Anda di halaman 1dari 17

KAJIAN PELAKSANAAN SYARIAT ISLAM

KASUS JENAYAH JARIMAH


DI NEGERI TERENGGANU, MALAYSIA

PEMAKALAH:
MUHAMMAD RUSYDAN TAQWA BIN HARUN
190103061

DOSEN :
IBU MUSFIRA, M.A

JURUSAN PERBANDINGAN MAZHAB


FAKULTAS SYARIAH DAN HUKUM
UNIVERSITAS ISLAM AR-RANIRY
DARUSSALAM BANDA ACEH 2019

1
DAFTAR ISI

PENDAHULUAN ……………………………………………………………………………………………………………….. 3

PEMBAHASAN

BAB 1 UNDANG-UNDANG SYARIAH JENAYAH JARIMAH DI TERENGGANU

1.1 SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA ………………………………………………………………. 4

1.2 ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH TERENGGANU ………………………….. 6

BAB 2 REALITAS PELAKSANAAN SYARIAT ISLAM DI TERENGGANU

2.1 PETIKAN BERITA KASUS JENAYAH JARIMAH ………………………………………………….. 12

2.2 STATISTIK DAN INDEKS JENAYAH TAHUN 2019 ……………………………………………… 14

2.3 PENILAIAN DAN KOMENTAR …………………………………………………………………………. 15

PENUTUP ……………………………………………………………………………………………………………………….. 16

DAFTAR PUSTAKA …………………………………………………………………………………………………………. 17

2
PENDAHULUAN

Terengganu merupakah salah satu negeri daripada 13 buah negeri yang ada di Malaysia.
Terengganu terletak di semenanjung pantai timur yang luasnya kira-kira 1,295,638,3 hektar.
Pantainya membentang sepanjang 225 km dari utara Besut ke selatan Kemaman. Terdapat kurang
lebih 1.5 juta rakyat negeri ini yang majoritinya beragama Islam yang mendiami tujuh daerah di
Terengganu. Rakyatnya menggunakan bahasa pengantar yang sama iaitu Bahasa Melayu.

Dilihat dari segi sejarahnya, Islam datang keTerengganu sekitar abad ke-8 H seperti yang tercatat
dalam Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang pada tahun 1887. Ia membuktikan
Islam telah sampai ke negeri ini sebelum abad ke-13 masihi, dan tanggal pada batu itu 24 Februari
1303M mengisytiharkan bahawa telah berlakunya hukum syarak dan undang-undang Islam di
Terengganu sejak 700 tahun yang lalu.

Ketika Terengganu dizaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918), undang-undang
Islam telah dilaksanakan dan dijadikan sebagai qanun negeri yang lengkap dan tersusun rapi sesuai
dengan prinsip dan dasar kehakiman Islam. Tempat tinggal pemakalah sendiri iaitu Kampung
Seberang Takir diberi nama sedemikian kerana dahulu tempat itu pernah dijadikan tempat
dilaksanakan hukuman potong tangan bagi pencuri. Perbuatan memotong dalam bahasa daerah
disebut ‘takir’.

Setelah kedatangan Inggris ke Tanah Melayu pada abad ke-18M, undang-undang Islam di Tanah
Melayu dihakis sedikit demi sedikit. Sememangnya tujuan Inggris menjajah Negara-negara nusantara
ini untuk menguasai ekonomi, politik, pentadbiran, dan memperkenalkan undang-undang Barat dalam
menyebar agama Kristian. Sejak terbentuknya Malaysia pada tahun 1963, Undang-undang Sivil
diterapkan dan diselaraskan di setiap negeri, dalam masa yang sama negeri melayu yang
mempunyai Mahkamah Syariah dikurangkan bidang kuasanya.

Dalam makalah ini, pemakalah akan mengkaji pelaksanaan Syariat Islam khususnya hukuman
terhadap kasus Jenayah Jarimah yang berlaku di Negeri Terengganu. Pemakalah akan membuat
penelitian terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariat Terengganu dan menilai kasus-kasus yang
telah berlaku bermula 1 januari 2019 hingga 15 oktober 2019.

3
UNDANG – UNDANG SYARIAH JENAYAH JARIMAH DI NEGERI TERENGGANU

1.1 SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA

Sebelum pemakalah menjelaskan tentang undang-undang syariah yang membicarakan


kesalahan jenayah jarimah di Negeri Terengganu, pemakalah ingin menghuraikan secara ringkas
tentang sistem kehakiman di Malaysia dan bidang kuasa mahkamah Syariah dibandingkan dengan
mahkamah-mahkamah yang lain.

Sistem kehakiman di Malaysia berbentuk persekutuan. Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman
di Malaysia diperuntukkan dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Badan kehakiman
mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah, menentukan kesasihan
undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana. Badan kehakiman juga
boleh mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua iaitu: pertama, Mahkamah Persekutuan yang terdiri
daripada Mahkamah Atasan, Mahkamah Rendah dan Mahkamah Khas. Kedua, Mahkamah Negeri,
terdiri daripada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat (Sabah dan Sarawak).

Mahkamah atasan terbahagi kepada Mahkamah Agung, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Manakala mahkamah rendah terdiri daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Juvana, Mahkamah
Magistret, Mahkamah Tuntutan Kecil dan Mahkamah Penghulu. Mahkamah khas pula terdiri daripada
Mahkamah Tentera, Mahkamah Perusahaan, Mahkamah Buruh dan Mahkamah Khas Raja-Raja.

Mahkamah syariah pula merangkumi mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Syariah Rayuan.
Mahkamah Adat yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak itu terdiri daripada Mahkamah adat
Daerah, Mahkamah Pegawai/ Ketua Adat dan Mahkamah Penghulu. Pembagian ini lebih jelas dilihat
dalam tabel dibawah ini.

4
Bidang kuasa mahkamah-mahkamah secara ringkas seperti berikut :

1. Mahkamah Persekutuan : Selesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dan kerajaan


Persekutuan. Sahkan undang-undang oleh Parlimen dan DUN. Mendengar kes-kes rayuan
dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Meliputi kes sivil dan kes jenayah. Kes sivil
yang nilai tuntutannya RM 250000 ke atas

2. Mahkamah Rayuan : Membincangkan kes rayuan jenayah. Bicarakan kes sivil nilainya
RM250,000 ke atas. Bicarakan kes jenayah dari Mahkamah Tinggi.

3. Mahkamah Tinggi : Bicarakan apa sahaja kesalahan warganegara dan pelancong asing.
Bicarakan kes- kes sivil dan jenayah.Kes sivil melibatkan hal penjagaan kanak- kanak serta
orang tidak siuman, wasiat, perkahwinan dan perceraian bagi bukan muslim serta
kemuflisan.Dengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah bernilai RM25000 ke atas. Beri
nasihat kepada mahkamah-mahkamah rendah tentang tatacara dan proseding di mahkamah
dan soal-soal perlembagaan

4. Mahkamah Sesyen: Bicarakan kes jenayah dan sivil.Kes sivil bernilai RM25000 ke atas.
Bicarakan apa juga kesalahan jenayah kecuali menjatuhkan hukuman mati.Jalankan siasatan
awal sebeum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Kenakan hukuman maksima 5
tahun penjara, denda RM1000, 12 kali sebatan atau kedua- duanya sekali.

5. Mahkamah Juvana : Bincangkan kes-kes jenayah bagi umur 10-18 tahun.Kanak- kanak
bersalah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga umur 21 tahun. Perbicaraan
dijalankan secara tertutup

6. Mahkamah Majistret Kelas 1: Bincangkan kes-kes jenayah dan sivil. Kes jenayah libatkan
hukuman penjara dan hukuman denda. Hukuman maksimum - 5 tahun penjara, denda
RM10000, sebatan 12 kali atau ketiga2nya. Kes sivil libatkan RM12000 ke atas setahun.

7. Mahkamah Majistret Kelas II: Kes jenayah - hukuman maksimum dijatuhkan tidak melebihi 3
bulan penjara dan denda RM250 atau kedua- duanya sekali. Kes sivil - nilai kes tuntutan
RM3000 ke atas

5
8. Mahkamah Tuntutan Kecil: Bicarakan kes tuntutan sivil bernilai RM3000 ke atas.

9. Mahkamah Penghulu : Bicarakan kes2 sivil dan jenayah. Dikendalikan oleh Penghulu sesuatu
Mukim. Kes sivil - tuntutan nilai RM50 ke bawah. Kes jenayah - denda sebanyak RM25 ke
bawah. Rayuan terhadap mahkamah penghulu boleh dibuat di Mahkamah Majistret.

10. Mahkamah Tentera: Kendalikan kes tingkah laku tentera. Tidak bicarakan kes sivil dan
jenayah. Kesalahan yang dibicarakan: tidak patuh pada arahan pihak berkuasa, tidak
menjalankan tugas, dan mengabaikan tugas. Jatuhkan sebarang hukuman kecuali hukuman
mati. Pesalah boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi

11. Mahkamah Khas Raja – Raja: Bicarakan kesalahan Dipertuan Agong dan Sultan dalam kes
sivil dan kes jenayah yang dilakukan dalam persekutuan. Tindakan akan dikenakan terhadap
Agong atau Sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.

12. Mahkamah Syariah: Untuk mengadili umat Islam.Bicarakan kes- kes sivil dan jenayah. Kes
sivil :nafkah dan tanggungan, perkahwinan, perceraian, wasiat, wakaf, pembahaagian harta.
Kes jenayah : berjudi, zina, tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalwat, penderaan, minum
minuman keras, tidak zakat dan fitrah. Kesalahan besar dibicarakan di Mahkamah Tinggi
Syariah, kesalahan kecil dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah.

13. Mahkamah Adat: Bicarakan kes- kes pelanggaran adat oleh suku- suku kaum di Sabah dan
Sarawak. Contoh: adat perkahwinan, undang-undang adat, adat-adat keagamaan dan lain -
lain.

1.2 ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI NEGERI TERENGGANU

1) Meminum Arak (khamar)

(1) Syurb adalah kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang sifatnya memabukkan,
sama ada orang yang meminumnya mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang
diminumnya.

(2) Sesiapa yang melakukan kesalahan syurb hendaklah dihukum dengan hukuman seperti
berikut:

(a) bagi kesalahan pertama atau kedua dengan sebat tidak kurang daripada empat puluh sebatan;

(b) bagi kesalahan ketiga dengan sebat tidak kurang daripada empat puluh sebatan dan tidak lebih
daripada lapan puluh sebatan; dan

(c) bagi kesalahan keempat dan seterusnya dengan sebat tidak kurang daripada empat puluh
sebatan dan tidak lebih daripada lapan puluh sebatan, dan boleh juga dikenakan hukuman penjara
selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah.1

Kesalahan meminum khamar juga termaktub didalam Enakmen Kesalahan Jenayah Takzir di
Terengganu sebagaimana berikut : 2

1
Seksyen 5, Syurb, Enakmen 4 Tahun 2002,Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu
2
Seksyen 23, Minuman yang memabukkan, Enakmen 7 Tahun 2001, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Terengganu.

6
(1) Mana-mana orang yang, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan,
menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Hukuman hudud kerana kesalahan syurb tidak boleh dikenakan kepada sesiapa melainkan dia
seorang -3

(a) mukallaf

(b) tidak dipaksa, tidak uzur syarie atau tidak terdesak;

(c) mempunyai dua orang saksi atau seorang saksi dan qarinah;

(d) berupaya mengetahui jenis kesalahan itu.

2) Qazaf

a. Definisi qazaf

(1) Qazaf ialah membuat tuduhan zina yang tidak dibuktikan oleh empat orang saksi lelaki terhadap
seseorang islam yang mukallaf dan dikenali sebagai seorang yang bersih diri daripada
kelakuan zina.4

(2) Qazaf juga boleh dilakukan dengan membuat suatu pernyataan dengan cara yang nyata seperti
menyatakan bahawa seseorang tertentu telah melakukan zina atau dengan cara tersirat seperti
menyatakan bahawa seseorang itu bukannya bapa ataupun bukannya anak kepada seseorang yang
tertentu.

(3) Pernyataan di bawah subseksyen (2) adalah dianggapkan sebagai qazaf melainkan ia dibuktikan
dengan empat orang saksi lelaki, dan jika pernyataan itu tidak boleh dibuktikan sedemikian maka
orang yang membuat tuduhan itu adalah melakukan kesalahan qazaf; tetapi sekiranya pernyataan itu
dibuktikan, maka orang yang terhadapnya kenyataan itu dibuat adalah melakukan kesalahan zina.

(4) Sesuatu pernyataan di bawah subseksyen (2) adalah di anggap tidak terbukti, sekiranya
seseorang atau beberapa orang saksi yang berempat yang dipanggil untuk memberi keterangan
menyokong pernyataan itu enggan memberi keterangan itu atau jika keterangan itu diberi tetapi
keterangan itu bercanggah dengan pernyataan itu; dan dalam hal yang seperti itu maka tiap-tiap
orang saksi yang memberi keterangan yang menyokong pernyataan itu hendaklah dianggapkan telah
melakukan kesalahan qazaf.

3
Seksyen 6. Bilakah Hukuman Hudud Kerana Kesalahan Syurb Tidak Boleh Dikenakan. Enakmen 4 Tahun 2002,
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu.
4
Seksyen 7, Qazaf. Enakmen 4 Tahun 2002, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu.

7
b. Hukuman Qazaf : 5

Sesiapa yang melakukan kesalahan qazaf hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak
lapan puluh kali sebatan dan keterangannya sebagai saksi tidak boleh diterima lagi sehingga dia
bertaubat atas perbuatannya itu.

c. Kesalahan Yang Dikira Kesalahan Qazaf.6

(1) Seseorang yang menuduh dirinya dirogol oleh orang tertentu dengan tidak mengemukakan bukti
(nyata) yang dikehendak oleh Syarak berkaitan dengannya atau dengan tiada sebarang qarinah bagi
menyokong tuduhannya itu telah melakukan kesalahan qazaf.

(2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa berupaya membawa
saksi yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang
dikehendaki Syarat tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan
sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara
langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya
dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan
hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.

3) Zina

a. Definisi Zina

(1) Zina ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan
seorang perempuan yang bukan pasangan suami isteri dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam
takrif watie syubhah7 sebagaimana yang dinyatakan dalm subseksyen (3). 8

(2) Jika pesalah itu sudah berkahwin dengan sah dan telah menikmati persetubuhan dalam
perkahwinan itu, maka pesalah itu dinamakan mohsan tetapi apabila pesalah itu belum berkahwin
atau sudah berkahwin tetapi belum merasai nikmat persetubuhan dalam perkahwinan itu maka
pesalah itu dinamakan ghairu mohsan.

b. Hukuman Zina 9

(1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan
hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.

(2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum

5
Seksyen 8, Hukuman Qazaf, Enakmen 4 Tahun 2002, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu.
6
Seksyen 9, Kesalahan yang Dikira Qazaf, Enakmen 4 Tahun 2002, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Terengganu.
7
Watie syubhah ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan yang
bukan isterinya dan persetubuhan itu dilakukan -
(a) dalam keadaan yang meragukan dalam mana dia menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu
ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya; atau
(b) dalam keadaan yang meragukan dalam mana dia menyangka perkahwinannya dengan perempuan yang
disetubuhi olehnya itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, sedangkan pada hakikatnya perkahwinannya itu
adalah tidak sah.

8
Seksyen 12, Zina, Enakmen 4 Tahun 2002, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu
9
Seksyen 13, Hukuman Zina, Enakmen 4 Tahun 2002, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu.

8
dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara
selama satu tahun.

c. Bilakah Hukuman Hudud Zina tidak boleh dikenakan ?10

Hukuman hudud zina tidak boleh dikenakan dalam keadaan seperti berikut:

(a) apabila pesalah tarik balik pengakuannya;

(b) apabila saksi tarik balik penyaksiannya;

(c) bagi perawan apabila daranya (hymen) tidak terkoyak;

(d) persetubuhan yang berlaku melalui watie syubhah;

(e) apabila penzina lelaki berkahwin dengan penzina perempuan tersebut;

(f) ke atas perempuan apabila persetubuhan berlaku dengan cara kekerasan, paksaan,
sihir, pukau, minuman atau digunakan ubat-ubatan;

(g) pesalah belum mencapai tahap mukallaf dan kesalahan itu dilakukan tanpa
kesedaran, kerelaannya dan dengan syubhah; atau

(h) tuduhan persetubuhan yang gagal membuktikan berlakunya kemasukan (penetration)


kepada takak zakar ke dalam faraj perempuan.

d. Zina Mahram11

(1) Zina mahram adalah kesalahan kerana melakukan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan
yang mengikut Syarak diharamkan perkahwinan.

(2) Sesiapa yang melakukan zina mahram jika dibuktikan zina hendaklah dihukum dengan
hukuman hudud di bawah hukuman zina; jika pembuktian zina mengikut kehendak
pembuktian zina tidak dapat diadakan tetapi persetubuhan boleh dibuktikan dengan apa-apa
keterangan sama ada secara sains atau sebaliknya pesalah hendaklah dihukum dengan
hukuman takzir.

4) Liwat

a. Definisi : 12

Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang
lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya
yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

10
Seksyen 17, Enakmen 4 Tahun 2002, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu.
11
Seksyen 18, Zina Mahram, Enakmen 4 Tahun 2002, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu.
12
Seksyen 14, Liwat, Enakmen 4 Tahun 2002, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu.

9
b. Hukuman liwat.13

Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang
ditetapkan bagi zina

c. Membuktikan liwat.14

Kesalahan liwat hendaklah dibuktikan dengan cara yang sama dengan cara yang dikehendaki untuk
membuktikan zina.

5 ) Perbuatan tidak sopan di tempat awam (Ikhtilat) 15

Mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan Hukum Syarak
di mana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan
atau kedua-duanya.

6 ) Berjudi 16

(1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Dalam seksyen ini, "rumah judi" ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai,
sama ada terbuka atau tertutup, yang digunakan atau disimpan bagi maksud perjalanan apa-apa
permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran kemahiran dan nasib, sama
ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapat wang atau
nilai wang.

7) Khalwat 17

Mana-mana-

(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang
perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau

(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang
lelaki yang bukan suami atau mahramnya,

di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh
menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya

13
Seksyen 15, Hukuman Liwat, Enakmen 4 Tahun 2002, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu.
14
Seksyen 16, Membuktikan Liwat, Enakmen 4 Tahun 2002, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu.
15
Seksyen 34, Enakmen 7 Tahun 2001, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu.
16
Seksyen 22, Enakmen 7 Tahun 2001, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu.
17
Seksyen 31, Khalwat, Enakmen 7 Tahun 2001, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu.

10
8) Musahaqah 18

Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana
kombinasi hukuman itu.

9) Mengganggu perempuan di tempat awam (perlecehan seksual) 19

Mana-mana orang lelaki mengganggu seorang perempuan yang bukan mahramnya di mana-mana
tempat awam dengan suatu perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah perempuan itu adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau
dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

18
Seksyen 30, Musahaqah, Enakmen 7 Tahun 2001, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu.
19
Seksyen 53, Mengganggu perempuan di tempat awam, Enakmen 7 Tahun 2001, Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Terengganu.

11
2.1 PETIKAN BERITA KASUS JENAYAH JARIMAH DI TERENGGANU

Khalwat

1) Pasangan didenda kerana khalwat. Seorang ahli perniagaan didenda RM2700 manakala
pasangannya didenda RM2500 atau hukuman 5 bulan atau 3 bulan penjara 20.
2) Lelaki dipenjara, khalwat dengan kakak angkat berstatus istri orang, hukuman penjara 6
bulan dan denda RM270021.
3) JHEAT tahan 9 individu karena khalwat, persediman persetubuhan luar nikah, hukuman
penjara 6 bulan atau denda RM250022.
4) Penuntut IPTA didenda, khalwat dengan 2 wanita,didenda maksimum RM3000 atau penjara
tidak lebih dua tahun, jika disabitkan kesalahan23.
5) Seorang guru mengaku khalwat dengan pelajar, hukuman denda tidak lebih RM3000 atau
dipenjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya24.
6) Pada ketika berkhalwat ketika bertunang,hukuman dipenjara 6 bulan selepas gagal
menjelaskan, denda RM270025.
7) Beberapa orang ditangkap khalwat ,hukuman denda tidak melebihi RM3000 atau dipenjara
tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya26.
8) Guru berkhalwat dengan pelajar, didenda maksimum RM3000 atau tiga bulan penjara27.

Pelecehan Seksual

1) Meraba anak gadis jiran sebelum cabul ibunya pula, lelaki 54 tahun didakwa hukuman
dipenjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana
antara dua seksaan itu28.
2) Dua di reman bantu siasatan kes rogol tingkatan dua, hukuman direman selama tujuh hari 29.
3) Bapak durjana hukuman di penjara 40 tahun dan 24 sebatan 30.
4) Buruh di penjara sebab rogol anak sedara hukuman di penjara 13 tahun dan 5 sebatan 31.
5) Bapa tak mengaku merogol anak hingga hamil, hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan
sebatan32
6) 3 lelaki mengaku rogol pelajar, hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit
kesalahan33.
7) Tidak mengaku rogol anak kandung,hukuman 30 tahun penjara dan sabatan 34

20
Sinar harian online, 5 april 2019
21
Sinar harian online, 29 mei 2019
22
Sinar harian online, 2 september 2019
23
Sinar harian online, 12 juni 2019
24
Sinar harian online, 31 januari 2019
25
Sinar harian online, 5 april 2019
26
Sinar harian online, 8 april 2019
27
Sinar harian online, 19 juni 2019
28
Sinar harian online, 24 september 2019
29
Sinar harian online, 2 juli 2019
30
Sinar harian online,21 sepetember 2019
31
Sinar harian online, 12 mei 2019
32
Sinar harian online, 17 agustus 2019
33
Sinar harian online, 27 juni 2019
34
Sinar harian online, 9 januari 2019

12
Khamar

1) Ditahan minum arak di tepi pantai,hukuman, hukuman denda tidak melebihi RM3000 atau
dipenjara tidak melebihi 2 tahun35.
2) Penjual kuih maut dirempuh pemandu mabuk, hukuman penjara antara 3 hingga 10 tahun
dan denda antara RM8000 hingga RM20000 36.

Maisir

1) 6 ditahan ketika leka bermain judi dalam talian37


2) Pukul istri karena tegur main judi38
3) Aktiviti judi di jalan petani dibongkar,hukuman kesemua meraka boleh didenda tidak melebihi
RM3000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun39.
4) 6 ditahan karena judi bola sepak piala dunia, hukuman penjara tidak lebih 5 tahun dan denda
tidak kurang RM20000 dan tidak lebih RM20000040

Liwat

1) Liwat rakan sel banduan berdepan hukuman penjara , hukuman 20 tahun penjara dan
sebatan41.
2) Kes liwat remaja, pegawai undang-undang di direman42
3) Banduan didakwa liwat rakan sepenjara, hukuman 5 november akatan disebut semula kes
dan tiada tawaran jaminan diberikan43
4) Bapa mengaku merogol, meliwat dan menghasilkan video lucah anak OKU, hukuman penjara
maksimum 30 tahun dan sebatan minimum 6 sebatan 44
5) Bakal guru didakwa liwat murid tahun 6 tampa kerelaan, hukuman penjara 14 tahun dan 6
sebatan45

Pemerkosaan

1) Bapa merogol anak OKU, hukuman 40 tahun penjara dan 40 sebatan 46


2) Rakam gambar bogel sebelum rogol kekasih, hukuman penjara sehingga 20 tahun dan
dikenakan sebat47
3) Tidak mengaku roda gadis bawah umur, hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan 48

35
Sinar harian online, 9 september 2019
36
Sinar harian online, 18 juni 2019
37
Sinar harian online, 20 juni 2019
38
Sinar harian online, 21 april 2019
39
Sinar harian online, 23 oktober 2019
40
Sinar harian online, 16 juli 2019
41
Sinar harian online, 6 september 2019
42
Sinar harian online, 28 maret 2019
43
Sinar harian online, 6 september 2019
44
Sinar harian online, 21 saptember 2019
45
Sinar harian online, 5 maret 2019
46
Sinar harian online, 9 oktober 2019
47
Sinar harian online, 23 juli 2019
48
Sinar harian online, 15 september 2019

13
2.2 STATISTIK KASUS JENAYAH JARIMAH DI TERENGGANU

JANUARI FEBRUA MARET APRIL MEI JUNI JULI AGUSTUS SEPTEMBE OKTOBER JUMLAH
RI R
KHALWAT 1 3 1 2 1 8
PELECEHAN 1 1 1 1 1 2 7
SEKSUAL
KHAMAR 1 1 2
MAISIR 1 1 1 1 4
IKHTILAT 1 1 2
LIWAT 3 1 1 3 1 9
QADZAF 0
PEMERKOSA 1 1 1 3
AN
35
Tabel 1 – Statistik kasus Jenayah Jarimah di Terengganu
Statistik dalam tabel diatas menunjukkan data kasus 8 jenayah jarimah yang telah berlaku di Negeri
Terengganu dari tanggal 1 januari 2019 hingga 15 oktober 2019. Data ini dirujuk dari sumber berita
online di laman sesawang sinarharian.com.my. Sinar Harian merupakan koran nasional yang aktif
melaporkan berita-berita di seluruh negara di Malaysia.

Indek Jenayah Terengganu

2019

2018

2017

0 500 1000 1500 2000 2500

kes diselesaikan kes dilaporkan

Tabel 2 – Indek Jenayah di Terengganu

Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, daripada 1,823 kes yang direkodkan tahun 2018
sebanyak 1,206 atau 66.2 peratus berjaya diselesaikan. Berbanding tahun 2017, terdapat sebanyak
2,257 kes dilaporkan dengan 1,706 daripadanya diselesaikan.

Sehingga Jun tahun 2019, sebanyak 939 kes jenayah telah dilaporkan berbanding 831 kes bagi
tempoh yang sama tahun lalu, meningkat sebanyak 108 kes.Bagaimanapun bagi tempoh yang sama,
penyelesaian kes yang berjaya dibuat adalah sebanyak 570 kes atau bersamaan 60.7 peratus.

14
2.3 PENILAIAN DAN KOMENTAR TERHADAP KASUS JARIMAH DI TERENGGANU

1) Pemakalah dapat membuat penilaian daripada indeks kasus jenayah dalam tabel 2 bahwa Indeks
jenayah di Terengganu menunjukkan penurunan sebanyak 19.3 peratus bagi tahun 2018 berbanding
tahun sebelumnya, tahun 2017. Kemudian 6 bulan pertama 2019, berlaku peningkatan indeks
jenayah sebanyak 13 peratus berbanding 6 bulan pertama tahun sebelumnya. Indeks jenayah ini
merangkumi jenayah jarimah dan jenayah-jenayah lain yang berlaku di negeri Terengganu. Secara
umumnya, jenayah jarimah yang sepuluh itu sudah mewakili sebahagian besar daripada angka 939
kes yang berlaku dari awal tahun ini hinggalah bulan Jun tahun 2019.

2) Pada tahun 2019, tiada hukuman cambuk dikenakan kepada pesalah-pesalah yang dibicarakan di
Mahkamah Syariah Negeri Terengganu. Namun, pada bulan oktober tahun lepas, seorang janda
berumur 45 tahun dijatuhkan hukuman cambuk kerana disabit kesalahan melacurkan diri49. Janda ini
menjadi individu keempat yang dijatuhi hukuman cambuk syariah oleh Mahkamah Tinggi Syariah
Terengganu selepas mengaku salah atas pertuduhan persediaan melacurkan diri. Tiga individu lagi
dijatuhkan hukuman cambuk syariah pada bulan September 2018, atas kesalahan melacurkan diri
dan perbuatan musahaqah. 27 september 2018, seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara enam
bulan dan enam sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba melacurkan diri. 50.
Manakala pada 3 september 2018, dua wanita berumur 32 tahun dan 22 tahun dihukum sebat enam
kali kerana cuba melakukan hubungan seks sejenis di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre,
Dungun.51

3) Terdapat beberapa perbedaan undang-undang syariah yang diberlaku di Nanggroe Aceh


Darussalam dan Negeri Terengganu. Pertama, dalam Qanun Nomor 6 Tahun 2014 Aceh,
mengatakan ikhtilath adalah perbuatan bermesraan seperti bercumbu, bersentuhan, berpelukan dan
berciuman antara lelaki dan perempuan yang bukan suami iisteri dengan kerelaan kedua belah pihak,
baik tempat tertutup atau terbuka52. Sedangkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Terengganu, perbuatan itu dimasukkan dibawah seksyen 34,kesalahan perbuatan tidak sopan di
tempat awam. Kedua, kesalahan jarimah pemerkosaan yang terdapat dalam qanun Aceh adalah
kesalahan rogol di Malaysia. Kesalahan rogol tidak termaktub dalam undang-undang syariah, tetapi
ianya dibawah Undang-undang Sivil dan dibicarakan di Mahkamah Sivil.

49
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/484198/janda-dijatuhi-hukuman-sebat-syariah-di-
terengganu
50
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/478672/ibu-tunggal-cuba-melacur-dihukum-penjara-
sebat
51
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/469228/lesbian-menangis-ketika-jalani-hukum-sebat
52
Qanun Aceh Nomor 6 Tahun 2014 tentang Hukum Jinayah, Pasal 1 , nomor 24, hlm 4.

15
PENUTUP

Negeri Terengganu merupakan Negeri Syariat suatu ketika dahulu, yang pernah menjalankan
pelaksanaan Syariat jenayah Jarimah secara menyeluruh. Oleh kerana itulah negeri bertuah itu diberi
julukan Terengganu Darul Iman. Negeri yang diperintah oleh Sultan yang adil dan Ulama yang
amanah itu menjadi pusat perkembangan Islam ke seluruh tanah melayu dan negeri terakhir
menerima Penasihat Inggeris sebagai simbolik campur tangan kuasa penjajah dalam pentadbiran
negeri.

Kini, negeri Terengganu kembali menyinar gemilang dengan Syariat Islam. Terengganu menjadi
model pelaksanaan cambuk syariat setelah sekian lama syiar islam ini malap dan terhenti hanya
dalam perbahasan kitab-kitab kuning yang di ajar di pondok –pondok pesantren. Bermula
pertengahan tahun 2018, tampuk pemerintahan kerajaan negeri Terengganu mula berubah tangan,
daripada Partai Barisan Nasional kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Parti Islam ini adalah parti
yang lantang memperjuangan syariat Islam sejak awal penubuhannya selepas kemerdekaan
Malaysia hinggalah sekarang. Hal ini terbukti apabila mereka memerintah Terengganu, mereka
menggubal Undang-Undang syariat Islam dan merealitaskan hukuman takzir yang telah termaktub
dalam Enakmen Kesalahan jenayah Syariah.

Semoga negeri Terengganu dapat terkehadapan dalam pelaksanaan Syariat sebaris dengan
Nanggroe Aceh Darussalam dan negeri-negeri Islam yang lain. Insya ALLAH.

16
DAFTAR PUSTAKA

1. Syariat islam membangun peradapan (sebuah pengantar studi syariat islam di aceh)
Teuku Zulkhairi, Editor DR. Saifullah Isri, MA; Band Aceh, PeNA, 2017

2. https://www.academia.edu/36018318/Pengajian_Am_Sistem_Kehakiman_

3. http://www.kehakiman.gov.my/kl/en/node/44

4. Enakmen 7 Tahun 2001 Kesalahan Jenayah Syariat (Takzir) Terengganu


http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/f831ccddd1958
43f48256fc600141e84/092e8accf3bce931482570dd0001125b?OpenDocument

5. Enakmen 4 Tahun 2002 Kesalahan Jenayah Syariat ( Hudud dan Qisas) Terengganu.
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/f831ccddd1958
43f48256fc600141e84/cb36901c419ea86448257385002c3dc8?OpenDocument
5. Qanun Aceh Nomor 7 Tahun 2013 Tentang Hukum Acara Jinayat

6. Qanun Aceh Nomor 6 Tahun 2014 Tentang Hukum Jinayat

7. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/484198/janda-dijatuhi-hukuman-sebat-
syariah-di-terengganu

17

Anda mungkin juga menyukai