Anda di halaman 1dari 5

Doa harian dan Pengertian doa 

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah


melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di
samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di
dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-


orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk   neraka jahannam
dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan
dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w semasa hayat baginda.

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan
kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir  daripada orang yang boleh
atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan
maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat
bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya
kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan " Jawami Al-
Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan
zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan
rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( (‫( َ(د( ْ(ع( َ(و( ة‬- (‫( َي( ْ(د( ُع( و‬- (‫ ) َ(د( َ(ع( ا‬yang bererti, memanggil,
memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan
permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia,
agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah,
mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan
perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:

a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:

Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi
manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:
...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu
orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...


(Surah Al-Mukmin "Ghafir" ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:

Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...


(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:

Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...


(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:

Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...


(Surah Yunus ayat 10)
Doa pergi ke masjid 

Maksudnya:

"Ya Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada lidahku (percakapanku) cahaya,
pada pendengaranku cahaya, pada penglihatanku cahaya, dari atasku cahaya, dari
bawahku cahaya, dari kananku cahaya, dari hadapanku cahaya dan dari belakangku
cahaya, Jadikanlah dalam diriku cahaya, besarkanlah cahaya bagiku dan
agungkanlah cahaya bagiku. Jadikanlah bagiku cahaya serta jadikanlah diriku
cahaya. Ya Allah, berikanlah kepadaku cahaya dan jadikanlah dalam urat sarafku
cahaya, dalam dagingku cahaya, dalam darahku cahaya, pada rambutku cahaya dan
pada kulitku cahaya".

Zikir pagi dan petang 

"Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Esa dan selawat serta salam ke atas Nabi yang
tidak ada lagi nabi selepasnya".
Doa ketika dukacita dan sedih 

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada
hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan
adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang
Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau
Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang
tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di
dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada
kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan
berhutang dan paksaan orang.
Doa ketika berhadapan dengan musuh 

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami
berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.

Maksudnya:

Ya Allah, engkaulah Pembantuku dan Engkaulah Penolongku dan dengan pertolongan


Engkaulah aku berperang.

Maksudnya:

Cukuplah bagi kami pertolongan Allah dan Allahlah sebaik-baik penolong.


<< Home

Anda mungkin juga menyukai