Anda di halaman 1dari 2

LIEW CHI CHIENG 271074

Bincangkan ideologi berikut dan berikan contoh.

a) Modenisme
Bermula mungkin di sekitar abad ke-18 dengan adanya gerakan Enlightenment
yang dibawa oleh golongan ahli-ahli falsafah Enlightenment seperti Immanuel Kant
di negara Jerman, John Locke dan juga David Hume di Britain. Fahaman modenis
ini yang dibawa oleh ahli-ahli falsafah gerakan Enlightenment menekankan akan
peri pentingnya akal fikiran yang rasional di dalam menentukan kebenaran,
menentukan apakah bentuk organisasi sosial dan sebagainya. Mengagungkan akan
kejayaan sains dan kaedah saintifik yang terdapat pada masa itu yang merupakan
suatu kemajuan di dalam pencapaian ilmu manusia. Dengan adanya kejayaan sains,
yang berteraskan kepada penggunaan kaedah empirikal dan rasional, maka mereka
sudah mempunyai satu keyakinan baru akan kebolehan manusia untuk mencipta
sesuatu kehidupan yang lebih baik di dunia ini dan membawa kepada suatu budaya
baru yang berasaskan kepada rasionaliti, kaedah saintifik, dan konsep bahawa
manusia ini boleh mencapai kemajuan dengan menggunakan akal fikiran yang ada
pada dirinya, iaitu kemampuan manusia itu mencipta suatu kehidupan dan
masyarakat yang baru yang meninggalkan ciri-ciri lama seperti yang terdapat di
dalam masyarakat medieval yang berteraskan kepada keagamaan. Ini adalah sejarah
perkembangan ataupun sifat yang terdapat di dalam pemikiran modenis itu, didasari
oleh gerakan dan pemikiran Enlightenment.

b) Pasca modenisme
Sains menjadi kayu ukur kebenaran di semua bidang pengetahuan dan aspek
kehidupan. Ini adalah suatu projek yang agak besar dan radikal, tetapi kemunculan
falsafah yang seperti ini yang hanya menekankan akan aspek intelektual, reason dan
sains telah mendapat tentangan dari golongan yang kemudiannya digelar sebagai
pascamodenisme. Mereka ini menentang modeniti seperti yang dibawa oleh
golongan Enlightenment dan positivisme logikal, kerana mereka menganggap
bahawa pendekatan seperti ini adalah bersifat, apa yang dikatakan mereka sebagai
logocentric, iaitu menekankan akan akal yang rasional semata-mata yang
merupakan sesuatu yang tidak seimbang. Ini adalah kerana kalau kita melihat
manusia itu, maka sebagai insan ianya bukan hanya terdiri daripada aspek
intelektual, tetapi juga aspek emosi, intuitif, kerohanian dan sebagainya. Mereka ini
menentang dan mengadakan suatu pemberontakan terhadap logocentricism dan juga
terhadap rasionaliti, objektiviti dan kaedah saintifik. Dengan itu, mereka
menganggap bahawa sains itu bukanlah ilmu yang bersifat sebagai paradigmatik,
iaitu sebagai ilmu contoh yang mana jika sesuatu ilmu yang lain tidak mempunyai
ciri-ciri ilmu sains maka ia tidak dianggap sebagai ilmu, seperti yang dikatakan oleh
positivisme logikal yang menolak akan metafizik dan sebagainya.

c) Relativisme
Salah satu ciri utama di dalam fahaman pascamodenis ialah fahaman relativisme.
Teori relativisme ini adalah teori yang menolak sesuatu kebenaran yang objektif.
Relativisme menganggap kebenaran itu boleh dilihat dari pelbagai sudut.
Umpamanya dalam sains kita boleh menerima teori A sebagai benar dan di suatu
sudut yang lain kita boleh melihat teori B juga sebagai benar. Jadi jika kita
menganggap bahawa kebenaran itu bukannya bersifat suatu yang mutlak, maka ini
bermakna bahawa kita boleh menerima pelbagai sudut pandangan atas dasar
bahawa tidak wujud suatu kebenaran yang mutlak, tetapi wujud cara-cara yang
berbeza untuk memahami akan hakikat kebenaran itu. Sebenarnya sasaaran pihak
pascamodenis ialah ilmu sains yang menganggap bahawa hanya sains merupakan
ilmu yang sah dan sahih yang memberikan kita kebenaran yang mutlak tentang
pengetahuan tentang alam ini. Jadi bagi pihak pascamodenis, konsep relativisme
adalah satu cara untuk menafikan konsep absolute truth seperti yang didakwa oleh
sains hanya sains yang mampu memberi kita pengetahuan yang sebenarnya
mengenai alam ini, sebenarnya inilah yang mahu dicabar oleh pihak pascamodenis.

Anda mungkin juga menyukai