Anda di halaman 1dari 1

FALSAFAH & ISU SEMASA

INDIVIDUAL ASSIGNMENT

BLOODY MARY

Pernah tak dengar tentang bloody mary? Bloody mary merupakan antara hantu yang popular
di Amerika Syarikat malah terdapat banyak versi tentang kisah bloody mary ini diceritakan.
Dipercayai bahawa wanita bernama Mary ini merupakan pengawal cermin. Yup, cermin yang
kita guna untuk tengok muka sendiri dan juga merupakan salah satu keperluan isi rumah.
Mitos tersebut menyatakan bahawa, jika kita menyebut nama mary tiga kali di hadapan
cermin, maka hantu mary bedarah akan muncul. Penampilan bloody mary sangat sangat
sangat menakutkan! Rambutnya Panjang, matanya menonjol keluar dan wajahnya penuh
dengan darah. Tidak cukup hanya muncul di dalam cermin, bloody mary akan menarik mata
orang yang memanggilnya sambil menggaru wajah dan tubuh orang itu. Bukan itu sahaja,
bloody mary akan menarik mangsanya ke dalam cermin dan orang itu akan terus hilang dari
muka bumi ini. Mitos ini merupakan mitos yang sering diceritakan oleh penduduk di
amerika. Malah ada yang menjadikan mitos ini sebagai satu cabaran di sana. Cabaran untuk
memanggil hantu bloody mary di dalam bilik air pada waktu tengah malam dengan
menggunakan lilin. Bagaimana agaknya ya? Permainan untuk memanggil bloody mary
dilakukan tengah malam. Sesiapa yang melakukan cabaran ini perlu memasuki bilik air
dengan membawa lilin. Mereka harus berdiri di hadapan cermin di bilik mandi, kemudian
berkata “mary worth, mary worth, I believe in mary worth”
Pasti ada yang tertanya-tanya siapakah wanita yang bernama Mary Worth atau Bloody mary
ini? Bagaimana dia boleh dianggap sebagai pengawal cermin? Menurut cerita, mary worth
dahulunya merupakan seorang gadis cantik. Kecantikan mary worth ini membuatkan ramai
lelaki tergila-gilakan dirinya. Malangnya kecantikan itu tidak kekal lama. Pada suatu hari,
mary mengalami kemalangan yang teruk sehingga menyebabkan wajahnya rosak. Selepas
kejadian itu, ibu bapa mary melarangnya untuk melihat cermin. Takut jika mary mengetahui
keadaan sebenar wajahnya, dia akan terkejut dan tidak boleh menerima hakikat. Malah
sebelum kemalangan itu, mary sangat mengagumi kecantikan yang dimilikinya. Selepas
kemalangan itu, malah, selepas didorong oleh rasa ingin tahu yang begitu tinggi, mary
memutuskan untuk curi-curi melihat cermin. Pada waktu malam, dia senyap-senyap keluar
dari bilik dan pergi ke bilik air rumahnya yang mempunyai cermin. Apabila melihat mukanya
di cermin, mary sangat terkejut. Ya, daripada seorang wanita yang cantik terus berubah
menjadi hodoh. Pastinya dia tidak boleh menerima hakikat tersebut. Selain terkejut, mary
juga sangat marah. Untuk melepaskan kemarahannya, dia menumbuk cermin di bilik air
mereka dengan tangan sehingga berdarah. Tiada angin, tiada rebut, secara misteri dia hilang.
Ramai mempercayai mary telah ditarik ke dalam cermin. Mary bersumpah bahawa dia akan
membunuh sesiapa sahaja yang memanggil namanya di cermin. Seramkan?

Anda mungkin juga menyukai