Anda di halaman 1dari 2

PEMBENTUKAN KATA NAMA

1) Kata Nama Tunggal


Perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas dan dianggap
perkataan yang membawa makna yang lengkap, termasuk akronim.
Contoh: gejala, sekolah, negara, tadika, kerusi, pensel

2) Kata Nama Terbitan


Perkataan yang terhasil daripada proses pengimbuhan waima awalan,
akhiran, apitan, atau sisipan.
Contoh:
a) imbuhan awalan - pel+ajar = pelajar; per+oleh = peroleh
b) imbuhan akhiran - hukum+an = hukuman; tari+an = tarian
c) apitan - per+buat+an = perbuatan; peN+pandu+an = pemanduan;
meN+pamer+kan = mempamerkan
d) sisipan - tunjuk = telunjuk (sisipan - el-); suling = seruling (sisipan
-er-); kuning = kemuning (sisipan -em-)

3) Kata Nama Majmuk


Perkataan yang terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar
atau lebih yang membawa makna tertentu
Contoh: ibu bapa; gejala sosial; pinggan mangkuk

4) Kata Nama Ganda


Perkataan yang terhasil melalui proses penggandaan untuk melahirkan
makna tertentu.
Contoh: murid-murid; anak-anak
Kata Nama Tunggal dan Nama Terbitan
Kata Nama Tunggal Kata Nama Terbitan
- Perkataan yang terdiri - Kata Nama yang terhasil
daripada satu morfem bebas daripada proses
sahaja pengimbuhan, iaitu proses
- Perkataan tersebut boleh menggandingkan imbuhan
masuk ke dalam ayat Kata Nama pada kata-kata
sebagai perkataan yang dasar
lengkap dan menjadi inti
pada Frasa Nama
Contoh : Contoh :
a) Tempurung a) pemasak ( imbuhan awalan )
b) Komputer b) Makanan (imbuhan akhiran )
c) Sultan c) Kecantikan (imbuhan apitan)
d) Meja d) Gerigi (imbuhan sisipan)

Anda mungkin juga menyukai