Anda di halaman 1dari 17

1

KANDUNGAN

Pendahuluan...2

Jenayah Dan Kesalahan-Kesalahan Dari Perspetif Islam3
Pengertian Perundangan (Syariah) Menurut Pendapat Ulama Perundangan Islam.4.
Ciri-Ciri Jenayah Islam...4
Kategori Kesalahan Jenayah Syariah5
Jenayah : Pengertian Dari Sudut Umum (Luar Daripada Konsep Jenayah Islam)..7
Ciri-Ciri Jenayah.........9
Kesalahan Moral........10
Bidang Kuasa Hakim.11
Undang-Undang Sivil Atau Jenayah.12
Biadang Kuasa Mahkamah Sivil....13
Perbandingan Kekuasaan Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Berdasarkan Undang-Undang
Syariah Dan Undang-Undang Sivil...14
Rujukan...17





2


PENDAHULUAN

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahi, saya merafatkan syukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada
kumpulan kami. Terima kasih yang tidak terhingga sekali kepada semua individu yang telah
membantu kami dalam melaksanakan tugasan dengan jaya nya secara tidak langsung dan secara
langsung.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datin Dr Paizah bt
Hj Ismail dalam mngajar subjek Fiqh Jinayat Islam ini dan di atas bimbingan dan tunjuk
ajar beliau kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dan juga buat semua
kawan-kawan sekelas,kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan
dorongan mereka sehingga kami dapat menyiapkan tugasan ini.
Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan
dalam tugasan kami ini., segala kekurangan harap dimaafkan. Aesungguhnya yang baik itu
datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri.

Sekian,
Terima kasih.






3

JENAYAH DAN KESALAHAN-KESALAHAN DARI PERSPETIF ISLAM
Jenayah dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan al-Jinayah atau al-Jarimah. Perkataan al-
Jinayah ditakrifkan sebagai segala bentuk tindakan yang dilarang dan merosakkan, samada
tindakan itu ke atas badan, harta atau sebagainya. Al-Mawardi mentakrifkan jenayah sebagai
segala bentuk kesalahan menurut Syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah samada
ia adalah qisas, hudud atau tazir. Takrif ini cuba membezakan kesalahan yang boleh dihukum
dengan kesalahan yang tidak boleh dihukum oleh pemerintah. Ini menjadikan skop jenayah
adalah besar kerana semua kesalahan yang boleh dihukum oleh pemerintah menurut syara
dianggap sebagai jenayah.
Islam menganggap jenayah satu kesalahan yang mesti dihukum kerana ia melanggar hak Allah
dan hak manusia atau makhluk lain. Islam memandang tinggi kemuliaan agama, nyawa, akal,
harta dan maruah. Pencabulan kepada lima perkara ini adalah jenayah yang perlu dihukum.
Istilah kehakiman yang di pakai adalah sinonim dengan bahasa arab al-Qada. Buku-buku
mngenai Al-beerti seperti mana yan di jelaskan dalam beberapa ayat diantaranya membawa erti
telah mengerjakan telah selesai, telah perintahkan dan menghukum.
1

Melihat maksud kesalahan dari konteks jenayah Syariah ini ialah apa-apa perbuatan atau
peninggalan yang boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang menetapkan
kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam dan yang keatasnya Mahkamah Syariah
mempunyai bidang kuasa. Ia adalah kesalahan-kesalahan yang tidak terkandung di bawah
undang-undang persekutuan lain terutamanya kanun keseksaaan. Secara khususnya, kesalahan
jenayah sayriah merujuk kepada kesalahan-kesalahan yang menyalahi akidah, institusi agama,
moral dan matrimoni yang membabitkan penganut agama Islam sama ada warganegara ataupun
bukan warganegara. Dalam sesetengah kesalahan seperti berudi, khalwat, dan sebagainya yang
membabitkan pihak bukan beragama Islam, penguatkuasaanundang-undang mengenai kesalahan
itu tidak akan digunakan kepada mereka.
2


1
Abdul Monir Yaacob (2001), Sistem Kehakiman Islam, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur, m/s 1
2
Ahmad Hidayat Buang (2007), Undang-Undang Islam di Malaysia, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
m/s201
4

PENGERTIAN PERUNDANGAN (SYARIAH) MENURUT PENDAPAT ULAMA
PERUNDANGAN ISLAM.
Perkataan siyasah tidak digunakan fuqaha atau ahli-ahli perundangan Islam secara berasingan
dengan perkataan shariyyah. Kedua-keduanya mesti digabungkan iaitu: siyasah shariyah.
Apakah maksud siyasah shariyyah menurut pandangan ulama perundangan Islam.
Antara pandangan para fuqaha dalam perudangan Islam adalah antaranya ualah takrif oleh Ala
al-Din al-Tarabulsi bermaksud: siyasah itu adalah suatu syariah yang berat. Al-Imam al-Mardawi
berkata dalam Bukunya al-Funun, bermaksud bagi pemerintah budi bicara siyasah, iaitu
mengikat rakyat dengan undang-undang yang berat dan tidak terikat siyasah mengikut apa yang
tertulis dalam perundangn syarak. Takrif seterusnya oleh Ibn Abidin dalam bukunya Radd al-
Muhtar, bermaksud memberatkan hukuman terhadap jenayah yang ada baginya hukum syarak
untuk memutuskan perkara perkara fasid.

CIRI-CIRI JENAYAH ISLAM
Peruntukan mengenai jenayah syariah di Malaysia secara umumnya diletakkan dibawah satu
enakmen khusus di setiap negeri iaitu enakmen kesalahan jenayah syariah. Sungguhpun
demikian, terdapat beberapa enakmen lain yang memperuntukkan kesalahan yang boleh
dihukum atau mengenakan penalti terhadap pelanggaran peraturan-peraturan yang diletakkan di
bwah kuasa undang-undang negeri yang berkaitan dengan agama Islam. Enakmen-enakmen
terseut adalah seperti berikut:
1. Enakmen Jenayah Syariah,
Di mana setiap negeri mempunyai akta/enamken kelsahan jenayah syariah masing-masing dan
senarainya seperti Enakmen Jenayah dalam Syarak Negeri Perlis, Bil. 4 Tahun 1993. Selain itu
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Perak, Bil 3 tahun 1992, dan begitu juga negeri-negeri
yang lain.


5

2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Di mana terdapat beberapa bentuk kesalahan yang berkaitan dengan perkahwinan di bawah
akta/ Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.
3. Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Islam.
3

Enakmen ini dikhususkan untuk menangani penyebaran agama sealain agama Islam dalam
kalangan orang Islam. Di Selangor, undang-undang ini dikenali sebagai Enakmen Ugama Bukan
Islam(Kawalan Pengembangan Dikalangan Orang Islam)1998. Tiada undang-undang tersebut di
Perlis, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

KATEGORI KESALAHAN JENAYAH SYARIAH
Kesalahan-kesalahan jenayah terbahagi kepada dua iaitu kesalahan boleh tangkap dan kesalahan
tidak boleh tangkap. Kesalahan boleh tangkap iaitu kesalahan yag boleh dihukum dengan
pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih yang pada lazimnya Pegawai Penguatkuasa
Agama atau Pegawai Polis boleh menangkap tanpa waran.
Kesalahan tidak boleh tangkap pula ialah suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan
pemenjaraan selama tempoh kurang daripada satu tahun atau dengan denda sahaja yang pada
lazimnya Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis tidak boleh membuat tangkapan
tanpa waran. Semua kesalahan jenayah Syariah pada umumnya adalah kesalahan boleh jamin
kecuali jika mahkamah beranggapan sebaliknya apabila melihat kes-kes tertentu. Misalnya, jika
tertuduh adalah warganegara asing yag dikhuatiri akan lari meninggalkan Negara jika
dibebaskan dari jaminan, mahakamah boleh memerintahkan agar ia di tahan di lokap sementara
menunggu perbicaraan.
Dari kesalahan-kesalahan jenayah dikategorikan dalam beberapa kategori. Secara am nya
terdapat enam kategori yang boleh dikategorikan. Antara kategori yang boleh dibahagikan adalah
seperti berikut:

3
Ahmad Hidayat Buang (2007), Undang-Undang Islam di Malaysia, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
m/s201-202
6

1. kategori Kesalahan berkaitan Akidah
Melakukan pemujaan salah, mengajar doktrin palsu, mengembangkan kepercayaan agama selain
Islam, mendakwa diri sebagai Rasul,nabi, Imam, Mahdi, wali atau mendakwa mengetahi perkara
yang diluar pemahaman manusia.
2. kategori Kesalahan berhubung dengan kesucian agama dan institusinya
Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam, mempersenda ayat Al-Quran atau
Hadith. Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama, mengingkari perintah mahkamah,
mengjar, agama tanpa tauliah. Tidak menghormti ramadhan dan yang berkaitan dengannya
3. kategori kesalahan berhubung tatasusila (moral/seksual)
Sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, percubaab melakukan
persetubuhan luar nikah, khlwat, musahaqah, liwat, lelaki berlagak perempuan, perempuan
berlagak lelaki, perbuatan tidak sopan di tempat awam. Hamil luar nikah(di Melaka, Kelantan
dan Perak), muqaddimah zina (Kelantan) persetubuhan dengan bukan manusia (Terengganu) dan
yang seumpamanya.
4. Kategori Matrimonial
Poligami tanpa kebenaran mahkamah, tidak berlaku adil pada isteri-isteri, menganiaya isteri,
bercerai tanpa izin mahkamah, tidak taat pada suami (nusyuz) dan seumpamanya.
5. kategori pelbagai
Seperti menggalakkan maksiat, mencemarkan masjid, memujuk perempuan lari dari suami,
takfir, memungut zakat tanpa kuasa, penyalahgunaan tanda halal, memujuk laki perempuan
bersuami, menghasut perceraian, haling hidup suami isteri hidup sebagai suami isteri dan
menjual anak kepada orang lain dan yang berkait dengannya.
Kategori di atas adalah merupakan beberapa kategorikan yang diperuntukkan oleh mahkamah
syariah yang berkaitan dengan orang Islam dan berbeza dari perundangan mahkamah sivil.

7

JENAYAH : PENGERTIAN DARI SUDUT UMUM (LUAR DARIPADA KONSEP
JENAYAH ISLAM)

Pengertian jenayah jika diberi bawah pengertian umum dan juga mengikut perundangan,
ia membawa kepada pelbagai pengertian dan definisi yang diberikan oleh pakar-pakar berkaitan
undang-undang khususnya undang-undang berkaitan jenayah.
Jenayah merupakan perbuatan yang tertakluk kepada perkara yang dikenakan hukuman
undang-undang. Sesetegah ahli kemasyarakatan mendakwa bahawa ia boleh dihukum daripada
tindakan dimana jelas sesuatu perbuatan sebagai jenayah. Jenayah biasanya melibatkan niat dan
hasrat untuk melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang jenayah
4
.
Mengikut istilah perundangan, jenayah adalah tindakan manusia yang ditegah oleh
undang-undang jenayah. Jenayah adalah satu perbuatan jahat yang menyalahi undang-undang
jenayah. Dalam konteks Negara kita, ia melibatkan perlanggaran Kanun Jenayah dan akta-akta
lain
5
. Ini bermakna, sesuatu perbuatan dianggap jenayah mengikut undang-undang adalah jika
melakukan perbuatan yang telah melanggari kanun jenayah sepertimana yang telah ditetapkan
khususnya di Negara kita.
Menurut Tun Salleh Abas, iaitu merupakan Bekas Ketua Hakim Negara, jenayah ialah
kesalahan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan dengan niat hendak melakukan kesalahan
itu. Dengan sebab kesalahan itu, maka orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum
dengan balasan penjara, atau denda atau pun diseksa atau pun boleh di kenakan hukuman mati
keatas sipelaku tersebut jika terbukti akan kesalahan yang dilakukan.
Menurut Nigam dalam bukunya Law of Crimes in India (1965), jenayah adalah suatu
perbuatan atau tindakan yang melanggar undang-undang dan ianya adalah bertentangan dengan
perasaan moral bagi sesuatu bangsa tersebut, dan ia boleh berubah-ubah kerana sesuatu

4
Mohd Radzuan Hj Ibrahim (1995), Polis dalam Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, m/s 10
5
Mohd Reduan Aslie (1990), Jenayah di Malaysia : Aliran, Punca, Penyelesaian, AMK Interaksi Sdn Bhd, Kuala
Lumpur, m/s 1
8

perbuatan yang dianggap bersalah pada sesuatu masa mungkin boleh dianggap tidak bersalah
pada masa yang lain
6
.
Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau
kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan
mencederakan ataupun membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.
Seterusya, menurut Sir William Blackstone dalam bukunya Commentaries of Law of
England (1977), beliau mendefinisikan jenayah sebagai perbuatan yang dilakukan atau
tinggalan yang mengancam undang-undang awam, ataupun pencerobohan undang-undang awam
yang perlu ditunaikan kepada masyarakat
7
.
Manakala bagi Wiliiam L. Marshall dan William C. Clark, mereka mendefinisikan
jenayah sebagai perbuatan dan tindakan yang dilarang oleh undang-undang awam untuk menjaga
kepentingan awam.
Seterusnya, dalam menentukan jenayah dari sudut undang-undang, iaitu untuk
mensabitkan kesalahan jenayah tersebut di bawah kuasa undang-undang untuk dihukum, terdapat
dua perkara yang perlu difokuskan, iaitu berkaitan dengan interpretasi Parlimen dan juga
bermaksud kesalahan awam (public wrong) ataupun kesalahan moral (moral wrong)
8
.
Maksud interpretasi parlimen adalah perbuatan yang ditafsirkan oleh parlimen sebagai
jenayah dengan mengambil kira kehendak dan pemikiran masyarakat pada sesuatu masa.
Interpretasi parlimen juga sesuatu yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan pemikiran
semasa.




6
Ibid, m/s 2
7
Mohd Radzuan Hj Ibrahim (1995), Polis dalam Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, m/s 9
8
Mohd Radzuan Hj Ibrahim (1995), Polis dalam Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, m/s 10
9

CIRI-CIRI JENAYAH
Dalam undang-undang jenayah, terdapat satu ungkapan yang berbunyi actus non fecit rum
nisi menssit rea, yang bermaksud sesuatu perbuatan seseorang tidaklah boleh menjadikannya
bersalah kecuali mempunyai niat yang jahat. Dengan itu, terdapat dua ciri penting dalam undang-
undang jenayah bagi menentukan sama ada perbuatan itu merupakan satu kesalah ataupun tidak.
Kedua-dua iri tersebut adalah
9
:-
1. Niat yang jahat (mens res)
2. Tindakan atau perbuatan yang salah (actus reus)
Tanpa kedua-dua ciri ini, seseorang masih boleh dianggap tidak bersalah selagi mana ia belum
dibuktikan melalui kedua-dua ciri ini.
Niat yang jahat adalah seseorang itu mempunyai niat untuk melakukan perbuatan jahat
tersebut dan dia menyedari bahawa perkara tersebut adalah salah. Namun terdapat kesulitan
untuk menentukan niat seseorang itu yang menyebabkan perbuatan tersebut, namun ianya boleh
diketahui contohnya dengan melihat kepada gerak-geri yang diakukannya. Jika seseorang itu
melakukan dengan sengaja maka ia boleh dianggap berniat untuk melakukan perbuatan itu.
Seterusnya perbuatan yang salah ialah merujuk kepada perbuatan itu sendiri. Perbuatan
itu sendiri adalah salah dan ia termaktub dalam undang-undang jenayah dan ia boleh disabitkan
kesalahan jika seeorang itu melakukannya. Seorang pakar undang-undang menyatakan tindakan
yang salah adalah sebagai kesan fizikal daripada tindakan manusia yang berkenaan.






9
Mohd Reduan Aslie (1990), Jenayah di Malaysia : Aliran, Punca, Penyelesaian, AMK Interaksi Sdn Bhd, Kuala
Lumpur, m/s 9
10

KESALAHAN MORAL
Secara umumnya, tidak terdapat satu definisi khusus yang menggambarkan maksud
apakah kesalahan moral itu sendiri. Ini kerana jenayah dan moral sering bertindih dalam ruang
yang sama dan juga mempunyai pendekatan yang begitu rapat. Banyak perlakuan jahat manusia
yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan jenayah dan pada masa yang sama boleh dilihat
sebagai perbuatan yang tidak bermoral
10
. Sebagai contoh, perbuatan bercium boleh dianggap
kesalahan moral yang bertentangan dengan masyarakat di Negara kita. Namun di Eropah ia tidak
dianggap sebagai satu kesalahan moral.
Namun begitu, ia boleh dibezakan dengan melihat fakta sesuatu kelakuan itu sama ada
dianggap jenayah ataupun kesalahan moral
11
. Sebagai contoh, perbuatan mencuri adalah suatu
kesalahan moral. Namun ia akan menjadi perbuatan jenayah apabila perbuatan mencuri itu
dikanunkan dalam undang-undang. Perbuatan mencuri tersebut hanya akan menjadi kesalahan
jenayah sekiranya telah dikanunkan dalam undang-undang. Contoh yang lain adalah merosakkan
harta benda awam, ia adalah kesalahan moral yang memang tidak disukai oleh mana-mana
bahagian masyarakat. Namun apabila ia telah dikanunkan dalam undang-undang, ia menjadi satu
perbuatan yang salah untuk dilakukan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang sepertimana
yang telah diperuntukkan seperti vandalisme.








10
Mohd Reduan Aslie (1990), Jenayah di Malaysia : Aliran, Punca, Penyelesaian, AMK Interaksi Sdn Bhd, Kuala
Lumpur, m/s 2
11
Mohd Radzuan Hj Ibrahim (1995), Polis dalam Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, m/s 10
11

BIDANG KUASA HAKIM
Untuk maklumah bidangkuasa hakim di Mahkamah Sivil boleh dikatakan merangkumi perkara
baik perkara sivil mahupun jenayah kecuali perkara dan kesalahan yang diberi kuasa kepada
mahkamah Syariah. Itu pun dalam kes-kes tertentu di Mahkamah Sivil juga ada bidangkuasa
(bidangkuasa bersama).
Dan Hakim mahkamah Sivil boleh menjatuhkan hukuman mati, penjara seumur hidup, denda
tidak terhad dan sebat tidak lebih daripada 24 sebatan. Manakala hakim mahkamah syariah
bidang kuasanaya terbatas dalam hal kekeluargaan Islam sahaja (matromani) dan beberapa
kesalahn jenayah yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kesalahan kecil di mana hkum
maksimanya denda tidak melebihi daripada Lima Ribu Ringgit, Penjara tiga tahun dan sebat
tidak melebihi enam rotan (Akta Mahkamah Syariah) (Bidangkuasa Jenayah) pindaan, 1984.
12

Di mana bidang kuasa hakim Syariah adalah terbatatas, seperti dalam kes berkaitan dengan harta,
seperti tunang, nafkah, edah, wasiat, wakaf, nazar,dalam bidang jenayah pula membicarakan
mana-mana jenayah yang dilakukan oleh orang islam seperti khalwat, zina, hamil luar nikah, dan
seumpamanya.
Bidangkuasa mahkamah Syariah telah memperuntukkan dalam jadual Sembilan senarai dua
Perembagaan Persekutuan. Peraturan ini terikat setakat mana yag diberi oleh undang-undang
persekutuan. Mahkamah ini hanya mempunyai bidangkuasa berhubung dengan kesalahn-
keasalahan seperti yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Persekutuan. Akta Mahkamah
Syariah (Bidangkuasa Jenayah)1965, memperuntukkan bahawa bidangkuasa mahakamah
Syariah tidak boleh dijalankan, berhubung dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum
denagn penjara tidak melebihi enm(6) bukan atau apa-apa denda dengan melebihi RM1,000.00
(Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) atau kedua-duanya. Akta ini telah dipinda mengikut Act A
612 serta dikuatkuasakan mulai 1 Januari 1986 dengan membenarkan mahkamah menjatuhkan
hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun atau apa-apa denda sehingga RM5000.00 (Ringgit
Malaysia:Lima Ribu Sahaja) atau sebatan enam (6) rotan atau gabungan hukuman tersebut.

12
Abdul Monir Yaacob (2001), Sistem Kehakiman Islam, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur, m/s 33
12

Dapat disimpulkan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di Negara dalam Malaysia
dipecahkan kepada tiga. Pertama Enakmen Jenayah Syariah. Kedua, Enakmen Keluarga Islam
dan Ketiga Enakmen Majlis Agama Islam.

UNDANG-UNDANG SIVIL ATAU JENAYAH
Uudang-undang sivil merupakan undang-undang yang selain daripada Islam, dimana
panduannya tidak bergariskan pada al-quran dan as-sunnah. Ia berbentuk sekular dan di bawa
masuk oleh penjajah Inggeris, cara pelakasanaan dan pengaturannya disamakan dengan
penggunaan Common Law. Di man perbicaraan di bawah bidang kuasa mahkamah sivil
membicarkan hal-hal yang berkaitan antara muslim dan non muslim.
Di mana udang-undang tersebut telah disusun ole Penjajah Inggeris ke Malaysia dari sebelum
Merdeka lagi. Dan dilaksanakan sehngga kini. Di mana permulaan undang-undang ini bermula di
Pulau Pinang dan kemudian dikembangkan ke seluruh negeri. Kedudukan Undang-undang Sivil
pada hari ini tidak jauh beza dengan undang-undang sivil pada zaman Inggeris, yang mana
undang-undang sivil dahulunya dilaksanakan oleh orang inggeris dan kini dilaksanakan oleh
orang Malaysia itu sendiri.
Undang-undang Sivil memiliki kedudukan yang tinggi dalam perundangan Malaysia saat ini.
Leadaan ini dipengaruhi oleh luasnya kekuasaan undang-undang Sivil dibandingkan dengan
undang-undang Syariah, di maana ia juga diberi kekuasaan untuk mengurusi perkara-perkara
yang berkaitan orang Islam. Bagaimanapun kekuasaan dan kebebasan undang-undang Sivil telah
megalami sedikit perubahan, jika dahulu, Undang-undang sivil membolehkan mahkamah sivil
mendengar perkara banding atas keputusan yang dibuat oleh mahkamah Syariah, ketentuan
tersebut kini dihapuskan. Penghapusan ini tercantum dalam Akta Perlembagaan (pindaan) 1988
(akta A704) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dengan di tambah 1A
13

Di dalam sistem perundnangan Malaysia saat ini, pelakasanaan Undang-Undang Sivil sangat
dititikberatkan untuk menegakkan keadilan untuk semua lapisan masyarakat
14
, ia bertujuan

13
Mahmud Saedon, Penterjemah Raja Rahawani, Kedudukan Undang-undang Islam, m/s 43
14
Jurnal Tamadun, Edisi Julai, 1995,m/s 14
13

memberi hukuman pencegahan, pemulihan serta penyatuan bagi orang-orang yang melakukan
kesalahan. Undang-undang sivil menjadi lebih utama berbanding dengan hukum-hukum syariah.
Kuasa mahkamah sivil mencakupi segala hukum dan undang-undang dalam mahkamah syariah
kerana mahkamah sivil berkuasa meminda akta dan memutuskan segala perkara yang
kekuasaannya mencakupi orang muslim dan non muslim.
BIADANG KUASA MAHKAMAH SIVIL
Kekuasaan Mahkamah Sivil terbahagi kepada tiga bahagian, Pertama, kekuasaan yang
melibatkan Mahkamah Rendah yang berkedudukan di setiap negeri. Kedua, melibatkan
Mahkamah Tinggi Sivil yang berkedudukan di ibu kota Negara Ketiga, Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Agung terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bidang Kuasa Mahakamah Rendah sendiri di klasifikasi kepada dua bahagian:
1) Mahkamah Majisterit
Mahkamah Majisterit dibhagi lagi kepada dua bahagian iaitu Mahkamah Majisterit
Kelas Pertama dan Kelas Kedua. Kekuasaan Undang-Undang Sivil di Mahkamah Majisterit
kelas pertama meliputi perkara yang boleh dijatuhi hukuman denda sahaja atau dijatuhi hukuman
penjara, maka hukumannya tidak boleh melebihi 10 tahun, ia juga menangani perkara-perkara
yag diatur oleh Undang-Undang jenayah pasal 392 dan 457 tentang jenayah serta tindakan
jenayah di bawah umur 18 tahun yang dikenal sbagai juvana. Dalam perkara tuntutan pun,
tunutan yang boleh dibuat tidak melebihi dari RM25000 Ringgit Malaysia. Sedangkan kekuasaan
dalam Mahkamah Majisterit kelas Kedua adalah menangani perkara yang hukumamnnya tidak
lebih dari enam bulan penjara dan denda yang tidak lebih dari RM1000 Ringgit Malaysia dalam
perkara tuntutan pun tuntutannya tidak boleh melebihi RM3000 Ringgit Malaysia.
15


2) Mahkamah Seksyen

15
Tun Muhamad Saleh Abbas, Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan, m/s 130.
14

Mahkamah sekseyen berbeza dengan mahkamah-mahkamah lain dalam ruang
lingkup Mahkamah Rendah. Ia memiliki kekuasaan yang lebih luas dibandingkan dengan
lainnya. Dalam hal jenayah, Mahkamah ini bebas untuk menangani segala hal berkenaan dengan
jenayah kecuali dalam hal yang menjatuhi hukuman mati. Dalam hal tuntutan, ia memiliki
kebebasan mendengarkan tuntutan yang tidak melebih RM100.000 Ringgit Malaysia. Namun
demikian, mahkamah ini tiada kebebasan dalam hal-hal yang berkaitan dengan harta benda,
penceraian dan muflis.
16


Secara keseluruhan kekuasaan yang tertinggi adalaha mahkamah Agung di mana segala
peraturan peraturan dibawah bidang mahkamah Syariah di tentukan oleh mahkmah Agung dan
ini menunjukkan bahawa system perundangan tertinggi di Malaysia di bawah bidang kuasa
mahkamah Sivil.

PERBANDINGAN KEKUASAAN MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH
BERDASARKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG SIVIL

Secara umumnya perudangan Malaysia dikategorikan kepada dua bahagian iaitu, Undang-
Undang Syariah dan Undang-undang Sivil. Kedua-dua undang tersebut memiliki kebebasan dan
kekuasaan yang berbeza, dan tidak terkecuali dari aspek pentadbirannya. Walaupun agama
Islam sebgai agam rasmi bagi Persekutuan Malaysia, Undang-undang Syariah tidak menjadi
undang-undang tertinggi Negara. Keberadaan undang-undang di Negara ini hanyalah bersifat
sekular. Hal ini demikian kerana, Undang-Undang Syariah berlaku atas dasar Akta Undang-
Undang Syariah pada tahun 1965 yang kedudukannya berada dibwah Akta Undang-Undang Sivil
tahun 1956 sebagai kuasa besar berlakunya undang-undang Sivil di Tanah Melayu.


16
Hamid Jusoh, Kedudukan Undang-undang Islam, m/s 51
15

Keadaan ini secara tidak lansung semakin mengekalkan kuasa Mahkamah Sivil dengan adanya
ketentutan dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan:
Bahawa setiad Undang-Undang yang hendak dibuat maupun dirubah tidak boleh bertentangan
dengan perlembagaan.
17

Sebagaimana sedia maklum, Undang-Undang Sivil kuat dipengaruhi oleh Inggeris dan berbesar
kemungkinan setiap perudangan Sivil sejajar dengan Perlembagaan Malaysia. Adapun undang-
undang Syariah yang boleh jalan seiring dengan undang-undang sivil ia tidak dapat berlaku
disebabkan sumber utamanya Al-Quran dan As-Sunnah yang bertentangan dengan mahkamah
Sivil.
Selain itu, Akta Undang-Undang Sivil pada tahun 1956 yang pertama dibuat pada tahun 1973
memberikan taraf kedudukan yang istimewa kepada undang-undang sivil dala system
perundangan Malaysia. Dalam masa yang sama, undang-undang Syariah diperkecil dan
dipersempitkan ruang kuasanya. Keadaan inilah yang menyebabkan tarfa dan kedudukan
Undang-Undang Syariah berada di bawah Undang-Undang Sivil.
Melihat kepada undang-udang Sivil yang mempunyai kebebasan dalam menjatuhi hukuman
kesalahan kepada muslim dan non muslim dan dibandingkan dengan kuasa mahkamah Syariah
yang hanya mengatur masalah muslim sahaja. Hal ini diperkuat oleh kumpulan undang-undang
Islam yang menyebut:
Keputusan atau hukuman seorang kadhi besar atau kadhi tidak boleh sekalipun mengenai hak
milik orang-orang kafir.
18

Dalam membicarakan masalah perkahwinan dan perceraian misalnya, undang-undang sivil
mendapat tempat lebih tinggi dibandingkan Undang-undang Syariah. Kenyataan dapat dilihat
dalam pasal 51 Akta Memperbaharui Undang-undang (perkahwinan dan perceraian) tahun 1976
menyatakan jika pihak non muslim dalam suatu perkahwinan telah masuk Islan, maka pihak
yang tidak boleh memeluk Islam boleh mengajukan tuntutan setelah 3 bulan sejak orang itu
memluk Islam. Ketentuan untuk mengajukan permohonan penceraian hanya boleh dimohon di

17
Tan Sri Amiritus Ahmad Ibrahim dan Mahmud Saedon. Kearah Islaminasi Undang-Undang di Malaysia)(kuala
Lumpur: yayasan Dakwah islamiyah Malaysia, 1998),m/s 35
18
Ibid, m/s 40.
16

mahkmah tinggi Sivil
19
. Jadi dalam hal ini Undang-Undang Syariah tidak mempunyai
kekuasaan, meskipun salah satu pihak adalah Islam.
Kekuasaan Undang-Undang Syariah dikawal secara ketat oleh parlimen melalui Akta Mahkamah
(Bidang Kuasa Pidana) 1965. Melalui akta tersebut telah ditetapkan Mahkamah Syariah tidak
mempunyai kuasa untuk membicarakan permasalahan jenayah yang hukumannya adalah lebih
berat daripada penjara enam bulan atau denda melebihi RM1000 Ringgit Malaysia atau kedua-
duanya. Perubahan Undang-Undang 1984 memperluas hukumman penjara sehingga tiga tahun
atau dikenankan denda sehingga RM5000 Ringgit Malaysia atau rotan sebanyak enam kali atau
kedua-duanya sekali
20
.
Berbeza dengan kuasa mahkamah Sivil diberi kekuasaan di bawah Akta Undang-Undang Sivil
1956 adalah lebih luas. Hukumannya yang paling tinggi yang boleh dikenakan bagi kesalahan
jenayah adalah lebih tinggi iaitu penjara seumur hidup, enam kali sebatan dan hukuman mati
bagi tindakan hukuman yang lebih berat. Adapun kekuasaan demikian tidak diberi kepada
Undang-Undang Syariah dan Mahkamah Syariah.
21










19
Mahmud Saedon Othman, Institusi Pentadbiran, Kadi Pelantikan, perlucutan dan Bidang Kuasanya, (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991),m/s 281
20
Mohamed Azam Mohamed Adil, Bidang Kuasa dan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia Pasca Alaf 20: Ke
Arah mana?, dalam Jurnal Syariah jilid 8, edisi julai, 2000, m/s 109
21
Hamid Jusoh, Alih Bahasa oleh Raja Rahawani, Kedudukan Undang-Undang Islam Dalam Perlembagaan di
Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), m/s 51-53
17

RUJUKAN

Abdul Monir Yaacob (2001), Sistem Kehakiman Islam, Institut Kefahaman Islam Malaysia,
Kuala Lumpur
Ahmad Hidayat Buang (2007), Undang-Undang Islam di Malaysia, Penerbit Universiti Malaya,
Kuala Lumpur
Mohd Reduan Aslie (1990), Jenayah di Malaysia : Aliran, Punca, Penyelesaian, AMK Interaksi
Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Mohd Radzuan Hj Ibrahim (1995), Polis dalam Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Mahmud Saedon, Penterjemah Raja Rahawani, Kedudukan Undang-undang Islam
Tun Muhamad Saleh Abbas, Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan
Jurnal Tamadun, Edisi Julai, 1995
Tan Sri Amiritus Ahmad Ibrahim dan Mahmud Saedon. Kearah Islaminasi Undang-Undang di
Malaysia)(kuala Lumpur: yayasan Dakwah islamiyah Malaysia
Mahmud Saedon Othman, Institusi Pentadbiran, Kadi Pelantikan, perlucutan dan Bidang
Kuasanya, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991
Mohamed Azam Mohamed Adil (2002), Bidang Kuasa dan Kedudukan Mahkamah Syariah di
Malaysia Pasca Alaf 20: Ke Arah mana?
Hamid Jusoh, Alih Bahasa oleh Raja Rahawani, Kedudukan Undang-Undang Islam Dalam
Perlembagaan di Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992)

Anda mungkin juga menyukai