Anda di halaman 1dari 2

PEMIKIRAN REFLEKTIF KEUSAHAWANAN

Sepanjang penulisan tugasan dan kursus ini diatas talian , saya meghadapi
terlalu banyak kekangan dan halangan.Bebanan tugas harian , kerja rutin harian
serta dugaan dalam kehidupan seharian hampir- hampir melemahkan semangat
saya dari mengkuti kursus ini. Walaubagaimanapun dengan bimbingan pensyarah
serta rakan setugasan yang lain dapatlah saya menghasilkan tugasan ini.

Sekali pandang memang tak nampak keperitan dan dugaan hidup yang di
hadapi oleh usahawan yang Berjaya serta bersinar pada masa kini.Yang kita
Nampak adalah kekayaan serta keselesaan kehidupan mereka hari ini yang begitu
mewah.Kursus ini memberikan saya gambaran sebenar yang selama ini saya
percaya ia hanyalah bersifat warisan .Selepas menyiapkan tugasan ini pandangan
saya telah berubah. Saya bersemangat untuk mempelajari dengan lebih mendalam
lagi dalam bidang keusahawanan setelah mendapat maklumat yang tepat berkaitan
ilmu keusahawanan seperti konsep, mitos, visi, inovasi, penjanaan idea,
rancangan perniagaan dan kini sayat elah mampu membezakan antara peniaga
dan usahawan.

Kursus ini menambah kemahiran saya untuk mengharungi pembelajaran


melalui kaedah membaca modul , forum, menonton video dan menjawabsoalan.
Kaedah kursus tersebut merupakan pemangkin untuk saya teruskan pembelajaran
di OUM secara kendiri dengan penuh keyakinan pada masa hadapan.

Pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini adalah saya merasa


amat teruja kerana begitu banyak ilmu boleh saya pelajari semasa mengikuti dan
mempelajari kursus ini. Saya juga mengambil kesempatan membaca beberapa
artikel berkaitan keusahawanan oleh penulis-penulis jurnal secara atas talian. Saya
juga semakin selesa mengikuti forum, tugasan, soalan, kuiz di laman sesawang
myINSPIRE. Kursus usahawan ini sangat bermakna dan bermanfaat kepada saya.
Saya akan terus mendalami ilmu keusahawanan walaupun telah tamat kursus ini
kerana minat yang mendalam. Saya akan gunakan ilmu yang ada untuk menjadi
seorang usahawan yang berjaya pada suatu hari nanti.
3.0 RUJUKAN

1. http://asterinasazalie86.blogspot.com/2016/03/assignment-year-4-semester-1-
january_72.html
2. http://ghirlygz.blogspot.com/2009/06/entrepreneurship-keusahawanan.html
3. http://kovorisan.blogspot.com/2013/11/normal-0-false-false-false-en-us-x-
none_9252.html

Anda mungkin juga menyukai