Anda di halaman 1dari 2

5 Langkah menentukan hala tuju selepas SPM

Hala tuju yang dimaksudkan ialah arah yang hendak dituju oleh pelajar-pelajar
dengan berbekalkan keputusan SPM yang akan diperoleh nanti. Perkara itu penting
kerana ia membabitkan masa depan pelajar-pelajar sendiri iaitu apa yang hendak
mereka capai dalam kehidupan mereka pada masa akan datang.
Dalam menentukan hala tuju selepas SPM, ada lima langkah perlu dilakukan oleh
pelajar-pelajar, iaitu:
Pertama, menentukan impian dan cita-cita. Cara paling mudah adalah pelajar
bertanya pada diri sendiri: Apakah pekerjaan yang ingin dilakukan lima atau 10
tahun akan datang? Adakah pelajar bercita-cita hendak menjadi doktor, jurutera,
atau peguam? Pengaturcara komputer? Usahawan? Kontraktor? Juruterbang?
Jika pada saat ini, pelajar-pelajar masih belum mempunyai sebarang impian dan
cita-cita, maka eloklah mula menerokanya sekarang. Lihat pada diri sendiri, apakah
minat, bakat dan kecenderungan yang ada. Pelajar juga boleh mendapatkan
pandangan daripada ibu bapa, abang atau kakak, saudara-mara, guru, kaunselor.
Sekarang ada banyak maklumat yang boleh dicapai menerusi internet. Kata orang,
maklumat sekarang berada di hujung jari. Hanya dengan sekali klik, pelbagai
maklumat diperolehi. Pelajar juga boleh mendapatkan buku-buku mengenai pelbagai
jenis kerjaya di pasaran.
Kedua, cari dan dapatkan maklumat mengenai cara untuk mencapai cita-cita itu.
Contohnya, jika hendak menjadi jurutera, mesti mempunyai ijazah dalam bidang
kejuruteraan. Maknanya, apakah kelayakan yang perlu ada untuk mencapai cita-cita
atau kerjaya idaman kita.
Sesetengah kerjaya memang memerlukan kelayakan khusus dalam bidang tertentu.
Tidak dapat tidak, anda mesti memiliki ijazah atau sijil dalam bidang berkenaan
untuk menceburi kerjaya itu. Misalnya, untuk menjadi doktor, perlu memiliki ijazah
dalam bidang perubatan. Untuk menjadi peguam, perlu memiliki ijazah dalam bidang
undang-undang. Untuk menjadi akauntan, perlu mempunyai ijazah dalam bidang
perakaunan.
Ketiga, cari dan dapatkan maklumat bagaimana hendak memiliki kelayakan yang
diperlukan itu. Misalnya, untuk mendapat ijazah dalam bidang kejuruteraan, pelajar
perlu belajar di universiti yang menawarkan kursus kejuruteraan. Jadi, cari maklumat
kursus apa yang perlu diikuti untuk mendapatkan kelayakan dalam bidang itu serta
di manakah kursus itu ditawarkan.
Keempat, cari dan dapatkan maklumat mengenai syarat kelayakan yang perlu
dipenuhi untuk masuk mengikuti pengajian atau kursus itu. Setiap kursus ada syaratsyarat minimum yang ditetapkan untuk pelajar memohon. Biasanya untuk mengikuti
kursus peringkat ijazah memerlukan kelulusan STPM, matrikulasi/asasi atau
diploma.

Jika pelajar memilih untuk mengikuti program matrikulasi selepas mendapat


keputusan SPM, maka pelajar perlu tahu apakah syarat yang diperlukan untuk
memasuki kursus matrikulasi.
Kelima, menetapkan sasaran keputusan yang sepatutnya dicapai untuk
membolehkan pelajar mencapai impian dan cita-cita mereka. Jika diteliti, syarat yang
ditetapkan oleh pihak universiti ialah syarat kelayakan minimum untuk memohon.
Bermaksud, itulah sekurang-kurangnya keputusan yang perlu diperoleh pelajar
untuk
melayakkan
mereka
memohon
kursus
yang
ditetapkan.
Bagaimanapun, pelajar perlu ingat bahawa pelajar sebenarnya perlu bersaing
dengan ramai pemohon lain. Dan kemungkinan ada pemohon yang mendapat
keputusan yang lebih baik dan lebih tinggi. Oleh itu, sebaik-baiknya tetapkanlah
sasaran untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam SPM nanti.
Ambil sekeping kertas. Tuliskan dengan besar apakah keputusan peperiksaan yang
ingin dicapai bagi setiap subjek dalam peperiksaan SPM kelak. Tampal kertas itu di
dinding atau di meja belajar atau di mana saja yang memudahkan pelajar melihat
setiap hari.

Anda mungkin juga menyukai