Anda di halaman 1dari 1

Untuk menjadi doktor, bermula dari keputusan SPM, anda harus skor straight

A didalam kesemua subject bagi melayakkan diri anda untuk mengambil A


Level atau asasi perubatan dan dapat peluang melanjutkan pelajaraan dalam
keadaan ditaja. Bagi yang ingin study di oversea, ambillah A level, bagi yang
sudah ada target universiti tempatan, anda boleh ambil asasi (foundation) di
universiti tersebut, seperti contoh Asasi Perubatan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Kalau tak skor straight A pun jangan risau, anda ada pilihan matrikulasi.
Disana, anda perlu skor CGPA 4.00 (tertakluk kepada syarat kelayakan
university), untuk memlilih kos perubatan. Terdapat banyak universiti awam,
swasta dan luar negara yang menawarkan kos perubatan. Pastikan universiti
atau kos itu diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA). Jika tak, rugi
wang dan masa. Sudah habis berpuluh ribu, sekali pulang ke tanah air, sijil
anda tak diiktiraf.
Untuk laluan kerjaya doktor seterusnya, setelah menamatkan pengajian
selama 5 tahun dalam bidang perubatan, anda perlu berdaftar
dengan Malaysian Medical Council (MMC) untuk mendapatkan Sijil
Pendaftaran Sementara. Kemudian anda perlu menjalankan latihan
sebagai Housemanship Officer (HO) di hospital yang diiktiraf oleh Medical
Qualifying Board.
Setelah lulus housemanship, anda perlu berdaftar dengan MMC untuk
mendapatkan sijil kelayakan berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan. Anda
perlu berkhidmat selama minimum 3 tahun sebagai Medical Officer (MO) di
hospital kerajaan barulah anda diiktiraf sebagai doktor perubatan yang
bertauliah.
Bagi yang berminat untuk menjadi specialist atau doktor pakar, setelah
lengkap anda berkhidmat lebih dari 3 tahun di hospital kerajaan, anda bolehlah
melanjutkan pelajaran diperingkat master dalam bidang kepakaran yang
diingini.

Bukan semua universiti menawarkan bidang kepakaran diperingkat master.


Anda perlu semak semula kos-kos yang ditawarkan di universiti pilihan. Setelah
lulus pengajian di peringkat master, anda perlu bekerja dahulu dalam bidang
tersebut minimum 2 tahun, barulah anda diiktiraf sebagai doktor pakar.

Anda mungkin juga menyukai