Anda di halaman 1dari 51

1

1.0 PENGENALAN

Kewujudan aktiviti ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu sudah bermula sejak


awal lagi. Apabila membicarakan berkenaan sosio-ekonomi negeri-negeri di Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak, sudah pasti kita tidak akan lari untuk turut
membicarakan berkenaan kedatangan kolonial yang merubah landskap ekonomi di
Tanah Melayu secara keseluruhan. Ekonomi di negeri-negeri Tanah Melayu adalah
berbeza antara satu sama lain. Hal ini kerana, keadaan geografi yang berbeza, tanah
serta sumber ekonomi juga adalah berbeza. Perbezaan ini akhirnya akan
menentukan corak dan tahap pembangunan ekonomi di negeri-negeri di Tanah
Melayu. Tanah Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu Pantai Timur,
Pantai Barat, Selatan dan Utara. Sebelum kedatangan kolonial di Tanah Melayu,
ekonomi di yang dijalankan adalah lebih berbentuk sara diri atau untuk keperluan
seisi rumah sahaja serta tidak melibatkan perdagangan secara meluas. Hal ini telah
menyebabkan pengeluarannya adalah sangat sedikit. Ekonomi Tanah Melayu pada
ketika ini banyak dipelopori oleh orang Melayu yang tinggal menetap di kampung-
kampung. Oleh kerana jumlah masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan kampung
dan pendalaman adalah ramai, maka tidak hairan jika perkataan kampung itu sendiri
dilihat sinonim dengan masyarakat Melayu dan mempunyai unsur kemelayuan.1

Ekonomi di Tanah Melayu sebelum meluas kepada ekonomi berasaskan


tanah daratan seperti perlombongan dan perladangan, telah menyaksikan
kebergantungan masyarakat Tanah Melayu pada aktiviti yang bergantung kepada
kelautan yang melibatkan negeri-negeri seperti Melaka dan Kedah sehingga
membentuk peradaban orang Melayu yang unggul. Pada ketika ini, ekonomi yang
dijalankan lebih melihat kepada kebergantungan kepada laut dan sungai sebagai
sumber utama ekonomi, sebagai sumber makanan, sebagai pengakutan dan juga
untuk melakukan aktiviti seharian. Hal ini turut dijelaskan oleh Nordin Hussin dalam
bukunya Perdagangan dan Peradaban di Laut Melayu bahawa kehidupan
masyarakat Melayu amat terikat sekali dengan dunia maritim dan dunia kelautan. 2
Dunia kelautan sememangnya telah sebati dalam jiwa orang Melayu. Kegiatan
ekonomi yang bergantung pada perhubungan maritim ini dikatakan menyatukan
masyarakat berbilang bangsa, etnik, dan suku kaum yang telah menjadikan

1
Timothy P. Barnard, Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries, Singapore: NUS
Publishing, 2004, Hlm 135
2
Nordin Hussin, Perdagangan Dan Peradaban Di Laut Malayu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2011, Hlm 11
2

pelabuhan di Asia Tenggara, yang mengkhusus di Tanah Melayu sebagai tempat


tinggalnya sejak awal zaman moden.3 Oleh itu, perkembangan ekonomi berasaskan
lautan adalah telah bermula sejak kegemilangan empayar Melaka lagi dan hal ini
adalah disebabkan kedudukan geografi selat Melaka yang terletak di tengah-tengah
jalan perdagangan yang amat strategik di benua asia. 4 Pada ketika ini, Selat Melaka
amat memainkan peranannya sebagai tempat persinggahan kapal-kapal dagang
kerana merupakan tempat yang selamat untuk berhenti sementara menanti
perubahan tiupan angin ke timur dan barat. Pedagang-pedagang dari China, India,
Arab dan Jawa terlibat dalam aktiviti perdagangan di Melaka. Antara barangan yang
diperdagangkan termasuklah gula, sutera, perak, kain, candu, emas dan pelbagai
lagi.5 Pelabuhan Selat Melaka pada ketika ini tidak hanya dilihat menjadi tempat
persinggahan dan tempat berjual beli oleh pedagang dari luar negara, namun
pedagang dari pelabuhan kecil di semenanjung Tanah Melayu seperti Perak,
Selangor dan Johor juga turut berdagang6

Perdagangan yang pesat merupakan salah satu faktor yang membawa


kehadiran British dan Belanda di Semenanjung Tanah Melayu. Kehadiran kuasa ini
pada dasarnya adalah hanya untuk tujuan berdagang semata-mata. Namun,
desakan untuk campur tangan terhadap pentadbiran tempatan adalah memuncak
apabila telah berlaku pelbagai kekekacauan di kerajaan tempatan yang sudah mula
wujud pada ketika ini. Kedatangan kuasa-kuasa besar Eropah, terutamanya Portugis,
Sepanyol, Belanda dan Inggeris kerana telah mendatangkan kejutan yang negatif
sifatnya. Mereka datang dengan niat dan agenda yang tidak pernah diduga
pedagang dari Asia dan kerajaan Melayu di Nusantara.7 Kedatangan mereka telah
juga menyebabkan berlakunya perpecahan masyarakat dan kejatuhan kerajaan
Melayu itu sendiri. Selain itu, apa yang ingin ditekankan di dalam perbincangan ini
ialah perubahan serta perkembangan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu yang
turut terkesan dek kerana arus pemodenan yang dibawa oleh kuasa-kuasa besar ini.

3
Nordin Hussin, Perdagangan Dan Peradaban Di Laut Malayu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2011, Hlm 15
4
Nordin Hussin, Geografi dan Perdagangan: Kepentingan Selat Melaka Kepada Perdagangan Dunia,
Asia Dan Dunia Melayu, Bangi: Akademika, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008, Hlm 3
5
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung
Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial, International Journal of the
Malay World and Civilisation, 2015, Hlm 98
6
Nordin Hussin, Trade and Society In The Straits Of Melaka, Singapore: NUS Press, 2007, Hlm 107
7
Nordin Hussin, Pedagang Bugis dan Kuasa Eropah Di Selat Melaka 1500-1800, Bangi: Journal SARI,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008, Hlm 200
3

2.0 LATAR BELAKANG NEGERI-NEGERI DI PANTAI TIMUR

Negeri-negeri di Pantai Timur yang terdiri daripada Pahang, Kelantan dan


Terengganu dilihat turut memainkan peranan yang penting dalam menyumbang
kepada pembangunan ekonomi di Tanah Melayu. Walaupun tidak sehebat dan
standing dengan pencapaian ekonomi di negeri-negeri di Pantai Barat, namun
melalui kegiatan ekonomi ini telah mendatangkan suatu perubahan yang baik kepada
masyarakat di Pantai Timur. Pantai Timur adalah merupakan kawasan perairan yang
penting bagi kegiatan perkapalan sejak dari zaman awal perdagangan maritim di
Asia.8 Jika menyingkap pada sejarahnya, penggunaan laluan Maritim di Pantai Timur
Semenanjung Tanah Melayu menjadi bertambah penting ketika zaman keagungan
zaman maritim bermula abad ke-14 hingga ke-16. Perdagangan di Pantai Timur juga
tidak kurang hebatnya dan turut menjadi tempat persinggahan pedagang. Oleh
kerana, penggunaan kapal layar memakan masa yang panjang serta memerlukan
kapal-kapal singgah ini mendapat sumber bekalan dan air bersih di sekitar Pantai
Timur Semenanjung Tanah Melayu, hal ini telah menyebabkan Pulau Tioman
menjadi pelabuhan penting pada zaman ini.9

Pantai Timur Semenanjung Melayu juga adalah antara kawasan awal yang
menerima Islam. Ini dibuktikan dengan penemuan mata wang dinar di Kelantan
bertarikh 577 H (tahun 1181M) dan penemuan prasasti Terengganu bertarikh 702 H
(tahun 1303M) yang menjelaskan bahawa kawasan Pantai Timur telah menerima
Islam dan sudah mempraktikkan ajaran Islam.10 Ciri-ciri Pantai Timur yang sangat
hebat dari segi kelangsungan perdagangannya dan dari sudut keagamaannya telah
menggambarkan bahawa negeri-negeri di Pantai Timur telah mewarisi suatu
pencapaian yang membanggakan pada abad sebelumnya. Oleh itu, bagi
membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan negeri-negeri di Pantai Timur, adalah
wajar untuk diberi perincian terhadap latar belakang setiap negeri iaitu Kelantan,
Terengganu dan Pahang yang juga merupakan negeri-negeri yang akan diberi
penekanan dalam perbincangan mengenai sosio-ekonomi di Semenanjung Tanah
Melayu ini.

8
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung
Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial, International Journal of the
Malay World and Civilisation, 2015, Hlm 99
9
Sumber-sumber bertulis dan tinggalan seramik di pulau ini membuktikan bahawa pulau ini adalah
pelabuhan purba yang diminati oleh kapal-kapal yang terlibat dalam perdagangan maritim. Jumpaan
arkeologi juga selari dengan catatan penulisan Arab pada abad ke-9 dan 10 yang menyatakan pulau ini
membekalkan kayu, beras, sandal kayu, sarang burung dan kelapa kepada pedagang yang singgah.
10
Ibid, Hlm 100
4

2.1 KELANTAN

Kelantan adalah salah satu daripada negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang
terletak di Pantai Timur dengan keluasan 5,713 batu persegi atau 11.2 peratus
daripada keseluruhan kawasan Semenanjung yang berjumlah 50, 806 batu persegi.
Negeri Kelantan adalah bersempadan dengan Terengganu di sebelah utara dan
Pahang di sebelah selatan. Manakala disebelah baratnya ialah negeri Perak dan di
sebelah utaranya pula merupakan daerah Patani di Selatan Siam. Panjangnya dari
utara ke selatan adalah 115 batu dan ukuran lebarnya dari timur ke barat adalah 60
batu. Ibu negeri Kelantan adalah Kota Bharu, yang terletak kira-kira enam batu dari
muara Sungai Kelantan. Kawasan dataran Kelantan seperti Kota Bharu, Pasir Mas,
Pasir Puteh dan Tumpat merupakan tanah yang subur dan mempunyai kepadatan
penduduk yang tinggi serta menjadi kawasan kegiatan pertanian tetap seperti sawah
padi, kelapa, dan tanaman buah-buahan. Dari segi fizikal, Kelantan terbahagi kepada
tiga kawasan utama, iaitu pesisir pantai, kawasan ke arah pendalaman dan kawasan
yang jauh ke pendalaman.

Menurut sejarah negeri Kelantan, negeri itu mempunyai kawasan lembah


sungai yang luas serta subur terutamanya di sebelah Timur Sungai Kelantan dan
menjadi kawasan tumpuan penduduk. Dari aspek penempatan pula, telah
digambarkan oleh Kessler yang telah mendapati bahawa sebahagian besar
penduduk negeri Kelantan telah mendirikan petempatan di kiri dan kanan tebing
Sungai Kelantan dan anak-anak sungainya. Corak penempatan penduduk di
Kelantan adalah seperti negeri-negeri Melayu di pantai barat semenanjung iaitu
Johor, Perak dan Selangor. Semasa abad ke-19, Kelantan adalah sebuah negeri
yang makmur dan ramai penduduknya. Jumlah penduduknya dianggarkan antara
30,000 ke 50,000 orang termasuk beberapa ribu orang Cina. 11 Orang-orang Melayu
tinggal berkelompok di kampung-kampung sepanjang Sungai Kelantan dan anak-
anak sungai, sedangkan orang-orang Cina tertumpu di Pulai, Hulu Kelantan dan
Kampung Cina di Kota Bharu. Penempatan seperti ini wujud disebabkan peranan
yang dimainkan oleh sungai sebagai satu cara perhubungan yang terpenting sejak
zaman dahulu dan turut menjadi sumber penting untuk kegiatan pertanian dan
kegunaan harian. Masyarakat Kelantan lebih cenderung untuk tinggal di kawasan
berhampiran sungai kerana faktor tanahnya yang lebih subur serta harga barangan
yang lebih murah berbanding harga barangan di kawasan pendalaman. Sementara
11
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung
Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial, International Journal of the
Malay World and Civilisation, 2015, Hlm 101
5

itu, bahagian utara negeri Kelantan adalah kawasan berbukit-bukau yang


membentuk sempadan dengan Perak dan Gunung Tahan di sempadan Pahang.
Kebanyakkan gunung tersebut mempunyai ketinggian 6,000 kaki dan ianya
merupakan kawasan berkepadatan rendah. Manakala di Kelantan pula terdapatnya
Gunung Blimbing, Gunung Sitong, Gunung Kemiri dan Gunung Noring. 12 Keadaan
cuaca di Kelantan adalah lebih ringan dan hampir tiada perubahan. Cuaca di
Kelantan dipengaruhi oleh pantai-pantainya, dan di waktu pagi bayu darat akan
bertiup, manakala pada waktu malam bayu laut pula yang akan bertiup.13 Dari kadar
kekerapan hujan pula, negeri Kelantan akan menerima hujan yang banyak dan
tiupan angin yang kencang pada bulan Oktober, November dan Disember.

Dari segi politik dan pentadbiran, telah berlaku perubahan corak pentadbiran
di negeri Kelantan pada akhir abad ke-19. Wujud satu stuktur kuasa yang lebih jelas
berbanding pentadbiran yang bercorak tradisional semasa pemerintahan Sultan
Muhammad I. Terdapat pembahagian kuasa kepada pembesar-pembesar yang
kebanyakkannya terdiri daripada kerabat diraja untuk mengisi jawatan tertentu dalam
kerajaan. Sultan pula cuba mengukuhkan kedudukannya dengan mewujudkan satu
corak pemerintahan berasaskan sistem berpusat, dengan sultan berada di
puncaknya.14 Kelantan juga dibahagikan kepada unit politik yang lebih kecil dan
disebut daerah atau jajahan. Jajahan yang wujud pada ketika ini adalah Galas, Bukit
Merah, Lebir, Panchor, Kampung Laut dan Banggol. Namun begitu, sempadan
antara jajahan tidak ditetapkan secara jelas dan hanya ditentukan oleh lembah
sungai dan kaki bukit sahaja. Setiap jajahan akan dilantik pembesar-pembesar untuk
memegang jawatan tertentu dan diberi hak untuk menguasai sumber-sumber
ekonomi kepada kerabat diraja. Latar belakang Kelantan ini telah memberikan
gambaran awal mengenai negeri ini dari pelbagai sudut iaitu geografi, geologi,
keadaan cuaca, petempatan dan pentadbiran.

2.2 TERENGGANU
12
Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
Hlm 7
13
Ibid, Hlm 15
14
Rahmat Saripan, Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan, 1776-1842, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979, Hlm 10
6

Terengganu juga adalah merupakan salah sebuah negeri yang terletak di Pantai
Timur Semenanjung Tanah Melayu, bersebelahan dengan negeri Kelantan di
bahagian utaranya dan negeri Pahang di bahagian selatan. Terengganu di kelilingi
oleh laut-laut, dan mempunyai hamparan pokok kelapa yang banyak di sekitar
pantai.15 Keluasan negeri Terengganu 12, 955 kilometer persegi atau 1,295,512
hektar yang merupakan 4% daripada keluasan bumi Malaysia. Menjelang abad 20,
jumlah penduduk Terengganu adalah mencecah 1,017, 252 orang. Kedudukan
Terengganu yang berhadapan dengan Laut China Selatan telah menyebabkan
negeri ini sentiasa menghadapi angin monsun timur laut yang kencang. 16 Iklim di
Terengganu juga seperti di Kelantan yang menerima panas dan hujan sepanjang
tahun. Keadaan Terengganu yang dikelilingi oleh pantai dan laut telah menyebabkan
tiupan angin di Terengganu bercorak kepada bayu laut dan bayu darat. Negeri pantai
timur adalah kawasan kepada hujan dan akan mengalami beberapa tempoh hujan
lebat pada musim tengkujuh iaitu bermula Oktober, November dan Disember.

Dalam pelayaran dari Singapura ke Kelantan pada tahun 1838, Abdullah


Abdul Kadir Munsyi mencatatkan keadaan petempatan orang Melayu di Pantai Timur
yang tidak tersusun dan daif. Petempatan yang dimaksudkan itu termasuk Kuala
Dungun, Chukai, Paka, Kemasik, Kerteh dan Kijal. Corak kehidupan dan sistem
petempatan mereka tidak banyak berubah sehingga Semenanjung Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan. Majoriti penduduk di Terengganu adalah terdiri daripada
masyarakat Melayu dan kawasan pesisir pantai yang menganjur dari Chukai,
Kemaman, di selatan ke Dungun di utara adalah kawasan yang sudah lama didiami
orang Melayu. Mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan dan bertani pada zaman
penjajahan British, walaupun ada juga yang berniaga secara kecil-kecilan di pekan-
pekan berdekatan pada zaman sebelumnya. Hal ini dibuktikan dalam catatan
Abdullah Munsyi yang mengatakan bahawa sudah wujud pasar-pasar yang menjual
pelbagai jenis barangan, salah satunya ialah Pasar Kampung Laut. Barangan yang
dijual di pasar ini ialah sayur, ikan, limau penawar dan ulam-ulam.17

Dari segi pentadbiran, negeri Terengganu mempunyai enam daerah, iaitu


Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Besut, Dungun dan Kemaman.
Manakala Setiu muncul sebagai satu daerah berasingan mulai 1 Januari 1985.

15
Shahril Talib, The Trengganu Experience 1881-1941, New York: Oxford University Press, 1984, Hlm 1
16
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 29
17
Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1981, Hlm 25
7

Sebelum bermulanya campur tangan British secara rasmi, Terengganu merupakan


sebuah negeri yang bebas. Kesultanan Terengganu hanya muncul dalam awal abad
ke-18 di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin iaitu anak kepada Bendahara
Johor, Abdul Majid. Seperti juga Kesultanan Johor dan Pahang, daripada keturunan
Tun Habib Abdul Majid ini jugalah bermulanya salasilah keturunan Sultan
Terengganu sehingga ke hari ini.18 Pada abad seterusnya, pemerintahan Terengganu
adalah di bawah Baginda Omar (1839-76), Sultan Ahmad II (1876-81), Sultan Zainal
Abidin III (1881-1918) dan sehinggalah Sultan Zainal III memberikan takhtanya
kepada kedua anaknya iaitu Sultan Muhammad (1918-20) dan Sultan Sulaiman
(1920-42).19 Semasa berada di bawah penguasaan British, negeri Terengganu
merupakan salah satu daripada lima buah Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB) dan seperti kebanyakan NNMTB yang lain, majoriti penduduknya adalah
terdiri daripada orang Melayu.20

Kedatangan dan perkembangan Islam di Nusantara tidak dapat dipisahkan


daripada suasana dan pergolakan yang berlaku di Asia Barat telah memberi kesan
kepada perkembangan Islam di Nusantara. Oleh itu, negeri yang menerima
kedatangan islam yang terawal adalah Terengganu. Batu Bersurat bertarikh 1301
Masihi yang telah dijumpai dalam tahun 1902 di Kuala Berang oleh saudagar dan
pelombong bijih timah, Sayyid Husain bin Ghulam al-Bukhari telah membuktikan hal
ini. Catatan pada batu bersurat tersebut menunjukkan negeri Terengganu pernah
diperintah mengikut perundangan islam pada abad ke-14.21 Susulan penemuan batu
bersurat ini, ramai sejarawan enyimpulkan bahawa negeri Terengganu menerima
Islam lebih awal daripada Melaka. Sememangnya perkembangan yang berlaku pada
abad-abad seterusnya menyaksikan bahawa pengaruh Islam dalam kalangan orang
Melayu di Terengganu tidak pernah surut, malah semakin berkembang luas di bawah
usaha ulama-ulama dan giat memperkembang ajaran Islam ini. Oleh itu,
perbincangan ini jelas memperlihatkan latar belakang Terengganu dari pelbagai
sudut antaranya geografi, demografi, pemerintahan dan perkembangan Islam.

2.3 PAHANG

18
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 31
19
Shahril Talib, The Trengganu Experience 1881-1941, New York: Oxford University Press, 1984, Hlm 2
20
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 29
21
Ibid, Hlm 30
8

Pahang adalah salah satu negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Tanah
Melayu Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan
keluasannya yang mencecah 14, 000 batu persegi dengan kepanjangan pesisir
pantai mengala ke Laut China. Negeri Pahang adalah bersempadan pada sebelah
utara dengan negeri Terengganu dan Kelantan. Pada bahagian barat bersempadan
dengan Perak, Selangor dan Negeri Sembilan serta bersempadanan dengan Johor di
bahagian selatan.22 Pada bahagian utara dan barat, Pahang dikelilingi dengan
gunung-gunung. Pahang turut dihubungkan dengan sungai-sungai yang
bersebelahan dengan petempatan dan juga dihubungkan dengan laut. Salah satu
sungai yang penting di Pahang ialah Sungai Pahang yang menjadi nadi kehidupan
hampir seluruh penduduknya. Sungai Pahang adalah sungai yang terpanjang di
Tanah Melayu, telah menyumbangkan kepenting bagi negeri ini, bukan sahaja
sebagai laluan komunikasi, tetapi juga sebagai sumber ekonomi Pahang. Pahang
juga mempunyai kawasan tanah tinggi yang membentuk banjaran di sepanjang
semenanjung.

Pada zaman sebelum kedatangan British ke Pahang, negeri ini didominasi


oleh orang-orang Melayu. Di samping itu terdapat masyarakat orang asli yang
dikenali sebagai Semai dan Jakun yang mendiami kawasan pedalaman negeri ini.
Orang-orang Cina adalah orang asing yang paling awal mendiami negeri Pahang Hal
ini dapat dibuktikan melalui pelayaran Abdullah yang ada menyatakan bahawa telah
terdapat petempatan kampung Cina dan kampung Melayu pada ketika itu. 23 tetapi
jumlah mereka adalah kecil. Kebanyakan orang-orang Cina ini bekerja sebagai
pelombong emas di Raub dan juga sebagai peniaga di Pekan. Menurut catatan
pelayaran Abdullah ini, beliau telah mendapati bahawa Pahang adalah sebuah negeri
yang mempunyai tanah yang subur. Aktiviti ekonomi di Pahang adalah berasaskan
tanaman seperti nyiur dan pinang, sayuran seperti keladi, ubu dan keledek. Telah
wujud juga dagangan emas dan timah serta kain sutera di Pahang pada ketika itu. 24
Hal ini menggambarkan bahawa negeri Pahang pada ketika ini sudah mempunyai
aktiviti ekonomi, namun pada skala yang kecil sahaja.

Dari segi pentadbiran, Pahang dapat dibahagikan kepada sebelas daerah


Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis,

22
W. Linehan, A History of Pahang, Kuala Lumpur: The Malayan Branch of The Royal Asiatic Society,
1936, Hlm 1
23
Ibid, Hlm 115
24
Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1981, Hlm 10-13
9

Cameron Highland dan Bera. Pentadbiran di Pahang pada abad ke-18, dapat dilihat
setelah kemangkatan Sultan Mahmud, Bendahara Tun Abdul Jalil telah menjadi
sultan.25 Perlantikan Bendahara Tun Abdul Jalil ini, telah menandakan bahawa
pemerintahan Pahang pada ketika ini telah mengalami peralihan daripada
pemerintahan bersultan kepada pemerintahan bendahara. Namun, setelah
kedatangan kuasa British ternyata pemerintahan di Pahang turut menerima
perubahan yang dibawa oleh kuasa-kuasa besar ini. Tahun 1888 merupakan titik
tamatnya era sistem tradisional Pahang kerana pada tahun 1889, Pahang telah
ditadbir mengikut kaedah pentadbiran British. Sistem pentadbiran British telah
dibentuk di Pahang melalui penempatan Residen British yang pertama iaitu J.P.
Rodger dan beliau disokong oleh 15 orang pegawai-pegawai Eropah. Sultan dan
pembesar-pembesar tempatan telah dilantik di dalam Majlis Negeri dan diberikan
elaun tetap dan pihak British diberikan kuasa mengutip cukai serta mengadakan
pentadbiran awam di Pahang. Namun begitu, kedatang kuasa besar ini tidak hanya
mengubah Pahang dari sudut pentadbiran sahaja, namun dari segala aspek seperti
ekonomi dan sosialnya. Oleh itu, gambaran mengenai latar belakang Pahang telah
gariskan dari aspek geografi, demografi, dan pentadbiran.

3.0 KEGIATAN EKONOMI DI PANTAI TIMUR SEBELUM


KEDATANGAN KOLONIAL
25
W. Linehan, A History of Pahang, Kuala Lumpur: The Malayan Branch of The Royal Asiatic Society,
1936, Hlm 45
10

3.1 PERTANIAN

Perjalanan ekonomi di negeri-negeri pantai timur sememangnya telah terbahagi


kepada dua tahap yang paling jelas, iaitu sebelum kedatangan kuasa-kuasa besar
Eropah, dan selepas kedatangannya. Hal ini kerana, jika melihat kepada garis masa
di negeri-negeri pantai timur ini, sudah pastinya dapat disimpulkan bahawa
kedatangan kuasa-kuasa besar ini telah merubah keseluruhan konsep kemelayuan
dan tradisional yang sudah sekian lama dipraktikkan, sama ada dari sudut ekonomi,
politik mahupun sosial. Sebelum kedatangan British, negeri-negeri di semenanjung
Tanah Melayu khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah di bawah
pemerintahan sultan atau raja mereka yang tersendiri. Ekonomi masyarakat di pantai
timur pada masa ini adalah bersifat feudal dan mereka menjalankan ekonomi yang
berasaskan aktiviti pertanian. Pertanian pada masa kini hanya pada skala yang kecil
dan tidak begitu meluas. Semasa abad ke-19, ketika pemerintahan sultan dan raja
masih berkuasa, setiap kegiatan ekonomi akan dilaksanakan oleh golongan atasan
ini demi kepentingannya.

Sememangnya jelas bahawa perkembangan ekonomi negeri Kelantan


sebelum kedatangan British adalah dikuasai oleh raja dan golongan pembesar.
Tugas masyarakat atau rakyat Kelantan pada masa ini hanya menjalankan kegiatan
ekonomi untuk golongan atasan ini. Oleh itu, masyarakat Kelantan dilihat akan
menjalankan kegiatan ekonomi pertanian serta amalan pertanian seumur hidup. Dari
segi hasil ekonomi pertanian yang dijalankan, adalah seperti padi, pinang, kelapa
dan sayur-sayuran. Hasil pertanian yang diusahakan pada masa ini, ada diantaranya
akan dibawa ke pasar untuk dijual kepada penduduk setempat, atau kepada orang
luar yang akan singgah ke Kelantan. Hal ini turut dinyatakan oleh Abdullah Munsyi
dalam kisah pelayarannya, bahawa pasar di Kelantan terdapat pelbagai makanan
atau barang jualan seperti ulam-ulam, sayur, buah-buahan yang rata-ratanya adalah
merupakan hasil daripada kegiatan pertanian yang dijalankan.26 Abdullah Munsyi
juga menambah, berkenaan cara masyarakat Kelantan membawa hasil pertaniannya
ke pasar ialah setiap seorang akan membawa satu bakul yang berisi sayur atau ulam
untuk dijual di pasar.27 Seperti yang dapat disimpulkan, kegiatan pertanian
masyarakat Kelantan pada masa ini hanya mementingkan aspek yang berhubung
dengan sosiobudaya berbanding dengan kepentingan ekonomi itu sendiri.

26
Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1981, Hlm 49-50
27
Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1981, Hlm 51
11

Di Terengganu, kegiatan pertanian turut dijalankan, namun tidak seaktif dan


segiat di negeri Kelantan. Walaupun Terengganu turut mempunyai jumlah kepadatan
penduduk yang hampir sama banyak dengan negeri Kelantan, namun kegiatan
ekonomi yang berasaskan pertanian adalah tidak menyerlah di negeri Terengganu.
Hal ini kerana, masyarakat Terengganu lebih bergiat aktif dalam kegiatan
perdagangan dan kelautan yang sudah wujud sejak awal lagi. Sebelum kedatangan
British, negeri Terengganu secara relatifnya mempunyai lebih ramai penduduk
berbanding dengan negeri-negeri di pantai barat Tanah Melayu. 28 Kegiatan pertanian
yang dijalankan oleh masyarakat Terengganu adalah berskala kecil seperti sayur-
sayuran serta buah-buahan dan hasilnya akan digunakan untuk keperluan sendiri
atau dijual di pasar-pasar. Pasar yang beroperasi pada ketika ini ialah Pasar
Kampung Laut yang hanya dibuka pada waktu petang, dan menjual pelbagai jenis
sayuran, buah-buahan, daging kambing,daging lembu, itik dan ayam. Peniaga dan
penjual barangan di pasar ini kebanyakannya adalah terdiri daripada kaum wanita
berbanding kaum lelaki. Hal ini kerana, Abdullah Munsyi dalam catatan pelayarannya
di Terengganu turut mengatakan bahawa kaum wanita di negeri Terengganu adalah
sangat rajin bekerja berbanding kaum lelakinya yang hanya berkelakuan malas.29

Pada abad ke-19, kebanyakan masyarakat Melayu masih mencari mencari


rezeki dengan bercucuk tanam dan golongan petani ini tinggal di kawasan
pendalaman.30 Golongan petani pada ketika ini telah menjalani kehidupan yang sukar
disebabkan kedaifan hidup yang sangat tinggi. Kehidupan golongan petani pada
ketika ini adalah terikat kepada peraturan-peraturan yang dikenakan terhadap
mereka. Tanah adalah hak sultan dan mereka hanya diberikan hak untul bercucuk
tanam selain diwajibkan membayar cukai-cukai tertentu. Golongan petani juga terikat
dengan sistem kerah dan serah yang dilaksanakan oleh sultan dan raja pada ketika
ini di mana golongan bawahan ini perlu menyumbangkan tenaga kerja kepada
negara apabila diperlukan secara paksaan. Ramai dalam kalangan para petani terdiri
daripada mereka yang bekerja sebagai penanam padi. Tanaman ini pula
dilaksanakan sekadar kecil-kecilan dan sekadar cukup untuk menampung keperluan

28
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 48
29
Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1981, Hlm 30
30
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 62
12

diri dan keluarga. Keadaan ini telah menyebabkan satu per tiga keperluan beras
dalam negeri masih perlu diimport dari negara Siam dan Neger-Negeri Selat.31

Sebelum kedatangan British, kegiatan ekonomi di Pahang juga adalah


berbentuk skala kecil dan tidak begitu meluas. Pertanian juga adalah merupakan
salah satu aktiviti ekonomi yang turut dijalankan oleh masyarakat Pahang. Pahang
merupakan negeri yang paling terbesar di semenanjung Tanah Melayu dan sudah
pasti hal ini memberikan banyak kelebihan kepada penduduk di Pahang di samping
tanahnya yang subur. Walaupun begitu, masyarakat Melayu di Pahang hanya
sekadar menjalankan kegiatan pertanian pada skala kecil sahaja. Tanaman yang
diusahakan di Pahang adalah seperti tanaman nyiur dan pinang. Terdapat juga
tanaman lain seperti sayur-sayuran seperti keladi, ubi, keledek dan pisang. Kegiatan
pertanian yang dijalankan di Pahang berkemungkinan hanya sekadar cukup makan
dan tidak terikat dengan kepentingan ekonomi. Oleh itu, kebanyakan pekebun-
pekebun akan membawa hasil daripada pertanian mereka untuk ditukarkan dengan
tembakau dan garam.

Kedudukan negeri Pahang yang agak jauh di pendalaman, serta Sungai


Pahang pada bahagian hulunya bersambung dengan tanah Melaka telah menjadikan
perolehan sumber makanan dalam negeri adalah sukar. Hal ini turut dijelaskan oleh
Abdullah Munsyi dalam catatan pelayarannya ke Kelantan yang turut singgah ke
negeri Pahang. Beliau menjelaskan bahawa barangan makanan di Pahang adalah
sangat mahal dan sukar diperoleh bagi mereka yang datang untuk berdagang. 32 Hal
ini kerana, ketiadaan pasar atau kedai-kedai negeri ini telah menyukarkan proses
penyaluran sumber makanan kepada orang luar melalui aktiviti berjual beli.
Tambahan pula, penduduk Pahang sendiri menggunakan hasil pertanian mereka
hanya untuk keperluan diri mereka sendiri dan bukan untuk dijual di pasar-pasar
seperti yang berlaku di negeri Terengganu dan Kelantan.

3.2 PERIKANAN

31
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 62
32
Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1981, Hlm 7-13
13

Kelautan adalah merujuk kepada kegiatan ekonomi yang berasaskan laut dan
sumber oleh laut. Oleh itu, sejak zaman awal, laut dikatakan penting sebagai sumber
kegiatan harian masyarakat setempat, selain menjadi sumber komunikasi dan
sumber ekonomi yang penting. Populasi utama penduduk semasa zaman pra-
kolonial Semenanjung Tanah Melayu khusunya di Kelantan, Terengganu dan
Pahang yang terdiri daripada masyarakat Melayu telah tinggal menetap di sekitar
kawasan pedalaman. Oleh kerana kelompok mereka yang lebih besar, mereka turut
menetap di kawasan yang berhampiran dengan laut atau di pinggir sungai. 33
Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu adalah bersifat jenis sara hidup
yang mudah, yang bukan hanya berasaskan pertanian, tetapi juga kegiatan ekonomi
seperti perikanan. Aktiviti perikanan yang dijalankan di negeri-negeri pantai timur
semasa zaman sebelum kolonial ini hanya pada skala kecil dan tidak melibatkan
aktiviti ekonomi perdagangan secara meluas dan menguntungkan.

Di semenanjung Tanah Melayu khusunya Kelantan, penangkapan ikan


dilakukan untuk tujuan sara diri bagi memenuhi keperluan diri dan ahli keluarga.
Sekiranya terdapat lebihan hasil tangkapan ikan maka aktiviti pertukaran barangan
akan dilakukan dengan penduduk yang menghasilkan barangan jenis lain seperti
beras.34 Sistem pertukaran ini sering berlaku kepada masyarakat kampung-kampung
yang mengusahakan padi di kawasan pedalaman. Selain ikan, hasil laut yang turut
diperoleh adalah mutiara dan agar-agar, serta hasil ini akan dibuat perhiasan di
rumah atau ditukarkan kepada makanan. Keadaan geografi di negeri Kelantan amat
membantu masyarakat Melayu Kelantan yang terdiri daripada nelayan untuk
mendapatkan sumber ekonomi daripada laut atau sungai. Hal ini turut dibuktikan oleh
kenyataan Abdullah Munsyi dalam pelayarannya ke Kelantan yang menjelaskan
bahawa sungai Kelantan adalah sangat besar sehingga dua kali ganda daripada
sungai di Pahang dan Terengganu. Sungai Kelantan kaya dengan ikan dan udang
galah, antara ikan tersebut ialah ikan patin, toman, tapa, aruan, puyu dan belanak. 35
Hasil tangkapan ikan ini turut dijual di pasar-pasar bagi mendapatkan pendapatan
tambahan.

Negeri Terengganu ekonomi berteraskan kelautan juga turut dipelopori oleh


golongan nelayan yang tinggal di pesisir pantai. Para nelayan akan menangkap ikan
33
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung
Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial, International Journal of the
Malay World and Civilisation, 2015, Hlm 107
34
Ibid, Hlm 96
35
Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1981, Hlm 35
14

untuk keperluan diri sendiri dan keluarga dengan menggunakan perahu. Oleh itu,
tidak hairanlah, jika pendapatan nelayan hanya sedikit iaitu sekitar lapan ringgit
sebulan.36 Walaupun begitu, sumber ekonomi melalui perikanan masih belum
berkembang dengan pesatnya pada waktu ini. Tidak dinafikan, sifat orang lelaki
Melayu yang malas juga menjadi punca kemiskinan dan kedaifan yang melanda
negeri ini. Pandangan ini turut dinyatakan oleh Abdullah Munsyi dalam siri
pelayarannya bahawa kaum lelaki Terengganu adalah malas dan hanya tahu
membawa senjata ke sana sini. 37 Hal ini sudah membuktikan bahawa kemiskinan di
negeri Terengganu dan kekurangan pembangunan ekonominya adalah disebabkan
sifat masyarakatnya sendiri.

Di Pahang, kegiatan perikanan tepi pantai bukanlah merupakan kegiatan


penting bagi orang-orang Melayu Pahang. Hal ini adalah kerana, penempatan atau
kampung-kampung nelayan tepi pantai di negeri ini adalah kecil bilangannya
sebelum kedatangan British. Perkembangan selepas itu adalah dikaitkan dengan
keadaan kegiatan perikanan di Pantai Timur yang telah menggalakkan kedatangan
nelayan dari Kelantan dan Terengganu. Bagaimanapun kegiatan perikanan di
Pahang tidaklah memberi pendapatan lumayan kepada nelayan di negeri ini, ini
kerana masyarakat Pahang memberikan penumpuan terhadap kegiatan ekonomi lain
yang lebih menguntungkan. Tidak dinafikan, faktor cuaca juga memainkan peranan,
kerana Pahang menerima musim monsun Timur Laut. Angin yang kuat akan
menyukarkan kegiatan perahu-perahu kecil, sekaligus menjadi mustahil untuk dibina
kelong seperti di pantai barat. Masyarakat Melayu Pahang lebih menumpukan
perhatian mereka kepada bidang pekerjaan yang lain terutamanya penghasilan
sumber hutan dan pertanian secara kecil-kecilan.

3.3 PENTERNAKAN

36
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 62
37
Ibid, Hlm 64
15

Aktiviti penternakan juga adalah merupakan salah satu kegiatan ekonomi bagi
masyarakat pantai timur semenanjung Tanah Melayu. Aktiviti ini adalah merupakan
aktiviti sampingan selain daripada bersawah padi dan menangkap ikan. Haiwan
ternakan ini adalah untuk keperluan pertanian ataupun untuk dijual. Di Kelantan,
menurut Graham W.A, dalam bukunya yang berjudul Kelantan: A State of The Malay
Peninsula, menyatakan bahawa sudah ada aktiviti penternakan di Kelantan pada
waktu itu. Antara haiwan yang diternak adalah kerbau, lembu, kambing biri-biri,
kambing, ayam, gajah, dan babi.38 Kesemua haiwan ini diternak mengikut keperluan
yang tertentu. Seperti kerbau, diternak adalah untuk memudahkan aktiviti pertanian,
kerana kerbau akan digunakan untuk membajak. Haiwan ternakan lembu pula akan
dijual, digunakan untuk membajak, atau disembelih untuk dijual dagingnya. Lembu
juga turut disembelih pada akhir bulan Ramadhan untuk diberikan daging-dagingnya
kepada masyarakat Islam di Kelantan, bagi meraikan kemenangan selepas selesai
menjalankan ibadah puasa.39 Haiwan seperti gajah pula berfungsi sebagai pengakut
barang-barangan berat, babi pula adalah kepunyaan masyarakat cina, manakala
haiwan seperi kambing, ayam diternak untuk dijual di pasar-pasar.

Di Terengganu dan Pahang, turut memperlihatkan aktiviti penternakan yang


hampir sama dengan negeri Kelantan. Aktiviti penternakan lembu, kambing, kambing
biri-biri, itik, ayam juga turut terdapat di negeri Terengganu. Hal ini dibuktikan oleh
Abdullah Munsyi sendiri, dalam kisah pelayarannya ke negeri Terengganu telah
mendapati bahawa telah terdapat aktiviti menternak haiwan yang dijalankan oleh
masyarakat Terengganu. Ini kerana, daging-daging lembu, itik, ayam dan sebagainya
ini ada dijual di pasar-pasar. Daging-daging ini dijual dengan harga yang sangat
murah dan berpatutan kerana kebanyakan penduduk kampung tidak gemar
memakan daging-daging atau ayam, sebaliknya mereka lebih gemar akan tempoyak,
pekasam, petai dan jering.40 Hal ini telah menunjukkan bahawa masyarakat pantai
timur pada zaman sudah mula melakukan aktiviti sampingan dan tidak hanya terikat
dengan kegiatan pertanian dan perikanan semata-mata.

3.4 PENGUMPULAN HASIL HUTAN

38
Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
Hlm 83-84
39
Ibid, Hlm 85
40
Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1981, Hlm 25
16

Pengumpulan hasil hutan juga adalah merupakan salah satu kegiatan ekonomi
sampingan yang dapat membantu masyarakat di pantai timur bagi mendapatkan
sumber kewangan tambahan. Oleh kerana semenanjung Tanah Melayu dikelilingi
hutan-hutan yang tebal, seluas 3, 000 batu persegi.41 dan ianya bukan suatu yang
mustahil bagi masyarakat di pantai timur untuk melakukan hal ini. Di Kelantan,
terdapat banyak kayu-kayan yang terdapat di hutan Kelantan. Antaranya ialah
cengal, tembusu, merbau, giam, meranti, kulim, balau, kelat. Kesemua kayu-kayan
ini diperolehi sama ada di kawasan bukit bukau atau di kawasan-kawasan yang
rendah. Kayu yang paling penting dan berharga ialah kayu cengal. Hal ini kerana,
kayu cengal bersifat keras, berat, mudah dikendalikan disamping tahan oleh
serangga perosak seperti anai-anai. Terdapat tiga jenis kayu cengal yang ada di
Kelantan, iaitu cengal batu, cengal resak batu dan cengal pasir. Namun begitu,
kekayaan hutan-hutan di Kelantan tidak banyak lagi diusahakan. Kayu cengal hanya
diimport dari Pahang dan kayu-kayu yang lebih murah dari Singapura.

Negeri Terengganu juga merupakan salah satu negeri yang kaya dengan
hasil hutannya. Oleh itu, negeri Terengganu turut tidak ketinggalan dalam
menjadikan pengumpulan hasil hutan sebagai sumber ekonomi sampingan. Oleh
kerana, negeri Terengganu adalah negeri yang bergiat aktif dalam pembuatan
perahu-perahu nelayan, sudah pastinya memerlukan sumber kayu-kayan yang
banyak dan seterusnya pengumpulan hasil hutan ini menjadi suatu yang penting bagi
masyarakat Terengganu bagi meneruskan kelangsungan aktiviti pembuatan. Tidak
ketinggalan, negeri Pahang yang merupakan negeri terbesar di semenanjung Tanah
Melayu turut dilihat mempunyai sumber hutan yang banyak. Hasil hutan yang di
perolehi ini akan dijual atau didagangkan kepada orang luar yang memerlukannya.
Kayu-kayan yang terdapat di Pahang adalah seperti kayu kemuning, damar dan
rotan. Kayu seperti damar adalah digunakan untuk membuat bot atau kapal. Dapat
disimpulkan bahawa walaupun negeri-negeri di pantai timur yang dikelilingi oleh
hutan yang tebal, namun masih terdapat kelompongan di sana sini, di mana masih
terdapat sumber kayu-kayan yang tidak dibangunkan secara meluas dan hal ini
adalah seperti suatu pembaziran kepada sumber hutan yang semula jadi.

3.5 PERLOMBONGAN

41
Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
Hlm 95
17

Sejak awal lagi, kegiatan perlombongan sudah dijalankan di negeri Pantai Timur
yang mempunyai sumber perlombongan, iaitu Terengganu dan Kelantan. Walaupun
pada skala yang kecil dan kurang meluas, hasil perlombongan seperti bijih timah ini
akan didagangkan. Sebelum kedatangan British di Kelantan, kegiatan perlombongan
sudah giat dijalankan. Perlombongan emas sudah dijalankan di Kelantan pada suatu
tempoh yang lama dan hal ini telah dibuktikan dengan peninggalan kesan kerja
perlombongan emas ini di beberapa kawasan di Kelantan. 42 Kegiatan ekonomi ini,
dapat kita lihat bahawa ianya dikendalikan oleh orang-orang Cina yang mempunyai
kemahiran dan penghasilannya di adalah dalam jumlah yang besar. Hal ini sudah
menunjukkan bahawa kegiatan yang dilakukan oleh orang Cina ini berterusan
sehingga ke zaman kolonial yang melibatkan beberapa daerah di Kelantan, dan
salah satunya ialah Pulai. Kelantan melalui sejarahnya, pernah menjadi negeri
pengeksport emas utama di Semenanjung Tanah Melayu.

Bijih timah juga adalah merupakan satu eksport Kelantan yang penting.
Kegiatan bijih timah ini pernah di usahakan oleh Sultan Ahmad untuk
memperkembangkannya apabila beliau mendapati kegiatan ini semakin pesat di
negeri-negeri lain. Oleh itu, beliau mengupah pelombong Cina yang mahir untuk
mengerjakannya. Walaupun terdapat beberapa tempat di Kelantan yang mampu
dibangunkan, perlombongan bijih timahnya namun hal ini terbatas disebabkan
ketiadaan kemudahan seperti pengangkutan. Pelombong Cina mahir juga bimbang
akan keselamatan harata dan diri mereka, serta kerakusan golongan bangsawan
pada ketika itu telah memberikan pandangan kepada mereka bahawa kegiatan bijih
timah sememangnya adalah tidak berbaloi dijalankan pada ketika itu.43 Walaupun
kegiatan perlombongan bijih timah masih tidak membangun dengan pesat, zaman
selepas kolonial telah menyaksikan bahawa terdapat perubahan ke atas kegiatan
ekonomi ini.

Di Terengganu, pada awal abad ke-18, antara sumber ekonomi yang penting
pada masa ini ialah emas. Komoditi ini telah dikendalikan oleh orang-orang Cina.

42
Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
Hlm 102
43
Ibid, Hlm 105-106
18

Perlombongan bijih timah di Terengganu telah menurun pada abad ke-18 dan
menyebabkan hasil pengeluarannya hanya 1,200 pikul setahun yang mana
datangnya daripada dua daerah di Terengganu iaitu Dungun dan Kemaman. 44
Kemaman yang merupakan daerah yang mempunyai bijih timah telah dibuka pada
awal abad ke-19, dan penyediaan awal pembukaan ini adalah untuk memberikan
keuntungan kepada pemerintah. Pada tahun 1830an pengeluaran hasil bijih timah
telah meningkat di negeri Terengganu dengan pengeluaran sebanyak 7,000 pikul
setahun, dan sekaligus telah mendahului pengeluaran bijih timah di kawasan pantai
timur serta menyaingi pengeluaran bijih timah di pantai barat seperti Perak dan
Sungai Ujong.45 Pada ketika ini berada pada tahap yang memuaskan, apabila
berjaya menyaingi negeri-negeri di pantai barat yang lainnya. Negeri Pahang juga
turut tidak ketinggalan dalam memperlihatkan aktiviti perlombongan bijih timah dan
emasnya. Terdapat kawasan yang dikatakan mempunyai sumber perlombongan iaitu
lombong emas yang terkenal pada satu ketika dahulu iaitu di Raub, Pahang. dan
logam emas itu boleh dilombong melalui teknik tradisional.

3.6 PERTUKANGAN DAN PEMBUATAN

44
Shahril Talib, The Trengganu Experience 1881-1941, New York: Oxford University Press, 1984, Hlm
48-49
45
Ibid Hlm 49
19

Negeri-negeri di pantai timur semenanjung Tanah Melayu juga memperlihatkan akan


masyarakatnya yang turut bergiat aktif dalam kegaiatan pertukangan dan
pembuatan. Aktiviti pertukangan dan pembuatan ini kebanyakannya dilakukan oleh
masyarakat Melayu yang tinggal di pendalaman dan mereka adalah terdiri daripada
mereka yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang pembuatan. Kegiatan ini
juga dilihat dilakukan di negeri-negeri di pantai timur terutamanya Kelantan dan
Terengganu. Kemahiran mereka ini sama ada diturunkan melalui generasi kepada
satu generasi yang lain atau dipelajari. Di Kelantan, walaupun wujud perkambangan
ekonomi tetapi kegiatan ekonomi Melayu Kelantan masih terdapat beberapa individu
di sesebuah kampung yang menjalankan kerja-kerja pertukangan seperti menenun,
membuat pisau, dan parang, menganyam tikar mengkuang, dan membuat barang-
barang perhiasan daripada emas dan perak. Di perkampungan nelayan pula,
terdapat individu yang berkemahiran turut menjalankan kerja membuat perahu dan
pukat. Manakala di Kelantan pula masyarakat Melayu terkenal dengan pengeluaran
kain sarung, logam, ukiran kayu dan periuk belanga yang diperbuat daripada tanah.

Di Terengganu pula, galakan daripada Sultan Omar kepada tukang-tukang


mahir dari negeri-negeri lain untuk menetap di Terengganu bagi mengajar dan
memperbaiki hasil pertukangan rakyat negerinya telah menjadikan negeri
Terengganu antara salah satu negeri yang berkembang dengan kegiatan pembuatan
dan pertukangannya. Di Terengganu, taraf hidup yang dimiliki oleh golongan artisan
dan pekerja mahir ini adalah lebih baik berbanding dengan petani dan nelayan.
Selain itu, orang Melayu Terengganu terkenal dengan kemahiran membuat perahu
layar tradisonal yang digunakan untuk pelayaran menangkap ikan. Perusahaan
membuat perahu telah dijalankan oleh tukang-tukang mahir yang tinggal di kampung
Losong. Bagi golongan wanita di Terengganu, mereka berkemahiran untuk menenun
songket yang juga mewujudkan perusahaan secara kecil-kecilan dan akhirnya dijual
ke negeri-negeri Melayu lain di Tanah Melayu dan juga di Siam.46

46
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 63
20

3.7 PERDAGANGAN

Sejak zaman awal lagi masyarakat semenanjung Tanah Melayu sudah terdedah
dengan aktiviti perdagangan. Bermula dari kegemilangannya, sehingga kepada
zaman kejatuhannyan, menyaksikan bahawa aktiviti perdagangan di semenanjung
Tanah Melayu sudah lama wujud. Hal ini kerana, kecekapan masyarakat Melayu
pada ketika itu yang mampu untuk bergantung kepada laut sebagai sumber ekonomi
dan sumber komunikasi mereka dengan baik. Namun, apabila mengkhusus kepada
negeri-negeri di pantai timur, sudah pastinya dapat kita lihat, bahawa aktiviti
perdagangannya adalah berbeza dengan negeri-negeri lain terutama di sebelah
pantai barat. Pada tahun 1838, sebelum kedatangan kuasa besar British ke Tanah
Melayu, negeri Kelantan juga menjalankan kegiatan perdagangan. Perdagangan
yang dijalankan adalah secara kecil-kecilan, dan dilakukan di pasar-pasar di negeri
Kelantan. Hasil ekonomi yang diperolehi telah dijual bagi mendapatkan keuntungan.
Jualan barangan seperti ulam, sayur, daging, buah-buahan dan sebagainya telah
dilakukan oleh masyarakat Melayu di pasar-pasar pada ketika itu, sudah melihatkan
usaha mereka untuk bergiat dengan perdagangan pada peringkat awal.47

Sewaktu Kelantan di bawah pemerintahan Sultan Muhammad II, di samping


baginda menyatukan penyatuan negeri Kelantan, tindakan untuk mengukuhkan
kuasa dengan mewujudkan sistem pentadbiran pusat di Kota Bharu juga turut
dilakukan. Pengukuhan kuasa ini merupakan kesan daripada kemunculan pengaruh
ekonomi baru sejak pembukaan Singapura sebagai pusat perdagangan
antarabangsa. Pada ketika ini, perdagangan antara Singapura dengan negeri-negeri
di Tanah Melayu termasuk Kelantan telah berkembang pesat. 48 Situasi ini telah
menunjukkan pada pertengahan abad ke-19 iaitu, pada masa pemerintahan Sultan
Muhammad II, Kelantan sudah pun terdedah kepada bentuk ekonomi kapitalisme.
Hasil perkembangan perdagangan antara Kelantan dengan dunia luar, iaitu melalui
Singapura, barang-barang seperti tenunan, pisau dan parang, tikar mengkuang,
barang-barang perhiasan seperti emas dan perak, serta budu dan ikan kering telah
mula dipasarkan.

47
Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1981, Hlm 35-64
48
Wong Lin Keng, The Malayan Tin Industry To 1914, University of Ariziona Press, 1965, Hlm 11
21

Menjelang tahun 1830, negeri Terengganu juga turut mempunyai kegiatan


perdagangannya. Sejak dari awal, Terengganu sudah pun terkenal kerana hubungan
dagangnya dengan China. Masyarakat Cina yang besar di Terengganu mempunyai
seorang Kapitan Cinanya sendiri. Menurut Abdullah Munsyi, yang melawat
Terengganu pada tahun 1836, Kapitan Cina tersebut fasih berbahasa Melayu dan
memakai pakaian Melayu dan merupakan ndividu yang terkaya di Kuala Terengganu
pada ketika itu. Beliau ialah Ah Cheng Koh dan kemudiannya beliau telah memeluk
agama Islam dan memakai nama Salleh. 49 Negeri Terengganu pada abad ke-18,
sudah terkenal sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting menerusi
pelabuhannya di Kuala Terengganu. Eksport utama Terengganu pada kurun ke-18
ialah lada hitam. BIjih, rempah dan hasil hutan pula merupakan barangan yang
dieksport semula. Pertengahan abad ke-18 ini pula, telah menyaksikan bahawa
negeri Terengganu telah muncul sebagai negeri pengeluar lada hitam yang penting
untuk saudagar Inggeris.50

Pelabuhan Kuala Terengganu pada ketika itu, adalah merupakan pusat


perdagangan yang penting kepada Teluk Siam, Cochin Chinam Kemboja, Borneo
dan pulau-pulau di Timur. Entrepot ini sering dikunjungi pedagang Cina, Inggeris,
Bugis dan Portugis. Kedai-kedai di Kuala Terengganu dipenuhi barangan dari luar
negeri seperti barangan buatan Eropah, China dan India di samping barang-barang
buatan tempatan.51 Satu lawatan yang telah dijalankan oleh Kapten Joseph ke
Terengganu pada tahun 1764 telah menyifatkan bahawa kegiatan perdagangan di
negeri tersebut bukan sahaja setanding, bahkan lebih baik daripada Choromandell
atau Malabar. Namun begitu, kejatuhan serta kemerosotan pelabuhan lada hitam di
Terengganu telah bermula sejak abad ke-19. Kemudiannya disebabkan kemerosotan
ini, kerajaan Terengganu telah menukarkan asas pengeluaran ekonominya kepada
penanaman kopi, tebu, dan bijih timah bagi memenuhi pasaran import eksport di
pelabuhan Inggeris yang baru didirikan di Singapura. Pada pertengahan kurun ke-19,
Terengganu yang berada di kemuncak kejayaannya telah memperoleh reputasinya
sebagai pusat perdagangan, pembiakan bot, pusat tenunan dan kerja besi. Di
samping, suasana pernigaan pasar-pasar di Terengganu juga turut
memberangsangkan. Hal ini dengan jelas menggambarkan bahawa sejak abad ke-
18, negeri Terengganu telah berada di suatu titik ekonomi yang sangat baik.

49
Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1981, Hlm 24-30
50
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 59
51
Ibid, Hlm 60
22

Pahang, sebuah negeri di pantai timur yang turut tidak terkecuali dengan
kegiatan perdagangannya. Di Pantai Timur pula, kerajaan Siam menempatkan
pegawai-pegawainya di kuala Sungai Pahang untuk mengawal dagangan yang terdiri
daripada hasil-hasil hutan dan bijih timah. Oleh itu, pada ketika ini, Pahang telah
memperlihatkan bahawa sudah wujud ekonomi perdagangan yang melibatkan
kegaiatan yang melibatkan perdagangan luar di Pahang. Hal ini turut digambarkan
oleh Abdullah Munsyi yang melawat Pahang turut mengatakan bahawa Pahang
sudah mempunyai perkembangan aktiviti perdagangannya tersendiri sejak sebelum
kedatangan British lagi. Oleh itu, sudah wujud dagangan keluar Pahang iaitu emas
dan bijih timah, tenunan kain sutera dan hasil hutan seperti kayu kemuning, damar
dan rotan.52 Terdapat juga dagangan seperti apiun, sutera. garam, beras, dan kain-
kain Eropah yang turut didagangkan di Pahang sejak sebelum kedatangan British
lagi. Pada ketika ini, Pahang yang sudah mempunyai lubuk emasnya yang dipanggil
Jelai. Namun, kegiatan ini tidak diusahakan kerana ketiadaan teknologi dan
infrastuktur kerana kawasan itu terletak di pendalaman. Namun, Jelai ialah tempat di
mana orang-orang akan berniaga dan ini diusahakan oleh Jakun yang kebayakan
ada di Hulu Pahang. Jakun akan mengeluarkan dagangan di hutan dan juga
menggali emas bersama-sama orang Melayu.53

4.0 PERKEMBANGAN EKONOMI SELEPAS KOLONIAL


4.1 PERTANIAN

52
Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1981, Hlm 12-13
53
Ibid, Hlm 14
23

Kemasukan serta campur tangan kuasa-kuasa besat British ke Tanah Melayu pada
penghujung abad ke-19, telah menyaksikan suatu perubahan yang ketara bukan
sahaja dari segi politinya, tetapi dari aspek ekonomi juga. Setelah British berjaya
melantik serta menghantar penasihat dan penolong penasihat di Kelantan pada
pertengahan tahun 1908, telah banyak perubahan yang dibawa dalam pentadbiran.
Namun, pada tahun sebelumnya, Kelantan telah di kuasai oleh kegiatan Syarikat
Pembangunan Duff. Graham yang tiba di Kelantan pada 1903, telah diberikan
konsensi oleh Sultan Kelantan, iaitu melibatkan dua kawasan.54 Negeri Kelantan, di
bawah pentadbiran kolonial terdapat beberapa pentadbiran yang dilaksanakan yang
membawa perkembangan ekonomi terutamanya, dari segi pemegangan tanah.
Sebelum Peraturan Tanah Baru 191555 diperkenalkan di Kelantan.

Namun, melihat kepada perubahan yang dilakukan oleh pihak British dalam
sektor pertanian, ianya telah banyak dilakukan oleh Syarikat Pembangunan Duff.
Pada tahun 1906, Syarikat Duff ini mula untuk mengiklankan konsensi mereka untuk
tujuan pertanian dan pihak kerajaan British juga akan turut menentukan jenis
tanaman yang sesuai di bangunkan di Kelantan. Rundingan secara aktif yang
dijalankan dan estet yang terdiri daripada 21,700 ekar tanah telah dibuka dengan
tanaman getah dan kelapa.56 Selain itu, tanaman lain seperti lada hitam, gambir dan
tembakau juga turut dijalankan di Kelantan. Kelapa adalah merupakan tanaman
kedua terpenting di Kelantan selepas padi. Setiap kampung akan dikelilingi dengan
pokok kelapa dan jumlah pokok kelapa ini telah mencecah sebanyak 500,000 dan
semakin bertambah setiap tahun bilangannya. Tanaman seperti Pinang juga banyak
ditanam dan menjadi eksport di Kelantan, namun tidak sebanyak tanaman seperti
kelapa. Tanaman lain yang turut ditanam dengan pesatnya semasa abad ini ialah ubi
kayu, tebu, gambir, lada hitam serta buah-buahan. Kelantan turut mengalami
perkembangan ekonomi dalam bidang pertaniannya sejak kehadiran British.

Selepas kedatangan kolonial, negeri Terengganu juga turut menerima


pelbagai perubahan, dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Kegiatan

54
Kawasan yang pertama, kawasan di sebelah utara sempadannya adalah dari Kuala Kusial mengikut
sungai ke ulu hingga sempadan Legeh dan di selatan sempadannya adalah dari Kuala Stong mengikut
sungai hingga ke ulu dan perbatasan Perak-Kelantan dan Legeh.
55
Setelah pengambil alihan pentadbiran oleh British, sistem pungutan cukai tanah yang baru
diperkenalkan di mana petani harus membayar cukai ke atas setiap tanah sama ada ianya dikerjakan
atau tidak. Hal ini sememangnya adalah suatu perkara yang sangat membebankan masyarakat Melayu
Kelantan pada ketika ini. Beban ini ama dirasakan pada tahun 1915 apabila hasil tanaman tidak begitu
menjadi sedangkan mereka dibebani dengan cukai tanah dan hasil.
56
Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
Hlm 81-82
24

penanaman padi dilihat semakin penting di Terengganu, pada abad ke-20.


Kekurangan sumber yang ada di Terengganu telah menyebabkan masyarakat di
negeri ini tetap terus bergiat dengan aktivit pertanian.57 Terdapat dua jenis padi yang
ditanam, iaitu padi sawah dan padi kering58 Padi sawah kebanyakannya telah
ditanam di Kuala Terengganu dan Besut, dan padi kering pula ditanam di Ulu
Terengganu dan Kuala Terengganu. Pada tahun 1938, jumlah keluasan tanah yang
ditanam dengan padi sawah ialah sebanyak 32,310 ekar. Di daerah Kuala
Terengganu sahaja padi sawah ditanam di kawasan seluas 20,400 ekar, diikuti
dengan Besut pada keluasan 8,140 ekar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
pertanian di Terengganu masih diteruskan sejak kedatangan British dan menjadi
sumber ekonomi yang utama masyarakat di Terengganu.

Pada abad ke-20. kegiatan penanaman padi masih lagi diteruskan. Meskipun
begitu, hasil padi yang dikeluarkan hanya mencukupi keperluan satu perlima
penduduknya dan masih perlu diimport di luar negeri. Walaupun keluasan kawasan
penanaman padi bertambah, namun hal ini tidak menjamin pertambahan hasil
pengeluaran. Jumlah penghasilan yang tidak seimbang dan kadang kala merosot
telah menjadikan hasil pengeluaran padi di negeri Terengganu berada dalam
keadaan yang tidak memuaskan. Hal ini adalah disebabkan oleh serangan mahluk
perosak dan keadaan cuaca yang menjejaskan tanaman padi. 59 Selain itu, masalah
lain yang timbul adalah ketiadaan tanah oleh golongan petani ini dan mereka
terpaksa menyewa bagi melakukan kegiatan pertanian ini. Peratus menyewa yang
tinggi secara tidak langsung telah menyumbang kepada penghasilan pengeluaran
padi yang rendah di Terengganu. Hal ini berlaku disebabkan tanah padi di
Terengganu disewa mengikut kaedah yang dinamakan sistem pawah 60 dan telah
menyebabkan penyewa tidak berusaha untuk meningkatkan pengeluarannya
sekaligus akan menyebabkan pengeluaran padi di negeri Terengganu tidak
berganjak dan kekal rendah.

Kegiatan ekonomi di Pahang seperti kegiatan pertanian secara tradisonal ini


kurang diganggu atau disentuh oleh kolonial di Bristish, hal ini kerana mereka lebih
57
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 89-90
58
Padi basah ialah padi yang ditanam di kawasan berair manakala padi kering ialah padi yang ditanam
di kawasan yang tanahnya mengandungi kurang air atau kawasan-kawasan kering. termasuklah padi
tugalan, taburan dan huma.
59
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 91
60
Menerusi sistem ini, hasil penegluaran akan dikongsi bersama tuan tanah tetapi perbelanjaan yang
lebih tinggi terpaksa ditanggung oleh penyewa untuk mengusahakan sawah tersebut.
25

menumpukan pencapaian serta peningkatan ekonomi di pantai barat yang dilihat


lebih memberikan keuntungan kepada mereka. Tahun 1891, telah memberikan
gambaran buruk kepada pemerintahan British apabila telah berlaku siri
pemberontakan di yang bermula di Semantan dan akhirnya telah merebak ke
kawasan yang lain. Gangguan ini kemudiannya hanya reda pada tahun 1895. 61
Gangguan yang berlaku ini telah menyebabkan kegiatan pertanian di negeri Pahang
masih tidak mendapat pembaharuan yang dilakukan oleh masyarakat tempatan.
Selepas kematian Bendahara Ali, Pahang sering terlibat dengan beberapa siri perang
saudara yang akhirnya kekacauan ini telah memberikan kesan kepada pentadbiran
serta menggangu perjalanan ekonomi di Pahang. Pada tahun 1891, Pahang telah
dilanda banjir dan kemarau dan secara berturut-turut pada tahun 1896, 1897 dan
1898. Walaupun begitu, gangguan dan keadaan kekekacauan yang timbul di Pahang
bukan merupakan satu penghalang untuk British mempertingkat kegiatan pertanian.
Pada tahun 1901, Residen British di Pahang telah mencatatkan hasil padi di Pahang
yang dianggarkan sejumlah 27,400 ekar itu meningkat lebih daripada 5,000
berbanding tahun 1895.62

Namun begitu, peningkatan ini serta negeri Pahang itu sendiri yang luas dan
kaya dengan hasil tanaman tidak memberikan keterujaan yang besar buat pihak
British. Hal ini kerana, hal yang sebenarnya dilihat adalah bertentangan yang dilihat
oleh British dan pihak ini melihat keadaan pertanian di Pahang adalah sangat buruk.
Keadaan negeri Pahang yang ketiadaan kawasan yang besar untuk pertanian serta
kelangsungannya, sawah padi yang bertaburan dan sukar diakses, dan kawasan
yang luas dengan kecekapan komunikasi yang sedikit telah memberikan gambaran
terhadap ekonomi pertanian di negeri Pahang adalah pada tahap yang
membimbangkan. Oleh kerana kekurangan teknik pertanian, penggunaan kaedah
penanaman yang tradisonal, benih yang tidak berkualiti telah menyebabkan negeri
Pahang terkebelakang berbanding negeri-negeri lain di semenanjung Tanah Melayu.
Perkembangan pertanian padi di negeri Pahang sememangnya tidak menunjukkan
suatu yang positif sejak kedatangan kolonial. Hal ini disebabkan tiada teknologi
canggih yang membantu dan terdapat banyak gangguan yang menyebabkan
ekonomi Pahang dalam bidang pertanian padi tidak menonjol.

4.2 PERIKANAN

61
Lim Teck Ghee, Peasant And Their agricultural Economy In Colonial Malaya 1874-1941, London:
Oxford University Press, 1977, Hlm 36
62
Ibid, Hlm 37
26

Selepas 1914, rangka ekonomi kolonial telah mempengaruhi pola dan lokasi aktiviti
ekonomi negara secara jelas. Kemajuan dan pembangunana semakin dirasakan di
negeri-negeri pantai barat dan negeri selat. Namun, keadaannya di pantai timur yang
walaupun mewakili dua per tiga daripada kawasan Semenanjung telah ketandusan
dari segi pembangunannya. Masyarakat di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu
dan Pahang masih terlibat dengan ekonomi sara diri tradisonal dan sebahagian
besar daripada pola petempatan penduduk Melayu ini tidak dipengaruhi unsur-unsur
luar.63 Oleh itu, tidak hairan jika dikatakan pada abad ke-20 masyarakat di pantai
timur masih hidup dalam kemiskinan kerana pembangunan negerinya yang lemah
serta kegiatan ekonominya masih bersifat tradisonal dan bukan komersial secara
besar-besaran.

Abad ke-20 telah menyaksikan perkembangan dalam sektor yang berasaskan


kelautan oleh masyarakat Terengganu apabila telah wujud 26 buah kampung
nelayan di sepanjang perairan pantai Terengganu. Antara perkampungan nelayan
yang utama termasuklah Kuala Besut, Kuala Terengganu, Kuala Dungun, Kuala
Marang dan Kuala Kemaman.64 Jumlah nelayan di negeri Terengganu semakin
meningkat saban tahun telah menjadikan negeri Terengganu adalah negeri yang
utama yang menjalankan kegiatan perikanan di perairan pantai timur yang turut
menandingi negeri Kelantan. Perkembangan teknologi juga telah menyaksikan
pertambahan penggunaan bot berjentera dan penggunaan bot dengan enjin sangkut
semakin meningkat. Keadaan ini telah menunjukkan secara tidak langsung akan
peningkatan taraf hidup di kalangan komuniti nelayan di negeri ini berbanding pada
tahun-tahun sebelumnya. Walaupun perkembangan telah berlaku di negeri
Terengganu terutamnya dalam kegiatan perikanannya, namun hasilnya tidak begitu
memberangsangkan kerana proses perubahan ekonomi di negeri ini yang agak lewat
telah menyebabkan golongan ini sentiasa menghadapi masalah untuk meningkatkan
kedudukan ekonomi mereka.65

Kegiatan ekonomi berasaskan kelautan bagi negeri Kelantan dan Pahang


adalah sedikit dan tidak mampu untuk menandingi pengeluarannya di negeri

63
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 69-70
64
Ibid, Hlm 77
65
Ibid, Hlm 87
27

Terengganu. Hal ini kerana, negeri Kelantan lebih menitikberatkan penguasaan


ekonominya dalam sektor pertanian atau tanaman-tanaman lain seperti padi dan
kelapa. Seperti yang dapat kita dapat lihat bahawa sektor berasaskan kelautan ini
adalah kurang dipelopori oleh masyarakat di kedua-dua negeri ini kerana mereka
lebih mengutamakan kegiatan ekonomi yang lain bagi menampung kehidupan. Hal
yang sama juga dilihat bagi masyarakat Pahang di mana mereka lebih
mengutamakan pengeluaran hasil padi berbanding memperkembangkan ekonomi
berasaskan kelautan ini. Walaupun begitu, negeri Kelantan turut menjalankan
kegiatan perikanan dan telah menjual hasilnya ke pasar-pasar yang berhampiran dan
juga turut wujud perusahaan ikan kering yang dilakukan oleh masyarakat Melayu
Kelantan. Jika kita lihat berpandukan sumber yang diperolehi oleh T.E Smith dalam
bukunya yang bertajuk Population Growth in Malaya: An Analysis of recent Trends
telah mencatatkan pekerjaan utama penduduk mengikut negeri pada tahun 1947 66
yang mana negeri Pahang dan Kelantan, masing-masing hanya mencatatkan
sebanyak 7.6 peratus dan 6.1 peratus berbanding dengan negeri Terengganu yang
mencatatkan sebanyak 21 peratus dalam kegiatan perikanan. Hal ini dengan jelas
menunjukkan bahawa kegiatan perikanan di kedua negeri Pahang dan Kelantan
adalah berkurang kerana kegiatan masyarakat adalah lebih tertumpu kepada sektor
pertanian dan pengeluaran padi yang telah mencatatkan sebanyak 62.4 peratus di
Pahang dan 64 peratus di Kelantan, manakala hanya 44.8 peratus sahaja di
Terengganu.

4.3 PERLADANGAN

66
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 77
28

Pada abad ke-20, perkembangan kegiatan ekonomi berasaskan tanah adalah


semakin meningkat berbanding ekonomi berasaskan kelautan itu sendiri. Hal ini
adalah merupakan suatu perubahan yang dibawa oleh British yang mentadbir Tanah
Melayu. Sejak kedatangan British, semakin banyak ladang-ladang yang dibuka untuk
tujuan penanaman seperti getah. Penanaman getah adalah merupakan aktiviti
ekonomi yang penting di Melaka, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. 67 Hal
ini amat berbeza sekali dengan negeri pantai timur yang kegiatan ekonominya tidak
mementingkan aktiviti penanaman getah seperti di negeri-negeri pantai barat. Hal ini
mungkin sahaja desebabkan ketidaksesuaian tanah yang ada di pantai timur dan
menyebabkan industri getah ini tidak mampu untuk berkembang dengan pesat,
walaupun getah pada abad ke-20 adalah merupakan bahan mentah yang paling
dikehendaki oleh pihak British.

Negeri Kelantan, sejak awal lagi pihak Kerajaan Inggeris di London telah
menjadi penggalak utama di dalam penanaman getah ladang di kawasan jajahannya
dan kegiatan mereka telah diteruskan pula oleh pentadbir-pentadbir di situ. 68
Penasihat British di Kelantan iaitu Graham menjelaskan bahawa getah yang terkenal
ialah getah perca, iaitu getah yang didapati daripada pokok perca atau pokok getah
yang mampu mengeluarkan hasil yang sama. Hasil getah yang paling baik adalah
daripada Taban, manakala daripada Pokok Getah Putih, Pokok Getah Merah, Pokok
Jeletong dan sebagainya menghasilkan kualiti getah yang rendah. 69 Namun,
walaupun tanah, cuaca dan keluasan tanah di Kelantan adalah sesuai dengan
penanaman getah, namun jumlah tanaman ini hanya sedikit. Perkembangan
tanaman getah ini kemudian memperlihatkan usaha untuk menanam getah yang
dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta pada kurun ke-20. Hugh Clifford melihat
bahawa negeri Kelantan adalah negeri yang mempunyai potensi ekonomi. Salah
seorang peneroka awal ialah R.W Duff, iaitu seorang pegawai polis. Pada tahun
1900 kemudiannya, Duff telah berjaya membentuk sindiket mengusahakan konsens
yang diberi di Kelantan. Kemudian sindiket ini ditukarkan kepada Syarikat Kemajuan
Duff.70

67
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 76
68
Badariah Salleh, Imperialisme Ekonomi: Kajian Kes Ke Atas Imperialisem Industri Getah Di Tanah
Melayu dalam Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad, Kolonialisme Di Malaysia Dan Negara Lain,
Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1990, Hlm 239
69
Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
Hlm 98
70
Amarjit Kaur, Seabad Keretapi Di Malaysia, 1985, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia,hlm32
29

Di Terengganu, tanaman getah adalah merupakan tanaman kedua terpenting


selepas tanaman padi. Tanaman getah mula diperkenalkan di negeri Terengganu
pada tahun 1911.71 Namun, perkembangan kegiatan ekonomi perladangan ini hanya
bermula selepas tahun 1930-an. Sehingga tahun 1938, keluasan kawasan yang telah
ditanam dengan getah di negeri Terengganu adalah sebanyak 43,000 dan terus
meningkat kepada 61,965 ekar pada abad ke-20. Daripada jumlah ini, 16,737 ekar
adalah merupakan tanaman estet dan selebihnya adalah merupakan tanaman
pekebun kecil. Walaupun penanaman getah di Terengganu mengalami peningkatan
pada abad ke-20, namun perkembangan ini belum mampu untuk menandingi
pengeluaran hasil getah di negeri-negeri pantai barat yang lain, dan yang nyata
negeri Terengganu masih jauh tertinggal dalam tanaman ini. Selain itu, kualiti getah
yang dihasilkan pekebun-pekebun kecil ini didapati berada pada tahap yang rendah
dan pokok getah yang diusahakan terdiri daripada pokok-pokok getah yang tua dan
tidak mampu mengeluarkan hasil yang banyak. Oleh itu, walaupun ekonomi getah
sudah sedia wujud di Terengganu, namun purata pengeluarannya adalah sangat
rendah.

Pahang juga adalah merupakan salah satu negeri di pantai barat yang turut
berkembang dalam penanaman getahnya. Telah wujud satu abad yang dikatakan
telah berlaku ledakan ekonomi getah yang menjadi permintaan dunia ini dan British
turut tidak melepaskan peluang untuk menggiatkan perkembangan industri ini.
Namun, pada tahun 1905 sehingga 1909 peningkatan terhadap tanaman getah di
Pahang telah berlaku. Peningkatan ekonomi tanaman getah di Pahang juga adalah
kesan daripada usaha pihak British membangunkan lebih banyak lagi ladang getah di
Pahang bagi memenuhi permintaan getah yang semakin tinggi. Menurut catatan
peningkatan yang dinyatakan di negeri-negeri Melayu bersekutu, dalam AR Director
of Agriculture 1906-9, pada tahun 1905, hasil getah negeri Pahang hanya 15 sahaja.
Angka ini terus meningkat kepada 2,877 pada tahun 190972 dan ini adalah
merupakan suatu perkembangan yang sangat baik bagi Pahang dalam kegiatan
tanaman getah di semenanjung Tanah Melayu.

4.4 PERLOMBONGAN

Perlombongan di negeri-negeri pantai timur agak perlahan dan keadaan geografi di


negeri-negeri ini telah menyukarkan pencarian sumber terhadap perlombongan,
71
Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
Hlm 95
72
Lim Teck Ghee, Peasant And Their agricultural Economy In Colonial Malaya 1874-1941, London:
Oxford University Press, 1977, Hlm 95
30

contohnya seperti bijih timah dan bijih besi serta emas. Jika mineral-mineral ini
dijumpai sekalipun, jumlahnya pasti tidak banyak untuk menjadikannya sebagai suatu
sumber ekonomi yang penting. Di Kelantan, perlombongan bijih timah dan emas
sudah bermula sejak awal lagi oleh kapitan cina, namun disebabkan kekurangan
sumber, timbul beberapa kekacauan dan kekurangan teknologi kegiatan ini telah
dihentikan. Selain bijih timah, perlombongan bijih besi di Kelantan turut berkembang
dengan perlahan.73 Hanya pada tahun 1935 barulah bijih besi ditemui di daerah
Temangan di Kelantan. Hal ini jelas meggambarkan bahawa sejarah perlombongan
Kelantan yang kurang memberangsangkan telah menyebabkan pengeluaran negeri
ini terhadap hasil perlombongan adalah tidak memberangsangkan sama sekali.

Di Terengganu, kegiatan perlombongannya adalah perlahan yang turut tidak


menonjol seperti yang lainnya. Kegiatan perlombongan di Terengganu mula
berkembang selepas 1910. Pada tahun 1908 nilai eksport hasil bijih timah ke
Singapura berjumlah $222,000 dan semakin meningkat pada tahun berikutnya
dengan jumlah yang mencecah $270,000. Pada tahun 1919 pula, sektor
perlombongan bijih timah telah menyumbang hampir separuh daripada hasil yang
diperolehi oleh negeri iaitu sebanyak $762,455.74 Namun begitu, pengembangan
perlombongan bijih timah dan hasil ekonominya ini hanya pada jangka masa yang
singkat. Hal ini kerana, pada tahun 1920 industri ini telah mengalami kemerostotan,
dan hal yang sama juga berlaku pada negeri-negeri lain di semenanjung Tanah
Melayu. Keadaan ini telah menandakan bahawa berakhirnya fasa pertama industri
perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Walaupun segelintir pihak masih
berminat untuk menghidupkan semula industri ini namun pada tahun 1927 usaha ini
mendatangkan hasil yang tidak seberapa. Kejatuhan kedua kegiatan perlombongan
dan komersil dalam ekonomi telah memberikan kesan kepada pendapatan
keseluruhan negeri Terengganu. Hal ini kerana pada tahun 1931, hanya sebanyak 9
peratus sahaja yang disumbang oleh sektor ini terhadap pendapatan negeri. 75
Perkembangan kegiatan perlombongan di Terengganu turut melalui fasa
perkembangannya pada abad-20, apabila dikuasai oleh kuasa British yang
kemudiannya turut melalui kejatuhan pasarannya dalam industri bijih timah ini.

73
Drabble John H, An Economic History of Malaysia 1800-1990: The Transition To Modern Economic
Groeth, New York: St Martin’s Book, 2000, Hlm 133
74
Shahril Talib, The Trengganu Experience 1881-1941, New York: Oxford University Press, 1984,
Hlm 80
75
Ibid, Hlm 81
31

Di Pahang, perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah adalah bermula


sejak kemasukan kuasa British yang mula campur tangan terhadap kedudukan politik
di Pahang. Terdapat syarikat-syarikat yang berkaitan ekonomi perlombongan bijih
timah ini mula dibentuk, antaranya ialah Pahang Corporation Ltd, Pahang Central Tin
and Exploration Co, dan Bentong Stairts Co. Ltd.76 Walaupun permulaan yang baik
buat perkembangan perlombongan bijih timah di Pahang, namun ianya tidak
mencapai suatu yang diharapkan oleh syarikat-syarikat ini dan Pahang Boom atau
ledakan negeri Pahang adalah tidak berjaya. Di Pahang, kejayaan perlombongan
bijih timahnya tidak berjaya berbanding negeri di pantai barat adalah kerana syarikat
berkaitan dengan perlombongan bijih timah yang ditubuhkan adalah keseluruhannya
adalah milik British dan hal ini seterusnya akan mengurangkan sebarang diskriminasi
yang berlaku ke atas syarikat yang berlainan bangsa atau negara. Walaupun begitu,
di Pahang pihak British telah memecahkan monopoli itu dengan membenarkan
kemasukan pemodal Cina.77

Oleh itu, jika kita melihat pada abad ke-20, sudah pasti dapat kita rungkaikan
bahawa pelaburan British di Tanah Melayu dan perubahan pengeluar barangan
eksport daripada China kepada pihak British telah menyebabkan perubahan yang
baik telah berlaku pada industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Pada
tahun 1930, British telah memiliki dan menguasai kira-kira dua per tiga pengeluaran
bijih timah.78 Nilai dan jumlah penegeluaran bijih timah adalah semakin bertambah
semenjak ianya dibawah penguasaan British. Hal ini dapat disaksikan semasa tahun
1898 sehingga 1903, Tanah Melayu telah menghasilkan sebanyak $30 juta bijih
timah, dan terus meningkat kepada $78 juta pada tahun berikutnya. 79 Malah, Pahang
yang merupakan salah satu ahli dalam Negeri Melayu Bersekutu dikatakan lebih
tertinggal dan terkebelakang, walaupun terdapat mendapan bijih timah di negeri ini
yang boleh dijadikan sumber pembangunan.80

4.5 PERDAGANGAN

76
Wong Lin Ken, The Malayan Tin Industry To 1914, Tuscon: The University Of Arizona Press, 1965 Hlm
51-52
77
Ibid, Hlm 53
78
Jim Baker, Crossroads A Popular History of Malaysia and Singapore, Singapore: Times Books
International, 1999, Hlm 175
79
Ibid, Hlm 176
80
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 69
32

Perkembangan perdagangan di pantai timur di semenanjung Tanah Melayu telah


berlaku sejak kemasukan British ke Tanah Melayu dengan agenda yang berbagai.
Integrasi dengan ekonomi antarabangsa telah membuka satu jalinan antara
Semenanjung Tanah Melayu dengan kawasan-kawasan lain. Rentak dagangan ini
meningkat perlahan-lahan dan berbeza antara satu tempat dengan satu tempat yang
lain. Umpamanya di Kelantan pada abad ke-19, kegiatan dan rangkaian
perdagangan telah berkembang dan menjalar hingga ke kawasan pedalaman.
Kegiatan perdagangan di negeri Kelantan telah mengalami peningkatan dengan
ekonomi import eksportnya. Hasil ekonomi yang dieksport adalah seperti kopra,
emas, pinang, sutera, dan turut mengeksport ayam pada kuantiti tertentu.81 Semua
bayaran untuk kegiatan perdagangan di Kelantan sama ada import atau eksport
adalah tertakluk kepada tarif tetap. Pedagang yang membawa barangan ke Kelantan
atau dari Kelantan itu sendiri akan menggunakan kapal layar. Para pedagang yang
adalah terdiri daripada orang Cina, Melayu, Kling dan Mohammedan.

Selain mengeksport hasil daripada industri pertanian dan penternakan dan


juga tanaman-tanaman lain, terdapat juga pengeksportan dalam industri pembuatan.
Ekonomi berasaskan pembuatan adalah seperti tenunan kain. Setiap keluarga di
Kelantan kebanyakannya mempunyai alat tenunan dan membolehkan mereka untuk
menenun sarung sutera yang merupakan antara salah satu hasil pembuatan yang
terkenal di semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah menunjukkan bahawa hasil
masyarakat Melayu terutamanya golongan wanita sudah mula dieksport ke luar
negeri dan seterusnya berpeluang dalam meningkatkan ekonomi dalam sektor
pembuatan ini. Ketika semua orang yang ingin memilik sarung sutera ini pasti akan
mendapatkannya dan barangan sarung sutera ini dieksport adalah mencecah
$20,000 setahun.82 Selain itu, jumlah eksport ikan masin di negeri Kelantan juga turut
direkodkan, iaitu sebanyak $120,000 setahun. Terdapat juga pembuatan bata yang
dilakukan di negeri Kelantan. Pembuatan batu-bata ini adalah mengikut permintaan.
Terdapat juga permintaan yang dikeluarkan sehingga 400,000 bata untuk digunakan
oleh Jabatan Kerja Awam. Oleh itu, jelaslah bahawa perdagangan di negeri Kelantan
telah melalui fasa perkembangannya sejak kedatangan British.

81
Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
Hlm 59
82
Ibid, Hlm 65
33

Di Terengganu pula, aktiviti import eksport juga telah berlaku. Sebelum melihat
kepada kegiatan import dan eksport di negeri ini, dapat dilihat juga bahawa kegiatan
komersil dan perusahaan secara kecil-kecilan juga telah dijalankan sejak dar awal.
Kewujudan pasar-pasar di Terengganu adalah merupakan salah satu tempat yang
akan memasarkan dan menjual segala hasil yang dibawa oleh masyarakat di
Terengganu. George Maxwell dalam lawatannya ke negeri Terengganu pada tahun
1948 telah mengatakan bahawa beliau tidak dapat melupakan pengalamannya ketika
berada di sebuah pasar yang letakknya di sebuah kawasan terbuka yang sangat luas
di tengah-tengah bandar. Beliau sangat tertarik dengan pasar itu apabila melihat
penjualnya adalah golongan wanita.83 Golongan wanita Terengganu pada ketika ini
adalah merupakan antara yang paling ramai terlibat dalam kumpulan perusahaan
dan hampir separuh daripadanya adalah datang daripada perusahaan menenun kain.
Mereka telah menjalankan perusahaan adalah bermula daripada menujual makanan
seperti ayam, itik, daging lembu, buah-buahan serta sayur-sayuran di pasar dan
kemudiannya turut pengusahakan pembuatan menenun kain songket.

Negeri Pahang adalah merupakan negeri yang kaya dengan hasil hutan.
Semasa zaman kolonial, pengkomersilan hasil hutan telah berkembang dengan
pesatnya dan menjadi penting kerana sering mendapat permintaan yang tinggi.
Permintaan yang banyak juga turut mempengaruhi kepentingan sumber hutan ini dan
sekaligus telah mengembangkan aktiviti ini kepada tahap eksport. Pemotongan kayu
secara umumnya telah menjadi suatu kegiatan yang sudah mendatangkan
keuntungan. Oleh itu, hutan adalah merupakan sumber mereka yang utama kerana
banyak bahan kayu-kayu yang mampu diperolehi di hutan dalam kadar yang banyak
dan kelengkapan ini telah menjadikan ekonomi Tanah Melayu lebih bercorak
komersil.

5.0 PERKEMBANGAN MASYARAKAT DI PANTAI TIMUR


83
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 72
34

5.1 DEMOGRAFI

Negeri-negeri di pantai timur, bukan hanya terkenal dengan kegiatan ekonominya


yang berasaskan pelbagai sumber seperi hutan, tanah dan juga laut. Namun, negeri
ini juga cukup terkenal dengan stuktur masyarakatnya. Oleh itu, dalam
membicarakanhal yang berkaitan ekonomi, tidak lengkap tanpa membicarakan
perihal masyarakat-masyarakat di negeri-negeri pantai timur semenanjung Tanah
Melayu serta perkembangannya. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa setiap negeri di
pantai timur, sama ada Kelantan, Terengganu atau Pahang, masing-masing
mempunyai populasi dan perkembangan masyarakat yang berbeza. Jika melihat dari
sudut demografi, dapat dijelaskan bahawa masyarakat di Kelantan, Terengganu dan
Pahang adalah terdiri daripada masyarakat yang tinggal di kampung-kampung dan
penduduknya adalah orang Melayu.

Di Kelantan, seperti yang dinyatakan sebelumnya ialah merupakan sebuah


negeri yang mempunyai kawasan lembah sungai yang luas serta subur terutamanya
di sebelah timur Sungai Kelantan dan kawasan ini telah menjadi tumpuan penduduk.
Penduduk di negeri Kelantan adalah terdiri daripada orang-orang Melayu yang
berkelompok di kampung-kampung di sepanjang sungai dan anak-anak sungai. Di
Kelantan tidak hanya terdapat kampung Melayu dan orang Melayu sahaja. Kampung
Cina juga turut terdapat di Kelantan tetapi bukan di kawasan perairan, tetapi orang
Cina lebih tertumpu di daerah Pulai, Hulu Kelantan dan Kampung Cina di Kota
Bharu. Penduduk Cina di Kelantan dianggarkan berjumlah 8,000 orang. Mereka
adalah bangsa Cina yang terdiri daripada keturunan Hokkien yang kebanyakannya
adalah tinggal menetap serta membesar di negeri ini, oleh kerana kedatangan datuk
neneknya ke Kelantan sejak dari dahulu. Selain orang Hokkien, terdapat juga Cina
Singapura dan Hailam yang turut ke Kelantan atas tujuan perniagaan seperti pekedai
dan juga sebagai buruh. Kedatangan mereka ini sekaligus telah meningkatkan
populasi masyarakat Cina di Kelantan. Selain itu, terdapat juga penduduk di Kelantan
yang terdiri daripada orang Siam. Menurut W.A Graham, orang Siam di negeri
Kelantan adalah berjumlah 15,000 orang. Petempatan mereka adalah di kawasan
pantai dan diperkampungan yang jauh daripada perkampungan Melayu dan mereka
mengamalkan agama mereka serta adat dan kepercayaan mereka sendiri.84

Terengganu juga merupakan negeri yang mempunyai keunikannya yang


tersendiri. Negeri Terengganu bermajoritikan kaum Melayu ini adalah salah satu

84
Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
35

negeri yang mempunyai penduduk yang paling ramai antara negeri-negeri pantai
timur yang lainnya. Terengganu mempunyai jumlah penduduk seramai 35,000 orang
dan separuh daripadanya tinggal di pusat perdagangan. Peratusan orang Melayu di
Terengganu adalah sangat tinggi, dan telah mencatatkan sebanyak 99 peratus orang
Melayu pada abad ke-19. Pertambahan penduduk Terengganu terus berlaku pada
abad ke-20 iaitu pada tahun 1911 apabila mencatatkan penduduk sebanyak 154,000
orang. Demografi di Terengganu adalah berbeza dengan Kelantan, kerana orang
Melayu dilihat mewakili hampir keseluruhan kependudukan di sini. Selepas
pentadbiran British di Terengganu, data kependudukan orang Melayu di negeri
Terengganu masih tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara. Demografi
penduduk Melayu yang tinggi di negeri Terengganu telah menunjukkan pengaliran
masuk imigran yang sangat kecil di negeri tersebut. 85 Walaupun abad ke-20 telah
menyaksikan berlakunya kemasukan orang-orang Cinl, India dan juga Indonesia ke
Tanah Melayu namun hal ini tidaklah begitu ketara di negeri Terengganu. Hal ini
menunjukkan bahawa sehingga awal abad ke-20 negeri Terengganu masih
bermajoritikan orang Melayu dan masyarakat Melayu ini adalah terdiri daripada
mereka yang beragama islam dan mengamalkan cara hidup islam. Begitu juga dalam
aspek ekonomi juga kebanyakan dipelopori oleh masyarakat Melayu.

Negeri Pahang juga adalah merupakan negeri yang mempunyai


demografinya tersendiri. Negeri Pahang pada awalnya adalah didominasi oleh orang
Melayu. Orang Melayu di Pahang akan tinggal di kawasan-kawasan kampung dan
turut mengerjakan sawah padi sebagai kegiatan ekonomi seharian. Selain daripada
orang Melayu, negeri Pahang juga terdapat masyarakat orang asli yang tinggal di
kawasan-kawasan pendalaman dan mereka dikenali sebagai Semai dan Jakun.
Selain itu, orang-orang Cina walaupun dalam jumlah yang kecil turut dilihat mendiami
negeri Pahang dan mereka mempunyai perkampungannya sendiri. Oleh itu, dapat
kita saksikan bahawa pola petempatan di Pahang adalah dibahagikan mengikut
golongan masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan, sama ada orang Melayu,
orang Asli atau orang Cina. Demografi orang Melayu di negeri Pahang pada tahun
1911 sehingga 1970 oleh Laporan Am Banci Penduduk Malaysia 1970, telah
mencatatkan sebanyak 73.4 peratus pada tahun 1911 dan semakin menurun pada
tahun-tahun yang berikutnya sehingga mencecah 61.2 peratus pada tahun 1970.86
Hal ini kerana, dapat kita lihat bahawa, negeri Pahang sudah mula dibanjiri oleh
85
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 50
86
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 50
36

kedatangan imigran dan orang-orang luar yang bermigrasi ke Pahang sejak tahun
1947 lagi kerana hanya 54.3 peratus sahaja orang Melayu pada ketika itu.
Masyarakat Pahang, walaupun terdiri daripada pelbagai etnik, namun mereka saling
bertoleransi dalam pengamalan adat dan budaya masing-masing. Pahang adalah
negeri yang digabungkan bersama-sama negeri di pantai Barat yang membentuk
negeri Melayu bersekutu adalah merupakan antara salah satu negeri yang menjadi
perhatian pihak British. Oleh itu, kemasukan buruh jawa juga dilihat telah berlaku di
Pahang. Walaupun jumlah kemasukan buruh-buruh ini dalam jumlah yang sedikit,
namun ianya telah merubah populasi penduduk di negeri Pahang. Tahun 1912 telah
menyaksikan bahawa kedatangan buruh jawa asalah sebanyak 800 orang dan angka
ini terus meningkat kepada 2,988 orang pada tahun 1920. 87 Peningkatan ini telah
memberikan kesan kepada masyarakat di negeri-negeri Melayu bersekutu apabila
kedudukan mereka adalah seperti kebanyakan kumpulan Melayu di semenanjung
Tanah Melayu.88

5.2 AGAMA

Apabila membicarakan berkenaan perkembangan masyarakat, sudah pastinya kita


tidak dapat lari untuk turut membicarakan berkenaan agama dan adat masyarakat.

87
Khazin Mohd Tamrin, Javanese labour And The Development Of Malaya, 1992, Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia, Hlm 92
88
Ibid, Hlm 93
37

Hal ini kerana, masyarakat yang tinggal dalam satu kelompok atau petempatan
sudah pastinya mempunyai anutan agama dan aktiviti keagamaan yang dilakukan.
Oleh itu, masyarakat di pantai timur juga memperlihatkan hal yang sama apabila
agama Islam itu sendiri bukan hanya menyediakan suatu penyatuan yang baik dalam
masyarakat, tetapi juga membantu untuk mencipta suatu semangat jati diri bangsa. 89
Di Kelantan, oleh kerana kaum majoriti adalah orang Melayu, maka mereka juga
adalah terdiri daripada mereka yang beragama islam. Bagi menjalankan kehidupan
cara islam, pentadbiran serta panduan hidup masyarakat di Kelantan juga adalah
berlandaskan islam. Negeri Kelantan telah dibahagikan kepada 25 mukim yang
setiap satunya akan mempunyai Imam dan Tok Bilal. Tugas kedua-dua mereka ini
adalah untuk menguruskan rumah ibadah seperti surau dan masjid, mengendalikan
hal perkahwinan, kematian, serta turut memberikan kebajikan berbentuk rohani. 90
terdapat tiga buah masjid yang dibina di Kelantan semasa abad ke-20 dan juga
mempunyai sistem zakat dan fitrah. Pungutan zakat akan dikendalikan oleh Mufti
yang akan dibayar gaji oleh pihak kerajaan.

Sebelum kedatangan islam ke Kelantan, masyarakat pada dahulunya sudah


terdedah dengan apa yang dikatakan perkara yang khurafat seperti mempercayai
keramat, iaitu mempercayai sesuatu benda atau objek itu mempunyai kuasa yang
luar biasa. Namun, setelah kedatangan islam, perkara ini adalah dilarang sama
sekali di dalam Islam. Selain agama Islam yang menjadi anutan masyarakat Melayu,
terdapat juga agama lain yang turut dianuti oleh masyarakat Kelantan yang terdiri
daripada orang Siam. Orang Siam menganuti agama Buddha dan mereka akan ke
kuil mereka atau dikenali sebagai Watt untuk melakukan penyembahan terhadap
Tuhan mereka. Hal ini menunjukkan perkembangan masyarakat Islam di Kelantan
adalah bermula sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu, dan sehingga
terbentuknya corak pemerintahan cara islam dan perubahan ke atas perlakuan sosial
masyarakat juga adalah berlandaskan islam. Namun, di Kelantan terdapat juga
prinsip kebebasan beragama oleh kaum lain, dan dengan ini keharmonian dapat
diwujudkan.

Kedatangan islam di Terengganu adalah bermula sejak awal lagi. Penemuan


batu bersurat di Terengganu pada awal abad ke-14 Masihi adalah suatu gambaran
yang diberikan oleh sejarawan bahawa negeri Terengganu adalah antara negeri

89
Jim Baker, Crossroads A Popular History of Malaysia and Singapore, Singapore: Times Books
International, 1999, Hlm 29
90
Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
Hlm 31
38

yang terawal menerima islam. Oleh kerana penduduk di Terengganu majoritinya


adalah terdiri daripada orang Melayu, maka dapat disimpulkan bahawa kesemua
mereka adalah menganut agama Islam yang dibawa ke negeri ini sejak dahulu lagi.
Di setiap kampung di Terengganu akan didirikan surau bagi membolehkan penduduk
kampung beribadat dan setiap mukim akan terdapat masjid yang dibina secara
gotong-royong. Pengajaran islam di Terengganu adalah dilakukan pada peringkat
awal lagi, apabila terdapat kelas membaca dan mengahafal Juzu’ ‘Amma dan ayat
suci Al-Quran serta kelas akhlak kepada golongan kanak-kanak.91

Hal keagamaan yang berkait dengan amal ibadat seperti pelajaran tauhid,
fikah dan tasawuf akan diajar di masjid, surau atau dirumah alim ulama.
Perkembangan institusi pondok di Terengganu telah memperlihatkan bahawa
masyarakat di sini lebih mendalami ilmu agama berbanding dengan ilmu yang
bercorak duniawi. Perkembangan perundangan Islam di Terengganu selepas
kedatangan kolonial dilihat apabila telah berlaku proses penstukturan semula
pentadbiran dan undang-undang di Terengganu yang dilakukan oleh British dan
menyebabkan agama Islam bersifat keinstitusian dan bergantung kepada penyeliaan
kerajaan. Islam mula terpisah jauh daripada teras politik dan undang-undang negeri,
dan raja hanya berkuasa kepada hal yang berkaiatan dengan agama sahaja.
Perubahan ini telah menunjukkan kedatangan kolonial bukan hanya mencampuri hal
ekonomi, tetapi turut memberi kesan dalam hal-hal Islam di Tanah Melayu,
khususnya negeri Terengganu.

Pahang yang juga merupakan negeri yang bermajoritikan orang Melayu juga
telah memperlihatkan suatu pegangan agama yang jelas iaitu agama Islam. Hal ini
turut dinyatakan dan dijelaskan oleh Abdullah Munsyi dalam lawatannya ke Pahang
dimana ia menyatakan sudah wujud kelas-kelas mengaji oleh masyarakat Pahang
pada ketika itu dengan pesat. Oleh itu, hal ini jelas membuktikan bahawa masyarakat
Pahang sebelum dan selepas kedatangan kolonial adalah masih berpegang kepada
ajaran islam serta mengamalkan hidup cara islam. Golongan cina dan Orang Asli di
Pahang berpegang kepada agama masing-masing dan negeri Pahang turut melihat
konsep kebebasan agama adalah perlu bagi mewujudkan keharmonian.

5.3 PENDIDIKAN

91
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 37
39

Dalam aspek pendidikan pula, perkembangan pendidikan di negeri Terengganu pada


peringkat awalnya dikatakan agak terkebelakang berbanding dengan negeri-negeri
lain di semenanjung. Di Kelantan, sejak kedatangan British menjelang tahun 1904,
tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negeri
ini.92 Kanak-kanak lelaki yang terdiri daripada mereka yang kelas menengah telah
diajar membaca dan menulis dengan pembelajaran bersendirian serta pembelajaran
A-Quran daripada Haji di Kelantan. Namun begitu, pada penghujung tahun, telah
wujud satu sekolah yang kecil di daerah Kota Bharu yang dibina oleh kerajaan.
Sekolah ini menekankan pembelajaran seperti membaca, menulis, ilmu kira-kira,
elemen geografi yang mana setiap pembelajaran adalah secara percuma. Sekolah ini
mempunyai seramai 83 orang pelajar dan selepas 4 tahun kewujudannya telah
menjadikan golongan lelaki yang telah mempunyai pendidikan yang cukup dan
diserap sebagai jawatan juru tulis di pejabat kerajaan. Sekolah lain yang ditubuhkan
dengan bantuan kewangan kerajaan British juga dibina selepas itu. Sekolah-sekolah
ini kebanyakannya mempunyai pertalian dengan masjid pusat. di mana suatu
pembelajaran yang menggabungkan sekular dengan agama telah disediakan.
Pedagang atau peniaga-peniaga di Kelantan telah mendirikan sekolah-sekolah khas
untuk pendidikan anak mereka yang mana pembelajaran Inggeris telah dimasukkan
sebagai elemen tambahan.

Sehingga tahun 1915, hanya terdapat sebuah Sekolah Menengah


Terengganu dengan jumlah muridnya sekitar 80 orang yang terdiri daripada murid
lelaki.93 Terengganu adalah merupakan negeri yang lewat menerima perkembangan
dalam pendidikan. Hal ini adalah kerana adalah disebabkan oleh sikap masyarakat
tempatan yang lebih mengutamakan pendidikan agama dan sistem pendidikan
pondok. Masyarakat Terengganu yang pada awalnya sudah terdedah dengan
pendidikan agama yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Oleh itu, percambahan
sistem pendidikan ke arah pendidikan yang lebih bersifat moden adalah berkembang
dengan perlahan di Terengganu. Namun begitu, perubahan sikap masyarakat
terhadap penerimaan sistem pendidikan yang baru telah berlaku pada selepas
perang. Penerimaan ini telah menyebabkan pertambahan bilangan sekolah dan
pendidikan terhadap anak-anak juga mula dititikberatkan. Selain wujudnya Sekolah
Kebangsaan, penduduk kampung juga mengambil inisiatif membina sendiri sekolah-

92
Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907,
Hlm 116
93
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 106
40

sekolah untuk pendidikan anak-anak mereka.94 Sehingga tahun 1956, terdapat 54


buah Sekolah Rakyat dengan bilangan pelajar seramai 2,570 orang manakala
Sekolah Kerajaan pula berjumlah 131 buah dan jumlah pelajar mencecah 30,228
orang.95 Peningkatan bilangan sekolah-sekolah di Terengganu telah membuktikan
bahawa kesedaran terhadap kepentingan pendidikan mula dilihat dalam masyarakat
Terengganu dan saranan pihak kolonial terhadap sistem pendidikan juga telah
menyaksikan perkembangan dalam sistem pendidikan daripada bercorak tradisional
dan keagamaan kepada yang lebih bersifat moden.

Negeri Pahang juga adalah tidak terkecuali menyaksikan perkembangan


pendidikannya. Pada peringkat awal, pendidikan di negeri Pahang hanya berkisar
mengenai hal-hal yang berkaitan agama sahaja. Hal ini telah dinyatakan oleh
Abdullah Munsyi dalam siri pelayarannya ke Pahang yang mendapati bahawa telah
terdapat kelas belajar Al-Quran96 yang mana dikendalikan oleh mereka yang lebih
mahir dalam hal-hal keagamaan, dan hal ini adalah merupakan satu kemestian
kepada masyarakat Melayu di Kelantan. Walaupun begitu, dalam pengenalan ilmu
moden itu sendiri, masyarakat Pahang adalah antara negeri yang lambat dan
perlahan perkembangannya pendidikannya. Walaupun Pahang adalah merupakan
negeri di bawah negeri-negeri Melayu Bersekutu, namun sentuhan ke atas
pendidikan di Pahang adalah tidak begitu menonjol berbanding di Perak dan
Selangor yang sudah mempunyai sekolah-sekolah bagi anak golongan elit seperi
Maktab Kuala Kangsar. Namun, setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,
barulah suatu sistem persekolahan yang jelas telah terwujud di Pahang. Hal ini telah
dibuktikan pada tahun 1965 hingga 1974 menurut bancian terhadap bilangan sekolah
aliran Melayu yang wujud di Pahang adalah pada jumlah yang sangat
memberangsangkan iaitu pada tahun 1965 adalah sebanyak 268 buah sekolah dan
telah meningkat kepada 279 buah sekolah pada tahun 1974.97

5.4 INFRASTUKTUR DAN PENGANGKUTAN

94
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 107
95
Ibid, Hlm 108
96
Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1981, Hlm 7-13
97
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 110
41

Semenjak kedatangan kuasa kolonial di Tanah Melayu, terutamanya di negeri-negeri


pantai timur, telah menyaksikan bahawa ekonomi serta hal pentadbiran di negeri-
negeri ini telah diurus tadbir oleh golongan ini. Oleh itu, ekonomi yang telah
diperkembangkan dan pemilikan konsensi-konsensi pihak British di Tanah Melayu
sekaligus telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam aspek sosial dan
pembangunan. Oleh itu, bagi menggalakkan lagi pelaburan yang berterusan di Tanah
Melayu, pihak British turut mempertingkatkan infrastuktur dan pengakutan bagi
memastikan kelangsungan kegiatan ekonomi di negeri-negeri semenanjung Tanah
Melayu. Namun, perkembangan ekonomi negeri-negeri di pantai timur seperti
Kelantan, Terengganu dan Pahang yang agak perlahan juga mencerminkan
perkembangan infrastukturnya yang turut perlahan kerana pihak British lebih
menumpukan hal-hal penambahbaikan di negeri-negeri yang mampu memberikan
pulangan yang besar kepadanya. Perkembangan ekonomi ini, kemudiannya telah
menyebabkan pengangkutan cara tradisi tidak lagi dapat memainkan peranan yang
memuaskan dan keadaan ini telah membawa kepada pengenalan sistem pengakutan
kereta api.

Negeri Kelantan, kemudahan infrastuktur yang telah dibangunkan oleh pihak


British adalah perlahan dan terhad. Negeri Kelantan juga mempunyai pengangkutan
seperti keretapi yang dibina dan digunakan sekitar 1910 sehingga 1930 iaitu tahap
ketiga dalam perembangan keretapi di Tanah Melayu. Lanjutan landasan dari Prai ke
Padang Besar dan dari Gemas ke Rantau Panjang atau Sungai Golok di Kelantan.98
Tahap ini telah memperlihatkan bahawa telah wujud hubungan terus Kelantan
dengan keretapi Siam. Landasan-landasan ini kemudiannya telah menyebabkan
pembukaan kawasan baru untuk tanaman getah, khasnya di Kedah, Perlis, Pahang
dan juga Kelantan, serta membantu perluasan ekonomi ekstraktif secara besar-
besaran. Pada tahun 1903, Syarikat Duff telah memohon kebenaran Pemerintah
Kelantan untuk membina satu landasan keretapi dari Kuala Sungai Kelantan ke
sempadan konsemsi syarikat tersebut di Hulu Kelantan, namun permintaan ini telah
ditolak oleh Graham yang merupakan penasihat British, dengan alasan tidak mahu
landasan keretapi dikawal oleh sebuah syarikat swasta. Kemudiannya, kerajaan
NNM telah merancang melanjutkan sistem keretapi melalui Kuala Lipis ke Kelantan
dan terus sampai ke sempadan Siam melalui Perjanjian Bangkok.99

98
Amarjit Kaur, Seabad Keretapi Di Malaysia, 1985, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, Hlm
29
99
Dengan perjanjian Bangkok, British bersetuju meminjamkan modal sebanyak empat juta dengan
kadar faedah empar peratus setahun kepada Siam dan pinjaman akan diberi oleh NMB untuk
membina landasan saiz meter dari Bangkok ke sempadan Kelantan. British bertujuan menghubungkan
42

Selain daripada keretapi, terdapat juga pembinaan jalan raya bagi


menghubungkan dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Pembinaan jalan raya ini
dikatakan telah menjadi pesaing kepada sistem kereta api yang sudah sedia wujud di
Semenanjung Tanah Melayu. Jalan raya yang dibina di Kelantan adalah dari Kota
Bharu menghala ke Pasir Puteh, yang mana dibina atas tujuan keselamatan. 100 Pada
awalnya, jalan raya yang dibina adalah untuk mewujudkan komunikasi dan membuka
tanah pertanian di negeri Kelantan. Kekurangan jaringan komunikasi yang meluas di
Kelantan adalah merupakan punca berlakunya pemberontakan di Pasir Puteh pada
tahun 1915. Hal ini kerana, pemberontakan ini telah mengambil masa selama
sebulan untuk diredakan disebabkan jaringan komunikasi yang lemah antara Pasir
Puteh dan Kota Bharu. Sebagai kesannya, jalan raya telah dibina di antara kedua-
dua kawasan ini untuk tujuan keselamatan dan sekaligus memudahkan pihak
pentadbiran mengawal selia keadaan di sana. Pada tahun 1911, pembinaan jalan
raya juga telah dilakukan di kawasan Tumpat mengahala ke Kota Bharu dan
sehingga ke tahun 1928, pembinaan ini telah dilengkapkan lagi dengan pembinaan
jambatan yang lebih baik. Tahun 1928 pula menyaksikan bahawa telah bermulanya
pembinaan jalan dari Pasir Puteh menuju ke Machang dan terus ke Temangan, yang
sekaligus telah membawa laluan ke stesen kereta api Kuala Krai.101

Namun begitu, pembinaan landasan telah mendatangkan masalah kepada


kerajaan Kelantan apabila Sultan terpaksa membayar ganti rugi kepada Duff
pembinaan landasan telah melalui konsensi Duff.102 Oleh kerana Syarikat Duff
mencari keuntungan melalui perjanjian tersebut dengan meminta ganti rugi yang
tinggi, akhirnya Gabenor Negeri-negeri Selat telah memutuskan memberhentikan
kerja pembinaan landasan melalui konsensi Duff. Sementara itu, satu landasan juga
telah dibina dari Tumpat ke Tanah Merah di Kelantan dan pembinaan bermula pada
tahun 1912 termasuk pembinaan dermaga di pelabuhan Tumpat. Pada tahun 1920,
pembinaan jambatan merentasi sungai Kelantan berhampiran Tanah Merah telah
dimulakan. Jambatan ini merupakan jambatan yang terpanjang di Semenanjung dan
jambatan ini siap dibina pada November 1923 dan dibuka pada tahun 1924.
Kemudiannya, pembinaan landasan sekali lagi di lanjutkan dari Manek Urai
bersambung ke untuk bersambung ke landasan Kuala Krai. Walaupun pihak NMB

sistem keretapi NMB dengan sistem keretapi Siam.


100
Amarjit Kaur, Bride and Barrier: Transport and Communications in Colonial Malaya 1870-1957,
1985, Singapura: Oxford University Press ,Hlm 85
101
Ibid, Hlm 92
102
Amarjit Kaur, Seabad Keretapi Di Malaysia, 1985, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, Hlm
32
43

dan Sultan mengharapkan bahawa landasan Pantai Timur akan menyebabkan


pelaburan modal secara besar-besaran di Kelantan, tetapi hal ini tidak berhasil. Hal
ini keranam landasan yang siap pada tahun 1931 adalah semasa zaman kejatuhan
getah dan landasan tersebut dilihat tidak menguntungkan pelabur utama iaitu
Syarikat Duff.

Secara umunya, kemudahan yang tersedia di negeri Terengganu juga dilihat


sangat terhad. Terengganu dari segi pengakutannya tidak seperti negeri Kelantan
yang mempunyai jaringan keretapi yang banyak. Hal ini kerana, walaupun sudah
wujud beberapa cadangan untuk melanjutkan perkhidmatan sistem keretapi ke
Terengganu, namun cadangan ini tidak diteruskan. Ketidakberhasilan cadangan ini
adalah disebabkan Terengganu tidak dianggap sebagai sebuah negeri yang
mempunyai potensi ekonomi. Terengganu hanya mempunyai pertalian darat dengan
pantai barat melalui jalan raya dengan Kelantan dan seterusnya ke Landasan Pantai
Timur.103 Pada abad ke-20, kemudahan awam yang disediakan bukan sahaja tidak
memuaskan bahkan sangat kurang. Melihat kepada aspek pengangkutan dan
perhubungan, negeri Terengganu juga turut melalui fasa perkembangannya.
Pembinaan jalan raya yang dilakukan adalah melibatkan kawasan Kuala Terengganu
ke Bukit Yong di Pasir Puteh dan pembinaan ini adalah atas persetujuan antara
negeri Terengganu dan Kelantan.104 Selain itu, jalan raya yang dibina di Bukit Yong
juga mempunyai jalan yang menghala ke Machang dan kemudiannya ke Kuala Krai,
telah menunjukkan bahawa negeri Terengganu juga akan dapat dihubungkan secara
terus dengan negeri-negeri lainnya. Terdapat juga pembinaan jalan raya yang
menghubungkan masyarakat daripada Kuala Terengganu ke Kuala Brang. Jalan-
jalan raya yang dibina di Terengganu adalah untuk memberikan sumber kepada
majikan apabila keadaan ekonomi yang menekan dan juga menjadi jaringan
komunikasi antara Kuala Terengganu dan Kuala Brang bagi membolehkan keduanya
mendapatkan pentadbiran yang efektif.

Namun begitu, pembinaan jalan raya yang telah diwujudkan di Terengganu


masih belum mampu menyelesaikan kemelut permasalahan yang dihadapi oleh
masyarakat Terengganu. Hal ini kerana, masih ramai penduduk Terengganu,
khususnya mereka yang tinggal di luar bandar berdepan dengan masalah kesukaran
jalan perhubungan Hal ini kerana, negeri Terengganu masih tiada jalan perhubungan

103
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 39
104
Amarjit Kaur, Bride and Barrier: Transport and Communications in Colonial Malaya 1870-1957,
1985, Singapura: Oxford University Press, Hlm 92
44

khasnya di kawasan-kawasan pendalaman yang menghubungkan Ulu Kemaman,


Ulu Dungun, Ulu Terengganu dan Ulu Besut dengan Kuala Krai di sebelah utara dan
Kuantan atau Gambang di sebelah selatan.105 Akibat daripada kesukaran
perhubungan ini, ramai penduduk khususnya yang terdiri daripada kalangan petani
menghadapi masalah bagi memasarkan hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan.
Masalah perhubungan ini adalah merupakan salah satu punca yang menyebabkan
ekonomi negeri ini terus kekal dalam bidang perikanan dan pertanian. Walaupun
begitu, negeri Terengganu hanya menerima perubahan yang ketara setelah
beberapa tahun merdeka iaitu pada 1970-an telah menyaksikan peningkatan dari
segi taraf sosioekonomi yang lebih baik di negeri ini.

Setelah tertubuhnya negeri-negeri Melayu tidak bersekutu (NNMTB) yang


terdiri daripada Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan pihak British telah
mengeluarkan satu dasar yang menggabungkan sistem keretapi negeri yang
berasingan supaya dapat mengukuhkan penyatuan negeri-negeri tersebut.106 Oleh
itu, negeri Pahang yang pada masa ini adalah dibawah negeri-negeri Melayu
bersekutu turut mempunyai pengangkutan keretapi yang dibina. Landasan Pantai
Timur ini, mula dibina pada tahun 1907, bermula di Gemas. Tahap pertama dari
Gemas ke Bahau yang siap pada tahun 1910, dan kemudiannya membawa Gemas
ke Tembeling satu landasan sepanjang 188.3km telah dibina, dan pembinaanya
adalah sama dengan keretapi di Kelantan. Pada tahun 1917, selepas pembukaan
landasan Kuala Lipis, hubungan terus dicapai antara Tembeling dengan Kuala Lipis.
Dengan membolehkan ibu kota negeri Pahang mengadakan hubungan terus dengan
ibu kota NMB, iaitu Kuala Lumpur. Kerajaan berharap pembukaan landasan ke
Kuala Lipis akan membawa kemasukan modal ke negeri tersebut. Tetapi malangnya,
oleh keranan keadaan perang di Eropah, Pahang tidak mengalami pelaburan modal
secara besar-besaran.107 Di Pahang, landasan daripada Kuala Lipis ke Merapoh telah
dibuka pada 1927 yang terletak di sempadan antara Pahang dan Kelanta

Pembinaan jalan raya di Pahang juga telah berlaku sejak dari awal yang
bertujuan untuk menghubungkan dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan
harapan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Jalan raya dibina sebagai suatu
kaedah yang cepat untuk merangsang masyarakat di Pahang untuk keluar bekerja,

105
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015Hlm 105
106
Amarjit Kaur, Seabad Keretapi Di Malaysia, 1985, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia,
Hlm 22
107
Ibid, Hlm 39
45

dan mereka tidak seharusnya dikatakan terikat dengan keadaan mundur di kampung,
sebaliknya mengambil kesempatan di atas perkembangan ekonomi yang berlaku.
Pembangunan dan pembinaan jalan-jalan raya di Pahang adalah berdasarkan
keadaan ekonominya. Pada sebelumnya, Pahang dikatakan kurang dalam
pembinaan keretapinya adalah kerana pihak British melihat bahawa ianya tidak
mendatangkan sebarang keuntungan. Pembinaan jalan raya di Pahang telah
menghubungkan negeri Pahang dengan negeri-negeri lain di semenanjung Tanah
Melayu. Jalan raya yang dibina ialah dapat dihubungkan ke Pahang seperti jalan
raya yang bermula dari Kuala Kubu di Selangor menuju ke Kuala Lipis di Pahang
telah sepenuhnya dibuka pada tahun 1898.108 Jalan raya ini telah menghubungkan
daratan antara pemodal dalam setiap negeri dengan kawasan bijih timah di Ulu
Pahang yang sudah mempunyai jalan alternatif tujuan penghantaran jentera daripada
pantai barat ke kawasan bijih timah. Pembinaan jalan yang paling utama adalah
antara timur ke barat iaitu daripada Kuantan ke Benta dan jauhnya adalah dalam 150
batu dan pembinaan jalan ini telah siap pada tahun 1915. Di Pahang, selepas jalan
raya dibina dan menjadi agensi pengangkutan yang utama, dan peningkatan akses
terhadapnya telah membuka lebih banyak kawasan untuk tujuan pelaburan.109

6.0 ANALISIS

Setelah membincangakan berkenaan perkembangan ekonomi yang berlaku di


negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, didapati bahawa negeri
seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang turut mempunyai perkembangan sosio-
ekonominya yang tersendiri. Kegiatan ekonomi di negeri-negeri ini sememangnya
adalah bergantung kepada aspek geografi serta cuacanya. Oleh itu, jika melihat
kepada aspek ini boleh dikatakan bahawa kedudukan negeri-negeri di pantai timur
108
Amarjit Kaur, Seabad Keretapi Di Malaysia, 1985, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia,
Hlm 87
109
Ibid, Hlm 90
46

yang dikelilingi dengan sungai-sungai dan laut adalah merupakan kedudukan negeri
yang strategik kerana berdekatan dengan sumber utama. Negeri pantai timur juga
mempunyai cuaca yang lembab dan kering sepanjang tahun di samping mempunyai
taburan hujan yang banyak dan menerima angin monsun yang akan berlaku pada
setiap penhujujung tahun iaitu pada bulan Oktober, November dan Disember.
Sememangnya hal ini amat mempengaruhi kedudukan dan perkembangan ekonomi
negeri-negeri di pantai timur seluruhnya.

Melihat kepada perkembangan ekonomi masyarakat pantai timur, pada


awalnya sama seperti negeri-negeri di pantai barat, iaitu menekankan ekonomi jenis
sara diri dan perolehan hasilnya hanya sekadar cukup untuk menampung keperluan
diri sendiri dan keluarga. Hal ini telah dibuktikan apabila ekonomi masyarakat di
sesebuah kawasan itu hanya sedikit dan berskala kecil. Perolehan pendapatan
harian mereka juga adalah sedikit dan tiada lebihan hasil. Namun, ekonomi di pantai
timur tidak hanya melihat kepada aspek sara diri ini sahaja, masyarakat di pantai
timur telah mempunyai perkembangan ekonominya sejak abad ke-19. Hal ini dimana
telah terdapat perkembangan ekonomi yang membawa kepada aktiviti jual beli di
pasar-pasar. Barangan yang dijual di pasar adalah datangnya daripada hasil yang
diusahakan oleh masyarakat setempat itu sendiri. Seperti contoh ialah perolehan
buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di pasar adalah daripada hasil yang
ditanam oleh pekebun. Manakala, daging-daging lembu dan ayam, itik yang dijual di
pasar-pasar juga adalah merupakan hasil yang didapati daripada kegiatan ternakan.
Seterusnya, barang pembuatan seperti tenunan kain, songket dan sutera juga
diperoleh daripada hasil yang dilakukan oleh masyarakat Melayu wanita di negeri
pantai timur seperti yang terdapat di Terengganu dan Kelantan. Hasil-hasil hutan
yang dijual juga adalah diperolehi daripada kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
masyarakat Melayu pantai timur yang menggunakan sumber hutan yang sedia ada
dengan sebaiknya sebagai sumber ekonomi.

Perkembangan ekonomi di negeri-negeri pantai timur juga kemudiannya


dapat dilihat setelah abad ke-20 iaitu zaman kedatangan kuasa besar Eropah iaitu
British ke Tanah Melayu bagi mengaut keuntungan. Pada awalnya, kehadiran
mereka hanyalah dengan tujua untuk berdagang dan memiliki pasaran, konsensi
serta melakukan pelaburan dalam ekonomi-ekonomi di Alam Melayu. Namun,
menjelang abad ke-20, matlamat British yang ingin mengaut keuntungan adalah
semakin agresif sehinggakan menyebabkan mereka cuba mencampuri urusan
pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Dasar campur tangan yang dilakukan ini
47

kemudiannya akan menyebabkan penguasaan kerajaan British dan pegawai-


pegawainya secara terus dalam setiap aspek di Tanah Melayu, terutamanya dalam
hal ekonomi. Pihak British melihat bahawa negeri-negeri di Tanah Melayu
mempunyai potensi besar dalam kegiatan ekonomi yang mendatangkan keuntungan
seperti bijih timah dan getah. Oleh itu, pihak British adalah kuasa yang
bertanggungjawab dalam mengubah landskap ekonomi di Semenanjung Tanah
Melayu secara keseluruhannya, iaitu daripada kegiatan ekonomi yang berasaskan
kelautan, kepada ekonomi yang berasaskan tanah daratan. Perkembangan ekonomi
di pantai timur juga telah berlaku seiringan dengan kehadiran kuasa British ini,
namun pencapaiannya adalah tidak setanding dengan negeri-negeri di pantai barat
yang lainnya.

Walaupun kehadiran kuasa British ke Semenanjung Tanah Melayu mampu


mengubah ekonomi di negeri-negeri pantai timur ke arah yang lebih baik, namun
perubahan yang dilakukan adalah sangat terhad. Negeri-negeri di pantai timur masih
terkebelakang, dan masih mundur berbanding negeri-negeri lainnya. Hal ini adalah
kerana ketidakseimbangan ekonomi kolonial di Tanah Melayu. Pihak British yang
menjalankan pembangunan yang tidak sekata di negeri-negeri semenanjung Tanah
Melayu kemudiannya akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan terhadap
ekonomi. Hal ini dapat dibuktikan apabila, negeri-negeri di pantai barat adalah lebih
maju dan membangun dari sudut ekonominya berbanding dengan negeri-negeri di
pantai timur itu sendiri. Corak pembangunan ekonomi yang dilakukan oleh pihak
British hanya menekankan pembangunan sesebuah wilayah yang dilihat memberi
kepentingan dan keuntungan kepadanya, manakala yang tidak memberikan
keuntungan dan tiada potensi akan disishkan dari aspek kemodenan. Oleh itu, telah
wujud selepas kedatangan British di mana negeri-negeri pantai barat adalah
merupakan negeri yang maju dan mempunyai kegiatan ekonomi yang baik, kegiatan
pelaburan yang tinggi, serta kemudahan infrastuktur yang baik. Manakala, negeri-
negeri di pantai timur hanya negeri yang dibiarkan tanpa pembaharuan ekonomi dan
sosial yang menyeluruh ke atasnya. Hal ini dilihat amat menjejaskan ekonomi
masyarakat di pantai timur, apabila kekurangan kemudahan infrastuktur ianya akan
menyukarkan kegiatan-kegiatan ekonominya kerana kebanyakan ekonomi yang
dijalankan melibatkan kawasan pendalaman. Walaupun sudah wujud pengangkutan
seperti kereta api yang dihubungkan di negeri-negeri pantai timur ini, namun
kewujudannya masih tidak mampu untuk mengubungkan antara kawasan bandar
dengan kawasan pendalaman. Keadaan ini merupakan punca terbesar di mana
ekonomi pantai timur tidak mencapai kejayaan, kerana tiada pelaburan syarikat-
48

syarikat asing yang berminat untuk menjalankan kegiatan ekonomi di negeri-negeri


ini. Tanpa pelaburan-pelaburan syarikat asing ini, seterusnya memperlihatkan
bahawa negeri-negeri pantai timur hanya menjalankan kegiatan ekonomi yang
melibatkan masyarakat setempat yang tidak memberi pulangan yang besar.

Selain itu, dapat kita lihat bahawa negeri-negeri di pantai timur dilihat
terkebelakang adalah kerana faktor dalaman negeri itu sendiri. Faktor yang dapat
dilihat ialah faktor geografi dan demografi. Walaupun negeri pantai timur dikelilingi
dan berdekatan dengan sungai, namun kondisi tanahnya yang tidak subur sudah
terbukti apabila pelbagai tanaman tidak memberikan hasil yang banyak. Selain itu,
keadaan cuaca di pantai timur yang menerima hujan paling banyak dan berlakunya
angin monsun adalah penghalang kepada dapatan hasil ekonomi yang baik kerana
berlaku masalah banjir setiap tahun. Keadaan ini bukan hanya merugikan hasil
tanaman dan hasil ekonomi tetapi turut melumpuhkan keadaan ekonomi negeri
tersebut apabila terpaksa berdepan dengan kerugian yang tinggi. Tidak dinafikan,
faktor demografi yang bermajoritikan penduduk Melayu di negeri-negeri pantai timur
juga adalah merupakan punca negeri-negeri ini tidak mampu untuk bersaing. Hal ini
kerana, masyarakat Melayu yang dikatakan malas, tidak mempunyai kemahiran yang
tinggi dalam ekonomi serta ketiadaan pendidikan telah menyebabkan kelembapan
ekonomi di negeri-negeri pantai timur yang mana pada akhirnya golongan ini hanya
bergiat dalam kegiatan pertanian dan perikanan. Secara keseluruhannya, walaupun
terdapat banyak faktor yang membawa negeri-negeri pantai barat jauh daripada
pemodenan, namun sejak kedatangan British dan selepas kemerdekaan telah
berlaku beberapa perubahan yang sedikit sebanyak telah membawa negeri-negeri
seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang keluar daripada kemelut kesmiskinan.

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, perkembangan ekonomi di semenanjung Tanah Melayu khusunya


negeri-negeri di pantai timur dilihat berada di puncak perubahan adalah selepas
penguasaan British. Kedatangan dan penguasaan British ke atas negeri-negeri di
pantai timur telah mencorakkan keadaan sosioekonomi yang sangat berbeza
berbanding dengan keadaan sebelumnya. Kemunculan pasaran industri di Eropah
yang memerlukan keluaran baru dari rantau ini telah mengalihkan penegluaran dan
perdagangan dari pantai timur ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Negeri-
negeri pantai timur dikatakan gagal menyaingi pasaran Eropah kerana kekurangan
49

bahan mentah untuk pasaran industri. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kegagalan
ini telah membawa negeri-negeri di pantai timur kepada suatu corak ekonomi yang
berbeza dengan negeri pantai barat, di mana penekanan kegiatan ekonominya
adalah terhadap kegiatan pertanian, perikanan, pembuatan semata-mata.
Masyarakat pantai timur yang mundur dari sudut ekonominya telah menyebabkan
kemunduran turut berlaku kepada aspek sosial. Hal ini dilihat telah memburukkan
keadaan, apabila kemudahan asas dan infrastuktur di negeri-negeri ini yang berada
pada tahap rendah telah menyebabkan negeri-negeri di pantai timur ini tergolong
antara negeri yang termiskin di Semenanjung.

Kesemua aspek yang telah dibincangkan telah memperlihatkan sejauhmana


pencapaian ekonomi dan sosial di negeri-negeri pantai timur semenanjung Tanah
Melayu. Jangka masa abad ke-18 hingga awal abad ke-20 telah menyaksikan
perubahan serta perkembangan ekonomi di negeri-negeri pantai timur ini secara
keseluruhan. Selain perubahan ekonomi, perubahan sosial juga turut berlaku apabila
terdapat perkembangan yang turut dibincangkan dalam aspek demografi, agama,
pendidikan dan kemudahan infrastuktur. Bagi masyarakat negeri-negeri ini, adalah
sukar untuk mereka membaiki taraf kehidupan dalam jangka masa yang singkat
selepas mereka dikatakan ketinggalan untuk satu tempoh yang panjang dan selepas
negera mencapai kemerdekaan, mereka terpaksa pula bersaing dengan negeri-
negeri yang jauh lebih maju. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa negeri-negeri pantai
timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang ini pembangunan dan
perkembangan sosioekonominya berlaku secara perlahan dengan mengambil masa
yang agak panjang.

8.0 RUJUKAN

Amarjit Kaur. 1985. Bride and Barrier: Transport and Communications in Colonial
Malaya 1870-1957. Singapura: Oxford University Press.

Amarjit Kaur. 1985. Seabad Keretapi Di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium
Malaysia.

Badariah Salleh. 1990. Imperialisme Ekonomi: Kajian Kes Ke Atas Imperialisem


Industri Getah Di Tanah Melayu dalam Cheah Boon Kheng dan Abu Talib
50

Ahmad, Kolonialisme Di Malaysia Dan Negara Lain. Petaling Jaya: Fajar


Bakti.

Drabble John H. 2000. An Economic History of Malaysia 1800-1990: The Transition


To Modern Economic Growth. New York: St Martin’s Book.

Graham W.A. 1907. Kelantan: A State of The Malay Peninsula. Glasgow: J.


Maclehose and Sons.

Jim Baker. 1999. Crossroads A Popular History of Malaysia and Singapore.


Singapore: Times Books International.

Kassim Ahmad 1981. Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Khazin Mohd Tamrin. 1992. Javanese Labour And The Development Of Malaya.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lim Teck Ghee. 1977. Peasant And Their agricultural Economy In Colonial Malaya
1874-1941. London: Oxford University Press.

Nordin Hussin. 2008. Geografi dan Perdagangan: Kepentingan Selat Melaka Kepada
Perdagangan Dunia, Asia Dan Dunia Melayu. Bangi: Akademika, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Nordin Hussin. 2008. Pedagang Bugis dan Kuasa Eropah Di Selat Melaka 1500-
1800. Bangi: Journal SARI, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nordin Hussin. 2011. Perdagangan Dan Peradaban Di Laut Malayu. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nordin Hussin. Roslelawati Abdullah. 2015. Perkahwinan Dan Penceraian Di


Terengganu 1950-1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nordin Hussin. Roslelawati Abdullah. 2015. Perkahwinan Dan Perceraian


Masyarakat Melayu Terengganu 1950an‒1970an. Bangi: Kajian Malaysia Vol
32, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nordin Hussin. 2007. Trade and Society In The Straits Of Melaka. Singapore: NUS
Press.
51

Rahmat Saripan. 1979. Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan, 1776-


1842. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Shaharil Talib. 1984. The Trengganu Experience 1881-1941. Singapura: Oxford


University Press.

Timothy P. Barnard. 2004. Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries.


Singapore: NUS Publishing.

Uqbah Iqbal. Nordin Hussin. Ahmad Ali Seman. 2015. Sejarah Perkembangan
Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu
Era Pra- Kolonial. International Journal of the Malay World and Civilisation.

W. Linehan. 1936. A History of Pahang. Kuala Lumpur: The Malayan Branch of The
Royal Asiatic Society.

Wong Lin Keng. 1965. The Malayan Tin Industry To 1914. University of Ariziona
Press.

Anda mungkin juga menyukai