Anda di halaman 1dari 4

Kawan-kawan hendak dengar cerita? Kalau hendak dengar, mari sini...

mari sini
rapat dengan saya.

Kawan-kawan...hari ini saya ingin bercerita tentang kisah yang bertajuk ‘kasih
sayang seorang ibu’

Kawan-kawan sayang atau tidak ibu kawan-kawan? Mesti sayangkan...saya pun


sayang akan ibu saya.

Baiklah...begini kisahnya...

Di sebuah kampung tinggallah 2 beranak iaitu Mak Limah dan anaknya yang
bernama Zaiton.

Kehidupan mereka ini sangat bahagia. Mak Limah begitu sayang akan anaknya.
Begitu juga Zaiton... dia juga sayang akan ibunya,

“Ibu..bilakah agaknya kita akan duduk rumah yang lebih besar dan selesa?” kata
Zaiton.

“Anakku Zaiton, rumah ini peninggalan arwah ayahmu nak. Walau buruk sekali pun
kita perlu tinggal di sini nak..” kata Mak Limah lembut.

“Tapi ibu...Zaiton malu dengan kawan-kawan. Mereka selalu kata kita orang miskin.
Mereka juga selalu kata rumah kita buruk.”protes Zaiton.

“Tidak mengapalah Zaiton. Biarlah orang nak kata pun. Yang penting kita dapat
berteduh daripada hujan dan panas. Ramai lagi di luar sana yang lebih susah
daripada kita.”

Mak Limah termenung seketika. Dia rasa bersalah kerana tidak dapat
menyediakan kehidupan yang selesa buat anak kesayangannya.

“Aku tidak boleh mengalah. Aku akan bekerja keras lagi untuk mendapatkan duit
yang banyak”. Kata Mak Limah bersemangat.

Semenjak itu, Mak Limah melakukan pelbagai pekerjaan.

Pada sebelah pagi dia akan menoreh getah. Pada sebelah petang dia mengambil
upah mencuci pakaian. Manakala, waktu malam pula Mak Limah akan bertungkus
lumus menyiapkan tempahan baju.
Kasihankan Mak Limah kawan-kawan, dari siang hingga ke malam tidak berhenti
membuat kerja. Semua ini Mak Limah buat untuk menggembirakan anaknya,
Zaiton.

Pada keesokkan harinya, “Ibu......ibu......ibu ada di mana?” jerit Zaiton memanggil


ibunya.

Mak Limah yang mendengar namanya dipanggil, terus terkejut.

“Kenapa anakku ini” bisik Mak Limah di dalam hati.

Apabila Zaiton melihat ibunya yang sedang sibuk mencuci pakaian terus dipeluk
ibunya erat-erat.

“Terima kasih, ibu. Zaiton dapat 6 A dalam UPSR. Semua ini disebabkan ibu
menghantar Zaiton ke kelas tambahan anjuran Puan Fatimah. Tidak ramai kawan-
kawan Zaiton dapat mengikuti kelas beliau kerana bayarannya agak mahal. Tetapi
Zaiton amat bertuah. Semuanya kerana jasa ibu. Terima kasih ibu. Zaiton sayang
ibu.” Luah Zaiton dengan nada gembira.

“Alhamdulillah. Semua ini atas kerja keras kamu juga nak.” Mak Limah menitiskan
air mata kegembiraan.

Beberapa bulan kemudian. Zaiton telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke


MRSM. Zaiton sangat gembira.

Mak Limah pula semakin ligat mengambil upah mencuci pakaian dan upah menjahit
baju. Mak Limah perlukan duit yang banyak untuk menampung perbelanjaan Zaiton
nanti di MRSM.

“Ibu, ibu tidak usahlah hantar Zaiton ke MRSM. Zaiton akan tumpang kereta
ayah Fatimah.”

“Baiklah, nak.” Akur Mak Limah. Walaupun jauh di sudut hatinya ingin menghantar
anaknya sendiri dengan menaiki bas.

“Zaiton janji akan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat keputusan yang


cemerlang. Nanti bila habis belajar Zaiton akan dapat kerja yang bagus. Zaiton
nak kumpul duit banyak-banyak nak bagi kepada ibu. Zaiton akan buat rumah yang
baru dan besar untuk ibu.” Kata Zaiton penuh semangat.

Mak Limah berasa sangat terharu mendengar kata-kata anaknya.


“Alhamdulilla ya Allah, kerana Kau kurniakan anak yang baik dan solehah seperti
Zaiton kepadaku.” Bisik Mak Limah di dalam hati.

Pada awal kemasukan Zaiton ke MRSM, Zaiton kerap menelefon ibunya untuk
bertanya khabar dan meminta sedikit duit belanja.

Tetapi apabila hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun,
Zaiton semakin jarang menghubungi ibunya atas alasan sibuk.

Apabila Mak Limah ingin ke sana menziarahinya, pelbagai alasan yang akan diberi
oleh Zaiton tidak membenarkan ibunya datang menjumpainya.

Mak Limah tidak boleh tahan lagi menanggung rindu akan Zaiton.

Dia bertekad ingin pergi ke MRSM untuk berjumpa Zaiton tanpa pengetahuan
anaknya itu.

Sampai sahaja di MRSM, Mak Limah terus ke bilik Zaiton. Apabila nampak sahaja
Zaiton, Mak Limah terus peluk anaknya itu dengan penuh rasa kerinduan.

“Ya Allah, anakku. Ibu sangat rindu akan kamu.”

Zaiton menepis pelukan ibunya dengan rakus. “Kenapa ibu ada di sini. Zaiton sudah
bagitau kepada ibu kan jangan datang ke sini tanpa kebenaran Zaiton.”

“Zai, siapakah perempuan tua ini? Penampilannya sangat buruklah.” Sapa kawan
sebilik Zaiton.

“Eh, perempuan tua ini...perempuan tua ini... orang gaji aku. “ kata Zaiton gagap.

Gugur air mata seorang ibu apabila anak kesayangannya tidak mengaku dirinya
sebagai ibu.

Kawan-kawan. Perempuan tua yang dikatakan orang gaji itulah yang


melahirkannya. Perempuan tua yang dikatakan orang gaji itu juga lah yang bekerja
keras menampung perbelanjaannya ketika belajar.

Mak Limah balik dengan hati yang sangat pilu.

“Ya Allah, ya Tuhanku. Kenapa anakku tidak mahu mengaku aku ibunya, ya Allah”

“Aku ini ibunya ! aku yang melahirkannya. Aku ini ibunya, ya Allah. Mak Limah
menangis teresak-esak.
Kasihankan Mak Limah, kawan-kawan. Sampai hati Zaiton tidak mangaku Mak
Limah itu ibunya.

aKawan-kawan nak tahu apa yang terjadi kepada Zaiton selepas kejadian itu?

Zaiton telah terlibat dengan kemalangan. Tangannya patah. Kakinya patah.


Bibirnya habis pecah. Itulah padahnya menderhaka kepada ibu. Allah balas di
dunia lagi.

Tetapi kawan-kawan. Disebabkan kasih sayang seorang ibu, Mak Limah telah
memaafkan perbuatan Zaiton. Mak Limah lah yang menjaga Zaiton sepanjang
Zaiton di hospital. Kasih sayang seorang ibu tidak berbelah bagi.

“Maafkan Zaiton, ibu.” Mereka berdua saling berpelukan.

Ingat ya kawan-kawan. Kita mesti menghormati ibu bapa kita. Walaupun mereka
miskin, mereka tetap ibu bapa kita. Tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. Saya
sayang ibu saya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai