Anda di halaman 1dari 16

Topik 2

Apa itu IMBUHAN PINJAMAN ?

Tak Tahu ?

Tolong Dengar , anda akan lebih memahami......

Imbuhan Pinjaman diserapkan ke dalam bahasa


Malaysia melalui proses peminjaman .

Ia digunakan untuk membentuk kata nama.

Imbuhan ini ditambah sama ada di awal kata atau


di akhir kata.

Mari mengenalpasti imbuhan pinjaman awalan dan imbuhan pinjaman akhiran.


Bubble sound,shape and
effect Juru
Maha
orang yang mahir dalam
sesuatu bidang. tertinggi, teragung

Cth: Cth:

juruterbang, juruhebah, mahasiswa, Maha Esa, Maha


jururawat, jurugambar mulia

Dwi
Pra
Dua
Peta buih sebelum, syarat kepada
dwifungsi, dwibahasa Imbuhan sesuatu
Pinjaman prasekolah, prakata,
Awalan praakhir prasekolah,
prakata, praakhir

Anti

menentang, mencegah, Tata


benci
Pro susunan atau peraturan
antikerajaan, antidadah Cth:
memihak, menyokong

prokerajaan, tatanegara, tatasusila,


prodemokrasi. tatabahasa
Bubble sound,shape and
effect -is
pelaku, orang , keadaan Cth:
saintis, cerpenis,praktis -wan
pekerjaan atau tugas, pemilik
sesuatu
benda,sifat, dan pelaku sesuatu
perbuatan.
-ita
Cth:
pekerjaan atau tugas
sasterawan,jutawan,
( perempuan.) pustakawan
Cth:

biduanita,karyawanita Peta buih


Imbuhan
Pinjaman
Akhiran -wati
pekerjaan atau tugas
( perempuan )
Cth:
sukarelawati,
-isme
sifat, fahaman, sikap
-man peragawati

Cth: pekerjaan atau tugas , pemilik


komunisme,sosialisme, sesuatu sifat.
Cth:
petriotisme.
Budiman,Seniman
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

1. ___________itu telah menyatakan persetujuannya untuk membiayai kos pembinaan masjid di


kampung kami.

A. Budiman B. Hartawan C. Sukarelawan D. Angkasawan

2. Antara punca kegagalan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah mereka tidak
menguasai __________dengan baik.

A. tatasusila B. tatakerja C. tatabahasa D. Tataetika

3. Marina yang ___________itu bekerja sebagai pramugari di Air Asia.


A. jutawan B. jelitawan C. mahasiswi D. Budayawan

4. Tindakan __________boleh dikenakan kepada pegawai yang tidak bertanggungjawab.

A. tatabahasa B. tatasusila C. tatacara D. tatatertib

5. Pelancong haruslah mematuhi ____________berpakaian ketika melawat ke Masjid Putrajaya.


A. tatacara B. tataetika C. tatatertib D. tatasusila

6. Manusia zaman ___________ mempunyai taraf hidup yang rendah.


A. prakata B. prasejarah C. poliklinik D. politeknik

7. Abang berjaya melanjutkan pelajarannya ke _____________.


A. prasekolah B. Prasejarah C. poliklinik D. politeknik

8. Lukisan itu dikurniakan oleh _____________China kepada Sultan Mansor Shah.


A. Maharani B. Mahaguru C. Maharaja D. Mahasiswa

9. Jasa __________yang memperjuangkan kemerdekaan negara wajar dihargai.

A. negarawan B. ilmuwan C. cendekiawan D. olahragawan

10. ____________itu berada di tempat kejadian untuk melaporkan berita terkini tentang peristiwa
tanah runtuh.
A. Peragawati B. Budayawan C. Sejarawan D. Wartawan
Latihan 1

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

Hartawan (1) jelitawan mahasiswa (4)

angkasawan dermawan (2) budiman (3)

Encik Hashim seorang __________1_________yang terkenal di bandar Mersing. Dengan

kekayaan yang ada, beliau tidak pernah lupa diri. Beliau seorang ______2_________kerana suka

membantu orang yang susah. Beliau juga seorang yang _____3________kerana suka berbudi

kepada orang dan menghormati orang lain. Anak-anak beliau juga berjaya dalam pelajaran. Mereka

merupakan ________4_____di universiti tempatan.

Latihan 2

Garisi kata berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam ayat di bawah.

1. “Kamus dwibahasa ini RM45.00 sahaja,” kata jurujual itu.

2. Anugerah Olahragawati Kebangsaan telah dimenangi oleh Nicol Ann David kerana
kecemerlangannya dalam sukan skuasy.

3. Kursus tatarias oleh jurusolek terkenal itu mendapat sambutan daripada kaum wanita.

4. Para wartawan sibuk mengambil gambar dan menyampaikan maklumat tentang


kemalangan jalan raya itu.
5..Beberapa orang peragawati sedang memperagakan pelbagai jenis baju kurung di atas pentas.

6.Puisi yang dideklamasikan oleh sasterawan negara itu begitu menarik sehinnga memukau para
hadirin.
1.Beberapa orang ________________hadir untuk membentangkan kertas kerja dalam forum bahasa
itu.

A. jutawan B. peragawan C. cendekiawan D. hartawan

2.Lakonan ____________yang hebat itu telah membolehkan beliau memenangi anugerah pelakon
wanita terbaik.

A.seniwati B. jelitawan C. peragawati D. olahragawati

3.Pendidikan _______________amat penting kepada kanak-kanak sebelum mereka memasuki


sekolah rendah.

A.prakata B. prabayar C. Prasekolah D. prasejarah

4.______________dari Ukraine itu berasa kecewa atas kegagalan mempertahankan pingat emas
yang dimenanginya dalam acara lompat bergalah empat tahun lalu.

A. Cendekiawan B. Hartawan C. Budayawan D. Olahragawan

5. Saya dan adik berasa gembira kerana dapat menghadiri _____________filem “Aku Bahagia”
semalam.

A. prauniversiti B. pratonton C. prasyarat D. prasekolah

6. Walaupun berasal daripada keturunan _____________ tetapi Tengku Majid tidak sombong.

A. beliawan B. usahawan C. bangsawan D. cendekiawan

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Encik Rashid ____________. Beliau sering menghulurkan wang kepada anak-anak yatim.

A. wartawan B. dermawan C. sasterawan D. cendekiawan


8. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dipilih sebagai ___________pertama negara dan berjaya membuat
penyelidikan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

A. angkasawan B. sukarelawan C. hartawan D. jutawan

9. A. Samad Said ialah __________ negara yang aktif dalam penulisan novel.

A. budayawan B. negarawan C. sasterawan D. angkasawan

10. ________________itu berjalan sambil menggayakan fesyen pakaian terkini.

A. Peragawati B. Seniwati C. Budayawan D. Sasterawan


Latihan 1

Warnakan perkataan berimbuhan pinjaman dalam ayat dibawah.

1.Tokoh pemimpin yang sangat budiman itu sentiasa membantu penduduk yang dalam
kesusahan.

2.Murid perempuan itu merupakan olahragawati di sekolah kami selama dua tahun berturut-turut.

3.Beberapa orang sukarelawan sedang membantu mangsa banjir di Johor.

4.Orang tua yang dermawan itu sentiassa membantu penduduk kampung dengan ikhlas.

5.Adik Boon Fat meminati mata pelajaran Sains dan Matematik kerana dia bercita-cita untuk
menjadi seorang angkasawan.

6.Pak Abu akhirnya Berjaya menjadi seorang usahawan tani terkenal.

7.Encik Mazlan merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan yang diceburinya
sejak lima tahun lepas.

8.Hartawan itu seorang yang merendah diri dan beliau amat disenangi oleh jiran-jirannya.

9.Datuk Siti Nurhaliza merupakan seniwati yang disegani ramai.

10.Banyak wartawan asing hadir pada majlis tersebut.

11.Abang Syafiq merupakan seorang jurutera lulusan luar negara yang berwibawa.

12.Jamilah merupakan seorang peragawati yang terkenal

13.Nabila belajar membaca sejak di kelas prasekolah lagi.

14.Kami akan belajar tatabahasa pada setiap hari Selasa.

15."Cuba jauhi prasangka buruk terhadap kawan-kawan kamu," pesan Cikgu Marina.

16.Buku yang tebal biasanya didahului dengan prakata.

17.Maharani bukan sahaja jelitawan malah hati baginda amat mulia.

18.Puan Rosmah bertugas sebagai jururawat di Hospital Segamat.

.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kempen ______ yang dijalankan oleh kerajaan mendapat sambutan hangat.


A antibodi
B antibiotik
C antidadah
D antibakteria

2 Sukan ____ itu akan dianjurkan oleh Singapura pada bulan Disember nanti.
A dwifungsi
B dwimusim
C dwibahasa
D dwitahunan

3 _____ buku itu mengulas sedikit pandangan penulis tentang sukan di Malaysia.
A Prakata
B Prabayar
C Prasyarat
D Pratonton

4 ______ yang bertugas melayan penumpang dengan mesra.


A Pramugari
B Prasarjana
C Pramugara
D Prasiswazah

5 Sekolah antarabangsa itu mempunyai ______ yang serba langkap.


A prauniversiti
B prasangka
C prasejarah
D prasarana
6 ______ persatuan silat sedang memberi nasihat yang berguna kepada anak didiknya.
A Maharani
B Maharaja
C Mahaguru
D Mahahakim

7 Seng Kok diisytiharkan sebagai ______ negeri Selangor tahun ini.


A sasterawan
B negarawan
C olahragawati
D olahragawan

8 Tindakan _____ akan dikenakan kepada kakitangan yang melanggar peraturan syarikat.
A tatalaku
B tatatertib
C tatarakyat
D tatanegara

9 Latihan ____ yang diberi oleh Cikgu Mazira sungguh susah.


A tatacara
B tatasusila
C tatanegara
D tatabahasa

10 ______ P. Ramlee pernah memenangi banyak anugerah dalam dunia perfileman.


A Seniwati
B Seniman
C Peragawati
D Peragawan

11 ____ itu membuat laporan lintas langsung dari Stadium Bukit Jalil Semasa Perlawanan Badminton
Terbuka Malaysia diadakan.
A Jutawan
B Hartawan
C Wartawan
D Dermawan
12 Pemilik syarikat yang _____ itu sentiasa menderma kepada bahan kebajikan.
A rupawan
B budiman
C negarawan
D pustakawan

13 Semua pekerja di Syarikat Seng Lee perlu mengikuti _____ yang telah ditetapkan.
A tatakerja
B tatatertib
C tatasusila
D tatabahasa

14 Persembahan nyanyian oleh _____ yang terkenal itu menghiburkan hati para penonton.
A biduanita
B sukarelawati
C angkasawati
D olahragawati

15 Abang saya ______ Universiti Sains Malaysia.


A mahasiswa
B mahaguru
C mahasiswi
D maharaja

16 Emak menyapu sedikit cecair _____ pada luka di kaki adik.


A antibodi
B antikarat
C antiseptik
D antijenayah

17 Gadis yang _____ itu akhirnya berkahwin dengan pemuda idamannya.


A olahragawan
B budayawan
C karyawan
D rupawan
18 _____ negara telah selamat berlepas ke angkasa lepas.
A Peragawan
B Pustakawan
C Negarawan
D Angkasawan

19 Mesin pencetak _____ itu sangat berguna di pejabat.


A dwitahunan
B dwimingguan
C dwibahasa
D dwifungsi

20 Masalah penggunaan bahasa Melayu di negara ini telah dibahaskan oleh para _____ .
A cendekiawan
B wartawan
C hartawan
D jutawan

21 _____ untuk memasuki universiti itu sangat ketat.


A Prasyarat
B Prasarana
C Prasangka
D Prasiswazah

22 “Jangan selalu _____ buruk terhadap orang lain,” nasihat emak kepada kami.
A Prasyarat
B Prasarana
C Prasangka
D Prasejarah

23 Kamus elektronik _____ itu dijual kepada para pelajar dengan harga yang berpatutan.
A dwitahunan
B dwibahasa
C dwiminggu
D dwibulan
24 Ramuna telah menerima anugerah ______ sekolah selama dua tahun berturut-turut.
A mahasiswa
B peragawati
C sukarelawati
D olahragawati

25 Encik Latif bertugas sebagai ______ di Perpustakaan Negara sejak tahun 1999.
A biduan
B mahasiswa
C peragawan
D pustakawan

26 Sudah sepuluh tahun kakak menjadi _____ bagi Pertubuhan MAKNA.


A olahragawati
B sukarelawati
C biduanita
D seniwati
Latihan 1

Baca petikan di bawah. Kemudian, taip semula ayat-ayat yang mengandungi perkataan
berimbuhan pinjaman .

Varrshagen dan ibunya berjalan kaki untuk pergi ke klinik. Varrshagen hendak
mendapatkan rawatan doktor. Adik Varrshagen, Karthini yang baru pulang dari kelas prasekolah
turut mengikut mereka.

Terdapat ramai orang di poliklinik itu. Varrshagen mengambil nombor giliran. Sementara
menunggu giliran, Varrshagen membaca senaskhah majalah. Dia membaca rencana mengenai
seorang hartawan yang terkenal. Beliau seorang dermawan yang banyak membantu golongan
miskin. Isterinya pula seorang karyawan berbakat yang gemar menghasilkan lukisan abstrak.
Ramai jutawan telah membeli hasil karya seninya yang cantik.

Tidak lama kemudian, jururawat di kaunter memanggil nama Varrshagen. Varrshagen pun
masuk ke dalam bilik rawatan. Varrshagen menjaga tatasusila semasa berurusan dengan doktor
itu. Doktor memeriksa Varrshagen dan memberinya ubat antibiotik.

Ayat-ayat:
1. Varrshagen dan ibunya berjalan kaki untuk pergi ke poliklinik.

2. Adik Varrshagen, Karthini yang baru pulang dari kelas prasekolah turut mengikut mereka.

3. Terdapat ramai orang di poliklinik itu.

4. Dia membaca rencana mengenai seorang hartawan yang terkenal.

5. Beliau seorang dermawan yang banyak membantu golongan miskin.

6. Isterinya pula seorang karyawan berbakat yang gemar menghasilkan lukisan abstrak.

7. Ramai jutawan telah membeli hasil karya seninya yang cantik.

8. Tidak lama kemudian, jururawat di kaunter memanggil nama Farish.

9. Varrshagen menjaga tatasusila semasa berurusan dengan doktor itu.

10. Doktor memeriksa Varrshagen dan memberinya ubat antibiotik.


LATIHAN 2

Isikan tempat kosong di bawah dengan perkataan yang sesuai.

Juruacara Peragawan Prakata Dwibahasa Prasekolah Usahawan Mahasiswa


Tatasusila Jurutera Biduanita

1. Abang Zamri merupakan _Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2. Kerajaan akan mengkaji pendidikan _ Prasekolah _bagi kanak-kanak yang berumur lima tahun
mulai tahun hadapan.

3. Borhan meminta bapanya membelikanya sebuah kamus Dwibahasa ________.

4. Juruacara majlis malam kebudayaan mempersilakan Yang Berhormat Menteri Besar


merasmikan majlis.

5. Para penonton menari mengikut rentak muzik apabila Biduanita popular itu menyanyikan
sebuah lagu yang mempersonakan.

6. Tuan Haji Kamaruzaman diminta menulis _Prakata _bagi buku terbitan Doktor Basri yang
berjudul “Penyakit Jantung”.

7. Setiap warganegara perlu memelihara Tatasusila _ yang baik demi menjaga imej negara.

8. Bangunan yang canggih itu dibina oleh pekerja-pekerja mahir di bawah pengawasan Jurutera
tempatan yang bertauliah.

9. Beberapa orang _Peragawan _ yang ayu sedang menggayakan baju kurung rekaan Encik
Morhan

10. Encik Foong merupakan Usahawan _yang bergiat dalam bidang perniagaan makanan dan
minuman

Anda mungkin juga menyukai