWT ampunkan kesilapanmu itu)
dan Allah SWT sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(1) Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi
dan umatmu, untuk) melepaskan diri daripada sumpahmu (dengan
membayar denda - kaffarah) dan Allah SWT jualah Pelindung yang
mentadbir keadaanmu dan Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(2) Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu sesuatu perkara secara
rahsia kepada salah seorang daripada isteri-isterinya. Kemudian isterinya
itu menceritakan rahsia tersebut (kepada seorang madunya), dan Allah
SWT menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun
menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian
(daripada rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang
sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah
Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: "Siapakah
yang memberitahu hal ini kepada tuan? " Nabi menjawab: "Aku
diberitahu oleh Allah SWT Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam
PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang
tersembunyi) ".(3) Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah SWT (wahai
isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya
hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan
Nabi) dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu
yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya)
kerana sesungguhnya Allah SWT adalah Pembelanya dan selain daripada
itu Jibril serta orang-orang yang soleh daripada kalangan orang-orang
yang beriman”.(4) [Surah al-Tahrim, 1-4]
 
 
 
Persoalan
Benarkan Rasulullah SAW menceraikan Hafsah RA disebabkan
hambanya Mariah al-Qibtiyyah?
 
Jawapan: Tidak benar, sebab Rasulullah SAW menceraikan Hafsah
disebabkan Hafsah RA tidak mentaati apa yang diperintahkan oleh
Rasulullah SAW agar tidak memberitahu kepada sesiapa supaya perkara
ini tidak tersebar. Hal ini, disebut oleh Imam al-Qurthubi ketika
menafsirkan ayat pertama di dalam surah al-Thalaq, firman Allah SWT:
 
‫طلَّ ْقتُ ُم النِّ َسا َء فَطَلِّقُوه َُّن لِ ِع َّدتِ ِه َّن َوأَحْ صُوا ْال ِع َّدةَ ۖ َواتَّقُوا اللَّـهَ َربَّ ُك ْم ۖ اَل تُ ْخ ِرجُوه َُّن ِمن‬َ ‫يَا أَيُّهَا النَّبِ ُّي إِ َذا‬
َ ‫بُيُوتِ ِه َّن َواَل يَ ْخرُجْ نَ إِاَّل أَن يَأْتِينَ بِفَا ِح َش ٍة ُّمبَيِّنَ ٍة ۚ َوتِ ْل‬
َ ‫ك ُحدُو ُد اللَّـ ِه ۚ َو َمن يَتَ َع َّد ُحدُو َد اللَّـ ِه فَقَ ْد‬
‫ظلَ َم نَ ْف َسهُ ۚ اَل‬
َ ِ‫ث بَ ْع َد ٰ َذل‬
‫ك أَ ْمرًا‬ ُ ‫تَ ْد ِري لَ َع َّل اللَّـهَ يُحْ ِد‬
Maksudnya: “Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) -
hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada
masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu
(dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah SWT, Tuhan kamu.
Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya
(sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka
keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang
nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah SWT (maka janganlah
kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum
Allah SWT maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya.
(Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh
jadi Allah SWT akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang
lain)”. [al-Thalaq : 1]
 
Imam al-Qurthubi mengatakan bahawa ayat ini diturunkan
menunjukkan bahawa Allah SWT berbicara dengan Nabi SAW walaupun
lafaz yang digunakan menunjukkan ramai bagi memuliakan dan 
mengangkat darjat Rasulullah SAW. Di dalam sunan Abu Daud dan Ibn
Majah, bahawa Umar bin al-Khattab mengatakan Rasulullah SAW telah
menceraikan Hafsah tetapi Baginda SAW merujuknya semula (dengan
Hafsah RA).
‫ض َي هَّللا ُ َع ْنهَا ثُ َّم َرا َج َعهَا‬ َ ِ ‫أَ َّن َرسُو َل هَّللا‬
َ َّ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم طَل‬
َ ‫ق َح ْف‬
ِ ‫صةَ َر‬
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah menceraikan Hafsah RA kemudian
merujuknya semula”. [Riwayat Abu Daud, kitab Talak, bab Penjelasan
tentang rujuk, no. Hadis 1943, Riwayat Ibn Majah, kitab Talak, bab
Suwaid bin Said menceritakan kepada kami, no. Hadis 2006]
Telah berkata al-Kalbi: Sebab turunnya ayat ini (ayat pertama di dalam
surah al-Thalaq) adalah disebabkan Rasulullah SAW marah dengan
Hafsah apabila Baginda SAW memintanya untuk mendiamkan apa yang
Baginda SAW ceritakan kepadanya tetapi dia (Hafsah) telah
menceritakannya kepada Aisyah RA maka Nabi SAW menceraikannya
dengan satu talak. Oleh sebab itu, turunnya ayat ini. [Lihat: Tafsir al-
Qurthubi, 18:148]
Para ulama’ juga mengatakan antara sebab lain Rasulullah SAW
menceraikan Hafsah RA adalah untuk memberi pengajaran kepadanya.
 
Takhrij dan hukum kisah ini
Hadis berkaitan kisah ini diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dan al-Hakim
telah mensahihkan hadis Anas bin Malik RA. Selain itu, Abu Daud juga
telah meriwayatkan kisah ini di dalam al-Marasil daripada jalur
Qatadah. Dengan kesemua jalur kisah yang ada, jelas menunjukkan
bahawa kisah ini mempunyai asalnya, tidak seperti yang didakwa oleh
al-Qadhi ‘Iyadh bahawa kisah ini datang daripada jalur yang tidak sahih
sedangkan beliau terlepas pandang terhadap riwayat al-Nasa’ie maka
dengan riwayat tersebut sudah cukup untuk mengatakan bahawa kisah
ini mempunyai asalnya. [Lihat: al-Talkhis al-Habir, 3:446]
 
Tarjih
Setelah kami meneliti dan menekuni kisah ini, maka kami berpendapat
bahawa kisah ini mempunyai asalnya, berdasarkan hadis yang
terdapat di dalam sunan al-Nasa’ie. Walaupun begitu, ia perlulah
dilihat dengan kacamata yang benar agar segala syubhah yang
dilontarkan atau cuba dikaitkan terhadap Rasulullah SAW dapat ditolak.
Berikut adalah bukti bahawa syubhah yang cuba dikaitkan terhadap
Rasulullah SAW adalah tidak benar dan syubhah ini disebarkan bagi
menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah mengkhianati isteri-
isterinya:
 
 Mariah al-Qibtiyyah adalah hamba Rasulullah SAW dan tidak
menjadi kesalahan di dalam Islam seorang tuan menggauli
hambanya. Antara contoh lain Nabi Ibrahim AS juga mempunyai
seorang hamba iaitu Siti Hajar dan Nabi Ibrahim AS mempunyai
zuriat bersama dengannya. Untuk itu, Nabi SAW tidak melakukan
kesalahan dan jauh sekali untuk mengkhianati isterinya Hafsah
RA dan juga isteri-isteri Baginda SAW yang lain.
 Merujuk kepada kata-kata Hafsah RA: “Wahai Rasulullah SAW,
adakah engkau melakukan hal ini (menggauli Mariah) di rumahku
dan ketika giliranku?”. Kata-kata ini menunjukkan seolah-olah
Hafsah RA mengingkari perbuatan Rasulullah SAW dan tidak
meredhai apa yang Baginda SAW telah lakukan bersama Mariah.
Hal ini tidak benar sama sekali, Hafsah RA berkata sedemikian
kerana cemburu melihat perbuatan Rasulullah SAW bersama
Mariah bukannya mengingkari apa yang dilakukan oleh Baginda
SAW. Antara bukti yang mengatakan bahawa Hafsah RA tidak
mengingkari perbuatan Rasulullah SAW ialah apabila Hafsah
bertanya kepada Rasulullah SAW: “Mengapakah engkau
(Rasulullah SAW mengharamkan apa yang telah halal ke
atasmu?”. Ini jelas menunjukkan bahawa Hafsah mengetahui
bahawa Mariah adalah halal buat Baginda SAW.
 Nabi SAW telah mengharamkan Mariah ke atas dirinya adalah
untuk kebaikan isteri-isterinya dan ini menunjukkan sikap dan
akhlak yang baik ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
 Allah SWT telah menggunakan panggilan yang mulia
iaitu, “Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan
bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang
dihalalkan oleh Allah SWT bagimu”. Para ahli tafsir menyatakan
bahawa Allah SWT menggunakan panggilan “Wahai Nabi” adalah
untuk menunjukkan kemuliaan dan ketinggian darjat Rasulullah
SAW. Jika Allah SWT murka terhadap perbuatan Rasulullah SAW
yang dikatakan telah mengkhianati isterinya, nescaya Allah SWT
tidak akan menggunakan panggilan yang mulia seperti itu.
Berkaitan dengan sebab turunnya ayat di dalam surah al-Tahrim ini,
para ulama dan ahli tafsir telah berbeza pendapat. Terdapat dua sebab
yang masyhur:
 
 Pertama: Kisah Nabi SAW mengharamkan Mariah al-Qibtiyyah
sepertimana yang kami nyatakan di atas.
 
 Kedua: Kisah Nabi SAW mengharamkan madu ke atas dirinya
untuk kebaikan isteri-isterinya. Kisah ini ada disebut di dalam
hadis yang sahih, yang diriwayatakan oleh Imam al-Bukhari.
Aisyah RA berkata :
 
‫يت أن ا‬ ُ ‫ ويم ُك‬،‫ش‬
ُ َ‫ ف واط‬،‫ث ِعندَها‬ ٍ ‫ت جح‬
ِ ‫زينب بن‬
َ ‫كان رسو ُل هللاِ صلَّى هللاُ عليه وسلَّم يش َربُ عساًل ِعن َد‬
‫ ولك ني‬،‫ (ال‬:‫ ق ال‬،‫افير‬ ِ ‫ إني‬،‫ أكَلتَ َمغافي َر‬: ‫ أيَّتُنا د َخل عليها فلتقُلْ له‬: ‫وحفصةُ على‬
َ ‫أج ُد من ك ِري َح َمغ‬ َ
‫ ال تُخبِري بذلك أحدًا‬،‫فت‬
ُ َ‫ وقد حل‬،‫ فلن أعو َد له‬،‫ش‬
ٍ ‫ت جح‬
ِ ‫زينب بن‬
َ ‫كنت أش َربُ عساًل ِعن َد‬
ُ
Maksudnya: “Rasulullah SAW meminum madu di rumah Zainab binti
Jahsh RA (isteri Nabi SAW) dan Baginda SAW bermalam dirumahnya
(rumah Zainab). Lalu aku (Aisyah RA) dan Hafsah RA berpakat untuk
mengatakan sesiapa di antara kita yang bertemu dengan Rasulullah SAW
dahulu perlu berkata kepada Baginda SAW : Adakah engkau makan buah
Maghafir ? Sesungguhnya aku mendapati bau Maghafir daripada
engkau ?”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tidak, aku telah meminum
madu di tempat Zainab binti Jahsh, namun aku tidak akan kembali lagi
padanya. Aku telah bersumpah dan janganlah engkau menyampaikan hal
ini kepada seorang pun”.
[Riwayat al-Bukhari, kitab Tafsir al-Qur’an, bab Surah al-Tahrim
ayat 1, no. Hadis 4531]
Kami berpendapat bahawa sebab turunnya awal ayat di dalam surah al-
Tahrim adalah disebabkan kisah yang kedua ini dan ini juga adalah
pendapat Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya ketika menafsirkan ayat
pertama di dalam surah al-Tahrim ini. Kata Imam Ibn Kathir: “Kisah
yang pertama itu adalah gharib (ganjil) dan yang sahihnya adalah kisah
yang kedua iaitu Nabi SAW mengharamkan madu ke atasnya kerana ia
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam sahihnya”.[Lihat: Tafsir
Ibn Kathir, 8:182]
 
Penutup
Kesimpulannya, kita boleh menceritakan kisah ini tetapi kita perlu
berhati-hati dalam menyampaikannya agar tidak berlaku sebarang
syubhah terhadap Rasulullah SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT
menjadikan kita seorang muslim yang mempunyai sifat dan akhlak yang
terpuji sepertimana yang diajar dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Amin.
Wallahua`lam.

http://muftiwp.gov.my/ms/component/tags/tag/irsyad-al-hadith
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1520-irsyad-al-
hadith-siri-ke-35-kisah-mariah-al-qibtiyyah

Anda mungkin juga menyukai