Anda di halaman 1dari 2

SIRR AL ASRAR

Rahsia Dalam Rahsia

(Syeikh Abdul Qadir Jailani)

‘Abd al-Qadir al-Jilani ibn Salih ibn Jangidost, (juga dieja Abdulqadir Gaylani, Abdelkader, Abdul Qadir,

Abdul Khadir - Jailani, Jilani, Jeelani, Jilali, Gailani, Gillani, Gilani, Al Gilani) (470-561 H. / 1077-1166

M.) adalah sheikh pendakwah sufi mazhab Hanbali keturunan Parsi dan pemimpin mazahab Sufi

Qadiri. Dia dilahirkan pada 1 Ramadan pada 470 H., 1078 M., di daerah Gilan, Parsi (Iran) selatan

Laut Caspian. Disebabkan bahasa Parsi tidak memiliki huruf fonetik "G" dalam tulisan Arab, namanya

juga direkodkan sebagai Kilani dan Jilani dalam manuskrip Arab.

Gilani tergolong dalam rangkaian kerohanian Junayd Baghdadi. Sumbangannya kepada pemikiran

Dunia Muslim memberikannya gelaran Muhiyuddin (harafiah. "Pembangkit semula keyakinan"), kerana

dia bersama muridnya dan rakan sejawat meletakkan batu asas bagi masyarakat yang kemudiannya

menghasilkan ulama seperti Nuruddin Zengi dan Salahuddin al-Ayyubi. Golongan Sufi yang

dinamakan sempena namanya dipercayai yang tertua dan yang terawal dikalangan golongan

sedemikian.

Keturunan

Al-Jailani telah dilahirkan sekitar tahun 470/471H yang bersamaan 1077M di sebuah wilayah bernama

Jailan atau Kailan di Parsi atau Iran kini (lantas memberi imbuhan gelaran al-Jailani). Ayahanda Al-

Jailani, Abu Salih Musa al-Hasani, adalah dari keturunan Hassan bin Ali, iaitu anakanda sulung Ali bin

Abi Talib r.a. (menantu dan sepupu kepada Nabi Muhammad s.a.w) dan Fatimah r.a. (puteri baginda

s.a.w.) Ibunda Al-Jailani adalah puteri kepada Abdullah Sawmai, yang juga keturunan dari Hussein bin

Ali, adik kepada Hassan. Maka, Al-Jailani adalah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. melalui susur

galur kedua-dua cucu baginda, Hassan dan Hussain.

Pendidikan

Beliau banyak menghabiskan masa kanak-kanak beliau di kota kelahirannya. Pada usia 18 tahun,

beliau telah ke Baghdad (1095), untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang fiqh Hanbali di bawah

beberapa orang ulama. Beliau menerima pendidikan Fiqh daripada Abu Ali al-Mukharrimi, Hadith

daripada Abu-Bakar-bin-Muzaffar, dan tafsir daripada ulama tersohor, Abu Muhammad Jafar. Dalam

bidang Tasawwuf pula, gurunya ialah Shaikh Abu'l-Khair Hammad bin Muslim al-Dabbas. Daripada
gurunya, Syeikh Abdul Qadir menerima latihan asas dan seterusnya mendapat bantuan untuk

perjalanan rohaniah beliau.

Hasil karya

Sesetengah hasil karya Jilani yang terkenal termasuk:

• Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Bekalan Mencukupi bagi Pencari Jalan Kebenaran dan

Agama). - Lima jilid dikarang Sheikh Abdul Qadir atas permintaan murid-muridnya, sebagai panduan
yang lengkap bagi

semua aspek kehidupan Islam, dalaman dan luaran.

• Futuh al-Ghaib (Pembuka Tabir Keghaiban) - 78 bahagian, agak pendek dan penyampaian yang terus
dan sangat

berkesan.

• Al-Fath ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian) - 62 bahagian, lebih panjang, disampaikan di Baghdad pada
545-546H.

• Jala' al-Khawatir (The Removal of Cares) - 45 bahagian, pada 546H.

• Malfuzat (Luahan Kata Sheikh Abdul Qadir) - Ini ialah koleksi ucapan beliau. Lazimya ditemui di
penghujung

mansukrip Arab untuk Fath ar-Rabbani.

• Khamsata 'Ashara Maktuban (Lima Belas Surat) - Ini ialah 15 pucuk surat yang ditulis beliau dalam
bahasa Parsi

kepada salah seorang anak murid beliau.

• Al-Fuyudat al-Rabbaniyya (Anugerah Ketuhanan)

• Bashair al-Khairat (Khabar Gembira) - Selawat oleh Sheikh Abdul Qadir dengan kaedah yang
diilhamkan dari Allah.

• Kitab Sirr al-Asrar wa Mazhar al-Anwar (Buku Rahsia dalam Rahsia dan Penzahiran Cahaya).

Anda mungkin juga menyukai