Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM “SMART BEE”

ANJURAN:
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK BUKIT NANING
1.0      PENGENALAN

Sesungguhnya, menghargai masa adalah amat penting dalam kehidupan kita.


Di sekolah, selain masa dipenuhi dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
murid-murid juga mempunyai waktu senggang. Antara waktu senggang murid
adalah semasa murid datang ke sekolah pada waktu pagi seawal jam 6.55 pagi
hingga 7.30 pagi. Sehubungan dengan itu, masa yang terluang ini perlulah diisi
dengan aktiviti yang berfaedah agar masa tidak berlalu dengan sia-sia di samping
mengelakkan murid-murid berborak kosong atau melakukan perkara yang tidak
berfaedah.

2.0      MATLAMAT

           Program Smart Bee merupakan salah satu program dengan kerjasama


barisan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Melalui program Smart Bee ini, murid-
murid dapat mengisi masa lapang mereka sebelum bermulanya masa pdpc yang
pertama, memandangkan ramai murid yang datang awal ke sekolah. Program ini
adalah satu program yang santai dan bertujuan untuk menguji pengetahuan am dan
mencungkil kreativiti mereka di samping mengisi masa lapang mereka.
         
3.0  TARIKH

Setiap hari Ahad, Selasa dan Khamis sepanjang tahun 2020.

4.0 MASA

6.55 pagi - 7.25 pagi

5.0 TEMPAT

Kelas masing-masing.

6.0 SASARAN

Kesemua murid tingkatan 1 hingga 4

7.0 OBJEKTIF

i. Meningkatkan pengetahuan am murid.


ii. Mencungkil kreativiti murid
iii. Mengisi masa lapang murid.
8.0 PENGANJUR

Pusat Sumber Sekolah SMKBN

9.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Setiap kelas akan dibekalkan dengan satu fail yang mengandungi set
bahan Program “Smart Bee” mengikut bilangan murid di dalam kelas. Fail ini
akan diletakkan di sudut kelas yang sesuai dan selamat. Pada hari yang telah
ditetapkan, murid akan mengambil sendiri set bahan mereka untuk
dilengkapkan. Hanya satu muka surat sahaja untuk sehari. Setelah selesai
melengkapkan bahan, murid perlu memasukkan semula set bahan mereka ke
dalam fail tersebut. Setiap dua minggu sekali, Pengawas PSS akan
menyemak hasil kerja mereka dan GPM akan membuat penilaian. Sepuluh
hasil tugasan yang terbaik akan menerima hadiah pada setiap bulan.

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN DAN SUMBER PENDAPATAN

Sumber pendapatan : PCG Pusat Sumber Sekolah

Anggaran Belanjawan:

Bil Perkara Kos


1 Kertas A4 RM12.00 X 4 = RM48.00
2 Dakwat printer RM50 X 1 = RM50.00
3 Pen hitam (1 kotak) RM45 X 1 = RM45.00
4 Pen biru (1 kotak) RM45 X 1 = RM45.00
5 Buku nota kecil RM1.00 X 50 = RM50.00
JUMLAH RM238.00

11.0 PENUTUP

Diharapkan dengan penganjuran program ini, murid-murid akan beroleh manfaat


dan dapat mengisi masa lapang mereka di sekolah dengan sebaik-baiknya.
Disediakan oleh,

….………………………..
(PN NUR ALIYAH BT ABDULLAH)
Guru Perpustakaan dan Media
SMK Bukit Naning

Disahkan oleh,

….…………………………..
(PN ROSLIZA BINTI RAHMAT
Pengetua
SMK Bukit Naning

Anda mungkin juga menyukai